SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, October 28, 2013

[E-NOVEL] : BIARKAN CINTA ITU PERGI BAB 22

Assalamualaikum u oll..

Ini dia sambungan bab seterusnya BCIP .Terima kasih singgah dan baca karya ini..Bab kali ini ada sedikit watak Hayyan .Harap2 dapat mengubati penantian u oll dengan kemunculan Hayyan.Hehehhe..


                                             
                      





BAB DUA PULUH DUA



    SARAH Aqila baru saja selesai menunaikan solat isyak.Sarah melipat telekung miliknya.Sarah juga merenung jari jemarinya yang merah dan juga cincin yang sudah tersarung di jari manisnya.Dia sudah pun bergelar isteri kepada Nurhan Aqil.Tiada kata-kata yang dapat di luahkan melainkan perasaannya sangat gembira.Impiannya untuk bergelar isteri kepada Aqil kini sudah termakbul.Sarah tersenyum sendirian.

   Pintu biliknya terkuak.Wajah Aqil yang serius di pintu.Aqil menutup pintu bilik lalu menuju ke katilnya.Aqil terus merebahkan dirinya di atas tilam.Matanya pula di pejam.Tangan kanannya pula di letak di atas dahi.Sarah hanya memandang wajah suaminya.Sebaik saja meyidai telekungnya Sarah bergerak dengan perlahan menuju ke arah suaminya.

  “Abang nak makan ke?” Soal Sarah dengan lembut.Namun Aqil langsung tidak menjawab hanya berdiam diri.Pura-pura tidur.

   Sarah menyanggul rambutnya.Kemudian di dekati suaminya lagi.Sarah meletakkan tangannya di atas lengan milik suaminya.

    “Abang..” Panggil Sarah dengan lembut.Aqil mengeluh kecil.
    “Apa dia?” Soal Aqil .Matanya sudah celik.
    “Sarah tanya abang nak makan ke?” Soal Sarah lagi.

     “Abang tak nak makan.Perut tak rasa lapar lagi.Abang nak rehat.Jangan ganggu abang.” Balas Aqil dengan muka serius.Aqil menukar posisi membelakangkan isterinya .Aqil memejam matanya semula.Sarah hanya diam melihat suaminya.

   Sarah akui Aqil memang begitu.Sejak bercerai Aqil sudah tidak peramah seperti dulu.Sarah berusaha sebaik mungkin untuk mengambil hati Aqil namun masih tetap sama.Sarah sedar dia kena banyak bersabar dengan Aqil.Suaminya berubah begitu sebab bekas isterinya dahulu.

   Tak perlulah nak rasa sedih Sarah.Sebelum kahwin kamu sudah tahu kedudukannya.Aqil memang sayangkan Reen namun apa boleh buat benda sudah jadi.Pandai-pandailah Sarah kamu nak pikat hati suami kamu itu.

     Maafkan Sarah Kak Reen.Rintih hati Sarah sewaktu memandang suaminya .
    Kenapa pula Sarah nak minta maaf.Apa yang dia sudah buat pada Reen.?

    “Kamu jangan susah hati Sarah , biar mak long uruskan semuanya.Apa yang mak long nak adalah Aqil kahwin dengan kamu.Mak long akan lakukan apa saja untuk kamu dan Aqil.Tunggulah nanti , mak long akan pastikan dia di ceraikan.” Ujar Puan Salmah pada ketika itu.Mereka sedang duduk di ruang tamu.

   “Betul ke apa yang kita buat ni mak long?” Soal Sarah .Dahinya berkerut-kerut.
   “Betul salah itu tak perlu kita ambil kira, yang penting mak long nak mereka tu bercerai.Mak long tak sukakan Reen.Dia tak boleh berikan mak long cucu.” Balas Puan Salmah lagi.Sarah hanya diam tidak berkutik.Demi cintanya pada Aqil dia akan lakukan apa saja untuk dapatkan Aqil.

   “Kalau abang Aqil tak percaya macam mana?” Soal Sarah lagi.
    “Mesti Aqil percaya.Mak long kenal sangat anak mak long tu.Dia tu mudah juga naik angin tambah-tambah bila dia tertekan.Kamu tak perlu risau.Apa yang kamu kena buat siapkan saja apa yang mak long suruh tu.Jangan bagitahu pada ibu kamu pula.Ini hal kita berdua saja.Kamu sayangkan Aqil kan.?” Tingkah Puan Salmah.

   “Memang Sarah sayangkan abang Aqil mak long.Tapi…” Belum sempat Sarah habis bercakap Puan Salmah cepat-cepat potong.

   “Tak payah kamu nak bertapi-tapi.Ikut saja apa yang mak long cakap.”Balas Puan Salmah lagi.
    “Kasihan dekat Kak Reen nanti mak long.” Ucap Sarah lagi dengan tidak senang hati.

    “Tak payah kamu nak kasihankan dia.Kamu nak Aqil ke tak?” Soal Puan Salmah dengan wajah serius.

     “Mestilah nak.” Jawab Sarah.
     “Kalau nak ikut saja.Jangan banyak songeh.” Puan Salmah lalu bangun dari sofa dan menuju ke dapur.Sarah masih lagi di situ berfikir.

      “Betul ke apa yang aku buat ni?” Soal Sarah sendirian.Kepalanya ligat berfikir.
    Aku memang menyintai abang Aqil tapi tak akan aku nak pisahkan abang Aqil dengan Kak Reen pula.Kak Reen pula baik orangnya.Kejam ke aku kalau runtuhkan rumahtangga orang?Desis hati Sarah sendirian.

    Cik Sarah Aqilah bukan setakat kejam malah berdosa lagi kalau runtuhkan rumahtangga orang.Seramai-ramai lelaki dalam Malaysia ni , Aqil juga yang kau nak.Apalah istimewa sangat Aqil di depan mata kamu Sarah?

   “Sarah..Aqil kenapa tak turun makan?” Jerit Puan Salmah dari tingkat bawah.Sarah terkejut dan kembali semula di alam nyata.Sarah menoleh pada suaminya yang sedang lena tidur.
    “Ya mak.Sarah nak turunlah ni.” Balas Sarah .

     “Abang ..Bangun.Mak dah panggil makan.” Sarah mengejutkan suaminya dengan perlahan.
     “Abang bangun makan..” Aqil menggeliat kecil.

     “Sarah pergilah makan.Abang nak tidur.” Jawab Aqil dengan mata yang tertutup.Perutnya memang tidak merasa lapar.Aqil rindukan Reen.Sarah hanya mengeluh lalu bangun dan menuju ke pintu.

    “Anak menantu aku ni lambat pula nak makan malamnya.Apa yang di buat dekat atas tu.Lepas ni dapat cuculah aku.” Bebel Puan Salmah dengan senyuman penuh makna di meja makan.Nasi dan lauk sudah terhidang.

    HAYYAN Azri baru saja balik dari berjoging.Hayyan terus masuk ke dalam apartment yang di dudukinya.Dia menuju ke arah peti sejuk lalu di bawa keluar orange juice . Setelah menuangkan orange juice ke dalam gelas , Hayyan terus menuju ke tingkap rumahnya.Hayyan melihat kanak-kanak yang baru saja keluar dari rumah masing-masing untun ke sekolah.

   “Mummy ..Daddy.. Tak lama lagi Hayyan akan kembali semula di Malaysia.Hayyan akan terus menetap di sana.” Ujar Hayyan sendirian.Ketika ini dia merasa sungguh rindu sekali dengan arwah mummy dan juga Daddy nya. Mummy nya merupakan adik kepada Datin Khadijah yang bernama Khuzaimah.

   Khuzaimah berkahwin dengan jejaka yang menetap di sini yang bernama Alex atau nama islamnya Muhammad Aalif Bin Abdullah .Mereka bertemu secara tidak sengaja di Malaysia pada ketika dahulu.Pertemuan yang membawa kepada kebahagiaan untuknya.Khuzaimah berkahwin dengan Aalif dan mereka di kurniakan seorang anak lelaki bernama Hayyan.Selepas berkahwin mummy dan daddy Hayyan memang menetap di London kerana daddy nya ada business di sini.

     Dari jauh Hayyan ternampak kelibat seorang gadis yang berasal dari Malaysia.Gadis itu tinggal di kawasan yang sama dengannya.Setiap kali melihat gadis tersebut akan membuatkan Hayyan teringat pada gadis yang di jumpainya dulu.

   “Qaireen Imanina..Apa khabar agaknya dia di sana.Siapa gadis tu sebenarnya ya.Kenapa aku sering kali teringat akan wajahnya?” Soal Hayyan sendirian.

   Pertemuan pertama dengan Qaireen membuatkan Hayyan seringkali teringat pada seraut wajah itu.Wajah yang penuh dengan kelembutan.Senyuman yang memikat.

   “Kau ni dah gilalah Hayyan.Boleh pula teringat dekat Reen yang baru jumpa hanya sekali tu.Ish mengarut betullah.” Bebel Hayyan sendirian lalu menilik jam di pergelangan tangannya.

    Hayyan meletakkan gelasnya di atas meja lalu menuju ke biliknya untuk bersiap.Dia harus ke pejabat arwah daddy nya.Ada lagi urusan yang perlu di selesaikan olehnya sebelum balik ke Malaysia.Dia mahu semuanya berjalan dengan lancar.Granny Hayyan juga tidak menghalang dia untuk menetap terus di Malaysia.Hayyan boleh menjengguknya pada bila-bila masa saja.Granny Hayyan memang seorang yang baik dan memahami.

    Sebaik saja selesai bersiap , Hayyan terus menghidupkan enjin kereta miliknya.Hayyan membetulkan baju yang di pakai olehnya.

    “Hello Hayyan.Good morning..” Soal seorang lelaki yang sudah berusia yang sedang melintasi kawasan rumah Hayyan.

   “Hai uncle Tony.Good morning.” Balas Hayyan sambil melambaikan tangan pada uncle Tony.
    “Drive carefully Hayyan.” Pesan uncle Tony lagi dengan senyuman.Hayyan hanya menganggukkan kepala pada uncle Tony sebelum masuk ke dalam kereta.

   
    “REEN masuk bilik saya sekejap.” Hadif sudah memanggil setiausahanya masuk .Adalah tu yang dia nak tu.

   “Baik Tuan Hadif.” Balas Reen sambil menggarukan kepalanya.
    Apa pula Tuan Hadif ni nak ni.Desis hati Reen .Dia kemudian bangun dan melangkah ke pintu pengarah urusan.

    “Masuk..” Ujar Hadif sebaik saja mendengar pintu biliknya di ketuk dari luar.
     “Ada apa ya Tuan Hadif?” Soal Reen sebaik saja berada di depan Hadif yang di kala ini sedang sibuk meneliti sesuatu di mejanya.

    “Sekejap lagi awak ikut saya.Kita pergi ke Astana Holding sekejap.Saya ada kerja sikit nak buat dekat sana.” Arah Hadif pula.

    “Astana Holding.?Company siapa tu Tuan Hadif?Tak pernah dengar pun.” Soal Reen dengan pelik.

    “Astana tu milik sepupu saya.Awak ikut saja nanti.Saya ada kerja sikit kena buat di sana.Sepupu saya tak ada dekat Malaysia.” Balas Hadif.Matanya langsung tidak memandang Reen di hadapannya.Reen pula menganggukkan kepalanya.

    “Baiklah Tuan Hadif.Ada apa-apa lagi ke?” Soal Reen.
    “Ermm tak ada..Eh ….”Belum sempat Hadif menyudahkan katanya pada Reen muncul pula Khay di dalam pejabatnya.

    “Yang you ni datang main masuk je ni kenapa?” Soal Hadif.Riak wajahnya sudah berubah.
    “I nak jumpa you la.” Balas Khay dengan senyuman.

    Datang lagi perempuan gedik ni haaa.Tak boleh jadi ni aku kena bagitahu Datin ni.Desis hati Reen sendirian.

   “I sibuk.” Balas Hadif dengan selamba.
    “Tuan Hadif saya keluar dululah ya.” Reen meminta diri.Malas dia nak campuri urusan cik Khay gedik ketika ini.

    “Pukul tiga nanti kita gerak ke sana.” Sempat lagi Hadif menitip pesanan pada Reen.Khay pula yang terpingga-pingga.

   “Baik Tuan Hadif.” Balas Reen lalu melangkah keluar dari bilik pengarah urusan.
   “You nak keluar dengan dia ?You nak pergi mana Hadif.I ada dekat sini kan?” Soal Khay tidak puas hati.

   “Yang you ni sibuk sangat nak tahu kenapa.You nak buat apa lagi dekat sini.Projek tu dah dapat dekat I.So what.Jangan ganggu I lagi.”Balas Hadif dengan geram.

     “I bukan datang sebab projek tu la.I nak jumpa you sebab I rindukan you Hadif.Kenapa you langsung tak beri I peluang untuk I ceritakan kenapa I baik dengan Tan Sri Herman.?” Soal Khay tidak puas hati lagi.

    “Tak perlulah you nak cerita.I tahu semuanya sebab duit.Sudahlah Khay.You kahwin dengan Tan Sri lagi bagus.Pergi balik sebelum I halau you .I banyak kerja dan malas nak melayan karenah you ni.Jangan bagi I naik angin.” Jelas Hadif lagi.

    “Habis you nak pergi mana dengan budak tu?” Soal Khay.

    “Tak payah nak sibuk hal I .” Bidas Hadif .Matanya di tumpukan dia atas kertas yang teruusun di atas meja kerjanya.Khay menghentakkan kakinya dengan geram.

     “I sayangkan you Hadif.I akan berusaha untuk dapatkan cinta you kembali.” Pesan Khay sebelum keluar dari bilik Hadif.

    Khay menghempas pintu bilik Hadif dengan kuat.Terperanjat Reen yang sedang khusyuk membuat kerja.Bukan saja Reen yang terkejut malahan ada dua tiga orang staff yang lalu lalang di situ terkejut dan terus menoleh pada Khay.

   “Apa tengok-tengok.Sibuk je.” Marah Khay pada dua orang staff yang memandangnya.Reen hanya diamkan diri langsung tidak pandang pada Khay.

   “Hey perempuan.Kau jangan nak cuba baik sangat dengan Hadif.” Pesan Khay sambil menunjukkan jari telunjuknya ke muka Reen.

    “Apa ni cik Khay.Saya ni bekerja untuk Tuan Hadif.Cik Khay cemburu ke?” Soal Reen.Pelik dengan perangai perempuan gedik ni.Setiap kali dia datang ke Aspirasi Reen yang akan jadi mangsanya.

  “Apa yang bising-bising ni?” Soal Datin Khadijah yang baru saja muncul di depan mereka berdua.Khay terus menoleh.Wajahnya terus berubah melihat Datin Khadijah.

    “Eh Datin, nak jumpa Tuan Hadif ke?” Soal Reen dengan senyuman.
   “Khay buat apa dekat sini?Kenapa ganggu anak auntie lagi?”Soal Datin Khadijah.Matanya menilik Khay dari atas ke bawah.

   Pakaian apa yang Khay pakai ni.Bagus sangatlah tayang badan dekat orang.Baju tak cukup kain juga yang dia nak pakai.Gerutu Datin Khadijah di dalam hatinya.

   “Erm..Ermm..Eh auntie..Apa khabar?” Soal Khay lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Datin Khadijah.

   “Alhamdulilah sihat.Kenapa datang ke mari?Khay dengan Hadif tak tak ada apa-apa hubungankan.Mana Tan Sri Herman?” Soal Datin Khadijah lagi.Khay sudah tidak senang duduk.

   “Saja nak jumpa Hadif.Lama tak jumpa.Errmm auntie , Khay balik dululah.Khay ada hal ni Jumpa lagi ya auntie.” Khay tersengih sambil meminta diri.Datin Khadijah hanya merenung tajam.Reen ingin ketawa melihat muka Khay ketika ini.

    Sejurus selepas itu, Khay terus berjalan menuju keluar dari Aspirasi.Datin Khadijah hanya memandang sambil menggelengkan kepalanya.

  “Silakan Datin.Tuan Hadif ada dekat dalam.” Ujar Reen lalu berdiri si sebelah Datin Khadijah.
   “Ye la.Terima kasih sebab  mesej saya bagitahu tadi.Saya memang dalam perjalanan ke mari ada urusan sedikit.” Balas Datin Khadijah dengan senyuman.Di tepuk bahu Reen dengan lembut.Reen tersenyum.



    “Sama-sama Datin.” Balas Reen .

Bersambung...

NotaTersepit : Mudah-mudahan manuskrip kali ini dapat siap pada tarikh yang di jangkakan siap.Hehehe.Lepas ni AMB.Sambungan kisah Hadif dan juga mungkin akan ada sedikit sambungan utk Reen dan Hayyan.Semuanya dlm perancangan.


3 comments:

Tq sudi komen.:D