SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Saturday, July 27, 2013

CERPEN - CRISTALL BALL VS ALMOND LONDON PART 1

Assalamualaikum u oll....

Seperti yang aku janjikan hari tu kan yang Dirimu Satu x da versi raya sebab aku gabung dalam novel Aku Ditakdirkan Untukmu. .Maaf ya.Oleh sebab itu aku ganti Cerpen  yang bertajuk Cristall Ball Vs Almond London..Hehehhee..Maaf kalau cerpen  ni ada kekurangannya.Terima kasih ya singgah baca dan tunggu sambungannya... :) 







PART   1

     MALAM itu semua warga kampung padi bunting sibuk menonton televisyen.Kebanyakan penduduk kampung tidak sabar mendengar pengumuman puasa untuk tahun ini.Sebaik saja di umumkan tarikh puasa mereka semua tersenyum gembira.Masing-masing memanjatkan kesyukuran.Semoga Ramadhan tahun ini memberikan seribu keberkatan pada mereka.

   “Opah lusa kita dah puasa.” Tingkah Sara Nisrina sambil menoleh kepada opahnya yang sedang mengelap cermin matanya.

   Sara Nisrina di besarkan di kampung bersama opahnya sejak kematian kedua ibu bapanya .Kemalangan tersebut telah meragut nyawa keluarga Sara.Sewaktu kemalangan itu hanya Sara saja yang terselamat .Kemalangan itu berlaku sewaktu umur Sara tiga belas tahun dan kini umur Sara sudah pun mencecah dua puluh dua  tahun.

    “Ya ke.Alhamdulilah.Bulan Ramadhan menjelma lagi. Malam esok dah mula berterawihlah kita.” Balas Opah dengan senyuman.

    “Ya opah.Alhamdulilah.Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun lepas.” Balas Sara sambil tersenyum.

    “Opah esok kita pergi rumah nek wan ya.Kasihan nek wan duduk rumah tu sorang-sorang.Suruhlah nek wan berpuasa di rumah kita ni nek wan.Opah pun ada juga kawan.” Tingkah Sara lagi.

    “Nek wan kamu tu bukannya nak duduk sini.Mana dia boleh tinggal rumah dia tu.Tiap-tiap tahun opah ajak dia duduk sini sepanjang bulan puasa tak mahunya.” Ucap opahnya pula.
    “Opah dengar cucu nek wan kamu yang belajar dekat ober apa ntah nek wan kamu cakap ober ..ober…” Opah menggarukan kepalanya sambil mengingati kembali tempat yang di sebut oleh temannya.

     “Oversea ke opah?” Soal Sara .

     “Haa betullah tu.Obersi .Opah tak tahulah dekat mana.Budak tu cuti katanya jadi dia nak temankan nek wan kamu dekat kampung.” Sara tergelak kecil mendengar opahnya menyebut oversea jadi obersi.

   “Boleh ke opah  budak Bandar duduk kampung?Cucu dia yang mana?Sara  kenal ke opah?”Soal Sara lalu mendekati opahnya.

   “Nek wan kamu tu sorang saja anaknya.Bila cucu dia sampai kampung ni nanti kenallah kamu Sara.Hari dah malam ni opah nak masuk tidur dululah.Mata opah pun dah mengantuk sangat ni.” Balas opah Sara lalu bangun dengan perlahan-lahan.Tangannya meraba-raba dinding untuk berjalan.

    “Opah ..biar Sara temankan opah sampai ke bilik.” Balas Sara lalu memimpin opahnya menuju ke bilik.

    “Kamu jangan tidur lambat pula Sara.Esok kita nak kena pergi pasar beli barang-barang untuk bulan Ramadhan ni.” Sempat lagi opahnya menitipkan pesanan sewaktu punggungnya berada di atas katil.

   “Opah janganlah risau.Sara akan tidur nanti.Sara nak kira orang-orang yang tempah biskut raya tahun ni opah.Kalau nak beli barang-barang tu nanti senang.” Balas Sara.
   “Ya la.Opah tidur dulu ya.” Ucap opah Sara.

   “Baiklah Opah.Selamat malam.” Balas Sara lalu mengucup dahi opahnya.Selepas itu Sara menutup pintu bilik opahnya lalu menuju ke ruang tamu untuk mengira tempahan biskut raya untuk tahun ini.

    “Alhamdulilah bertambah rezeki aku puasa ni.” Ujar Sara dengan senyuman.

     Sara memang tidak belajar tinggi bukan kerana dia tidak pandai tetapi dia sayang untuk tinggalkan opahnya sendirian.Opahnya yang bersusah payah membesarkannya.Bagi Sara opahnya adalah segala-galanya.InsyaAllah tiba masanya nanti Sara akan melanjutkan pelajarannya.Buat masa ini Sara tidak mahu menyusahkan opahnya.Walaupun umur makin hari makin tua namun Sara tidak akan berputus asa untuk sambung belajar satu hari nanti.

   HARI ini hari pertama umat islam seluruh dunia berpuasa.Sara baru saja pulang dari kedai runcit yang berdekatan dengan rumah nek wan.Di tangan Sara pula sudah terisi dengan plastik yang dimana di dalamnya sos cili, kicap dan juga gula.

    “Kereta mewah siapa pula dekat rumah nek wan tu?” Tingkah Sara sambil mengerut dahi.Kakinya tetap melangkah.Alang-alang melintasi rumah nek wan ada baiknya Sara singgah sebentar berjumpa nek wan.

    “Assalamualaikum nek wan.” Sara memberikan salam.
     “Waalaikumussalam.Eh Sara dari mana.Mari naik dulu.” Ujar nek wan pula sebaik saja melihat kelibat Sara.

  “Sara dari kedai runcit Pak Leman beli ni.” Sara menunjukkan barang-barang yang berada di dalam plastiknya.

    “Nek wan ada tikus..” Jerit seorang lelaki di atas rumah.Sara dan nek wan berpandangan sesama sendiri.

    “Mana pula datang tikus ni?” Soal nek wan lalu bergegas naik ke atas.Sara juga mengekori nek Wan dari belakang.

   “Mana tikusnya?” Soal nek wan.Mata Sara memandang seorang lelaki yang sedang memegang sebatang penyapu.

   “Bawah katil rasanya nek wan.” Tingkah Zakwan sambil menunjukkan jari telunjuknya kearah katil.Sara menahan ketawa.

   Penakut tikus rupanya mamat ni.Muka kemain lagi macho dengan tikus pun takut ke?Gerutu Sara sendirian sambil gelak jahat di dalam hatinya.

   “Mana?Dah tak adalah Zakwan.Kamu ni dengan tikus pun nak takut ke?” Bebel nek wan pada cucunya.

  “Bukan takut nek tapi geli.” Jawab Zakwan .Akhirnya meletus juga tawa Sara yang di tahan sejak dari tadi.

   “Hoi yang kau ketawa macam pontianak tu kenapa?” Marah Zakwan pada Sara.
   “Oppss sorry..Tak sengaja ketawa.Mulut saya ni yang nak ketawa.” Bidas Sara sambil menekup mulutnya.Nek wan sudah tersenyum melihat gelagat Sara dan juga Zakwan.

  “Dah-dah jangan nak gaduh.Zakwan ni nek wan kenalkan Sara Nisrina cucu opah yang nek wan cerita tu.Sara ini cucu nek wan Zakwan Harith.” Ujar nek wan.

    “Oh cucu nek wan ke yang budak Bandar tu nek wan?” Dengan selambanya Sara berbicara.Zakwan sudah mengetap bibirnya.

   Aku rasa nak cekik saja pontianak ni.Desis hati Zakwan sambil buat aksi mencekik pada Sara.Pada waktu itu juga Sara terpandang pada Zakwan dan dengan selambanya Sara menjelirkan lidah pada Zakwan tanpa nek wan perasan.

   “Sibuk saja.Ya memang aku budak bandar .Kau tu budak kampung.” Ucap Zakwan sabil menjeling tajam pada Sara.

  Fuh jelingan maut kononnya.Apa kau ingat aku takut ke?Perasan betul .Sempat lagi Sara mengutuk Zakwan.

   “Eleh nama saja budak bandar tapi penakut dengan tikus.” Bidas Sara dengan selamba.Zakwan sudah mengepal tanganya.

   Perempuan ni aku nampak kecil besar kecil besar je.Memang nak kena.Gerutu Zakwan.
  “Dah tak elok bergaduh.Mari Sara ikut nek wan ke dapur.Alang-alang Sara datang nek wan nak bagi kuih yang nek wan buat untuk opah kamu.”Nek wan sudah menarik tangan Sara.Sewaktu melangkah sempat lagi Sara menoleh ke belakang .Zakwan merenung Sara dengan tajam.

   “Siap kau nanti pontianak.” Ujar Zakwan namun tidak di dengari oleh Sara.
  
  Bersambung....

No comments:

Post a Comment

Tq sudi komen.:D