Selamat petang.Hari ini akan di update bab seterusnya Aku Ditakdirkan Untukmu.Lagi dua bab akan di update next week.2 Bab minggu depan x akan di bagitahu bab berapa . Teaser special 1 dan 2.Lepas tu dah x da dah ADU..Tunggu BCIP lak ye..Mekasih singgah baca...:)
BAB
TIGA PULUH
DIAN sudah pun siap dan kini Dian berada
di sofa sambil memeluk teddy bear unggu.Hari ini hari di mana Dian akan kembali
ke hospital untuk mendapatkan rawatan penyakit kemurungannya. Dian hanya duduk
di sofa sambil mengusap telinga teddy bear unggu itu.Hari ni hanya Encik Yusuf
yang akan membawa Dian ke hospital.Puan Sakinah tidak dapat ikut kerana ingin
menemani nenek Dian di rumah.
“Anak ayah dah siap .” Soal Encik Yusuf
pada Dian.Kemudian Dian menoleh dan tersenyum.Gembira hati Encik Yusuf melihat
senyuman di bibir anaknya itu.
“Jom kita pergi sekarang.?” Encik Yusuf
mengambil kunci kereta yang tersangkut di dinding.
“Ke mana?” Soal Dian.Terus Encik Yusuf
menoleh pada Dian,Tidak sangka yang Dian akan bertanya padanya.Kemudian Encik
Yusuf mendekati anak gadisnya .Mata Dian hanya terkebil-kebil melihat wajah
Encik Yusuf.
“Kita nak pergi jumpa doktor Rafiqi.”
Balas Encik Yusuf dengan senyuman.Dian berfikir sejenak.Kemudian Dian
menganggukkan kepala.Dian sudah menunjukkan tanda-tanda positif.Mudah-mudahan
semuanya berjalan dengan lancar.Kemudian dua beranak itu terus berlalu menuju
ke kereta.Dian tetap membawa penemannya siapa lagi kalau bukan teddy bear unggu
yang di hadiahkan oleh doktor Rafiqi.Sejak ada teddy bear itu Dian tidak lagi
memeluk teddy bear milik arwah Dhiya’.Puan Sakinah sudah menyimpan kembali
teddy bear milik arwah Dhiya’ ke dalam almari di dalam bilik arwah Dhiya’.
“Hai Dian..Dah makan?” Soal doktor Rafiqi
sebaik saja masuk ke dalam bilik rawatan itu.Dian ketika itu hanya bersandar
pada kerusi sambil memeluk teddy bear unggu.Doktor Rafiqi tersenyum melihat
Dian memeluk teddy bear yang di berikan olehnya.
Dian hanya tersenyum pada doktor Rafiqi
sebelum menggelengkan kepalanya.Encik Yusuf sudah memberitahu yang Dian tak nak
makan hari ni.Puas di pujuk oleh neneknya langsung tidak di endahkan oleh
Dian.Sudahlah Dian ada gasterik .Dian hanya makan oat dan segelas susu.Nasi di
tolaknya mentah-mentah.
“Dian kena makan tahu.Dia ada gasterik.Kalau
Dian tak makan Dian nak jadi seperti hari itu yang Dian muntah tak berhenti
sebab lambat makan.Kalau Dian tak makan lagi teruk.Dian makan ok selepas
ini.Kalau Dian tak makan saya tak nak kawan dengan Dian lagi tahu.” Gertak
doktor Rafiqi.Dian hanya merenung bebola mata Rafiqi.Mata Dian sudah
berkaca.Memang tidak di nafikan Dian mudah sensitive pada sesetengah
perkara.Itu adalah perkara biasa di mana ianya juga salah satu tanda atau
sewaktu mengalami penyakit kemurungan.
Melihat mata Dian yang sudah berkaca.Rafiqi
merasa bersalah.Rafiqi menarik nafas dalam –dalam sebelum menarik tangan Dian
yang berada di atas meja.
“Maafkan saya ya Dian.Bukan saya marah
Dian.Tapi saya buat ni sebab nak suruh Dian makan.Cuba Dian tengok diri Dian
sekarang ni susut.Janji dengan saya yang lepas ni Dian nak makan seperti
biasa.Seperti Dian yang saya kenal dulu.Boleh?” Soal doktor Rafiqi sambil
merenung lembut ke dalam mata Dian.
Dian hanya membatukan diri sebelum menunduk
dan menggangukkan kepala dengan perlahan.Kemudian Dian menarik tangannya dari
pegangan doktor Rafiqi.
“Sorry …” Balas doktor Rafiqi.Dian
memandang ke arah lain.
“Hari ni kita buat rawatan seperti
biasa.Selepas itu saya belanja Dian makan nak?” Pelawa doktor
Rafiqi.Mudah-mudahan Dian tidak menolak.Kalau boleh doktor Rafiqi mahu Dian
kembali makan dan bertenaga seperti dulu.
“Ok.” Balas Dian dengan senyuman.
Alhamdulilah..Saya sayangkan awak Dian..Desis
hati doktor Rafiqi sebelum memandang cermin kaca di mana Encik Yusuf berada di
luar sana melihat Dian.Doktor Rafiqi tersenyum manis sambil menganggukkan
kepalanya Encik Yusuf.Lega hati Encik Yusuf melihat keadaan anaknya pada hari
ini.
Selesai saja rawatan hari ni, Dian di bawa
ke satu bilik.Dian terpinga-pinga seketika apabila masuk ke bilik itu.Dian
memeluk teddy bear dengan erat.Doktor Rafiqi dan ayahnya berada di
belakangnya.Dian memandang suasana bilik itu.
“Hah dah sampai pun anak angkat Umi
ni.Marilah duduk dulu.” Ujar seorang perempuan yang lebih kurang sebaya Puan
Sakinah.
“Maaflah menganggu Umi .Rafiqi datang bawa
seseorang untuk perkenalkan pada Umi.Orang yang Rafiqi ceritakan pada Umi hari
itu.Inilah dia.Kenalkan ini Dian Batrisya.Ini pula ayah Dian , Pak cik Yusuf.”
Ujar Rafiqi kepada Umi nya.
“Oh inilah Dian ya.” Balas Uminya Rafiqi
sambil menarik tangan Dian dengan perlahan.Kemudian Dian berdiri betul-betul
bersebelahan dengan orang yang Rafiqi panggil Umi.
“Pak cik.Ini ibu angkat saya.Puan
Kalsom.Dia memang akan datang ke mari setiap hari Rabu.Melawat anak-anak kecil
yang sakit.Kadanng kala Umi akan membantu memberikan pertolongan pada mereka
yang mengalami masalah .Umi ni pemilik rumah anak yatim .Umi selalu bawa salah
seorang dari anak yatim yang sakit seperti Dian.”Terang doktor Rafiqi dengan
panjang lebar.
“Sakit seperti Dian?” Soal Encik Yusuf
dengan keliru.
“Ya pak cik.Adik Qaisara menjadi seperti
Dian selepas kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia.Umur adik Qaisara tu dua
belas tahun.Sekarang ni Qisara menjadi penghuni di rumah anak yatim milik Umi.”
Ujar Doktor Rafiqi lagi.
“Dia tiada ahli keluarga yang lain ke?”
Soal Encik Yusuf lagi.Terdetik di hatinya untuk melihat adik Qaisara.Kasihan
budak itu.
“Qaisara ada keluarga.Ada mak cik dan juga
pak cik tetapi tiada sorang pun yang nak jaga Qaisara.Jadi mereka hantar dirumah
anak yatim tu.Bukan mereka kejam tapi mungkin juga sebab kewangan untuk
membesarkan Qaisara.” Balas Puan Kalsom pula.
“Mana Qaisara sekarang?” Soal Encik Yusuf
lagi.Puan Kalsom sudah tersenyum .
“Qaisara sedang berada di bilik doktor
Fatimah.Sekejap lagi dia akan datang ke mari.Jemputlah duduk dulu.” Balas Puan
Kalsom lagi.
Dian duduk bersebelahan dengan Umi.Dian
merenung wajah Umi sebelum tersenyum.
“Dian boleh panggil Umi juga.” Tingkah
Puan Kalsom sambil mengusap kepala Dian.Encik Yusuf dan doktor Rafiqi
tersenyum.
Beberapa minit kemudian, seorang gadis
memulas tombol pintu dengan perlahan lalu masuk ke dalam bilik tersebut.
“Umi…” Panggil gadis itu.
“Qiasara..Mari dekat umi.Mari Umi
kenalkan.Ini Kak Dian, dan ini ayah Kak Dian.” Ujar Puan Kalsom sewaktu
mengusap kepala Qaisara.Kemudian Qiasara terus bersalam dengan Dian dan juga
Encik Yusuf.Sayu hati Encik Yusuf melihat Qaisara.
“Qaisara nak kawan dengan Kak Dian tak?”
Soal doktor Rafiqi kepada Qaisara.Kemudian Qaisara memandang wajahn umi nya dan
juga wajah Dian.
Qaisara mengangguk dengan
perlahan.Qaisara duduk bersebelahan dengan Dian.
“Qaisara..” Dian menyebut nama Dian
sambil tersenyum.
“Ya..” Balas Qaisara sambil memandang
Dian.Waktu ini bibir Qaisara mengulum dengan senyuman.
“Sejak Qiasara kehilangan ibi
bapanya.Inilah pertama kali umi tengok dia senyum begitu.”Ujar Puan Kalsom
kepada Rafiqi.
Encik Yusuf merasa gembira melihat Dian tersenyum.Melihat
wajah Qaisara pula ada iras Dian dan
juga arwah Dhiya’ waktu kecil dulu.
SELEPAS itu, doktor Rafiqi membawa Dian untuk
makan di café hospital.Doktor Rafiqi sudah berjanji untuk belanja Dian
makan.Encik Yusuf turut serta mengikut anaknya ke café.Kemudian encik Yusuf
duduk bersebelahan Dian.
“Pak cik dengan Dian duduk dulu.Saya tolong
orderkan makanan.Pak cik nak makan apa?” Soal Rafiqi .
“Apa-apa sajalah.Ikut kamulah Rafiqi.”
Balas Encik Yusuf sambil tersenyum.Doktor Rafiqi tersenyum sebelum melangkah.
Zafran Nufail mengambil cuti setengah
hari.Hajat di hatinya untuk melawat Dian.Sebentar tadi dia sudah menelefon ke
rumah Dian.Puan Sakinah sudah memberitahu yang hari ni Dian ke hospital.Jadi
Zafran mengambil keputusan untuk berjumpa Dian hospital .Zafran memandu
keretanya sempat juga dia singgah si kedai membeli sejambak bunga ros.
Sebaik saja parking keretanya, Zafran terus
melangkah masuk ke dalam hospital mecari tempat di mana Dian akan berada
apabila menerima rawatan seperti yang telah di beritahu oleh Puan Sakinah
tadi.Zafran melangkah sambil membawa sejambak bunga di tangannya.Sebaik saja
pergi ke tempat yang Dian berada Zafran mendapati Dian tidak berada di situ
.Melilau-lilau matanya mencari kelibat Dian.
“Nurse..Boleh saya tahu pesakit yang
menerima rawatan di bilik ini tadi pergi ke mana?” Soal Zafran kepada salah
sorang jururawat yang kebetulan lalu di situ.
“Oh pesakit doktor Rafiqi ke?” Soal
jururawat itu.Zafran menggarukan kepalanya yang tidak gatal.
“Ya
kot.” Jawab Zafran dengan selamaba.Padahal dirinya langsung tidak tahu nama
doktor yang merawat Dian.
“Erm rasanya dah balik kot.Kalau tak pun
cuba cari dekat café.Saya pun tak pasti.Tadi diorang masih berada di dalam
kawasan hospital ni.” Balas jururawat itu lagi.
“Oh ..Terima kasih nurse..” Balas Zafran
pula.
“Sama-sama.” Ujar jururawat tersebut
sebelum berlalu pergi.
Zafran mencari sign board yang tertera
café.Akhirnya dia jumpa juga lalu melangkah menuju mengikut anak panah yang
telah tunjukkan.Sebaik saja sampai di café mata Zafran melilau-lilau mencari
kelibat Dian.Dari satu sudut ke satu sudut Zafran mencari dan akhirnya Zafran
nampak Dian.Zafran tersenyum.
Belum sempat Zafran ingin melangkah ke meje
tersebut, Zafran melihat seorang doktor yang lengkap dengan jubah putih
menghulurkan air kepada Dian.Zafran hanya melihat dari jauh.
“Dian ni air untuk awak.Sekejap lagi
makanan sampai.” Ujar doktor Rafiqi sambil menghulurkan gelas kepada Dian.
“Terima kasih.” Balas Dian dengan
senyuman.
Hati Zafran terasa cemburu melihat Dian
yang sedang tersenyum dan berbicara bersama dengan doktor itu.Zafran mengeluh
dengan perlahan.
“Dian dengan saya awak tak nak bercakap
mahu pun senyum . tapi kenapa dengan doktor tu awak boleh cakap dan senyum.”
Tingkah Zafran Nufail dengan perlahan.Jambangan bunga yang di pegang terus
jatuh ke lantai.
Zafran memandang dengan hati yang
terguris.Terguris sebab Dian boleh tersenyum dan bercakap dengan doktor itu
sedangkan dia? Sukar sekali untuk mendengar sepatah perkataan dari Dian .
Sampai hati awak Dian..Saya sayangkan awak
Dian.Bilakah awak akan baik seperti dulu.Desis hati kecil Zafran Nufail.Sedih
hatnya melihat tunangnya berdua-duaan dengan doktor itu.
Zafran Nufail jangan fikir yang bukan
–bukan. Apa yang nampak tak selalunya betul.Jangan buat andaian sendiri.
Zafran menarik nafas dalam –dalam.Sakit
hatinya melihat Dian bersembang.Entah apa yang mereka bualkan Zafran sendiri
tidak tahu.Kemudian Zafran menoleh ke belakang dengan hati yang remuk lalu
melangkah pergi.Jambangan bunga tadi
masih berada di atas lantai.
“Best tak cerita saya tu?” Ujar doktor
Rafiqi kepada Dian.Kemudian Dian tersenyum dan menganggukkan kepala.Geli
perutnya mendengar cerita kelakar yang di ceritakan oleh doktor Rafiqi.
“Pak cik kemana?” Soal doktor Rafiqi sebaik saja Encik Yusuf
melabuhkan punggungnya di kerusi.
“Pak cik ke tandas sekejap.Tiba-tiba perut
pak cik memulas.Nasib baik Dian tak merayap.Risau juga.Nak panggil kamu tapi
kamu tengah order makanan.Pak cik pergilah tandas sekejap .Dian pun tahu.Pak
cik dah pesan suapaya duduk sini diam-diam.Risau jugalah tinggal Dian.Bukan
kamu tak tahu Dian ni macam mana kesihatannya.” Balas encik Yusuf.
“La ye ke.Pak cik sakit perut ke?Kalau
begitu sekejap lagi saya tolong rawat
macam mana?” Soal doktor Rafiqi dengan cemas.
“Ish kamu ni.Pak cik tak
apa-apalah.Mungkin pak cik ada salah makan kot.” jawab Encik Yusuf.Dian
menyuakan gelas yang berisi air sirap ke dalam mulutnya.Rafiqi memandang dengan
senyuman.
“Kalau pak cik cirit –birit nanti saya
bagikan ubatnya.” Balas doktor Rafiqi sewaktu memandang wajah ayah Dian.
“Ya lah.Ikut suka kamu.Pak cik ikut
saja.Kamu doktor.Kamu tahu la apa yang terbaik untuk pak cik.” Balas encik
Yusuf dengan senyuman.
Kalau doktor tu memang doktor
jugalah.Pantang nampak orang sakit sikit.Bagus kamu Rafiqi.Doktor yang
berdedikasi.Desis hati Encik Yusuf sambil tersenyum.
bersambung...
NotaTersepit : sekarang tengah mencari mood balik.Aku nk kena susun blk plot cerita BCIP.Ada perubahan sikit..Hehehe..:D
best...
ReplyDeletemekasih baby mio singgah dan baca karya ini..:)
ReplyDeletebest banget dek...
ReplyDeletenorihan..mekasih kerana singgah dan baca..:)
ReplyDelete