Minggu ni akan di update teaser special dari 2 bab yang ada dalam ADU yang di mana x di mention bab berapa.Hehehhee..Hari Khamis ni last update ADU..Mekasih semua yang singgah dan baca cerita ni.. =)
TEASER SPECIAL PART 1
“SAYANG nanti kita sambung lagi cerita , nak kena sambung
buat kerja.Balik karang saya hantarkan awak seperti biasa ok.”Tingkah Zafran
Nufail sambil tersenyum pada Dian.
“Ok.Pergilah sambung kerja.Saya pun ada
kerja nak kena buat.Petang nanti saya tunggu awak dekat pintu depan.”Balas Dian
sambil membalas senyuman dari tunangnya.
Sejak Dian bekerja semula di Khalid Group
ni pergi dan balik memang di jemput oleh Zafran Nufail.Pada mulanya Dian ingin
memandu sendiri namun sebaik saja Dian beritahu pada Zafran terus Zafran
menghalangnya.Dian hanya mengikut saja.
Kemudian Zafran terus menoleh menuju ke
meja Suzie sambil mengambil sesuatu sebelum bergerak menuju ke ruang
kerjanya.Dian pula sudah pun mengadap skrin komputer untuk menyambung kerjanya
yang terbengkalai sejak tadi.Pagi tadi sememangnya Dian sudah berkobar-kobar
untuk membuat kerjanya tetapi di sebabkan dia tiada idea yang menarik jadi Dian
banyak buat research dekat internet untuk mencari idea atau dapatkan sedikit
gambaran.
Zafran baru saja ingin melabuhkan
punggungnya di kerusi namun tidak sempat kerana Zafran terpandangkan
seseorang.Di kala itu Hana sedang melambaikan tangannya pada Zafran.Hana
melambaikan tangannya pada Zafran supaya Zafran datang ke tempatnya.
Apa helah Hana sebenarnya ni?Ada saja Hana
ini.Jangan si Hana ni buat hal mengarut sudahlah.Terima sajalah kenyataan tu
cik Hana Yasmin oii.Cinta itu bukannya boleh di paksa.
Zafran tidak faham dengan lambaian tangang
dari Hana.Zafran apa lagi tayang muka blur lah sambil mengerutkan dahinya.Si
Hana ni melaung pun manalah Zafran nak dengar jikalau Hana berada di jabatannya
yang di kelilingi cermin.Zafran membuat gaya tidak dengar sambil meletakkan
tangannya di telinga.Hana mengeluh sekejap lalu mengangkat tangannya sambil
buat aksi tunggu sekejap.
Hana mengambil telefon bimbitnya yang
terletak di atas meja lalu di dail nombor telefon Zafran.Terperanjat Zafran
mendengar telefonnya berbunyi.Zafran mengerut dahi lagi sebelum menjawab
panggilan dari Hana.
“Perempuan ni nak apa pula?” Bebel Zafran
sendirian .
“Hello Hana .Kenapa?” Soal Zafran di
talian.
“Zafran.Sorry kacau you.Boleh datang dekat
jabatan saya tak sekejap.” Soal Hana di sebelah sana.Zafran menoleh kembali kea
rah jabatan yang di huni oleh Hana.
“Awak nak apa?Saya banyak kerja ni.”
Tingkah Zafran pula.Memang dia ada banyak kerja yang harus dibuat olehnya.
“Sekejap saja.Ada hal sikit.” Pujuk Hana
sambil melambaikan tangannya lagi.
“Ada apa ni Hana?Saya banyak kerja nka
buat dekat sana?” Soal Zafran sebaik saja tiba di depan Hana Yasmin.Di kala itu
juga senyuman di bibir Hana sangat lebar.
“Saja je.Zafran sebenarnya saya ingat nak
ajak awak makan.Bolehlah.Saya belanja.Lagipun tak lama lagi awak dah nak kahwin
dengan Dian.Lepas ni saya janji saya tak akan ganggu awak berdua lagi.” Tingkah
Hana Yasmin sambil merenung Zafran Nufail.
“Makan?Saya sorang atau saya dan Dian.”
Sengaja Zafran tekankan nama Dian di situ.
“Saya ingat nak buat party sikit ,
ala-ala bachelor party macam tu.” Jawab Hana dengan selamba.
“What bachelor party.Hana awak sedar tak
apa yang awak cakap ni.Yang awak nak ikut gaya barat sangat tu kenapa.Saya tak
nak.Dah la saya nak pergi sambung buat kerja.Awak ni banyak terikut dengan gaya
barat sangat ni.” Tingkah Zafran sambil menggelengkan kepalanya.
Eh mamat ni.Aku ajak je.Tu dah nak
melenting.Bebel Hana sendirian di dalam hatinya.
“Ok sorry.Kalau awak tak nak macam tu jadi
saya belanja awak makan sajalah.Kalau awak menolak bermakna saya ni bukan kawan
awak.”Hana cuba menggugut Zafran Nufail.
“Awak ugut saya ke Hana.Kalau setakat nak
belanja makan boleh saja tapi saya kena datang dengan Dian lah.Dian kan tunang
saya.”Balas Zafran Nufail dengan selamba.
Sebaik saja mendengar nama Dian .Hana
mengetap bibir tanda geram dan protes.
Relax Hana.Tak mengapa.Biarkan Dian
datang.Barulah best sikit orang kata.Gerutu Hana sendirian di dalam hatinya.
“Ok memanglah awak patut datang dengan
Dian.Dia kan tunang awak.Ok nanti awak bagitahu Dian sekali.Saya belanja .”
Tingkah Hana dengan gembira.Jerat mengena kali ini.Zafran hanya mendiamkan diri
sebelum berlalu nak menyambung kembali kerjanya.
Hana peluang depan mata.Kau kenalah guna
sepenuhnya.Desis hati Dian sendirian .Bibirnya terus saja tersenyum.
TASHA baru saja balik dari outstation pagi
ini.Dengan kepenatan Tasha memulas tombol pintu rumahnya.Tasha menarik beg berodanya
lalu di bawa masuk ke dalam.Kali ini Tasha outstation di Perak.Sebaik saja
ingin melangkah masuk ke dalam rumah Tasha pelik kerana melihat kasut lelaki
bewarna hitam ada di lantai.Tasha menggarukan kepalanya.
“Kasut siapa pula ni?Jangan kata si Hana
bawa lelaki balik masa aku tak ada dekat rumah.Gila ke apa perempuan ni?” Bebel
Tasha sendirian lalu melangkah masuk ke dalam ruamh.Sempat juga Tasha
menjenggukkan kepalanya di ruang tamu namun tiada sesiaap di situ.Tasha
meletakkan beg rodanya di tepi sofa sebelum bergerak ke dapur.
“Hana..Kau dekat mana?” Panggil Tasha.Namun
langsung tiada sahutan.Tasha ke ruang dapur jelas sekali tiada orang di
situ.Tasha menoleh kanan dan kiri mencari kelibat Hana namun tidak juga
kelihatan.
“Mana pula minah ni?” Soal Tasha sendirian
sambil bercekak pinggang.Entah kenapa hantinya tiba-tiba saja tidak merasa
sedap hati.
Tasha menapak semula ke ruang tamu lalu di
labuhkan punggungnya di situ.Baru saja Tasha ingin merebahkan kepalanya
tiba-tiba saja kedengaran loceng rumahnya berbunyi.
“Assalamualaikum..”Kedengaran seseorang
memberikan salam.
“Waalaikumussalam..Eh Dian.Lama tak jumpa
kau.Kau sihat?” Soal Tasha sambil memeluk erat Dian.
“Awak kenal saya?” Soal Dian dengan
terpinga-pinga sebaik saja pelukan di lepaskan.
“Dian..Kau tak kenal aku.Tasha?Kawan
serumah kawan baik kau Hana.Aku juga berkawan baik dengan arwah Dhiya’.” Terang
Tasha dengan muka keliru.
“Maafkan saya Tasha.Saya tak
ingat.Selepas jatuh tangga saya di sahkan amnesia.Memang saya tak ingat.Bukan
awak saja yang saya tak ingat malah Hana dan juga tunang saya Zafran juga saya
tak ingat.” Terang Dian pula.Tasha melopong seketika.
“Ya Allah Dian.Aku minta maaf sebab
langsung tak tahu kau hilang ingatan.Aku melawat kau waktu kau sedang mengalami
kemurungan dulu.Waktu tu kau langsung tak nak bercakap dengan aku.Selepas itu
aku kena transfer ke Perak sekejap atas urusan kerja.Aku baru saja sampai pagi
ini dekat rumah ni.Macam mana kau boleh datang ke mari?” Soal Tasha pula.
“Tak
mengapa Tasha.InsyaAllah nanti saya akan ingat kembali.Saya datang ke mari
sebab Hana hantar mesej pada saya suruh datang ke mari.Dia send mesej tu malam
tadi cakap dia tidak sihat.Dia minta saya datang pagi ni .Minta tolong saya
hantarkan dia ke klinik.” Jawab Dian pula.Tasha menganggukkan kepalanya.
“Ya ke.Aku pun cari dia.Tapi dia tak ada
dekat ruang tamu.Mungkin juga Hana sedang tidur di bilik kot.Marilah kita masuk
jengguk Hana di dalam.” Jawab Tasha lalu menarik tangan Dian masuk ke dalam
rumah.Dian hanya tersenyum dan mengikut saja langkah Tasha.
“Dian dapat dekat mana alamat?” Soal
Tasha sebaik saja Dian menjejakkan kikinya di ruang tamu.
“Hana
hantar alamat rumah ni melalui sms.” Jawab Dian lagi.
“Jomlah kita tengok Hana dekat bilik
dia.” Tingkah Tasha lalu menarik tangan Dian sambil menuju ke arah bilik Hana.
“Hana..kau dah bangun belum?” Soal Tasha
sambil mengetuk pintu bilik Hana.Berkali-kali juga dia cuba memanggil dan
mengetuk pintu bilik Hana namun tiada sahutan.Tasha cuba memulas tombol
pintu.Tersenyum Tasha pada Dian apabila tombol pintu bilik Hana tidak berkunci.
“Bukalah Tasha.Hana masih tidur kot.” Ujar
Dian sambil menyuruh Tasha membuka pintu bilik Hana.Tasha hanya menganggukkan
kepalanya sebelum membuka pintu bilik Hana dengan perlahan.
“Hana bangunlah.Dian dah daaa…..” Tasha
terkelu seketika apabila melihat Hana yang sedang nyenyak tidur di sebelahnya
pula ada seorang lelaki.Namun wajah lelaki yang sedang terbaring itu tidak dia
tahu siapa.Dian menekup mulutnya sambil memandang Tasha.
“Astagfirullah A’lazim ..Hana….Apa kau buat
ni?Jerit Tasha dengan lantang sekali menyebabkan Hana tersedar.Hana membuka
mata dengan perlahan-lahan seolah-olah tiada apa yang berlaku.Hana bangun dan
duduk menampakkan dirinya yang sedang memakai baju tidur satin yang tersangat
jarang.Terbeliak mata Tasha dan Dian melihat keadaan Hana ketika ini.
“Kau ni nak apa bising pagi-pagi.” Marah
Hana sambil menenyehkan matanya.
“Banyak kau bising.Apa kau buat ni
Hana?Siapa lelaki sebelah kau tu?” Jerit Tasha lagi.Nafasnya turun naik ketika
ini.Sakit hati dengan perangai Hana.Tidak sangka Hana akan bawa balik lelaki di
rumanhya sewaktu ketiadaanya.
“Oh sebelah aku ni.Kawan aku.”Jawab Hana
dengan selamba.
“Hana apa semua ni?Hana mesej Dian cakap
Hana tak sihat.Minta Dian datang bawa Hana ke klinik.” Tingkah Dian pula
setelah berdiam diri.Mahu terkejut Dian melihat sahabatnya begini rupa.
Lelaki tersebut tersedar sebaik saja
mendengar suara perempuan sedang bising.Dengan payah sekali lelaki tersebut
membuka mata.Kepalanya masih lagi pening.
“Aku dekat mana ni?” Soal lelaki tu sambil
membuka mata .Sebaik saja melihat
suasana bilik yang lain lelaki itu kelam kabut lalu bangun dan menoleh
ke arah Dian dan juga Tasha.
“Zafran.” Jerit Dian dan Tasha serentak dengan muka yang
terkejut.Zafran masih lagi kebinngungan di kala ini.Kepalanya di pegang kerana
masih lagi terasa pening.
“Dian macam mana awak ada dekat sini?”
Soal Zafran dengan blur dan keliru.Kemudian Zafran memandang orang di
sebelahnya.Sebaik saja melihat sesusuk tubuh di sebelahnya terus saja Zafran
membuka mata seluas-luasnya.
“Zafran apa semua ni?” Marah Dian. Wajah
putih Dian sudah bertukar menjadi merah kerana menahan kemarahan.
“Sampai hati awak buat kerja terkutuk ini
Zafran.Awak tunang saya.Awak boleh buat macam ni pada saya.Hana sanggup awak
buat saya macam ni.Awak berdua memang pengkhianat.Saya bencikan awak berdua.”
Ujar Dian.Air matanya sudah gugur jatuh ke pipi.
Jantung Dian hampir-hampir berhenti
berdegup sebaik saja melihat wajah Zafran yang tidur dengan lena bersebelah
Hana.Hati perempuan mana yang tidak sakit?Dian meraup wajahnya yang basah
dengan air mata sebelum berlari keluar dari bilik tersebut.
“Dian..Sayang tunggu dulu.Saya tak tahu
bagaimana saya boleh ada di sini.Percayalah Dian.” Laung Zafran sambil berlari
menuruni katil sebelum mengejar Dian.Tasha sudah mencerlungkan matanya pada
Hana.Namun hati Hana sememangnya keras langusng tidak mengendahkan pandangan
Tasha pada ketika ini.
“Aku tak sangka perangai kau seteruk ni
Hana.” Jerit Hana dengan marah.
Dian berlari keluar menuju ke kereta.Dian
mengambil sandle miliknya lalu di pegang,Dian berlari dengan berkaki ayam
menuju ke kereta.Hancur luluh hatinya di kala ini.Tunangnya tidur dengan
perempuan lain.Dian memejam mata seketika.
“Sayang dengar dulu.” laung Zafran sambil
mengejar Dian.Zafran berjaya mencerkup tangan kanan Dian.
Dian meronta dan menarik tangannya dengan
kasar dari cengkaman Zafran.Dian cuba untuk melintas jalan menuju ke keretanya
.
“Cukup Zafran.Awak khianati saya.I hate
you very much.Saya tak akan maafkan awak.”Jerit Dian .Air matanya kala ini
sudah mencurah-curah mengalir di pipi.
“Bagilah peluang untuk saya terangkan
semua ni.Percayalah Dian.Saya tak tahu bagaimana saya boleh berada di sini.”
Zafran cuba membela dirinya.Dian menggelengkan kepala pada Zafran.
Kepercayaan Dian pada Zafran sudah hilang
dengan serta merta.Dian tetap membisu seribu bicara .Air matanya saja yang
mengalir tanpa henti .Dian tidak mahu mendengar apa-apa lagi.Dian ingin pergi
dari situ.
Zafran cuba meraih tangan Dian kembali
namun Dian menepisnya.Dian cuba untuk menuju ke keretanya yang terletak di
seberang jalan berhadapan dengan rumah milik Hana.
“Lepaslah.Saya benci awak.benci awak.”
Marah Dian sambil menoleh lalu menuju ke keretanya, Zafran mencuba sekali
lagi.Dian menepis lagi sekali sebelum berlari menuju ke keretanya.Namun malang
tidak berbau apabila Dian langsung tidak menoleh kiri dan kanan sewaktu
melintas lalu menyebabkan Dian di langgar lagi sekali.Dian di rempuh oleh
sebuah kereta .Pemandu kereta tersebut menekan brek dengan mengejut.Dian sudah
tidak sedarkan diri.Di kala itu juga Tasha dan Hana keluar dari rumahnya.
“Dian..”Jerit Zafran dengan sekuat hatinya
lalu berlari dan memangku kepala Dian.Tasha terus berlari mendapatkan Dian.
“Dian..Ya Allah..Dian bangun.Zafran cepat
kita bawa Dian ke hospital.” Jerit Tasha .Zafram terus memangku Dian lalu di
bawa Dian ke kereta Tasha.
Hana hanya melihat saja tanpa
membantu.Hari ini puas hatinya apabila dia sudah berjaya dengan
rancangannya.Terlukis satu senyuman di bibir Hana.Padan muka kau Dian.Gerutu
Hana di dalam hatinya.
Astagfirullah A’lazim Hana.Busuknya
hatimu.Sanggup kau buat begini pada Dian.Ke manakah hilangnya hati budi mu
.Kejam sungguh kamu Hana .
Bersambung...
NotaTersepit: Sekarang sedang menyiapkan cerpen raya cristall ball vs almond london.Esok akan di update sambungan cerpen itu.
rase nak bagi penampaq sedas dua dekat Hana nuh .. huhu
ReplyDeletehehehehe kan..Hana ni macam x da hati perasaan cikit Janji dia akan dpt apa yg dia nak..:D
ReplyDeleteNak lagi!!!bestnya good luck ayra.
ReplyDeletehehehe..Mekasih Aryssa singgah baca..:D
ReplyDeletejahat cam hantu meroyan si hana nih!!!eeeeeeeee gerammmmmmmmmm hehe dek writer best,sedehhhhhhhh....
ReplyDeletehahaha..Memang Hana jahat .Mekasih singgah baca. Karya ini sudah di hantar kepada penerbit untuk di nilai.InsyaAllah kalau ada rezeki adalah.Kalau tak ada mungkin akan di publish semuanya di blog. :)
Delete