Ambik kau hari ni dua entry sekaligus aku update.Satu entry sambungan ADU, manakala satu entry lagi sambungan cerpen cristall ball vs almond london.Sepatutnya semalam aku update cerpen ni tapi tu la sibuk sikit.Dua tiga hari ni asyik keluar saja cari persiapan raya.Next week kan dah nak raya.Ok ini sambungan cerpen crsitall ball vs almond london.Cerita ni biasa2 saja x da konflik mana pun .Santai saja..
PART 2
SEMINGGU BERLALU….
Sara dan opahnya baru saja turun dari
masjid berdekatan dengan rumah mereka.Sara dan dan opahnya baru saja selesai
menunaikan solat terawih.
“Sara , Timah kamu berdua dah nak balik
ke?” Soal nek wan kepada mereka berdua.Sara terus menoleh ke belakang manakala
opahnya pula sedang menyarungkan selipar di kaki.
“Haaa Wan, kamu tak nak balik lagi
ke?Marilah balik sekali dengan aku.” Ucap opah Sara.Waktu itu nek wan baru saja
menuruni tangga masjid.
“Aku nak balik dah ni.Marilah balik sekali
dengan cucu aku Timah.Zakwan tunggu dekat depan sana.” Ujar nek wan pula.Sara
terus berubah wajahnya.Kalau tadi kemain lagi Sara senyum sebaik saja mendengar
nama Zakwan terus mati senyumannya.
Huh mamat bandar tu lagi ke?Perasan tahap
gaban.Menyampah aku.Gerutu Sara sambil membantu opahnya berjalan.
“Eh tak apalah wan.Aku dengan Sara balik
jalan kaki sajalah.Bukan jauh pun rumah
aku .” Balas opah Sara pula.
“Betul tu nek wan.Biar Sara dengan opah
balik jalan kaki sajalah.Bukan tak biasa balik jalan kaki nek wan.” Balas Sara
pula.
“Dah jangan banyak jawabnya.Marilah balik
sekali.Kamu bukannya sihat sangat Timah oi..Lutut kamu tu sama je dengan aku
asyik sakit saja.” Dalih nek wan pula.Opah Sara sudah memandang teman baiknya
sambil tersenyum.
“Nek wan jomlah kita balik.Opah marilah
balik sekali.Zakwan hantarkan .” Pelawa Zakwan pula sebaik saja terpandang
wajah nek wan dan juga opah.Sara sudah diam tidak berkutik.Kalau di ikutkan
malas nak naik kereta mamat bandar yang suka perasan tu.Kalau berjumpa dengan
mamat bandar tu kecoh satu kampung .Asyik bertekak sampai kering air liur di
buatnya.
“Hoi budak kampung, kau buat apa hah?” Soal
Zakwan sewaktu sampai di pintu dapur rumah opah.
“Oh mak kau..” Sara melatah lalu menoleh ke
belakang.Satu jelingan tajam di hadiahkan pada mamat bandar.
“Waalaikumussalam…” Dengan selambanya Sara
membidas Zakwan yang sedang tersengih padanya.
“Uish garangnya budak kampung ni.” Tingkah
Zakwan lagi.Sengaja nak memanaskan hati Sara.
“Kau nak apa datang sini budak bandar.?”
Soal Sara sambil menyusun biskut cristall ball di dalam balang .Ada banyak lagi
biskut cristall ball yang belum di bakar.
“Aku nak jumpa opah.Nek wan kirimkan
barang sikit dekat opah.Pandai juga kau buat biskut ya budak kampung.” Dengan
selambanya Zakwan melangkah masuk dan mendekati meja yang di mana di atas meja
sudah di penuhi dengan peralatan membuat biskut dan juga balang yang nak di isi
dengan biskut.
“Bolehlah.Inilah rezeki aku kalau bulan
puasa.Barang apa kau bawa.Letak saja di situ.”Balas Sara .Matanya di tumpukan
pada biskut yang sedang di masukkan ke dalam bekas.
“Banyak ke tempahan kau hah?Kalau aku nak
order juga boleh ke?” Zakwan masih ralit melihat biskut yang sudah masak.Dengan
selambanya Zakwan mengambil sebiji dan di hidu dengan hidungnya.
“Woi kau jangan nak buat kerja gila.Karang
batal puasa.Letak balik.”Arah Sara dengan geram.
“Garanglah kau ni, patutlah mamat
handsome dekat kampung ni tak nak dengan kau.Garang macam singa betina.” Bidas
Zakwan.Sara mengetap bibirnya dengan geram.
Kurang ajar mamat bandar suka hati
mengata aku.Karang orang lain buka puasa dengan nasi kau buka puasa dengan
penampar aku baru tahu.Gerutu Sara sendirian.
“Mulut tu jaga sikit ya.Dah pergi
balik.Jangan kacau aku buat kerja.” Sara membuat aksi menghalau Zakwan dengan
menunjukkan jari telunjuknya ke muka pintu.Zakwan tersengih.
“Marah ke?Aku nak tempah biskut juga
boleh.Aku nak juga rasa biskut kau tu sedap ke tak.?Ya la aku tengok susah payah kau mengadap biskut ni semua.Raya
lambat lagi kot.” Ujar Zakwan sambil berpeluk tubuh.
“Kau nak tempah biskut apa?Hello memanglah
raya lambat lagi.Ini orang tempah aku kena siapkan.Tahun ni banyak pula
tempahannya maka aku kenalah buat awal lagi.Sibuk betul kau ni.Kau tak ada
kerja ke hah selain mengacau aku.?” Soal Sara sambil mengangkat keningnya.
Sejak kali
pertama bertembung dengan mamat bandar ni boleh di katakan hari-hari dia
cari gaduh dengan aku.
Alahai cik pontianak ni kalau marah makin
comel pula aku tengok.Zakwan tersenyum di dalam hati sambil memerhati gerak
geri Sara.Sejak berada di kampung Sara la yang jadi kawan dan musuhnya.Sabar
sajalah.Mama dah suruh tinggal dengan nek wan.Bila nak dekat raya nanti mama dengan
papa datanglah.Tahun ni memang giliran beraya di kampung mama di sini.Daripada
bosan duduk KL terperuk dalam rumah baik duduk kampung teman nek wan.Selepas
raya nanti aku dah nak kena balik London.Pelajaran aku di sana belum habis
lagi.
“Kau nak suruh aku buat biskut apa?” Soal
Sara dengan tiba-tiba sambil memandang tepat pada Zakwan.Terperanjat Zakwan
sewaktu matanya bertembung dengan Sara.Namun Sara hanya tayang muka blur .
“Tak kisah.Aku nak cristall ball ni
boleh.Nak juga try.Kalau sedap aku belilah.Kalau tak sedap aku hantar balik.”
Sengaja Zakwan nak kenakan Sara ketika ini.
“Biskut raya cik Sara mestilah
sedap.Paling sedap biskut cristall ball ni.Aku bagi sikit nanti kau balik makan
waktu berbuka nanti.” Tingkah Sara lagi sambil mengambil satu bekas kecil untuk
di berikan pada Zakwan.
“Eleh ye la tu,biskut almond London lagi
sedap.Kau tahu buat biskut tu.Wooo sedap giler biskut tu.Kalau kau nak tahu tu
biskut favourite aku.” Ujar Zakwan lagi sambil menongkat dagunya.Entah bila
masa Zakwan duduk di depan Sara pun tak pastilah..Mata Sara hanya tertumpu pada
biskutnya sahaja.
“Tengok tanganlah.Mestilah aku tahu buat.Next
week baru aku buat biskut tu.Minggu ni aku siapkan tempahan biskut cristall
ball ni.” Balas Sara pula.
“Kau suka biskut cristall ball ke?”
Soal Zakwan .Sara tersenyum.
“Aaah biskut ni memang favourite
aku.Biskut ni juga kegemaran arwah ibu dan ayah aku.” Balas Sara sambil
tersenyum tawar sewaktu menilik biskut di tangannya.Rindu pada arwah ibu dan
ayahnya bertamu lagi.Selepas itu Sara menghela nafasnya lalu menyambung semula
menyusun biskut tersebut.
“Sorry…Janganlah kau sedih.Aku kan ada.”
Tingkah Zakwan.Anak mata Sara terus memandang wajah Zakwan.
“Kau?buat apa.Kacau bilau hidup aku kalau
ada kau.Hilang kententeraman aku dekat kampung ni.Hari-hari kerja kau nak
bertekak dengan aku.” Balas Sara lagi sambil menggelengkan kepalanya.
“Kalau aku tak ada mesti kau rindu aku
kan.Maklumlah aku kan jejaka terhangat
di pasaran .Kau tengok awek-awek dekat kampung ni pun jatuh cinta dengan
aku.Kau tu je yang tak nampak.Jangan jealous ya cik pontianak.” Usik Zakwan
sambil menaikkan kedua-dua keningnya.
“Apa dia? jejaka terhangat.Eeeuuwww
perasannya.Tak kuasa aku nak jealous dengan kau.Yang kau panggil aku pontianak
tu kenapa?” Soal Sara sambil bercekak pinggangnya.
“Ya la .Gelaran pontianak sesuailah dengan
kau.Dah lah rambut kau serabai panjang mengalahkan hantu kak limah.Memamng
boleh geng dengan cik ponti.” Saja Zakwan nak menaikkan darah Sara.
“Kurang ajar.Kau kata rambut aku macam
pontianak.Memang mamat bandar mata rabun.Dah pergi balik.Kalau datang nak
menyakitkan hati aku tak payah.” Ucap Sara.
“Apa yang korang berdua bertekak ni?” Soal
Opah sambil berjalan dengan perlahan menuju kea rag meja.
“Ni la opah mamat bandar ni asyik nak
mengacau Sara saja.” Bidas Sara dengan geram lalu menjeling tajam pada Zakwan
sebelum Sara membantu opahnya berjalan.Zakwan menarik kerusi untuk opah.
“Mana ada opah.Cik pon ni yang kacau
Zakwan.Oh ya opah nek wan suruh hantar barang tadi.Ni haaa…” Zakwan sempat
membela dirinya.Sara sudah berasap telinganya.
“Dah jangan nak gaduh-gaduh.Orang kata
jangan membenci nanti orang yang kita tak suka atau benci tu la jodoh
kita.Cakap dengan nek wan terima kasih.” Balas opah pula.Sara sudah menarik
muka masam.
“Eee tak nak lah..” Sara dan Zakwan jawab
dengan serentak .Opah tersenyum.Mudah-mudahan perancangannya bersama nek wan
menjadilah nanti.
“Ok opah dah sampai pun.Mari Zakwan tolong
opah.” Ucap Zakwan lalu mematikan terus lamunan Sara.Zakwan buka pintu kereta
lalu membantu opah.
“Nek wan , Sara dengan opah naik
dulu.Terima kasih.” Ucap Sara sambil tersenyum pada nek wan.
“Ya la..Elok-elok ya..” Balas nek wan
sambil menganggukkan kepalanya.
“Terima kasihlah Zakwan.Opah nak dulu.”
Ujar Opah lalu berjalan dengan perlahan-lahan.
“Errm terima kasihlah budak bandar.”
Ucap Sara pada Zakwan.
“Sama-sama.Biskut aku tempah jangan lupa
ya.Biskut Almond London.Kalau tak sedap esok juga aku hantar balik pada kau.”
Balas Zakwan.Sara sudah mencebik.
“Ya esok pagi aku buat.Petang nanti aku
hantar dekat rumah kau .Aku masuk dulu.Hati-hati bawa kereta.” Tingkah Sara
lalu berlalu masuk ke dalam rumah.Zakwan pula kembali ke keretanya.Sebaik saja
kereta Zakwan bergerak barulah Sara menutup pintu rumahnya lalu di
kunci.Opahnya sudah pun berada di ruang tamu sambil melipat telekung.
Bersambung..
NotaTersepit : Tak panjang mana pun cerita ini.Ada lebih kurang 4 part lagi .Hhehee..
No comments:
Post a Comment
Tq sudi komen.:D