Selamat petang .Hari ini seperti yang aku war2 kan sebelum ni yang ADU last update.Hari ini ADU special part 2.Bab mana x di mention kan, cuma nak bagitahu yang selepas Dian mengalami kemurungan Dian mengalami Amnesia di sebabkan oleh Hana.So bab hari ni sambungan special part 1 isnin lepas .Mekasih semua baca ADU..Lepas ni tunggu BCIP pula ya..Mekasih semua yang baca ADU dari prolog sampailah special part 2 nih.
TEASER SPECIAL PART 2
MALAM itu seperti yang di janjikan mereka
berdua bertemu di sebuah restoran untuk makan malam bersama.Kali ini Dian tidak
mengikut Zafran kerana Dian sendiri tidak mengetahui yang Zafran keluar bersama
Hana.Sewaktu Zafran sampai Hana sudah pun berada di situ.
Zafran memang sengaja datang seorang
diri.Zafran ingin berbincang dengan Hana tanpa Dian.Zafran tidak mahu Hana
menganggunya lagi selepas ini.Zafran sudah tidak tahan dengan karenah Hana yang
masih tidak mengerti bahawa cintanya hanya untuk Dian.Antara mereka berdua tak
lebih dari seorang kawan.Tapi bagaimana dengan Hana?Tak semudah itu Hana akan
menerimanya.
“Dah lama sampai?”Soal Zafran dengan muka
serius.
“Baru saja lagi.Terima kasih Zafran
kerana sudi keluar makan dengan saya.” Tingkah Hana dengan senyuman lebar di
bibir.
“Saya terima pelawaan awak pun
bersebab.Saya ada hal penting juga nak bagitahu awak hari ini.” Tegas Zafran.
“Kot ya pun nak berbincang.Kita makanlah
dulu.Perut saya dah lapar ni.” Rengek Hana pula.
“Awak nak cakap apa dengan saya?Serius
saja muka awak malam ni Zafran.” Tingkah Hana .
“Memang ada hal serius.Berkaitan dengan hal
saya , awak dan juga Dian.”
“Hal apa?” Soal Dian dengan muka berkerut.
“Hana , saya harap lepas ni awak tak akan
ganggu kebahagian saya dengan Dian.Cukuplah saya hampir-hampir kehilangan Dian
sewaktu Dian kemalangan hari tu.Izinkan saya bahagia dengan Dian.Awak berhak
untuk bahagia dengan orang lain Hana.Tak perlu awak nak mengejar saya.” Terang
Zafran .Hana sudah diam tidak berkutik.
“Kenapa?Apa kurangnya saya Zafran?Saya
ikhlas mencintai awak dengan sepenuh hati saya.Selagi awak belum kahwin selagi
itulah saya akan mencuba untuk dapatkan awak.” Jelas Hana pula.
“Tolonglah Hana.Saya nak hidup aman damai
dengan Dian.Boleh tak awak jangan ganggu hidup kami.Tak perlulah awak cuba
menonjolkan diri semata-mata untuk dapatkan perhatian dari saya.Hati saya hanya
satu Hana dan ianya milik Dian seorang.”
“Mudahnya awak cakap.Saya tak boleh buat
apa-apa sebab saya memang sukakan awak sejak dulu lagi.Awak kejam langsung
tidak memandang saya kan.Dian juga yang awak pilih.Entah ilmu apalah yang di
pakai oleh Dian sampaikan awak tergila-gilakan dia sangat.” Marah Hana dengan muka tidak puas hati.
Zafran Nufail sudah muak dengan sikap Hana
Yasmin.Bukan Zafran tidak tahu sudah banyak kali Hana cuba menggodanya.Pelbagai
cara yang telah di buat oleh Hana.Namun Zafran sengaja buat tidak tahu biarpun
ada ketikanya imannya hampir tergugat .
Hana Yasmin ini betul ke cintakan pada
Zafran Nufail atau ianya sekadar obses dan juga sikap untuk memiliki.
Selepas itu mereka berdua sama-sama
mendiamkan diri sambil menghabiskan makanan.Telefon bimbit Zafran pula
berbunyi.Tertera nama Dian , dengan pantas Zafran menjawabnya.
“Hai sayang..Buat apa tu?” Soal
Zafran.Sebaik saja mendengar panggilan sayang itu Hana sudah mengetap bibir
dengan geram.Sakit hatinya bila Zafran bersayang-sayang dengan Dian.
“Awak dekat mana?Dah makan belum?” Soal Dian
di talian.
“Saya tengah makan ni.Rindu saya ya.” Usik
Zafran yang membuatkan Dian ketawa di sebelah sana.Kemudian Zafran bangun dari
kerusinya lalu menuju ke satu tempat yang senyap untuk bersembang dengan
Dian.Hana menahan perasaan saja melihatnya.
“Awak makan dengan siapa?” Soal Dian yang
membuatkan lidah Zafran terkelu seketika.
Tak mungkin Zafran mengatakan yang dia
sedang makan malam bersama Hana.Kalau boleh Zafran tidak mahu Dian mengetahui
hal ini.Kalau boleh biarlah dia sendiri yang uruskan hal ini.
“Zafran awak masih di sana lagi ke?” Soal
Dian lagi.
“Ya sayang..Saya makan sorang sajalah.Siapalah
nak temankan saya.” Zafran cuba mengusik Dian.
“Tak habis-habis dengan Dian.Menyampah
aku.” Bebel Hana sendirian.Terus bersandar pada kerusi.Hilang seleranya untuk
makan.Hana berfikir sejenak.
Hana kau boleh jalankan operasi ini.Dah
lama kau rancang benda ini.Malam ni kau tahulah nasib kau Dian.Ini Hana Yasmin
ok.Aku akan dapat apa yang aku nak walaupun itu hak orang.Gerutu hati Hana
sendirian.
Hana melihat tas tangannya yang berada di
kerusi sebelahnya dengan senyuman.Kemudian Hana mengambil tas tangannya lalu
membawa keluar sesuatu.
“Malam ini adalah malam penentu untuk
korang berdua.” Tegas Hana sambil tersenyum sebelum tangannya mencapai air
minuman milik Zafran Nufail lalu di
letakkan pil yang sudah di hancurkan ke dalam minuman tersebut sebelum di
kacaunya.Hana meletakkan kembali gelas milik Zafran Nufail dengan segaris
senyuman.
“Sorry lah Hana.Saya nak kena balik
dulu.Saya nak siapkan kertas kerja.” Tingkah Zafran sewaktu tiba di meja makan.
“Eh habiskan dulu makanan ini.Susah payah
saya belanja awak malam ni.Lagipun lepas ni saya dah tak boleh nak keluar
dengan awak lagi.Awak dan Dian bakal berkahwin.Mungkin saya akan pindah
kerja.”Tingkah Hana dengan perlahan.
“Awak nak berhenti kerja ke Hana?” Soal
Zafran dengan pelik.
“Begitulah hajat di hati.Maafkan saya
Zafran sebab saya paksa awak untuk menyukai saya.Saya tahu cinta awak untuk
Dian.Beruntung Dian.Saya cemburu dengan Dian.” Tingkah Hana dengan sedih.
Wah Hana
kemain lagi kamu berlakon ya.Pandai sungguh kamu Hana.Kalau kamu jadi
pelakon mestilah memang award .Anugerah Pelakon Terbaik Watak Antagonis.
Zafran terdiam seketika.Dalam diam Zafran
gembira apabila mendengar Hana akan bertukar tempat kerja.Selepas ini bolehlah
Zafran dan Dian hidup dengan aman damai.
“Habiskan makanan awak tu.Lepas tu boleh la
kita balik.” Tingkah Hana dengan senyuman di bibir.Zafran hanya tersenyum lalu
menyambung semula makan malamnya.Hana tersenyum penuh makna sebaik saja Zafran
menyedut air minumannya.
Zafran menuju ke keretanya.Di seluk poket
seluarnya untuk mengeluarkan kunci kereta.Sebaik saja dia ingin membuka pintu
kereta kepalanya sudah pening .Hana sudah mengikut Zafran dari belakang.Hana
sudah tersenyum apabila melihat Zafran memicit kepalanya.
Pandangan mata Zafran juga kabur.Matanya
terasa berat sekali ketika ini.Bagaimanakah Zafran ingin memandu dalam keadaan
begini rupa.
“Zafran kenapa ni?” Soal Hana dengan muka
cemas kononnya lalu mendekati Zafran.
“Tak ada apa-apa.Kepala saya pening dan
mata saya sangat berat.Mengantuk sangat ni.” Terang Zafran Nufail.
“Eh awak jangan memandu dalam keadaan
mengantuk begini.Bahaya.Biar saya hantarkan awak.Jomlah.” Tingkah Hana sambil
memegang lengan Zafran .Hana mengambil kunci kereta milik Zafran lalu di genggamnya.Zafran
tidak berkata apa-apa.Sebaik saja masuk ke dalam kereta mata Zafran terus
terkatup dan langsung tidak sedar apa yang berlaku selepas itu.
DIAN sudah pun bersiap-siap untuk pulang ke
rumah.Doktor sudah membenarkannya pulang ke rumah.Sementara menunggu ayah dan
mak nya sampai Dian duduk di birai katil sambil merenung lantai.
“Sampai hati awak buat kerja terkutuk
ini Zafran.Awak tunang saya.Awak boleh buat macam ni pada saya.Hana sanggup
awak buat saya macam ni.Awak berdua memang pengkhianat.Saya bencikan awak
berdua.”
“Lupa aku kau tak boleh nak bercakap.Tak
apa kau dengar apa yang aku nak cerita tahu.Aku sebenarnya kan baru balik dari
dating dengan Zafran.Kau kenal tak Zafran?Alah Zafran tunang kau tu la.Ya la
kau kan gila tak kan dia nak keluar dengan kau.Tak boleh kau kena duduk rumah
berehat sehingga kau sembuh.Itu pun kalau kau sembuhlah.Kalau kau tak sembuh
mesti tempat kau dekat nun sana.Dekat tanjung rambutan.” Jelas Hana pula
“Dian tunggu aku.Kau nak pergi mana?” Soal
Hana sambil menarik tangan Dian.
“Dian saya Zafran Nufail ingin melamar awak
menjadi teman hidup saya.Adakah awak bersetuju?” Tingkah Zafran Nufail sambil
menghulurkan sejambak bunga ros kepada Dian Batrisya.
“Sebenarnya..sebenarnya…..
“Dhiya’ lori dekat depan..”Jerit Dian dengan
tiba-tiba apabila melihat Dhiya’ hampir melanggar lori .Dhiya’ mengelak dari
lori tanpa sedar ada sebuah van di sebelahnya yang ingin memotong.Kereta yang
di pandu oleh Dhiya’ hilang kawalan lalu menyebabkan berlaku kemalangan.Dian
dan Dhiya’ hanya sempat menyebut. Ya Allah sebelum mereka berdua menutup
matanya
Satu persatu peristiwa menerjah ke
dalam fikiran Dian membuatkan dada Dian berombak dengan laju.Dian memejam
matanya dengan rapat.Dian sudah ingat semuanya.Dalam diam ada air mata yang
mengalir dari tubir mata Dian.
“Bangkit Dian.Bangkit.Dian kuat.Jangan
bersedih.Hadapainya dengan tabah.” Dian mendengar suara arwah Dhiya’ bermain di
cuping telinganya.Kemudian Dian membuka matanya lalu mencari kelibat arwah
Dhiya’.
“Astagfirullah
A’lazim.” Dian berisgtifar sambil menarik nafas dengan dalam.
“Dian…are you okay? Soal Doktor Rafiqi
yang baru saja muncul.Dari tadi lagi doktor Rafiqi memerhati keadaan Dian.
“Saya ok.” Jawab Dian dengan senyuman tawar.
“Dian lain kali hati-hati ya.Terkejut saya
tengok Dian masuk hospital lagi.”Tingkah doktor Rafiqi sambl berdiri di hadapan Dian.
“InsyaAllah Rafiqi.” Balas Dian lagi sambil
mendongak melihat wajah doktor Rafiqi sebelum Dian mengalihkan pandangan ke
sudut lain.
“Rafiqi..Saya dah ingat semuanya..”Jelas
Dian.
“Alhamdulilah.Ini bermakna ingatan awak
dah pulih semula.” Balas doktor Rafiqi dengan senyuman.
“Saya ingat semuanya.” Tingkah Dian lagi
sambil termenung.
“Bersabar Dian.Awak kena tabah hadapi semua
ini.Saya tahu awak kuat.” Pujuk doktor Rafiqi.Dian hanya menganggukkan kepalanya.Dian kecewa dengan
Zafran dan juga Hana.Hatinya bagaikan di hiris.
“Awak dah ingat tunang awak?”Soal doktor
Rafiqi.Dian hanya membisu seketika.
“Ya saya dah ingat.Jangan sebut tentang
tunang saya lagi.Saya bencikan dia.Saya benci dia.” Balas Dian.Sebut saja
berkaitan dengan tunangnya Dian akan melenting kerana di ruang matanya terus
terbayang sewaktu Zafran dan Hana tidur sekatil.Perkara itu benar-benar
menyakitkan hatiny.Kepercayaan di berikan pada Zafran kini hancur.
Doktor Rafiqi terkejut.Ingin bertanya pada
Dian namun suaranya bagaikan tersekat.
“Dian dah siap ke?” Soal Puan Sakinah yang
baru saja muncul.
“Dah mak.” Jawab Dian sewaktu menoleh
kepada Puan Sakinah.
“Kalau begitu marilah kita balik.Ayah
tunggu dekat kereta.” Ujar Puan Sakinah.Dian menganggukkan kepalanya lalu ingin
mencapai begnya namun doktor Rafiqi terlebih dahulu mencapai beg pakaian milik
Dian.
“Biar saya tolong awak.” Tingkah doktor
Rafiqi.
“Terima kasih.” Balas Dian dengan senyuman
tawar.Dari wajah Dian doktor Rafiqi yakin yang ada sesuatu sudah berlaku antara
Dian dan juga tunangnya.
Dian terus berjalan sambil memeluk lengan
Puan Sakinah.Doktor Rafiqi juga turut berjalan beriringan dengan mereka berdua.
“Dian lupa mak nak bagitahu.Zafran ada
dekat luar sana dengan ayah.” Ujar Puan Sakinah.Dian terus berhenti melangkah.
“Dian tak nak jumpa Zafran mak.Tolong Dian
mak.Dian tak nak jumpa dia.”Mohon Dian dengan muka penuh merayu.
“Kenapa Dian tak nak jumpa dia.Zafran tu
kan tunang Dian.Dia yang bawa Dian ke hospital waktu Dian di langgar hari itu.”
Balas Puan Sakinah.
“Tidak mak.Dia bukan tunang Dian.” Balas
Dian.
“Astagfirullah A’lazim.Kenapa ni Dian.Tak
baik cakap begitu.” Pujuk Puan Sakinah.
“Mak , Dian tak nak jumpa dia.Nanti mak
dengan ayah akan tahu siapa sebenarnya Zafran dan siapa sebenarnya Hana.Dian
bencikan mereka berdua.” Balas Dian .Puan Sakinah terkejut mendengar.
Apa sudah jadi ni?Soal hati Puan Sakinah dan
juga doktor Rafiqi..
“Dian tak akan keluar dari sini kalau Zafran
masih ada bersama dengan ayah.” Tingkah Dian.Puan Sakinah sudah melopong
seketika.
Dian terus berdegil tidak mahu keluar dari
hospital.Kemudian Dian duduk di salah sebuah kerusi.
“Dian..Maaf kalau saya campur tangan.Walaupun
Dian bencikan tunang Dian janganlah Dian
buat ayah dan mak Dian susah hati.Kasihan ayah Dian dah tunggu Dian dekat
luar.”Pujuk doktor Rafiqi pula.Diam hanya diam tidak berkutik.
“Jom nak.Kita balik.Kasihan nenek sorang
dekat rumah.” Pujuk Puan Sakinah pula.Dian menarik nafas dalam-dalam sebelum
bangun dan melangkah.Puan Sakinah sudah tersenyum memandang doktor Rafiqi.
“Dian..Dian..Bagi saya terangkan semua
ini.” Tingkah Zafran Nufail sebaik saja melihat Dian berjalan bersama Puan
Sakinah.Dian membatukan diri.Tangannya kejap memeluk lengan Puan
Sakinah.Manakala doktor Rafiqi pula menjadi pemerhati.
Dian terus membuka pintu kereta lalu memboloskan
diri dalam kereta.Dian langsung tidak memandang pada wajah Zafran Nufail.Dian
lebih selesa berdiam diri ketika ini.Encik Yusuf terkejut melihat anaknya
langsung tidak mempedulikan tunangnya.
“Pak cik , Mak cik..Ingatan Dian dah
pulih.: Ujar doktor Rafiqi.Di kala itu Zafran juga turut terkejut namun dia
gembira mendengar khabar itu.Ini bermakna Dian sudah ingat pada
dirinya.Bagaimanakah dia harus menerangkan pada Dian tentang kejadian itu.Dia
langsung tidak sedar bila Hana bawa balik dirinya ke rumah itu.
“Alhamdulilah..” Ujar Puan Sakinah dan Encik
Yusuf dengan penuh kesyukuran.
“Pak cik saya nak jumpa Dian.”Tingkah
Zafran Nufail.
“Macam ni la, nanti kamu datang ke
rumah.Kita bincang elok-elok.Biar Dian bertenang dulu.Pak cik dengan mak cik
tak tahu apa yang dah terjadi antara kamu berdua.” Ujar Encik Yusuf.Zafran
hanya menganggukkan kepalanya dengan lemah.Dian langsung tidak memandang
wajahnya.
“Baiklah pak cik.” Jawab Zafran.
“Kami balik dulu.Terima kasih doktor.”
Tingkah Puan Sakinah.
“Sama-sama mak cik.” Balas doktor Rafiqi
sambil tersenyum.Zafran terus bergerak menuju ke keretanya dengan lemah .
Bagaimanakah caranya untuk memujuk Dian
kembali.Desis hati Zafran Nufail.
NotaTersepit: Cerita ini belum ternoktah di sini...ADU sedang di nilai.InsyaAllah kalau ada rezeki ADU adalah kalau tak ada akan di sambung semula cerita ini di blog ni.Mekasih semua.. :)
Psiko nye hanaaaaa
ReplyDeleteBlerghhhh -..-'
hehehe kan..Kalau dah cintakan sanggup buat apa saja..
ReplyDeletePawww!!!! Best sungguh cepat cepat jadinovel . Sekarangni dah buat sampai bab mana?
ReplyDeleteMekasih Aryssa..NOvel ni dah siap dan sudah di hantar ke penerbit untuk di nilai.InsyaAllah kalau ada rezeki adalah..:)
ReplyDeleteitu lh di nama kn cinta buta...langsung tk pikir ati dn perasaan org...cinta leh wat org gile meroyan cam hana nih!!!
ReplyDeletebetul cinta boleh buat orang gila meroyan.Mekasih singgah dan baca. :)
Deletejahatnya si hana tu x-(
ReplyDeletesaya benci si hana.
Watak Hana memang jahat sikit dalm cite ni.Mekasih Ana singgah dan baca..:)
Delete