Rasanya hampir tingga minggu tidak update blog ni kan.Sebelum bercerita lebih lanjut , Saya Ayra Zahra ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua kawan2 dan juga pembaca blog ni.Semua dalam mood beraya lg kan.Ok memandang ADU pun dh habis di update walaupun citenya masih lg panjang.Ramai yang dok tertanya bila nak sambung ADU.Bukan tak nak sambung tapi ADU sudah di hantar untuk di nilai,Kita tunggu sajalah keputusannya nanti .Ok seperti yang di janjikan selepas raya akan di update karya baru karya ke 3 Biarkan Cinta Itu Pergi.Dekat bawah ni sambungan BCIP.Kalau ada yang tidak baca lg Bab 1 BCIP boleh terjah ke BAB 1 BCIP.Selamat membaca dan terima kasih .
BAB
DUA
REEN keluar dari teksi yang menghantarnya
di kawasan perumahan .Reen buntu sewaktu keluar dari rumahnya tadi, tidak tahu
ke mana harus di tuju.Hujan lebat di kala ini langsung tidak di pedulikan.Reen
mengambil beg pakaian lalu berjalan masuk ke salah sebuah rumah.Sewaktu
membayar tambang kepada pak cik teksi tersebut sempat Reen mengucapkan terima
kasih.
“Hati-hati nak malam-malam begini..”
Sempat pak cik teksi itu menitipkan pesanan pada Reen.Kasihan dia melihat gadis
ini yang basah kuyup di tepi jalan sewaktu menahan teksinya.
“Terima kasih pak cik.” Balas Reen lalu
melangkah ke rumah yang masih lagi terang benderang.
“Assalamualaikum….” Reen memberikan salam .Dirinya menggigil
kerana kesejukkan.Bajunya tak usah cakaplah basah kuyup habis.
“Assalamualaikum…” Reen memberikan salam
lagi , namun masih belum bersahut.Dengan hujan begini pasti tuan rumah ini
tidak mendengarnya.
Kemudian Reen memberikan salam sekali lagi
sambil menggoncang pagar rumah tersebut.Akhirnya keluar juga tuan rumah yang
menginap di rumah tersebut.
“Ya Allah..Reen…” Jerit seorang perempuan
sebaik saja membuka pintu rumahnya.Selepas itu perempuan tersebut terus
menyarung selipar dan mengambil payung yang tersanggut dekat dengan rak kasut
lalu berjalan menuju ke pagar rumahnya.
“Safi..tolong aku…” Ujar Reen sambil
menggigil kesejukkan.
“Apa dah jadi ni Reen.Mari kita masuk
dulu.” Ucap Safi lalu memimpin Reen ke dalam rumahnya.
“Sejuknya Safi..” Tambah Reen pula sebaik
saja kakinya memijak lantai rumah Safi.
“Mari aku hantar kau dekat bilik.Kau
pergi mandi dulu nanti baru kita cerita.Kau kena hujan nanti demam pula.” Ujar
Safi lalu menunjukkan bilik pada Reen.Di kala itu Reen hanya menganggukkan
kepalanya saja.Bibirnya sudah berubah warna kerana kesejukkan.
“Terima kasih Safi..” Tingkah Reen sewaktu
ingin masuk ke dalam bilik air.
“Sama-sama.Kau mandi dulu.Aku pergi
buatkan air untuk kau.Lepas tu baru kau cerita pada aku apa yang dah jadi.”
Ujar Safi pula sewaktu ingin menutup pintu bilik yang menempatkan Reen.
“Apa sudah jadi dengan Reen.?” Soal Safi
sendirian sewaktu membancuhkan milo panas di dapur.Pelbagai persoalan yang
menerjah di dalam kotak fikirannya.
“Minum
air ni Reen.” Tingkah Safi sambil menghulurkan mug yang berisi milo
panas pada Reen.
“Terima kasih Safi.” Balas Reen lalu
mengambil mug tersebut dan menghirup milo panas dengan perlahan-lahan.
“Apa sudah jadi ni Reen?Kau buat apa
malam-malam buta ni?Suami kau mana?” Soal Safi.Reen terus meletakkan mug tadi
di atas meja.
“Aku tak tahu nak pergi mana Safi.Aku
buntu Safi.Abang Aqil dah ceraikan aku.Semuanya mak mertua aku.Suami aku dah
ceraikan aku.Aku tak dapat untuk membela diri aku sendiri Safi.”Balas Reen.Air
matanya gugur sebaik saja menyebut perkataan cerai.
“Hah apa dia?Cerai?Aqil ceraikan
kau?Pasal apa.Cuba kau cerita pada aku apa yang dah jadi antara kau dengan
Aqil?” Soal Safi sambil mendekati Reen.
“Semuanya gara-gara nak cucu dan juga
fitnah.” Balas Reen sambil mengesat air matanya.
“Aku tak faham.Fitnah apa pula ni?Cuba
kau cerita pada aku dari awal sampai akhir.” Ujar Safi sambil menggarukan
kepalanya.Selepas itu Reen menceritakan semuanya yang berlaku antara dia dan
juga suaminya.
“Gila ke apa laki kau tu.Gambar macam tu
pun dia nak percaya.Belajar kemain tinggi tapi masih tak boleh nak bezakan
semua tu.Mak mertua kau pula satu hal tak
habis-habis hal anak di bangkitkan.Belum rezeki kau lagi nak dapatkan
anak.Mak mertua kau tu tak reti nak bersabar gamaknya.Geram pula
aku.Mentang-mentanglah kau ni anak yatim kemain mereka buat kau macam ni.”
Marah Safi .Panas hatinya mendengar cerita dari Reen.
Safi atau nama sebenarnya Saffiya merupakan
kawan Reen dari zaman kecil lagi.Mereka berdua membersar bersama-sama di
kampung.Hubungan mereka berdua amatlah rapat sekali boleh di ibaratkan seperti
adik beradik.Reen kehilangan kedua ibu bapanya sejak berumur sepuluh tahun
lagi.Reen di besarkan oleh opahnya.Dalam masa yang sama juga Reen menjadi anak
angkat kepada keluarga Safi.Mereka sekeluarga sememangnya rapat.
“Aku sedar Safi..Aku bukan menantu pilihan
mak mertua aku.Aku juga sedar aku ada kekurangan yang aku tak mampu memberikan
anaknya zuriat.Aku tahu aku kurang semuanya di mata mereka.” Luah Reen pula
sambil menundukkan kepalanya.
“Reen ..Dengar sini aku nak cakap dengan
kau.Mereka sebenarnya buta menilai kau Reen.Percayalah cakap aku ni Reen, satu
hari nanti apabila kebenaran itu muncul Aqil akan datang cari kau kembali .Kau
kena tabah Reen.Ini ujian untuk kau.Mungkin depan hari nanti kau akan menemui
bahagia kau.Setiap yang berlaku ada hikmah Reen dan kau ingat dalam dunia ini
tiada seorang pun manusia yang sempurna.Siapa mereka nak menilai kekurangan
kita.” Pujuk Safi sambil memeluk bahu teman baiknya.
“Kau tahukan Safi.Aku menyanyangi dan
menyintai Aqil.Dialah cinta pertama aku .Dia penyuluh hidup aku Safi.” Ujar
Reen sambil memandang Safi.
“Kau dengar sini Reen.Aku tahu kau sayang
dan cinta ‘bekas’ laki kau tu.Kalau dia sayangkan kau dia tak akan ceraikan kau
malam ni.Kau tengok apa yang dah jadi sekarang.Kau kena terima ini semua.Aqil
dah buang kau dari hidup dia kerana dia terpedaya dengan tipu helah maknya.”
Tingkah Safi lagi.
“Aku tahu itu Safi.Sekarang ini aku
bimbang.Bagaimana aku nak beritahu pada opah tentang ini.Aku tak nak opah susah
hati.Aku tahu pasti opah kecewa.Kau pun tahukan opah paling tidak suka bercerai
berai begini tapi bukan aku yang pinta ini terjadi.Aku takut opah akan buang
aku juga nanti Safi.Pada siapa lagi aku nak bergantung.Aku dah tak ada sesiapa
lagi dalam dunia ini melainkan opah.” Balas Reen lagi.
“Jangan takut aku kan ada.Kau lupa ya
selain opah kau ada aku kau ada mak dengan ayah aku.Opah boleh terima nanti,
kau terangkan pada opah apa yang dah terjadi.Lagipun yang terjadi ni bukan
salah kau.Ini adalah takdir untuk kau Reen.Kau kena kuat.Aku tetap di belakang
kau.”Pujuk Safi lagi.
“Terima kasih Safi.Kau memang sahabat aku
di dunia dan akhirat.Kau satu-satunya sahabat aku di kala susah dan senang.”
Balas Reen pula sambil mengukir senyuman dengan payah sekali pada Safi.
“Jangan sedih.Aku ada.Dah senyum.Aku tak
nak la tengok kau menanggis macam ni.Kau kena kuat.Kau kena buktikan pada semua
orang yang kau adalah seorang wanita yang kuat dan tabah menghadapi dugaan yang
Allah berikan pada kau.” Ujar Safi lagi sambil tersenyum pada Reen manakala
Reen juga turut membalas senyuman tersebut.
“Haa macam ni la kawan aku.” Usik Safi
lagi sambil tersengih.Tenang hatinya melihat senyuman di bibir Reen.Safi tahu
bukan mudah untuk Reen menerima ini semua namun Safi yakin Reen adalah wanita
yang tabah pasti dia boleh hadapi ujian ini.
“Terima kasih Safi..” Ujar Reen pula .
“Sama-sama . So apa perancangan kau?” Soal
Safi pada Reen.
“Aku tak tahu Safi.Aku tak tahu nak buat
apa lagi.Aku rasa nak balik kampung jumpa opah.” Balas Reen sambil termenung
seketika.Di luar hujan masih lagi lebat.
“Bagus juga tu.Macam ni la apa kata kau
balik dengan aku minggu depan macam mana?Aku temankan kau balik kampung lagipun
aku nak balik kampung jenguk mak dengan ayah aku dekat kampung.” Ujar Safi.
“Mak dengan ayah kau tu mak dan ayah aku
juga.” Balas Reen.
“Haa tahu tak apa.Kita balik
sama-sama.Minggu depan aku minta cuti kita balik kampung.” Safi tersenyum
manakala Reen menganggukkan kepalanya tanda setuju.
“Hari dah lewat malam ni.Kau pergilah
masuk tidur.Ingat jangan fikir apa-apa malam ni.Kosongkan fikiran kau dan tidur
dengan tenang.Hal bekas suami kau bekas mak mertua kau buang ke tepi.Mereka dah
tak ada dalam kamus hidup kau.” Sempat lagi Safi memberi nasihat.
“Yalah.Aku masuk tidur dulu.Terima kasih
Safi.Kalau kau tak ada dekat sini aku tak tahu apa akan jadi pada aku malam
ni.” Ucap Reen lagi.
“Berapa kali kau nak ucapkan terima kasih pada aku ni Reen.Dah jangan
fikir apa-apa.Aku nak kau berehat.Kitakan membesar sama-sama Reen.Sakit kau
sakitlah aku.Hari ini hari kau mana tahu esok lusa hari susah aku pula kita tak
tahu Reen.Hidup kita ni kan umpama roda sekejap kita berada di atas sekejap
kita berada di bawah.” Balas Safi.Reen tersenyum sebelum bangun dan melangkah
menuju ke bilik.Selepas itu Safi juga turut bangun dan melangkah ke dapur
sebelum melangkah menuju ke bilik tidurnya.Jam di dinding sudah pun berginjak
ke angka satu pagi.Matanya sudah mengantuk.
AQIL berbaring di atas katilnya .Kedua-dua
belah tangannya di letakkan di belakang kepalanya.Semalaman dirinya tidak dapat
melelapkan mata.Hari ni dia terpaksa mengambil cuti sakit.Kepalanya berserabut
memikirkan hal Reen malam tadi.
“Adakah aku buat keputusan yang betul
dengan menceraikan Reen?” Soal Aqil sendirian.
Jikalau di fikirkan balik tentang gambar
semalam mustahil itu gambar isterinya.Selama tiga tahun menjadi suami isteri ,
Reen tidak pernah curang dengan dirinya.Apa benar yang di katakan oleh maknya.Sakit
kepala Aqil memikirkannnya.
Aqil memandang persekitaran biliknya yang
kemas dan teratur.Semuanya di lakukan oleh isterinya Reen.Bau wanggian milik
Reen masih terasa di dalam bilik ini.Aqil bangun lalu menuju ke meja solek lalu
melihat frame gambar di mana di dalam frame tersebut adalah gambar mereka di
hari persandingan pada tiga tahun yang lalu.Aqil mengusap-ngusap gambar
tersebut.
“Aqil kamu dah bangun belum.Mari turun
sarapan.Mak dah sediakan sarapan untuk kamu.” Tingkah Puan Salmah sambil
mengetuk pintu bilik anak lelakinya.Semalam Puan Salmah dapat tidur dengan
tenang sekali apabila berjaya buat anaknya menceraikan menantu yang di benci
olehnya.Kalau dulu memang dia menyanyangi Reen namun selepas setahun Puan
Salmah berubah di sebabkan mahu cucu.
“Sekejap lagi Aqil turun.” Balas Aqil
sambil melihat wajah isterinya di dalam bingkai gambar tersebut.
“Cepat turun makan.” Ujar Puan Salmah lagi
namun tiada sahutan dari Aqil.
Aqil meraup-raup mukanya sebelum meletak
bingkai gambar tersebut di dalam laci.Aqil terus melangkah keluar dari biliknya
menuju ke meja makan.
Sewaktu menuju ke meja makan , Aqil melihat
gambar semalam yang masih lagi bertaburan di ruang tamu.Aqil mengambil dua tiga
keping gambar lalu meneliti gambar tersebut.Berkerut-kerut dahi Aqil sewaktu
melihat gambar tersebut.
Jika di pandang pada badan perempuan dalam
gambar ini langsung tidak sama dengan badan milik isterinya.
“Aku mesti siasat ni.Aku kena minta tolong
kawan aku ni.”Ujar Aqil dengan perlahan.Kenapa semalam dia langsung tidak
perasan bentuk badan perempuan di dalam gambar ini.Semalam matanya hanya
tertumpu pada wajah isterinya saja di dalam gambar tersebut.
“Aqil makan.Gambar tu buat apa kamu tenung
lagi.Sudah jelas semuanya kan.Bak sini gambar tu mak nak buang.” Ujar Puan
Salmah sebaik saja melihat anaknya menilik gambar tersebut.Bimbang juga kalau
anaknya tahu kalau gambar itu semuanya tidak benar hanya sekadar helah untuk
anaknya menceraikan menantunya itu.
Aqil sempat menyorokkan dua keping gambar
tersebut di dalam poket seluarnya sewaktu Puan Salmah mengutip gambar yang
bertaburan di atas lantai.
“Perempuan macam ini memang tak boleh buat
isteri , dah la mandul.” Ujar Puan Salmah lalu membuang gambar tersebut ke
dalam tong sampah.Aqil hanya sekadar memerhati saja lalu duduk di meja makan
dan menyuapkan sarapan pagi ke dalam mulutnya.
Di
kepala Aqil pelbagai persoalan yang datang terutama sekali tentang isu gambar
tersebut.
“Selepas selesai hal penceraian kamu nanti
, mak nak kamu bersiap sedia untuk kahwin dengan Sarah.Mak akan bincang dengan
keluarga Sarah nanti.Kamu kena ikut cakap mak jangan jadi anak derhaka.” Ujar
Puan Salmah separuh menggugut anak lelakinya.Aqil hanya mendiamkan diri.
Ke mana Reen pergi agaknya.Semalam dah la
hujan lebat.Desis hati Aqil sendirian.Dalam fikirannya sekarang ini adalah
Reen.
Baru sekarang nak ingat tentang
Reen.Semalam sewaktu marah dan lafaz cerai tak ingat dunia.Inilah sifat manusia
suka buat keputusan tanpa usul periksa.Mudah percaya pada cakap orang.Benda dah
terjadi kalau nak sesal pun memang dah tak berguna.Kebenaran pasti akan muncul
nanti.
“Kamu dengar tak apa yang mak cakap ni
Aqil?” Soal Puan Salmah sewaktu memandang wajah anaknya yang sedang menghirup
air.
“Erm dengar ..” Balas Aqil dengan
perlahan.
Bersambung ...
NotaTersepit : Kini kembali menulis setelah berehat beberapa minggu.Hehhe.BCIP dalam proses.Dalam masa yang sama juga menyusun plot untuk karya yang ke 4 Alahai Miss Blur akan datang nanti..
Gopoh dan terlalu ikutkan perasaan.. Tak semua ibu tahu apa yg terbaik utk anak2.. Ada jugak yg ikutkan emosi tanpa fikir perasaan anak2.. Harap akak tak jd mcm mak aqil.. Kijam.....
ReplyDeleteNk sambungan lg....best...sian reen...tertanya2 sapa watak hero sbb nampak ada 3 nama lelaki .....maybe lelaki ni dlm hidup reen kot....reen akn bahagia dgn sapa.....excited la jln cite mcm ni cuma harap ending tu biar la lain dari yg lain....hehehe
ReplyDeleteRozy mekasih singgah dan baca dan komen.Betul apa yg di kata.Ada yg ikut emosi tanpa fikir perasaan anak.Aqil mengikut kehendak mak dia sangat.
ReplyDeleteMekasih Nira kerana singgah dan baca.Haa Reen dengan siapa tu kenalah tunggu.Siapa yg akan Reen pilih antara 3.. :)
ReplyDeleteBest! Seriously aku naaaaakkkkkkk lggggg babe hihi ;)) cecepat siapkannn tauuu :)
ReplyDeletehehhee..Tq beb..Sabo ye.Aku update mcm biasa..Kalu siap ko orang pertama yg aku bgtau..Ngeee.. :D
ReplyDeleteTerharu :')
DeleteHhehehe...Ko kan penyolong tegar aku..Kau juga kan yg buat aku kembali menulis..wakakaka..:D
ReplyDelete