SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, September 16, 2013

[NOVEL] : BIARKAN CINTA ITU PERGI BAB 10

Assalamualaikum u oll..

Alhamdulilah pagi ni dah selamat sampai ke Ipoh Perak.Bercuti sambil belajar bersama adik yg no 3.Yang paling penting dapat jumpa keluarga Mak ngah semuanya..Tak pasti lagi berapa lama dok sini mungkin 2 minggu kot.OK memandangkan hari ni dah hari isnin jadi di update seperti biasa.Untuk hari khamis autopublish ye.Ini kerana lusa dah start kursus jadi khamis punya entry auto la.mekasih singgah dan baca BCIP ni.

                                              


                              




BAB SEPULUH




    “KAMU jangan buat kerja gila Aqil nak batalkan perkahwinan kamu dengan Sarah sesuka hati aku.Kad jemputan dah diedarkan.Sarah dah buat persiapan semua.Kau jangan nak malukan mak Aqil.” Marah Puan Salmah.

      Pagi tadi Aqil memberitahunya untuk membatalkan majlis perkahwinan bersama Sarah.Menurut kata Aqil dia sudah tahu yang gambar Reen hari itu adalah gambar palsu.

      “Mak tak boleh paksa Aqil.Mak tahu tak yang Aqil dah buat salah dengan Reen.Aqil silap besar sebab denga mudah Aqil menjatuhkan lafaz cerai pada Reen sedangkan dia tak bersalah langsung.Aqil nak tahu mana Mak dapat gambar tersebut.Jangan kata mak terlibat dalam hal ni.” Soal Aqil.Puan Salmah tersentak seketika.

     “Kamu tuduh mak ke Aqil?” Soal Puan Salmah sambil bercekak pinggang .Walaupun hakikatnya Puan Salmah yang merancang itu semua untuk membuatkan anaknya berpisah dengan Reen.

     “Aqil tak tuduh , Aqil cuma tanya mak.Aqil nak rujuk semula dengan Reen.Aqil tahu Reen tak bersalah dalam hal ini.” Tingkah Aqil.Sekali lagi Puan Salmah terkejut.

      “Kamu giler ke Aqil.Kamu ni dah gila talak ke apa.Kamu jangan nak buat mak naik darah.Mak tak kira kau kena kahwin dengan Sarah.Perkahwinan ini akan tetap akan berlangsung.Kau suka ke tak suka ke kau kena ikut juga.Kalau tak kau akan jadi anak derhaka.Ingat itu Aqil.” Tingkah Puan Salmah lalu berlalu menuju ke biliknya.

    Aqil mendengus geram.Ibunya tidak habis-habis mengugut dengan gelaran anak derhaka.Siapa yang nak jadi anak derhaka?Aqil buntu lalu di hempas badannya ke sofa.
    “Abang..Reen nak tanya satu soalan boleh?” Soal Reen sewaktu mereka berdua berjalan bersama-sama di taman.

     “Reen nak tanya apa?” Soal Aqil sambil memeluk bahu Reen dengan erat sekali.Pada ketika itu mereka baru saja mendirikan rumahtangga.Inai di jari Reen pun masih lagi merah menyala.

     “Kenapa abang pilih Reen jadi isteri abang.?” Soal Reen sambil merenung wajah suaminya.
      “Sebab abang sayangkan Reen lah.” Jawab Aqil dengan selamba.Reen tersenyum mendengar jawapan dari bibir suaminya.

       “Reen pun sayangkan abang juga.Terima kasih sebab sayangkan Reen.” Ujar Reen dengan lembut sekali.

       “Reen ..Abang kalau bolehkan nak anak cepat-cepat.Kawan abang semuanya dah ada anak.Cemburu abang tengok diorang dukung baby abang pun nak juga.” Ujar Aqil membuatkan wajah isterinya merah menahan malu.

      “Ish abang ni mulalah tu.InsyaAllah bang.Semoga Allah berikan kita zuriat dengan cepat.Reen pun tak sabar nak bergelar ibu.” Balas Reen sambil tersenyum.Aqil memeluk erat bahu isterinya.Mereka terus menyusuri taman tersebut.

        Aqil mengeluh sendirian apabila terimbau kembali kisah bersama isterinya.Apa yang ada kini semuanay kenangan.

       “Semuanya pasal anak.Kalau tak aku dan Reen tak akan bercerai.” Bebel Aqil sendirian dengan tidak puas hati.

        Sudahlah Aqil.Perkara yang berlalu tidak guna untuk di kenang balik.Semua yang berlaku ada hikmahnya nanti untuk kamu mahupun Reen.

      “Apa aku nak buat ni.Aqil sengaja cari pasal.Suka hati dia saja nak batalkan perkahwinan.Macam mana Aqil boleh tahu itu gambar tipu.Jangan kata anak aku tu pergi jumpa janda dia.Kurang ajar punya janda nak kacau hidup anak aku.Siaplah kau nanti .” Bebel Puan Salmah sambil mundar-mandir di dalam biliknya.Kedua-dua tangannya di kepal.

    Inilah kalau dalam hati tu dah di penuhi dengan perasaan benci dan juga dendam.Padahal Reen langsung tidak buat salah apa-apa pun.

    “Aqil mesti ikut cakap aku.Aku kenal anak aku macam mana.Aqil senang untuk di ugut.” Ujar Puan Salmah lagi sambil tersenyum.Kalau tadi fikiran menjadi kusut namun kini tidak lagi.

    “Reen ..Reen..Kau ingat kau akan dapat balik semula ke dengan anak aku.Jangan harap aku nak bagi.Aku akan pastikan semua itu tak akan berlaku.Perkahwinan Aqil dengan Sarah tetap akan berlangsung.” Tingkah Puan Salmah lagi sambil tersenyum sinis.

       PAGI itu, Reen awal-awal pagi lagi sampai di pejabat bersama Safi.Sebaik saja memasuki ruang pejabat Reen dan  Safi sama membuka lampu dan juga aircond di ruang kerja mereka.Sebaik saja meletakkan beg tangannya dia tas meja Reen terus menuju ke bilik pengarah urusan untuk mengemas .

      Sejurus kemudian Reen keluar semula dari bilik pengarah urusan apabila dia teringat sesuatu.
     “Kemeja Tuan Hadif.” Soal Reen sendirian lalu menuju ke meja Safi untuk meminta kunci kereta.Kemeja milik Tuan Hadif berada di dalam kereta.Kemeja tersebut sudah pun di cuci dan juga di gosok.

     “Safi..Pinjam kunci kereta.Aku terlupa nak ambil kemeja Tuan Hadif.Aku sangkut dalam kereta pagi tadi.” Ujar Reen sebaik saja berhenti di meja milik Safi.

     “Oh ya tak ya.Kemeja dia.Ni kunci .Cepat sikit tahu.Dibuatnya Tuan Singa tu datang awal hari ni naya kau.” Tingkah Safi pula.

     “Jangan risaulah.Aku turun ambil sekejap saja.Lepas tu aku naik balik.Lagipun awal lagi.Dia datang pukul Sembilan pagi kot .” Ujar Reen lalu berlalu pergi.

      “Manalah tahu dia datang awal.Bukan boleh kita jangka cik Reen oi..” Jerit Safi.Reen hanya tersengih dan melambaikan tangannya.

     “Reen..Reen.harap-harap bolehlah dia tahan dengan kerenah tuan singa tu .”Bebel Safi sendirian.

     Amboi cik Safi pepagi buta dah mengata Tuan Hadif nampaknya.Tak takut ke kalau ada telinga yang mendengar dan sampaikan pada bos besar.

     “Reen..” Jerit Aqil sebaik saja ternampak kelibat Reen yang berada di tempat parking kereta.Reen menoleh sambil berkerut.

     “Abang.Buat apa dekat sini?” Soal Reen.Di tangannya sudah di pegang kemeja milik Tuan Hadif.Pintu kereta juga sudah di kuncinya.

     “Abang kena jumpa client pagi ni dekat area sini.Reen buat apa dekat sini?” Soal Aqil.
     “Oh ye ke.Reen kerja dekat sini.Ini Reen turun ambil barang .Reen naik dululah ya bang.” Ujar Reen lalu ingin melangkah namun di halang oleh bekas suaminya.

      “Bila Reen kerja sini.Abang tak tahu pun yang Reen dah kerja.” Ujar Aqil.
      “Baru je lagi Reen kerja sini.Ya la kalau Reen tak kerja Reen dengan opah nak makan apa?” Balas Reen dengan tegas.Aqil tersentak.Terlupa yag sebelum ini dia yang menanggung kebajikan isteri dan juga opahnya.

     “Maafkan abang Reen.Abang terlupa.”Reen hanya menganggukkan kepalanya.
     “Reen tak salahkan abang pun.Reen minta diri dulu.Banyak kerja dekat atas.” Dalih Reen.
     “Reen kerja apa.Ni kemeja siapa pula Reen bawa?” Soal Aqil dengan pelik sekali apabila melihat kemeja yang di pegang oleh Reen.

    “Reen kerja sebagai setiausaha saja.Reen ni bukan belajar tinggi pun.Dapat kerja ni Reen dah bersyukur sangat.Bolehlah tampung hidup Reen dengan opah dekat kampung.Oh baju ni milik bos Reen.Semalam Reen kotorkan baju dia dengan air kopi jadi Reen tolonglah cuci bali.Hari ni Reen bawa la baju dia ni.Reen pergi dulu.” Ujar Reen dengan panjang lebar sebelum menuju ke masuk kea rah bangunan tersebut.

     Aqil hanya melopong seketika mendengar apa yang di cakap oleh Reen.Dia sedar dalam diam Reen memerli dirinya.Dulu dia masih ingat lagi yang dia pernah menentang Reen untuk sambung belajar semula.

    “Abang Reen nak minta izin dengan abang.” Ujar Reen pada pagi itu.
    “Minta izin apa Reen?” Soal Aqil.Di kala itu dia sedang membaca suratkhabar.
     “Reen ingat nak sambung belajar la bang.Bolehkan.Reen nak buat ijazah.” Balas Reen dengan senyuman.Aqil terdiam sejenak.

     “Bolehkan bang.?” Soal Reen lagi.
     “Reen ..Buat apa Reen nak sambung belajar lagi.Reen kan dah kahwin.Abang kan ada boleh tanggung kehidupan kita sekeluarga.Kalau Reen sambung belajar siapa nak uruskan hal rumahtangga dan siapa yang nak jaga mak?” Soal Aqil .Reen terus menundukkan kepalanya.Sudah di agak suaminya tidak akan memberi keizinan untuknya.

     “Abang Reen Cuma nak sambung belajar.Bukan nak kerja.Kalau satu hari nanti abang tinggalkan Reen siapa nak jaga Reen.kalau Reen belajar sekurang-kurangnya Reen boleh dapat kerja yang baik.” Ujar Reen dengan lembut.

     “Abang tak izinkan.Jangan fikir yang bukan-bukan.Abang tak suka.” Balas Aqil lagi sambil melipat suratkhabar itu.Reen mengeluh .

      “Ermm.Kalau abang tak izinkan tak mengapalah.” Ujar Reen.Dalam masa yang sama juga Reen cuba untuk memujuk diri sendiri.

      Sabarlah Reen .Belum ada rezeki untuk kau sambung belajar lagi.Desis hati Reen sendirian.

       “QAIREEN Imanina masuk ke bilik saya sekejap.” Panggil Tuan Hadif melalui butang intercom.

        “Baik Tuan Hadif.” jawab Reen lalu bangun dan menuju ke bilik pengarah urusan.
        “Masuk.” Ujar Tuan Hadif sambil menilik beberapa buah fail di atas mejanya.

        “Ada apa Tuan Hadif?” Soal Reen dengan senyuman.Hadif bersandar terus merenung wajah setiausahanya.Reen tidak senang duduk apabila di pandang sebegitu rupa.

       “Ada apa Tuan Hadif panggil saya?” Soal Reen lagi.Dadanya sudah berdebar semacam melihat raut wajah Hadif Fakhri ketika ini.

      “Bila masa awak cuci baju saya tu?” Soal Hadif dambil menunjukkan kemejanya yang sudah tersangkut.

     “Saya cuci semalam Tuan Hadif.Kenapa ya?” Soal Reen pula.

     “Bagus.Ini tolong bawakan saya fail yang dekat dalam tu ada tender dengan syarikat Megah Holding.One more thing tolong buatkan saya kopi.”Hadif mula memberikan arahan.

     “Baik Tuan Hadif.Ada apa-apa lagi ke?” Soal Reen lagi.
      “Lagi satu makan tengahari hari tolong belikan saya spaghetti.Saya tak keluar lunch hari ni banyak kerja.Pukul satu pastikan makanan tengahari saya sudah ada di atas meja.Faham.?” Soal Hadif lagi lalu menyambung semula meneliti fail yang berada di atas mejanya.

     “Baiklah Tuan Hadif.”Balas Reen sambil menggarukan kepalanya.Spagetti .Ish orang lain makan nasi dia nak makan spaghetti tengahari buta.Banyak songeh betul Tuan singa ni.
     “Saya keluar dulu Tuan Hadif.” Balas Reen .Hadif hanya menganggukkan kepalanya.Nampak gayanya mood Tuan Hadif hari ini baik.

      “Pukul satu nak makanan tu ada atas meja.Bila masa aku nak keluar pergi beli?” Reen menggarukan kepalanya lagi.

     “Hoi Reen apa yang menungkan tu?” Sergah Safi .Reen sedang menongkat dagunya terus terkejut.

    “Terkejut aku.Ish kau ni Safi.” Bebel Reen sambil menjeling tajam pada Safi.
    “Kenapa ni?”Soal Safi sambil tersengih.

     “Tuan Hadif suruh aku belikan spaghetti untuk dia makan tengahari nanti.Mana aku nak beli?Dia nak pukul satu makanan tu dah ada di atas meja dia.” Reen menongkat dagu lagi.

     “Oh pasal makanan rupanya.Kau ni janganlah nak peningkan kepala sangat.Seberang jalan sana tu ada Secret Recipe.Kau pergi sajalah tapaw dekat situ.Pukul dua belas lebih kau pergilah sana order lepas tu bawa naik bagi tuan singa kau makan.” Safi berbisik pada Reen.Di perlahankan panggilan tuan singa bimbang kalau orang lain dengar.


    “Ye ke.Baguslah kalau dekat.Aku takut jauh je.Naya kalau jauh .Mahu mengamuk pula bos kita.” Balas Reen dengan selamba.

     “Dah jangan risau.Aku temankan kau nanti.Aku sambung buat kerja dulu.” Balas Safi pula.
      “Eh tak apa ke kita keluar awal?” Soal Reen dengan lurus.

       “Bos kita yang suruhkan.Dia yang nak makan makanan tu tepat jam satu kan.So kita kenalah pergi awal sikit.” Tingkah Safi pula sambil berjalan menuju ke mejanya.Reen tersengih.



     “Betul juga tu.Apalah kau ni Reen.” Bebel Reen sendirian.Di gelengkan kepalanya berkali-kali.



Bersambung....

NotaTersepit :Rasanya aku bercuti dari menulis untuk beberapa ketika sehingga selesai urusan aku di sini- Ipoh .


2 comments:

Tq sudi komen.:D