Ini sambungan BCIP.Mekasih singgah dan baca.Sekarang ni mood menulis dah melayang jauh entah ke mana.Rasa macam nak hentikan seketika BCIP nih haaa..Mungkin juga stress.Banyak benda yang menganggu fikiran sekarang ni haaa. Layan bab seterusnya..Mekasih singgah dan baca BCIP.. =)
AKHIRNYA penantian Reen tidaklah sia-sia
apabila dia mendapat khabar berita yang dia sudah pun mendapat kerja di
Aspirasi Berjaya Holding.Dia telah menerima panggilan dari pihak Aspirasi
semalam.Reen gembira dan bersyukur kerana akhirnya impiannya untuk dapatkan
kerja akhirnya termakbul.
“Bila Reen nak balik Kuala Lumpur?” Soal
opah.Waktu itu Reen sedang menonton televisyen .
“Dalam dua tiga hari lagi opah.Reen mula
kerja minggu depan.Opah jom tinggal dengan Reen dekat Kuala Lumpur.Reen tak
sampai hatilah nak tinggal opah sorang-sorang dekat rumah ni.” Ujar Reen sambil
memandang wajah opahnya yang baru saja melabuhkan punggungnya di kerusi.
“Tak naklah opah.Reen tak perlu risau
tentang opah.Mak dengan ayah kamu ada dekat kampung ni.Opah bukan sorang
diri.Sekarang Reen dah dapat kerja opah nak Reen kerja sungguh-sungguh.Jangan
sia-siakan peluang yang ada.” Tingkah opahnya lalu turut serta menonton
televisyen.
“Memanglah mak dan ayah ada tapi mereka
dekat rumah mereka tapi opah di rumah ni sorang diri.Macam mana Reen tak risau
.” Tingkah Reen lagi sambil menongkat dagu.
“Reen opah dah biasalah.Tak payahlah kamu
risau ya.Yang penting sekarang ni Reen dah dapat kerja dekat sana.Reen kena
berdikari di kaki sendiri.Reen bukan isteri orang lagi.Semua benda Reen kena
buat seorang diri jangan harapkan orang lain.” Ujar opahnya lagi.
“Reen balik sana naik apa?” Soal opahnya
lagi.
“Ermm .Mungkin Reen balik dengan Safi
opah.Dia kata nak balik esok.Esokkan dah jumaat.Safi kata dia balik sebab ada
urisan kerja di sini alang-alang tu bolehlah Reen tumpang dia balik Kuala
Lumpur.” Balas Reen.Opah hanya menganggukkan kepalanya.
“Baguslah kalau macam tu.Kalau balik dengan
Safi tak adalah opah risau sangat.”Balas opah sambil tersenyum pada Reen.
“Ish opah ni.Janganlah peningkan kepala
risaukan hal Reen.Jangan bimbang tentang Reen.Opah doakan agar Reen selamat di
mana saja Reen berada tu pun dah cukup opah.” Reen memeluk bahu opahnya.
“Opah sentiasa doakan keselamatan dan
kebahagian cucu opah yang cantik ni.” Usik opah sambil mencubit pipi Reen.
“Terima kasih opah.Reen sayang opah.”
Balas Reen pula sambil memeluk bahu opahnya dengan erat sekali.Reen juga turut
melentokkan kepalanya di bahu opahnya.Manja sungguh Reen dengan opahnya.
“REEN kau dah siap belum.Cepatlah nanti kita
lambat sampai ke pejabat.Jalan jamm nanti susah.” Jerit Safi yang sudah berada
di ruang tamu rumahnya.
“Ya aku dah siap dah ni Safi.Ok tak aku
pakai macam ni?Aku tak tahulah nak pakai macam mana.” Tingkah Reen sebaik saja
muncul di belakang Safi.
“Wow.Kau ke ni Reen.Cantik giler kau pakai baju ni.Thumbs up sikit.” Sengih
Safi .Reen membertulkan tudung yang di pakai olehnya.
“Ok tak?Aku takutlah Safi.” Tingkah
Reen.Dadanya berdebar semacam.Semua yang di lakukan olehnya serba sebi tidak
kena.
“Dah cantik sangat dah.See kau bila melawa
cantik sangat tapi tu la kau ni susah sangat kalau nak tempek bedak mahupun
mencalit gincu dekat bibir tu haa.Macam ni la baru wanita bekerjaya.” Usik
Safi.Reen tersipu malu.
“Kau ni ada-ada saja.Mulalah nak
kenakan aku.” Ujar Reen pula lalu mengambil tas tangan miliknya.
“Ok jom kita gerak sekarang.” Safi
terlebih dahulu menuju ke pintu utama.Kunci kereta yang di sangkut terus dia
ambil sempat juga dia mengambil high heel miliknya yang terletak di atas rak
kasut belakang pintu .
“Jomlah.Bismillah.Semoga Allah
permudahkan apa yang aku bakal lalui hari ini.” Reen sempat menadah tangan
untuk berdoa sebelum mengunci pintu rumah .Selepas itu Reen terus bergegas
masuk ke dalam perut kereta milik Safi.
“Kau jangan risaulah.Kau akan jadi
setiausaha Datuk Ismail untuk seminggu lebih ni.Lepas ni anak teruna dia pula
Tuan Hadif yang akan ambil alih tempat datuk.”Tingkah Safi sewaktu mereka
berada di dalam perut kereta.
“Datuk Ismail tu baikkan.Anak dia nanti
baik juga ke?” Soal Reen sambil membetulkan duduknya.
“Datuk Ismail tu memang baik
orangnya.Ermm kalau Tuan Hadif tu aku tak pastilah sebab dia tu jarang masuk
pejabat .Dengar-dengar kata Tuan Hadif tu cerewet sikit orangnya.Aku rasa Tuan
Hadif tu tak makan oranglah.Kau janganlah risau.Dia ok.” Ujar Safi pula.Reen
mula rasa tidak senang dengan jawapan Safi.Dia bimbang untuk bekerja dengan
Tuan Hadif nanti.
“Aku nak ucapkan terima kasih dekat kau
Safi.Kau yang tolong aku dapatkan kerja ni.” Ucap Reen.Safi tersenyum.
“Tak ada hallah.Aku Cuma tolong bagi
resume kau je.Mereka yang pilih .Inilah yang di namakan rezeki Reen.” Balas
Safi pula.
“Alhamdulilah.Aku bersyukur sangat sebab
aku dah dapat kerja.” Tingkah Reen dengan senyuman manis walaupun hatinya
berdebar-debar.
Setelah di beri penjelasan oleh Datuk Ismail ,
Reen sudah faham apa yang perlu di buat olehnya sebagai setiausaha di pejabat
ini.Tugas seorang setiausaha bukanlah tugas yang mudah untuk di laksanakan.
“Saya harap awak selesa di sini Reen.”
Ujar Datuk Ismail sambil tersenyum.
“InsyaAllah Datuk.” Balas Reen sambil
tersenyum.
“Awal bulan depan anak lelaki saya yang
akan ambil alih tempat ni.Jadi selepas ini awak akan jadi setiausaha dia
pula.Anak saya tu cerewet sikit.Harap-harap awak boleh bantulah dia nanti yang
mana patut.” Tingkah Datuk Ismail lagi.
“InsyaAllah datuk.Saya akan cuba yang
terbaik.Ada apa-apa lagi ke datuk?” Soal Reen dengan ramah .
“Rasanya setakat ni tak ada lagi.Tak
apalah awak keluar la dulu dan mulakan tugas awak sebagai setiausaha.Kalau ada
yang awak tak faham awak boleh tanya pada pekerja-pekerja di sini.” Ujar datuk
Ismail lagi.
“Baiklah datuk.Kalau begitu saya minta
diri dulu .” Balas Reen lalu melangkah keluar dari bilik pengarah dan berlalu
ke mejanya yang terletak di tepi pintu masuk bilik pengarah urusan.
“Hai selamat berkenalan.Nama saya Tasha.”
Entah dari mana Tasha datang tetiba menyapa Reen yang sedang mengemas mejanya.
“Hai..Nama saya Qaireen Imanina.Panggil
Reen je.” Balas Reen dengan ramah sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman
dengan Tasha.
“Awak ni kawan Safi kan.Setiausaha baru
Datuk Ismail.” Soal Tasha .
“Aah.Saya kawan Safi dan saya setiausaha
baru Datuk Ismail yang mengantikkan Puan Aida.” Balas Reen lagi dengan senyuman
.Tasha juga turut tersenyum.
“Oklah saya pergi buat kerja dulu.Nice to
meet you.Jumpa nanti.” Tingkah Tasha lalu berlalu ke meja kerjanya.
“Melepaslah kau cik Tasha.Dah ada orang
lain yang jadi setiausaha Datuk.” Dengan selambanya Zulaikaha membidas.Safi
menoleh pada Tasha dan juga Zulaikha.
“Apa pula melepas.Kalau tak jadi
setiausaha pun belum tentu lagi aku terlepas.Jangan risaulah.Ini Tasha.Aku
mesti boleh pikat punya anak lelaki Datuk Ismail tu.” Jawab Tasha dengan bangga
diri.
Hai ada hati cik Tasha kita ni nak tackle
anak teruna Datuk Ismail.Cik Tasha ingat ya anak teruna Datuk Ismail tu cerewet
orangnya .Bukan senang perempuan boleh dekat dengan dia.Silap hari bulan kena
tengking dengan Tuan Hadif Fakhri.
HARI
itu Reen sedang mengemas rumah yang di duduki olehnya bersama Safi.Hari minggu
begini Safi dan Reen akan sama-sama mengemas rumah.Satu rumah di kerjakan oleh
mereka.Reen menyapu dan mengelap dari dapur sampailah ke ruang tamu.
“Assalamualaikum…” Kedengaran seseorang memberikan salam .Safi masih
berada di tingkat atas mengemas.
“Siapa pula yang datang pagi-pagi ni?”
Soal Reen sendirian lalu menuju ke pintu.
“Assalamualaikum…” Orang itu memberikan
salam lagi.
“Waalaikumussalam..” Reen mencapai tudungnya
lalu keluar dan melihat siapa yang datang.Reen terkejut melihat bekas mertuanya
datang ke mari.
Apa hal pula bekas mak mertua aku datang
ni.Ada yang tak kena ke.Desis hati Reen sendirian.Dahinya berkerut-kerut.
“Puan.Jemputlah masuk.” Pelawa Reen sambil
menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan bekas mertuanya.
“Tak payah masuk.Aku ke sini sebenarnya
bersebab.Aku nak bagi kau ni.” Balas Puan Salmah sambil menepis tangan Reen
dari bersalam dengannya.
“Apa ni Puan?” Soal Reen dengan pelik
apabila Puan Salmah menghulurkan sampul surat.
“Kau ada matakan bacalah sendiri.”Bidas
Puan Salmah.Kasarnya bahasa Puan Salmah ni.Reen terus membuka sampul tersebut
lalu melihat isi kandungannya.Reen mengerutkan dahinya apabila melihat kad
undangan perkahwinan Nurhan Aqil dan juga Sarah Aqila.
“Oh kad kahwin rupanya.Maaflah Puan saya
tak pergi kot.” Balas Reen dengan senyuman.
“Siapa yang suruh kau datang?” Soal Puan
Salmah.Reen menegrut dahi tidak faham dengan maksud Puan Salmah.
“Habis tu, kenapa Puan bagi saya kad ni
kalau bukan untuk menjemput saya ke kenduri Aqil?” Soal Reen dengan lembut.
“Aku saja nak tengok reaksi kau sama ada
sakit hati ke tak tengok kad kahwin tu.Ya la bekas laki kau tu nak kahwin
dengan orang lain mestilah kau sedihkan.Tambah-tambah bakal menantu aku tu pula
adalah pilihan aku sendiri.” Dengan angkuh sekali Puan Salmah menjawab.Reen
tetap tersenyum.
“Puan saya ni dah tak kisah dah kalau bekas
suami saya tu nak kahwin.Saya dengan dia bukan ada apa-apa hubungan lagi.Buat
apa saya nak sakit hati.Lagipun saya dah boleh terima yang jodoh saya dengan
dia tak panjang.Semuanya dah tertulis sebegitu.Untuk apa saya nak melayan
perasaan sedih yang akan buat saya menderita.” Dengan tenang sekali Reen
menjawab.
“Ye ke, padahal dalam hati kau tu
menanggis.Ya la laki yang kau sanjung sayang dan hormat dulu akan kahwin dengan
perempuan lain.Perempuan yang jauh lebih baik dari kau dan juga perempuan yang
boleh berikan aku cucu .” Balas Puan Salmah lagi.
“Kalau Puan datang ke mari semata-mata nak
sakitkan hati saya baik Puan balik saja.Buat penat saja Puan datang.Saya dah
maafkan segala salah dan silap Puan pada saya.” Ucap Reen dengan lembut.Puan
Salmah terus menjeling dengan tajam sekali .
“Bila masa aku buat salah dengan kau.Aku
nak ingatkan kau.Aku tahu Aqil pasti akan jemput kau nanti ke majlis dia.Kau
jangan sesekali datang atau jejak ke rumah aku tu lagi.Perempuan jahat dan
mandul macam kau ni tak layak nak pijak kaki ke dalam rumah aku tu.Aku puas
hati sebab Aqil akan kahwin dengan Sarah.Aqil memang anak yang mendengar
kata.”Bidas Puan Salmah lagi.Reen hanya berdiam diri.
“Apa yang bising ni Reen.” Tiba-tiba saja
Safi muncul.Reen menoleh ke belakang.
“Puan buat apa datang ke rumah saya ni?” Soal Safi dengan sinis sekali.
“Ingat pesanan aku tu.” Sekali lagi Puan
Salmah memberi amaran sebelum meninggalkan kawasan rumah milik Safi.
“Bekas mertua kau tu pasal apa?Meroyan
ke?” Dengan selamba Safi membidas.
“Dia datang bagi ni lepas tu cakap
dengan aku jangan datang.” Ujar Reen lalu menghulurkan kad jemputan majlis
perkahwinan Aqil dan Sarah.Safi menilik kad tersebut.
“Sah orang tua tu dah buang tabiat.Kalau
tak nak jemput buat apa susah-susah datang ke mari bagi kad ni.Pelik betul
aku.” Geleng Safi.Reen menjungkit bahu lalu masuk semula ke dalam rumah untuk
sambung mengemas.
Reen doakan abang bahagia dengan
Sarah.Reen tak sempurna dan tak mampu untuk bahagiakan abang dulu.Rintih hati
Reen sewaktu menuju ke dalam rumah.
Biarlah Reen.Biarkan cinta pada Aqil dulu
pergi.Jangan di kenang pada cinta yang telah pergi.Mungkin ada cinta baru yang
menunggu di hadapan yang jauh lebih baik.
“Kau sedih ke Reen dengan kad jemputan ni?”
Soal Safi sewaktu mereka berdua berada du ruang tamu.Reen pula sedang mop
lantai.
“Entahlah.Aku tak tahu apa yang aku rasa
saat ini Safi.Aku hanya boleh doakan Aqil bahagia di samping isteri barunya
nanti.Aku tak mampu nak bagi kebahagian yang dia dan mak dia cari.” balas Reen
.Tangannya lincah mop lantai.
“Sudahlah.Usah di kenang pada dia.Sekarang
ni kau fokus pada hidup kau dan juga kerjaya kau.Kau cakap dengan aku kau nak
sambung belajar kan nanti.” Soal Safi
sambil menyusun barangan kaca di dalam almari.
“InsyaAllah.Aku nak kumpul duit dulu
barulah aku sambung belajar.Itu impian aku Safi.” Balas Reen dengan senyuman.
“Baguslah.Aku sokong kau dari belakang.”
Ucap Safi sambil tersenyum pada Reen.
“Terima kasih Safi di atas sokongan kau
.Aku perlukan sokongan dan dorongan kau untuk teruskan hidup aku seperti dulu.”
Reen tersengih.
“Sama-sama.Apa guna kawankan kalau tidak
saling bantu dan membantu.” Ucap Safi dengan selamba.Mereka berdua ketawa.
Bersambung...
NotaTersepit :Trip ke perak minggu ni di postpone next week..Next week cik writer bercuti sambil belajar pula..
best nak lagi...
ReplyDeletemekasih..jap lg akan di update bab 9..:)
ReplyDelete