Assalamualaikum u oll...
Kerana Coffee
BAB 6.
SEMINGGU
BERLALU…
SEDAR tak sedar seminggu sudah
berlalu.Lusa bakal bermulalah minggu final exam dan juga merupakan paper
pertama bagi aku dan kawan-kawan aku yang lain untuk sem ni.Sepanjang seminggu
ni aku, Alia dan juga Maya study dekat
bilik.Sepanjang seminggu ni juga Alia banyak menghabiskan masa di bilik aku dan
Maya, rasanya boleh dikatakan tiap-tiap hari juga la dia tidur di bilik
aku.Mahu taknya study dah sampai pukul tiga pagi tak kan Alia nak balik ke biliknya.Biliknya
terletak sebelah bangunan belakang asrama aku ni je tapi kalau dah lewat rupa
itu memang aku tak bagilah dia balik.Lagipun Maya juga tidak akan benarkan Alia
balik sorang diri.Korang jangan tak tahu budak berdua ni dah semakin rapat.Aku
gembira sebab tengok Maya dah happy kembali .Aku dan Alia akan buat macam-macam
sepanjang minggu study week ni untuk Maya .Aku tak nak dia terlalu memikirkan
tentang hal penceraian keluarga dia.
“Amani awalnya kau bangun.Dah pukul berapa
ni?” ..Soal Alia matanya sudah terpisat-pisat memandang keadaan sekeliling.
“Tak
ada la awal sangat.Sekarang dah pukul
sebelas pagi cik Alia oit?” Aku tersengih-sengih kearah Alia.Memang dah
pukul sebelas.Tidur dah pukul tiga pagi lebih lepas tu bangun sembahyang subuh
sambung tidur balik.Kalau dah tidur lepas subuh memang akan terlajak la
kan.Hehhehe…Ni la kehidupan student masa kini.Korang yang pernah belajar
ataupun masih belajar selalu hadapi situasi begini juga kan.Betul tak?baik
ngaku?Hehehe….
“Haah
dah pukul sebelas pagi.Lamanya aku tidur.Eh Maya tak bangun lagi ke?” Soal Alia
lagi sambil mencari pengepit rambutnya di sebalik bantal.Bangun tidur mahu
rambut tak kusut masai macam ni.Dah la aku, Alia dan Maya semuanya rambut
panjang.Sesuai jadi geng Pontianak malam-malam woo..
“Maya
ada dekat bilik air tengah mandi.Aku tunggu dia siap mandi la dulu .Tadi aku
pergi bilik air ramai pula yang nak mandi yang nak basuh baju semua tu yang aku
patah balik ke bilik semula.” Aku mula mengemas buku dan nota yang bersepah
diatas meja .Ali pula mula mengemas tempat dia tidur.
“Eh
korang berdua dah bangun.Morning”.Kedengaran suara Maya di belakang aku dan
Alia.
“Morning
la sangatkan.Dah nak tengahari la”.Aku tersengih sambil memandang kearah Maya
.Alia juga sudah tersengih.
“Eh
baru pukul sebelas pagi tak tengahari lagi “. Balas Maya lagi sambil menggulung
tuala pada rambutnya itu.
“Korang
tak rasa lapar ke?Perut aku ni dah nyanyi la .” Kedengaran suara Alia merengek
sambil memegang perutnya.
“Mahu
tak lapar cik Alia.Perut aku ni dah macam-macam bunyi tau.Aku nak pergi mandi
dulu lepas tu kita siap-siap keluar makan ok?”
“Alright.Aku
pun nak pergi mandi juga ni.Nanti korang temankan aku balik bilik la
nanti.Aku nak jenguk bilik aku tu
haa.Dekat seminggu juga aku tinggal dan menumpang kat bilik korang ni.Hehehhe.Mesti
bilik aku tu rindu kat aku kan.” Balas Alia lagi.Aku dan Maya sudah tergelak
dengar kata-kata Alia.
“Banyaklah
kau punya rindu Alia. Dah-dah pergi siap nanti kitaorang temankan kau balik
bilik kau tu haa.Lepas habis final exam nanti bolehlah kita kemas barang-barang
ni semua dan hantar ke rumah sewa kita .” Sem depan aku , Alia dan Maya bakal
berpindah ke rumah sewa .Rumah sewa kami pun tidaklah jauh sesangat dengan kampus.Cari yang dekat
senang nak menapak ke kampus hari-hari.
“Ye
ye aku nak pergi mandi la ni.Kau pun sama cik Amani oit pergi mandi”.Balas Alia
sambil tersengih.
“Eh
aku tak mandi lagi eh?” soal aku pada Maya dan Alia sambil tersengih.
“Kau
jangan nak buat muka blur cik Amani.Korang berdua baik pergi mandi
sekarang.Korang berdua siap kemain lama.” Balas Maya pula sambil menunjukkan
jari telunjuknya itu kearah pintu bilik.
“Uishh
garangnya cik Maya ni.” Alia sedah tergelak mendengar kata-kata dari aku.Tapi
memang betul pun akalu aku dan Alia bersiap memang lama.Hehhehe.Nasib baiklah
aku dengan Alia ni tak pandai nak bermekap-mekap .Kalau tak mahu berganda
lamanya.Sebut pasal mekap memang aku ni jenis yang tak berapa suka nak
mekap.Haip rimaslah aku tengok budak-budak kelas aku yang perempuan nak pergi
kelas je pun tapi sorang-sorang mekap kemain woo dengan bulu mata palsunya,
dengan mascara bagai tak masuk lagi dengan blusher tu haaa , gincu lagi aku ni
setakat tahu pakai bedak dengan pelembab bibir je yang lain tu semua memang aku
tak reti dan tak berapa suka sangat
mekap tebal-tebal bagai .
“Cik
Amani hoii kau berangan ke apa?” Balas Alia pula bila melihat aku masih tidak
bergerak lagi.Maya yang mendengar kata-kata dari Alia terus berpaling kearah
aku.Sewaktu tu Maya sudah pun menyikat rambutnya.
"Korang
berdua ni bila nak gerak pergi mandi ni.Aku dah nak siap korang berdua mandi
pun tidak lagi.Haish”.Tu dia Maya dah mula berleter sambil bercekak
pinggang.Jangan tak tahu Maya ni boleh tahan gak kalau bab membebel.
“Ye
la ye la aku nak pergi mandi la ni.” Terus aku mencapai tuala di penyangkut
lalu menapak keluar dari bilik.
“Baik
cik Maya.Tunggu noo aku pun nak pergi mandi jap.” Balas Alia pula lalu menapak
keluar bilik mengekori aku .Bilik air tu bukan jauh sangat pun selang beberapa
bilik je.Hidup dekat asrama macam gini la.
“ADUH
sakitnya .Siapa yang berani langgar aku ni?Memang nak kena dengan aku ni, mood
aku dahlah tak berapa nak baik hari ni .Semua yang aku buat tak menjadi.Hari malang untuk aku ke apa hari
ni”.
“Eh awak
ni buta ke? tak nampak ke saya dekat
depan ni? Tahulah saya ni handsome janganlah sampai main rempuh pula”.
Mulut
mamat mana pula ni.Sesuka hati sesedap rasa dia saja mengata aku. Aku mula
bangun dengan perlahan-lahan .Boleh
tahan sakit siku aku ni cium lantai tu haaa..
“ Maaf ye encik saya tak perasan encik tadi.” Aku mengangkat muka mengadap lelaki yang dilanggarnya. Fuyooo hensemnya
mamat ni. Dia ni anak mat saleh ke apa?Putih melepak kulitnya kalah kulit aku
ni .
“ Yang awak duduk tilik muka saya dari tadi
tu kenapa? Tahulah yang saya ni handsome tak payahlah tenung saya macam tu
sekali”.Tegur lelaki itu tadi. Perasan betul
mamat nih.
“ Perasan
pula dia.Siapa yang tengok dia entah.Anak kucing jiran aku lagi handsome lah.”
.
“Apa awak
cakap tadi?” soal lelaki itu lagi sambil menanggalkan cermin mata hitam yang
tersangkut di matanya itu.
“Tak ada apa saya cakap
cermin mata awak tu lagi handsome dari awak” Ish mulut aku ni pun satu yang
pergi cakap macam tu kenapa. Jangan nak cari pasallah cik Amani oi karang naya
je kau kena dengan mamat perasan nih
“Boleh tahan juga mulut awak ni ye. Ni siapa nak
ganti baju saya yang dah basah dengan
air kopi awak ni?”.Soal lelaki tu lagi.
“ Haaaa..air
kopi saya.Awak punya pasal la ni.Siapa nak ganti air kopi saya ni” . berkerut
seribu dahi aku melihat air kopinya yang terkena di baju kemeja lelaki
tersebut.Hari ni aku , Alia dengan Maya melepak di Mc Donald untuk study.Dah
seminggu lebih berkurung dekat bilik bosan juga aku.So ada baiknya aku study di
sini sambil makan-makan and cuci mata.Amboi tang cuci mata tu memang la kan.Ni
nak study ke nak cuci mata cik Amani oit.
“Hello , cik
adik memang itu air kopi awak tapi baju ni baju saya.Baju saya dah kotor so
macam mana?”
“Errkk
macam mana ye.Kejap ye saya fikir.Apa kata saya belikan awak baju baru nak
tak?”.Tiba-tiba idea tu terlintas difikiran aku.Ala baju T-Shirt biru je
pun.kecoh betul la mamat perasan ni.
“Mampu ke
awak nak beli baju kemeja seperti yang saya pakai ni?” Ujar lelaki itu lagi .
“Hello
awak ingat awak tu siapa? Kaya sangat ke awak ni ? Saya mampu ke tak peduli apa
saya yang saya tahu saya gantikan baju awak yang baru”.Aku dah mula naik angin.Perasan betul mamat ni.Suka
hati mengata aku.Ingat aku ni tak ada duit ke nak beli baju kemeja tu sambil
mencebik bibir.Ni mesti anak orang kaya kalau bongkak semacam ni.Ada juga ye
anak orang kaya yang sombong macam ni.Harap muka aja handsome tapi hati macam
hampeh.Menyampah aku tengok.
“Ni air kopi saya siapa yang nak ganti?” Aku sengaja
nak kasi dia panas sikit.Seronok juga main-mainkan mamat perasan ni.Gelak jahat
dalam hati.Kalau dia nampak aku gelak mahu aku kena sumpah seranah dia.
“Eleh setakat air kopi awak tu apa la sangat.Bukan
mahal pun.” Cewah berlagaknya mamat ni.
“Haa kalau dah tak mahal apa kata tolong gantikan
balik air kopi saya, tapi bukan satu tapi tiga..Mampu?” Aku menyoal mamat tadi
pula.Sengaja cari nahas la kau Amani.Aku memang tak boleh dengan orang sombong
macam ni.Mahu panas je hati ni.
“Tiga je?kenapa tak minta satu Mc Donald ni terus?”
Kemain mamat ni.Over sungguh
“Eh awak mampu ke kalau saya kata saya nak satu Mc
Donald ni?”
“Why not?” .Wait .Adik tolong kasi air kopi kat adik
yang tak berapa nak comel ni ye.Tiga tahu.” Lelaki tersebut sudah order pada
orang yang menjaga kaunter tersebut.
“Cissss dia kata aku tak berapa comel.Mesti rabun ni
mamat ni.” Aku sudah mengepal tangan sambil membebel seorang diri
“Awak cakap apa tadi?Saya tak dengar.Can you repeat
again?”. Balas dia sambil memandang tepat ke mata aku.
“Err..Tak ada apa-apa tengah fikir nak order
apa.Tadi awak kata bolehkan ?” Soal aku kepada mamat itu sambil menganggat
kening kearahnya.
“Boleh tak ada masalah tapi baju saya ni macam
mn?Mampu ke awak nak ganti baju saya yang mahal ni?” .
“Ala nanti esok ke lusa ke saya ganti la baju awak
yang ‘Mahal’ sesangat tu”.Sengaja aku
menekankan perkataan mahal.Macam mana aku nak ganti baju dia ni?Haip memang
cari penyakit betul la cik Amani nih.Apa nak buat ni .Aku memandang kearah Alia
dan Maya.Kemain budak berdua ni study tak pula nak pandang kat sini.Aduhai..
“Ok saya tuntut nanti,tapi macam mana saya nak tahu
awak akan gantikan baju saya ni?Karang jap lagi awak cabut lari ke apa ke ?”
Ujar mamat perasan tu sambil mengangkat keningnya.Aku pula tak tahu nak cakap
apa.Tak kan aku nak pergi beli baju dia sekarang kot.Nak pergi beli kat mana
malam-malam gini?Masak aku kalau macam ni.Ahaa aku ada idea.Aku sudah tersenyum
.
“Errmm macam ni la.Apa kata nanti saya tinggalkan
nombor telefon saya pada awak.Nanti awak telefonlah saya .Confirm punya saya
ganti baju awak tu.Setuju?” Aku tersenyum penuh makna sambil mengangkat kening.
“Ok saya setuju “.Balas mamat tu lagi sambil
tersenyum manis.Perhh manisnya senyuman dia.Wake up Amani kau jangan nak teruja
pula dengan mamat over ni.Korang agak-agak aku bagi ke nombor handphone aku tu?
memang tak la kan.Ahaaa nombor siapa aku nak kasi ni.Itu nanti korang akan
tahulah.Jeng Jeng jeng.
“AMANI lamanya kau pergi belikan kopi ke kau pergi
bancuh kopi tu sendiri?” Kemain mulut Alia ni membidas aku.
“Eh bukan tadi kata nak order air kopi je ke?Dah kenapa ada Big Mac ni
tiga pula tu?kau belanja ke apa ni?” Soal Maya sambil terkejut melihat aku
membawa tiga set Big Mac.
“Aah la Amani .Aku tak pesan pun Big Mac tadi kat
kau” . Balas Alia dengan blur.
“Bukan aku yang belanja tapi ada seorang mamat
perasan tu yang belanja.Dia langgar aku tadi habis air kita tumpah.Apa lagi aku
minta ganti rugi la.Aku paw dia cukup-cukup .Ambik kau perasan sangat biar
padan muka dia”.Bidas aku dengan geram.
“Gila la kau ni Amani.Mamat mana?handsome tak?Mana-mana
aku nak tengok dia?” Soal Alia bertalu-talu matanya pula mencari-cari kelibat
lelaki yang dicakapkan oleh Amani.
“Tak payah cari dia dah blah tadi.Sekarang ni dia
gantikan ni untuk kita manakala aku pula kena gantikan baju t-shirt dia tu.Baju
dia kena air kopi “. Aku mula melabuhkan
punggung ke kerusi.
“Haaa ..habis tu macam mana ?Kau nak gantikan baju
dia macam mana?” Soal Maya pula.
“Adalah aku bagi nombor telefon kat dia.So nanti dia
contact la aku.” Aku sudah tersenyum penuh makna sambil mengangkat kening.
“What aku tak salah dengar ke ni?Kau bagi no
handphone kau kat mamat tu?Pelik aku .Mana pernah kau bagi nombor handphone kau
dekat lelaki melainkan budak-budak kelas kita saja?” Soal Alia pelik.
“Relax la korang.Ingat senang-senang ke aku nak bagi
nombor telefon aku dekat orang yang aku tak kenal.Aku bagi nombor orang
lain.Hehhehe.” Aku mengenyitkan mata pada mereka berdua.
“Eh tak baik tau kau buat macam tu kat mamat
tu.Kesian dia tau.” Balas Maya pula.
“Jangan risau baju tu nanti aku beli dan bagi pada
dia tetapi bukan aku la yang akan bagi kat dia nanti”.
“Habis tu siapa?” soal Alia dan Maya serentak dan
memandang sesame sendiri.
“Nanti korang akan tahulah.By the way jangan risau
aku tak bagi no handphone korang pada mamat perasan tu”. Mahu ketawa aku
melihat wajah kawan aku ni.Mesti diorang ingat aku bagi no telefon diorang.
Alia dan Maya terus menarik nafas lega bila mendengar bukan nombor diorang yang
aku bagi.Agaknya nombor siapalah yang aku bagi tu ye.
“Boleh makan tak ni?Tetiba aku rasa lapar pula
tengok Big Mac ni.” Balas Maya sambil tersengih
“Of course la boleh makan.Orang kata rezeki jangan
ditolak.Tapikan mamat tu tak kedekutlah
.Ye la aku minta tiga set dia ikut aja.Tapi tu la yang aku tak berapa nak suka
kan mamat tu perasan sesangat.Harap muka je handsome “. Aku mula mengalihkan
nota-nota ketepi.Maya sudah mengambil burger miliknya.
“Kau jangan Amani
kata dia perasan , sekali yang perasan tu gak yang jadi suami kau macam
mana?nak?”Balas Alia pula.
“Eee tak naklah aku.Dah jangan banyak songeh .Kita
makan dulu pastu kita sambaing lagi study .Esok kita exam petang kan.Kau ada
paper tak esok Maya?” Aku menyoal Maya pula.
“Esok ada tapi paper aku malam la.” balas Maya
sambil mengunyah makanan miliknya.Aku dan Alia pula hanya menganggukkan kepala.
“HELLO.. abang dah sampai belum?” .
“Ye adikku sayang abang dah ada kat bawah ni
cepatlah turun” Kedengaran suara abang aku Amar di telefon
“Ok kejap adik turun”. Aku terus memakai tudung ala
kadar lalu turun ke bawah .
“Haaa apa dia ni dik?” Soal abang aku sewaktu aku
berada di depan matanya.Abang aku sudah pun menyandarkan badanyya ke kereta.
“Ala yang adik bagitahu abang pagi tadi la.Abang
tolong eh?Please…” aku mula mempamerkan muka sedih depan abang aku .
“Errm ye la abang tolong.Adik lain kali buat macam
ni lagi memang abang sekehlah la kepala adik tu.” Balas abang aku Amar
“Ala sekali sekala tolong adik apa la sangat”.
“Memang la tapi lain kali jangan nak memandai bagi
no handphone abang.Terkejut abang dapat mesej dari nombor mana entah tanya bila
nak ganti baju?” balas abang aku dengan geram.
“Ala sorry la abang.Tak kan adik pula nak jumpa
dia.Janganlah marah adik”. aku mula mempamerkan muka sedih .
“Abang tak marah
la kot ye pun bagilah hint dulu kat abang tak adalah abang terkejut.Nasib
baik abang tak sempat nak balas mesej budak tu adik dah call bagitau hal tu”.
Balas abang Amar lagi sambil menepuk bahu aku.
“Mana la adik tahu yang dia nak mesej.”.Aku mula
tersengih.
“Menjawab kemain pandai.Oklah abang gerak dulu,nak
pergi jumpa Encik Perasan yang adik cakap tu.”
“Eh abang tak keluar dengan Kak Raisya ke?” soal aku
pula sewaktu abang Amar membuka pintu untuk meletakkan plastik yang aku bagi
tadi.
“Hari ni taklah.Kak Raisya busy sikit dengan kerja
dia.” Balas abang aku lagi sambil tersenyum manis.Sebut nama Kak Raisya mula la
tersenyum macam gitu.Maklum sajalah tengah angau orang kata kan.
“Abang thanks tau.Sayang abang.Nanti adik belanja
abang makan eh tapi lepas adik habis exam nantilah eh .” Aku menghulurkan
tangan untuk bersalam dengan abang aku.
“Ok no
problem.Study elok-elok.Good Luck for your exam my dear.” Balas abang Amar lagi sambil mencubit pipi
aku.
“Auuchh sakitlah abang.Suka sangat cubit pipi
adik.Nanti kirim salam dekat abah dengan ibu tau.Cakap kat diorang adik rindu
sangat.Lepas exam nanti adik balik rumah.” Balas aku sambil menggosok pipi
yang kena cubit tadi.Abang aku ni memang
suka cubit pipi aku yang tak berapa nak gebu nih.Dari kecik sampai la besar
pipi aku juga yang dia nak cubit.Haish.
“InsyaAllah.Ok abang gerak dulu”. Aku hanya
melambaikan tangan sambil tersenyum kearah abang aku.

No comments:
Post a Comment
Tq sudi komen.:D