Seperti yang cik writer katakan yang bab ini adalah sambungan sedutan AMB yang pernah cik writer kongsikan di blog ini tahun lepas rasanya. Mekasih singgah dan baca :)
BAB SEBELAS
NURAIN Awatif mengetuk pintu bilik bosnya terlebih dahulu. Hari ini dia telah bawakan sesuatu untuk bosnya itu. Di keleknya cookie bersamanya ke bilik Hadif Fakhri.
“Bos , hari ni saya dah bawakan cookie seperti yang bos minta semalam.” Dengan selambanya Awa berkata di depan bosnya yang sedang ralit mengadap skrin komputer.
“Letak saja dekat situ , sekejap lagi saya makan.” Arah Hadif Fakhri tanpa menoleh sedikit pun pada Awatif. Dengan perlahan-lahan Awa meletakkan kucing kesayangannya itu di meja.
“Ok bos, cookie duduk diam-diam tahu . Mummy keluar dulu jangan nakal-nakal eh.” Tingkah Awatif. Hadif mengerutkan dahinya.
“Awak ni kenapa Awa bercakap dengan makanan dah hilang akal ke apa? “ Soal Hadif lalu menoleh pada setiausahanya dan pada yang sama matanya terus terbeliak melihat seekor kucing berada di atas meja kerjanya. Hadif terus berdiri dari kerusinya manakala Awa pula pelik melihat bosnya itu.
“Eh Awa saya suruh awak bawa cookie untuk saya makan bukannya saya suruh awak bawa kucing ni masuk sini. Awak tak faham ke? Apa ke blur sangat awak ni Awa?” Ujar Hadif sambil meletakkan kepalanya di dahi. Awa mengerdipkan matanya berkali-kali.
Semalam minta dengan aku cookie , hari ni aku dah bawa cookie . Ish cerewet betullah Encik Kreatif ni. Gerutu Awatif di dalam hatinya. Dia menggarukan kepalanya sambil berfikir.
“Awak dengar tak apa yang saya cakap ni Awa. Saya nak cookie a.k.a biskut . Awak faham tak biskut bukan kucing. Jauh benar bezanya biskut dengan kucing Awa.” Hadif menggarukan
kepalanya. Pening kepalanya dengan kerenah Awatif sorang ni. Hari-hari ada saja karenah blurnya.
“Laaa mana saya tahu bos nak cookie yang tu saya ingatkan bos nak cookie ni.” Jawab Awatif sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah kucing kesayangannya itu.
“Bos comel tak kucing saya ni?” Soal Awatif dengan selamba tanpa rasa bersalah. Hadif merenung tajam PA nya itu sambil mengeluh dengan perlahan.
“Jadi kucing awak ni nama cookie la ye?”
“Yes bos. Comel tak dia?” Soal Awatif sambil menaikkan kedua belah keningnya pada Hadif sambil tersenyum. Dengan payah sekali Hadif mengukir senyuman di bibirnya.
“Adoi pening kepala saya dengan awak ni Awa.” Tambah Hadif lagi. Awa melihat bosnya yang menekan dahinya berkali-kali.
“Sekejap ya bos.” Awatif terus berlari keluar dari bilik Hadif. Beberapa minit kemudian Awatif muncul kembali. Hadif duduk termenung di mejanya sambil melihat cookie yang sedang merenungnya . Hadif dan cookie saling bertentang mata gitu.
“Bos bos.. Makan panadol ni.” Awatif menyuakan dua biji penadol bersama segelas air masak. Hadif menepuk dahinya.
“Ya Allah Awa. Awak bagi panadol dekat saya ni buat apa?” Soal Hadif kebingungan.
“Laa bos juga kata tadi yang bos sakit kepala , jadi saya pergilah ambilkan panadol dan juga air. Bos makan ubat ni lepas tu sakit kepala bos pun legalah.” Sengih Awatif. Hadif mengetap bibirnya dengan geram.
Apalah nasib aku dapat setiausaha yang blur macam si Awa ni.Mana Safi jumap budak ni? Gerutu Hadif sendirian.
Sabar je lah Hadif Fakhri oii.. Memang sudah sikap Awatif begitu. Walaupun dia blur ke sengal ke pa ke tapi dia tetap seorang manusia biasa seperti orang lain. Setiap manusia ada kekurangan dan kelebihannya . Tiada manusia yang sempurna di atas muka bumi ini.
“Dah-dah sekarang ni saya nak awak bawa kucing awak yang bernama cookie ni keluar. Saya nak buat kerja. Lagi satu saya tak benarkan awak bawa kucing ni datang ke pejabat lagi ya. Ingat tu.” Arah Hadif.
“ Okey bos.” Jawab Awa lalu di ambil cookie dan mendukungnya melangkah keluar. Hadif menggelengkan kepalanya lagi. Selepas pintu biliknya tertutup barulah dia menyambung semula kerjanya yang terbengkalai.
“Cookie duduk diam-diam dekat dalam ni tau. Jangan bising nanti bos mummy marah pula. Mummy tersalah bawa cookie datang pejabat hari ini. Bos cakap nak cookie jadi mummy bawalah cookie tapi sekali salah daaa..” Bebel Awatif sendrian sewaktu memasukkan kucing kesayangannya itu ke dalam sangkar.
“Eh Awa apasal kau bawa kucing dekat pejabat ni? Kau ingat pejabat ni tempat rawat kucing macam tu?” Soal Tasha sambil berpeluk tubuh di meja Awatif.
“Semalam bos minta cookie jadi hari ni Awa bawalah cookie Awa punya tapi bukan cookie ni yang bos nak.” Sengih Awatif sewaktu mendonggakkan kepalanya pada Tasha.
“Cookie? Kau ni Awa nak kata bengap tak juga belajar tinggi tapi tak kan kau tak reti beza cookie yang Tuan Hadif tu minta . Aku peliklah macam mana kau ni belajar dulu kalau yang ini pun kau tak reti nak bezakan.” Ujar Tasha sambil mengetap bibir dengan geram. Dia memang tak suka dengan Awatif.
Sejari tadi lagi dia memandang Awa sebaik saja dia membawa kucingnya masuk ke dalam Aspirasi. Ramai staff yang melihat namun mereka langsung tidak berkata apa-apa.
“Kau ni kenapa Tasha? “ Soal Safi dengan tiba-tiba.
“Ini haaa kau tengoklah PA yang kau carikan untuk Tuan Hadif ni bengap tahu tak? Geram pula aku dengan budak ni.” Marah Tasha.
Amboi Cik Tasha bukan main lagi dia mengata Awa bengap. Sesedap mulut dia je nak mengata kekurangan orang. Inilah manusia suka sangat menghina kekurangan seseorang.
“Eh Tasha kot ye pun Awa ni ada buat salah sekalipun kau tak berhak nak berkata dia rupa itu. Kau ingat Awa ni tak ada hati dan perasaan ke?” Soal Safi sebaik saja melihat wajah keruh Awatif.
Aku ni blur ke bengap? Soal Awatif sendirian di dalam hatinya. Perkataan bengap yang keluar dari mulut Tasha begitu menusuk ke dalam hati Awa. Sejahat-jahat teman kampusnya dulu tak ada seorang pun yang menggelarkan dia bengap . Semuanya memanggil dirinya dengan panggilan miss blur.
“Peduli apa aku dengan dia ada hati perasaan ke tak. Aku cakap apa yang betulkan?” Soal Tasha. Safi memang tidak puas hati dengan kata-kata yang di keluarkan oleh Tasha ketika ini.
“Erk Kak Safi , Kak Tasha janganlah gaduh sebab Awa. “ Tingkah Awa sambil berdiri. Beberapa orang staff menggelengkkan kepala melihat karenah Tasha sejak akhir-akhir ini. Tasha bukan lagi seperti dulu. Dia telah berubah.
Manusia boleh berubah dalam sekelip mata saja.
“Apa yang bising-bising ni?” Soal Hadif sebaik saja pintu biliknya terbuka. Dia memandang wajah Safi, Tasha dan juga Awa. Mereka serentak menoleh kepada suara itu. Awatif tersengih pada bosnya.
“Tak ada apa-apa bos.” Jawab Awatif dengan selamba. Tasha menoleh pada Awatif.
“Tak ada apa-apa Tuan Hadif. Saya nampak kucing Awa tadi jadi singgahlah nak tengok kucing dia.” Jawab Safi pula hanya Tasha saja yang membisu.
“Oh pasal kucing ke. Errmm hari ni bolehlah awak nak tengok Safi. Awa ingat ya jangan bawa cookie dekat pejabat lagi.” Pesan Hadif Fakhri dengan tegas.
“Baik bos. Erk bos nak ke mana tu?” Soal Awatif sebaik saja melihat Hadif Fakhri melintasi mejanya.
“Awak check balik jadual saya sekarang. Awak tahu ke mana saya nak pergi.” Itu jawapan yang di berikan oleh Hadif sewaktu di menoleh seketika pada Awatif.
“Oh eh.. Ok bos..” Sengih Awatif sambil melambaikan tangannya pada Hadif Fakhri. Safi tersenyum. Belum pernah lagi ada PA seperti Awa yang selama dia kerja di Aspirasi ini.
PETANG itu, Awatif menunggu daddy nya di luar Aspirasi. Di keleknya sangkar cookie. Dia duduk di sebuah bangku dan cookie berada di tempat duduk sebelahnya.
“Kasihan cookie ya. Bosan temankan mummy dekat pejabat eh?” Soal Awatif pada cookie. Itulah kerja Awa kalau tak bercakap dengan cookie dia merasakan hidupnya kosong tak bermakna. Kasihnya dia pada seekor kucing.
“Lepas ni cookie duduk rumah diam-diam okey. Mummy sibuk dengan kerja nanti . Kasihan hero mummy ni.” Tambah Awatif lagi lalu memandang kereta yang lalu lalang.
“Mana tok daddy ni tak sampai lagi? Jalan jamm ke?” Soal Awa sendirian. Dia mencari kereta milik daddy nya. Awa menghela nafasnya lalu bersandar di bangku tersebut sambil melihat dada langit yang sudah berubah warna. Awa kemudiannya menoleh ke jam tangannya sebelum dia mencari telefon miliknya di dalam beg.
“Awa tak balik lagi?” Soal Adam yang muncul ketika itu. Dia baru saja keluar dari Aspirasi. Hari ini agak lewat sedikit dia keluar kerana ada kerja yang perlu dia siapkannya.
“ Eh Adam .. Awak tak balik lagi?” Soal Awatif dengan senyuman sebaik saja melihat wajah Adam yang berdiri di tepi bangku.
“Baru nak balik. Amboi comelnya kucing Awa ni. Kenapa Awa tak balik lagi ni?” Soal Adam sebaik saja melihat cookie yang diam .
“Errm itulah. Awa tengah tunggu daddy Awa datang ambil. Sekejap lagi dia datanglah. Kucing Awa memang comel sebab tu la Awa sayang cookie.” Sengih Awa sebelum merenung cookie yang memandangnya di saat ini.
“Tapi Awa lagi comel.” Puji Adam. Awa mengerutkan dahinya.
“Awa comel ke? Orang kata Awak blur adalah.” Jawab Awatif dengan selambanya. Dia memegang kedua belah pipinya.
“Bagi Adam , Awa tetap comel sangat. Adam suka.” Terang Adam. Dalam diam Adam cuba meluahkan perasaannya pada Awatif. Ya mungkin terlalu awal untuk jatuh cinta pada Awa tetapi entah kenapa sikap Awa telah mencuri hati dalam diam walaupun mereka baru saja kenal. Cinta datang dengan sendiri tanpa mengira waktu .
Ada sesetangah orang yang jatuh cinta pandang pertama. Si Adam ni pun lebih kurang begitulah gamaknya.
“Iye ke? Terima kasih sebab Adam cakap Awa comel.” Jawab Awa tanpa memahami maksud yang tersirat. Adam membalas senyuman dari Awatif.
“Sama-sama. Selalunya daddy Awa datang lambat ke sini?” Soal Adam sambil menilik jam di pergelangan tangannya yang sudah pun berginjak ke angka enam lima belas minit petang.
“Tak juga. Jalan jamm kot tak pun daddy keluar dari tempat kerja dia lambat kot.” Jawab Awatif. Matanya memandang ke arah jalan raya sekali lagi.
“Haaa tu pun daddy Awa dah sampai. Awa balik dulu ya Adam.” Awatif terus berdiri sebaik saja melihat kereta daddy nya. Adam menoleh pada kereta yang masuk di perkarangan Aspirasi.
Awatif membawa cookie dan melangkah dengan perlahan-lahan menuju ke kereta daddy nya. Sebaik saja masuk ke dalam kereta , Awa menurunkan cermin kereta dan melambaikan tangan pada Adam.
“Awa balik dulu ..” Jerit Awa. Adam menganggukkan kepalanya sambil membalas lambaian dari Awatif.
“Siapa tu Awa?” Soal daddy nya dengan pelik sewaktu memandu kereta.
“Kawan sepejabat Awa.” Jawab Awa dengan jujur. Daddy nya tersenyum.
“Haaa ini apa cerita sampai bawa cookie datang pejabat? Mummy bising tahu pagi tadi. Daddy tak sempat nak tanya Awa pagi tadi.” Soal Encik Fathudin kepada anak gadisnya.
“Itulah daddy. Awa salah info pula. Bos Awa minta Awa bawa cookie untuk dia hari ini tapi Awa ingat cookie yang ini.” Sengih Awatif pada daddynya.
“Ish kamu ni Awa boleh pula salah info. Habis tu bos Awa tak marah ke?” Soal Encik Fathudin lagi.
“Dia tak marah pun tapi dia terkejut jugalah masa tengok cookie ni. Salah Awa juga daddy sebab tak faham maksud bos Awa tu kan” Jawab Awa dengan jujur.
“Awa.. Awa.. Kasihan bos Awa tu . Tak mengapalah Awa tak ada manusia yang tak lakukan kesilapan.” Encik Fathudin menghela nafasnya dengan berat. Dia tahu kekurangan yang ada pada anak gadisnya itu. Walaupun Awa begitu dia tetap anak yang baik dan menghormati orang lain. Kadangkala pernah terlintas di fikirannya bagaimana anaknya boleh berjaya tamatkan pengajian. Dia tahu ramai yang memandang rendah pada kemampuan anak gadisnya . Mereka memang menggelarkan Awa dengan panggilan Miss Blur , lambat pick up lah, dan macam-macam lagilah.
Setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan diri masing-masing. Usahlah menghina di atas kekurangan yang ada pada mereka dan usahlah bangga dengan kelebihan yang kamu ada. Ingatlah setiap kekurangan yang kita miliki itu merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Tidak semua orang memiliki kekurangan yang kita ada.
Bersambung...
NotaTersepit: Merenung masa depan sendiri.. Hahahha.. Sah cik writer tengah di landa writer block lagi. Ish Ish Ish ...
Rasanya Awa ni mmg overdose blur la....mcmana masuk u dgn tahap ke'blur'an dia yg super duper high level tu....Mcm x logik Pulak blh kerja kat big company ....blh tergugat company ni nnt...
ReplyDeleteHehehe.Eijan mekasih singgah dan baca. Yup tapi tak ada yg mustahilkan . That why la orang mudah ambik kesempatan pd Awa.
DeleteLAWAK BETUL LA......
ReplyDeletekan baby mio. Itulah Awatif bila blur dia datang..:D
DeleteBest...kesian la pulak ngan awa ni...blur sgt...nak lg...
ReplyDeleteheheh kan. sambungannya minggu depan. Mekasih salmi singgah dan baca :)
Delete