SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, April 21, 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 32

Assalamualaikum u ollsss..

Seperti biasa minggu ni lagu dua bab di publish dekat blog ni. Kali ni tengok apa Tasha buat pada Awa. Kasihan Awa. Mekasih singgah dan baca :)

                                          




BAB TIGA PULUH DUA



    TASHA mengambil mop yang selalu di gunakan oleh Kak Peah untuk mengelapkan lantai. Sebentar tadi dia telah menuangkan air ke lantai. Niat di hatinya adalah untuk mengenakan Awatif. Dia tahu segala gerak-geri Awa. Mahu tak tahu kalau hari-hari kerjanya menilik saja ke mana langkah Awa.

   “Kau rasakan sekejap lagi budak blur. Benci betul aku dengan budak blur tu kalau sehari tak menyakitkan hati aku dengan bercakap dengan Adam memang tak sah. Sakit hati aku tengok Adam bersembang dengan dia siap bergelak ketawa lagi. Adam kalau dengan aku sekarang ni bukan main action lagi. Aku nak ajak bersembang pun kemain susah lagi. Ini semua budak sengal tu punya pasallah. Bila datang sini semuanya dah berubah. Menyampah tau tak?” Bebel Tasha sambil menyental lantai di pantry.

   “Eh Tasha sejak bila pula kau jadi pembantu Kak Peah ni?” Soal Zulaikha sewaktu masuk ke pantry yang memandang Tasha dengan pelik sekali. Terpelanting batang mop yang di pegang oleh Tasha kerana  terkejut mendengar suara Zulaikha.

   “Kau ni buat aku terkejut je. Air tumpah jadi aku moplah habis tu tak kan nak biarkan macam tu je.” Jawab Tasha sambil menjeling tajam pada Zulaikha. Sempat dia mengurut dadanya seketika.

   “Sorry kalau aku buat kau terkejut. Kalau macam tu kau jangan lupa letak papan kuning tu dekat situ. Dibuatnya ada orang masuk sini jap lagi tak tahu lantai licin terus tergolek seperti buah nangka pula.” Zulaikha mendekati sinki dan membasuh mug miliknya sebelum meletakkan mug tersebut di tempat penyejat.

    “Yalah aku tahulah. Kau tak payahlah nak ajar aku.” Bidas Tasha dengan selamba. Sebaik saja selesai mengelap tangan Zulaikha terus keluar dari pantry. Banyak kerja yang berlambak di mejanya yang minta disiapkan secepat mungkin.

   “Kalau aku letak benda alah tu nanti tak la si Awa yang kena.” Tasha tersenyum puas sambil test lantai yang licin itu.

  “Padan muka kau Awa.” Tasha mengelap kedua belah tangannya sebelum keluar dari pantry.
   Awa melangkah menuju ke pantry. Seperti biasa dia perlu menyediakan air minuman untuk bosnya. Dari jauh Tasha sudah tersenyum. Masanya sudah tiba. Biar padan muka budak blur tu. Bisik hati Tasha dengan senyuman sinis.

  “Ya Allah. Sakitnya..” Aduh Awa sebaik saja dia terjatuh ke lantai. Kakinya sungguh sakit sekali.

  “Kak Peah..Kak Peah..” Awatif memanggil namun tiada sahutan. Sejurus selepas itu Awa memanggil pula Safi namun tidak juga datang. Awa cuba untuk bangun namun dia tidak mampu. Kakinya mungkin terseliuh . Awa melihat kakinya lalu menarik wedges yang di pakainya lalu di letakkan ke tepi.

  “Macam mana aku nak bangun ni? Kenapa diorang tak dengar aku menjerit?” Soal Awatif dengan pelik lalu melihat ke pintu pantry.

  “Bodohlah kau ni Awa. Macam mana diorang nak dengar aku panggil kalau pintu pantry tertutup.” Awa memarahi dirinya sendiri sambil mengetuk kepalanya. Dengan begitu payah sekali Awa cuba bangun namun dia memang tidak mampu untuk berdiri tambahan pula tempat dia jatuh berjauhan dengan dinding memang menyukarkannya untuk berpegang .

 “Mana pula si Awa ni? Lama pula dia buat air kali ni. Ini buat air ke bersembang ni?” Soal Hadif sendirian. Selalunya Awa seperti lipas kudung cepat saja dalam buat sesuatu yang di suruh olehnya.

  Hadif bangun dari kerusinya dan melangkah keluar. Dia yakin ini mesti Awa bersembang dekat pantry. Awa ni pantang kalau orang ajak bersembang dia memang suka. Hadif pernah terserempak sewaktu mereka bersembang dan ketika itu pada waktu makan tengahari. Awa dan Safi bersembang di pantry sambil menjamu selera dan ada lagi beberapa staff yang turut serta ketika itu.

   “Alamak Tuan Hadif. Habis aku kali ni.” Tasha sudah menggelabah apabila terlihat Hadif Fakhri berjalan menuju ke pantry. Panas terus punggung Tasha ketika ini.

   “Awa awak buat apa dekat pantry lama sangat?” Soal Hadif sewaktu menolak pintu pantry . Awa dan Hadif saling memandang antara satu sama lain.

   “Bos sorry. Saya tak boleh bangun . Saya jatuh tadi.” Ujar Awa yang membuatkan Hadif terus mendekatinya.

  “Macam mana awak boleh jatuh?” Soal Hadif.

   “Lantai licin. Bos hati-hati lantai licin ni nanti tak pasal-pasal bos pun join saya sekali duduk terconggok dekat sini tak boleh bangun.” Awa menahan tangannya supaya Hadif tidak mendekati lantai yang licin.

   “Habis tu awak nak suruh saya tengok je awak tergolek dekat situ. Mari sini saya tolong. Kenapa awak tak jerit?” Soal Hadif lagi lalu mendekati Awa dengan perlahan-lahan. Dia memerhati lantai yang masih lagu basah dan licin.

   “Saya dah jerit bos tapi tak ada sorang pun yang dengar. Ini pun nasib baik bos datang sini kalau tak saya tak tahulah berapa lama saya nak duduk tergolek atas lantai ni.” Seloroh Awa. Hadif menggelengkan kepalanya lalu menghulurkan tangannya pada Awa.

   “Mana Kak Peah. Kalau lantai licin dia kan selalu letak sign board ini kenapa pula tak ada?” Soal Hadif pelik. Awa menggelengkan kepala tanda tidak tahu.

   Awa memegang tangan bosnya dengan erat sekali. Hadif membantu memapah Awa lalu di bawa ke kerusi yang berdekatan.

   “Kaki awak macam mana?” Soal Hadif sewaktu menunduk dan melihat kaki Awa.
   “Mungkin terseliuh sikit bos. Biasalah tergolek dekat atas lantai dengan pakai wedges. Sah-sahlah kaki saya ni terpeleot sikit bos.” Sengih Awa dengan selamba. Hadif menilik kaki milik Awa sesekali wajah Awa berkerut menahan sakit.

   “Bos bos jangan picit sakit kaki saya.” Awa menolak tangan Hadif dengan perlahan. Hadif mendonggakkan kepalanya memandang Awa.

   “Dah jom saya bawa awak ke klinik. Hari ni awak cuti sajalah . Macam mana awak nak buat kerja kalau kaki dah sakit rupa ni.” Awa tayang muka blur.

    “Bos saya buat kerja dengan tanganlah bukan dengan kaki.” Jawab Awa selamba.
    “Memanglah buat kerja pakai tangan tapi kaki awak pun kena pakai juga. Jangan nak banyak songeh. Sekarang ikut saya ke klinik.” Arah Hadif.

    “Hmmm Ya lah ya lah saya tak banyak songeh.” Cebik Awa . Hadif bangun lalu menghulurkan kasut wedges milik Awa sebelum dia memapah Awa membawa keluar dari pantry.

   “Eh Tuan Hadif kenapa dengan Awa ni?” Soal Safi dengan cemas apabila melihat Hadif memapah Awa.

   “Buah nangka jatuh Kak Safi.” Jawab Awa.

   “Buah nangka jatuh?” Soal Safi tidak faham.

    “Lantai dekat pantry licin , Awa jatuh kakinya terseliuh . Ini mana Kak Peah. Kenapa dia tak letak papan kuning tu?” Soal Hadif pada Safi.

   “Tuan Hadif , Kak Peah mana datang hari ni. Dia tak sihat. Siapa pula yang mopkan lantai dekat pantry?” Soal Safi kebinggungan.

   “Tak apalah Safi nanti awak tolong tanyalah siapa yang ambil alih kerja Kak Peah hari ni. Saya nak bawa Awa ke klinik dulu.” Terang Hadif lagi.

   “Bos saya kena ambil beg saya dulu.” Awa memandang bosnya.

   “Tak mengapa Awa biar Kak Safi tolong ambilkan.” Ujar Safi lalu menuju ke meja Awa dan mengambil tas tangan milik Awa.

   “Terima kasih Kak Safi. Ini Kak Safi jangan pergi dekat pantry ye. Bahaya. Kak Safi dahlah mengandung kalau jatuh macam-macam boleh jadi. Awa tak apa jatuh sebab Awa tak ada baby dalam perut. Kak Safi tak boleh nanti bahaya.” Sempat lagi tu Awa menitipkan pesanan pada Safi.

   “Ya Kak Safi tahu. Sudahlah Awa pergi klinik biar Kak Safi uruskan hal lantai licin tu.” Jawab Safi lalu melihat Awa dan Hadif melangkah keluar dari Aspirasi. Sebaik saja sampai di meja Adam terus wajah Adam berubah namun dia langsung tidak bersuara.

   “Siapa yang baik hati buatkan kerja Kak Peah hari ni ?” Soal Safi kepada staff Aspirasi. Masing-masing menggelengkan kepala.

   “Tasha yang mopkan lantai tadi. Dia kata air tumpah tadi.” Dengan selamba Zulaikha menjawab. Tasha sudah mencerlungkan matanya pada Zulaikha.

   “Tasha kau ke mopkan lantai? Kenapa kau tak letak papan tanda bahayalah kau buat rupa itu. Itu Awa yang masuk tadi kalau aku yang masuk tadi tak tahu apa yang akan jadi dengan aku dan anak aku.” Safi mengusap perutnya yang sudah memboyot.

  “Aku.. Aku lupalah nak letak papan tanda tu. Aku nak cepat tadi. Lepas mop aku terus keluar. Sepatutnya dah kering mustahillah basah lagi.” Dalih Tasha dengan resah. Dia langsung tidak terfikir seandainya Safi yang masuk sebelum Awa. Apakah yang akan berlaku pada Safi dan baby nanti?.

   “Lain kali kau kena hati-hati sikit. Jangan terlupa macam ni. Orang kata malang tidak berbau. Selagi kita boleh elak kita elaklah tetapi kalau dah tak boleh nak elak tu tak boleh nak kata apalah.”
   “Yalah. Aku tahu salah aku. Aku minta maaf.” Cebik Tasha. Safi menggelengkan kepalanya. Adam pula hanya menjadi pendengar sedari tadi.

   “Kasihannya Awa. Pasti sakit.” Ujar Adam dengan perlahan.

    PUAN Fauziah melangkah menuju ke pintu utama rumah. Dia terdengar bunyi loceng.
    “Siapa pula yang datang ni?” Soal Puan Fauziah sambil mengintai di sebalik tingkap. Dia melihat di pagar ada sebuah kereta . Puan Fauziah membuka pintu utama rumahnya lalu menuju ke luar rumah untuk melihat tetamu yang datang.

   Alangkah terkejutnya dia apabila melihat bos Awa sedang memapah Awa keluar dari kereta. Dengan pantas Puan Fauziah menekan punat pagar rumahnya.

   “Astagfirullah Al’azim kenapa ni Awa? Pasal apa kaki berbalut pula ni?” Soal Puan Fauziah sambil membantu memapah anak gadisnya.

   “Awa terjatuh dekat pantry auntie. Lantai dekat pantry tu licin. Saya dah bawa Awa ke klinik tadi.” Jawab Hadif bagi pihak Awa. Mereka bertiga masuk ke dalam rumah dan menuju ke sofa.

    “Kamu ni Awa cuai sangat.”

    “Mummy mana ada Awa cuai. Dekat situ tak ada papan tanda manalah Awa tahu lantai licin.” Jawab Awa sewaktu duduk di sofa.

    “Terima kasihlah Hadif sebab susah payah bawa Awa ke klinik dan hantar dia balik ke rumah. Awa ni memang cuai sikit .” Puan Fauziah mengalihkan pandangan pada bos Awa pula ketika ini.

   “Tak ada apalah auntie, lagipun ni tanggungjawab saya juga. Awa ni kan pekerja saya.” Jawab Hadif dengan senyuman. Awa turut tersenyum.

   “Terima kasih bos.”

    “Auntie saya minta diri dululah. Saya nak kena balik pejabat ada kerja yang perlu saya siapkan.”
   “Eh kot ye pun minumlah dulu. Hadif dah susah payah hantar Awa ke klinik.” Hadif tersenyum.

   “Betul tu bos. Dekat pejabat tadi bos tak sempat pun nak minum sebab saya dah terjatuh dekat pantry. Minumlah sini ya bos.” Pelawa Awa pula. Hadif menilik jam di pergelangan tangannya sebelum menganggukkan kepala.

  “Auntie ke dapur dulu. Korang bersembanglah dulu.” Ujar Puan Fauziah lalu bangun dan menuju ke dapur.

    “Tadi awak dah dapat cuti sakit jadi esok awa tak payahlah datang kerja. Biar kaki awak tu baik barulah awak masuk kerja.” Arah Hadif sewaktu memandang kaki Awa yang sudah berbalut.
   “Tengoklah macam mana bos. Kalau kaki saya okey saya masuk kerja esok.” Jawab Awa.

   “Awa jangan nak mengada. Kalau kaki tak baik lagi jangan datang pejabat. Berehat saja dekat rumah. Soal kerja tu boleh buat nanti.” Ucap Hadif. Awa memuncungkan bibirnya.

   MALAM itu ahli keluarga Hadif berkumpul di ruang tamu kecuali Reen yang sedang berehat di tingkat atas. Reen masih lagi berada dalam pantang. Hani juga telah sampai siang tadi. Dia memang gembira berjumpa dengan anak saudara yang baru. Bila Hayyan menghubunginya memberitahu yang Kak Reen nya melahirkan anak lelaki Hani terus keluar mencari hadiah untuk anak buah barunya sebelum balik ke Malaysia.

   “Papa dan mama nak bincangkan tentang kenduri cukur jambul dan akikah Hafiy.
Memandangkan Hani pun ada sekali ni papa dengan mama rancang nak buat kenduri cukur jambul dan akikah Hafiy pada hujung minggu nanti. Hayyan dan Reen sudah setuju bagaimana pula dengan korang?” Soal Datuk Ismail  lalu memandang wajah anak-anaknya.

   “Bagus juga tu papa. Minggu depan Hani dah nak kena balik sana dah. Kalau dah balik sana tak tahu bilalah dapat balik .” Sokong Hani.

   “Hadif setuju tu papa. Elok sangatlah tu kita buat majlis ni hujung minggu ni.” Giliran Hadif pula menyokong.

   “Huda dan Syah pun sama papa. Kami setuju tambahan pula hujung minggu ni kami semua free tak ada agenda lain .” Ujar Huda pula sambil memandang suaminya dengan senyuman.
   “Alhamdulilah . Kalau semua setuju bolehlah mama dan papa uruskan semuanya nanti.” Jawab Datin Khadijah dengan teruja.

   “Terima kasih mama papa untuk semuanya. Hayyan tak tahu macam mana nak balas jasa mama dan papa.” Tingkah Hayyan pula.

   “Hayyan kamu bukannya orang lain anak saudara kami juga. Hayyan dan Reen sebahagian dari keluarga ini. Sepatutnya mama dan papa yang ucapkan terima kasih pada Hayyan dan Reen sebab hadiahkan kami cucu baru.” Ujar Datin Khadijah dengan senyuman.

   “Betul apa yang mama katakan tu Hayyan. Kitakan sekeluarga. Tak payahlah kau nak fikir balas jasa semua tu.” Ujar Hadif sambil menepuk bahu sepupunya itu. Hayyan menganggukkan kepalanya sambil tersenyum puas. Sejak kematian orang tuannya memang dia dapat kasih sayang secukupnya dari ibu dan bapa saudaranya itu. Mereka anggap dirinya seperti anak sendiri malahan tiada yang lebih dan kurang kasih sayang mereka untuk dirinya dan juga adik beradik Hadif. Hayyan  dan Reen memang beruntung dapat keluarga seperti Datuk Ismail.
 
Bersambung...

NotaTersepit : Doakan cik writer cepat sembuh ya dari demam selsema dan juga ulser mulut. Blog akan sunyi dari entry selepas AMB. Bulan 5 atau 6 baru cik writer publish cite IKB ya . Tak pasti lagi berapa haribulan  :D 




2 comments:

  1. Gonna miss u & AMB.....do take care & get well soon ayra.. btw, if ada masa pls upload teaser 4 AMB ye! Miss awa & hadiff

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ida : Terima kasih. InsyaAllah ada masa nanti kita upload teaser AMB ye.. :D

      Delete

Tq sudi komen.:D