SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Thursday, February 13, 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 13

Assalamualaikum u olls...


Bab 13 AMB dah kuar. Mekasih singgah dan baca ..


                                     

BAB TIGA BELAS




   DATIN Khadijah membelek plastik pampers yang di belikan oleh anak lelakinya. Dia tersenyum puas.

   “Pandai juga Hadif beli ya.” Usik Datin Khadijah.
   “Dah boleh kahwin dah tu.” Tambah Datuk Ismail yang turut mengusik anak bujangnya yang baru je balik.

   “Bukan Hadif yang pilih. Si Awa tu. Hadif  bawa dia tadi pergi pilih. Hadif mana tahu yang mana bagus. Awa ni kan tahu kalau bab-bab iklan yang mana terbaik.” Jawab Hadif dengan selamba.

   “Kamu pergi dengan setiausaha kamu? Kenapa tak bawa Awa ke mari?” Soal Datin Khadijah.
   “Yup Hadif suruh dia ikut. Hari ni si Awa buat hal lagi. Pergi belikan pampers untuk Syifa dia ambil pampers ni lepas tu dia siap nyanyi whoopee. Sah dia suka sangat tengok tv. Ada je karenahnya mama.” Bebel Hadif. Datin Khadijah tersenyum lagi.

   “Tapi setiap karenahnya kamu sukakan?” Soal Datuk Ismail. Hadif menaikkan keningnya. Dia langsung tidak menjawab .

   “Hadif naik dululah mama papa. Hari ni Hadif ambil half day je.” Hadif mahu mengelak la tu. Dia bangun lalu bergegas menuju ke tingkat atas.

   “Daddy…” Jerit Syarif yang berada di tangga.
   “Syarif jangan main dekat tangga nanti jatuh. Main dekat bawah ya sayang.” Ujar Hadif lalu mengusap kepala anak buahnya.

   “Okey daddy..” Jawab Syarif dengan senyuman sebelum dia turun tangga menuju ke arah tok ma dan tok pa nya. Syarif membawa barang mainannya sekali. Syifa sudah tidur selepas di beri makan tadi.

  “Tok ma, bila mama dengan papa Syarif balik?” Soal Syarif dengan tiba-tiba. Dia mula rindukan mama dan papanya. Datin Khadijah menarik Syarif lalu di peluk dengan erat.

    “Lusa mama dengan papa Syarif baliklah. Sekarang Syarif dengan adik kena duduk sini dengan tok ma , tok pa dan juga daddy.” Jawab Datin Khadijah. Syarif menganggukkan kepalanya tanda faham.

   “Syarif nak ikut tok pa tak?” Soal Datuk Ismail.
   “Nak pergi mana tok pa?” Soal Syarif.

    “Tok pa nak bagi ikan dekat belakang makanlah.” jawab Datuk Ismail. Mendengar saja tok pa nya menyebut ikan terus Syarif melompat. Dia memang sukakan ikan.

   “Nak nak nak..”  Syarif bersorak dengan gembira. Datuk Ismail menggelengkan kepalanya lalu menghulurkan tangannya pada Syarif. Dengan sepantas kilat Syarif menyambutnya dan berjalan seiringan dengan tok pa nya itu. Datin Khadijah tersenyum dari jauh.

   “Datin. Ini Syifa sudah bangun.” Tingkah bibik yang tiba di situ sambil mendukung Syifa yang sedang menenyehkan matanya. Dia baru saja bangun dari tidur.

   “Cucu tok ma dah bangun ya.” Ujar Datin Khadijah lalu mengambil Syifa.

   “Whoopee.  Awa ni memang hantu tv gamaknya. Semua benda dia tahu. pelik betul aku dengan budak sorang ni. Ini dekat rumah mungkin kerjanya mengadap tv je kot.”  Ujar Hadif dengan perlahan. Ada saja adegan dari Awa yang berjaya mencuit hatinya. Hati ketawa seorang diri apabila mengenangkan sikap Awatif.

     AWATIF baru saja balik dari makan tengahari . Sebaik saja sampai di meja Awa melihat ada dua jambak bunga yang ada di depan matanya. Dia melihat kedua-duanya dengan pelik.

    “Siapa pula yang hantar bunga dekat aku ni?” Soal Awatif sendirian lalu dia mengambil jambangan yang pertama. Bunga ros bewarna pink di tenungnya dan Awa mula mencari-cari kad yang terselit. Awa membuka kad tersebut. Dia melihat nama yang tertera di situ pengirim yang sama iaitu Farhan Redza.

    Awa meletakkan jambangan itu lalu mengambil jambangan yang kedua pula. Dia melihat bunga rose yang bewarna pink dan juga merah.  Awa mencari kad yang terselit. Apabila kad tersebut di baca Awa terus mencari kelibat orang yang memberikannya bunga itu.

   “Adam bagi aku bunga? Buang tabiat ke apa si Adam ni?” Tingkah Awa dengan perlahan dan mencari kelibat Adam di meja kerjanya namun Adam tiada di situ.

   “Amboi Awa kemain lagi Kak Safi tengok. Hari ni Awa dapat dua jambak bunga tu. Ramai peminat Awa ye?” Usik Safi sewaktu mencuit bahu Awatif.

  “Ish Kak Safi mana ada peminat. Bunga yang ni kawan Awa yang hari tu bagi dan yang ni pula Adam yang bagi Kak Safi. Mimpi apa si  Adam tu bagikan bunga dekat Awa. Pelik betul.” Ujar Awa dengan jujur. Safi terkejut apabila mengetahui salah seorang pengirim bunga itu adalah Adam.

  “Pelik tu Awa. Sepanjang Kak Safi kenal Adam belum pernah lagi dia bagikan bunga pada perempuan. Entah-entah Adam suka dekat Awa tak?” Tembak Safi. Awa mengerutkan dahinya.

   “Ish Kak Safi ni mana mungkin la Adam suka dekat Awa. Malang sekali bagi orang yang sukakan Awa Kak Safi. Awa ni kan blur. Semua orang tahu tentang tu. “ Jawab Awa sambil tersenyum.

  “Eh blur blur pun Awa seorang gadis yang baik, paling utama Kak Safi suka dengan sikap terus terang Awa tau.” Puji Safi. Ya memang tidak di nafikan yang dia suka dengan sikap Awa yang jujur dalam apa saja keadaan.

   “Kak Safi ada nampak Adam tak?” Soal Awa .
    “Kak Safi rasa tadi dia keluar jumpa orang. Ada urusan syarikat yang dia perlu selesaikan hari ini.” Jawab Safi .

   “Untunglah kau kan ada peminat sana sini. Siapa yang bagi bunga ni?” Soal tasha dengan tiba-tiba. Awa dan Safi menoleh serentak.

   “Oh bunga ni kawan Awa yang bagi satu dan Adam bagi satu.” Jawab Awa dengan jujur. Sebaik saja mendengar nama Adam yang di sebut oleh Awa terus berubah wajah Tasha ketika ini.
   “Apa dia Adam yang bagi.Kau biar betul Awa. Gila ke apa si Adam nak bagi bunga dekat kau.” Soal Tasha seakan tidak percaya.

   “Betul Kak Tasha. Awa pun pelik kenapa Adam bagi bunga dekat Awa.” Jawab Tasha. Dia memberitahu perkara yang benar belaka pada Tasha.

   “Aku tak percayalah Adam yang bagi. Kau salah orang kot.” Tambah Tasha sambil menggelengkan kepalanya.

   “Kalau Kak Tasha tak percaya , cuba Kak Tasha tengok apa yang tertera dekat kad ini.” Ujar Awa lalu menyuakan kad yang di tulis oleh Adam pada Tasha. Dahinya berkerut sebaik saja membaca apa yang di tulis oleh Adam.

   Bunga yang cantik untuk si gadis cantik 
   Dari Adam 

   “Aku pergi sambung kerja dululah.” Tingkah tasha lalu memulangkan semula kad yang di pegangnya kepada Awa. Panas hatinya ketika ini.

   “Tak guna punya Awa, dia dapat bunga dari Adam. Apa yang budak ni bagi dekat Adam haa sampaikan Adam boleh cair dengan dia. Geramnya aku.” Ujar Tasha tidak puas hati sewaktu melangkah ke mejanya. Di ketap bibirnya dengan geram sekali. Hatinya rasa terbakar . Dia cemburukan pada gadis bernama Nurain Awatif.

   “Kak Safi kenapa dengan Kak Tasha tu?” Soal Awatif dengan pelik. Safi tersenyum pada Awa.
   “Tak ada apa-apa. Mungkin Kak Tasha tu terkejut kot.Yalah sebelum ni mana pernah Adam nak bagi bunga pada perempuan. Kami berdua dah lama kerja sini dah lama kenal si Adam tu.” Jawab Safi. Awa menganggukkan kepalanya dengan senyuman.

   “Kita borak lagi nanti, ada kerja yang Kak Safi nak kena siapkan.” Tambah Safi lagi sebelum meninggalkan Awatif di situ.

   Sebaik saja selesai bercakap di telefon, Awa mematikan talian. Dia kemudiannya bangun dari tempatnya dan melangkah ke pintu bilik Hadif Fakhri.

   “Maaf bos saya ganggu. Saya ada sedikit pesanan untuk bos.” Ujar Awa di sebalik pintu sambil tersengih kepadanya. Hadif memandang wajah setiausahanya itu.

   “Pesanan apa?” Soal Hadif dengan pelik.

    “Begini bos sebentar tadi ada wartawan dari sebuah majalah yang ingin interview bos  untuk di muatkan dalam majalah mereka. Kalau bos bersetuju dia suruh saya bagitahu dia. Apa pendapat bos?” Soal Awatif . Dia menyampaikan pesanan dari wartawan yang menghubungi sebentar tadi.

    “Interview? Errmm .. Awak bagi nombor diorang pada saya biar saya cakap sendiri dengan mereka . Apa yang diorang nak sebenarnya.” Jawab Hadif. Awatif mendekati bosnya lalu menyuakan sticky note yang di situ telah tertera nombor telefon milik wartawan tersebut.

  “Ini bos. Famous juga bos ni ya sampaikan ada wartawan yang nak interview. Wah fefiling artislah bos lepas ni.” Dengan ringan sekali mulut Awatif berbicara sewaktu menghulurkan sticky note pada Hadif Fakhri.

   “Banyaklah awak punya famous. Awak ingat saya ni artis ke cik Awatif?” Soal Hadif . Awa tersengih.

   “Manalah tau bos jadi artis dalam diam . Bos ada rupa boleh je nak jadi artis.” Jawab Awa dengan selamba.

   “Awak ni kalau bab menjawab memang pandaikan.” Hadif merenung tajam pada Awatif dan seperti biasa Awa sering kali menunjukkan wajahnya comel.

   “Saya akan hubungi wartawan tu nanti. Awak pergilah sambung kerja.” Arah Hadif.
   “Hai bos menghalau ke?” Gurau Awa dengan selamba.

   “Bukanlah. Kalau awak nak buat kerja dekat bilik saya ni pun boleh je.” Giliran Hadif mengusik. Awa tayang muka blur.

   “Kerja dekat sini? Baik saya duduk tempat bos terus.” Sengih Awa dengan selamba.
   “Ok bos saya keluar dulu. Oh ya sebelum saya terlupa bos ada temujanji dengan Datuk Mukhriz sekejap lagi tau. Jangan lupa.” Pesan Awatif sebelum melangkah keluar meninggalkan Hadif.

   “Ok Thanks. Awak ikut sekali nanti.” Pesan Hadif sewaktu Awa berada di pintu.
    “Baik bos.” Jawab Awa lalu menutup pintu bilik Hadif Fakhri. Dia menuju semula ke meja kerjanya. Dia terkejut seketika apabila melihat coklat di atas mejanya.

    “Ini siapa pula punya kerja bagi aku coklat ni.” Soal Awatif lalu bercekak pinggang. Di tilik coklat yang berada di atas meja sebelum dia membaca kad kecil yang ada di situ.

   “Farhan Redza lagi. Apa tak ada orang lain ke nak bagi aku ?” Bebel Awa sendirian. Dia letakkan coklat tersebut di tepi. Awa mencari handphone miliknya lalu mendail nombor Farhan Redza.
    “Awa suka tak bunga yang Adam bagi?” Soal Adam dengan tiba-tiba sebaik saja Awa selesai berbicara dengan Farhan sebentar tadi. Adam muncul di mejanya.

    “Kenapa Adam bagi Awa bunga?” Soal Awa . Semenjak pagi tadi lagi dia mencari Adam.
    “Saja nak bagi pada Awa sebagai tanda persahabatan kita.” Jawab Adam dengan selamba.

     “Lain kali tak payah la bunga bagai. Awa ikhlas kawan dengan Adam dan juga staff yang ada di sini.” jawab Awa dengan senyuman.

    Tapi saya tak nak hubungan kita hanya sebagai kawan. Jerit hati Adam ketika ini. Bagaimanakah dia harus luahkan perasaannya itu. Dia sudah jatuh cinta dengan Awatif. Tasha makan hati lagi kali ini.

Bersambung..

NotaTersepit: Menunggu sebuah jawapan adalah satu penyeksaan. Y_Y . Cik Writer sedang bercuti sakit untuk seketika. Demam selsema .





6 comments:

  1. Oho...sgt best...bila Hadif nak jatuh cinta ngan awa ni...sambung cepat please. ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..Mekasih Salmi. Sambungannya ari isnin nanti :D

      Delete
  2. bole tahan hebat si awa ni...... walaupun blur, byk kumbang nak memikat....

    ReplyDelete
  3. Kan. Orang terpikat dengan sikap dan kecomelan yg ada pada awa .Mekasih Rina singgah dan baca :)

    ReplyDelete
  4. Dear Ayra, penantian tu mmg satu penyeksaan...tapi penantian tu ada baiknya becoz it gives us a reason why we need to continue with our lives, it means we still have hopes..so cheers!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehhe.. Thanks ida singgah dan baca kisah Awa dan Hadif :)

      Delete

Tq sudi komen.:D