SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, February 24, 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 16

Assalamualaikum u ollsss...


Sambungan AMB bab seterusnya . 

                                         



BAB ENAM BELAS


     AWATIF termenung di wardrobe miliknya. Dia melihat semua pakaian miliknya yang tergantung. Sesekali mata Awa berkedip dan dia menggarukan kepalanya. Otaknya sedang ligat berfikir sesuatu sambil merenung pakaian miliknya yang tergantung.

    “Ish aku nak pakai baju mana nanti? Susahlah macam ni.” Bebel Awa sendirian. Dia membawa keluar tiga empat helai pakaiannya lalu di suakan di badannya sambil mengadap cermin.Awa mengeluh kecil melihat wajahnya di cermin solek. Dia menggaru panggal lehernya sambil menayang salah satu pakaian di depannya.

  “Langsung tak sesuai untuk majlis tu.” Bebel Awa lagi.
   Apa yang si Awa tu cari sebenarnya. Dia nak ke majlis apa pula kali ni?
   Akid mengintai kakaknya yang blur sedang mengayakan pakaian di hadapan cermin. Tersungging senyuman di bibirnya melihat telatah kakaknya itu.

   “Kakak aku sorang ni nak cari baju apa ni? Bersepah atas katil dengan pakaian.” Akid menolak pintu bilik kakaknya .

   “Kak Awa ni kenapa buang tabiat ke malam-malam ni. Kak Awa cari baju apa ni?” Soal Akid sambil berpeluk tubuh . Dia melangkah masuk ke bilik kakaknya dengan perlahan-lahan.

   “Kak Awa carikan baju yang sesuai untuk pergi Majlis Reunion university Kak Awa. Diorang dah tetapkan tarih event tu. Kak Awa tak tahulah nak pakai apa nanti Akid. Peninglah kepala nak cari baju ni.” Luah Awatif sewaktu menoleh pada adiknya itu.

   “La nak cari baju pun susah ke Kak Awa oii.. Itu benda mudah je la..” Jawab Akid dengan selamba.

   “Akid cakap senang? Kak Awa dah pening kepala nak cari baju tau. Diorang buat majlis dekat hotel.” Jawab Awa sambil bercekak pinggang pada adiknya. Akid tersengih penuh makna.

   “Diorang ada buat tema-tema ke Kak Awa?” Soal Akid sewaktu menghenyakkan punggungnya di tilam kakaknya. Awa mengerutkan dahinya. Dia berfikir sejenak.

   “Tema?” Soal Awa sendirian. Akid menganggukkan kepalanya.
   “Yup tema. Kak Awa cuba tengok diorang buat tema apa.” Balas Akid . Terangkat kedua belah keningnya. Awa mencari laptopnya di meja belajar lalu dia menekan tetikus dan membuka laman social yang sungguh popular sekali zaman kini iaitu facebook.

  Awa melihat event yang telah di invite orang admin yang merancang majlis reunion tersebut. Dia membaca satu persatu yang tertulis di situ.

   “Ada tak kak?” Soal Akid sewaktu berdiri di belakang kakaknya.

   “Ada. Diorang tulis dekat sini tema glamour. Kalau tema rupa itu nak kena pakai apa Akid?” Soal Awa lalu mendongak kepala memandang adik lelakinya itu. Akid berfikir sejenak.

   “Tema glamour ye? Akid rasalah kan kak Awa pakai je baju yang bersinar-sinar . Dari jauh orang dah nampak Kak Awa tahu. “ Sengih Akid. Awa tayang muka blur.

   “Pakai baju yang bersinar-sinar? Ish tak naklah Kak Awa.” Balas Awa sambil menggelengkan kepalanya. 

   “Kak Awa pakai je la baju apa-apa pun asalkan baju tu menutup aurat.” Jawab Akid lagi. Awa menganggukkan kepalanya.

   “Akid tadi mummy suruh Akid masuk tidurkan ? Ini pasal apa duduk melepak dekat bilik kakak kamu ni?” Soal Puan Fauziah dengan bercekak pinggang. Awa dan Akid menoleh ke belakang dengan serentak. Akid menggarukan kepalanya.

   “Saja je mummy nak kacau kakak.” Jawab Akid sambil tersengih pada mummy nya.
   “Sudah pergi tidur sekarang. Pukul berapa dah ni? Esok sekolahkan. Pergi tidur sekarang. Kalau kamu nak borak dengan Kak Awa kamu sampai subuh pun tak habis. Kak Awa kamu ni dah biasa tidur lambat. Dia boleh kawan dengan burung hantu suka berjaga malam.” Tu dia dengan Awa sekali yang terkena. Nasib kaulah Awatif oii..

   “Mummy Awa ni manusialah bukan burung hantu.” Jawad Awa dengan wajah yang tidak puas hati.

   “Yelah Akid nak masuk tidurlah ni mummy.” Tingkah Akid sambil muncung. Dia melihat jam di dinding bilik kakaknya itu yang sudah pun berada di agka dua belas tengah malam. Akid melangkah keluar dengan malas sekali. Bila sesi persekolahan sudah di buka maka dia tidak boleh tidur lambat melainkan study waktu nak ujian saja.

   “Awa yang pakaian Awa bersepah atas tilam tu kenapa pula?”Soal Puan Fauziah sebaik saja perasankan baju Awa di atas tilam.

   “Awa tengah cari baju yang sesuai mummy untuk majlis reunion dekat university nanti tapi Awa tak tahu nak pakai apa . Diorang cakap tema glamour.” Jawab Awa .Puan Fauziah mengerutkan dahinya.

   “Apa susah Awa pakai je dress labuh yang bling sana sini , lepas tu pakailah high heel . Itu dah ikut tema dah.” Jawab Puan Fauziah dengan selamba.

  “Mummy janganlah suruh kak Awa pakai high heel nanti dia jatuh buat malu je.” Dengan tiba-tiba Akid menyampuk. Puan Fauziah menoleh sambil merenung tajam anak bongsunya itu.

   “Tercegat lagi dekat sini. Pergi masuk tidur Akid.” Puan Fauziah memberikan arahan lagi. Akid menghela nafasnya lalu berlalu menuju ke biliknya. Tadi dia sememangnya sudah keluar dari bilik kakaknya namun dia  tidak menuju ke biliknya tetapi berada di tepi dinding sambil menadah telinga mendengar perbualan mummy dan kakaknya itu.

   “Mata mummy pun dah mengantuk nak tidur. Awa kamu tak reti nak tidur lagi ke? Esokkan kamu kerja. Jangan asyik mengadap laptop je nanti rosak mata kamu nanti.” Tambah Puan Fauziah lagi.

   “Mummy tidurlah dulu, sekejap lagi Awa tidurlah mummy.” Sengih Awa lalu bangun dan memeluk bahu mummy nya dengan mesra.

   “Errm yalah. Jangan nak jadi burung hantu. Ingat pesan mummy tu.” Puan Fauziah menitipkan pesanan sebelum melangkah keluar dari bilik anak gadisnya itu.

   “Mummy ni kan Awa dah cakap tadi yang Awa ni manusia bukannya burung hantu.” Awa menarik muncungnya.

   Sah si Awa ini tidak mengerti maksud mummy nya itu. Alahai Awa kenapalah lambat pick up betul. 

   Selepas itu Awa menyambung mengadap laptopnya kembali. Pakaiannya masih lagi bersepah di tilam. Dia mula melayan Running Man . Itulah kerja si Awa.Peminat tegar Running Man betul dia ni. Kalau dah si Awa ni mengadap running man dah tak ada maknanya dia nak fikir pasal hal baju yang tema glamour tu. Matanya sudah di fokus ke skrin laptop sambil memeluk bantal dengan erat sekali.

   FARHAN tersenyum puas apabila melihat event yang tertera di facebook miliknya itu. Ini adalah peluangnya untuk mendekati Awatif. Dia berharap sangat dapat pergi ke majlis reunion tersebut bersama Awatif. Selagi mampu Farhan akan cuba berusaha untuk dapatkan cinta dari Awa.

   “Aku tak akan lepaskan peluang ini. Aku akan buat satu kejutan buat Awa pada malam reunion tersebut di hadapan kawan-kawan sekelas nanti. Aku yakin Awa tak akan menolak.” Tingkah Farhan sambil tersenyum penuh makna. Dia akan buat kejutan istimewa buat Awatif. 

   “Awa saya sayangkan awak.” Luah Farhan lagi . Dia kemudiannya menutup akaun facebook miliknya sebelum menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi. Hari ni dia harus membuat persediaan untuk presentation di hadapan Datuk Megat. Farhan telah di pilih untuk membuat pembentangan itu.

   “Farhan jangan lupa presentation petang nanti dalam pukul tiga petang. Datuk Megat tu datang dengan anak perempuan dia tau.” Ujar seseorang pada Farhan yang di kala itu berdiri di hadapan meja milik Farhan.

   “Ya aku tahu. Aku tengah buat persediaan akhirlah ni. Kau ada tak dalam meeting room petang nanti Lan?” Soal Farhan .

   “Aku ada nanti. Aku dengar anak perempuan Datuk Megat tu lawa.” Tambah lelaki yang bernama Lan dengan selamba. Farhan mengerutkan dahinya.

   “Kau ni pantangkan kalau dapat client perempuan kan. Ada je. Aku peduli apa dia lawa ke cantik ke , aku tetap mahukan Awatif. Hanya dia sorang yang aku cinta dan sayangi.” Jawab Farhan. Lan merenung wajah teman baiknya itu.

   “Kau ni Farhan sampai bila kau nak kejar cinta Awa. Kau juga yang cakap yang Awa hanya anggap kau sebagai kawan . Kau tak boleh nak paksa dia sukakan kau Farhan.” 
   “Aku akan kejar sampai aku dapatlah.” Jawab Farhan dengan senyuman sambil menilik dokumen di hadapannya.

   “Kalau kau kejar dia tak dapat macam mana?” Soal Lan lagi.Farhan berfikir sejenak .
   “Kau ni Lan cubalah kasi aku semangat sikit. Kau tahukan yang aku memang sayangkan Awa sangat-sangat. Kau patut sokong aku tau.” Tingkah Farhan .

   “Ya aku sokong kau tapi satu je aku nak pesan. Kau jangan sesekali paksa Awa untuk terima cinta kau tau. Aku tak nak kau paksa dia . Jangan sampai Awa bencikan kau nanti.” Pesan Lan. Farhan tergelak kecil.

   “Awa tak akan bencikan aku . Lan aku dengan Awa tu dah lama kenal. Aku masak sangatlah dengan perangai Awa tu.” Jawab  Farhan dengan bangga.

    “Itu kata kau bukan kata Awa. Hello perasaan manusia ni boleh berubah dalam sekelip mata je Farhan. Kau kena ingat tu. Jangan cakap besar tau.” Lan bersuara lagi . Dia tidak suka sikap Farhan yang suka cakap besar tu.

   “Memanglah perasaan manusia boleh berubah sekelip mata tapi aku yakin Awa tak macam tu.Aku dan Awa dah lama kawan Lan.” Jawab Farhan dengan selamba lagi. Lan manarik nafasnya lalu menggelengkan kepalanya berkali-kali. 

   “Suka hati kau lah Farhan. Aku nak sambung kerja dulu.” Lan terus meninggalkan meja Farhan.
   “Kejutan istimewa buat Awa nanti. Aku pasti yang dia tidak akan menolak.” Farhan bersandar di kerusinya sambil tersenyum. Di dalam kepalanya sudah ada perkara yang perlu di buat untuk  Awa.

   “Farhan. Bos panggil kau. Dia nak jumpa kau sekejap.” Ujar seseorang pada Farhan yang sedang ralit dengan kerjanya.

   “Ok thanks.” Jawab Farhan dengan senyuman . Dia kemudiannya berdiri dan membawa satu dokumen untuk di serahkan kepada bosnya. Farhan melangkah menuju ke bilik pengarah urusan .

   AWATIF sendirian menunggu di luar Aspirasi.  Matanya memandang ke jalan raya lagi. Hampir sejam dia menunggu namun daddy nya masih belum datang mengambilnya di sini. Awatif mula tak senang duduk.

  “Mana daddy ni? Selalunya tak lambat macam ni.” Soal Awatif lalu menyeluk tangannya ke dalam tas tangan yang di pegangnya sejak tadi. Dia kemudiannya membawa keluar handphone miliknya lalu menghubungi daddy nya.

   “Kenapa daddy tak angkat phone ni?” Soal Awatif sendirian sambil merenung handphone yang berada di tangannya. Dia cuba menghubungi daddy nya sekali lagi. Kali ini panggilannya berjawab.
   “Daddy dekat mana? Sejam dah Awa tunggu daddy dekat sini.” Tingkah Awa sebaik saja mendengar suara daddy nya.

  “Sorry Awa. Kereta daddy ni tak nak hidup. Daddy tengah tunggu orang baiki ni. Daddy terlupa nak call Awa tadi. Beginilah hari dah makin gelap ni Awa balik dengan teksi ya. Lepas siap kereta ni baru daddy balik rumah.Jangan lupa bagitahu mummy sekali ya.” Pinta Encik Fathudin. Dia mengelap peluh yang memercik di dahinya.

   Sebaik saja keluar dari pejabatnya, Encik Fathudin terus menuju ke tempat parking kereta. Dia cuba menghidupkan enjin kereta namun langsung tak boleh. Sejurus selepas itu dia terus menghubungi teman baiknya yang bekerja sebagai mekanik.

   “Iye ke daddy. Errmm kalau begitu tak mengapalah. Awa balik naik teksi . Daddy cepat balik tahu. Kita jumpa dekat rumah.” Jawab Awatif dengan muka sedih.

   “Ok sayang. Kalau dah sampai rumah Awa call daddy tau. Ingat tu.” Pesan Encik Fathudin pada anak gadisnya.

   “Yes daddy. Awa akan call daddy nanti.” Jawab Awa . Setelah siap berbicara dengan daddy nya di telefon barulah Awa menyimpan telefonnya sebelum berjalan di tepi jalan raya untuk menahan teksi. Jam sudah berginjak ke angka enam lima puluh minit petang.

   Hadif Fakhri baru saja keluar dari Aspirasi. Hari ini dia pulang lewat dari biasa kerana ada kerja yang perlu di selesaikan. Dia memang tidak boleh bawa balik kerjanya dekat rumah. Mamanya Datin Khadijah memang tak suka anaknya itu membawa balik kerja di rumah. Baginya rumah adalah tempat untuk berehat . Kerja hanya selesai di pejabat.

   Dia kemudiannya memboloskan diri ke dalam keretanya sebelum dia menghidupkan enjin kereta. 
   Awa masih lagi berdiri di sisi jalan menunggu teksi. “Haish mana pula teksi ni? Susahnya nak dapatkan teksi.” Bebel Awa sendirian. Sekejap-sekejap matanya melihat arah jam tangan.

   Hadif Fakhri yang baru saja keluar dari simpang ternampak kelibat Awatif yang sedang berdiri di sisi jalan. Ketika itu Awa sedang melihat jam tangannya. Hadif mendekati Awa dan memberhentikan keretanya betul-betul depan Awa. Dia kemudiannya menurunkan cermin kereta.

   “Awa kenapa tak balik lagi?” Soal Hadif Fakhri. Awa mendonggak lalu memandang bosnya yang berada di dalam kereta.

   “Eh bos tak balik lagi?” Soal Awa sambil tersenyum.
   “Saya nak baliklah ni. Awa tu kenapa tercegat dekat sini?” Soal Hadif. Awa tersengih.
    “Tunggu teksi bos. Daddy saya tak dapat ambil hari ni,” Jawab Awa dengan jujur. 
     “Awak masuk sekarang.Biar saya hantar awak balik.” Arah Hadif Awa tayang muka blur.
    “Apa bos?” Soal Awa.

     “Masuk dalam kereta.” Arah Hadif lagi. Awa terus membuka pintu kereta dan duduk bersebelahan dengan Hadif.

    “Saya hantar awak balik. Hari dah gelap ni. Bahaya awak berdiri sorang-sorang dekat situ.” Tambah Hadif lagi. 

    “Erkk saya tak menyusahkan bos ke?” Soal Awa dengan wajah yang resah. Dia tidak mahu menyusahkan bosnya itu.

   “Tak pun. Awak kan setiausaha saya. Mana boleh saya biarkan awak sorang diri dekat sini.” Jawab Hadif lalu menekan minyak . 

    Baiknya bos aku ni. Hehehhe. Sayang bos lebihlah kalau begini. Gerutu Awa sambil tersenyum manis.

   “Terima kasih bos.” 

   “Sama-sama. Ayah awak ke yang datang jemput hari-hari?” Soal Hadif lalu menoleh pada Awa.
   “Aaah daddy datang ambil. Selepas dia habis kerja dia datang ambil sayalah dekat sini.” 
    “Daddy awak kerja apa?” Soal Hadif lagi.

    “Daddy saya kerjalah bos.” Haiyaaaa Awa , Hadif tanya lain kau jawab lain. Ish ada sondtrouble sungguh si Awa ni.

   “Memanglah kerja. Saya tanya daddy awak kerja apa? Sekali lagi saya ulang. Daddy awak kerja apa.?” Soal Hadif sambil menggelengkan kepalanya. Matanya di tumpukan pada jalan raya.

   “Ohh sorry sorry.. Daddy saya kerja sebagai pensyarah bos.” Jawab Awa sambil tersenyum. Hadif menganggukkan kepalanya.

   “Balik nanti awak vacuum telinga awa tu eh. Sedut semua sampah ke debu ke yang ada dalam telinga awak tu. “ Tingkah Hadif dengan selamba. Awa tayang muka blur sewaktu memandang wajah bosnya.

   “Vaccum buat apa? Bos mana orang guna vaccum untuk telinga.” Jawab Awa dengan selamba. Hadif tergelak kecil.

   “Tak apalah orang tak guna tapi awak guna.” Jawab Hadif dengan selamba. Awa terdiam sambil berfikir sejenak. 

   “Bos kenakan saya ya?” Soal Awa sambil mengetap bibirnya dengan geram. Hadif tersenyum manis.

    Ya Allah handsome nya bos aku kalau dia senyum begini. Hati Awa berbicara .

    “Yang awak percaya tu kenapa?” Soal Hadif. Amboi Hadif dah pandai dah kenakan orang sekarang ni. Mentang-mentanglah si Awa ni blur sukalah mengusik dia.

Bersambung....

NotaTersepit :  AMB dan sampai pertengahan dah tau. Arap2 kesihatan makin baik dan mood pun baik untuk menulis sambungan kisah ini ya. Hehehhe. 




6 comments:

  1. Best...sweet je awa ngan hadif ni...sambung lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih Salmi. Hehehe sambungannya hari khamis nanti :D

      Delete
  2. Dear Ayra, thanks 4 this n3 & all yr hardwork. Hopefully dpt selalu update kisah Awa & Hadif. Anyway, suka dgn watak Hadif yg cool & Awa yg blur tapi sweet. Both of them will make a good couple..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. Mekasih Ida. InsyaAllah sentiasa update kisah ini tp x tau la sampai bab mn yang akan kita publish dekat blog. :)

      Delete

Tq sudi komen.:D