Assalamualaikum u ollsss...
Sambungan birthday Awa. Selain dari cupcakes Awa juga terima jambangan bunga dari 3 orang peminatnya. Heheheh. U ollss mesti tertanya-tanya kan siapa sebenarnya Encik K. Semuanya akan terjawab nanti. Buat masa ni biarlah dia jadi peminat misteri untuk Awa. Terima kasih singgah dan baca ya :)
BAB SEMBILAN BELAS
PAGI itu selepas Awa bersiap dia terus bergegas turun ke tingkat bawah. Dia menuju ke meja makan untuk sarapan pagi bersama family nya.
Sebaik saja tiba di meja makan Awa melihat ada kotak hadiah. Dia melihat kad yang ada di situ. Hadiah dari adik lelakinya Akid. Awa membuka kotak tersebut dengan perlahan-lahan. Malam tadi dia masih ingat lagi ulang tahun kelahirannya yang di mana dia selalu lupa tarikh keramat itu. Awa sendiri tidak pasti mengapa dia akan terlupa setiap kali tiba tarikh hari lahirnya.
“Haroro.. Akid..” Jerit Awa dengan penuh teruja. Dia gembira sekali melihat patung pororo yang sederhana besar yang berada di dalam kotak tersebut.
“Hah kenapa Kak Awa jerit ni?” Soal Akid yang sedang membetulkan kolar baju sekolahnya.
“Ini mana Akid beli haroro ni?” Soal Awa sambil menunjukkan patung pororo yang di pegangnya.
“Kak Awa ini bukan Haroro tapi ini patung pororo. Faham. Akid tahulah Kak Awa ni peminat tegar Running Man sebab itulah Akid bagi hadiah tu dekat Kak Awa. Tahun lepas Akid dah bagi giraffe kan yang Kwang Soo punya jadi kali ini Akid bagi yang Haha punya pulalah.” Jawab Akid dengan selamba.
“Omooo Akid.. Sayang Akid lebih. Terima kasih Akid.” Jerit Awa lalu memeluk adiknya itu. Akid tersengih. Dia sudah agak dah yang kakaknya itu pasti akan suka dengan hadiah yang dia berikan.
“Pagi-pagi dah menjerit ni kenapa Awa?” Soal Puan Fauziah yang muncul dengan air minuman untuk sarapan pagi.
“Kak Awa jerit hadiah yang Akid bagi ni mummy.” Sengih Akid.
“Astagfirullah Al’azim. Akid kamu berikan anak patung dekat kakak kamu lagi. Hey kamu ni Akid tak ada benda lain ke nak bagi. Mummy rasa bilik Awa penuh dengan bear je kan.” Bebel Puan Fauziah. Akid memandang kakaknya sambil tersenyum. Awa tersengih. Mereka berdua terus menarik kerusi lalu duduk di situ.
“Mummy apa yang riuh pagi-pagi ni?” Soal Encik Fathudin kepada isterinya. Dia yang baru saja tiba di meja makan . Encik Fathudin menarik kerusi lalu duduk di hadapan meja makan bersama Awa dan juga Akid.
“Alah daddy, mummy kan selalu riuh pagi-pagi ni.” Jawab Akid dengan selamba sambil mencapai roti bakar di hadapannya.
“Amboi budak bertuah bukan main lagi ya.” Ujar Puan Fauziah sambil menarik telinga Akid dengan perlahan.
“Sorry mummy. Akid Cuma cakap je.” Jawab Akid dengan senyuman. Puan Fauziah menggelengkan kepalanya.
“Mulut tu ada je yang nak jawabnya.Sudah makan cepat karang lambat pula nak ke sekolah.” Ujar Puan Fauziah lagi lalu menarik kerusi dan duduk bersarapan pagi bersama dengan suami dan anak-anaknya.
“Daddy bila Awa boleh bawa kereta sendiri pergi kerja?” Soal Awa dengan tiba-tiba. Dia teringin bawa kereta sendiri ke tempat kerja . Dia tidak mahu menyusahkan daddy nya.
“Kak Awa nak bawa kereta? Boleh ke Kak Awa bawa? Bawa kereta macam kura-kura slow yang amat. Kalau bawa atas jalan mahu orang marah tau.” Akid menyampuk dengan selamba. Awa menjeling tajam pada adiknya itu.
“Bukan daddy tak nak bagi Awa bawa kereta tu .Hmmm beginilah apa kata Awa bawa kereta tu di kawasan dekat –dekat je dulu. Bila betul dah mahir dan cekap Awa bawa pergi kerja . Boleh?” Soal Encik Fathudin kepada anak gadisnya.
“Boleh sangat daddy. Terima kasih.” Jawab Awa dengan senyuman manis.
“Haaa daddy suruh je Kak Awa bawa kereta keliling taman kita ni dulu . Lesen dah ada bawanya tak.” Sampuk Akid lagi sambil mengunyah roti. Awa sudah mencebik geram pada adiknya.
“Sibuk je dia ni. Bila Kak Awa dah cekap nanti kita tengok siapa yang akan minta tolong Kak Awa hantar ke sana sini.” Jawab Awa sambil mencebik.
“Itu sudah semestinya. Bolehlah Kak Awa hantar Akid pergi kelas tuisyen.” Sengih AKid dengan selamba.
“Dah agak dah.” Awa meneruskan suapan ke dalam mulutnya. Awa sarapan dengan mee goreng. Dia mahu perutnya kenyang sebelum mengadap kerja. Bila perut kenyang buat kerja pun hati senang.
AWATIF sampai di Aspirasi hari ini agak awal sikit. Awal dalam sepuluh minit .Awa terus masuk ke Aspirasi dan melangkah menuju ke meja kerjanya. Sampai saja di mejanya Awa tidak terus duduk kerana ada sesuatu yang dia lihat di atas mejanya. Awa mengerutkan dahinya.
“Kotak apa pula ni?” Soal Awa sendirian. Dia melihat sebuah kotak bewarna biru yang di ikat riben. Awa memegang kotak tersebut lalu melihat kad yang tertera di situ. Awa kemudiannya membuka kotak tersebut dan sebaik saja melihat isi dalamnya Awa terkejut.
“Waaa comelnya cup cake ni. Eh kejap siapa yang bagi ni?” Soal Awa sendirian lalu mengambil semula kad yang tertampal di situ. Sebaik saja membaca nama yang tertera terus mata Awa membesar.
Happy Birthday Awa – Hadif Fakhri-
“Bos yang pagi. Dia dah masuk office ke?” Awa menutup kotak yang berisi cup cakes yang di hias cantik sekali. Sesiapa yang lihat pasti akan terliur . Awa terus menuju ke bilik bosnya. Dia teragak-agak mahu mengetuk pintu bilik tersebut
“Nak ketuk ke tak nak?” Soal Awa sendirian di depan pintu. Dia masih ragu-ragu untuk mengetuk. Bos aku ni ada ke tak dekat dalam ni? Ish tak pernah-pernah bos aku awal begini rupa . Apa bos ada hal yang urgent ke hari ni? Fikir Awa lagi. Lama juga dia duduk berdiri di depan bilik Hadif Fakhri.
“Dah lama dah awak tercegat depan ni?” Soal Hadif sambil merenung Awa yang berdiri di depan muka pintunya dengan senyuman , manakala tangan kanannya sudah bersedia untuk mengetuk pintu bilik Hadif Fakhri.
“Eh bos sihat.” Tanya Awa sambil menggarukan kepalanya si sebalik tudung.
“Kalau tak sihat tak adalah saya masuk office hari ni Awa. Awak tercegat depan pintu bilik saya ni kenapa?” Soal Hadif sambil bersandar di bahagian tepi pintu. Awa tersengih lagi .
“Ermmm bos.. Ermmm.. Nak tanya ni…” Ujar Awa dengan ragu-ragu.
“Awak tanya apa?” Soal Hadif Fakhri.
“Itu cupcakes tu bos yang bagi eh?” Soal Awa. Entah apa punya soalan yang di tanya oleh Awa ni. Sudah terang lagi bersuluh yang cupcakes yang ada di mejanya itu adalah pemberian dari Hadif.
“Awak rasa?” Soal Hadif kembali. Saja nak permainkan Awa la tu.
“Entah. Kalau ikutkan dalam kad tu memang ada nama bos.” Sengih Awa lagi.
“Kalau dah ada tertera nama saya tu memang sayalah yang bagi cik Nurain Awatif.” Jawab Hadif dengan selamba. Matanya leka memandang wajah comel Awatif.
“Tapikan.. Mana bos tahu hari ni birthday saya eh?” Soal Awa dengan muka famousnya yang sentiasa blur.
“Saya bos awak saya tahulah. Lagi satu awak ni setiausaha saya memang saya akan tahulah. Dah sekarang buatkan kopi untuk saya.” Arah Hadif menoleh menuju ke mejanya. Awa mengerdipkan matanya berkali-kali.
“Awa tercegat apa lagi tu. Buatkan saya kopi dan jangan lupa tutupkan pintu sekali.” Arah Hadif lagi. Awa yang binggung terus menganggukkan kepalanya dengan laju dan bergegas menuju ke pantry untuk buatkan kopi kesukaan Hadif.
Setelah siap menyediakan air kopi yang di pesan tadi, Awa terus melangkah menuju ke bilik bosnya. Sebaik saja masuk ke bilik Hadif dia terus menuju ke meja dan meletakkan secawan kopi di atas meja. Hadif sedang sibuk di kala itu.
“Bos nah ini air kopi yang bos nak. Jemput minum. Oh ya bos sebelum saya terlupa saya nak ucapkan terima kasih sebab bagi hadiah cupcakes tu. Saya suka. Terima kasih ya.” Ujar Awa dengan senyuman. Hadif terus memandang wajah Awa.
“Sama-sama. Saya harap awak sukalah dengan cupcakes tu.” Jawab Hadif lalu menghirup air kopi yang di buat oleh Awa.
“Mestilah suka . Makanan tu siapa yang tak suka makan. Saya keluar dulu bos.” Jawab Awa dengan selamba . Hadif tersenyum apabila mendengar yang Awa suka dengan pemberiannya itu. Semalam puas juga dia berfikir nak bagi apa pada setiausahanya itu. Kebetulan bibik ada membelikan cupcakes petang semalam terus dia bertanyakan bibik di mana tempat bibik membeli cupcake tersebut. Dengan sepantas kilat Hadif membuat tempahan nasib baik cupcakes yang di tempahnya itu siap.
“CIK Awatif ada bunga untuk cik .” Ujar seorang lelaki yang seringkali menghantarkan bunga di Aspirasi. Ketika itu ada staff yang memandang ke arah Awa apabila ada tiga jambangan bunga yang di hantarkan untuknya. Awa kebinggungan seketika.
“Eh apasal sampai tiga ni ?” Soal Awa kepada lelaki tersebut.
“Yang itu saya kurang pasti Cik Awatif. Sila sign dekat sini.” Arah lelaki itu dengan senyuman. Awa terus menurunkan tandantagan .
“Terima kasih.” Ujar Awa. Lelaki tersebut tersenyum sambil menganggukkan kepala sebelum beredar dari situ.
Awa melihat setiap kad di setiap jambangan bunga rose yang dia terima tadi. Kad pertama tertera nama teman baiknya Farhan Redza.
Happy Birthday Awa . I miss you – Farhan Redza
Awa meletakkan kad pertama tadi lalu di baca pula kad yang kedua dan yang ke tiga. Selepas kejadian malam itu Awa tidak lagi berjumpa mahupun menjawab panggilan dari Farhan Redza.
Happy Birthday Awa – Adam
Happy Birtday My Miss Blur . Semoga Allah memberkati hidupmu. – Encik K
Encik K hantar bunga lagi ? Minggu ni dua kali dia hantarkan bunga dekat aku. Mana dia tahu birthday aku hari ni? Soal Awatif sendirian. Memang misteri Encik K ni.
“Amboi Awa sampai tiga jambak bunga dapat hari ni. Ada hari special ke hari ni?” Soal Safi dengan senyuman.
“Awa .. Kak Safi tanya ni. Ada yang special ke hari ni sampaikan Awa dapat tiga jambak bunga?” Tingkah Safi lagi. Kali ini barulah Awa menoleh pada Safi.
“Apa Kak Safi tanya tadi?” Soal Awa .
“Kak Safi tanya ada something yang special ke hari ni sampai Awa dapat tiga jambak bunga rose?” Soal Safi sekali lagi. Awa tersenyum.
“Oh pasal bunga ni. Diorang bagi sempena birthday Awa hari ni kak. Sorang dari kawan Awa, lepas tu dari Encik K yang memang Awa tak kenal dan lagi satu Adam yang bagi.” Jawab Awa dengan jujur sambil menunjukkan satu persatu jambangan bunga yang di kirimkan oleh tiga pengirim.
“Birthday Awa ke? Sorry Kak Safi tak tahu pun. Happy birthday Awa. Semoga panjang umur murah rezeki dan berjaya dalam kerjaya Awa.” Ujar Safi dengan senyuman .
“Terima kasih Kak Safi.” Jawab Awa dengan senyuman.
“Wah Adam tahu pula ya birthday Awa hari ni, tapi dia tak ada dekat pejabat hari ni. Dia ada urusan di luar.”
“Itu yang Awa pelik Kak Safi. Mana dia tahu pun Awa tak pasti.” Ujar Awa .
Tasha menjeling tajam pada Awatif. Hatinya sakit sebaik saja mendengar nama Adam sebentar tadi. Bertambah sakit hatinya apabila mendapat tahu yang Adam memberikan Awa bunga lagi.
“Dapat bunga dari Adam lagi budak blur ni. Apa yang dia dah buat dengan Adam sampaikan Adam boleh bagi bunga pada dia? Sakit betul hati aku.” Marah Tasha dengan geram. Dia menekan tin air minumannya dengan geram.
“Kau siap nanti Awa. Aku akan pastikan kau berambus dari Aspirasi ni suatu hari nanti. Kau jangan ingat kau boleh bersenang lenang selepas ini.” Tambah Tasha dengan perlahan sambil merenung tajam pada wajah Awa yang sedang bersembang dengan Safi. Jaraknya dengan mereka bukanlah jauh sangat. Dia baru saja keluar dari pantry untuk mengambil air tin yang di belinya pagi tadi.
Apa pula rancangan si Tasha ni lepas ini.? Kes cemburulah ni. Manusia memang tak boleh lari dengan sifat cemburu sesama sendiri yang di mana akan merugikan diri sendiri kelak.
HADIF mengambil kotnya lalu di sarungkan ke badan. Dia melihat jam di tangannya. Dia ada temujanji dengan Hayyan dan juga Taufik tentang projek usahama mereka bertiga. Setelah mencapai handphone miliknya dan juga fail yang perlu di bawa Hadif terus melangkah keluar dari biliknya.
Sampai saja di meja Awa di terus berhenti. Sempat lagi dia membetullkan kotnya itu.
“Awa saya nak keluar sekejap ada hal.” Ujar Hadif. Awa mendonggakkan kepalanya .
“Baik bos.” Jawab Awa. Baru saja Hadif ingin melangkah dia melihat jambangan bunga di meja Awa.
“Banyak bunga awak dapat Awa. Siapa yang bagi ? Hadiah birthday ye?” Soal Hadif dengan pelik.
“Bunga-bunga tu ada orang bagi sempena birthday saya. Sorang dari kawan saya yang nama Farhan, lepas tu yang ni si Adam yang bagi dan yang last sekali ni saya tak kenal siapa dia. Dekat kad hanya tertera nama Encik K. Siapa Encik K saya tak tahulah bos. Daripada diorang bagi bunga ni ada baiknya bagi saya makanan. Kenyang juga perut saya ni bos.” Jawab Awa dengan selamba. Hadif tersenyum .
“Ada je awak ni Awa. Saya dah bagi awak makanan kan. Awak makanlah puas-puas.Saya pergi dulu.” Jawab Hadif pula lalu melangkah pergi. Awa tersenyum sambil melambaikan tangannya pada Hadif dari belakang.
“Bagus betul bos aku ni.” Awak menongkat dagunya sambil memandang kotak yang berisi cupcakes yang sangat cantik.
Bersambung....
NotaTersepit: Pejam celik pejam celik dah bulan 3. Sedang berusaha untuk menyiapkan AMB . Pasni kisah IKB pula. minggu ni rest dari menulis. Ada urusan yang perlu di selesaikan :D
BEST.
ReplyDeleteMekasih baby mio :)
DeleteDear Ayra, nice n3! Skrg ni tgh imagine muka comel Awa yg tgh blur & muka Hadif yg segak & cool....really love both of them!
ReplyDeleteHehhee... Ye ke . Mekasih Ida . Teruskan mengikuti sambungannya :)
Delete