SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Thursday, April 24, 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 33

Assalamualaikum u ollsss...

Ini dia sambungan kisah kaki Awa yang terpeleot tu. Sakit2 pun datang kerja demi bos kesayangannya. Untung Hadif ya. Mekasih singgah dan baca :)

                                     
                                             


BAB TIGA PULUH TIGA




   AWATIF jalan terhincut-hincut. Sudah di berikan cuti tapi masih juga nak ke office. Sebelum datang ke pejabat tadi mummy dia sudah bising .

   “Kaki tak elok lagi nak juga pergi kerja. Kamu ni Awa kenapa degil sangat. Semalam doktor dah bagi cuti sakitkan. Hadif pun suruh kamu berehat.” Bebel Puan Fauziah sambil bercekak pinggang apabila melihat Awa tersengih yang sudah siap untuk ke tempat kerja.

   “Awa bosanlah mummy . Kasihan bos Awa tu sekarang ni tengah banyak kerja.” Dalih Awa dengan selamba.

    “Amboi bukan main lagi risaukan bos kamu. Korang ada apa-apa ke?” Soal Puan Fauziah sambil mengerutkan keningnya. Awa tayang muka blur.

   “Ada apa-apa? Apa-apa mummy?” Soal Awa. Puan Fauziah menggelengkan kepalanya.
   “Tak ada apa-apalah. Dah pergi sarapan dulu.” Arah Puan Fauziah.

   “Apa yang bising ni mummy?” Soal Encik Fathudin sewaktu tiba di meja makan.

    “Anak kesayangan abang ni la . Degil kaki masih berbalut nak juga ke pejabat. Semalam doktor dah bagi cuti dan Hadif pun suruh dia berehat tapi nak juga pergi office.” Bebel Puan Fauziah sambil menarik kerusi.

   “Biarlah Awa tu. Kalau dia larat biarlah . Ini kalau dia tak larat abang suruh je si Hadif hantar dia ke hospital.” Seloroh Encik Fathudin. Awa sudah tersengih. Dia dah lali mendengar mummy kesayangannya itu membebel. Dia tahu mummy sayangkan dirinya.

   “Dia kasihan dekat Hadif katanya.” Usik Puan Fauziah lalu menoleh pada suaminya. Encik Fathudin tergelak.

   “Dia sayang dekat bos dialah tu.” Tambah Encik Fathudin. Awa pula tayang muka blur sambil mengunyah roti. Apa yang di katakan oleh mummy dan daddy nya itu di biarkan sepi.

   “Eh Awa pasal apa datang office hari ni? Kaki tu berbalut?” Soal Safi sewaktu ternampak kelibat Awa di pantry. Terkejut dia melihat Awa berdiri di belakangnya.

   “Awa bosanlah Kak Safi kalau duduk rumah baik Awa datang pejabat. Kaki Awa okey jangan risau. Awa nak buatkan air untuk bos. Dia dah datangkan tadi?” Soal Awa lalu mencapai mug bewarna merah putih.

   “Yup Tuan Hadif dah sampai tadi. Ini kalau dia tahu Awa datang kerja ni memang kena syarahan sekejap lagi.” Safi menggelengkan kepalanya.

   “Jangan risaulah Kak Safi. Kalau bos bagi syarahan saya bagi syair dekat dia.” Awa tergelak kecil.

   “Pandailah kamu nak bersyair Awa. Kak Safi keluar dulu. Jalan elok-elok kalau jatuh nanti makin melarat kaki tu .” Pesan Safi sebelum keluar dari pantry.

   “Yes madam.”

    Sebaik saja selesai membancuhkan air untuk bosnya , Awa melangkah dengan perlahan-lahan keluar dari pantry dan ketika ini juga dia bertembung dengan Tasha.

   “Kaki sakit tu duduk rumah je la. Ini tak gatal juga nak kerja.” Bidas Tasha dengan selamba sewaktu bertembung dengan Awa. Tasha mencebik . Awa hanya membiarkan saja dan terus melangkah menuju ke bilik Hadif Fakhri.

   “Good morning bos..” Awa tersenyum sebaik saja masuk ke bilik Hadif.

   “Yang awak datang kerja hari ni kenapa Awa? Awak dapat cuti sakitkan saya pun dah minta awak berehat di rumah. Buat apa awak datang pejabat?” Soal Hadif sebaik saja memandang Awa yang berdiri di mejanya.

   “Saja suka-suka datang.” Jawab Awa dengan selamba. Dia sudah agak yang bosnya itu pasti akan melenting melihat dia masuk pejabat hari ini.

   “Suka-suka?” Soal Hadif pelik. Bertaut keningnya. Matanya langsung tidak berkalih dari memandang Awa.

   “Bos saya bosanlah kalau duduk rumah. Kaki saya sakit nak main kejar-kejar dengan cookie pun tak dapat. Tak boleh nak kejar cookie. Lagipun saya buat kerja guna tangan bukan guna kaki. Kaki untuk berjalan. Tangan ni yang lincah buat kerja dan juga…

   “Mulut yang suka bercakapkan?” Soal Hadif tanpa sempat Awa menghabiskan kata-katanya.

   “Eh bos ni memang pandailah. Bijak bijak. Ini mesti masa kecil dulu minum susu ibu.” Sengih Awa.

   “Orang kata kalau minum susu ibu anak jadi pandai.” Tambah Awa .

    “Mana awak dengar macam tu. Jangan nak mengarutlah Awa. Awak ni kalau saya cakap ada saja mulut awak tu membalasnya.” Hadif geleng kepala.

    “Alahai bos ni, nama pun mulut. Mulut untuk bercakap jadi saya cakaplah. Salah ke apa yang saya cakap bos?” Soal Awa dengan mengerdipkan matanya berkali-kali.

   “Haish budak ni dah mula buat muka comel dia.” Bebel Hadif dengan perlahan.
    “Bos cakap apa tu? Saya tak dengar?” Soal Awa .

     “Saya cakap terima kasih buatkan saya kopi ni. Awak pergilah sambung kerja tapi kalau kaki awak tu sakit ke rasa tak berapa nak sihat bagitahu saya. Biar saya hantar awak balik.” Pesan Hadif.

   “Bos jangan risau. Kaki saya okey je seliuh sikit saja. Nanti semuanya akan pulih seperti sediakala.” Jawab mulut Awa lagi.

   “Hmmm yalah.” Hadif terus menyambung kerjanya. Kalau dilayan bercakap dengan Awa sampai ke lusa belum tentu selesai lagi.

   HADIF memandu keretanya dengan kelajuan biasa. Hadif menumpukan sepenuh perhatian pada pemanduannya. Awa di sebelah sepi bertemankan celoteh dj radio di petang hari.

  “Bos saya boleh balik sendiri. Daddy saya boleh ambil. Bos tak payahlah susah payah hantar saya balik.” Ujar Awa sewaktu menoleh pada Hadif.

   “Sekarang ni awak dah berada dalam kereta saya kan? Jadi tak adanya daddy awak datang ambil. Kaki awak tu macam mana? Kalau tak okey kita pergi klinik lagi.” Soal Hadif sambil menoleh seketika ke kaki Awa yang berbalut.

   “Kaki saya ni akan baik bos. Esok lusa okeylah. Bos janganlah risau. Sayang juga bos dekat saya ye?” Dengan selamba Awa berbicara. Hadif berlagak selamba.
   “Tahu tak apa.” Jawab Hadif . Awa tersenyum. Bos mana yang tak sayang pekerjanya. Bisik hati Awa .
     “Oh ye sebelum saya terlupa saya nak bagitahu awak yang hujung minggu ni dekat rumah saya ada buat majlis sikit. Jadi saya nak jemput awak dan family awak datang sekali.” Ujar Hadif.

   “Hah majlis apa bos? Jap-jap biar saya teka. Bos nak kahwin ya?” Soal Awa sewaktu menoleh pada Hadif.

   “Kahwin apanya. Ini majlis cukur jambul dan kenduri akikah untuk anak buah saya yang baru tu. Awak ni merepek pula. Bila masa pula saya kata saya nak kahwin?” Hadif geleng kepala. Awa ni suka sangat buat spekulasi awal.

    “Manalah saya tahu kot-kot bos nak kahwin ke.” Jawab Awa dengan selamba.
    “Kalau saya nak kahwin awak orang pertama yang akan tahu.” Bidas Hadif. Awa tayang muka blur.

   “Eh apahal pula saya orang pertama yang tahu? Patutnya keluarga bos. Ish bos ni merepek je.” Awa geleng kepala tanpa memahami maksud dari kata-kata Hadif.

    TASHA memukul streng keretanya. Dia merasa sungguh geram sekali hari ini. Geram dengan Awa yang telah mencuri perhatian Adam . Bukan dia tidak tahu yang Adam bersungguh-sungguh menolong Awa. Setiap kali nampak Awa bangun je, Adam terus bangun dan ke meja Awa dan bertanya Awa nak buat apa?.

   “Sakit sikit rupa itu pun Adam memberikan perhatian lebih. Sakit hati aku.” Marah Tasha.
   “Adam pun satu kalau dengan Awa bukan main lagi layanannya. Layan Awa bagaikan puteri. Awa pun satu mengada je aku tengok.” Tamba Tasha lagi. Tasha terus bersandarkan kepalanya sambil memejamkan mata. Baru saja hatinya mahu kembali tenang ada orang mengetuk cermin keretanya.

   “Siapa pula yang kacau aku ni?” Soal Tasha dengan geram sambil membuka matanya. Terkejut dia bila melihat Adam yang mengetuk cermin keretanya. Dengan pantas Tasha menurunkan cermin kereta dan tersenyum pada Adam.

    “Tasha kenapa ada dekat sini lagi? Kereta rosak ke? Hari dah lewat ni.” Soal Adam. Dia pelik apabila melihat kereta Tasha masih lagi tersadai di tempat parking. Setahunya Tasha keluar awal darinya tadi.

    Kalau aku tipu kereta rosak ada baiknya juga ni? Desis hati kecil Tasha.

    “Erkk kereta Tasha rosak dia tak nak hidup . Tasha tak tahu nak buat apa jadi duduklah dalam kereta.” Jawab Tasha dengan bohong. Pandai sungguh si Tasha ni berlakon, boleh menang award ni.

   “Ye ke? Hari dah lewat ni. Apa kata aku hantar kau balik?” Soal Adam sambil menilik jam dipergelangan tangannya.

    “Eh boleh ke? Tak menyusahkan kau ke Adam?” Soal Tasha seakan-akan serba salah.

    “Tak susah pun. Habis tu tak akan aku nak tinggalkan kau sorang diri dekat sini. Jomlah. Aku pun dah lewat ni. Aku janji dengan budak rumah aku nak balik awal hari ni ada kerja sikit kitaorang nak buat.” Ujar Adam. Tasha apa lagi terus mencapai tas tangannya dan menarik kunci kereta. Sebaik saja menutup pintu kereta , Tasha terus menekan  punat keretanya. Dia kemudiannya mengekori Adam dari belakang dengan perasaan gembira yang sukar di ungkapkan dengan kata-kata.

   “Esok aku belanja kau makan tengahari ye tanda terima kasih kau tolong aku hari ni boleh tak?” Soal Tasha dengan senyuman sewaktu mereka berada di atas jalan raya. Adam menoleh pada Tasha.

   “Aku tolong kau dengan ikhlaslah Tasha. Janganlah sampai nak belanja makan ni.” Jawab Adam.
   “Bolehlah. Kau pun dah lama tak makan tengahari dengan aku kan. Dulu selalu juga kau makan tengahari sekali dengan aku, Safi dan Reen sekarang jarang sangat nak makan dengan kau tambah-tambah sejak Awa masuk kerja situ.” Ujar Tasha separuh cemburu.

   “Hai macam cemburu je bunyinya? Bukan aku tak nak makan dengan kau. Company kita sekarang ni tengah banyak projek kau tengoklah aku ni mana lekat sanagt dekat pejabat tu. Ada je waktu aku keluar.” Jawab Adam. Sebaik saja mendengar jawapan Adam , Tasha sudah tersenyum. Perasaan cemburu terus berlalu pergi.

   “Jadi esok bolehlah eh kita makan tengahari sama-sama?” Soal Tasha dengan wajah yang sungguh manis sekali.

   “Esok? tengoklah dulu macam mana. Kalau tak silap esok aku dengan Awa kena ikut Tuan Hadif. Kalau Tuan Hadif tak jadi pergi esok bolehlah aku temankan kau makan tengahari.” Jawab Adam. Tasha terus putus angin dan mendiamkan diri sejenak.

   Kata-kata Adam berlegar-legar di dalam kepalanya. Tasha terus tersenyum penuh makna lalu memandang Adam.

   “Okey. Aku harap diorang tak jadi pergilah esok.” Ujar Tasha . Adam turut tersenyum.
    “Tapi kalau aku jadi pergi dengan diorang kau jangan marah pula.” Pesan Adam. Tasha mengeluh seketika lalu menganggukkan kepalanya.

   Ingat aku ni bodoh sangat ke? Esok aku buatlah korang semua tak jadi keluar bersama. Ini peluang aku jadi aku tak boleh lepaskan begitu saja. Bukan senang nak ajak Adam keluar sekarang ni. Aku akan pastikan esok Adam akan makan tengahari dengan aku. Tasha tersenyum penuh makna.

   “Aku anggap ianya janji.  Kalau korang tak jadi pergi kau kena tunaikan janji kau makan tengahari dengan aku.” Pesan Tasha.

   “Ya aku janji.” Jawab Adam dengan senyuman dan akhirnya mereka sampai di rumah Tasha.
    “Bos terima kasihlah sebab dah hantar saya balik ni.” Ujar Awa sebaik saja Hadif membantunya keluar dari perut kereta.

    “Sama-sama. Awak kan setiausaha saya. Ingat pesanan saya tentang majlis hujung minggu ni. Tolong sampaikan pada mummy dan daddy awak sekali tau. Awak pergilah masuk dulu.” Ujar Hadif .
   “Yes bos. Saya akan sampaikan nanti. Hati-hati bawa kereta ya bos.” Pesan Awa sebelum melangkah masuk dengan perlahan-lahan. Hadif memerhati Awa dari belakang sampailah Awa berada di dalam halaman rumahnya. Hadif membalas lambaian dari Awa sebelum masuk ke dalam kereta dan meninggalkan kawasan perumahan itu. Awa terus menekan punat untuk menutup pagar rumahnya sebelum meneruskan langkah ke pintu utama.

 “Kak Awa kaki tu dah baik ke? Bukan main rajin lagi pergi kerja hari ni walaupun dapat cuti sakit.” Tu dia baik punya Akid membidas kakaknya. Sajalah tu dia nak mengusik Awa. Kalau satu hari tak berperang mulut dengan kakaknya memang tak sah.

   “Eh eh budak ni nak menyibuk pula dia. Suka hati Kak Awa la. Lagipun kaki Kak Awa yang sakit bukan kaki Akid.” Jawab Awa dengan selamba lalu duduk di ruang tamu menghilangkan penat lelahnya.

   “Eleh action je Kak Awa ni.” Cebik Akid lalu menyambung menonton televisyen.

    “Akid, Awa pergi naik mandi. Sekejap lagi azan maghrib dah nak masuk. Kamu berdua kalau mandi bukannya reti sekejap.” Kedengaran suara mummy mereka bergema. Akid dan Awa saling berpandangan lalu menjerit.

   “Yes mummy..” Awa dan Akid tergelak kecil sebelum kedua-duanya bangun dari sofa dan menuju ke bilik masing-masing.
 
   Bersambung...

NotaTersepit: Next week 2 bab terakhir AMB yang akan di publish utk di blog. Cik writer kongsikan sampai bab pertengahan saja. Tunggu kisah apa dalam 2 bab akhir minggu depan. :)
  



8 comments:

  1. kenapa nk di buku kan ke novel AMB nie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wawa : x tau lagi. AMB baru di hantar utk di nilai.. Kalau ada rezeki adalah :)

      Delete
    2. huhuhuhu rindu lah dhan awa nie nanti.... :)

      Delete
    3. wawa : samalah kita. rindu gak dekat Awa nanti. Hehehe. Sekarang ni dlm proses menyusun blk jalan cite mss akan datang :)

      Delete
  2. Thanks 4 the n3 Ayra! Do continue with your writing. Hopefully boleh dpt peluk AMB this year jgk. Chia yo!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ida : Hehhehe Ida mekasih byk2. InsyaAllah kalau ada rezeki. Sama2 la kita tunggu nanti ya keputusannya :)

      Delete

Tq sudi komen.:D