SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Thursday, May 1, 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 35

Assalamualaikum u ollsss..

Hari ni dah 1 Mei dan selamat datang bulan rejab .  Selamat bercuti pd yg bekerja. Cik writer jugalah yg masih lg x kerja. Tak ada rezeki lagi orang kata. Ok hari ni bab yang terakhir AMB dekat blog. Bab 35. Cerita ni masih pjg lg ini baru pertengahan . InsyaAllah seandainya ada rezeki cik writer akan war2 kan pada u ollsss. Terima kasih semua pembaca setia AMB. :D


                                    


BAB TIGA PULUH LIMA




   PAGI itu, Hadif masuk ke pejabat dengan muka bengang dan marah. Entah apa yang tak kena pada Hadif. Mukanya sungguh garang sekali masuk ke Aspirasi. Awa mengucapkan good morning pun langsung tidak di layan. Awa pelik melihat sikap bosnya pagi ini namun dia terus bangu dan menuju ke pantry. Seperti biasa air untuk bos kesayangannya.

  “Apasal muka bos aku tu masam je mengalahkan buah asam kecut je aku tengok. Apa yang tak kena ni?” Soal Awatif sendiri sewaktu sedang membancuhkan kopi untuk Hadif.

   “Awa kenapa bercakap sorang-sorang ni?” Tegur Safi yang baru muncul di situ.

    “Tak adalah Kak Safi. Hari ni Awa tengok muka bos masam je pastu nampak garang je. Ada yang tak kena agaknya .” Balas Awatif. Safi mengerutkan dahinya.

   “Erm ye ke. Kalau macam tu Awa hati-hatilah masuk bilik dia sekejap lagi. Kak Safi rasa perangai singa dia dah datang balik tu. Adalah tu yang tak kena hari ni.” Jawab Safi sambil berfikir.
   “Perangai singa? Siapa singa Kak Safi?” Soal Awa dengan blur.

    “Tak ada apa-apalah Awa. Maksud Kak Safi angin Tuan Hadif tak berapa baik agaknya hari ni.” Jawab Safi. Sudah lama dia tidak nampak wajah garang Hadif.

    “Mungkin kot. Awa pergi hantarkan air untuk bos dulu ya Kak Safi.” Awa meminta diri sambil membawa mug menuju ke bilik Hadif.

   “Bos ini air untuk bos.” Ujar Awa sewaktu meletakkan mug ke atas meja Hadif. Awa kemudiannya berpaling untuk keluar namun dengan tiba-tiba saja Hadif memanggilnya.

    “Awa, dua hari lepas saya ada bagi awak satu sampul suratkan yang dekat dalam dia tertera cek yang saya minta awak bagi pada client kita. Mana pergi cek itu. Cek yang bernilai dua puluh ribu ringgit?” Soal Hadif dengan muka serius sekali. Awa tidak pernah lagi melihat wajah Hadif setegang ini sebelum ini. Awa mengerutkan dahinya dan memikirkan tentang cek tempoh hari.

   “Oh cek tu? Saya dah bagi pada client kita bos seperti yang bos suruh tu la. Ada yang tak kena ke bos?” Soal Awa.

   “Masalahnya sekarang ni, diorang telefon saya yang diorang dapat sampul surat kosong. Mana pergi cek itu. Awak jangan main-main Awa. Saya dah letak cek tu dalam sampul mana awak letak?” Soal Hadif dengan garang sekali.

   “Sampul kosong? Eh bos mustahillah. Saya dah bagi cek tu pada diorang. Betul bos saya tak tipu.” Jawab Awa dengan jujur. Dia masih lagi ingat yang selepas keluar dari bilik bosnya dia meletakkan sampul cek di rak untuk di hantar pada client mereka.

   “Awak jangan tipu saya Awa. Saya paling pantang kalau orang bercakap bohong. Awak ada ambil ke cek tu?” Soal Hadif. Awa kebingungan seketika.

   “Bos betul. Saya tak tipu.Saya dah bagi pada mereka.”

   “Kalau awak dah bagi pada mereka kenapa cek itu tak ada dalam sampul? Ke mana cek tu pergi? Takkan cek tu ada kaki nak berjalan kot.” Soal Hadif.

   “Itu saya tak tahulah bos. Kalau betul cek itu ada kaki memang dia berjalanlah bos.” Jawab Awa dengan selamba.

   “Kalau awak ada ambil cek itu baik awak mengaku Awa.” Tingkah Hadif.

   “Bos tuduh saya ke ni? Bos buat apa saya nak ambil cek tu?” Soal Awa . Kalau saya ambil pun bukan boleh buat apa pun kan. Bos jangan-jangan cek tu terjatuh dekat mana-mana tak?” Soal Awa.

   “Awak jangan berdolak dalih dengan saya Awa. Diorang call saya pagi ni marah-marah cakap bagi diaorang sampul kosong jadi diorang tak nak hantar barang yang saya minta. Awak tahu tak di sebabkan cek itu kerja yang sepatutnya dah selesai hari ni dah jadi lain. Apa ni Awa. Kerja macam tu pun awak tak boleh nak buat ke? Sekarang ni saya nak cek tu balik. Mana awak simpan?” Soal Hadif sambil menghulurkan tangannya.

   “Bos cek tu saya dah bagi pada mereka. Saya tak ambil pun cek tu. Percayalah bos.” Selepas itu telefon milik Hadif berbunyi. Sekali lagi muka Hadif bengang. Awa hanya melihat saja wajah Hadif yang sudah bertukar warna merah.

   “Bos okey tak ni?” Soal Awa dengan resah sebaik saja Hadif mematikan talian. Mahu tak resah ini kali pertama dia melihat wajah Hadif sebegitu.

    “Kau rasa aku okey ke sekarang ni?” . Sudah berubah nada suara Hadif ketika ini. Awa tayang muka blur.

    Apa kena dengan bos aku ni? Kena sawan ke apa? Desis hati Awatif.

   “Bos saya minta maaflah kalau saya ada buat salah tapi kalau pasal cek itu saya berani bersumpah yang saya dah bagi pada mereka sampul surat tu.” Ujar Awa. Hadif merenung wajah Awa dengan tajam sekali.

   “Kau keluar sekarang. Aku tak nak tengok lagi muka kau dekat sini. Kenapalah aku boleh ada setiausaha yang blur macam kau ni. Aku suruh buat kerja senang pun kau tak boleh nak buat. Sekarang ni cek tu dah hilang buat banyak kerja tergendala kau tahu tak. Ini semua kau punya pasal. Salah kau. Kepala aku berserabut kau tau tak? Sekarang ni pula diorang tuduh company aku ni penipu kau tau tak? Geram betul aku. Lembab, bengap dan bodoh kau tau tak?” Marah Hadif. Awa tergamam. Gegendang telinganya juga terkejut mendengar kata-kata yang di hamburkan oleh Hadif.

   “Salah saya ke bos?” Soal Awa dengan sebak. Kata-kata Hadif bagaikan petir yang memanah hatinya.

   “Memang pun salah kau . Ini semua sebab kau cuai sangat. Kerja senang rupa itu pun kau tak boleh nak buat. Langsung tak boleh diharap. Kau keluar sekarang.” Arah Hadif. Awa masih lagi kaku. Terngiang-ngiang kata-kata Hadif.

   “Bos saya minta maaf kalau saya salah tapi saya dah buat kerja yang bos minta tu dengan baik .”
   “Baik kata kau. Baik apanya kalau macam ini. Suruh bagi cek pada orang pun kau tak boleh nak buat. Belajar bukan main tinggi lagi tapi nak buat kerja senang rupa itu langsung tak reti.” Marah Hadif lagi. Mata Awa sudah berkaca-kaca.

   “Kalau macam ni memang kau tak layaklah jadi setiausaha aku. Aku ingatkan kau ni pandai walaupun kau ni kadang-kadang blur tapi hampeh.” Air mata Awa mula menitis. Tiada lagi wajah Hadif yang sebelum ini. Hadif yang Awa jumpa hari ini beza sekali dengan Hadif yang dia kenal. Ini bukan bos aku. Desis hati Awa.

    “Saya minta maaf bos kalau saya silap.” Ujar Awa dengan perlahan. Matanya langsung tidak berkedip memandang wajah Hadif.

   “Dah kau pergi keluar sekarang. Hari ini juga aku pecat kau. Kau boleh berambus dari office aku ni.” Arah Hadif lagi lalu bangun dan berlalu ke sofa. Sebaik saja mendengar ayat pecat terus Awa melangkah keluar dari bilik Hadif. Air mata yang membasahi pipinya terus di kesat. Sebaik saja sampai di mejanya Awa terus mengemas semua baranganya sambil menanggis.

   “Awa kenapa menanggis ni?” Soal Safi namun Awa tak mampu berkata apa-apa melainkan menggelengkan kepalanya. Safi resah apabila melihat Awa mengemas barang-barang miliknya.

   “Awa berkemas ni nak ke mana? Apa dah jadi ni. Cuba bagitahu Kak Safi.” Soal Safi lagi. Awa menyapu air matanya.

   “Awa kena pecat.” Jawab Awa dengan perlahan.

   “Apa?” Soal Safi seakan tidak percaya. Ligat kepalanya berfikir apa sudah terjadi ni.
   “Kak Safi tak faham.”

    “Kak Safi akan tahu juga nanti cuma apa yang Awa boleh katakan sekarang ni Awa tak bersalah. Kak Safi Awa minta maaf kalau sepanjang Awa kerja sini ada buat salah silap dengan Kak Safi. Awa kena pergi dulu. Terima kasih ya Kak Safi untuk segala tunjuk ajar sepanjang Awa bekerja di sini.” Ujar Awa.

   “Eh Awa jangan pergi. Apa dah jadi ni?” Soal Safi sewaktu cuba menghalang Awatif namun Awa tetap melangkah pergi. Safi memicit kepalanya.

   “Ya Allah apa dah jadi antara Awa dengan Tuan Hadif ni?” Soal Safi sendirian. Dari kejauhan Tasha memandang dan bibirnya tersenyum penuh makna.

   “Awa nak ke mana tu?” Soal Adam sewaktu terserempak dengan Adam di pintu masuk Aspirasi namun Awa langsung tidak menoleh malahan langsung tidak menjawab pertanyaan Adam.

   “Apa kena dengan Awa? Mana dia nak pergi dengan kotak tu? Mata Awa merah dia menanggis ke?” Soal Adam sendirian sambil menggarukan kepalanya.

 
  HADIF Fakhri keluar dari pejabatnya lalu mencari kelibat Safi.  Matanya kemudian ternampak Safi sedang berada di mejanya yang waktu itu otak Safi sedang ligat memikirkan apa yang sudah berlaku antara Awa dan juga Tuan Hadif. Safi menongkat dagu di mejanya. Hadif mendekati meja Safi.

   “Safi masuk bilik saya sekejap. Ada hal sikit nak bincang.” Arah Hadif dengan wajah yang serius. Terkejut Safi bila mendengar Hadif menyapanya. Dengan perlahan-lahan Safi bangun lalu mengusap perutnya sebelum melangkah mengekori Hadif dari belakang.

   Apa kena dengan Tuan Hadif hari ni. Bad mood agaknya.Desis hati Safi .

   “Kenapa Tuan Hadif?” Soal Safi sebaik saja duduk di kerusi berhadapan Hadif.

    “Saya nak awak carikan setiausaha baru untuk saya.” Arah Hadif. Safi terkejut dan mengehla nafasnya. Aku nak tanya ke tidak ni? Soal hati Safi sambil memandang wajah bosnya itu.

    “Tuan Hadif boleh saya tahu kenapa Tuan Hadif nak setiausaha baru. Awa kan setiausaha Tuan Hadif. Apa yang tak kena pada Awa?” Soal Safi.

    “Saya dah pecat dia. Awak tahu tak dia dah hilangkan cek yang dia sepatutnya bagi kepada client kita. Disebabkan kecuaian dia itu  juga barang yang saya nak tu tak dapat di hantar hari ni. Awa ni langsung tak boleh diharap. Awak tahu tak semuanya tergendala disebabkan oleh satu cek tu.

Mereka tuduh company ni penipu.” Marah Hadif. Kini Safi sudah faham.

   “Tuan Hadif tahu dari mana yang Awa hilangkan cek itu?” Soal Safi.

   “Habis kalau bukan dia siapa? Dia orang last  yang pegang sampul tu sebelum bagi pada client kita. Jadi memang Awa yang hilangkan. Entah-entah dia dah sorokkan cek itu.” Tambah Hadif lagi dengan geram.

   “Astagfirullah Al’azim Tuan Hadif. Awa tu budak jujur Tuan Hadif mana mungkin dia nak ambilkan cek tersebut. Tuan Hadif cuba fikir sekejap. Kalau pun Awa yang ambil cek tu bukannya dia boleh tunaikan pun? Saya tak fahamlah dengan Tuan Hadif ni. Saya yakin bukan Awa yang hilangkan cek itu. Entah-entah client kita tu sendiri yang auta Tuan Hadif tapi Tuan Hadif salahkan Awa. Tuan Hadif sepatutnya siasat dulu jangan main tuduh Awa macam tu. Selama Awa kerja sini mana pernah dia hilangkan cek. Mustahil.Saya tak percaya Tuan Hadif. Kasihan Awa.” Balas Safi.

   “Maknanya awak menyebelahi budak blur tu? Awak nak tuduh client saya tu jahat macam tu? Saya dah lama berurusan dengan mereka dan saya juga yakin yang client saya tak akan buat saya begitu.” Balas Hadif sambil merenung Safi dengan tajam sekali.

   “Kalau Tuan Hadif boleh percayakan client Tuan Hadif macam tu kenapa Tuan Hadif tak boleh nak percayakan Awa. Saya harap Tuan Hadif selidik hal ini. Jangan biarkan orang lain yang terpaksa menanggung kesalahan dari orang lain. Jangan bertindak guna emosi semata-mata. Saya akan carikan Tuan Hadif setiausaha tetapi dengan syarat yang Awa tu memang betul bersalah. Saya yakin Awa tak bersalah. Jangan main tuduh saja Tuan Hadif perlu siasat terlebih dahulu.” Terang Safi lalu bangun dan meninggalkan bilik Hadif.

   “Bagaimana pula cek boleh hilang. Mustahil.Awa tak akan buat kerja macam tu. Walaupun Awa tu blur tapi dia seorang yang bijak. Hanya manusia berhati busuk saja yang mengambil cek itu sedangkan dia tahu yang dia tak akan dapatkan tunaikan cek tersebut.Siapa punya angkara ni? Aku akan siasat. Kak Safi akan siasat Awa.” Ujar Safi sewaktu berada di hadapan meja Awatif.

   “Maafkan saya cik. Mana cik Awatif. Ini ada bunga untuk dia hari ini.” Muncul seorang lelaki di tepi Safi.

   “Cik Awatif tak ada hari ni.” Balas Safi sambil melihat sejambak bunga yang baru sampai untuk Awa dan Safi juga tahu bunga itu dari siapa . Bunga dari peminat misteri Awa yang bernama Encik K.

   “Bagi pada sayalah bunga tu nanti saya bagi pada Cik Awatif.” Tambah Safi . Lelaki penghantar bunga itu terus tersenyum dan menghulurkan bunga tersebut pada Safi. Selepas itu Safi menurunkan tandatangan di bahagian nama penerima.

     “Terima kasih.” Ujar lelaki itu.

      “Sama-sama.” Balas Safi . Sebaik saja lelaki itu pergi , Safi meletakkan jambangan bunga ros di atas meja Awa sebelum dia berlalu menuju ke meja kerjanya. Tasha memandang dari jauh dengan mencebik.

     “Huh dapat bunga lagi perempuan blur tu. Untunglah kau kan.” Bisik Tasha dengan perlahan.

    Awa pulang dengan menaiki teksi. Di dalam teksi dia sudah menanggis teresak-esak. Kata-kata yang keluar dari mulut Hadif menyentapkan hatinya. Dia tak sangka yang bosnya itu memecatnya hanya kerana kehilangan cek yang dia sendiri tidak tahu menahu. Dia sudah menjalankan
tanggungjawabnya namun mengapa Hadif langsung tidak mempercayainya. Inikah Hadif Fakhri bos yang dia sayangi dan hormati selama dia bekerja di Aspirasi.

   “Kenapa bos tuduh aku sampai macam tu sekali. Aku tak hilangkan pun  cek tu.” Ujar Awa dengan perlahan sambil memandang ke cermin . Pemandu teksi yang sedang memandu hanya mampu melihat Awa menanggis. Sebaik saja sampai di traffic light pemandu teksi itu menghulurkan kotak tisu pada Awa.

   “Nak jangan menanggis . Nah tisu.” Hulur pemandu tersebut. Awa menoleh pada pemandu itu lalu mengambil kotak tisu.

   “Terima kasih pak cik.” Balas Awa. Pemandu teksi itu tersenyum dan menganggukkan kepalanya sebelum menekan pedal minyak . Lampu isyarat ketika itu sudah pun bertukar warna hijau.
   
Bersambung...

NotaTersepit : Pasti u ollss tertanya-tanyakan apa yg akan jadi lepas tu. Ada masa free nanti cik writer kongsikan teasernya dekat sini atau page AZ. Terima kasih kepada semua pembaca setia AMB dan juga pengomen setia AMB  yg sentiasa singgah dan baca kisah AMB ni. Hehehe tak terkecuali juga adinda cik writer Mahanie yang sering menjadi mangsa cik writer .Tak lupa juga pada best friend cik writer cik Hanah Rishas a.k.a Salwati Haris kerana seringkali menjadi pendengar setia cik writer sepanjang menulis kisah Awa dan Hadif ni  :D 





17 comments:

  1. Ala...sian awa...hadif ni tak patut giler patutnya dia siasat dulu...geram la pulak ngan hadif. ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salmi: Memang kesian dekat Awa. Bila orang tengah marah x sempat nk fikir semua tu dah...

      Delete
  2. Cepatnya last entry! Haih nanti rindu dekat hadif dan awa. Kesian awa. Fighting cik writer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farisya : aah dah last entry sebab mss ni dah anta utk di nilai. Terima kasih singgah dan baca :D

      Delete
  3. ala npe plak nie nk thu sgat smbgan nie.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wawa: Awa kena buang kerja sebabkan oleh tindakan Tasha la ni...

      Delete
  4. Replies
    1. Mayra : Terima kasih Mayra. Kisah AMB ni sampai di sini saja. Kalau ada masa free nanti cik writer akan kongsikan teaser ya. :D

      Delete
  5. best sangat2 tp kesian Awa...sape punya keje ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik baba : tq singgah dan baca . kan memang kasihan dekat Awa. Siapa lagi kalau bukan Tasha yang x sukakan Awa :)

      Delete
  6. Sabar mnunggu Awa ni :D

    Dear Ayra, tq for Awa yg sweet blur :) im gonna miss her!

    Tq jgk sbb u selalu jadi mngsa i hahaha mwahhh bff! ;)

    ReplyDelete
  7. Hanah Rishas : Hehehe.. Sama2 . U pun selalu je jd mangsa i kan .. muahahhaha... hug and flying kiss dari jauh tuk ko beb.. :D

    ReplyDelete
  8. dah dah ada dalam pasaran ke novel nie? how to get it? Storyline very nice different from others..

    ReplyDelete
  9. Rozita : Terima kasih singgah dan baca. Cerita ni telah di hantar untuk di nilai. InsyaAllah kalau ada khabar nanti cik writer akan war2kan. :)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum.Kak Azra,novel tuu dah siap ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. Aah cite ni dah siap dah.InsyaAllah kalau ada rezeki nanti akan di war2kan . Mekasih ya singgah dan baca :)

      Delete

Tq sudi komen.:D