SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, April 28, 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 34

Assalamualaikum u ollssss...

Seperti yang u olls tahu yang minggu ni adalah minggu last entry Alahai Miss Blur dekat blog. Cerita ni masih belum tamat lagi ya. Ianya tamat di blog saja. Ini dia sambungan bab yang ke 34 . Terima kasih :)

                                           
                                                          



BAB TIGA PULUH EMPAT



   MAJLIS cukur jambul dan akikah untuk cucu baru Datuk Ismail yang bernama Hafiy Ifwat berjalan dengan meriah sekali. Ramai juga tetamu yang datang. Datuk Ismail dan Datin Khadijah sibuk melayan tetamu yang datang . Reen meletakkan Hafiy di dalam buaian yang telah di hias cantik. Ini semua mama dan papanya yang uruskan. Reen dan Hayyan hanya mengikut saja. Hafiy pula langsung tidak meragam pada hari ini. Reen sungguh gembira melihat anak kecilnya itu. 

Impiannya untuk mendapatkan zuriat sudah dimakbulkan Allah. Ini semua berkat kesabarannya.
    Reen dan Hayyan juga turut menjemput keluarga Puan Salmah yang merupakan bekas mertua kepada Reen. Kisah dulu sudah lama terlerai dan kini  tiada lagi sengketa antara mereka. Reen sudah bahagia dengan Hayyan manakala bekas suaminya Aqil juga hidup bahagia di samping isterinya Sarah. Mereka juga telah dikurniakan anak.

   “Tahniah Kak Reen . Comel sangat anak Kak Reen.” Tegur Sarah dan ketika itu Reen sedang merenung wajah Hafiy buah hati pengarang jantungnya. Reen menoleh lalu tersenyum.

   “Terima kasih Sarah . Kak Reen dengar Sarah nak dapat baby lagi ye? Tahniah.” Balas Reen. Sarah menganggukkan kepalanya dengan senyuman lebar. Syukur Alhamdulilah rezeki untuk keluarga mereka.

   “Kak Reen, mak kirim salam. Mak tak dapat datang dia tak berapa sihat dua tiga hari ni sebab demam. Biasalah sekarang ni musim demam.” 

   “Waalaikumussalam.Teruk ke demam mak? Dah pergi klinik? Kirim salam pada mak ya. Kak Reen tak sempat nak melawat lagi.” Pesan Reen.

     “Janganlah risau. Mak okey je.” 

     “Sarah dah makan belum ni?” Soal Reen dengan tiba-tiba.
     “Sekejap lagi Sarah makan. Sampai je tadi terus Sarah tanya abang Hayyan pasal Kak Reen.” Jawab Sarah.

     “Nanti makan tau.” Pesan Reen . Sarah menganggukkan kepalanya.

      “Ini buah tangan dari Sarah dan abang Aqil untuk baby Kak Reen .” Sarah menghulurkan satu hamper yang agak tinggi yang dimana isinya adalah barangan bayi.

      “Alahai susah-susah je. Terima kasih ya.” Reen menyambut hamper tersebut lalu letak ke tepi.

   AWATIF berjalan dengan perlahan-lahan masuk ke rumah milik Datuk Ismail. Awatif datang seorang diri hari ini. Mummy dan daddy nya ada urusan manakala adik lelakinya pula sibuk dengan kelas tuisyen.

    “Assalamualaikum Datuk.” Sapa Awatif. Dia kelambatan hari ini ke mari. Rumahnya pun tiada orang. Awatif datang dengan menaiki teksi saja. 

    “Waalaikumussalam . Eh Awa kenapa lambat dari tadi lagi bos awak cari dan tunggu awak datang.” Balas Datuk Ismail. Awa hanya tersengih.

     “Bos mana Datuk?” Soal Awa . Matanya melilau mencari kelibat bosnya.

     “Dia tadi ada dekat….” Belum sempat Datuk Ismail menunjukkan tempat duduk anaknya , Hadif terlebih dahulu mendekati mereka sambil tersenyum. 

      “Awa kenapa lambat?” Soal Hadif . 

      “Sorry bos. Rumah tak ada orang tadi. Saya datang naik teksi. Mummy dengan daddy kirim salam diorang tak dapat datang ada hal.” Awa tersenyum manis pada Hadif.

     “La ye ke. Tak mengapalah asalkan Awa datang. Jomlah masuk dalam boleh tengok baby.” Pelawa Hadif. Awa menganggukkan kepalanya. Datuk Ismail memandang gelagat anak lelakinya dengan senyuman. Dari mata kasarnya dia sudah tahu yang Hadif tu sukakan pada Awa.

   “Yang abang tersenyum sorang-sorang ni kenapa?” Soal Datin Khadijah dengan pelik sewaktu merapati suaminya.

    “Abang senyum tu pada anak lelaki kita. Tengoklah mereka berdua tu.” Datuk Ismail menunjukkan ke arah Hadif dan Awa. Datin Khadijah turut tersenyum.

    “Biarlah bang. Harap-harap hubungan mereka berdua tu bukan setakat majikan dan pekerjalah tapi lebih dari tu. Kalau Awa jadi menantu kita lagi Ijah suka bang.” Jawab Datin Khadijah sambil memerhati anak terunanya bergandingan dengan Awatif menuju ke dalam rumah.

   “Awa mari saya kenalkan dekat awak. Ini anak buah saya yang nombor tiga. Nama dia Hafiy. Ini pula ibu Hafiy Reen awak boleh panggil dia Kak Reen dan di sebelahnya pula papa kepada Hafiy iaitu Hayyan.” Hadif memperkenalkan sepupunya pada Awa. Reen menghulurkan tangan dan bersalaman dengan Awa yang sedang tersenyum manis padanya.

   “Jadi inilah dia Awatif yang jadi setiausaha kau tu ya Hadif?” Soal Hayyan . Terangkat kedua belah keningnya. Hadif mengiakan.

   “Olololo comelnya baby Hafiy ni bos..” Awa mencuit pipi gebu Hafiy .
    “Tengoklah daddy dia macam mana rupa.” Seloroh Hadif.

     “Daddy? Eh bukan bos kata tadi Encik Hayyan ni papa Hafiy .Daddy apa pula?” Soal Awa kebingungan.

      “Kau tengok Hayyan perangai blur dia dah datang . Cik Nurai Awatif panggilan untuk Hayyan adalah papa tapi anak buah saya memanggil saya dengan panggilan daddy. “ Terang Hadif. Awa menganggukkan kepala tanda faham.

    “Oooo cakaplah biar terang baru saya faham.” Sengih Awatif.

    “Tapi bos dekat sini tak ada nampak pun rupa bos. Muka baby ni ada iras ibu dia la ermm mata dia pula sama macam papa dia kot.” Tambah Awatif lagi yang sedang leka menilik wajah si kecil. Hadif menepuk dahi. Hayyan dan Reen sudah tergelak kecil.

     “Memanglah dah nama pun anak mereka mestilah ada rupa mereka. Saya kata tadi baby Hafiy comel macam saya. Faham ke tidak?” Soal Hadif. Awa menoleh pada Hadif dan mendekati Hadif sambil memandang wajah Hadif. 

      “Kenapa awak tenung saya rupa itu?” Soal Hadif dengan pelik apabila melihat mata Awa tidak berkedip memandang wajahnya.

     “Saya tengah tengoklah ni bos ni comel tang mana.” Jawab Awa dengan selamba. Puas dia menilik Hadif di tilik pula wajah si kecil.

    “Sorry to say la bos, saya tengoklah kan yang baby Hafiy lagi comel dari bos. Bos sekarang ni tak sesuai kalau comel kalau handsome tu ya la. Kalau comel tu untuk orang-orang seperti saya dan juga baby ni bos.” Selamba badak je si Awa menjawab. Hayyan dan Reen ketawa.
    “Amboi awak ni bukan main lagi puji diri.” 

    “Awa dah makan ke belum ni? Kalau belum pergilah makan dulu.” Sola Reen. Awa menoleh pada Reen lalu menggelengkan kepalanya.

     “Sekejap lagi Awa makanlah Kak Reen.”
      “Haa Hadif kau temanlah Awa makan.” Tingkah Hayyan pula sambil tersenyum nakal.
     “Jom Awa saya temankan awak makan.” Pelawa Hadif.

      “AUNTIE.. auntie..” Seorang kanak-kanak lelaki menarik baju Awatif yang membuatkan Awatif menoleh ke belakang.

     “Ya.. Adik ni siapa?” Soal Awatif.

      “Nama saya Syarif. Mama Syarif nama Huda papa Syarif nama Syahiran.” Jawab Syarif. Awa tersenyum pada Syarif .

      “Syarif kenapa kacau auntie?” Tegur Hadif .

      “Daddy..” Jerit Syarif lalu berlari mendapatkan Hadif.

      “Siapa auntie tu daddy?” Soal Hadif lalu menunjukkan jarinya arah Awatif berdiri.
       “Ok mari sini daddy kenalkan. Ini auntie Awatif. Dia ni kawan daddy.” 

       “Awa kenalkan ini Syarif anak kepada kakak saya Kak Huda.Syarif ni ada adik perempuan namanya Syifa. Dia ada dekat atas kot dengan papa dia.” Awa menganggukkan kepalanya lalu tersenyum.

     “Oh maknanya Syarif ni anak buah bos ya?” Soal Awa. Hadif mengiakannya.

     “Daddy temankan Syarif buat origami. Papa dengan mama tak tahu nak buat origami. Bosanlah.” Syarif mengoyangkan tangan daddynya.

     “Origami? eh daddy pun dah lupalah macam mana nak buat origami. Lagipun kita mana ada kertas origami.” Ujar Hadif.

    “Ada . Kertas origami tu papa yang belikan untuk Syarif. Ada dekat sana.” Syarif menunjukkan ke arah ruang tamu.

   “Syarif nak buat origami apa?” Soal Awa dengan tiba-tiba.

    “Syarif nak buat origami burung dengan swan tapi Syarif tak pandai buat auntie.” Jawab Syarif dengan wajah hampa.

   “Kalau Syarif tak tau buat tak apa. Auntie boleh ajarkan Syarif buat origami tu. Syarif nak tak?” Soal Awa sambil memandang wajah comel Syarif.

   “Nak nak nak..” Jawab Syarid dengan ceria sekali.

    “Awa awak tau ke nak buat origami?” Soal Hadif tidak percaya. Awa mengenyitkan matanya.
   “Mestilah bos. Kalau bos nak tau origami adalah salah satu hobi saya waktu lapang. Dekat rumah saya ada balang kaca yang besar lagi tau saya letakkan origami burung yang saya buat. “ Jawab Awa. Hadif mengerutkan dahi.

  “Boleh percaya ke ni?” Soal Hadif.

   “Ok kalau bos tak percaya boleh tengok. Jom Syarif auntie buatkan origami  burung dan swan untuk Syarif.” Awa menghulurkan tangannya pada Syarif dan dengan pantas sekali Syarif menyambut tangan Awa dan membawa Awa menuju ke ruang tamu tempat dia letakkan kertas origami. Hadif turut mengekori Awa dan Syarif dari belakang.

   “Ya Allah korang main origami dekat sini?” Huda bercekak pinggang. Syarif mendonggakkan kepalanya sambil tersengih pada mamanya.

    “Mama auntie Awa buatkan Syarif origami. Auntie Awa ni pandai buat origami burung dengan swan.” Ujar Syarif dengan teruja. Sudah banyak ekor mereka buat . Bukan setakat Awa dengan Syarif je yang buat Hadif pun join sekaki buatkan origami bewarna-warni untuk anak buahnya.

   “Hadif kamu pun join sekali dengan Syarif?” Huda geleng kepala berkali-kali melihat adiknya yang tengah khusyuk melipat kertas origami. Hadif tersenyum pada kakaknya .

    “Hey Hadif kau dah temankan Awa makan belum?” Soal Hayyan yang muncul bersama Reen. Pelik melihat Hadif dan Awa berada di ruang tamu. 

  “Ya Allah aku terlupa. Eh Awa awak belum makan lagi kan.?” Soal Hadif pada Awa sebaik dia menepuk dahinya.

   “Bertuah punya bos biarkan setiausaha dia lapar.” Bebel Kak Huda nya pula.
   “Tak apalah bos. Sekejap lagi saya makan.” Jawab Awa.

    “Dah-dah sekarang ni Kak Huda nak Hadif temankan Awa makan. Tinggallah kertas origami tu dulu. Isi perut dulu Awa. Pergilah makan.” Arah Huda. Hadif terus bangun.

    “Jom Awa saya temankan awak makan.” Arah Hadif pula.

    “Okey bos. Errm Syarif kita sambung buat origami sekejap lagi eh. Auntie Awa pergi isi perut dulu ya.” Ujar Awa pada Syarif yang sedang memandang kearahnya.

   “Okey auntie Awa.” Jawab Syarif. Awa tersenyum sambil mengusap kepala Syarif sebelum berdiri.

   Selepas itu Hadif dan Awa terus menghilangkan diri ke luar rumah untuk menjamu selera di bawah khemah yang telah di sediakan. Hadif turut makan bersama-sama Awa. Dari kejauhan ahli keluarga Hadif memandang ke arah mereka berdua yang sedang leka bersembang sambil makan. 

   “Tengoklah tu mama bukan main happy lagi Hadif kalau dengan Awa.” Ujar Huda. Matanya masih leka memandang adiknya.

   “Itulah. Mama pun berkenan dengan budak Awa tu. Dia comel, sopan- santun , hormat orang tua pula tu. Kalau jadi menantu mama lagi mama suka.” Jawab Datin Khadijah.

   “InsyaAllah. Kalau ada jodoh antara mereka tak ke mana Ijah. Abang pun gembira melihat Hadif . Abang dengar sejak Awa jadi setiausaha dia ni jarang dah dia naik angin dekat office tu. Kalau datang angin marah dia mulalah nak marah semua orang.” Datuk Ismail pula menyampuk.

   “InsyaAllah papa. Kita doakan yang terbaik untuk mereka. Hayyan tengok mereka berdua tu memang serasikan. Kalau orang lain tengok pun orang tak kata tu pekerja dan bos.” Tambah Hayyan pula. Mereka sekeluarga tersenyum dan bersetuju dengan kata-kata Hayyan itu.

   “Hadif dulu dan sekarang dah lain. Itu yang Reen nampak. Reen pernah jadi setiausaha dia Reen tahu macam mana kalau hari berangin dia. Masih Reen ingat lagi sewaktu Reen tertumpahkan air kopi pada kemeja dia. Kemain lagi dia marah sampaikan terkeluar gelaran Tuan Singa bang.” Ujar Reen pada suaminya. Hayyan memeluk bahu isterinya dengan mesra.

   “Tuan Singa? Sesuailah tu dengan perangai dia dulu sewaktu putus tunang dengan Khay .” Balas Huda pula.

   “Eh sebut pasal Khay dia sekarang dekat mana ye?” Soal Datin Khadijah dengan tiba-tiba. Teringat kisah lama tentang Khay menantu tak jadinya.

   “Entahlah.Dia dah bahagia dengan kehidupan dia kot ” Jawab Datuk Ismail.

Bersambung ...

NotaTersepit : Blog ni akan sepi untuk sementara waktu dan akan kembali aktif semula bila cik writer melancarkan E-Novel yang ke 5 yg sebelum ni cik writer bagi tajuk Ingin Kau Bahagia telah bertukar kepada BTW. Apa BTW tunggu nanti. Hehehe tak tahulah kot2 bertukar tajuk lagi. Tgklah macam mana nanti :D



4 comments:

  1. Tq...tpi nk smbung cite ni....tgh sedap2 baca...stop pulak....sedeh la...huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Juraidah : Heheh terima kasih. Cite ni kita share sampai bab 35 saja. Mss ni telah di hantar utk di nilai. :)

      Delete
  2. Replies
    1. baby mio : aah tgl satu bab lg tuk kat blog. Bab 35 bukanlah bab akhir tapi adalah bab pertengahan tuk mss ni . Tq singgah dan baca :D

      Delete

Tq sudi komen.:D