Ohoi cik penulis dah buang tabiat ke update entry di kala pepagi buta ni haaa.Hehehe.Ok ni sambungan Dirimu Satu.Selamat membaca dan terima kasih kerana baca karya Ayra Zahra yang serba serbi kekurangan ini.
NotaKecik : Perempuan yang cantik kat atas ni nama dia shaznida merupakan salah sorang model Radiusite.Comelkan dia.Inilah Amani dan juga Syed Rafique dalam imaginasi Ayra Zahra .Hehehhe.
BAB
22
WAKTU makan tengahari sudah pun masuk.Apa lagi
aku dan Alia bergegas menuju ke kafetaria yang berdekatan untuk mengisi
perut.Hari ni kelas agak penuh memandangkan ada kelas ganti.Perut aku sudah
berkeroncong dari tadi lagi.
“Amani ..Maya join sekali tak kita makan
tengahari ni?” Soal Alia sewaktu dalam perjalanan menuju ke kafetaria.
“Aku dah bagitahu dia yang kita nak pergi
lunch dekat kedai Kak Kiah Vogue tu haaaa..” Ujar aku sambil mempercepatkan langkah.
“Aah la baru aku perasan dah lama kita
tak melepak dekat kedai kak kiah vogue tu kan.” Balas Alia sambil membuntuti
langkah aku.
“Eh Amani yang kau laju semacam ni
kenapa?Tak larilah kedai kak kiah tu.” Tokok Alia lagi
“Laju ke?Kau pun tahukan time lunch orang
ramai dekat kafetaria tu.Pukul dua kan kita ada kelas lagi.Lupa ke cik Alia?”
Soal aku lalu berhenti dari berjalan.
“Aduh aku lupa.Lepas ni kita ada kelas
ganti .” Ujar Alia lagi sambil menepuk dahi.
Aku dan Alia sudah pun memesan makanan.Sementara
menunggu makanan sampai sempat lagi aku membelek nota kecil yang aku buat
semalam.Minggu depan ada ujian.Jadi aku kenalah merajinkan diri untuk
mengulangkaji pelajaran.
“Korang dah lama sampai ke?” Soal Maya yang
baru saja muncul di meja kami.
“Tak
adalah lama.Baru lagi.Eh Maya aku dah order sekali makanan untuk kau tadi.”
Ujar aku sewaktu mendongakkan kepala pada Maya.
“Thank you.Si Alia pergi mana?” Soal Maya
lagi.
“Alia pergi tandas sekejap tadi.” Tingkah
aku lagi.Maya terus duduk di depan aku.
“Eh Maya bila kau sampai.” Alia sudah
muncul .
“Baru je.Korang berdua tak nak beli air
ke?Aku haus ni.Aku nak pergi beli air kejap korang nak tak?” Ujar Maya sambil
mengeluarkan dompetnya .
Boleh juga.Aku nak nescaffe ais lah.” Ujar
aku sambil tersengih.
“Kau Alia nak air apa?”
“Errm kau belikan aku sirap bandunglah.”
Tokok Alia lalu melabuhkan punggungnya tepi aku.
“Ok sekejap aku pergi order.” Maya terus
bangun menuju ke bahagian air.
Malam itu aku banyak menghabiskan masa
dengan menyiapkan assignment.Biasalah apabila tiba pertengahan semester banyak
sikit kerja belum di tambah dengan projek yang perlu di hantar pada penghujung
sem nanti.
Dari tadi lagi mata aku fokus pada skrin
laptop aku mengadap assignment.Kalkulator, kertas dan juga buku penuh di meja
di ruang tamu rumah sewa kami.Alia duduk bertentang dengan aku.Matanya juga
tidak berkalih melihat buku dan juga skrin laptop.
“Wah khusyuknya korang berdua, ni aku
ada buatkan milo ais .Jomlah minum sekali.”Kedengaran suara Maya yang sudah
siap menatang dulang yang membawa tiga gelas air milo dan juga biskut tiger.
“Bila masa kau pergi dapur buat air ni
Maya?” Soal aku sambil mengerut dahi.Setahu aku tadi dia ada di meja ni juga
sedang mengadap assignment yang baru dapat siang tadi.Aku tengok kemain lagi si
Maya membuat flowchart.Aku rasa si Maya ni buat assignment programming kot.
“Tu la mana kau nak perasan kalau dari
tadi aku tengok kau dengan Alia dok mengadap assignment lepas tu menekan
kalkulator.” Tingkah Maya yang sudah pun duduk semeja dengan kami.
“Hoi cik Alia , tak nak minum ke milo ais
yang aku buat ni?Siap milo ais tabur special lagi aku buat untuk korang
berdua.” Maya menyergah Alia.
“ Oh mak kau”..Terpelanting pensel yang di
pegang oleh Alia.Aku dengan Maya sudah ketawa mengekek.
“Eh sorry kalau aku peranjatkan kau.”
Tingkah Maya sambil menepuk bahu Alia yang sedang mengurut dada .
“Ish kau ni Maya nasib baik aku tak ada
penyakit jantung tahu.Kalau tak mahu aku pengsan malam ni.” Tingkah Alia sambil
memuncungkan bibirnya.
“Sorry la beb ..Aku tak sengaja.Ingatkan
kau sedar tadi .Tu yang aku main sergah.” Ujar Maya sambil tersengih pada Alia.
“Ye la.Ye la.Lain kali jangan buat aku
terkejut.Tengok tak pasal-pasal aku dah terikut dengan si Amani yang
melatah.Dah berjangkit penyakit melatah dari Amani lah ni.” Tingkah Alia sambil
tersengih.Mencerlung mata aku pada Alia.
“Amboi kau Alia aku pula yang di
salahkan.Kau yang melatah tadi bukan aku.Jangan nak salahkan aku.” Tingkah aku
sambil mencebik bibir pada Alia. Maya sudah ketawa.
“Tapikan comel la kau melatah tadi Alia.”
Maya sudah ketawa.Aku juga turut ketawa.Mahu tak tergelak tengok muka Alia yang
terkejut tadi.
“Aku dah tahu dah yang aku memang comel.”
Jawab Alia dengan selamba.
“Perasaanya kau ni.” Ujar aku dan Maya
serentak.
“Nah minum milo ais ni dulu.Susah payah
aku buatkan untuk korang berdua.” Ujar Maya lagi sambil menghulurkan milo ais
pada aku dan juga Alia.
“Terima kasih Maya.Sayang kau lebihlah
macam ni.” Ujar aku sambil tersengih
sewaktu menyambut gelas yang berisi milo ais.
“Thank you Maya.I love you noona..” Sengih
Alia sambil menyambut gelas milo ais juga.
“Banyaklah kau punya noona.Aku sebaya
korang ok.Noona tu kakak.” Tingkah Maya pula sambil mengelengkan kepala pada
Alia.Inilah pengaruh dengan cerita korea la ni.Aku pun salah seorang peminat
cerita korea juga.
“Laa ..aku ingatkan kau noona.”Usik Alia
sambil tersengih.
“Ok apa panggilan noona tu untuk kau
Maya.Sesuai gitu.” Tokok aku lagi sambil menggulung rambut panjang aku lalu aku
mengambil penyepit yang bentuknya seperti rama-rama lalu aku menyepitkannya
.Rambut dah kering boleh la sepit.Karang kalau tak ikat ke sepit ke jadi hantu
kak limah pula.
“Noona la sangatkan.Jemput minum ye
kawan-kawan yang aku kasihi dan sayangi.” Tingkah Maya lalu mencapai milo
aisnya.
“Jom kita berehat sebentar bersama milo.”
Tingkah Alia dengan selamba.
PAGI itu aku kelam kabut lagi sekali.Tahniah
Amani anda telah terbangun lambat pagi ni.Bukan saja aku malah Alia dan juga
Maya turut sama terbabas tidur kerana malam tadi semuanya bertungkus lumus
mengadap assignment.Memanglah Assignment tu hantar pada hujung minggu ni tapi
takkan lah aku nak buat esok petang lagi kelam kabut.
“Weh korang kita dah lambat ni.Cepatlah
bangun.” Aku mengejutkan mereka berdua.Inilah padahnya kalau sambung tidur
selepas subuh.Nasib baik dah solat subuh kalau tak memang terlepas subuh la
jawabnya.
“Dah pukul berapa ni Amani?” Soal Alia
sambil menggosokkan matanya.
“Dah pukul tujuh suku.Cepat bangun.Aku
mandi dulu.Kau tolong kejutkan Maya .” Tingkah aku lalu berlari ke tempat
penyidai tuala.
“Maya bangun dah pukul tujuh suku ni.” Alia
menepuk bahu Maya sewaktu aku bergeas bergegas berlari menuju ke bilik air.
Kelam kabut bersiap menuju ke kampus.Dahlah
kelas pagi ni pukul lapan pagi .Kelas Maya juga bermula pukul lapan pagi.Kami
bertiga memang tak sempat nak bersarapanlah pagi ni.Aku terus menyarung sandal
.
“Amani kau turun dulu ,ambil kunci kereta
aku ni kau pergi panasnya enjin kereta dulu.Aku hantar korang berdua
dulu.Fakulti korang dengan aku pun dekat je.” Tingkah Maya sewaktu menyarungkan
sandalnya.
“Ok aku tunggu kau dengan Alia dekat bawah.Alia
cepat sikit.Kita dah lambat ni.” Laung aku di muka pintu rumah sewa kami.
“Ye .. ye aku dah siap dah ni.Jom-jom.”
Tingkah Alia yang sedang berlari menuju ke pintu utama rumah.Aku terus menoleh
ke depan lalu meluaskan langkah .
“Amani nak ke mana tu?” Kedengaran satu suara yang memanggil aku dari
belakang.Terus saja aku memberhentikan langkah dan menoleh ke belakang.
Alamak Encik Kamarul la pula.Apa alasan aku
nak bagi ni.Alia pula tak ada ni dia pergi ke koperasi sekejap.
“Ye encik kamarul ada apa-apa yang boleh
saya bantu ke?” Soal aku sambil memaniskan muka.Memang manis sangat la muka aku
kalau dah jumpa encik penyibuk ni kan.
Kenapalah suka sangat kacau aku .Dia ni
tak faham bahasa ke apa ni.Aduhai fikir Amani .Cari helah untuk mengelakkan
diri dari encik kamarul ni.Aku sudah memicit dahi aku.
“Lajunya awak jalan.Nak kemana?” Soalnya
sewaktu berada setentang dengan aku.
“Maaflah encik kamarul saya ada hal
ni.Sibuk sikit.Kenapa encik kamarul panggil saya ni?” Soal aku sambil tersenyum
tawar.
“Hari tu saya tunggu awak, kenapa senyap
macam tu je.Amani awak kan tahu yang saya suka dekat awak.” Ujar encik kamarul.
“Maaflah encik kamarul.Saya memang ada
hal hari tu.Encik kamarul dah berapa kali saya nak bagitahu yang saya hanya
hormatkan encik sebagai pensyarah saya tak lebih dari tu.Tolonglah encik faham
keadaan saya.” Ujar aku lagi.
“Takkan tak ada ruang untuk saya?” Soalnya
lagi
“Encik , dekat kampus ni ramai lagi yang
perempuan yang encik boleh cari dan jadikan calon tetapi bukan saya.Lagipun
saya ni tunang orang.” Eh aku ke yang cakap macam tu.Gila punya idea macam
ni.Idea nak menyelamatkan diri namanya ni.
“Hah awak dah tunang?Awak tipukan.Mana
mungkin awak dah tunang.Saya tak percaya.” Tingkahnya lagi.
“Terpulanglah pada encik nak percaya atau
tidak tapi saya memang dah bertunang.Maaf ye encik.Saya hanya sayangkan tunang
saya.” Aku menjawab lagi.Aduhai Amani sejak bila pula kau pandai menipu
ni.?Cari nahas macam ni.
“Kalau betul awak dah bertunang.Mana
cincin dan siapa tunang awak?” Soal encik Kamarul tidak puas hati.
“Owh cincin saya tertinggal dekat rumah
sebab pagi tadi kelam kabut sangat nak datang kampus.Kalau saya cakap siapa
tunang saya bukan encik kenal pun.” Tingkah aku lagi dengan muka serius.Sabar
Amani .Aku menarik nafas dalam –dalam.
“Amani awak jangan nak tipu saya.Kalau
awak dah bertunang mesti Mazlyn tahu kan.” Tingkahnya lagi.
Ish encik penyibuk ni sampai ke lubang
cacing ke dia nak tahu.Geramnya aku.
“Suka hati enciklah.Saya nak minta diri
dulu.Saya ada hal.” Aku meminta diri untuk pergi dari situ.Kalau ikutkan hati
aku nak cabut lari je ni dari encik penyibuk ni.
“Amani saya tak puas hati dengan jawapan
awak.” Ujar encik kamarul lagi menyebabkan aku memberhentikan langkah aku lalu
aku kemnali menoleh ke belakang.
“Encik Kamarul tak percaya ? Nanti saya
kenalkan tunang saya tu.Hari ni tak dapatlah dia kerja .Minta diri dulu ye encik kamarul.”
Dengan selamba aku menjawab.Jelas sekali berubah wajah sedikit wajah encik
kamarul sewaktu aku menyebut akan perkenalkan tunang aku tu.
“Gila kau Amani.Mana nak cari tunang
palsu?” Aku membebel sendirian sewaktu berjalan sempat lagi aku mengetuk
perlahan kepala aku berfikir apa yang aku harus lakukan.
Kalau aku minta tolong abang Am agaknya
dia boleh tolong tak?Aku bermonolog sendirian.Masalahnya abang Am tu bukan
lekat pun dekat rumah.Terbang sana sini.Habis tu aku nak minta tolong
siapa.Haaa kalau aku minta tolong zarith pun ok juga.Eh kejap zarith nampak
muda pula tak sesuai .Aku mula menggarukan kepala aku.Tetiba terlintas di kotak
fikiran aku tentang cadangan abang aku
hari tu.
“Abang rasa abang tahu siapa yang boleh
jadi tunang atau buah hati adik?” Jawab abang Amar selamba sambil mengenyitkan
mata pada aku.Haa sudah abang aku dah bagi idea gila.
“Siapa?” Mereka menyoal serentak dengan aku.
Ya aku dah tahu siapa yang boleh tolong
aku.Aku harap dia boleh tolong aku.Baru aku faham maksud kata-kata abang aku
.Sempat lagi abang aku mengusik aku hari tu.Aku terus mengeluarkan telefon aku
dengan pantas aku menekan mesej.
Assalamualaikum Rafique
Sorry ganggu.
I need your help right now.
Setelah itu aku terus menekan butang
send.Mudah-mudahan Rafique balas mesej aku.Sekarang ni hanya rafique yang boleh
tolong aku.
Waalaimussalam Amani.
Kenapa ada masalah ke?
Aku tersenyum senang apabila membaca
mesej dari Rafique.Lepas ni aku akan mengatur strategi dan berlakon dengan
Rafique depan encik Kamarul.Sebelum tu
aku harus menerangkan pada Rafique satu persatu rancangan aku ni.Aku harap apa
yang dirancang berjalan dengan lancar,terpaksalah guna cara macam ni.Kalau tak
memang aku tak boleh nak larikan diri dari encik penyibuk tu la.
Mata aku kembali menatap skrin handphone.Dengan
lincah aku menekan untuk membalas mesej Rafique.
Nanti saya call awak .Saya sangat
perlukan pertolongan awak .
Selepas itu lagi sekali aku menekan
butang send.Belum sempat aku memasukkan telefon aku ke dalam beg , telefon aku
sudah menjerit-jerit berbunyi .Aku pandang nama yang tertera .
“Rafique.Bukan aku cakap aku yang akan
call dia ke tadi.Dia pula yang call ni.” Bebel aku sendirian lalu menjawab
panggilan dari Rafique.
“Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam.Amani kenapa ni?awak ada
masalah apa ni?Awak dekat mana ni?” Soalnya bertalu-talu.
“Saya ada dekat kampus.Ye saya ada masalah
ni.Saya perlukan bantuan awak.” Ujar aku sambil berjalan .
“Ok , awak nak saya tolong apa.?” Soalnya
lagi.
“Macam ni…..Saya nak minta tolong awak
menyamar jadi tunang saya.Tolong saya.” Ujar aku .
“Hah awak serius ke main-main ni?”
“Seiuslah .Tolonglah…”
Selepas itu aku mula menceritakan dari A
sampai Z pada Rafique mengapa aku menyuruh dirinya menyamar sebagai tunang
aku.Maaflah encik Rafique saya terpaksa minta tolong awak.Hanya dia saja yang
boleh tolong aku buat masa ni.Aku kena bertindak sebelum encik kamarul
siasat.Kalau tak habislah aku kalau dia tahu yang aku menipu yang aku dah
bertunang.
“Kau ni dah kenapa Amani?Aku panggil dari
tadi kau tak dengar ke?” Alia menyiku aku
sewaktu aku duduk berteleku di kerusi yang tersedia di bawah pokok ni.
“Hah..Bila kau ada dekat sebelah aku ni?”
Soal aku dengan pelik.
“Weh kau ni demam ke apa?Aku sampai tadi
bercakap dengan kau .Kau tak sedar ke?Berangan je kau ni.”Bebel Alia.Aku tayang
muka sengih.
“La ye ke.Sorry aku tak perasan.Kepala aku
tengah merancang strategi ni.”
“Strategi apa kebenda pula ni?” Soal Alia
dengan pelik.Aku hanya tersenyum sambil mengenyitkan mata pada Alia.Bekerut
dahi Alia melihat aku.
“Adalah nanti balik rumah aku ceritakan
pada kau dan Maya.Jomlah kita balik rumah.”
Tingkah aku lalu bangun dari tempat yang aku duduk tadi sambil menarik tangan Alia.
Ehem2. Amani ni mintak tolong, mintak tolong... last2... hahahahaha :D
ReplyDeleteHehhehhee..nantikan kemunculannya.Muahahaha..Amani and Rafique :D
ReplyDelete