Entah mood rajin apa yang tengah melanda aku ni yang gatal tangan nak update sambungan Dirimu Satu dekat sini.Hehhehe.Sementara nak menunggu kerja ni kan so aku updatelah sambungannya.Terima kasih ye kerana baca karya yang serba kekurangan ini.
Cemburu tanda cinta Marah tandanya sayang Kalau curiga itu karena ku takut kehilangan Kalau dekat bertengkar, kalau jauh ku rindu Jadi serba salah, buatku dilema Tapi aku selalu aishiteru
SEPERTI yang telah aku janjikan hari ni aku
perlu berjumpa dengan Rafique.Hanya Rafique sahaja yang boleh tolong aku kali
ni.Abang Am tak ada di Malaysia.Kalau
ada abang Am lagi senang.Ye la aku dengan abang Am kan memang kamcing sikit.
Tak
apalah Amani.Nasib baik Rafique ada.Kalau tak hari juga aku nak mencari tunang
palsu ni hah.Kalau ibu dengan abah tahu habislah aku.Tujuh hari tujuh malam pun
belum tentu lagi habis ceramah percuma.Aku sudah berteleku atas meja sementara
menunggu Rafique .
“Terima kasih .” Ujar aku sewaktu seorang
pelayan menghantarkan Fresh Orange pada aku.
“Sama-sama.” Balas pelayan wanita sambil
tersenyum manis.
“Manalah mamat perasan ni.” Gerutu aku
sendirian sambil mengacau fresh orange yang sebelum menyedut fresh orange
tersebut.
“Dah lama tunggu?” Soal Rafique yang baru tiba di depan meja yang aku sedang
duduk.
“Uhukk..” Tersedak aku.Ish mamat ni bukan
nak bagi salam dulu main terjah je.
“Awak ok tak ni?” Soalnya lagi.
“Assalamualaikum Encik Rafique .” Bidas
aku padanya.Si Rafique apa lagi tersengihlah.
“Waalaikumussalam.Eh terlupa pula saya
nak bagi salam tadi.Sorry kalau saya terkejutkan awak.” Ujarnya lagi sambil
tersengih.Amboi kemain lagi sengih dekat aku.
“Haaa tau pun.Dah satu jam jugalah saya
tunggu.” Tingkah aku dengan selamba.
“Hah satu jam.Lamanya.Bukan ke kita janji
nak jumpa pukul 3.00 petang?” Soalnya lagi sambil melihat jamnya.Giliran aku
pula tersengih.
“Amani…awak main-mainkan saya eh?”
Ujarnya lalu memandang tepat mata mata aku.
“Saja je nak kenakan awak.” Ujar aku
sambil tergelak kecil.
“ Amboi sejak bila awak pandai kenakan
saya ni?” Tingkah Rafique
“Errmm…”
“Bagi saya fresh orange ye.” Ujar Rafique
pada pelayan yang baru tiba tadi.Belum sempat aku nak menjawab pelayan tadi
sampai untuk mengambil order.
“Awak nak cakap apa tadi?” Soal Rafique lagi
“Ohh tadi saya nak cakap yang saya belajar
dari awaklah.” Aku sudah tersengih.
“Dah pandai sekarang ye.Ok awak nak
bincang apa hari ni?”Soalnya sambil tersenyum pada aku.
“Haaa soalan yang bagus sekali.Awak
tahukan yang Encik Kamarul tu selalu ganggu saya kan.Saya dah tak tahu nak buat
apa lagi sekarang ni.Buntu .”
“Encik Kamarul.Macam pernah dengar je nama
tu.Awak ada sebut sewaktu majlis pertunangan abang awak Amar kan?” Aku anggukan
kepala.
“Yup .Mamat ni dah buat hidup saya kacau
bilau tahu.Kenapalah suka sangat kacau saya.Dah banyak kali saya terangkan
dekat dia yang saya hormatkan dia
sebagai pensyarah saya.Awak tahu tak saya rimaslah macam ni.Pergi sana sini
orang mengata saya ada skandal dengan pensyarah sendiri.Pelbagai cara dah
rasanya saya buat untuk mengelakkan diri.Ingatkan semester ni dia tak mengajar
saya tak adalah dia kacau tapi nampak gayanya lain pula jadinya.Rimaslah macam
ni.Stress pun ada.” Dengan panjang lebar aku terangkan.
“Amani tarik nafas dulu.Ok sekarang ni
awak nak saya buat macam mana?” Soal Rafique sambil menyedut fresh orange yang baru saja sampai di meja
kami.
“Saya nak minta tolong awak menyamar jadi
tunang saya.Ini juga cadangan abang saya, tapi saya tak cakaplah saya nak guna
cara ni dan juga saya tak bagitahu abang saya yang saya minta tolong awak.”
“Menyamar je?Kenapa tak suruh saya jadi tunang betul je
senang.Saya ok je nanti saya suruhlah Mummy dengan Daddy saya masuk pinang
awak.Tak perlulah nak menyamar bagai ni.” Ujarnya dengan selamba.Aku apa lagi
terkejut.
“Rafique jangan nak main-mainkan saya.Saya
tengah serius ni.Kepala saya dah berserabut dengan mamat penyibuk tu.” Ujar aku
sambil mengeluh dengan perlahan.
“Hah mamat penyibuk?Siapa?” Rafique sudah
tayang muka blur.Alahai Rafique ni.
“Encik Rafique for your information mamat
penyibuk tu Encik Kamarul la.” Tingkah aku lagi.Rafique hanya tergelak sambil
menganggukkan kepalanya.
“Awak boleh tolong saya tak?” Ujar aku
dengan muka yang agak keruh.Lagi keruh dari Ayer Keroh dekat Melaka tu hah..
“Apa saja untuk awak cik Amani.Awak kan
bakal isteri saya.” Rafique sudah mengenyitkan mata apada aku.
“Ish awak ni.” Aku bagi jelingan tajam
padanya.Tak habis-habis nak mengusik aku.Padahal dalam hati aku kemain lagi
melonjak kegembiraan.Gatal juga cik Amani ni.Kenapa aku gembira semacam je
ni.Gembira Rafique nak jadi tunang palsu aku atau kata-kata Rafique yang aku ni
bakal isteri dia.Wake up cik Amani.Jangan berangan..Aku menggelengkan kepala
sendirian.
“Ni kenapa gelengkan kepala.?” Soal
Rafique dengan tiba-tiba.
“Erk tak ada apa-apa.So awak setuju
kan.Lepas ni kita akan mulakan edisi penggambaran cerita ni.” Ujar aku sambil
tersengih.
“Hah cerita apa pula ni?”
“La cerita kita berdua ni la.Pasal
penyamaran tu la.Disebabkan tu saya namakan penggambaran kita ‘Tunang
Palsu’.Sesuaikan tajuk dia.” Aku sudah tersenyum sendirian sambil berteleku
depan Rafique sempat lagi aku menggangkat kening aku padanya.
“Saya ok saja.Kalau betul-betul pun apa
salahnya.Lagi saya suka.” Ujar Rafique dengan perlahan namun telinga aku ni
boleh lagi dengari kata-katanya sebentar tadi.Ish mamat ni sengajalah tu nak
usik aku.
Dekat dua jam jugalah aku melepak dengan si
Rafique dekat sini.Pelbai cerita yang dia kongsikan dengan aku.Ye memang tak
dinafikan sekarang ni aku rasa ada keselesaan sedikit apabila berdepan dengan
dia.Mungkin sebab dia sanggup tolong aku kot.Tapi satu je yang selalu buat aku
angin apabila si Rafique ni suka sangat mengusik aku.
Dari kejauhan aku ternampak Encik Kamarul yang
sedang berjalan menuju ke salah sebuah kedai yang berdekatan dengan restoran
yang aku makan.Macam mana encik Kamarul boleh ada sini.Agak-agak dia ternampak
aku ke tak tadi.Tak boleh jadi ni nak kena sembunyi ni.
“Amani awak kenapa ni?Gelisah je saya
tengok?” Soal Rafique apabila aku tidak memfokuskan padanya.
“Awak ..awak ..Encik Kamarul ada dekat
sini.Habislah saya.” Ujar aku sambil menundukkan kepala dan cuba berselindung
di sebalik Rafique yang duduk bertentangan dengan aku.
“Mana dia?” Soal Rafique lalu dia menoleh ke
belakang.
“Yang pakai baju t-shirt hitam
tu yang pakai cap sekali.” Tingkah aku lagi sambil menunjukkan encik
Kamarul pada Rafique.
“Amani dengar sini.Apa yang awak nak
takutkan.Saya ada dekat sini kan.Awak buat biasa je.Biar dia nampak awak dengan
saya.”. Tingkah Rafique sambil memandang tepat pada aku.
“Tiba-tiba
je saya rasa takut.” Ujar aku dengan gelisah.
“Listen..Saya ada bersama awak.Janganlah
takut sampai macam ni.” Tingkah Rafique sambil menarik tangan aku.
“Saya bukan takut tapi entahlah sejak
akhir-akhir ni saya dah tak selesa dengan encik Kamarul.”Ujar aku sambil
menarik nafas dengan perlahan dengan pantas aku menarik tangan aku dari
genggaman Rafique.
Macam mana aku boleh tak perasan mamat
ni pegang tangan aku.Ayoyo Amani buat
malu diri sendiri saja.
“Opss sorry terpegang pula tangan awak.”
Tingkah Rafique sambil tersengih.
“Awak jangan nak ambil kesempatan ye.Ingat
batasan antara kita.” Tngkah aku dengan malu dan geram.Muka aku sudah berona
merah.
“Baik cik Amani ku sayang, tapi kalau awak
dah jadi hak saya jangan harap saya lepaskan awak.” Usik Rafique lagi.Aku sudah
menjelingnya tajam.
“Amani buat apa dekat sini?” Entah bila
masa encik Kamarul sudah terpacak depan meja aku.Masalah dah datang dah,Aku
menarik nafas .
“Eh encik Kamarul.Buat apa dekat sini.” Soal
aku pula.
“Saya keluar jumpa kawan.Ada hal sikit.Ni
siapa Amani?” Soal encik Kamarul.
“Ingatkan mamat ni tak nampak aku dekat
sini.” Ujar Rafique dengan perlahan namun sempat di dengari oleh aku.Aku
tersenyum melihat muka Rafique.
“Lupa pula saya nak kenalkan pada encik
Kamarul.Kenalkan inilah tunang saya Rafique.” Aku mula memperkenalkan Rafique
pada encik Kamarul.
“Syed Kamarul.”Ujar encik Kamarul sambil
bersalaman dengan Rafique.
“Syed Rafique Iskandar.Tunang Amani
Qaleesya.” Ujar Rafique pula.Aku sudah tersenyum manis melihat Rafique .Selepas
itu aku memandang muka encik Kamarul pula yang mempamerkan senyum kelat.Haaa
baru nak percaya ke aku ni dah bertunang.
Aku rasa nak melompat kegirangan apabila
melihat betapa kelatnya muka encik Kamarul pamerkan.
“Encik Rafique ni kerja mana?” Soal encik
kamarul lagi.
“Tak perlulah nak berencik –encik dengan
saya .Panggil saja Rafique.” Tingkah Rafique sambil tersenyum manis.Wow
handsomenya muka Rafique.
“Saya kerja dengan company daddy saya di
Mega Engineering and you encik Kamarul?
.”Ujar Rafique lagi dengan senyuman.
“Saya pensyarah UITM.” Tingkah encik
Kamarul sambil tersenyum.Mata encik Kamarul beralih pada aku.Terus aku
mematikan senyuman manis aku tadi lalu memandang pada Rafique.Dikala itu juga
Rafique memandang aku dengan satu senyuman sambil mengenyitkan mata yang
membuatkan bibir aku juga tersenyum.Aku memandang encik Kamarul dari ekor mata
aku.Baru dia tahu yang aku ni dah bertunang.
“Sayang jom.Mummy dengan Daddy dah tunggu
nak jumpa sayang.” Ujar Rafique dengan selamba.Aku mengerutkan dahi namun
apabila mengenangkan encik Kamarul masih lagi berada di meja aku memulakan
lakonan drama aku sendiri ‘ Tunang Palsu’.
“Ok jomlah.Kesian mummy dengn daddy tinggu
kita .”Ujar aku sambil bangun lalu aku mencapai beg aku yang terletak
bersebelahan dengan aku.Rafique juga turut bangun.
“Oklah encik Kamarul.Minta diri dulu
ye.Saya nak bawa tunang saya ni jumpa mummy dengan daddy saya.Maklum sajalah
sayang sangat parents saya dekat tunang saya ni Amani.Jom sayang.” Ujar Rafique
sambil bersalaman dengan encik kamarul lalu menggamitkan tanganya arah aku.
“Minta diri dulu ye encik Kamarul.” Ujar
aku lalu berjalan seiringan dengan Rafique sambil mempamerkan senyuman manis.
“Sayang nak beli apa-apa tak sebelum kita
pergi rumah mummy ni?” Ujar Rafique.Aku memandang encik Kamarul dari ekor mata
aku.Teruskan lakonan kamu Amani.
“Boleh juga tu.Amani nak belikan
buah-buahan kot untuk mummy.” Jawab aku sambil tersenyum manis lagi .Rafique
menganggukkan kepala sambil tersengih.Mesti pelik je bila aku sebut mummy.Sejak
bila aku kenal mummy dengan daddy si Rafique ni.Semoga seleaps ni encik Kamarul
tidak lagi menganggu aku.Korang agak macam mana?Encik kamarul tu ganggu aku
lagi tak lepas ni.
“ADIK…” Kedengaran satu suara memanggil
dari belakang.Aku menoleh.Alamak abang Amar dengan Kak Raisya la.Macam mana
diaorang boleh berada di sini?
“Abang buat apa dekat sini?” Ujar aku
lalu bersalam dengan abang Amar dan juga kak Raisya.
“Abang dating dengan tunang abanglah.Ni
adik dengan Rafique buat apa dekat sini?Korang berdua dating ye?” Usik abang
aku lagi.Kak Raisya di sebelah sudah menepuk habu abang Amar.
“Amar sihat.Amboi kemain dating.” Usik Rafique
sambil bersalaman dengan Rafique pula.
“Apa abang ni.Mana ada adik dating.”Aku
sudah manrik muncung.
“Fiq apa cerita ni?Macam mana adik
kesayangan aku ni boleh keluar dengan kau.Bukan ke korang berdua ni kalau
berjumpa ada saja benda yang nak digaduhkan?” Soal Abang Amar dengan pelik.Ye
tak ye juga.Memang logik pun soalan abang Amar tu.
Ye la selamanya aku dengan Rafique kan memang
mesra.’Mesra’ sangatkan.Asal jumpa je ada je yang tak kena.
“Kalau kau nak tahu apa ceritanya, kau
kena tanya adik kesayangan kau ni.Dia yang culik aku hari ni.” Usik Rafique
sambil tersengih.
“Eh bila masa saya culik awak ni?Awak
jangan nak buat cerita eh?” Ujar aku sambil mencerlung mata padanya.
“Cuba adik cerita dekat abang apa dah jadi
ni?” Soal abang aku tidak puas hati.
“Amani kenapa ni?Cuba cerita dekat Kak
Sya.” Ujar Kak Sya sambil memegang tangan aku.
“Jomlah kita lepak mana-mana dulu.Lepas
tu kau tanyalah adik kesayangan kau kenapa dia culik aku hari ni.” Tingkah
Rafique sambil menepuk bahu abang aku.Abang aku tayang muka blur.
“Nanti adik ceritakan dekat abang.” Ujar aku
sambil memandang muka abang aku.
“Ni dah kes parah ni adik?Kenapa tak bagitahu abang?” Soal abang
aku selepas aku selesai bercerita tentang drama lakonan aku dengan Rafique .
“Bukan tak nak bagitahu.Adik ingat balik
nanti baru adik nak cerita dekat abang.Tak sangka jumpa abang dating dekat
sini.” Ujar aku sambil menunduk.
“Abang ,kesian dekat Amani.” Tingkah Kak Sya
pula.
“Bukan apa Sya, abang pelik dengan Kamarul
tu.” Tingkah abang aku pula sambil memandang muka tunangnya.
“Adik dah tak tahu nak buat apa.Lepas tu
adik teringat abang cakap pasal hal menyamar tu yang adik minta tolong
Rafique.” Tingkah aku.
“Kau ok ke Fiq?” Soal abang aku pada Rafique
yang sejak tadi mendiamkan diri .
“Aku ok je.Kalau jadi tunang aku betul
lagi bagus.Lagi aku suka.” Tingkah Rafique sambil tersengih pada abang
aku.Dengan selambanya abang aku ketawa.
“Betul juga tu.Boleh kau jadi adik ipar aku.”
Usik abang aku pula.Aku sudah membuntang mata pada mereka berdua.
“Abang ..Eee bencilah macam ni…” Tingkah
aku pula.Kak Sya yang berada di sebelah aku sudah ketawa.
“Kak Sya setuju tu kalau Amani dengan
Rafique tunang betul-betul.Manalah tahu kot-kot kita boleh naik pelamin sekali
ke?tak gitu abang?” Tokok Kak Sya pula
sambil menyiku aku.
“Akak ..” Aku sudah mempamerkan muka
sedih.Ini dah masuk edisi membuli aku ni.
“Kau macam mana Fiq?” Soal abang aku pada
Rafique.
“Eh aku boleh je.Nanti aku hantar
rombongan meminang ke rumah kau.” Ujar Rafique dengan selamba.
“Adik macam mana?” Soal abang aku dengan
tersenyum penuh makna.
“Apa abang ni.Kan adik dah bagitahu itu
semua lakonan je.” Aku menarik muka masam lagi tanda protes.
“Kalau betul apa salahnya dik.Abang suka
sangat kalau adik dengan Rafique.” Sengih abang aku lagi.Aku hadiahkan satu
jelingan tajam pada abang aku.Mereka yang lain ketawa apabila melihat muka aku
yang sudah berona merah.Marah ke malu cik Amani?
Bersambung ...
NotaHujungKaki : Pheewww tarik nafas lega.Mss DMS sudah pun sampai bab 50.Ada lagi beberapa bab untuk aku habiskan.InsyaAllah pertengahan April Siap sepenuhnya.Cabaran tuk menyiapkan part2 akhir dengan kesibukan yang melanda .Mudah-mudahan berjalan dengan lancar.
SaLaM KaSiH
No comments:
Post a Comment
Tq sudi komen.:D