SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, February 17, 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 14

Assalamualaikum u ollsss...

Terima kasih kerana setia menunggu sambungan kisah Alahai Miss Blur ni. Ok minggu ni lagi dua bab . Lupa cik writer nk bagitahu yang setiap hari jumaat cik writer akan bagi sedutan untuk dua bab yang akan berada di blog pada minggu berikutnya. Sedutan tu boleh di baca di fb page cik writer  Page Ayra Zahra   . Mekasih singgah dan baca ye :D


                                     
                                               



BAB EMPAT BELAS




      DATUK Rizman hari ini datang ke  Aspirasi. Dia tersenyum manis apabila melintasi meja pekerja wanita. Kebanyakan staff Aspirasi memang tidak suka dengan perangai Datuk Rizman yang agak miang sikit apabila berhadapan dengan perempuan.

   “Boleh saya jumpa Hadif?” Soal Datuk Rizman sebaik saja berada di hadapan meja Awatif. Sebaik saja Awatif mendengar suara itu dia mendongakkan kepalanya.

   “Ye. Boleh saya tahu encik ni siapa?” Soal Awatif dengan senyuman. Datuk Rizman tergamam melihat wajah comel di hadapannya itu.

   “Nama saya Datuk  Rizman. Saya nak jumpa Hadif boleh?” Soal Datuk Rizman. Awatif mengangguk faham.

   “Oh sekejap ya  saya bagitahu kedatangan Datuk dekat bos saya tu.” Tingkah Awa lalu bangun dan menuju ke bilik bosnya. Datuk Rizamn memandangnya dari atas sampai bawah.

   Datuk Rizman memang pantang nampak perempuan cantik. Kalau dulu Tan Sri Herman yang jadi playboy namun sejak Tan Sri Herman berubah giliran Datuk Rizman pula tunjuk belang tambahan pula selepas kematian isterinyan baru-baru ini akibat sakit kanser.

   “Bos ada orang nak jumpa. Dia kata nama dia Datuk Rizman.” Ujar Awa sebaik saja masuk ke bilik bosnya. Hadif mengerutkan dahinya.

   “Datuk Rizman? Mimpi apa pula dia datang kali ni.” Hadif berfikir seketika.

   “Dia datang nak jumpa boslah.” Jawab Awatif dengan selamba.Hadif merenung wajah comel setiausahanya itu. Mulut tu ada je nak menjawab. Gerutu Hadif.

   “Suruhlah dia masuk.” Jawab Hadif. Awa terus keluar dan menuju ke arah Datuk Rizman yang sedang menghadiahkan senyuman manis untuknya.

  “Silakan Datuk .” Pelawa Awa lalu mengiringi Datuk Rizman ke bilik bosnya.
   “Hai Hadif lama tak jumpa .” Tegur Datuk Rizman. Hadif bangun dari kerusinya dan mempamerkan sebuah senyuman plastik. Jujur dia memang tidak suka dengan Datuk Rizman. Dia tidak suka dengan perangai Datuk Rizman. Baru-baru ini dia ada mendengar yang Datuk Rizman mempunyai skandal.

   “Ye Datuk memang lama kita tak berjumpa selepas projek usaha sama kita selesaikan.” Jawab Hadif lalu duduk di sofa. Datuk Rizman juga turut melabuhkan punggungnya di situ.

   “Maaf bos. Ini air untuk bos dan juga Datuk . Silakan minum.” Ujar Awatif sebaik saja muncul dengan membawa air minuman untuk tetamu.

   “Terima kasih Awa.” Hadif tersenyum.

    “Ini PA kamu yang baru ya? Comel orangnya.” Puji Datuk Rizman. Aku dah kata dah orang tua ni mulalah nak buat perangai. Dulu masa Reen jadi PA aku pun dia ada hati gak nak try. Gerutu Hadif di dalam hatinya.

   “Saya keluar dulu bos.” Ujar Awa selepas dia menghidangkan air minuman untuk bosnya dan juga Datuk Rizman.

   “Eh janganlah keluar dulu. Kita borak-borak dulu.” Halang Datuk Rizman apabila melihat Awa ingin melangkah.

  “Borak? Saya banyak kerjalah Datuk. Lagi satu Datuk datang sini nak jumpa bos saya kan.” Awa menjawab.

   “Apa salahnya kalau awak ada sekali dekat sini.” Pujuk Datuk Rizman lagi.

   “Sorry Datuk , PA saya memang sibuk . Boleh saya tahu hajat Datuk ke mari?” Soal Hadif.

   “Saya sebenarnya nak tawarkan satu tender pada awak Hadif. Kepala saya dah pening fikir nak berikan pada siapa. Awak tengoklah rambut saya pun dah banyak gugur sebab banyak sangat fikir.” Ujar Datuk Rizman.

   “Apa susah Datuk kalau rambut banyak gugur Yu Nam Hair Care kan ada. Dia boleh bantu masalah datuk tu.” Dengan selamba Awatif membidas Datuk Rizman sambil tersenyum. Hadif menahan ketawa.

   “Awa awak pergi sambung kerja awak dulu ya.” Arah Hadif sambil menyembunyikan tawanya. Awatif tersenyum.

   “Ok bos. Saya keluar dulu. Jemput minum ya Datuk.” Pelawa Awatif sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu. Datuk Rizman hanya memandang Awa meninggalkan mereka.

    “Maafkan saya Datuk. PA saya tu mulut dia memang boleh tahan pedasnya.”
     “Tak mengapa. Saya tak marah pun. Apa yang dia kata tu  ada betulnya.” Jawab Datuk Rizman walaupun riak wajahnya sudah bertukar rupa ketika ini.

    Ambik kau Datuk sekali dah terkena dengan Awa. Terbaiklah PA aku yang ni dengan selamba badak je dia kenakan Datuk Rizman yang miang ni. Gerutu Hadif sambil menahan tawanya.

    SELESAI saja urusannya bersama Hadif Fakhri , Datuk Rizman keluar dari bilik tersebut dan Hadif mengiringinya dari belakang.

    “Terima kasih Datuk di atas tawaran tersebut. Saya kena fikirkan dahulu. Bila saya dah ada jawapannya saya akan menghubungi Datuk.” Tingkah Hadif dengan senyuman lalu bersalaman dengan Datuk Rizman di hadapan meja Awatif.

    “Saya harap awak fikir-fikirkanlah tawaran tu.” Jawab Datuk Rizman lalu membalas senyuman Hadif sebelum matanya beralih pada seraut wajah comel yang sedang leka membuat kerja.

   “Awa.. Jumpa lagi. Jikalau terjumpa saya dekat luar sana tegurlah.” Datuk Rizman cuba menarik perhatian Awa.

   “InsyaAllah Datuk . Itu pun kalau saya terjumpalah . Mana tahu selepas Datuk pergi ke Yu Nam Hair Care saya tak kenal datuk dah lepas ni. Datuk jangan lupa buat rawatan rambut tahu nanti makin teruk pula. Hilang kemanisan di wajah Datuk.” Ambil kau sekali lagi Awa membidas dengan selamba. Hadif menggarukan hidungnya lalu menoleh ke belakang. Dia cuba menahan tawanya.

   Ada beberapa staff Aspirasi yang mendengar kata Awatif itu cuba menahan gelak dan tawa mereka. Belum pernah lagi ada staff Aspirasi yang berani berkata sebegitu pada Datuk Rizman.

    Kembang setaman Datuk Rizman apabila mendengar yang  Awa mengatakan wajahnya manis. Ini bermakna dia masih di gilai oleh perempuan. Perasan habis Datuk Rizman ni.

   “Terima kasih Awa kerana mencadangkan untuk saya. Okeylah saya minta diri dulu. Saya harap dapat jumpa awak lagi selepas ni. Saya suka dengan karenah awak Awa.” Tambah Datuk Rizman sambil mengenyitkan matanya pada Awa.

    Hadif sudah merenung tajam pada Datuk Rizman. Amboi ada hati Datuk ni nak mengorat PA aku. Hadif ketap bibirnya. Adakah Hadif Fakhri mula merasa cemburu?

   “Bye Datuk.” Awa melambaikan tangan pada Datuk Rizman sambil tersenyum. Datuk Rizman menoleh ke belakang lalu memberikan flying kiss buat Awa. Hadif hanya melihat karenah Datuk miang ni. Awa tayang muka blur seketika . Sebaik saja Datuk Rizman sudah jauh darinya dia mencebik.

   “Tak padan dengan tualah Datuk tu. Makin tua makin menjadi.” Bebel Awa.
    “Flying kiss ? Yaksss mual tekak aku sekejap.” Tambah Awa dengan selamba. Hadif melihat karenah Awa.

    “Awa kemain lagi awak melayan karenah Datuk Rizman ya. Awak tak takut ke dengan perangai miang dia?” Soal Hadif sambil merenung tajam pada Awa.

    “Buat apa saya nak takut bos kan ada. Bos tak akan biarkan saya kesusahan kan kan kan?” Soal Awa dengan selamba. Hadif menggelengkan kepalanya . Awa tersengih. Hadif melangkah masuk ke dalam biliknya tanpa menjawab pertanyaan Awatif.

   “Aku salah cakap ke?” Soal Awa sambil mengetuk dahinya dengan perlahan.

     “Weh Awa kau gila ke apa cakap dekat Datuk Rizman rupa itu . Sebelum ni mana lagi staff Aspirasi cakap macam tu dekat dia. Aku tabik spring dekat kau Awa.Kau kenakan Datuk tu baik punya.” Ujar Diana dengan senyuman sewaktu mendekati meja Awa.

   “Erk, aku cakap benda yang betul je. Aku bukan mengata dia pun.” jawab Awa dengan selamba.
   “Terbaiklah Awa.” Tambah Diana sambil menepuk bahu Awa dan seperti biasa Awa menayang muka blurnya.

   “Kak Safi  Awa ada buat salah ke dekat Datuk Rizman?” Soal Awatif apabila melihat Safi yang menghampiri mejanya.

   “Awa tak buat benda salah pun. Satu saja Kak Safi nak pesan pada Awa jangan sesekali layan karenah Datuk Rizman. Dia tu miang tambah-tambah lepas wife dia meninggal. Kalau nak tahu dulu si Diana ni pun pernah nak kena ushar dengan dia.” Jawab Safi. Awa membuntangkan matanya.

  “Hah ye ke?Serius kak? Habis tu apa jadi?” Soal Awa dengan teruja.
   “Apa lagi kenalah sound dengan laki aku.” Jawab Diana dengan selamba. Awa menganggukkan kepalanya.

   “Lama tau dia tak muncul sini dan hari ni tiba-tiba dia datang lagi ke mari.” Balas Safi lalu berfikir sejenak. Sudah lama dia tidak melihat kelibat Datuk Rizman kebelakangan ni.

    TENGAHARI itu Awa keluar seorang diri untuk makan tengahari.  Safi dan Diana sudah keluar makan tengahari dengan suami masing-masing. Awa berjalan seorang diri keluar dari Aspirasi. Hajat di hatinya mahu membeli makanan di kedai yang berdekatan.

   Sebaik saja keluar dari pintu depan Aspirasi, Awa melihat Farhan Redza yang sudah menunggunya . Farhan bersandar di tiang .

   “Ish pasal apa pula Farhan ni datang jumpa aku dekat pejabat ni?” Soal Awa sendirian.
    “Awa..” Panggil Farhan sebaik saja ternampak Awa . Farhan terus melangkah mendekati Awa yang sedang berdiri di situ.

   “Farhan buat apa dekat sini?” Soal Awa sebaik saja Farhan berdiri di hadapannya.
   “Saya nak jumpa awaklah. Jom kita lunch sekali.” Pelawa Farhan.

    “Tak mengapalah Farhan. Lain kali sajalah ya.” Jawab Awa sambil menolak pelawaan dari Farhan. Dia sengaja mengelak dari Farhan.

   “Kenapa Awa dah lain sekarang ni? Awa dah tak suka kawan dengan Farhan lagi ke?” Soal Farhan. Awa menggelengkan kepalanya.

   “Eh bukan begitu. Awa suka berkawan dengan Farhan tapi Awa tak suka bila awak asyik paksa Awa untuk terima hal peminangan. Awak tahukan saya tak boleh terima. Farhan adalah kawan baik Awa tak lebih dari tu.” Jawab Awa dengan jujur. Dia lemas dan rimas apabila Farhan asyik menghubunginya supaya menerima pinangannya dan juga cintanya. Bagaimana Awa harus terima sedangkan dia langsung tidak mempunyai apa-apa pun perasaan pada Farhan Redza.

   “Awa cubalah faham perasaan Farhan. Nama Awa sudah terpahat dekat hati ini . Bertahun tau Farhan simpan perasaan ni pada Awa.” Jelas Farhan. Awa mengeluh seketika.

   “Awa pergi dulu ya.” Awa meminta diri namun Farhan terlebih dahulu bertindak. Dia terus menarik tangan Awa menghalang Awa pergi dari situ.

   “Apa ni main pegang-pegang. Awa tak sukalah macam ni. Farhan lepaskan tangan Awa.” Pinta Awa sambil menarik tangannya dari Farhan.

   “No way. Farhan tak akan lepaskan Awa kalau Awa tak nak lunch dengan Farhan.” Awatif mengerutkan dahinya. Dia menarik tangannya lagi tanpa memberikan sebarang jawapan.

    “Lepaslah. Awa nak pergi makan.” Pinta Awa lagi.
    “Tak apalah kita makan sekali. Jom.” Farhan menarik tangan Awa dan melangkah menuju ke kereta.

   “Awa cakap tak nak tak naklah.” Suara Awa mula tinggi.

    “Awa awak nak ke mana tu?” Soal Hadif Fakhri. Dia baru saja turun dan ingin menuju ke kereta namun sebaik saja sampai di pintu keluar dia ternampak kelibat Awatif dengan seorang lelaki. Sebaik saja mendengar namanya di panggil , Awa terus menoleh ke belakang. Farhan turut berhennti melangkah.

   “Eh bos.” Jerit Awa lalu merentap tangan Farhan dengan kasar. Dia berlari menuju ke arah Hadif. Farhan terkejut lalu mendekati Awa di samping Hadif. Awa menggosokkan tangan kananya yang sudah merah.

    “Bos nak ke mana?” Soal Awa sambil memandang wajah Hadif Fakhri.
    “Saya cari awaklah. Ikut saya sekarang.” Jawab Hadif.  Awa tayang muka blur. Bos cari aku?Pasal apa pula. Hari ini tak ada temujanji dengan client pun. Gerutu Awa sendirian.

   “Awa lunch kita macam mana?” Soal Farhan dengan wajah yang serius. Awa langsung tidak menjawab pertanyaan Farhan malah dengan pantas kakinya mengekori Hadif dari belakang walaupun dia masih lagi blur tidak tahu ke mana arah tuju bosnya itu.

    “Bos kita buat apa dekat sini?” Soal Awatif dengan pelik apabila Hadif membawa ke suatu tempat yang dia belum pernah lagi sampai ke mari.

   “Buat apa lagi. Kita makanlah. Perut saya dah lapar. Jom .” Jawab Hadif lalu keluar dari keretanya. Awatif yang blur turut keluar dari kereta milik bosnya itu.

   “Siapa lelaki tu tadi? Kekasih awak ke?” Soal Hadif sementara menunggu makanan mereka sampai.

   “Oh itu Farhan. Kawan saya masa sekolah rendah lagi. Bos terima kasih sebab tolong saya tadi.” Jawab Awa sambil tersenyum. Walaupun dia masih tidak tahu lagi apa motif dia berada di sini namun dia tetap berterima kasih pada bosnya itu kerana telah menolongnya dari makan bersama dengan Farhan.

   “Kawan apa main tarik tangan rupa itu?” Marah Hadif tanpa sedar.
   “Dia marah saya tolak pinangan dia.” Jawab Awa dengan jujur. Hadif terkejut .

Bersambung...

NotaTersepit : Rindu nak menulis AMB tetapi kesihatan masih tidak mengizinkan . Masih lagi demam selsema dan batuk2 x dapat nak fokus melainkan draft part seterusnya dlm nota...Y_Y






10 comments:

  1. anislah..hadif ..mesti otak dia berserabut..memikirkan minah tu mmg dah ada org suka ..kan..walaupun minah tu blurkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..tunggu sambungannya nanti ya. mekasih singgah dna baca :)

      Delete
  2. Dear Ayra, this story is getting interesting. Really appreciate yr hard work. BTW, do take care of yourself & get well soon!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. Thanks Ida. Jgn lupa tunggu sambungannya..:)

      Delete
  3. makin menarik ni suke3 <3

    jom singgah blog sya hihi
    http://zianahealthcare.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe mekasih cik Ziana singgah dan baca blog kita . Tunggu sambungannya esok ya :)

      Delete

Tq sudi komen.:D