SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Thursday, March 20, 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 23

Assalamualaikum u ollsss...

Ini dia sambungan seterusnya kisah Awatif. Kali ini nasib Tasha memang baik. Akan datang kita tak tahu lagi macam mana .Dalam bab ni juga  Adam meluahkan perasaannya pada Awa. Terima atau tidak jawapannya hanya ada pada Awa.  Mekasih singgah dan baca . :)


                                   



BAB DUA PULUH TIGA




  TASHA menarik nafas lega apabila Hadif Fakhri langsung tidak bertanyakan lagi tentang isu report yang berada di bilik stor. Tasha yakin dan pasti yang Hadif Fakhri tidak melihat cctv. Tasha tersenyum puas. Sudah dua tiga malam dia tidak dapat tidur dek kerana bimbangkan Hadif akan memecatnya dari Aspirasi. Awa juga tidak menunjukkan sebarang reaksi apa-apa pun itu lagi menambahkan keyakinan Tasha.

   “Selamat aku.” Ujar Tasha sebelum menyambung kerjanya.

   Hari ini Adam nekad untuk meluahkan perasaannya pada Awa. Dia mahu Awa mengerti akan perasaan yang sedang bercambah di dalam hatinya. Dia merasa sungguh cemburu melihat layanan Awa kepada Hadif. Adam selalu membayangkan yang Awa seringkali berada dekat dengannya namun meja kerja Awa dan dia memang jauh. Dia hanya mampu memandang Awa dari jauh.

   Adam kemudiannya bangun dan melangkah menuju ke tempat Awa berada. Dia tersenyum kepada beberapa orang staff yang menegurnya.

   “Awa.. Awa sibuk ke hari ni?” Soal Adam.

   “Eh Adam. Sibuk tu tak adalah . Ada apa ya?” Soal Awatif  sambil merenung wajah Adam yang berdiri di mejanya.

   “Adam ingat nak ajak Awa lunch dengan Adam hari ni. Boleh tak? Adam ada sesuatu nak bagitahu Awa hari ni. Benda tu sangat penting untuk Adam.” Ujar Adam lagi. Awa berfikir sejenak.
   “Penting sangat ke?” Soal Awa lagi.

   “Yup. Awa ada temujanji dengan orang lain ke?” Awa menggelengkan kepalanya.
   “Okeylah. Tengahari nanti kita luch sama-sama. Siapa lagi yang Adam ajak?” Soal Awa lagi.

   “Awa sorang je . Adam cuma nak bagitahu sesuatu je. Harap Awa tak kisahlah.” Jawab Adam. Awa berfikir sejenak.

   “Okey.” Jawab Awa dengan senyuman sambil membuatkan gaya bentuk huruf O dengan tangan kanannya. Adam tersenyum lega.

   “Thanks Awa. Jumpa nanti ya.” Pesan Adam sewaktu ingin melangkah menuju ke tempatnya.Awa menganggukkan kepalanya. Gembira kerana Awa sudi meluangkan masa untuk makan tengahari bersamanya hari ini.

   Tasha yang sedang meneguk air dan matanya memandang ke meja Awatif. Dia melihat Adam yang sedang melangkah kembali ke meja kerjanya dengan senyuman. Tasha pasti ini mesti Adam dan Awa ada berbincang sesuatu yang sampaikan Adam boleh tersenyum dengan ceria sekali. Tasha merenung tajam pada Awa.

   “Apa lagi budak blur ni buat kali ini?” Soal Tasha sendirian.

   “Eh Tasha yang kau ni cakap sorang diri kenapa? Kau  buang tabiat ke apa?” Soal Zulaikha yang baru saja duduk di mejanya. Dia baru selesai berbincang dengan Safi .

   “Bila masa pula aku cakap sorang?” Soal Tasha sewaktu memandang Zulaikha.

    “Aku dengar tadi kau cakap sorang-sorang. Aku dengar kau cakap budak blur je tadi. Ada sesuatu yang tak kena ke Tasha?” Tasha tergamam . Telinga lintah betullah si Zulaikha ni dengar je apa yang aku sebut.

   “Eh mana ada. Telinga kau tu yang salah dengarlah.” Jawab Tasha sambil berdalih.

    “Iyalah tu. Kau ni aku tengok sejak dua menjak ni lain macam je. Kau selalu menyendiri je. Kalau dulu kau yang paling laju bercakap sana sini. Kau ada masalah ke Tasha. Kalau ada masalah janganlah kau segan-segan ceritakan pada aku. Jangan pendam sorang diri nanti makan diri tau.” Zulaikha memberikan sedikit nasihat kepada Tasha.

    “Aku biasa je la. Kau je yang nampak aku macam tu. Tak ada apa-apalah.” Jawab Tasha . Selepas itu dia bangun dan membawa mug miliknya ke pantry. Dia cuba melarikan diri daripada di soal siasat oleh Zulaikha.

   “Huh penyibuk pula minah tu nak ambil berat pasal aku konon. Tolong bagi tekanan dekat aku adalah nanti.” Luah Tasha sambil mencuci mug nya tadi. Selepas selesai meletakkan mug yang sudah di cuci ke rak , Tasha terus mengelapkan tangan . Baru saja dia berpusing ke belakang dia melihat Awa yang tiba di pantry sambil membawa dua mug.

   “Hai Kak Tasha.” Sapa Awa sambil tersenyum manis. Awa terus menuju ke sinki dan mencuci mug kepunyaan dia dan juga bosnya.

   “Errmm Hai .. Awa hari ni makan tengahari dengan Safi ke?” Soal Tasha. Entah kenapa mulutnya terasa ringan bertanyakan soal itu pada Awa.

  “Kenapa Kak Tasha tanya? Kak Tasha nak ikut kitaorang pergi makan sekali eh?” Soal Awa. Selepas itu Awa mengelapkan tangannya dan menoleh pada Tasha yang berada di belakangnya.

   “Eh taklah saja tanya.” Jawab Tasha. Kalau bukan ajak keluar makan apa yang Adam cakap dengan Awa tadi? Setahu aku Awa ni jenis yang suka makan. Staff-staff Aspirasi pun memang dah tahu perangai Awa yang lebih sukakan makanan . Pantang di ajak untuk makan. Desis hatinya.

   “Oh ya ke. Hari ni Awa tak pergi makan dengan Kak Safi. Awa keluar makan dengan Adam. Dia ajak makan tengahari bersama.”  Mata Tasha terus memandang Awa dengan renungan yang paling tajam sekali.

   “Hah dengan Adam? Hey budak blur apasal kau ni suka sangat rampas hak orang ?” Terus Tasha naik angin.

   “Rampas hak orang apa pula ni Kak Tasha. Awa tak faham.” Ujar Awa dengan blur.

    “Macam mana kau nak faham kalau kau tu selalu blur. Ini aku nak kasi amaran dekat kau. Jangan sesekali rapat dengan Adam tau. Dia tu hak aku tau. Kau jangan nak potong line aku boleh tak. Kau faham maksud aku?” Soal Tasha sambil bercekak pinggang. Awa berfikir sejenak dan cuba memahami apa yang di katakan oleh Tasha sebentar tadi.

   “Ingat tau pesanan aku. Jangan sampai aku buat sesuatu dekat kau nanti. Faham ! .” Tasha terus meninggalkan Awa yang masih lagi kebingungan.

   “Adam hak dia? Bila masa pula aku nak ambil Adam? Kak Tasha ni period agaknya hari ni?” Tingkah Awa dengan pelik sambil memandang ke pintu pantry yang sememangnya terbuka luas.

    SEPERTI yang di janjikan  , Awa dan Adam keluar makan tengahari bersama. Tasha melihat dari jauh. Tasha mencapai tas tangannya lalu melangkah keluar dan mengekori Awa dan Adam dari belakang.

   “Budak blur ni agaknya tak faham bahasa kot.” Ujar Tasha dengan perlahan sewaktu menekan punat kereta. Dia melihat kereta Adam sudah pun bergerak. Sepantas kilat Tasha masuk kereta dan mengekori Adam.

   “Adam kata nak bagitahu Awa sesuatu tadi. Apa dia?” Soal Awa sebaik saja air yang dan makanan yang di pesan oleh mereka sudah berada di atas meja. Mereka makan tengahari di Restoran Ayam Penyet. Awa menyedut bandung cincau kegemaraannya.

   “Kita makan sambil cakaplah ya.” Ujar Adam. Awa tersenyum lalu mendekatkan makanannya. Perut memang sudah nyanyi , Awa menyuapkan nasi ke dalam mulut. Adam juga sama masing-masing isi perut terlebih dahulu.

   “Begini Awa. Adam sebenarnya nak bagitahu Awa sesuatu. Adam sebenarnya…. sebenarnyaa…” Adam sudah gementar di saat ini. Sukar sekali untuk dia meluahkan perkataan keramat yang terpendam di hatinya. Awa mengerutkan dahi sambil memandang wajah Adam yang sedang resah dan gelisah.

   “Sebenarnya apa Adam?” Soal Awa. Adam menarik nafasnya dalam-dalam. Tolonglah Adam ini peluang kau untuk luahkan perasaan kau. Tolonglah luahkan. Desis hati Adam sendirian. Dia memejamkan mata untuk beberapa saat.

   “Adam.. Adam nak cakap apa ni?” Soal Awa lagi sambil menyuapkan nasi ke dalam mulut.
   “Adam sebenarnya nak cakap yang … yang.. yang …”

    “Yang apa?” Sergah Awa . Geram pula dia melihat Adam rupa itu. Awa menghela nafasnya dengan berat sebelum menyambung makan kembali tanpa mempedulikan Adam di hadapannya.

   “Adam nak cakap yang Adam sukakan Awa. Adam jatuh hati pada Awa. Adam cintakan Awa.” Akhirnya terluah juga apa yang terpendam di dada Adam. Awa terus tersedak. Dia kemudiannya menepuk dadanya dengan perlahan sebelum menyedut air minuman. Adam terkejut melihat Awa tersedak dengan tiba-tiba.

   “Apa Adam cakap? Ulang sekali lagi.” Awa memandang wajah Adam dengan serius.
      “Adam nak cakap yang Adam sukakan Awa. Adam jatuh hati pada Awa. Adam cintakan Awa.” Ulang Adam sekali lagi. Awa terus ternganga.

    “Adam apa semua ni? Apa Adam cakap ni. Adam mana boleh cintakan Awa sebab Adam ni kawan baik Awa tau. “ Ujar Awa dengan tenang.

   “Tapi hati Adam memang cintakan Awa. Adam tak mampu nak halang perasaan tu .” Jawab Adam.

   “Look Adam. Kalau Adam jumpa Awa semata-mata nak suruh Awa terima cinta Adam, Awa minta maaf banyak-banyak. Awa tak boleh terima cinta Adam mahupun cinta dari Farhan. Awa anggap korang berdua adalah sahabat Awa tak lebih dari itu. Awa tak pernah terfikir pun nak bercinta sekarang ni. Dalam kepala Awa ni hanya fikir nak kerja dan sambung belajar.” Terang Awa denga jujur. Adam terus mengeluh.

   “Awa tak boleh ke bagi Adam peluang untuk selami hati Awa?” Soal Adam. Awa tayang muka blur.

   “Selami hati Awa? Macam mana Adam nak selami hati Awa sebab hati manusia mana boleh nampak macam tu je.” Jawab  Awa dengan wajah yang blur. Adam terdiam.

   “Awa please .” Rayu Adam.

    “Berikan cinta Adam pada orang yang lagi berhak dari Awa. Ada orang lain yang sepatutnya dapat cinta Adam dan yang pasti orang itu bukanlah Awa. Harap Adam faham. Jangan buat Awa rasa tak selesa untuk berkawan dengan Adam selepas ini. Awa tak suka orang paksa-paksa Awa.” Jelas Awa lagi. Dia menyambung makanannya.

   “Siapa?” Soal Adam tidak memahami apa yang cuba Awa sampaikan.

    “Satu hari nanti Adam akan tahu.” Jawab Awa dengan senyuman. Adam keliru.

     “Cepatlah makan. Awa kena balik pejabat Awa. Pukul dua setengah nanti Awa kena ikut bos.” Ujar Awa sewaktu memandang jam di tangannya. Adam mengeluh lagi . Awa langsung tidak nampak ke keikhlasan hatinya itu? Soal Adam di dalam hatinya.

     Hadif juga yang dia kisahkan.. Desis hati Adam lagi sambil menyudahkan makanannya. Awa pula baru selesai makan.

   Cinta Adam di tolak. Cinta Farhan juga Awa tolak. Awa tunggu cinta dari siapa sebenarnya ni? Jangan-jangan Encik K tak?

   Tasha berada di salah sebuah meja yang agak tersorot. Dia dapat melihat Adam dan Awa yang sedang makan tengahari sebentar tadi. Dia mahu berada berdekatan dengan meja mereka tetapi Tasha bimbang jikalau Awa atau Adam menjumpainya. Dia tidak mahu sesiapa pun yang tahu yang dia sedang mengintip Adam dan Awa.

   “Apa yang mereka berdua bualkan. Si Awa ni memang tak faham bahasa. Geram betul aku. Apa aku nak buat dengan Awa selepas ni?” Tasha bercakap seorang diri sambil berfikir. Matanya masih ralit memandang Adam dan Awa yang sedang menyedut air. Selepas mereka bangun dan menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran.

   Sebaik saja kereta Adam meninggalkan restoran tersebut barulah Tasha bangun dan menuju ke kaunter. Sewaktu berada di dalam kereta , kepala Tasha masih lagi berfikir dan dengan tiba-tiba terukir senyuman penuh makna di bibirnya. Sah dia sudah dapat akal untuk mengenakan Awatif. Apa pula rancangan Tasha selepas ini.

   “ASSALAMUALAIKUM.. Aspirasi di sini. Boleh saya bantu?” Soal Awatif sebaik saja mengangkat gangang telefon.

   “Waalaikumussalam. Awa ya.. Ini saya Datuk Rizaman. Awak masih ingat pada saya lagi?” Soal Datuk Rizman di talian.Awa berfikir sejenak.

    “Datuk Rizman yang mana eh. Maaf ya saya ni kadangkala pelupa sikit.” Jawab Awa dengan selamba. Datuk Rizman tergelak kecil di sebelah sana.

   “Haish muda-muda lagi awak dah lupa ke? Awak ingat tak yang awak pernah rekomenkan saya supaya gunakan produk Yum Nam Hair Care sebab saya mengalami masalah rambut?” Soal Datuk Rizman dan ketika itu juga barulah Awa teringat.

   “Ya ya ya . Saya dah ingat. Maafkan saya ya Datuk sebab terlupa. Ada apa yang boleh saya tolong ke Datuk?”
    “Tolong sambungkan panggilan saya pada Hadif Fakhri. Saya ada hal sikit nak bercakap dengan dia.” Arah Datuk Rizman.

    “Kenapa Datuk tak call saja dekat handphone bos saya lagi senang dan cepat.” Jawab Awa.
    “Saja je saya telefon dekat pejabat. Sekurang-kurangnya saya boleh dengar suara cik Awa ni.” Ujar Datuk Rizman.

   “Oh really? Suara saya tak best Datuk .Kalau saya nyanyi confirm gegendang telinga Datuk pecah.” Bidas Awa dengan selamba. Datuk Rizman ketawa lagi. Dia merasa seronok sekali apabila dapat bercakap dengan Awa.. Hmm ulat bulu dah mula naik daun ke apa ni?

   “Ok Datuk saya akan sambungankan panggilan ini pada bos saya.” Tambah Awa lalu menyambungkan terus pada Hadif Fakhri. Malas dia mahu melayan karenah Datuk Rizman. Makin di layan makin naik berbulu telinga Awa.
     
   Bersambung...

NotaTersepit : Termenung depan mss. Taip2 padam taip2 padam.  Sekarang ni main tenung tilik je la kan. Wake up Ayra Zahra dan fokus..Y_Y





6 comments:

  1. Dear Ayra, thanks 4 the n3. Kadang2 terfikir jugak, Awa ni mmg comel, walaupun selalunya blur, tapi dlm soal hati & perasaan mmg x de kompromi. Kalau x cinta, dia akan ckp terus terang...So Awa, teruskan usaha mencari cinta ye. Maybe dah pernah bersua tapi x tau itulah pemilik hati yg sebenarnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehhee. Awa memang comel. Dia akan temui cinta hatinya nanti. Mekasih Ida selalu singgah dan baca :)

      Delete
  2. Replies
    1. Hehehe Thanks baby mio. Teruskan membaca kisah ini ya :)

      Delete
  3. mak lagi..... go awa cril spa mr K tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. Mekasih Awa. Tunggu sambungannya nanti ya :D

      Delete

Tq sudi komen.:D