SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, April 7, 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 28

Assalamualaikum u ollsss...

Minggu ni lagi dua bab di publish. Mungkin dalam 4-6 bab lagi kot yang akan di publish dekat blog.Pasni u oll kena bye2 la pada Hadif dan Awa. Sob3. Cik writer pun sedih jgk tp x mengapa pasni kita ikuti kisah Dura dan Ziyad pula ya. Mungkin bulan 5 atau bulan 6 baru di publish. Tengoklah macam mana nanti. Terima kasih ya singgah dan baca. :D

                                              
                                          


BAB DUA PULUH LAPAN


   AWATIF baru saja masuk ke biliknya selepas makan malam bersama keluarganya. Dia sudah pun di benarkan pulang pada petang tadi. Sewaktu doktor memberitahu yang dia sudah boleh balik rumah bukan main gembira lagi Awa. Siap melompat-lompat . Excited keluar hospital katakan.

   Esok pagi Awa sudah bersedia untuk masuk bekerja kembali. Kalau diikutkan Hadif memang diberikan cuti pada Awa untuk berehat tetapi Awa tidak mahu. Dia tetap berdegil untuk masuk kerja esok kerana kasihan Hadif yang akan kelam kabut tanpanya di pejabat.

   Awa menuju ke meja belajar  lalu di hidupkan laptop kesayangannya. Sudah beberapa hari dia tidak mempedulikan laptop kesayangannya itu. Awa menarik kerusi lalu di henyakkan punggungnya ke situ. Dia kemudiannya termenung di depan laptop. Fikirannya melayang mengingati perbuatan Tasha yang datang melawatnya hari itu .

   “Awa , aku sebenarnya nak minta maaf dengan kau. Aku terlupa nak bagitahu kau yang Tuan Hadif tinggalkan pesan agar kau tak pergi site pada hari itu. Kebetulan aku sakit perut dan terus masuk tandas. Bila aku keluar dari bilik air terus terlupa nak bagitahu. Maafkan aku.” Tasha menundukkan kepalanya. Awa tayang muka blur.

   “Awa marahkan Tasha ke?” Soal Safi apabila melihat Awa mendiamkan diri. Hadif pula berpeluk tubuh di tepi dinding.

   “Eh taklah Kak Safi. Awa tak marah pun. Sebenarnya bos dah ceritakan pada Awa. Jadi ini bukanlah salah Kak Tasha pun. Bukannya Kak Tasha sengajakan. Awa tak kisahlah kak Tasha. Jangan salahkan diri sendiri. Benda ni dah nak jadi kalau kita elak sekalipun dia tetap akan terjadi dengan izinNya.” Jawab Awa dengan senyuman. Hadif turut tersenyum mendengar jawapan Awa.

   “Betul ke ni? Kau tak marahkan aku?” Soal Tasha dengan teruja. Awa menganggukkan kepalanya.

   “Ya betul.” Jawab Awa .

   “Terima kasih Awa.” Tambah Tasha lagi. Awa hanya anggukan kepalanya. Selepas itu Awa terus bersembang dengan Safi. Ketika itu jugalah Tasha melihat Awa dengan senyuman yang penuh tersirat.

    “Dah kenapa pula aku teringatkan Kak Tasha ni?” Soal Awa sendirian. Dia sendiri tidak mengerti mengapa kepalanya asyik memikirkan tentang Tasha.

    “Aku musykil ni sebenarnya. Betul ke Kak Tasha terlupa nak bagitahu aku tentang arahan bos atau dia sengaja buat tak ingat?” Soal Awa sendirian. Entah kenapa nalurinya berkata begitu. Adakah ini hanya perasaannya semata-mata atau ada sesuatu di sebalik apa yang  dirasakan olehnya ketika ini?

   “Kak Awa sibuk ke?” Soal Akid mengejutkan Awa yang sedang mengelamun. Awa menoleh ke belakang.

   “Ada apa Akid?” Soal Awa 

    “Saja nak datang menyibuk. Kepala Akid tengah stress la Kak Awa tengok kerja sekolah yang berlambak.” Rungut Akid lalu menapak masuk ke dalam bilik Awa dengan wajah yang kusut.

   “Biasalah Akid. Itu baru sikit, kalau Akid sambung belajar ke university nanti lagi Akid akan berdepan dengan benda yang sama tetapi dalam dua kali ganda. Kalau nak berjaya Akid kita kena berusaha walaupun penat macam mana sekalipun. Akid rehatlah dulu janganlah bebankan fikiran Akid sekarang ni.” Awa memberikan nasihat untuk Adiknya. Akid melompat naik  ke atas katil Awa sambil bersila.

   “Cita-cita Akid nak jadi doktor kan?” Soal Awa . Akid menganggukkan kepalanya.
   “Nak capai cita-cita bukannya mudah Akid. Kita kena berusaha gigih. Kalau memang sudah tertulis yang Akid akan menjadi doktor InsyaAllah akan tercapai juga tetapi kalau memang tiada rezeki apa yang kita boleh buat. Kita boleh berusaha tetapi rezeki yang kita dapat bukan kita yang tentukan. Allah yang tentukan segala-galanya.” Awa tersenyum pada adiknya.

   “Akid faham Kak Awa. Terima kasih.” Jawab Akid pula.

   “Eh Kak Awa , Akid lupa nak tanya. Bos Kak Awa tu baikkan. Best juga kalau Akid dapat abang ipar seperti dia. Akid tengok bukan main lagi dia ambil berat pasal Kak Awa.” Sengih Akid penuh makna. Awa tayang muka blur.

   “Abang ipar?” Soal Awa. Akid menganggukkan kepalanya.

   “Jangan nak mengarut.” Awa memberikan satu renungan yang tajam pada adiknya.

    “Eleh ye la tu. Kak Awa tak syok ke dengan bos Kak Awa tu. Muka dah la handsome lepas tu baik pula.” Puji Akid. Awa buat-buat tidak dengar. Awa merenung skrin laptopnya sambil menonton drama online.

    “Ish kakak aku ni tak ada perasaan ke apa?” Ujar Akid dengan perlahan sambil menggelengkan kepalanya. Awa sudah leka denga  drama yang di tontonnya. Akid menghela nafasnya seketika sebelum turun dari katil Awa dan menuju ke biliknya untuk menyambung kerja sekolah yang masih lagi belum siap.

   AWATIF gembira hari ini kerana dia telah dapat kembali semula ke Aspirasi selepas bercuti dari sakit. Hari ini Awa lebih bersemangat masuk kerja. Awa berjalan menuju ke pantry. Dia haruskan menyediakan air minuman untuk bosnya.  Hadif sudah pun masuk ke pejabatnya sebentar tadi.

   Selesai menyediakan air untuk bosnya , Awa berjalan menuju ke mejanya lalu mengambil sticky note lalu di coretkan sesuatu di situ. Awa tersenyum sebelum melekatkan sticky note tersebut di mug bosnya. Selepas itu barulah Awa menuju ke bilik Hadif.

   “Bos ini kopi untuk bos.” Sengih Awa lalu meletakkan mug tersebut di meja Hadif Fakhri.
   “Thanks Awa. Rindu saya nak minum kopi awak. Rasanya dah tiga empat hari saya tak minum kopi yang awak buat.” Ujar Hadif . Awa tersenyum manis. Hadif melihat sticky note yang terlekat di mug yang di pegang olehnya. Hadif mendonggakkan kepalanya pada Awa.

   “Saya keluar dulu ya bos. Ada banyak kerja yang nak kena buat.” Awa meminta diri. Hadif hanya menganggukkan kepalanya. Dia kemudiannya hanya melihat saja Awa meninggalkannya seorang diri di situ. Mata Hadif mula beralih pada sticky note.

  Pergi pasar malam beli topi
  Bos jemputlah minum kopi.
  Tidur malam peluk  bantal
  Terima kasih bawa saya ke hospital
   Masuk kedai mamak order kari
  nanti saya belanja bos lain hari

  Hadif tersengih sorang-sorang membaca pantun dua kerat yang di tulis oleh Awa. “Macam-macamlah si Awa ni.” Ujar Hadif sebelum mengambil sticy note yang terlekat di mug itu lalu di lekatkan di suatu sudut.

   Adam masuk ke pejabat dengan kelam kabut. Dia terlewat bangun hari ini gara-gara kepenatan. Dia baru pulang dari outstation semalam . Adam menghenyakkan punggungnya ke kerusi sambil bersandar. Peluh di dahinya di lap dengan sapu tangan.

   “Adam kenapa kau lambat hari ni?” Soal Aiman sewaktu menoleh pada rakan sekerjanya. Adam menoleh sambil tersengih.

  “Aku bangun lambat pagi tadi. Tuan Hadif dah masuk ke?” Soal Adam.

   “Tuan Hadif dah masuk kerja dah hari ni. Awa sakit dua tiga hari juga dekat hospital , Tuan Hadif mana lekat dekat office.” Jawab Aiman dengan selamba. Adam memandang Aiman dengan wajah yang terkejut.

    “Kau kata apa tadi? Awa masuk hospital? Apa dah jadi dengan Awa? Apa pasal aku tak tahu menahu ni? Awa mana?” Soal Adam bertalu-talu sambil mencari kelibat Awa. Dia memandang ke meja Awa dan melihat Awa tiada di situ menyebabkan hatinya langsung tidak tenang ketika ini.

   “Ada lagi soalannya? Kau ni kot ya pun risaukan si Awa tu cubalah tanya satu demi satu soalan. Ini tak. Aku pun jadi binggung tak tahu nak jawab yang mana satu.” Aiman menggelengkan kepalanya. Dia tahu yang Adam tu sayangkan Awa namun apa boleh buat Awa sudah menolak cinta Adam.

   “Sorry. Aku cuma bimbangkan Awa je. Dia tak masuk kerja ke hari ni?” Soal Adam.

   “Encik Adam dengar sini aku nak bagitahu ya. Awa demam dan dia pengsan dekat site. Dengar cerita Tasha terlupa nak inform pada Awa yang Tuan Hadif dah batalkan arahan Awa mengikutnya ke site pada hari itu . Awa mandi hujan lebat dekat site itu pasallah dia demam. Sekarang dia okey. Dia dah masuk office hari ni.” Ujar Adam dengan panjang lebar.

   “Siapa yang bawa Awa ke hospital?” Soal Adam tidak puas hati. Macam mana Tasha boleh cuai begini. kasihan Awa. Desis hati Adam lalu menghelakan nafasnya dengan berat.

  “Tuan Hadif sendiri yang bawa ke hospital. Dia masuk pejabat petang tu dan dia cari Awa. Waktu tu barulah Tasha teringat apa lagi Tuan Hadif terus ke sanalah. Tuan Hadif bukan main risau lagi dekat  Awa tu. Aku dengar yang sepanjang Awa berada dekat hospital dia selalu jengguk Awa dan ambil berat tentang Awa. Kau rasa Tuan Hadif tu suka dekat Awa ke?” Dengan selamba Aiman menyoal. Adam merenung wajah Aiman dengan tajam sekali.

   Adam langsung tidak menjawab pertanyaan dari Aiman. Adam lebih suka mendiamkan diri dan menyibukkan diri dengan kerja, namun ungkapan dari mulut Aiman membuat Adam tidak senang duduk. Tuan Hadif pun suka Awa juga ke? Soal hati Adam sendirian.

    Adam bangun dan melangkah untuk mencari Awatif. Sudah beberapa hari dia tidak melihat wajah Awa yang comel. Dia memang rindu untuk menatap wajah Awa. Adam memberhentikan langkah sebaik saja tiba di meja Awatif. 

   “Eh Adam buat apa tercegat depan meja Awa tu?” Tegur Awatif dengan senyuman. Adam terus menoleh ke pada Awa yang sedang tersenyum padanya.

  “Awa. Awa dah sihat ke? Adam dengar Awa demam sampai masuk hospital. Adam minta maaf sebab Adam langsung tak tahu Awa masuk hospital. Adam baru balik dari semalam.” Ujar Adam dengan perasaan bersalah. 

   “Minta maaf pasal apa? Adam bukan ada buat salah dengan Awa pun.” Tingkah Awa dengan wajah yang blur.

   “Maaflah sebab Adam tak jengguk Awa di hospital.” Adam menerangkan sekali lagi pada Awa. Kedua-dua belah kening Awa terus bertaut.

   “Eh tak payahlah nak minta maaf bagai.  Kalau nak minta maaf tunggulah raya nanti eh.” Jawab Awa dengan selamba. Adam mengeluh dengan perlahan.  Awa terus menuju ke kerusinya. Adam pula garu kepala dengan karenah Awa. 

   “Budak blur ni suka sangat layan Adam. Geram betul aku. Si Adam pun satu kalau pasal Awa cepat je. Geram pula hati aku ni . Aku dekat depan mata dia langsung tak nak pandang. Budak blur , bendul tu juga yang dia gilakan. Menyampah betul aku.” Marah Tasha  dan pada ketika itu dia sedang memegang sebatang pensil. Dengan secara tidak sengaja pensel tersebut patah dua dia kerjakan oleh jari –jemari Tasha. Nampak sangat di situ Tasha sedang cemburu melihat Adam dan Awa yang sedang bersembang dari jauh.

     HADIF menyarungkan  kot hitamnya ke badan. Dia mendapat panggilan dari Datuk Rizman untuk perbincangan tentang tender yang di tawarkan padanya. Tender yang memakan belanja yang besar sememangnya bukanlah suatu perkara yang mudah. Hadif perlu teliti satu persatu agar semuanya berjalan dengan lancar kelak.

   Sebaik saja ingin mencapai handphone miliknya, Hadif terpandangkan pada mug yang tadinya ada sticky note. Hadif memegang mug tersebut sambil tersenyum. Dia kemudiannya mengambil sticky note yang bewarna hijau muda dan juga pen lalu di coretkan sesuatu di atasnya. Selepas itu Hadif terus melekatkan sticky note tersebut pada mug itu sebelum keluar dari biliknya.

   “Awa saya nak keluar sekejap. Nah ambil mug ni jangan lupa basuh ya. Saya pergi dulu.” Ujar Hadif sewaktu meletakkan mug yang di pegangnya itu dia tas meja Awa.  Hadif terus melangkah dan Awa pula tayang muka blur dan melihat Hadif saja bosnya itu pergi. Mata Awa kemudiannya terarah pada mug di mana di situ tertempal nota kecil untuknya. Awa membacanya.

   Dalam air sirap ada biji selasih
   Kopi ni sedap terima kasih.
   PA saya di kenali  sebagai Miss Blur
   Terima kasihlah awak nak belanjer 
   Dekat bilik saya ada banyak gelas
   Saya tolong awak dengan ikhlas.

   Awa tersenyum sorang diri sebaik saja selesai membaca pantun yang tertera di situ. “Bos ni balas guna pantun juga. Boleh tahan bos pantun.” Ujar Awa dengan senyuman lalu menampalkan note tersebut di dalam diari office miliknya.

Bersambung....

NotaTersepit: Alhamdulilah manuskrip AMB ternoktah juga. Sekarang tinggal review dan check blk yg mana perlu di tambah atau di ubah ke kan sebelum di hantar ke pihak penerbit untuk di nilai.  :D




8 comments:

  1. Dear Ayra, nampaknya gonna miss Awa & Hadif lepas ni...... Kalau boleh, sekali sekala Ayra letak teaser utk AMB ye! Thank you dear...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ida : Hehehe InsyaAllah . Teruskan baca kisah Hadif dan Awa sampai bab 33-35 tuk blog ni ya :D

      Delete
  2. citer ni best...bila agaknya kami boleh peluk novel ni? Good luck to u cik writer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Baba : InsyaAllah kalau ada rezeki. Doa-doakan ya. Terima kasih di atas sokongan anda.. Hehehe . Sekarang ni cik writer tengah edit yg mana perlu sebelum di anta ke pihak penerbit untuk di nilai. :)

      Delete
  3. Berlagu rindu dalam hati
    Tq cik ayra atas entri

    Tepi batas ditanam ubi
    Akan kurindu awa yg mnis ini

    Haaaaa..kan dah berpantun. Kes jngkit dr awa and hadif aaa nii

    :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanah Rishas : Amboi kemain berpantun lagi ye.. .Hehehehe.. tq dear :D

      Delete

Tq sudi komen.:D