SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, April 14, 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 30

Assalamualaikum u ollsss...

Hari ni dah bab yang ke 30 dah kisah AMB ni kan. Tinggal lagi beberapa bab saja yang akan di publish. Manuskrip AMB telah pun di hantar untuk di nilai. Ada rezeki atau tidak sama-samalah kita tunggu. Terima kasih singgah dan baca  :D

                                                   

                                         



BAB TIGA PULUH


Dua Bulan Berlalu…

     DATIN Khadijah sungguh teruja di kala ini. Dia dan suaminya mendapat cucu baru. Cucu dari Hayyan dan juga Reen. Bayi lelaki yang baru lahir pagi tadi membuatkan Reen menanggis kerana impiannya untuk mendapatkan cahayamata kini di makbulkan oleh Allah. Penantiannya sudah berakhir dan dia berjanji dengan dirinya sendiri akan menjaga anugerah Allah ini sebaik mungkin.

    “Syukur Alhamdulilah Ya Allah.” Ucap Reen sewaktu mengendongkan bayinya . Senyuman tidak putus di bibirnya sebaik saja sedar dan melihat anak kecilnya. Hayyan melihat isterinya dengan penuh kasih dan sayang. Impian mereka untuk dapatkan cahaya mata di makbulkan Allah. Syukur Alhamdulilah desis hati Hayyan.

   “Sayang. Terima kasih kerana menghadiahkan abang zuriat.” Ujar Hayyan sewaktu duduk di samping Reen dan memeluk bahu isterinya dengan mesra. Reen menoleh pada suaminya dengan senyuman lalu melentokkan kepalanya ke bahu suaminya.

   “Alhamdulilah bang. Hasrat kita sudah tercapai.” Ucap Reen . Mata mereka ralit melihat bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur . Si kecil yang akan memeriahkan lagi rumahtangga Hayyan dan Reen.

   “Assalamualaikum..” Hayyan dan Reen menoleh.

   “Waalaikumussalam.” Jawab mereka serentak. Di kala itu muncul Datuk Ismail dan keluarganya . Safi juga tidak ketinggalan melawat Reen pada petang itu.

   “Tahniah Reen akhirnya kau bergelar ibu. Anak kau sangat comel.” Ujar Safi sewaktu memeluk Reen dan sempat jarinya mencuit pipi si kecil yang sedang tidur.

    “Terima kasih Safi. Kau pun akan bergelar ibu seperti aku juga nanti.” Balas Reen dengan senyuman.

    “Alahai comelnya cucu tok pa ni.” Giliran Datuk Ismail pula mengusap pipi si kecil sebaik saja si kecil beralih ke dalam dakapan tok ma.

   “Alhamdulilah bang. Kita dapat dapat cucu lelaki.” Tingkah Datin Khadijah pada suaminya dengan senyuman bahagia.

  “Alhamdulilah.Meriah keluarga kita nanti Ijah.” Jawab Datuk Ismail yang sedang leka melihat si kecil. Hayyan dan Reen berpandangan sesama sendiri dengan senyuman manis di bibir. Tiada kata-kata yang mampu di gambarkan ketika ini melainkan dengan ucapan Alhamdulilah.

   “Assalamualaikum..” Kedengaran suara Hadif . Semua mata menoleh padanya.

   “Waalaikumussalam.” Jawab mereka serentak.

   “Sorry Hayyan aku lambat sikit. So mana anak sedara baru aku?” Soal Hadif dengan teruja. Hayyan bangun lalu mendekati sepupunya.

   “Ini anak buah baru daddy.” Ujar Datin Khadijah sambil mendekati Hadif.

    “Comelnya dia. Eh korang nak bagi nama apa dekat Hayyan junior ni?” Soal Hadif sebaik saja mencuit pipi si kecil yang masih lagi berada dalam dakapan neneknya.

    “Haaa kalau bab nama kau kena tanya ibu dia. “ Jawab Hayyan dengan selamba. Reen tersenyum.

   “Reen dah ada nama ke untuk baby ni?” Soal Datin Khadijah. Mata mereka mula tertumpu pada Reen yang sedang bersandar di atas katil.

   “Aah mama. Reen memang dah carikan nama untuk baby ni sebaik saja Reen dapat tau yang kami akan dapat anak lelaki. Abang pun dah setuju. Nama Hayyan junior ni ialah Hafiy Ifwat Bin Hayyan Azri .” Reen tersenyum.

   “Hafiy Ifwat yang bermaksud yang memuliakan yang terbaik.” Jawab Hayyan pula. Hadif menganggukkan kepalanya begitu juga dengan mama dan papanya.

   “Jadi kita panggil dia Hafiy la ya?” Soal Datuk Ismail .

   “Mana-mana je bang. Hafiy Ifwat sedap bunyinya.” Tambah Datin Khadijah. Reen tersenyum lega. Bukan main susah lagi dia mencari nama untuk anaknya. Hayyan telah membelikan beberapa buah buku untuk mencari nama si kecil mereka.

   “Mama jadi ke Hani nak balik sini?” Soal Reen dengan tiba-tiba. Bulan lepas dia sempat berbicara dengan adik iparnya yang berada di luar negara.

   “Jadi. Dia balik minggu depan. Bila mama bagitahu yang Reen dah bersalin terus dia teruja dan tak sabar nak balik tengok anak buah yang baru.” Jawab Datin Khadijah.

    “Safi bila due date?” Soal Datin Khadijah apabila terpandangkan Safi yang sedang berada di sisi Reen. Kelihatan Safi dan Reen sedang bersembang dengan perlahan.

   “Lambat lagi Datin.” Jawab Safi.

    “Oh ya Reen sebelum aku terlupa , mak dengan ayah kirim salam dekat kau. Diaorang akan datang sini tengok cucu pertama mereka ni. Kau pun tahulah mak dengan ayah kita tu susah bebenar nak tinggalkan rumah.”

   “Waalaikumussalam. Tak mengapa Safi. Yang penting mak dengan ayah dah tahu yang aku dah selamat lahirkan baby ni. Aku ni hanya ada keluarga kau dan juga keluarga mertua je Safi. Ini pun aku dah bersyukur dan cukup bahagia.”  Reen tersenyum.

    Hadif membawa keluar handphone miliknya yang berada dalam silent mode. Di situ tertera nama Miss Blur. Dengan kerutan di dahi Hadif terus menjawab panggilan tersebut.

   “Ya Awa ada apa?” Soal Hadif.

    “Bos sorry ganggu. Ini saya terlupa nak ingatkan  pada bos untuk sign dokumen ini. Saya terlupa bos. Minta maaf ya. Bos dekat mana ya? Adam nak dokumen ni petang ni juga. Kalau bos tak masuk office , saya ingat nak ke sana dengan Adam.” Ujar Awatif.

   “Ya Allah saya pun terlupa. Awak dah letak dokumen tu atas meja tadi ya. Erm beginilah sekejap lagi saya balik ke office. Awak tunggu saya dekat office.” Ujar Hadif sewaktu menilik jam di pergelangan tangan.

   “Okey bos. Saya tunggu .” Jawab Awa sebelum memutuskan talian.Hadif memasukkan handphone miliknya ke dalam poket seluar.

   “Hayyan aku kena balik pejabat dulu ada dokumen yang aku terlupa nak sign tadi. Apa-apa pun aku nak ucapkan tahniah pada korang berdua.” Ujar Hadif sambil menepuk bahu sepupunya.

   “Terima kasih. Kau pun carilah penganti. Giliran kau pula beri mama dan papa cucu.” Usik Hayyan dengan selamba. Hadif tergelak kecil.

    “InsyaAllah. Masanya akan tiba juga nanti. Oklah aku minta diri dulu ya.” Sempat Hadif mengucup pipi si kecil.

   “Mama , papa Hadif balik office dulu. Safi awak datang naik apa tadi?” Soal Hadif.

  “Saya datang naik teksi Tuan Hadif. Sejak mengandung ni saya mana boleh memandu sangat. Datang kerja balik kerja pun hushband saya yang tolong.” Jawab Safi.

   “Alang-alang saya nak balik ke pejabat bolehlah awak tumpang saya. Tak perlulah awak nak naik teksi.”

   “Pergilah Safi. Aku tahu kau pun ada kerja juga nak buat. Terima kasih sebab jengguk aku dengan baby dekat sini.” Ucap Reen sambil menepuk lengan Safi.

   “Okeylah macam tu saya tumpang Tuan Hadif. Reen nanti aku datang lagi. Datuk Datin saya minta diri dulu ya.” Safi bersalaman dengan Reen dan juga Datin Khadijah.

   AWATIF bangun dari tempat duduknya setelah mendapat arahan untuk masuk ke bilik Hadif Fakhri.

    “Kenapa bos?” Soal Awa sebaik saja menolak pintu bulik Hadif.

    “Saya dah sign dokumen ni . Awak tolong serahkan pada Adam ya.” Arah Hadif .Awa mendekati meja bosnya lalu mengambil dokumen yang berada di atas meja.

   “Okey bos. Ada apa-apa lagi ?” Awa memandang wajah Hadif.

   “Sebelum saya terlupan, ingatkan saya tentang kontrak Aspirasi dengan Datuk Rizman. Minggu depan Datuk Rizman akan datang ke mari.” Ujar Hadif.  Kontrak itu sangatlah penting.

   “Datuk Rizman? Dia nak datang sini ke? Alah bos kenapa nak datang sini pula. Saya tak sukalah Datuk Rizman tu.” Ujar Awa dengan selamba. Hadif mendongak kepalanya pada Awa yang berdiri di depannya.

   “Suka atau tidak awak tetap kena ada dengan saya pada hari tu. Datuk Rizman tu baik orangnya cuma perangai miang dia tu je yang susah sikit . Janganlah awak bimbang. Selagi awak dengan saya dia tak akan ganggu awak.” Jawab Hadif. Awa menganggukkan kepalanya.

   “Tapi kalau dia buat perangai miang dia macam mana bos.?” Soal Awa . Hadif tergelak kecil.

    “Janganlah awak fikir sangat Awa. Saya dah cakapkan saya ada dengan awak .” Hadif menekankan perkataan ada pada Awa.

  “Errm kalau bos dah kata macam tu okeylah. Saya keluar dulu ya bos. Kasihan Adam dia tunggu dokumen ni dari tadi. Saya kena serahkan pada dia sekarang.” Tingkah Awa lalu meminta diri.
   “Okey .”

   “Eh bos lupa nak cakap. Tahniah sebab dapat anak buah baru. Comel tak baby baru tu? Dah ada nama ke bos?” Sempat lagi tu Awa bertanya sewaktu berada di pintu.

  “Hai mestilah comel macam daddy dia ni. Ibu dengan Papa dia nak letak nama Hafiy Ifwat.” Jawab Hadif dengan selamba. Sempat lagi tu memuji dirinya comel. Awa mencebik.

   “La bos comel ke? tapi… saya tak nampak comel pun. Kalau handsome tu adalah. Wah nama kemain lagi.” Bidas Awa dengan selamba. Mulut Awa ni mengalahkan bertih jagung. Mendengar saja Awa memujinya handsome apalagi kembang setamanlah Encik Kreatif kita.

   “Bos kirim salam eh dekat baby baru.” Sengih Awa .

   “Banyaklah awak punya kirim salam. Baby tu kecil lagi bukan dia boleh jawab Cik Nurain Awatif.” Awa tayang muka blur.

   “Ye ke? Tak boleh eh?” Soal Awa. Hadif menganggukkan kepalanya.

    “Kalau macam tu tak apalah bos. Kirim salam dekat parents dialah dan cakap tahniah sekali. Eeee bestnya ada baby.” Pesan Awa sebelum keluar dari bilik Hadif. Mendengar saja permintaan Awa terus Hadif geleng kepala lalu mengulum senyum. Rasanya sejak Awa jadi setiausaha Hadif memang bibir Hadif tidak lekang dengan senyuman.

    “Adam ni dokumen yang telah bos sign.” Awa menghulurkan dokumen tersebut sebaik saja berdiri di meja Adam.

   “Thanks Awa. Sorry susahkan Awa pula. Awa patut call je nanti Adam ambil dekat meja Awa.” Ujar Adam dengan senyuman.

   “Meja Awa dengan meja Adam bukannya jauh sampai berkilo meter. Buat apa nak membazir call . Bagi  terus lagi senangkan.” Pintas Awa dengan selamba.

   “Errm Awa.. Pasal hari tu Awa dah tak boleh nak pertimbangan lagi ke?” Soal Adam dengan tiba-tiba. Awa tayang muka blur.

  “Pasal hari tu? Hari yang mana tu?” Awa memandang Adam.

  “Tak ada apa-apalah. Thanks ya.” Dalih Adam. Hajat di hatinya adalah untuk bertanyakan tentang jawapan Awa tentang luahan hatinya. Manalah tahu kot-kot jawapan Awa berubah.

  “Okey.” Adam hanya melihat Awa menuju ke mejanya. Dia menghela nafasnya dengan berat sebelum menyambung kerjanya. Tasha memandang Adam dan Awa dengan geram sekali.

   “Macam mana aku buat supaya Adam bencikan Awa. Aku tak suka tengok mereka berdua. Kalau boleh aku nak buat sampai Awa tu resign lagi bagus kalau dia di berhentikan. Aman sikit aku dekat pejabat ni.” Gerutu Tasha dengan perlahan. Matanya terarah pada Awa ketika ini yang sedang menjawab panggilan telefon.


   Tasha Tasha pasal lelaki pun sanggup ya rancang itu dan ini. Kalau dah cinta sangat dekat Adam tu cakap je la tak payah nak pendamkan. Semakin kau pendamkan perasaan tu semakin sakit rasanya.

Bersambung...

NotaTersepit : Berehat seketika dari menulis. Bulan Mei atau Jun barulah kembali menulis IKB. Sekarang ni nk restkan kepala :)


6 comments:

  1. Good job Ayra! Moga segalanya dipermudahkan....Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ida : Amin.. Terima kasih Ida di atas sokongan dan doa awak :)

      Delete
  2. best.... tp kisah Awa pendek sikit la kat n3 ni. Tak puas baca...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Baba. Aaah kisah Awa sikit aje dlm ni. bab ni adalah sambungan kisah Hayyan dan Reen dlm IACM . Mekasih singgah dan baca Tunggu sambungannya ya :D

      Delete

Tq sudi komen.:D