SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

ALAHAI MISS BLUR


Alhamdulilah,syukur setelah lama menunggu akhirnya keluar juga ke versi cetak. Alahai Miss Blur di terbitkan oleh Penerbitan Anaasa pada Februari 2017
Terima kasih Annasa menjadikan Alahai Miss Blur naskah untuk para pembaca. Semoga terhibur dengan kisah Hadif dan Awatif. Andai kata ada kekurangan dalam Alahai Miss Blur ampun maaf kak ayra pinta. Terima pada yang menyokong karya Kak Ayra Zahra. :) ;) :D

Pssstttt ada sesiapa yg masih mencari novel kak ayra?
jom terjah kak ayra di fb Ayra Zahra ye. :) 



SINOPSIS

Dia, gadis yang menjadi dirinya sendiri. Tak perlu make-up tebal. Tak perlu gincu merah menyala. Cukuplah dia gadis simple yang membawa personaliti berbeza. Dia Nurain Awatif aka miss blur!

Kehadiran Awatif di Aspirasi sebagai setiausaha kepada Hadif Fakhri telah memberi ruang pada Hadif Fakhri untuk mengenali siapa Awatif sebenarnya. Sikap blur dan selamba Awatif membuatkan Hadif Fakhri pening kepala. Namun kerana sikap itu jugalah yang telah berjaya mencuit hati Hadif Fakhri. Dia jatuh cinta!
Hadif sembunyi cinta dalam diam. Hailah hati, kenapalah gadis ini boleh meruntuhkan tembok hati aku?
Dia sangat comel. Dia juga jujur. Apa lagi yang hati perlu tolak jika semua dah cukup rasa. Awatiflah pemanis jiwa, dia juga garam dan lada. Hadif memang teruja dengan miss blurnya.
Namun, hanya kerana fitnah, Awatif diberhentikan kerja serta-merta. Tambah luka bila kata-kata Hadif yang mengguris hatinya. Dia berlalu pergi. Tiada apa yang tertinggal di sini.
“Dah, kau pergi keluar sekarang. Hari ini juga aku pecat kau. Kau boleh berambus dari office aku ni,”-Hadif
Saat dia bangkit dan membina hidup baru, Farhan Redza kembali menagih cinta. Cinta yang diharapkan dari Awatif, tapi sayang persahabatan yang dihulur oleh gadis itu. Farhan nekad mengejar.
Mampukah Hadif Fakhri kembali menyatakan sayang pada Awatif dan dapatkan dia mempertahankan Awatif dari Farhan Redza?
“Ehem... Saya tak akan benarkan awak jatuh pada tangan pada sesiapa, Awa. Awak tahu kan saya sayangkan awak dan saya nak awak jadi isteri saya.”
Nurain Awatif, hidupnya biasa sahaja tapi cintanya direbut dua jejaka. Alahai miss blur!


2 comments:

  1. Bila AMB nak ada dlm versi cetakni....

    ReplyDelete
  2. unie mekasih singgah dan baca.. InsyaAllah kalau ada rezeki akan ke versi cetak.. sabar ya...:)

    ReplyDelete

Tq sudi komen.:D