selamat pagi semua dan juga selamat hari guru kepada semua guru yang mengajarku dari zaman tadika sehinggalah Universiti.Jasamu akan di kenang sampai bila2..Mekasih cikgu.Ok hari ni akan di update sambungan Aku Ditakdirkan Untukmu.Mekasih yang singgah dan baca karya ayra zahra..Selamat membaca..=)
MAJLIS pertunangan antara Dian Batrisya dan
juga Zafran Nufail berjalan dengan lancar.Dian Batrisya mengenakan jubah moden
berwarna mint di penuhi pula dengan
manik-manik yang cantik menaburi jubah tersebut.Di kepala Dian pula di kenalan dengan
salendang warna yang sedondon dengan baju.Dian Batrisya sungguh ayu dan cantik
hari ni apabila di mekap sedikit di wajahnya.
Dian Batrisya tersenyum manis di saat jari
manisnya di sarungkan sebentuk cincin emas .Cincin itu menandakan cincin pertunanganya
dengan Zafran Nufail.Cincin emas itu di sarung oleh ibu Zafran Nufail iaitu
Puan Aishah .Selepas itu Dian Batrisya mengucup tangan bakal ibu mertuanya
.Kemudian giliran Dian Batrisya pula menerima kucupan di kedua belah pipinya
oleh Puan Aishah.
Puan Sakinah berada di sebelah Dian
Batrsiya sudah tersenyum lebar.Dhiya’ Batrisya yang berada di sebelah Puan
Sakinah juga turut tersenyum manis apabila melihat Dian telah selamat
bertunang.
“Alhamdulilah.Semuanya berjalan dengan
lancar.” Tingkah Encik Yusuf dengan senyuman.matanya melirik kepada anak
gadisnya Dian Batrisya.
“Alhamdulilah.” Balas Encik Sulaiman
pula.Ayah kepada Zafran Nufail sambil menepuk bahu Encik Yusuf.Mereka berdua
saling tersenyum memandang upacara sarung cincin sebentar tadi.
Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk
mengikat tali pertunangan antara Dian Batrisya dan juga Zafran Nufail selama
enam bulan sahaja.Lagi cepat mereka berdua di satukan lagi bagus.Itulah harapan
kedua-dua buah keluarga.Semoga ikatan silatulrahim yang akan terjalin nanti
akan kekal selamanya.InsyaAllah .
“Tahniah Dian.Cantik sangat Dian hari ni.”
Ujar Dhiya’ sambil mengucup kedua-dua belah pipi kembarnya.
“Terima kasih Dhiya’.Dian menunggu giliran
Dhiya’ pula selepas ini.” Jawab Dian sambil menepuk lengan Dhiya’ Batrisya.
“Ish apa pula Dhiya’.Tak sabarnya nak
tengok Dian berkahwin nanti.” balas Dhiya’ dengan senyuman manis di
bibirkan.Dhiya’ sudah berangankan suasana majlis perkahwinan Dian dan juga
Zafran enam bulan selepas mereka bertunang.
“Haah berangan lah tu.” Tingkah Dian
Batrisya sambil menepuk paha Dhiya’.Dhiya’ terkebil –kebil sambil tersenyum
penuh makna.
“Eh Dhiya’.Lupa Dian nak tanya tadi.Hana
datang tak?Dian tak nampak kelibat di lagi ni?” Soal Dian Batrisya sambil
melilau matanya mencari kelibat teman baiknya Hana Yasmin.
“Dian jangan risaulah.Hana datang .Mungkin
dia ada dekat luar kot makan.Kalau tak silap dia datang dengan kawan dia.Nama
dia Tasha kot.Tadi Dhiya’ sempatlah juga berkenalan dengan kawan dia.” Balas
Dhiya’ pula.
“Baguslah kalau dia datang.Zafran datang
tak?” Soal Dian sambil tersengih.
“Amboi dah cari encik tunang
nampaknya.Zafran datanglah.Dia duduk dekat luar sana.Mana boleh masuk waktu mereka berbincang tadi.” Jawab Dhiya’
dengan selamba.Dian pula sudah tersengih.
“Ish Dhiya’ ni. Dian tanya je.” Tingkah
Dian sambil mencebik pada Dhiya’.
“Dian nak suruh Dhiya’ panggilkan bakal
abang ipar Dhiya tu ke?” Soal Dhiya’ sambil tersenyum penuh makna.
“Hai Dian..Tahniah ..”Dian dan Dhiya’
mendongak ke atas melihat siapakah gerangannya.
“Hana..Tasha.Korang berdua dah makan
ke?” Soal Dian dengan gembira.
“Dah makan dah.Tahniah Dian.Wow
cantiknya Dian hari ni.” Tingkah Tasha sambil duduk bersimpuh di hadapan Dian
dan juga Dhiya’.
“Mana ada cantik Tasha.Biasa ja.”
Tingkah Dian dengan senyuman.
“Dian kau cantik sangat hari
ni.Patutlah si Zafran gila baying dengan kau Dian.” Usik Hana Yasmin pula.Dian
hanya tersenyum langsung tidak memahami maksud yang tersirat apa yang di
perkatakan oleh Hana Yasmin.Tasha sudah menjeling ke arah Hana Yasmin namun
tidak di endahkannya.
“Lepas ni giliran kau pula Hana?Kau bila
lagi?” Soal Dian kepada Hana.
“Aku?Entahlah Dian.Aku pun tak tahulah.”Jawab Hana Yasmin dengan sinis.
“Aku punyakan kau dah ambil.” Sindir
Hana Yasmin dengan perlahan.
“Apa kau cakap tadi Hana?Aku tak
berapa jelas.” Jawab Dian sambil memandang Hana dengan senyuman.
“Aku cakap aku tak tahu bila .”jawab
Hana sambil memaniskan mukanaya di hadapan Dian Batrisya.
“Oh .Aku ingat kau cakap apa tadi.”
Balas Dian dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.
Namun Hana Yasmin langsung tidak
menyedari bahawasanya Dhiya’ Batrisya sudah pun mendengar apa yang di ungkapnya
sebentar tadi.Bukan saja Dhiya’ malah Tasha juga turut mendengarkannya.
Dhiya’ memandang Tasha , begitu juga dengan Tasha memandang Dhiya’
.Hanya mata mereka berdua saja yang berbicara.
Adakah Hana juga turut menyukai Zafran
Nufail?Desis hati Dhiya’ Batrisya.Itulah persoalan yang sedang bermain di kotak
fikirannya sebaik saja mendengar apa yang keluar dari mulut Hana Yasmin
sebentar tadi.
Hana ni dah kenapa?Berapa kali dah aku
pesan sebaik sampai di rumah Dian.Boleh tak kawal emosi sikit.Marah Tasha di
dalam hatinya.
“Korang berdua tunang berapa lama
Dian?”Soal Tasha kepada Dian
“Family kitaorang tetapkan yang kami
berdua bertunang selama enam bulan saja.Mereka kata tak elok kalau di
tangguhkan perkara yang baik.Tempoh enam bulan kenalah menyiapkan semua
keperluan untuk majlis perkahwinan kami nanti.”Jawab Dian sambil membetulkan
selendangnya yang terletak di atas kepala.
“Enam bulan dah tak lama dah tu.Pejam
celik pejam celik dah enam bulan.” Jawab Tasha pula.
“Hana kau kenapa?Senyap je aku tengok dari
tadi.Kau tak happy ke tengok aku bertunang hari ni?” Soal Dian Batrisya sewaktu
matanya terarah pada raut wajah Hana Yasmin yang muram.
“Eh mana ada.Aku gembira tahu tengok kawan
aku.Aku happy sangat-sangat tengok kau dengan Zafran bertunang hari ni.” Jawab
Hana Yasmin sambil mempamerkan senyuman yang tidak ikhlas langsung.
Banyaklah kau punya happy Hana.Aku dah
dengar tadi apa yang kau cakap.Aku tak akan biarkan kau menyakiti hati kakak
kembar aku.Sakit Dian sakitlah aku.Tingkah Dhiya’ di dalam hati.
“Dian diorang nak ambil gambar kamu.”
ujar Puan Sakinah yang baru muncul di tempat mereka berada.
“Boleh saja mak.” Balas Dian.Sewaktu itu juga matanya
terpandang kepada tunangnya Zafran yang di kala ini juga turut memandang
Dian.Terlukis senyuman manis di bibir Zafran sewaktu melihat tunangnya Dian
Batrisya yang sungguh ayu hari ini.
“Boleh kita ambil gambar kenangan majlis
pertunangan korang hari ni.Tadi aku dah ambil sewaktu sarung cincin.Sekarang
aku nak ambil gambar kau dengan Dian pula Zafran.” Ujar kawan lelaki di sebelah
Zafran Nufail.
“Boleh je.Nanti boleh buat montage bila
nak kahwin nanti.” Balas Zafran Nufail dengan senyuman yang lebar.
Sebaik saja mendengar kata-kata dari mulut
Zafran Nufail, Hana Yasmin terus bangun dan berdiri di satu sudut.Dari jauh dia
melihat Dian dan Zafran bersembang dengan mesra sambil ketawa di depan
cameraman.
“Hai Hana..” Tegur Dhiya’ kepada Hana yang
sedang bersandar di dinding.
“Eh Dhiya’ .” Balas Hana dengan senyuman
plastik.
“Cantikkan Dian hari ni.” Dhiya’ cuba
memancing Hana Yasmin.Sempat lagi matanya melirik pada Hana Yasmin di
sebelahnya.
“Aaah cantik.Dian tu memang cantik sejak
dulu lagi.Sama macam Dhiya’. juga.” Balas Hana Yasmin.Pujian yang langsung
tidak ikhlas.
Selepas selesai sesi bergambar bersama
keluarga semua maka berakhir sudahlah majlis pada hari ni.Keluarga Zafran
sedang bersembang dengan keluarga Dian di ruang tamu.
“Zafran..Ingat jaga kakak saya dengan
baik.Kebahagian Dian adalah kebahagiaan Dhiya’ juga.Jangan pernah menyakiti
Dian.” Ujar Dhiya’ sambil memberikan amaran kecil kepada Zafran.
“Dhiya’ jangan risau.Zafran kan sayangkan
Dian.”Balas Zafran dengan senyuman manis.Dian juga turut tersenyum pada Zafran.
“Mudah-mudahan.Amin.” Balas Dhiya’ sambil
memeluk bahu Dian.Walaupun di hatinya tidak tenang selepas terdengar kata-kata
dari Hana tadi tapi di sorokkannya.Di pujuk agar tidak berprasangka buruk pada
Hana.Hana adalah teman rapat Dian.Bagaimana seandainya Hana mengkhianati Dian
suatu hari nanti?Soalan itu mula menerjah di kepalah Dhiya’ sejak tadi.
DHIYA’ termenung di dalam biliknya.Di dalam
kepalanya berfikir tentang hal siang tadi.Dhiya’ berkalih dari kanan kemudian
berkalih ke kiri.Tidak senang duduk Dhiya’ .Dari baring kemudian Dhiya’ bangun
dan duduk bersila di atas katilnya.
“Agak-agak Hana ni memang betul ke ada
perasaan dekat Zafran.Kalau betul dia ada hati pada Zafran mestilah dia sakit
hati tengok Dian bertunang hari ni.Kalau dia tak sakit hati kenapa dia cakap
rupa itu siang tadi?Apa motif dia?Nasib baik Dian tak dengar.Kalau Dian dengar
lagi haru jadinya.” Dhiya’ membebel sendirian.
Dhiya’ memintal-mintal telinga bear yang
menemaninya tidur sambil berfikir .Susah
malam ni nak lelap mata begini rupa.Desis hati Dhiya’ .
“Dhiya’ dah tidur belum?” Soal Dian di
luar pintu bilik sambil mengetuk pintu bilik Dhiya’.
“Belum lagi.Masuklah Dian.Pintu tak kunci
pun.” Balas Dhiya’ dari dalam.Kemudian terjenggul kepala Dian di sebalik pintu.
“Dhiya’ buat apa tak tidur lagi ni?”
Soal Dian sambil duduk di birai katil milik Dhiya’.
“Dhiya’ tak mengantuk lagilah.Dian
kenapa tak tidur lagi?” Soal Dhiya’ dengan sengihan nakal.
“Dian pun tak mengantuk lagi.Bosan dekat
bilik sorang-sorang so Dian datanglah skodeng bilik Dhiya’ sekejap mana tahu
kot-kot Dhiya’ tak tidur lagi.”Balas Dian pula.
“Amboi tahulah dah betunang siang tadi.Tak
kan dah bertunang pun tak lena nak tidur.Encik tunang Dian tak telefon ke malam
ni?” Usik Dhiya’ dengan selamba.
“Kesitu pula Dhiya’ ni.Bukan tak boleh
tidur pasal bertunanglah, tapi mata Dian ni haa degil tak nak tidur lagi.Encik
tunang?Mestilah dah telefon cakap selamat malam dekat Dian.” Balas Dian dengan selamba.
“Hah
tengok , kemain lagi.Mentang-mentanglah dah tunang.” Usik Dhiya’ sambil
tersenyum.
“Kalau nak bahagia macam Dian, Dhiya’
kenalah cari calon suami juga.” Balas Dian.
“Uish tak naklah.Ilham tetap di hati.”
Jawab Dhiya’ dengan selamba .
“Dian..Dian..Dhiya’ nak tanya sikit
boleh?” Soal Dhiya’ dengan tiba-tiba.
“Tak boleh.” Balas Dian dengan
selamba.Terus saja tangan Dhiya’ menepuk paha Dian yang sedang ketawa.
“Ish Dian ni..Tak kira Dhiya’ nak juga
tanya.” Balas Dhiya’ pula
“Dhiya’ nak tanya hal apa?” Soal Dian
pula.
“Ermmm Dhiya’ nak tanya pasal encik tunang
Dian.”
“Kenapa dengan encik tunang Dian?” Soal
Dian dengan pelik.
“Dian sayangkan Zafran sepenuh hati Dian
tak?” Soal Dhiya’ .Mata Dhiya’ terkebil-kebil menunggu jawapan dari Dian.
“Dhiya’ , Zafran tu dah jadi tunang
Dian.Mestilah Dian sayangkan Zafran.Kenapa Dhiya’ tanya macam tu?Ada yang tak
kena ke dengan Zafran?” Balas Dian dengan kerutan di wajahnya.
“Eh bukan bukan bukan.Saja je Dhiya’
nak tahu.Dhiya’ nak Dian bahagia dengan Zafran je.”Balas Dhiya’ dengan senyuman
manis di bibir.
“InsyaAllah Dhiya’.Dian juga doakan
benda yang sama.Semoga hubungan kami kekal.”Balas Dian pula sambil
tersenyum.Melihat senyuman di bibir Dian , terus saja Dhiya’ membuang perasaan
prasangkannya terhadap Hana Yasmin sebentar tadi.
“Bestnya
bilik Dhiya’ ni.” Tingkah Dian dengan sengihan.
“Nak tidur dengan Dhiya’lah tu kan kan kan?”
Soal Dhiya’
“Aaah Dian rasa malam ni nak tidur
dengan Dhiya’ la pula.Bolehkan.” jawab Dian dengan senyuman mekar di bibir.
“Mestilah boleh.Dian pun dah lama tak
melepak di bilik Dhiya’.nanti kalau Dian dah kahwin nanti Dhiya’ keseorangan
la.” Usik Dhiya’ dengan sengihan.
“Amboi kemain mulut Dhiya’ sekarang ni
kan.” Balas Dian sambil membalingkan bantal kecil yang di peluknya kepada
Dhiya’.
“Eh betullah apa yang Dhiya’ cakap tu.”
Jawab Dhiya’ tidak mahu mengaku kalah.
“Tak ada.Tak betul.” Jawab Dian sambil
menutup matanya.
Dian pura-pura tidur ya.Tidak mahu dengar
Dhiya’ mengusik ya.Mereka berdua suka sangat menyakat antara satu sama lain ,
tetapi juara menyakat memang milik Dhiya’ lah.Itu memang menjadi hobi kegemaran
Dhiya’.
Bersambung....
NotaTersepit : Kembali menulis selepas berehat 2 hari kerana kesihatan dan juga kepala blank.Piung piung piung . Bersemangat ok .Fighting .. Ngeee..:)
Terbayang2 Dian yg cantikk :D
ReplyDeletehehehehhee..:D
ReplyDelete