SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, August 19, 2013

[NOVEL] : BIARKAN CINTA ITU PERGI BAB 2

Assalamualaikum u oll..

Rasanya hampir tingga minggu tidak update blog ni kan.Sebelum bercerita lebih lanjut , Saya Ayra Zahra ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua kawan2 dan juga pembaca blog ni.Semua dalam mood beraya lg kan.Ok memandang ADU pun dh habis di update walaupun citenya masih lg panjang.Ramai yang dok tertanya bila nak sambung ADU.Bukan tak nak sambung tapi ADU sudah di hantar untuk di nilai,Kita tunggu sajalah keputusannya nanti .Ok seperti yang di janjikan selepas raya akan di update karya baru karya ke 3 Biarkan Cinta Itu Pergi.Dekat bawah ni sambungan BCIP.Kalau ada yang tidak baca lg Bab 1 BCIP boleh terjah ke BAB 1 BCIP.Selamat membaca dan terima kasih .









BAB DUA


    REEN keluar dari teksi yang menghantarnya di kawasan perumahan .Reen buntu sewaktu keluar dari rumahnya tadi, tidak tahu ke mana harus di tuju.Hujan lebat di kala ini langsung tidak di pedulikan.Reen mengambil beg pakaian lalu berjalan masuk ke salah sebuah rumah.Sewaktu membayar tambang kepada pak cik teksi tersebut sempat Reen mengucapkan terima kasih.

     “Hati-hati nak malam-malam begini..” Sempat pak cik teksi itu menitipkan pesanan pada Reen.Kasihan dia melihat gadis ini yang basah kuyup di tepi jalan sewaktu menahan teksinya.

     “Terima kasih pak cik.” Balas Reen lalu melangkah ke rumah yang masih lagi terang benderang.
     “Assalamualaikum….”  Reen memberikan salam .Dirinya menggigil kerana kesejukkan.Bajunya tak usah cakaplah basah kuyup habis.

     “Assalamualaikum…” Reen memberikan salam lagi , namun masih belum bersahut.Dengan hujan begini pasti tuan rumah ini tidak mendengarnya.

     Kemudian Reen memberikan salam sekali lagi sambil menggoncang pagar rumah tersebut.Akhirnya keluar juga tuan rumah yang menginap di rumah tersebut.

    “Ya Allah..Reen…” Jerit seorang perempuan sebaik saja membuka pintu rumahnya.Selepas itu perempuan tersebut terus menyarung selipar dan mengambil payung yang tersanggut dekat dengan rak kasut lalu berjalan menuju ke pagar rumahnya.

    “Safi..tolong aku…” Ujar Reen sambil menggigil kesejukkan.
     “Apa dah jadi ni Reen.Mari kita masuk dulu.” Ucap Safi lalu memimpin Reen ke dalam rumahnya.

     “Sejuknya Safi..” Tambah Reen pula sebaik saja kakinya memijak lantai rumah Safi.
      “Mari aku hantar kau dekat bilik.Kau pergi mandi dulu nanti baru kita cerita.Kau kena hujan nanti demam pula.” Ujar Safi lalu menunjukkan bilik pada Reen.Di kala itu Reen hanya menganggukkan kepalanya saja.Bibirnya sudah berubah warna kerana kesejukkan.

     “Terima kasih Safi..” Tingkah Reen sewaktu ingin masuk ke dalam bilik air.
      “Sama-sama.Kau mandi dulu.Aku pergi buatkan air untuk kau.Lepas tu baru kau cerita pada aku apa yang dah jadi.” Ujar Safi pula sewaktu ingin menutup pintu bilik yang menempatkan Reen.

       “Apa sudah jadi dengan Reen.?” Soal Safi sendirian sewaktu membancuhkan milo panas di dapur.Pelbagai persoalan yang menerjah di dalam kotak fikirannya.

       “Minum  air ni Reen.” Tingkah Safi sambil menghulurkan mug yang berisi milo panas pada Reen.
      “Terima kasih Safi.” Balas Reen lalu mengambil mug tersebut dan menghirup milo panas dengan perlahan-lahan.
     “Apa sudah jadi ni Reen?Kau buat apa malam-malam buta ni?Suami kau mana?” Soal Safi.Reen terus meletakkan mug tadi di atas meja.

      “Aku tak tahu nak pergi mana Safi.Aku buntu Safi.Abang Aqil dah ceraikan aku.Semuanya mak mertua aku.Suami aku dah ceraikan aku.Aku tak dapat untuk membela diri aku sendiri Safi.”Balas Reen.Air matanya gugur sebaik saja menyebut perkataan cerai.

       “Hah apa dia?Cerai?Aqil ceraikan kau?Pasal apa.Cuba kau cerita pada aku apa yang dah jadi antara kau dengan Aqil?” Soal Safi sambil mendekati Reen.

       “Semuanya gara-gara nak cucu dan juga fitnah.” Balas Reen sambil mengesat air matanya.
      “Aku tak faham.Fitnah apa pula ni?Cuba kau cerita pada aku dari awal sampai akhir.” Ujar Safi sambil menggarukan kepalanya.Selepas itu Reen menceritakan semuanya yang berlaku antara dia dan juga suaminya.

      “Gila ke apa laki kau tu.Gambar macam tu pun dia nak percaya.Belajar kemain tinggi tapi masih tak boleh nak bezakan semua tu.Mak mertua kau pula satu hal tak  habis-habis hal anak di bangkitkan.Belum rezeki kau lagi nak dapatkan anak.Mak mertua kau tu tak reti nak bersabar gamaknya.Geram pula aku.Mentang-mentanglah kau ni anak yatim kemain mereka buat kau macam ni.” Marah Safi .Panas hatinya mendengar cerita dari Reen.

    Safi atau nama sebenarnya Saffiya merupakan kawan Reen dari zaman kecil lagi.Mereka berdua membersar bersama-sama di kampung.Hubungan mereka berdua amatlah rapat sekali boleh di ibaratkan seperti adik beradik.Reen kehilangan kedua ibu bapanya sejak berumur sepuluh tahun lagi.Reen di besarkan oleh opahnya.Dalam masa yang sama juga Reen menjadi anak angkat kepada keluarga Safi.Mereka sekeluarga sememangnya rapat.

    “Aku sedar Safi..Aku bukan menantu pilihan mak mertua aku.Aku juga sedar aku ada kekurangan yang aku tak mampu memberikan anaknya zuriat.Aku tahu aku kurang semuanya di mata mereka.” Luah Reen pula sambil menundukkan kepalanya.

    “Reen ..Dengar sini aku nak cakap dengan kau.Mereka sebenarnya buta menilai kau Reen.Percayalah cakap aku ni Reen, satu hari nanti apabila kebenaran itu muncul Aqil akan datang cari kau kembali .Kau kena tabah Reen.Ini ujian untuk kau.Mungkin depan hari nanti kau akan menemui bahagia kau.Setiap yang berlaku ada hikmah Reen dan kau ingat dalam dunia ini tiada seorang pun manusia yang sempurna.Siapa mereka nak menilai kekurangan kita.” Pujuk Safi sambil memeluk bahu teman baiknya.

    “Kau tahukan Safi.Aku menyanyangi dan menyintai Aqil.Dialah cinta pertama aku .Dia penyuluh hidup aku Safi.” Ujar Reen sambil memandang Safi.

    “Kau dengar sini Reen.Aku tahu kau sayang dan cinta ‘bekas’ laki kau tu.Kalau dia sayangkan kau dia tak akan ceraikan kau malam ni.Kau tengok apa yang dah jadi sekarang.Kau kena terima ini semua.Aqil dah buang kau dari hidup dia kerana dia terpedaya dengan tipu helah maknya.” Tingkah Safi lagi.

    “Aku tahu itu Safi.Sekarang ini aku bimbang.Bagaimana aku nak beritahu pada opah tentang ini.Aku tak nak opah susah hati.Aku tahu pasti opah kecewa.Kau pun tahukan opah paling tidak suka bercerai berai begini tapi bukan aku yang pinta ini terjadi.Aku takut opah akan buang aku juga nanti Safi.Pada siapa lagi aku nak bergantung.Aku dah tak ada sesiapa lagi dalam dunia ini melainkan opah.” Balas Reen lagi.

    “Jangan takut aku kan ada.Kau lupa ya selain opah kau ada aku kau ada mak dengan ayah aku.Opah boleh terima nanti, kau terangkan pada opah apa yang dah terjadi.Lagipun yang terjadi ni bukan salah kau.Ini adalah takdir untuk kau Reen.Kau kena kuat.Aku tetap di belakang kau.”Pujuk Safi lagi.

    “Terima kasih Safi.Kau memang sahabat aku di dunia dan akhirat.Kau satu-satunya sahabat aku di kala susah dan senang.” Balas Reen pula sambil mengukir senyuman dengan payah sekali pada Safi.

     “Jangan sedih.Aku ada.Dah senyum.Aku tak nak la tengok kau menanggis macam ni.Kau kena kuat.Kau kena buktikan pada semua orang yang kau adalah seorang wanita yang kuat dan tabah menghadapi dugaan yang Allah berikan pada kau.” Ujar Safi lagi sambil tersenyum pada Reen manakala Reen juga turut membalas senyuman tersebut.

      “Haa macam ni la kawan aku.” Usik Safi lagi sambil tersengih.Tenang hatinya melihat senyuman di bibir Reen.Safi tahu bukan mudah untuk Reen menerima ini semua namun Safi yakin Reen adalah wanita yang tabah pasti dia boleh hadapi ujian ini.

      “Terima kasih Safi..” Ujar Reen pula .
       “Sama-sama . So apa perancangan kau?” Soal Safi pada Reen.
       “Aku tak tahu Safi.Aku tak tahu nak buat apa lagi.Aku rasa nak balik kampung jumpa opah.” Balas Reen sambil termenung seketika.Di luar hujan masih lagi lebat.

      “Bagus juga tu.Macam ni la apa kata kau balik dengan aku minggu depan macam mana?Aku temankan kau balik kampung lagipun aku nak balik kampung jenguk mak dengan ayah aku dekat kampung.” Ujar Safi.

    “Mak dengan ayah kau tu mak dan ayah aku juga.” Balas Reen.
    “Haa tahu tak apa.Kita balik sama-sama.Minggu depan aku minta cuti kita balik kampung.” Safi tersenyum manakala Reen menganggukkan kepalanya tanda setuju.

      “Hari dah lewat malam ni.Kau pergilah masuk tidur.Ingat jangan fikir apa-apa malam ni.Kosongkan fikiran kau dan tidur dengan tenang.Hal bekas suami kau bekas mak mertua kau buang ke tepi.Mereka dah tak ada dalam kamus hidup kau.” Sempat lagi Safi memberi nasihat.
     “Yalah.Aku masuk tidur dulu.Terima kasih Safi.Kalau kau tak ada dekat sini aku tak tahu apa akan jadi pada aku malam ni.” Ucap Reen lagi.

      “Berapa kali kau nak ucapkan terima kasih pada aku ni Reen.Dah jangan fikir apa-apa.Aku nak kau berehat.Kitakan membesar sama-sama Reen.Sakit kau sakitlah aku.Hari ini hari kau mana tahu esok lusa hari susah aku pula kita tak tahu Reen.Hidup kita ni kan umpama roda sekejap kita berada di atas sekejap kita berada di bawah.” Balas Safi.Reen tersenyum sebelum bangun dan melangkah menuju ke bilik.Selepas itu Safi juga turut bangun dan melangkah ke dapur sebelum melangkah menuju ke bilik tidurnya.Jam di dinding sudah pun berginjak ke angka satu pagi.Matanya sudah mengantuk.

   AQIL berbaring di atas katilnya .Kedua-dua belah tangannya di letakkan di belakang kepalanya.Semalaman dirinya tidak dapat melelapkan mata.Hari ni dia terpaksa mengambil cuti sakit.Kepalanya berserabut memikirkan hal Reen malam tadi.

    “Adakah aku buat keputusan yang betul dengan menceraikan Reen?” Soal Aqil sendirian.
     Jikalau di fikirkan balik tentang gambar semalam mustahil itu gambar isterinya.Selama tiga tahun menjadi suami isteri , Reen tidak pernah curang dengan dirinya.Apa benar yang di katakan oleh maknya.Sakit kepala Aqil memikirkannnya.

    Aqil memandang persekitaran biliknya yang kemas dan teratur.Semuanya di lakukan oleh isterinya Reen.Bau wanggian milik Reen masih terasa di dalam bilik ini.Aqil bangun lalu menuju ke meja solek lalu melihat frame gambar di mana di dalam frame tersebut adalah gambar mereka di hari persandingan pada tiga tahun yang lalu.Aqil mengusap-ngusap gambar tersebut.

    “Aqil kamu dah bangun belum.Mari turun sarapan.Mak dah sediakan sarapan untuk kamu.” Tingkah Puan Salmah sambil mengetuk pintu bilik anak lelakinya.Semalam Puan Salmah dapat tidur dengan tenang sekali apabila berjaya buat anaknya menceraikan menantu yang di benci olehnya.Kalau dulu memang dia menyanyangi Reen namun selepas setahun Puan Salmah berubah di sebabkan mahu cucu.

    “Sekejap lagi Aqil turun.” Balas Aqil sambil melihat wajah isterinya di dalam bingkai gambar tersebut.

    “Cepat turun makan.” Ujar Puan Salmah lagi namun tiada sahutan dari Aqil.
    Aqil meraup-raup mukanya sebelum meletak bingkai gambar tersebut di dalam laci.Aqil terus melangkah keluar dari biliknya menuju ke meja makan.

    Sewaktu menuju ke meja makan , Aqil melihat gambar semalam yang masih lagi bertaburan di ruang tamu.Aqil mengambil dua tiga keping gambar lalu meneliti gambar tersebut.Berkerut-kerut dahi Aqil sewaktu melihat gambar tersebut.

    Jika di pandang pada badan perempuan dalam gambar ini langsung tidak sama dengan badan milik isterinya.
    “Aku mesti siasat ni.Aku kena minta tolong kawan aku ni.”Ujar Aqil dengan perlahan.Kenapa semalam dia langsung tidak perasan bentuk badan perempuan di dalam gambar ini.Semalam matanya hanya tertumpu pada wajah isterinya saja di dalam gambar tersebut.

    “Aqil makan.Gambar tu buat apa kamu tenung lagi.Sudah jelas semuanya kan.Bak sini gambar tu mak nak buang.” Ujar Puan Salmah sebaik saja melihat anaknya menilik gambar tersebut.Bimbang juga kalau anaknya tahu kalau gambar itu semuanya tidak benar hanya sekadar helah untuk anaknya menceraikan menantunya itu.

   Aqil sempat menyorokkan dua keping gambar tersebut di dalam poket seluarnya sewaktu Puan Salmah mengutip gambar yang bertaburan di atas lantai.

    “Perempuan macam ini memang tak boleh buat isteri , dah la mandul.” Ujar Puan Salmah lalu membuang gambar tersebut ke dalam tong sampah.Aqil hanya sekadar memerhati saja lalu duduk di meja makan dan menyuapkan sarapan pagi ke dalam mulutnya.

     Di kepala Aqil pelbagai persoalan yang datang terutama sekali tentang isu gambar tersebut.
     “Selepas selesai hal penceraian kamu nanti , mak nak kamu bersiap sedia untuk kahwin dengan Sarah.Mak akan bincang dengan keluarga Sarah nanti.Kamu kena ikut cakap mak jangan jadi anak derhaka.” Ujar Puan Salmah separuh menggugut anak lelakinya.Aqil hanya mendiamkan diri.

     Ke mana Reen pergi agaknya.Semalam dah la hujan lebat.Desis hati Aqil sendirian.Dalam fikirannya sekarang ini adalah Reen.

     Baru sekarang nak ingat tentang Reen.Semalam sewaktu marah dan lafaz cerai tak ingat dunia.Inilah sifat manusia suka buat keputusan tanpa usul periksa.Mudah percaya pada cakap orang.Benda dah terjadi kalau nak sesal pun memang dah tak berguna.Kebenaran pasti akan muncul nanti.

     “Kamu dengar tak apa yang mak cakap ni Aqil?” Soal Puan Salmah sewaktu memandang wajah anaknya yang sedang menghirup air.


     “Erm dengar ..” Balas Aqil dengan perlahan.

Bersambung ...

NotaTersepit : Kini kembali menulis setelah berehat beberapa minggu.Hehhe.BCIP dalam proses.Dalam masa yang sama juga menyusun plot untuk karya yang ke 4 Alahai Miss Blur akan datang nanti..

8 comments:

  1. Gopoh dan terlalu ikutkan perasaan.. Tak semua ibu tahu apa yg terbaik utk anak2.. Ada jugak yg ikutkan emosi tanpa fikir perasaan anak2.. Harap akak tak jd mcm mak aqil.. Kijam.....

    ReplyDelete
  2. Nk sambungan lg....best...sian reen...tertanya2 sapa watak hero sbb nampak ada 3 nama lelaki .....maybe lelaki ni dlm hidup reen kot....reen akn bahagia dgn sapa.....excited la jln cite mcm ni cuma harap ending tu biar la lain dari yg lain....hehehe

    ReplyDelete
  3. Rozy mekasih singgah dan baca dan komen.Betul apa yg di kata.Ada yg ikut emosi tanpa fikir perasaan anak.Aqil mengikut kehendak mak dia sangat.

    ReplyDelete
  4. Mekasih Nira kerana singgah dan baca.Haa Reen dengan siapa tu kenalah tunggu.Siapa yg akan Reen pilih antara 3.. :)

    ReplyDelete
  5. Best! Seriously aku naaaaakkkkkkk lggggg babe hihi ;)) cecepat siapkannn tauuu :)

    ReplyDelete
  6. hehhee..Tq beb..Sabo ye.Aku update mcm biasa..Kalu siap ko orang pertama yg aku bgtau..Ngeee.. :D

    ReplyDelete
  7. Hhehehe...Ko kan penyolong tegar aku..Kau juga kan yg buat aku kembali menulis..wakakaka..:D

    ReplyDelete

Tq sudi komen.:D