Selamat Pagi.Hari ni dah isnin ke?Alahai...Ok seperti sedia maklum hari ni seperti biasa aku akan update sambungan Aku Ditakdirkan Untukmu bab seterusnya..Ahaaaaa. Bab inilah aku tampilkan watak utama dalam DIRIMU SATU..Rafique dan juga Amani...Ngeee...Apa cite ye mereka sekarang?Selamat membaca dan mekasih...=)
BAB
SEMBILAN BELAS
RAFIQI ARYAN baru saja keluar dari KPJ
Ampang Puteri Specialist Hospital .Di sinilah tempat Doktor Rafiqi
bekerja.Jikalau melihat Rafiqi di klinik sebenarnya itu bukanlah klinik
miliknya tetapi dia hanya gantikan doktor yang merupakan pemilik klinik itu
yang pergi menunaikan umrah.
Selepas itu doktor Rafiqi berjalan sekitar
hospital tersebut.Di badannya sudah tersarung kot yang bewarna putih di
lehernya pula terselit stetoskop .Dokto Rafiqi tersenyum memandang pelawat dan
juga jururrawat serta doktor yang lalu lalang.Di tangannya pula tersedia satu
fail.
Wah berganya doktor Rafiqi Aryan.Jururawat
perempuan yang melihat pasti akan terpikat.Dengan tinggi lampai , wajahnya yang
putih kemerah-merahan .Bibirnya yang selalu tersenyum.Mahu perempuan tidak cari
melihatnya.
“Good morning doktor Rafiqi.” Sapa seorang
doktor perempuan yang bernama Humaira.
“Morning doktor Humaira.Apa khabar?Baby
sihat?” Ujar doktor Rafiqi kepada Doktor Humaira.
“Alhamdulilah baby I sihat..Daddy dia pun
makin sihat.”Tingakah Doktor Humaira.
“Mana suami you ?I tak nampak pula dia hari ni?” Soal Doktor
Rafiqi.
“You ni Rafiqi macamlah tak kenal suami
I tu selalu busy.Doktor Taufik selalu
busy.Nak buat macam mana tugas kita sebagai doktor macam ni la.”Ujar Doktor
Humaira sambil mengusap perutnya yang baru saja memasuki empat bulan.Ini
merupakan anak kedua doktor Humaira.Anak sulungnya lelaki sudah berumur tiga
tahun lebih.
“I
baru kembali bertugas sini hari ni.You pun tahukan I gantikan doktor Alessya
yang pergi menunaikan umarah bersama-sama suaminya.” Balas Doktor Rafiqi lagi.
“Oklah Rafiqi , I kena pergi dulu.Ada
kerja sikit.Jumpa nanti and selamat bertugas kembali.” Ujar Doktor Humaira lalu
melangkah ke wad sakit puan.
Rafiqi meneruskan kembali
langkahnya.Sewaktu berjalan menuju ke salah satu wad doktor Rafiqi ternampak
kawan baiknya Rafique.Rafiqi mempercepatkn langkah untuk mengejar Rafique yang
langsung tidak perasan kehadirannya itu.
“Rafique..” Jerit doktor Rafiqi.Kemudian
Rafique menoleh sebaik saja mendengar namanya di panggil.
“Eh Aryan, kau buat apa dekat sini?” Soal
Rafique sambil bersalaman dengan teman baiknya Aryan.
“ Aku kerja dekat sini.Kau pula apa
cerita ni.Macam mana boleh ada dekat sini?” Soal doktor Rafiqi.Rafique
sememangnya memanggil Rafiqi dengan nama Aryan.
“Aku ?Aku baru dapat baby.Ini aku nak
jemput isteri dengan anak aku untuk di bawa balik.Diorang berdua dah boleh
keluar hari ni.” Jawab Rafique sambil tersenyum lebar.
“Amani dah bersalin.Wah tahniah.Kau dapat
baby boy or girl?” Soal Doktor Rafiqi lagi dengan teruja.Sudah lama dia tidak
berjumpa dengan Rafique dan juga Amani.
“Thanks.Alhamdulilah.Aku dapat baby
boy.Jomlah kalau kau nak tengok anak aku.Aku nak pergi ke sana la ni.” Tingkah
Rafique sambil mempelawa doktor Rafiqi.
“Ok boleh juga.Aku baru je bertugas kembali
di hospital ni.Aku singgah la sekejap tengok anak kau dengan Amani.” Ujar
Doktor Rafiqi sambil berjalan seiringan dengan Rafique.
“Sayang tengok abang jumpa siapa?” Tingkah
Rafique sebaik saja membuka pintu .Amani
sudah pun bersiap dari tadi.Bayinya di dalam pelukan di cium penuh kasih
sayang.Inilah buah hatinya.
“Eh Doktor Aryan apa khabar.Lama tak
nampak.” Tingkah Amani sambil tersenyum kepada doktor Aryan dan juga suaminya.
“Alhamdulilah.Saya sihat.Tahniah Amani
sudah bergelar ibu.” Ujar Doktor Rafiqi.
“Wah comelnya anak kau Rafique..Siapa
nama baby boy ni?” Soal Doktor Aryan pada Rafique yang sedang mencuit si kecil
yang sudah pun beralih tangan dari Amani kepada suaminya Rafique.
“Nama anak aku ni aku dengan Amani letak
Syed Zayyan Faiq .” Jawab Rafique sambil tersenyum.Isterinya Amani juga turut
tersenyum .
“Amboi kau nama anak kemain lagi, tapi aku
suka.Hai Zayyan.Ini uncle Aryan.Nice to meet you..” Ujar Doktro Rafiqi sambil
mencuit pipi Zayyan yang sedang nyenyak tidur.Biasalah si kecil tidur sajalah
di saat ini.
“Doktor Aryan bila nak kahwin?” Soal Amani
dengan tiba-tiba.
“Sayang, Aryan ni liat sikit dengan
perempuan.Kau bila nak cari penganti?Cerita lama lupakanlah.” Balas Rafique
kepada Doktor Rafiqi.
“InsyaAllah.Tiba masanya nanti aku
jemputlah korang berdua.Eh silap bertiga.Bila uncle nak kahwin nanti Zayyan
datang tahu.” balas Doktor Rafiqi kepada sahabatnya sebelum berbicara dengan si
kecil yang sedang tidur dalam dakapan papanya.
“Oklah Fiq, Amani.Aku minta diri dulu.Aku
nak kena lawat pesakit aku ni.Jumpa lagi.Sekali lagi tahniah korang berdua.”
Ujar Doktor Rafiqi lagi sambil menepuk bahu sahabatnya.
“Ok jumpa nanti.” Tingkah Rafique sambil
bersalaman dengan doktor Rafiqi Aryan.Amani juga turut tersenyum kepada doktor
Aryan.
“Sayang jom balik rumah.” Ujar Rafique
lalu menghulurkan Zayyan ke pangkuan mamanya.Amani pula menyambut anaknya
sambil tersenyum manis.
DHIYA’ baru saja selesai menunaikan solat
isyak .Kemudian Dhiya’ melipat telekungnya lalu di letakkan di tempat yang
telah tersedia.Dhiya’ mengambil telefon bimbitnya .Dalam kepala Dhiya’ hanya
seseorang saja yang boleh menolongnya iaitu Doktor Rafiqi.Dhiya’ mula menaip
mesej.
Assalamualaikum
Doktor Rafiqi.
Boleh saya jumpa awak? Saya perlukan
pertolongan dari awak.
Kemudian
mesej tersebut di hantar.Beberapa ketika selepas itu doktor Rafiqi membalasnya.
Waalaikumusslaam
Dhiya’.
Bila?Kalau nak jumpa saya datang hospitallah.Saya tengah sibuk sekarang
ni.
Selepas membaca mesej dari Doktor Rafiqi
sekali lagi Dian membalasnya.
Ok noo problem.Awak kerja dimana sekarang?
Kemudian mesej Dhiya’ dib alas lagi oleh
doktor Rafiqi.
Saya dekat KPJ Ampang Puteri Specialist
Hospital.
Dengan
pantas Dhiya’ membalasnya dengan senyuman.
See you tomorrow.Thanks. =)
Dhiya’ meletakkan kembali telefonnya di
atas katil.Kemudian Dhiya’ merebahkan dirinya di atas tilam.Kepalanya
berserabut memikirkan tentang Hal Hana.Entah mengapa Dhiya’ merasakan sesuatu
yang pelik.Dhiya’ bombangkan Dian.
Begitu sekali kasih sayang seorang adik untu
kakak kembarnya.Begitu juga dengan Dian.Mereka berdua saling melengkapi antara
satu sama lain.
Rafiqi sedang berehat di sofa.Penat baru
balik dari bertugas itu tidak usah cakaplah .Namun inilah hakikatnya.Dia
menggalas satu tanggungjawab yang yang besar untuk di galas.Memang cita-cita
Rafiqi sejak zaman sekolah lagi untuk menjadi doktor.Niat di hatinya untuk
membantu pesakit.
Rafiqi tertanya-tanya sendirian.Mengapa
Dhiya’ mesejnya sebentar tadi Ada hal penting.Apa halnya?Bunyinya sangat
serius.Bisik hati doktor Rafiqi.
Rafiqi berlingkar di atas sofa sambil
menonton televisyen.Matanya kembali kuyu.Mulutnya sudah berkali-kali menguap
kerana kepenatan.Perutnya sudah diisi sebelum pulang ke rumah sebentar
tadi itu yang menjadi-jadi matanya
mengantuk.Orang kata kenyang perut senang hati dan tidur pun senang hati juga.
“Oit Rafiqi bila kau balik?Aku tak perasan
pun.” Ujar Syahir yang membawa sebiji mug yang terisi dengan air milo
panas.Syahir baru saja keluar dari dapur dan menuju ke ruang tamu dan
terlihatnya Rafiqi yang sudah terbongkang di atas sofa.
“Hah Syahir.Aku baru saja baliklah.Aku
penat ni mengantuk sangat.” Balas doktor Rafiqi .Matanya masih lagi tertutup
rapat.
“Kot ya pun nak tidur
agak-agaklah.Pergilah mandi dulu.Kau dah solat belum.Pergilah mandi Busuklah.”
Usik Syahir kepada teman serumahnya.
“Aku dah solat tadi dekat hospital.Makan
pun dah.Malasnya aku nak pergi mandi.” Ujar doktor Rafiqi lagi.
“Banyak handsome muka kau malas nak
mandi.Pergilah mandi dulu baru tidur.” Syahir menepuk bahu Rafiqi.Kemudian
Syahir mengambil remote televisyen untuk menukar channel.
Si Rafiqi ini bukan tengok televisyen pun,
membuta adalah.Ish ish..Bebel Syahir di dalam hatinya.
“Kau baru tahu ke aku handsome?” Soal Rafiqi
kepada Syahir yang sedang khusyuk menonton Samarinda yang sedang di tayangkan.
“Alahai member aku sorang ni dah mula nak
perasan.Nasib baik kau handsome.Kalau tak tak ada maknanya aku nak puji
kau.Baik aku puji diri aku sendiri.Aku pun handsome ok.” Tingkah Syahir sambil
memfokuskan matanya pada skrin televisyen.
“Tapi aku lagi handsome dari kau.” Usik
Rafiqi sambil tersengih.
“Weh dah la.Jangan nak perasan.Baik kau
pergi mandi.” Arah Syahir pada sahabatnya sambil menggelengkan kepalanya.Doktor
Rafiqi Aryan apabila balik ke rumah memang beginilah .Mudah sangat lena.Mungkin
penat bekerja .
Kadang kala kita tidak akan merasai apa
yang mereka rasai sehinggalah kita sendiri yang melaluinya.
“Yalah.Aku nak pergi mandilah ni.” Tingkah
doktor Rafiqi sambil bangun masih lagi belum berdiri.Dengan bermalasan doktor
Rafiqi berdiri.Kemudain doktor Rafiqi menuju ke biliknya untuk mandi sebelum
tidur dengan lenanya.
“Kau jangan terbongkang atas katil
pula.Mandi dulu.” Sempat lagi Syahir menjerit pada temannya.Syahir sempat
menggelengkan kepalanya sebelum menyambung semula menonton televisyen . sambil
mengunyah biskut .
Sebaik saja memasuki bilik doktor Rafiqi
melompat dia atas katilnya seketika ,Matanya di buka seluas-luasnya .Kemudian
doktor Rafiqi mengeluarkan telefon bimbit , dompet dan juga kunci kereta di
letakkan di atas katil.Sebelum bangun sempat lagi doktor Rafiqi membuka telefon
bimbitnya dan melihat wallpaper yang terpapar di situ.Tersenyum sedirian doktor
Rafiqi melihat wajah yang terpampang di situ.
Tiba-tiba Rafiqi terasa rindu pada
Dian.Kesian Dian hari tu muntah-muntah kerana gastric teruk.Kini doktor Rafiqi
sudah tahu yang Dian sememangnya ada gastric.Kalau jadi lakinya Dian mesti
selalu kena ingatkan waktu dia makan.Sempat lagi doktor Rafiqi berangan.
Amboi doktor Rafiqi adakah kamu sudah mula
menyanyangi Dian.Sedarkah kamu bahawa sebenarnya Dian Batrisya adalah tunang
kepada Zafran Nufail.Nampak gayanya doktor Rafiqi sudah membuka pintu hati yang
sudah lama tertutup selepas bekas tunangnya Emylia.
Bersambung...
NotaTersepit:Sekarang aku aku mengalami masalah dalam ADU ni buat2 padam.Mlm td aku padam 6 bab dan marathon balik menaip yang baru.Aiseyyy apa dah jadi ni.Kenapa aku jadi begini .Padahal inilah part yang aku tunggu nk tulis.Mungkin juga tertekan dengan kerja?Next week last kerja pastu berholiday sakan aku sambil menyiapkan ADU..Hhehehe..Wish me luck...Muaahh 3 combo....
Amani dah ada baby!!!! Yeayyyy :)
ReplyDeleteHhehehe..kan..Nanti ada lg penampilan mereka dlm ni..jeng jeng jeng... Happy Family orang kata..:D
ReplyDeleterafique dgn amani ni ada dlm watak novel yg lain kan? x berapa pasti...btl ke? penat perah otak pikir novel apa....sorry klau silap ye!
ReplyDeletetak sabar nk baca time dian n dr rafiqi bercinta..
ReplyDeleteIna : Mekasih baca..aah Rafique dan Amani dlm novel pertama Dirimu satu..
ReplyDeleteNira:Mekasih baca.sabar ye menunggu...:)
BEST .
ReplyDeleteBaby Mio...Mekasih..:)
ReplyDeletebest2...
ReplyDeleteMekasih Runna singgah dan baca..:)
ReplyDelete