SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Thursday, June 13, 2013

[NOVEL] : AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU BAB 18

Assalamualaikum u oll...

Selamat pagi semua .Ok hari ini seperti biasa update sambungan Aku Ditakdirkan Untukmu.Sedikit pengumuman untk pengikut yang baca Dirimu Satu kisah Rafique dan juga Amani.Bab 19 Aku Ditakdirkan Untukmu next week ada sambungannya sikit..Hhehehe.Rafique dan Rafiqi kan best friend di mana aku pernah mention watak Rafiqi dlm Dirimu Satu.Hheehhe..One more thing Karya ke 3 Biarkan Cinta Itu Pergi tunggu ya, akan di update selepas siap Aku Ditakdirkan Untukmu..Mekasih... =)


                               




BAB LAPAN BELAS



    HARI ni hari yang paling sibuk untuk Dian di pejabat.Ke hulu ke hilir dia berlari selepas itu duduk di mejanya mengadap kembali grafik yang di buatnya.Apabila Dian fokus dalam sesuatu kerja adakalanya Dian akan terlupa untuk makan.Hari ni di sebabkan kelam kabut dengan kerja memang Dian terlupa untuk makan.

    Zafran Nufail juga sibuk hari ni di luar pejabat.Maka mereka berdua hari ni hanya bertegur sapa pada belah pagi.Selepas itu Zafran keluar bersama Datuk Khalid .Dain mengadap komputernya dari pagi sehingga pedih matanya.Dian terlepas dan terlupa untuk makan tengahari.

   Dian sempat mengirimkan makanan kepada Kak Hanim tadi , namun masih tidak di makan.Dibiarkan saja di atas meja oleh kerana kesibukan hari ini.Sebaik saja selesai kerjanya Dian menarik nafas lega.Apabila jam sudah berginjak ke pukul tiga Dian baru menunaikan solat zohor .Selepas itulah baru Dian membuka makanan lalu di makanannya.

   Perut Dian sudah masuk angin.Apabila dia makan lewat maka perutnya sudah tidak dapat menerima.Punca utamanya adalah Dian sememangnya ada gastric.Sah kini penyakit gastriknya sudah menyerangnya.Dian menyuapkan nasi dengan perlahan-lahan masuk ke dalam mulutnya kemudian di tolak dengan air.

   Sebaik saja Dian berjaya menghabiskan makannya, Dian menuju ke sinki untuk membasuhkan tangan.Belum apa-apa lagi Dian sudah memuntahkan kembali makanan yang di makannya.Dian hanya berdiri di sinki sambil mengusap perutnya yang tidak selesa.

   Dian muntah berkali-kali sampailah lembik.Kemudian dia terasa ingin pitam kerana sudah kepenatan kerana muntah tidak berhenti.Dian terduduk di tepi sinki  seorang diri.
    “Ya Allah , Dian kenapa ni?” Soal Kak Hanim.Di kala itu Dian hanya mendengar suara Kak Hanim saja matanya sudah memberat untuk di buka.

     “Kak Dian dah tak larat ni.Perut Dian sakit sangat.” Ujar Dian dengan perlahan.
      “Dian muntah ke?” Soal Kak Hanim lagi.Dian hanya menganggukkan kepalanya.
      “Perut Dian masuk angin ni.Dian ada gastric ke?” Soal Kak Hanim lagi.Sekali lagi Dian anggukan kepalanya..Dian tidak mampu untuk bercakap di kala ini.

     “Jom Dian Kak Hanim bawa Dian ke klinik.Teruk sangat ni.Muka Dian pucat sangat dah ni.Mari Kak Hanim tolong papahkan.” Tingkah Kak Hanim kepada Dian sambil membantu Dian berdiri.Dian hanya mengikut saja.Sebaik saja bangun sempat lagi Dian  menuju ke sinki lagi sekali untuk  muntah.

    “Ya Allah , Dian ni mesti kes makan lambat ni ,tu yang perut Dian masuk angin.”Ujar Kak Hanim sambil mengusap belakang Dian dengan perlahan.Kak Hanim sudah risau melihat keadaan Dian tidak bermaya.

   “Jom Kak Hanim bawa pergi ke klinik.” Tingkah Kak Hanim lagi.
    “Kak Hanim, Dian kenapa ni”? Soal Suzie yang baru saja tiba di pantry lalu membantu Kak Hanim memapah Dian.

    “Dian muntah tak berhenti.Perut Dian masuk angin campur pula Dian ada gasterik.” Balas Kak Hanim pada Suzie .Selepas itu Suzie melihat wajah Dian.

    “Dian pucatnya wajah Dian..” Tingkah Suzie lalu memapah Dian dan membawa Dian keluar dari pantary.Kemudian Kak Hanim dan Suzie terus mencapai handbag masing-masing.Suzie singgah ke ruang kerja Dian lalu mengambil handbag milik Dian lalu membantu Kak Hanim memapah Dian menuju ke keluar pejabat.

    Suzie menghidupkan enjin keretanya.Dian dan Kak Hanim berada ditempat duduk belakang.Diam senyap tidak berkutik.Suzie terus memandu keretanya menuju ke klinik yang berdekatan.

     “Cik Dian Batrisya.Silakan masuk.”Ujar pembantu klinik tersebut.Dian membuka matanya sebaik saja namanya di panggil.Dian bangun dan di papah oleh Suzie.Sebaik saja Dian masuk Suzie menunggu Dian di luar bersama Kak Hanim.

    “Dian kenapa ni?” Soal seseorang kepada Dian.Dengan perlahan-lahan Dian mendongakkan kepalanya.

    Terkejut Dian melihat wajah Doktor Rafiqi di kala ini.Aduhai dah kenapa bila aku sakit saja muka doktor ni juga yang aku ketemu.Bebel Dian sendirian.

    “Dian are you ok?” Soal Doktor Rafiqi kepada Dian.Dian hanya menggelengkan kepalanya.
    “Saya nak muntah..” Ujar Dian sambil menuju ke sinki berdekatan yang ada di dalam ruang bilik itu lalu di muntahkan lagi .Seorang pembantu doktor Rafiqi menuju kearah Dian dan membantu Dian.Kemudian Dian di papah menuju ke katil yang telah tersedia.

     “Dian teruk sangat ni awak muntah.Awak baring dulu.” Ujar doktor Rafiqi.Dian hanya mendiamkan diri.

      Beberapa detik kemudian , Dian keluar dari bilik doktor tersebut di bantu oleh pembantu perempuan tadi.Sebaik saja melihat kelibat Dian terus Suzie dan juga Kak Hanim membantu memapah Dian dan membawanya ke kerusi.

     “Dian dah ok ke?Macam mana?” Soal Kak Hanim dengan penuh kerisauan.
     “Dian dah baik sikit Kak Hanim.Tadi doktor bagi Dian ubat gastric dan ubat tahan muntah untuk makan dekat dalam tu.Dian rehat dekat dalam tu sekejap.Kalau Dian muntah lagi memang Dian kena suntiklah Kak Hanim.Nasib baik dah ok.Alhamdulilah.” Jawab Dian  pula sambil bersandar di kerusi.

    “Perut Dian dah ok belum ni?” Soal Suzie pula.Dian hanya menganggukkan kepala.
    “Doktor bagi Dian cuti sakit hari ni. “ Ujar Dian lagi pada Kak Hanim dan Suzie.
    “Baguslah kalau macam tu.Sekejap lagi Suzie dengan Kak Hanim hantar Dian balik ke rumah ya.Ujar Suzie pula sambil tersenyum.

    “Terima kasih Suzie dengan Kak Hanim.Maafkan Dian sebab susahkan Suzie dengan Kak Hanim hari ni ya.” Tingkah Dian sambil memegang tangan Kak Hanim.Kepalanya masih bersandar di kerusi.

    “Tak ada hallah Dian.hari ni hari Dian sakit esok lusa kalau hari kitaorang pula.Kita tak tahukan.” Tingkah kak Hanim lagi.Kemudian Dian tersenyum .Apabila nama Dian di paggil di kaunter terus Dian bangun dan mengambil ubatnya.Kak Hanim dan Suzie berada di sebelahnya.Kiranya Dian di apit oleh Suzie dan juga Kak Hanim.

   “Assalamualaikum mak…”Dian memberikan salam sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.
    “Waalaikumussalam..Dian awalnya kamu balik.Kenapa ni Dian muka pucat sangat ni?” Soal Puan Sakinah sebaik saja melihat wajah anaknya.Dian melangkah lalu menuju ke sofa dan Dian terus baring di situ.Ubatnya di letakkan di atas meja.

    “Dian gastric ya?Ni mesti Dian muntah ni kan sampai macam ni rupa.” Soal Puan Sakinah.Dian hanya anggukan kepalanya kepada maknya.

      “Ya mak.Dian muntah dekat pejabat.Dian dah pergi klinik.Dian nak tidur sekejap mak..Bangun nanti Dian cerita ya mak.” Mohon Dian sewaktu dia membuka tudungnya lalu di letakkan di atas meja.Handbag miliknya juga berada di atas meja.

   “Yalah.Dian berehat dulu.Dian dah call Dhiya’ belum bagitahu yang Dian dah balik rumah.” Soal Puan Sakinah lagi.
    “Belum lagi mak.Dian terlupa.Sekejap Dian call.”Ujar Dian sambil mengambil beg tangannya namun sempat di halang oleh Puan Sakinah.

    “Biar mak telefon Dhiya’.Dian berehatlah dulu.” Ujar Puan Sakinah lalu bangun dan menuju ke meja yang terletak di tepi dinding di mana di situ terletak telefon rumah dan juga telefon bimbit maknya. Puan Sakinah mendail nombor telefon anak kembarnya Dhiya’.Dian memejamkan matanya ,  tidak sampai tiga minit Dian sudah terlelap dengan lenanya.

     Malam itu Dian sudah pulih sedia kala.Selepas tidur petang itu Dian kembali sihat namun ubat harus di makan.Alhamdulilah muntahnya juga sudah berhenti.Malam itu Dian makan dengan berselera sekali.

    “Dian dah berapa kali ayah pesan Kerja-keja juga makan jangan lupa.Tengok hari ni apa jadi.Jangan buat macam tu.Susah hati mak dengan ayah tengok Dian pucat siang tadi.” Tingkah Encik Yusuf yang sedang makan di meja.Dian hanya anggukan kepala saja.Dian tahu mak dan ayahnya risaukan dia.

    “InsyaAllah ayah.Dian tidak akan lupa lagi untuk makan.Hari ni sibuk sangat kot sampai terlupa.”Jawab Dian sambil menyuapkan nasi ke dalam mulut.

    Encik Yusuf pulang tadi terkejut melihat Dian yang tertidur di sofa lalu  Encik Yusuf menjengguk anaknya yang sedang nyenyak tidur.Selepas itu Encik Yusuf ternampak kelibat isterinya lalu bertanyakan kepada isterinya mengapa muka Dian pucat semacam dan mengapa Dian tidur di sini.

     Puan Sakinah telah menceritakan semuanya kepada suaminya tentang kesihatan Dian siang tadi.Dian langsung tidak sedar sewaktu mak dan ayahnya sedang bercakap.Tidur lena kerana kepenatan akibat muntah tanpa henti.

    “Terkejut Dhiya’ petang tadi bila mak call cakap yang Dian dah ada dekat rumah dan sedang tidur .”Tingkah Dhiya’ pula.

   “Habis tu esok Dian kerja ke?” Soal ayahnya Encik Yusuf pula.
    “Kerja ayah.Dian dah sihat.Ayah dengan mak janganlah risau.” Jawab Dian sambil tersenyum.Encik Yusuf sudah menggelengkan kepalanya.

     “Ingat kesihatan harus di jaga.Kerja boleh di cari ganti tetapi kesihatan bukan macam tu.Kita kenalah jaga kesihatan sebaik mungkin agar sentiasa sihat dan cergas.” Ujar Encik Yusuf lagi.
    “Baik ayah.” Jawan Dian sambil tersenyum lagi.

    “Dah cepat habiskan makanan tu.Kita borak selepas ni pula.” Tingkah Puan Sakinah pula.Encik Yusuf , Dian dan juga Dhiya’ sudah tersenyum memandangnya.

    “Baik bos..” Jawab Dhiya’ dengan selamba.Dian sudah tergelak.Dhiya’ ada saja yang nak menjawabnya.Dhiya’ menyorokkan rahsia yang di pegangnya dari Dian.Belum masanya untuk Dhiya’ memberitahu Dian tentang Hana Yasmin dan juga Zafran Nufail.

      Dian sudah pun masuk ke biliknya.Dian menuju ke meja soleknya lalu menyikat rambutnya.Dian melepaskan rambutnya tanpa diikat.Di biarkan rambut panjangnya lepas begitu saja.Dian melihat telefon miliknya yang terletak di atas meja solek.Di belek telefonnya lalu melihat ada panggilan yang tidak di jawab .Dian melihat siapakah yang menelefonnya tadi.Tertera nama Zafran , Dian sudah tersenyum.Baru saja Dian ingin dail semula untuk menghubungi Zafran , telefonnya sudah berbunyi lagi tertera nama Zafran.Dengan pantas Dian menjawab panggilan itu.

    “Assalamualaikum sayang…”
     “Waalaikumussalam..”
      “Zafran dengar Dian muntah teruk hari ni.Kenapa sayang tak makan tengahari siang tadi.Terkejut tahu Zafran bila balik pejabat tengok Dian tak ada.Suzie yang bagitahu yang Dian gastric teruk.Ingat nak call siang tadi tapi takut Dian pula tengah berehat sebab tu Zafran call malam ni.” Tiingkah Zafran Nufail di sebelah sana.

    “Dian terlupa nak makan siang tadi.Betul-betul lupa sebab nak siapkan kerja.” Jawab Dian dengan jujur.

     “Sayang Zafran ni, kalau kerja sampai lupa makan ya.Ish kalau macam ni bila kahwin selalu kena pantaulah sama ada Dian dah makan belum.Ubat dah makan ke sayang?” Soal Zafran lagi pada Dian.Dian yang mendengar di kala ini sudah tersenyum.

    “Janganlah risau.Dian dah ok.Dian dah makan ubat tadi.Sekejap lagi Dian nak tidurlah.” Jawab Dian lagi sambil merebahkan dirinya di atas tilam.

     “Ye ke.Esok Dian datang kerja tak?” Soal Zafran Nufail lagi.
      “Esok Dian kerja.Kenapa Zafran rindukan Dian ke?” Soal Dian sambil ketawa .Saja nak mengusik tunangnya Zafran Nufail.

     “Mestilah Zafran rindukan tunang Zafran yang comel dan manis ni.Hari ni dah la tak dapat luch bersama.Sedih tahu.Esok kita lunch bersama ok.” Ujar Zafran Nufail lagi.Di kala ini juga Zafran Nufail sedang berada di luar pagar sambil mengambil angin malam dan melihat bintang-bintang yang menyinari malam ni.Bulan penuh malam ni sudah terlindung di sebalik awan.

   “Ya la tu.Rindulah sangat kan.” Tingkah Dian pula.Dian memintal rambutnya yang panjang itu.
   “Betullah.Zafran rindukan tunang Zafran ni.” Jawab Zafran lagi yang menyebabkan hati Dian berbunga riang dan tersenyum lebar

   “Oklah Zafran.Dian dah mengantuk.Dian kena tidur dulu.Kita jumpa esok ya Zafran.” Ujar  Dian sambil meminta diri.
    “Ok sayang.Pergilah tidur.Kita jumpa esok.I love you sayang.Selamat malam.” Tambah Zafran lagi .

     “Selamat malam Zafran.Jumpa esok.Assalamualaikum..” Jawab Dian pula.
      “Waalaikumussalam..” Jawab Zafran pula dengan senyuman manis di bibir.

    “Haish Dian mengapalah susah sangat kau nak sebut tiga kata tu.Macam mana nak sebut ya?Asyik tersekat di keronkong saja.Teringin juga nak cakap I love you too dekat Zafran tapi mesti tak terkeluar.Dian silah biasa-biasakan diri anda selepas ini.” Bebel Dian sendiri sambil memeluk bantal kecik.

   Telefon bimbitnya di tenung.Di skrin telefon bimbitnya tertera wallpapaer gambar dia  dan Zafran sewaktu Majlis pertunangan mereka berdua hari itu.Dian tersenyum dan meletakkan telefonnya di atas meja berhampiran dengan katilnya.Kemudian Dian menarik selimut dan cuba memejamkan mata.Sebelum itu Dian menutup lampu utama .Biliknya hanya di terangi lampu meja yang malap.Dian akhirnya terlena dan tidur dengan nyenyak sekali.

Bersambung...

NotaTersepit : Ujung bulan ini bakal menamatkan kerja kontrak di Danau.So lepas ni aku akan fokus sepenuhnya pada manuskrip ADU dan juga BCIP sambil2 jd penganggur terhormat dekat rumah sementara menunggu convo bln 10 dan juga tunggu kerja...Hhehehe..Muaahhh 3 combo..Daaa...

2 comments:

  1. Nak lagi babe! Tak sabr yg isnin punya update nanti. Hikhik :D

    ReplyDelete
  2. hahaha..sabar ye..tunggu isnin nanti i update ..ngeee..:D

    ReplyDelete

Tq sudi komen.:D