Ok seperti yang di janjikan hari ni aku akan update awal sambungan ADU yang sepatutnya aku update esok.Minggu ni aku agak busy sikit dengan hal rumah dan sebagainya.Hehhehe.OK ini sambungannya.Terima kasih kerana singgah dan baca ADU.. =)
BAB
DUA PULUH DUA
“SAYANG sedarlah..” Ujar Zafran Nufail
sambil mengenggam erat tangan milik Dian.Namun masih lagi tiada jawapan.Dian
terus menerus berkeadaan begitu.Tidur lena tanpa gangguan.Kedengaran mesin yang
menunjukkan turun naik graf sahaja yang berbunyi di kala ini.
Zafran Nufail melekapkan tangan Dian ke
pipinya sebelum mengucup jari Dian.Wayar masih lagi berada di tangan
Dian.Berhati-hati Zafran Nufail sewaktu memegang tangan Dian.
Di kala itu juga Hana dan Tasha muncul di
bilik itu.Hana hanya memerhati tingkah laku Zafran yang sedang mengusap tangan
Dian.Hana dan Tasha terus mendekati katil yang menempatkan Dian.Sayu hari Tasha
melihat keadaan Dian.Tasha juga turut mengiringi jenazah Dhiya’ hari itu.Hana
Yasmin sahaja yang tidak menjelma alasannya adalah sibuk.Tasha tahu Hana Yasmin
sengaja bagi alasan.
“Dian ..Aku ni Tasha..Bangunlah Dian.Semua
orang rindukan kau .” Tingkah Tasha sambil berbisik di teliga Dian.Zafran
Nufail hanya memerhati gelagat Tasha.Hana Yasmin yang berada si sebelahnya
langsung tidak di pandang.Zafran Nufail malas untuk mengambil tahu tentang
Hana.
“Dian bangunlah.Hana datang ni.” Begitu
perlahan suara Hana Yasmin berkata-kata.Zafran Nufail hanya memandang Hana
dengan pelik.
Hana ni ok ke tidak? Desis hati Zafran
Nufail.
“Kenapa awak tengok saya macam tu Zafran?”
Soal Hana Yasmin kepada Zafran Nufail.
“Tak ada apa-apa.” Jawab Zafran dengan
selamba sambil mengangkat kedua belah keningnya pada Hana Yasmin.Tasha hanya
mendiamkan diri .Sekadar memerhati gerak geri Hana dan juga Zafran.
Dhiya’ ..aku janji aku akan tengokkan
Dian.Aku tak akan lupa pesanan kau pada aku hari tu.Dian beruntung kerana
mempunyai adik kembar yang sangat menyanyanginya tetapi Allah lebih
menyanyanginya.Tasha berbicara di dalam hatinya.
Hana Yasmin terus memandang wajah Dian yang
sedang koma itu.Tersungging satu senyuman di bibirnya.
Inilah peluang untuk kau Hana.Maafkan aku
Dian.Sekarang ni peluang untuk aku rampas kembali Zafran dari kau.Lepas ni kau
rasalah macam mana aku rasa sakitnya.Lagipun sekarang ni kau dah jadi mayat
hidup.Entah bila kau akan sedar pun aku tak tahu.Mungkin esok, lusa, seminggu,
sebulan tak siapa tahu.Bebel Hana sendirian di dalam hatinya.
Aku akan pastikan yang Zafran akan jatuh ke
dalam tangan aku juga.Kau tolak cinta aku ya Zafran Nufail.Kau belum kenal lagi
aku siapa.Kalau aku tak dapat apa yang aku nak aku bukan Hana Yasmin okey.Gumam
hati Hana Yasmin lagi.
Hana Yasmin tidakkah kamu mengetahui
bahawasanya Allah Maha Mengetahui .Kamu hanya boleh merancang tapi Allah yang
menentukan semuanya.
“Dian bangunlah sayang.I miss you so much.”
Tingkah Zafran sambil memandang wajah Dian lagi.Zafran berdoa supaya Dian cepat
sedar dari komanya.
“Sabar Zafran.Sama-samalah kita berdoa semoga
Dian sedar dari koma.” Ujar Tasha sewaktu memandang Zafran yang sedang
memerhati Dian.Tuluskan hati Zafran menyintai Dian?
“Saya harap Dian akan sedar dari koma .”
Balas Zafran pada Tasha.Di kala itu Tasha hanya anggukan kepala manakala Hana
sudah membuat muka.
Gila ke apa si Zafran ni bercakap dengan
Dian rupa itu.Macamlah si Dian ni boleh dengar.Orang tengah koma kot.Bebel Hana
Yasmin lagi sambil menjeling tajam pada Dian yang sedang terlantar di atas
katil.
Cik Hana Yasmin.Memanglah Dian Batrisya
sedang koma tetapi dia boleh dengar .
“Tasha jomlah balik.Aku nak kena balik
pejabat ni.Banyak kerja dekat pejabat tu.” Ujar Hana Yasmin sambil mencuit bahu
Tasha.
“Eh sekejaplah.Aku nak borak dengan
Dian.Bukan ke kau ambil half day hari ni dengan Datuk Khalid?” Soal Tasha.Hana
Sudah mengeluh dengan perlahan.
“Mana ada aku ambil half day.” Dalih Hana
Yasmin.
Ish si Tasha ni pun satu hal.Buat apa
bagitahu depan Zafran.Marah Hana Yasmin di dalam hatinya.
“Ye ke?Bukan tadi kau ke yang cakap dekat
aku?”Soal Tasha dengan kebinggungan.
“Kau salah dengar kot.Jomlah balik.” Hana
Yasmin menarik tangan Tasha.
“Balik dulu Zafran..Dian..” Ujar Tasha
sewaktu tangannya di tarik oleh Hana.Tasha hanya mengikut saja langkah Hana
Yasmin walaupun hatinya mendengus geram.
“Kau ni kenapa? Tak menyempat betul.Tadi
nak datang kemain nak cepat.Balik pun kemain nak cepat.” Bebel tasha kepada
Hana sambil menarik tangannya.
“Aku dah cakapkan yang aku ada kerja.Jangan
banyak songehlah.” Balas Hana dengan geram lalu masuk ke dalam perut kereta
sewaktu Tasha membuka alarm kereta miliknya.
“Banyak songeh betullah minah sorang
ni.Rimas aku.” Bebel Tasha di luar kereta sebelum tangannya membuka pintu
kereta.Hana Yasmin sudah pun memakai tali pinggang keledar.
PAGI itu doktor Rafiqi masuk ke bilik Dian
untuk melihat perkembangan Dian.Dengan perlahan-lahan doktor Rafiqi memulas
tombol pintu wad tersebut.Mata doktor Rafiqi terus terarah pada Dian.Keadaan
Dian menghampakan doktor Rafiqi.Dian masih seperti semalam.Masih lagi tiada
tanda untuk Dian sedar dari koma.
“Assalamualaikum dan selamat pagi Dian.Bila
awak nak sedar Dian.Semua orang rindukan awak.” Tingkah doktor Rafiqi sambil
menyelak sedikit langsir yang menutupi cermin kaca di dalam bilik itu.
Saya pun rindukan awak juga Dian.Desis hati
doktor Rafiqi di dalam hatinya.Hanya mampu ucapkan perasaan di dalam
hati.Rafiqi sedar Dian milik orang lain.Dian adalah tunang Zafran.Itu hakikat
yang harus di telan oleh doktor Rafiqi.Pedih hatinya hanya Allah saja yang
mengetahui.
Sebaik saja bersarapan tadi terus doktor
Rafiqi berjalan menuju ke bilik Dian di tempatnya.Adakah dia merindui Dian.Ya
itu pasti.Sementara Dian masih lagi di hospital bolehlah dia melihat wajah
Dian.Harapannya kini hanya satu semoga Dian cepat sembuh.Itu doanya.Kebahagian
Dian adalah kebahagian dirinya.
Doktor
Rafiqi merenung wajah Dian yang polos.Terlukis satu senyuman di bibirnya
melihat wajah itu .Dian kelihatan seperti baby..
“Ya Allah.Sembuhkan Dian Batrisya.” Doa
doktor Rafiqi .
“Eh Rafiqi awal kamu datang hari ni.”
Tersentak seketika doktor Rafiqi sebaik saja mendengar suara Encik Yusuf yang
baru saja tiba di bilik tersebut.
“Aah pak cik.Awal sikit hari ni.” Balas
Rafiqi sambil bersalaman dengan Encik Yusuf.
“Mana mak cik ?” Soal doktor Rafiqi
.Pelik melihat Encik Yusuf yang datang seorang diri.
“Mak cik kamu ada je.Sekejap lagi dia
masuk.Tadi dia terserempak dengan kawan lama dia dekat pintu depan sana.”
Terang Encik Yusuf sambil tersenyum kemudian berlalu menuju ke katil
anaknya.Encik Yusuf mengusap kepala Dian.Rafiqi hanya tersenyum dan memerhati
ayah Dian.
Kasih sayang ibu bapa kepada anaknya
tiada tolak bandingannya.Anak adalah anugerah untuk di jaga.
“Eh Rafiqi awalnya hari ni.” Tingkah Puan
Sakinah sambil memandang wajah anak muda di hadapannya.
“Kamu dah bersarapan ke Rafiqi.” Soal Encik
Yusuf pula.
“Dah pak cik.Mak cik dengan pak cik dah
sarapan ke?” Balas doktor Rafiqi.
“Kami dah sarapan dekat rumah tadi.”Jawab
Puan Sakinah sambil tersenyum.
“ Saya minta diri dululah mak cik , pak
cik.Ada kerja nak kena buat.” Doktor Rafiqi minta diri.
“Ya lah.” Jawab Puan Sakinah dan Encik
Yusuf sambil menganggukkan kepalanya kepada doktor Rafiqi.Kemudian doktor
Rafiqi terus berjalan keluar dari bilik tersebut.Sempat lagi doktor Rafiqi
menoleh pada Dian yang berada di atas katil.
“Abang.Baikkan Rafiqi tu.Berkenan saya
kalau nak buat menantu.” Tingkah Puan Sakinah sambil menepuk paha suaminya.
“Memang baik budak tu.Abang pernah nampak
dia bacakan yassin pada Dian.Ermm anak kita Dian dah bertunang Kinah.” Balas
Encik Yusuf pula sambil menghela nafas.
“Abang, Zafran tak datang jenguk Dian ke?
Dian ni kan tunang dia.”Soal Puan Sakinah pada suaminya.
“Entahlah Kinah.Saya pun tak pasti sama ada
Zafran tu datang ke jenguk Dian di sini.Mungkin dia sibuk dengan kerja dia
kot.” Ujar Encik Yusuf untuk menyedapkan hatinya dan hati isterinya.
Memang susah Encik Yusuf melihat Zafran
dekat hospital ni.Mungkin kerana kesibukan kot yang membuatkan Zafran tidak
datang jenguk tunangnya di sini.
“Agaknya bang.”Balas Puan Sakinah dengan
perlahan lalu mengambil tuala kecil dan juga besen sambil menuju ke sinki yang
berdekatan.Puan Sakinah ingin mengelap badan anaknya.
ZAFRAN Nufail berteleku di meja
kerjanya.Orang lain sudah pun keluar untuk makan tengah hari.Dirinya saja yang
masih termenung di ruang kerjanya.Zafran Nufail menghela nafas lalu bersandar
ke kerusi.Fikirannya kini hanya nampak Dian saja.Bilakah Dian akan sedar.Itu
yang sering bermain di fikirannya.
Zafran sangat terkejut apabila dapat khabar
berita yang tunangnya accident.Zafran tidak sempat untuk melihat Dhiya’ buat
kali terakhir .Hal itu memang buat dia terkilan, tetapi jika di fikir balik apa
yang di rasa kini tak sehebat apa yang Dian akan rasa jikalau dia sedar dari
koma.Bagaimanakah reaksi Dian apabila mengetahui yang kembarnya sudah
meninggal.Boleh ke Dian terima hakikat itu.Zafran Nufail tahu yang Dian sangat
menyanyangi Dhiya’.
Semoga Dian boleh terima berita ini apabila
dia sedar dari koma kelak.Desis hati Zafran Nufail sambil melonggarkan tali
leher yang di pakai olehnya.Zafran Nufai memerhati tali leher yang di pakai
olehnya.Itu adalah hadiah dari Dian.Zafran tersenyum sendirian bila melihat
tali leher tersebut.
“Zafran..Kamu tak keluar makan ke?”Soal Kak
Hanim kepada Zafran.Tersentak Zafran apabila mendengar suara Kak Hanim yang
baru saja masuk ke ruang pejabat.
“Tak kak.Saya tak ada selera nak makan.”
Tingkah Zafran Nufail sambil membetulkan duduknya.
“Sabarlah Zafran.Kamu kenalah jaga
kesihatan kamu juga.Sama-sama kita berdoa semoga Dian sedar dari koma.Kak Hanim
dah pergi melawatnya semalam.Kesian Kak Hanim tengok keadaan Dian.” Keluh Kak
Hanim.
“Sekejap lagi saya makanlah kak.Saya ambil
half day hari ni.Ingat nak pergi jenguk Dian dan juga family dia sekali.”Ujar
Zafran Nufail pula.
“Baguslah kalau macam tu.Jenguk bakal
mertua kamu tu.Jangan pula kamu lupa.” Kak Hanim memperingati Zafran.
“Ya kak.” Tingkah Zafran Nufail sambil
tersenyum tawar.
“Hai Kak Hanim, dah makan ke?” Soal Hana
kepada Kak Hanim.Hana baru saja masuk di ruang legar pejabat.
“Dah Hana.Kak Hanim baru saja lepas makan.”
Jawab Kak Hanim dengan pelik.Berkerut dahinya melihat perangai Hana hari ni
yang terlebih ceria dari biasa.
“Zafran saya ada belikan awak
nasi.Makanlah.Saya tahu awak tak makan lagi.Saya tahu awak risaukan keadaan
Dian.Bersabarlah .Saya yakin Dian akan sedar nanti.” Tingkah Hana Yasmin sambil
menghulurkan plastik bewarna merah di dalamnya pula terdapat satu bekas
polisterin .
“Hai ceria semacam je kamu hari ni Hana.Ada
apa-apa ke?” Usik Kak Hanim .
“Kak Hanim ni orang nak ceria sikit pun
salah ke?” Jawab Hana dengan selamba sambil tersengih.Kak Hanim hanya
menjungkit bahunya.
“Ambillah saya belikan untu awak.” Ujar
Hana Yasmin kepada Zafran Nufail.
“Terima kasih sajalah.Awak makan je
la.Saya nak keluar ni.” Balas Zafran Nufail lalu berdiri dan buat-buat
sibuk.Malas dia nak melayan kerenah Hana Yasmin.
“Awak nak pergi mana?” Soal Hana dengan
pelik.Bungkusan nasi tadi di letakkan di atas meja Zafran.
“Saya nak keluar makanlah.Kemudian saja nak
pergi melawat buah hati saya di hospital.” Balas Zafran Nufail lagi dengan
geram.
Sibuk saja nak tahu aku nak pergi
mana.Bebel Zafran Nufail di dalam hatinya.
Sebaik saja mendengar Zafran berkata
begitu , Hana terus menarik muka masam.Tak habis-habis dengan Dian.Entah bila
Dian nak sedar pun tak tahu.Aku depan mata dia ni bukannya nak nampak.Dian juga
yang dia nampak.Apa Dian bagi si Zafran ni minyak pengasih ke apa? Gumam hati
Hana Yasmin.
“Ermm ye la.” jawab Hana acuh tak acuh.Kak
Hanim pelik melihat mood Hana Yasmin yang ceria tadi sudah berubah .
“Kak Hanim saya pergi dulu.” Ujar Zafran
Nufail lalu melangkah.Hana Yasmin yang berada di hadapannya memberikan laluan
kepada Zafran Nufail yang ingin berlalu menuju ke pintu keluar.
Hana Yasmin mendengus dengan geram tapi
sempat juga di cover dari pandangan Kak Hanim.Selepas itu Hana Yasmin terus
berjalan menuju ke jabatannya.Nasi yang di belikan untuk Zafran Nufail di
biarkan saja di atas meja kerja Zafran.
Asyik Dian..Dian ..Dian…Menyampah aku.Marah
Hana di dalam hatinya.Berbakul-bakul dia memarahi Zafran Nufail.
Mengapakah perlu cemburu melihat kebahagian
orang lain?Sedangkan diri sendiri boleh bahagia juga.Mengapa perlu sberebut
tunang orang padahal ramai lagi lelaki di luar sana.Sifat cemburu tidak akan
bawa ke mana.
Bersambung...
NotaTersepit : Sibuk mengemas rumah.Hujung minggu ni dah berpindah balik ke kelantan.Jadi penganggur terhormat sementara menunggu kerja.Akan merindui melaka.7 tahun di sini banyak memorinya..huhuhu...Mood menulis aku dah kembali.Alhamdulilah.2 bab satu hari.Chayok2.
best,jahat hana tu x suka saya .
ReplyDeletesmbng lagiii
ReplyDeletebaby mio : mekasih baca...Hana memang watak dia jahat..
ReplyDeleteRuunna : tunggu next week nanti saya sambung.Mekasih baca..:)
Akhirnya, aku boleh komeeennnnn! Yeayyy! :D
ReplyDeleteNak lagi hokayyyyy!!!! mwahhhhhh! ;))
hehehe..tq..nk lg tunggy next week darling..kehkehkeh... :D
ReplyDeleteAkak nak lagi!!!!!! Manyak syiok wooo best giler saya harap jalan cerita di romantik... Dan saya harap lastlast hana dengan rafiqi and zafrul nngan dian sebab jalan cerita macam tu lagi best banyak halangan tapi jodoh tetap kuat. Saya cuma bagi cadangan thanks apa pun NOVEL ADU memang best!!!!!?
ReplyDeleteTerima kasih Aryssa kerana singgah dan baca karya akak yang tak seberapa nih.Hehhehe..Doa2kan ADu ada rezeki..:)
ReplyDelete