SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Thursday, December 19, 2013

[E-NOVEL] : BIARKAN CINTA ITU PERGI @ INDAH ANUGERAH CINTAMU BAB 37

Assalamualaikum u ollss...

Hari ini seperti biasa sambungan BCIP @IACM bab yang seterusnya. Mekasih singgah dan baca. Next week last entry kisah Hayyan dan Reen, yang pasti cik writer akan merindui watak Hayyan dan juga Reen. U ollss jangan sedih kerana dalam Alahai Miss Blur ada sedikit cik writer selitkan  kisah mereka nanti . Sesiapa yang masih belum baca teaser AMB boleh baca di  TEASER AMB  :D


                                      
                                        




BAB TIGA PULUH TUJUH




   KERETA milik Safi memasuki perkarangan rumah Datuk Ismail.Mereka berjaya juga sampai di sini atas bantuan Hadif kerana mereka berdua sesat apabila salah memasuki lorong .Kalau ikutkan senang sangat nak cari rumah besar milik Datuk Ismail namun mereka tersalah lorong menyebabkan Reen terpaksa meminta bantuan Hadif. Segan juga Reen meminta bantuan bosnya tetapi Tuan Hadif membantu mereka berdua dengan mudah sekali.

   “Safi aku seganlah nak masuk rumah besar ni.” Ujar Reen apabila matanya tidak berkelip memandang bangle mewah milik Datuk Ismail.

   “Kau segan aku lagi segan.Gila cantik rumah diorang.Kalaulah aku boleh bina rumah semewah ini mesti best.” Balas Safi dengan selamba .Di tanggalkan seatbelt yang di pakai oleh mereka berdua. Hadif Fakhri mengunci keretanya dan menuju ke kereta Safi.Mereka berdua keluar dari kereta dengan serentak.

   “Jemput masuk Reen , Safi .Family saya dah tunggu awak berdua dekat dalam. Silakan.” Hadif mempelawa mereka berdua masuk.Reen dan Safi mengekori Hadif dari belakang.

   “Assalamualaikum..” Hadif memberikan salam lalu menolak pintu utama dari luar.
    “Waalaikumussalam.Bang Reen dah sampai.” Sahut Datin Khadijah dengan gembira sekali.

   “Masuk Reen .” Tegur Datin Khadijah sebaik saja terpandang wajah Reen yang sedang tersenyum manis padanya.

   “Apa khabar Datin, Datuk ?” Soal Reen lalu bersalaman dengan Datin.Diikuti pula dengan Safi.
   “Alhamdulilah kami sihat.Jemput duduk Reen , Safi.” Tingkah Datuk Ismail.Isterinya di sebelah di pandang. Datin Khadijah tersenyum puas melihat kehadiran Reen di rumahnya.Sudah lama dia ingin menjemput Reen ke mari untuk lebih mengenali antara satu sama lain.

    “Terima kasih.” Balas Reen dan Safi serentak lalu mereka duduk di atas sofa dengan senyuman.
  “Cantik rumah Datin.” Puji Reen dengan senyuman yang sentiasa mekar di bibir.

   “Terima kasih.Reen tak payahlah nak berdatin-datin dengan saya.Panggil saja auntie tapi kalau panggil saya mama lagi bagus.Mesra orang kata tak gitu bang?” Soal Datin Khadijah pada suaminya.Datuk Ismail tersenyum pada Reen dan Safi.

   “Betul tu Reen.Awak kena biasakan panggil kami sama seperti Hadif memanggil kami.” Ujar Datuk Ismail.Hadif memerhati dari jauh.Matanya tidak lepas merenung wajah Reen.

   “InsyaAllah.Saya akan cuba biasakan nanti.” Balas Reen dengan wajah yang segan dan malu.
   “Awak juga kena buang perkataaan Tuan di hadapan nama saya.Kalau dekat pejabat bolehlah awak panggil saya macam tu tapi kalau dekat luar tak perlulah bertuan Hadif dengan saya.”
Tingkah Hadif yang sejak tadi menjadi pemerhati.Reen menoleh pada Hadif dengan senyuman. Hadif masih merenung wajah Reen.Safi sudah tersengih-sengih memandang Reen di sebelahnya.

   “Baik Tuan Hadif.” Balas Reen.
   “Ehemm.Ehem..” Hadif berdehem tanda tidak puas hati apabila mendengar panggilan Tuan di hadapan.Safi menyiku Reen.

   “Maaf..Saya akan cuba panggil nama pula selepas ini.” Hadif menganggukkan kepalanya.Reen menundukkan kepalanya .

   “Datin makan malam sudah terhidang.Silakan.”Ujar Mak Biah yang muncul di antara mereka pada waktu itu.Mereka menoleh pada Mak Biah .

   “Terima kasih.” Balas Datin Khadijah dengan senyuman.

    “Marilah kita makan dulu selepas itu kita sambung bersembang semula.Hadif panggilkan sepupu kamu makan sekali.Dia ada dekat bilik tadi mandi , rasanya dah siap dah tu.” Ujar Datuk Ismail lalu bangun dari sofa.

    “Reen .. Safi .. Jemput ke sana.” Datin Khadijah menghalakan jari telunjuknya ke  arah meja makan .Bibik dan Mak Biah  masuk ke ruang dapur semula.

    “Baik papa.Sekejap Hadif panggilkan dia.” Tingkah Hadif lalu menuju ke arah tangga.Hadif mendaki tangga dan menuju ke tingkat atas .

  “Duduk Reen Safi.Jangan malu dan segan.” Usik Datuk Ismail .Mereka duduk di kerusi makan.Kerusi utama memang tempat duduk ketua keluarga iaitu Datuk Ismail.
   “Lama pula si Hadif ni panggil sepupu dia.” Ujar Datuk Ismail .Matanya melilau-lilau kea rah tangga.

   “Sekejap lagi turunlah budak berdua tu.” Tingkah Datin Khadijah pula sambil menyendukkan nasi ke dalam pinggan suaminya.

   “Pssttt..Siapa sepupu Tuan Hadif?” Soal Safi sambil berbisik dengan perlahan di pada Reen.
   “Aku tak tahulah.Tengok sajalah nanti.” Balas Reen separuh berbisik.

   “Reen Safi saya kenalkan ini sepupu saya .” Tingkah Hadif sambil menepuk bahu sepupunya.Reen dan Safi yang duduk membelakangi Hadif terus menoleh.Terbuntang mata mereka melihat wajah sepupu Hadif.Mereka kenal orang ini.

   “Hayyan..” Ujar Reen dan Safi serentak.Muka mereka juga terkejut melihat Hayyan ketika ini.Hayyan juga terkejut.

    “Reen..Safi..” Ujar Hayyan dengan muka yang tak percaya bahawa di depan matanya kini berdirinya Reen dan juga Safi.

   “Korang berdua dah kenal ke Hayyan?” Soal Hadif dengan pelik.Begitu juga dengan Datuk Ismail dan Datin Khadijah yang terpingga-pingga ketika itu.

   “Aku pernah tolong mereka pada hari aku nak balik ke London dulu.Kereta diorang rosak dekat tengah jalan waktu tu aku lalu situ aku suruhlah Pak Ayob berhenti dan tolong mereka.” Jawab Hayyan mematikan persoalan yang bermain di dalam fikiran Hadif ketika ini.

   “Baguslah kalau korang dah kenal.Hayyan ni papa kenalkan bakal menantu papa dan mama yang juga akan menjadi isteri kepada Hadif tidak lama lagi.InsyaAllah.” Terang Datuk Ismail.Hayyan tersentak.Dia tersedar seketika.Reen adalah orang yang di maksudkan oleh Hadif sebelum ini.Hayyan menarik nafas dalam-dalam.

   Dia merasa sedih dan juga terkilan kerana orang yang dia sukai dalam diam itu sebenarnya adalah bakal menjadi suri Hadif.Kenapa aku baru mengetahui yang Reen adalah orang yang mereka maksudkan selama ini.

   Hadif menganggukkan kepalanya lalu tersenyum pada Hayyan dan kemudiannya dia terus menarik kerusi dan duduk bertentangan dengan Reen.Safi pula tidak tahu apa yang harus dikatakan saat ini.Dia juga terkejut dengan kemunculan Hayyan dalam keluarga ini.Mereka tidak menyangka yang Hayyan dan Hadif sebenarnya sepupu.

   “Kita sambung sembang nanti.Marilah kita makan.Hadif bacakan doa.” Ujar Datuk Ismail sebaik saja Hayyan melabuhkan punggungnya di kerusi.

   Sejurus selepas itu Hadif memulakan bacaan doa makan, manakala mata Hayyan pula  masih ralit melihat wajah Reen yang sedang menadah tangan .Remuk hatinya di kala ini.Apakan daya bukan takdir untuknya.

   HAYYAN sedang berehat di bahagian tepi rumahnya.Di situ tersedia kolam renang dan juga pondok kecil yang di bina untuk bersantai .Hayyan duduk di pondok tersebut sambil memerhati air yang bewarna biru di dalam kolam tersebut.Semenjak makan malam sebentar tadi Hayyan terus menjadi pendiam.Sepatah yang di tanya sepatah yang di jawabnya.

    Hayyan sebenarnya keliru, sedih , terkejut semua perasaan menghantuinya di kala ini.Dia sudah mula menyukai Reen tapi Hayyan tidak boleh untuk terus menyukai Reen.Ini hakikat yang perlu dia terima hari ini.Reen bakal menjadi milik Hadif tidak lama lagi.Mengapa cinta ini selalu rumit? Soal Hayyan sendirian di dalam hatinya.

   “Kami berdua minta diri dulu ya Datuk, Datin , Tuan Hadif.” Ujar Reen dengan senyuman sewaktu keluarga Hadif mengahantar mereka berdua di depan pintu.

    “Tengok panggil Datin lagi.Panggil auntie atau mama saja.” Tingkah Datin Khadijah sambil menggelengkan kepalanya.Reen tersengih malu.

    “Seganlah nak panggil macam tu.” Jawab  Reen lalu menoleh pada Safi yang ketika itu sedang tersenyum penuh makna pada Reen.

    “Apa nak segan Reen.Awak kena biasakan diri juga.” Seloroh Datuk Ismail pula.Hadif pula hanya mendiamkan diri .Matanya malam ini memang tidak lepas memandang wajah Reen.Hari ini barulah dia berkesempatan untuk menatap wajah Reen.

    Mata yang cantik.Bibir yang tak pernah lekang dengan senyuman.Hidung yang mancung.Kulit yang putih.Desis Hadif sendirian sambil menilik wajah Reen.

   “Hadif tolong ikut kereta awak dari belakanglah .Hari dah malam ni.” Ujar Datuk Ismail lalu menoleh pada anak bujangnya.Pada ketika ini juga mata Hadif masih belum beralih lagi merenung Reen.Semua mata kini tertumpu pada Hadif.

   “Hadif dengar tak apa yang papa cakap ni?” Soal Datuk Ismail lalu menepuk bahu Hadif dengan lembut.

   “Hah apa dia?” Soal Hadif.Reen dan Safi berpandangan sesame sendiri.Pelik melihat tingkah laku bos mereka malam ini.

   “Bukan main lagi kamu tenung Reen .” Usik Datin Khadijah.Reen mengerutkan keningnya.
   Alamak Tuan Hadif tengok aku ke tadi? Soal Reen sendirian.

  “Ish mana ada mama ni.Apa papa cakap tadi?” Soal Hadif lalu menggarukan kepalanya.Namun di bibir Datuk Ismail dan juga isterinya sudah pun mengulum senyuman.

   “Papa cakap nak suruh kamu follow kereta Safi. Hantar mereka berdua balik.Hari dah malam ni. Bahaya kalau diorang balik berdua saja.Kamu ikutlah dari belakang.” Ujar Datuk Ismail.Hadif menganggukkan kepalanya.

   “Eh Datuk ..Tak apalah.Kami dah biasa.Jangan risau.Tak payah susah-susah.” Tingkah Reen pula.Safi mengiakan saja.

   “Tak apa biar saya follow kereta awk berdua dari belakang.” Jawab  Hadif lagi.
   “Biar saja Hadif ikut kamu dari belakang.” Tambah Datin Khadijah lagi.

   “Saya tak nak susahkan Tuan Hadif.Ada baiknya Tuan Hadif berehat saja, lagipun esok pepagi lagi Tuan Hadif perlu ke putrajaya .” Sempat lagi tu Reen mengingatkan Hadif tentang jadualnya esok pagi.

   “Beruntung kamu Hadif dapat setiausaha yang sentiasa alert dengan jadual kamu.” Usik mama Hadif.Tersengih Hadif. Reen pula menundukkan  kepalanya.

    “Reen memang Datin.Kalau bab jadual bagi dekat dia memang dia akan ingat.” Tambah Safi sengaja mahu mengusik Reen ketika ini.

  “Lepas ni jadi isteri pula.” Giliran Datuk Ismail pula mengusik.Merah muka Reen menahan malu.
   “Jomlah saya temankan awak berdua balik.Sekejap saya panggilkan Hayyan supaya ikut sekali.Ada juga geng saya dalam kereta.” Ujar Hadif sebelum melangkah mencari Hayyan.Reen menganggukkan kepala sambil tersenyum pada Hadif.

    Hadif masuk semula ke dalam rumah dan mencari kelibat Hayyan.Hadif mencari setiap penjuru dan akhirnya dia ternampak kelibat Hayyan yang sedang bersantai di pondok berdekatan dengan kolam renang.Dekat situ memang port kesukaan Hayyan.

   “Hayyan ..Jom temankan aku hantarkan Reen dengan Safi sekejap.Hari dah malam ni tak akan nak biarkan mereka balik berdua saja.Bahaya.” Ujar Hadif .Hayyan terkejut tidak sempat berkata apa-apa apabila Hadif menarik tangannya.Lamunannya sebentar tadi hilang dengan tiba-tiba.
   “Ya..Ya..” Jawab Hayyan .

    “Jomlah ..” Tingkah Hadif sebaik saja melihat Reen dan Safi selesai bersalaman dengan mamanya.Hayyan tersenyum pada Reen dan juga Safi.

    “Sorry kalau susahkan awak berdua.” Ujar Reen sewaktu mereka berempat menuju ke kereta masing-masing.

    “No problem lah.” Jawab Hayyan.Hadif tersenyum .
     “Tak apa.Anything for you Reen.” Jawab Hadif dengan selamba.Hayyan sudah tidak terkata.Di maniskan wajahnya di depan Hadif dan juga Reen.

    “Terima kasih.Datuk., Datin kami balik dulu.” Ujar Reen sewaktu membuka pintu kereta.Datuk Ismail dan isterinya melambaikan tangan dan tersenyum pada Reen dan juga Safi.
    “Abang tengok tak Hadif tadi?” Soal Datin Khadijah sebaik saja kereta milik Safi dan Hadif keluar dari perkarangan rumah mereka.

     “Abang perasan tadi.Hadif asyik tenung Reen saja.” Jawab Datuk Ismail dengan senyuman.
     “Ijah rasa Hadif tu suka pada Reen.Abang rasa macam mana?” Soal Datin Khadijah pada suaminya lalu melangkah masuk seiringan.

      “Tengok pada cara tenungan dia tadi tak mustahil yang Hadif dah mula untuk menyukai Reen.” Jawab Datuk Ismail.

    “Saya harap pun begitulah bang.Kalau jodoh mereka berdua sayalah orang paling gembira bang.” Tingkah Datin Khadijah lalu meraih lengan suaminya.

    “Jangan katakan Ijah.Abang ni lagi suka tengok Hadif berumahtangga.InsyaAllah.Kita ni hanya merancang tapi Allah yang  menentukan segalanya.” Balas Datuk Ismail.Datin Khadijah setuju dengan apa yang di katakan oleh suaminya itu.Ya kita manusia hanya boleh merancang saja tapi yang tentukan adalah Allah .

Bersambung...

NotaTersepit :semoga semuanya rancangan  berjalan dengan lancar .. Kita hanya mampu merancang namun Allah yang menentukan segala-galanya . Cik writer harap penulisan AMB lagi baik dr yang sebelum2 ini.. :D



6 comments:

  1. Tak sabar hayyan dan reen bersatu...hayyan cepat bertindak..

    ReplyDelete
  2. Antara Hayyan dan Hadif..akak rasa kalau diberi pilihan pada Reen..biarlah pada Hadif kerana kelukaan dihati Hadif akak rasa boleh diubati dengan kehadiran seorg wanita seperti nya... walaupun dia seorg janda tapi dia tahu harga dirinya dan mungkin pengalaman dibenci oleh bekas mak mertuanya akan dapat dilupai kerana bakal mak mertuanya yg kini mmg amat baik dan memahami kisah lalunya dan akak berharap agar bekas mertuanya tidak akan memburuk burukkan dan mefitnah lagi Reen...maupun bekas suaminya datang menagih lagi cintanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. Kak Ida mekasih singgah dan baca. Kita hanya blh merancang tapi Allah yang menentukanNya. Kisah Hadif x usah risau kerana dia akan menemui cintanya di dalam cite Alahai Miss Blur :D

      Delete
  3. Hadoii sian hadif saya...haha.. Dia lagi comel... Biar dia dengan saya jelah...haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. Hadif ada sambungan kisahnya dalam Alahai Miss Blur . AMB akan berada di blog bulan january nanti . Mekasih Farisya singgah dan baca :D

      Delete

Tq sudi komen.:D