Minggu ni adalah minggu last entry Indah Anugerah CintaMu. Seperti biasa hari ini bab yang ke 38 dan khamis ini pula bab yang ke 39 . Mekasih singgah dan baca :)
BAB TIGA PULUH LAPAN
SEBAIK saja menghantar Reen dan Safi sampai di depan pintu pagar rumah mereka Hadif dan Hayyan terus bergerak menuju ke rumah mereka .Hadif menghidupkan enjin keretanya selepas melihat Reen dan juga Safi menutup pintu utama rumah mereka.Malam ini Hadif sudah mengetahui jalan ke rumah yang di duduki oleh Reen dan juga Safi.
Hadif memandu keretanya dengan perlahan.Lagu di radio sedang berkumandang namun langsung tidak menarik perhatian Hadif ketika ini.Dia kemudiannya menoleh pada Hayyan yang sejak dari tadi lagi mendiamkan diri.Hadif pelik dengan Hayyan yang tiba-tiba saja berubah menjadi pendiam.
“Bro kau kenapa?Ada masalah ke?Aku tengok dari meja makan tadi lagi kau banyak diam.Kalau ada masalah apa kata kau ceritakan pada aku.” Tegur Hadif. Hayyan menoleh pada sepupunya.
“Eh mana ada.Mata aku ni rasa mengantuk.” Dalih Hayyan . Apa yang berlaku pada Hayyan ketika ini ada kena mengena dengan Hadif dan juga Reen.
“Iye ke? Kau biar betul.Sejak bila kau ni pandai berahsia dari aku? Kalau ada masalah bagitahu aku. Kitakan dah janji kalau ada apa-apa masalah kita akan bincang sama-sama.Kau lupa eh janji kau?” Soal Hadif.Tangannya kejap memegang stereng kereta ketika ini.
“Betul bro.Aku ok saja.Ini kau macam mana?” Soal Hayyan cuba mengalihkan topic.
“Macam mana apa?” Soal Hadif dengan pelik.Hayyan tersenyum pada sepupunya.
“Kau dengan Reen la.Macam mana?” Soal Hayyan.Hadif sudah tersengih penuh makna.
“Aku dengan dia macam tu la.Aku pun tak tahulah Hayyan.Aku dan Reen masing-masing bagi peluang pada diri masing-masing untuk mengenali antara satu sama lain.” Jawab Hadif dengan selamba.
“Baguslah kalau macam tu.” Jawab Hayyan dengan perlahan.Selepas itu matanya kembali semula memandang jalan raya .
“Kau pernah jumpa dengan Reen dan Safi tu sekali sajalah eh?” Soal Hadif dengan tiba-tiba.Hayyan menoleh lalu bertaut kedua-dua keningnya.
“Tak juga.Aku dengan Hani ada terserempak dengan diorang dekat shopping mall.Aku ada temankan si Hani adik bongsu kesayangan kita pergi jalan-jalan terserempak dengan mereka berdua secara kebetulan.Aku pun tak sangka rupanya Reen orang yang mama maksudkan.” Jawab Hayyan dengan tenang walaupun hatinya sedih di kala ini.Disorokkan perasaan ketika ini.
Bersabarlah Hayyan mungkin antara kau dan Reen memang tiada jodoh.Pasti ada sebabnya mengapa kamu berdua di pertemukan.
“Maknanya Hani pun kenallah dengan Reen tu?” Soal Hadif dengan muka gembira.
“Yup , tapi taklah aku dengan Hani kenal rapat Reen dengan Safi tu.” Balas Hayyan.Hadif menganggukkan kepalanya.
“Kau suka Reen ke?” Soal Hayyan dengan tiba-tiba.Hadif menoleh seketika.
“Aku tak tahulah Hayyan.Aku pernah cakap dengan kau dulukan antara aku dengan Reen tu sekadar majikan dan juga pekerja.Apabila jadi begini aku rasa sedikit gementar.Ini permintaan mama.Aku rasa tak salah kalau aku ikutkan permintaan mama.Orang kata kalau tak kenal maka tak cintakan.” Ujar Hadif lalu menekan brek dengan perlahan apabila ternampak lampu isyarat di hadapan.
“Itu kau kena belajarlah.Sekurang-kurangnya bekas tunang kau tak akan ganggu kau lagi lepas ini.” Balas Hayyan lagi.
“Memang itu yang aku harapkan.Aku kalau boleh tak mahu tengok muka perempuan gedik tu lagi.” Bidas Hadif dengan geram apabila Hayyan menyebut tentang Khay.
“Aku pun tak suka kau dengan Khay tu.Seksi sangatlah sekarang aku tengok.Berbulu mata tengok.Aku tak tahulah kenapa Tan Sri Herman tu boleh tersuka dekat Khay.” Ujar Hayyan apabila teringat wajah Khay yang terserempak dengannya baru-baru ni.
“Lantak dialah.Asalkan Khay dan Tan Sri tu tak ganggu aku dan juga Aspirasi itu sudah cukup bagi aku.” Ujar Hadif.Hayyan menganggukkan kepala tanda bersetuju.
“Hadif aku nak tanya sesuatu ni pasal Reen.” Ujar Hayyan dengan tiba-tiba.
“Kau nak tanya pasal apa?” Soal Hadif lagi.
“Kau tahu ke yang Reen tu sebenarnya ….”
“Janda?” Soal Hadif sambil menoleh pada Hayyan. Belum sempat Hayyan nak tanya sampai habis Hadif dah mencelah terlebih dahulu.
“Yup.” Jawab Hayyan.Hadif Tersenyum seketika.Hayyan memandang sepupunya dengan pelik.
“Aku tahu.Mama dah bagitahu aku.Kau jugakan suruh aku siasat latar belakang dia hari tu.Jadi aku ikut nasihat kau.Kisah lampau dia dengan bekas suaminya itu aku tak mahu peduli.Itu kisah dah berlalu.Ini kisah sekarang tak perlu lagi untuk aku fikirkan kisah dia dengan bekas suaminya dulu.Cukuplah aku tahu yang dia seorang yang baik.” Balas Hadif dengan senyuman.Hayyan menarik nafas lega mendengar jawapan dari mulut sepupunya itu.
Hayyan sebenarnya bimbang jikalau Hadif tidak mengetahui tentang kedudukan Reen.Bimbang kalau Hadif akan menyakiti Reen di kemudian hari walaupun Hayyan tahu yang Hadif tidak akan sekali buat begitu.Namun kita sebagai manusia tidak boleh berjanji apa pun kerna ada kala dan masanya kita tidak mampu untuk mengawal emosi.
“Kau pun tahu ke?” Soal Hadif.
“Mestilah aku tahu.Aku kan kenal dia tambahan pula mama sering kali bercerita tentang dia cumanya aku tak tahu yang orang yang mama maksudkan itu adalah Reen.” Balas Hayyan.
“Ya tak ya juga.Lupa pula aku.” Sengih Hadif.Hayyan memandang wajah sepupunya yang gembira ketika ini.Sudah lama dia tidak melihat wajah Hadif ceria begini selepas putus tunang.Kalau di lihat dari luaran mungkin tengok Hadif seorang yang penyabar dan kuat semangat namun di dalam hati tak siapa yang tahu apa yang dirasainya .
“REEN seriously aku macam tak percaya yang Tuan Hadif tu sepupu kepada Hayyan .Terkejut aku tengok Hayyan ada dekat rumah Datuk tadi.” Ujar Safi yang baru saja keluar dari dapur dan menuju ke sofa di mana Reen berada.
“Jangan kata kau, aku pun terkejut.Selama ni aku tak tahu pun mereka tu sepupu.Kalau Hayyan tu sepupu Tuan Hadif maknanya dialah pemilik Astana.” Tingkah Reen dengan tiba-tiba.Masih dia ingat lagi Hadif pernah mengajaknya ke Astana.Company itu merupakan company milik sepupunya yang waktu itu tidak ada di Malaysia.
“Pemilik Astana.Weh company tu pun besar kot.Wah aku tak sangkalah Hayyan tu pemilik Astana.Kita pun tak pernah tanya dia kerja dekat mana waktu keluar dulukan.” Jawab Safi .
“Itulah pasal.Asyik bersembang kelain macam mana nak tahu kalau begitu.” Tambah Reen pula.
“Handsomelah aku tengok Hayyan malam ni.” Ujar Safi dengan selamba.Reen menoleh pada Safi .Terangkat keningnya.
“Amboi kemain puji Hayyan.Kalau Zuhairi tahu tak ke dia kecil hati nanti?” Soal Reen sekadar mengingati temannya.Safi sudah mencebik.
“Alah aku puji saja tak salahkan.Zuhairi tetap di hati .Dia orang yang aku sayang tahu.” Jawab Safi dengan selamba.Reen sudah tersengih.
“Haaa baguslah kalau kau fikir macam tu.” Balas Reen pula.
“Kau dengan Tuan Hadif tu macam mana nanti?” Soal Safi dengan pelik.
“Macam mana apa?” Soal Reen pura-pura tidak faham maksud tersirat Safi.
“Hubungan kau dengan Tuan Hadif tu la.Angin tak ada ribut tak ada tetiba saja korang nak jadi couple.Bukan setakat couple malahan nak jadi suami isteri.Kau biar betul Reen.Opah dah tahu belum?” Soal Safi .Reen mengeluh seketika.
“Aku pun keliru Safi tapi bab kata Tuan Hadif bagi peluang pada diri masing-masing.Opah dah tahu.Aku mana pernah berahsia dari opah.” Reen menjawab dengan tenang.
“Habis tu opah cakap apa?” Soal Safi lagi.
“Opah kata kalau baik pada aku maka baiklah pada dia tapi opah kata janganlah mengharap sangat bimbang aku akan terluka nanti sebab kita tak tahu apa yang akan jadi depan hari nanti..” Balas Reen.
“Betullah tu.” Jawab Safi dengan selamba.Ada benarya apa yang di katakan oleh opah mereka.
“Eh Aqil dah tak ada ganggu kau lagi kan?” Soal Safi dengan tiba-tiba.
“Tak ada pula.Baguslah dia tak ganggu aku.Apa-apa pun aku sentiasa mendoakan kebahagian dia dengan Sarah. Semoga impian bekas mak mertua aku itu tercapailah.InsyaAllah.” Jawab Reen dengan senyuman.
“Amin.Aku harap dia akan bahagialah dan kau juga turut bahagia dengan kehidupan kau .” Tingkah Safi.Reen tersenyum pada teman baiknya itu.
“Mudah-mudahan.Eh dahlah aku naik tidur dululah.Hari dah larut malam. Kau tak nak tidur lagi ke?” Soal Reen.Safi tersengih.
“Kau naiklah tidur dulu.Aku nak tengok tv sekejap.” Jawan Safi dengan selamba.
“Yalah aku naik tidur dulu.Selamat malam.” Reen melangkah menuju ke tangga.
“Selamat malam.” Jawab Safi namun matanya sudah tidak berkelip memandang televisyen ketika ini.Cerita Hindustan sedang di tayangkan ketika ini.Safi ni peminat tegar cerita Hindustan . Sekarang ini cerita Kahona Pyar Hai yang sedang di tayangkan di televisyen.Safi membetulkan kedudukannya agar lebih selesa.
TAN Sri Herman baru saja memasuki ruang pejabatnya.Di belakangnya pula di ekori oleh orang kanannya .Tan Sri Herman duduk di kerusinya sambil bersandar .Di pusing kerusinya itu ke kanan dan kiri.
“Bos tak akan bos nak biarkan saja Aspirasi handle project tu dengan mudah.” Ujar orang kanan Tan Sri Herman.
“Kau ingat aku akan biarkan Hadif Fakhri begitu saja.Dia belum kenal lagi siapa aku.Memang dia berjaya dapatkan projek itu tetapi dia belum tentu lagi berjaya menyiapkan projek tersebut.Aku akan gagalkan rancangannya itu nanti.” Balas Tan Sri Herman dengan senyuman sinis.
“Habis tu bos nak buat macam mana?” Soal orang kananya lagi.
“Aku dah ada rancangan.Kau Taufik kena handle hal ini.” Ujar Tan Sri Herman.Di kepalanya sudah bersarang dengan idea jahat untuk menggagalkan Aspirasi menyiapkan projek tersebut.
“Rancangan apa bos?” Soal Taufik sambil mengerut dahi.
“Kau duduk dulu.Biar aku terangkan pada kau apa plan aku.Apa yang kau perlu buat .” Arah Tan Sri Herman.Taufik terus menarik kerusi dan duduk di hadapan bosnya.
Pada ketika itu, Khay baru saja sampai di pejabat milik Tan Sri dan juga pejabat yang sepatutnya menjadi miliknya.Khay memulas tombol pintu dengan perlahan.Sudah menjadi kebiasaannya terjah masuk ke bilik Tan Sri dengan selamba.Khay menolak sedikit pintu bilik tersebut lalu terdengar Tan Sri Herman bercakap dengan seseorang.
Khay mengintai di sebalik pintu.Tan Sri Herman sedang merancang sesuatu.Khay menadah telinganya mendengar perancangan yang ingin di buat oleh Tan Sri Herman.Terbuka sedikit mulut Khay apabila mendengar plan untuk menjatuhkan Hadif Fakhri.
Orang tua ni tak habis-habis nak jatuhkan orang Kalau dulu dia hancurkan keluarga aku sekarang ni ada hati pula nak hancurkan business milik Hadif.Gerutu Khay dengan geram.Perangai Tan Sri memang tak berubah .Kalau tak dapat apa yang di inginkan dia akan guna taktik yang kotor.
“Ok bos .Saya faham apa yang perlu saya buat.” Tingkah Taufik sambil tersenyum pada Tan Sri Herman.
“Bagus-bagus.Jangan gagal.Ingat tu.” Ujar Tan Sri Herman dengan ceria.Dia yakin orang kanannya itu mampu lakukan apa saja untuknya.
“Hai darling.I ganggu you meeting ke?” Ujar Khay dengan wajah ceria .Dengan penuh bergaya lagi Khay muncul di muka pintu.Tan Sri Herman menoleh pada buah hati kesayangannya itu.Kesayangan la sangat.
“No sayang.Masuk.” Pelawa Tan Sri Herman lalu bangun dari kerusinya.Di tilik betis milik Khay yang licin dan putih.Khay sememangnya suka memakai skirt .Taufik juga bangun dari kerusinya.
“Bos.Saya keluar dululah ya.” Tingkah Taufik sambil tersengih penuh makna pada majikannya itu.
“Ok .Ingat apa yang kita bincangkan tadi.” Ujar Tan Sri Herman.Taufik menganggukkan kepalanya tanda faham lalu meninggalkan Tan Sri dan juga Khay di dalam bilik tersebut.
“Perbincangan apa pula ?” Soal Khay sekadar bertanya walaupun dia memang sudah mendengarnya sejak tadi.
“Nothing sayang.Hal kerja saja.So you dah makan belum?” Soal Tan Sri Herman.Khay menggelengkan kepalanya.
“Jom I temankan you makan .” Pelawa Tan Sri Herman sambil mencuit pipi Khay.Tersenyum Khay sambil membetulkan rambutnya.
“Okey.” Jawab Khay dengan manja sekali.Tan Sri Herman memaut pinggang ramping Khay lalu berjalan seiringan menuju keluar dari bilik tersebut.Sebaik saja membuka pintu Tan Sri dan Khay terkejut melihat seseorang yang sedang berdiri di hadapannya kini.
“Hai bang nak keluar pergi mana?” Soal Puan Sri Ruby dengan senyuman sinis.Berbulu matanya melihat suaminya memaut pinggang Khay ketika ini.
“I nak keluar dengan Khay sekejap .Ada urusan.” Jawab Tan Sri dengan selamba. Staf-staf mereka sudah biasa jadi masing-masing tidak mempedulikan kehadiran Puan Sri mahupun Khay.Mereka sibuk dengan kerja masing-masing.Mereka sudah masak benar dengan karenah Tan Sri Herman.
“Suka hati awak je bang.Hei perempuan berapa kali aku dah bagi amaran dekat kau jangan ganggu suami aku tapi kenapa kau ni gatal sangat haaa dengan suami orang.Apa dekat luar sana dah tak ada lelaki lain ke kau nak pilih?” Puan Sri Ruby sudah mula menyembur kata-kata pada Khay.Namun Khay hanya berlagak selamba.Sudah acap kali dia di marahi dengan Puan Sri Ruby jadi telinganya memang sudah lali.
Khay melihat kuku di jarinya.Pertanyaan dari Puan Sri Ruby langsung tidak di endahkannya.
“Hey kau dengar tak apa yang aku cakap ni?” Soal Puan Sri Ruby separuh menjerit.
“Ruby , jangan buat kacau dekat pejabat.” Tegur Tan Sri Herman.Puan Sri Ruby menjeling geram pada suaminya kerana membela Khay.
“Abang ni memang tak sedar diri tahu.Abang tu dah tua cukuplah dengan perangai playboy abang tu.Cukuplah isteri abang dua.Tak payah nak tambah cawangan barulah.” Marah Puan Ruby.
“Ruby jaga sikit mulut awak tu.” Tegur Tan Sri Herman lagi.
“Wait..Wait.Kalau Puan Sri nak bergaduh silakan bergaduh dekat dalam.Malulah staf tengok laki bini bergaduh.Oklah I balik dulu.Bye.” Khay bersuara dengan tiba-tiba.Ada baiknya dia pergi ketika ini buat semakkan kepala saja melihat laki bini bergaduh.
“Khay you nak pergi mana tu?” Soal Tan Sri Herman apabila melihat Khay melangkah meninggalkannya.
“I call you later.” Jawab Khay sewaktu menoleh .Khay memberikan senyuman manis pada Puan Sri Ruby.Makin panaslah hati isteri pertama Tan Sri herman.
“Budak yang sebaya dengan anak abang tu nak di jadikan isteri.Memang abang ni tak sedar diri.”Tingkah Puan Sri Ruby lalu meninggalkan suaminya.Ada baiknya dia pulang sebelum hatinya makin berapi .
Bersambung ...
NotaTersepit : Alahai Miss Blur boleh tahan mencabar sebabnya kali pertama cik writer cuba nak buat kisah cinta komedi. Kalau tak cuba kita tak tahukan kan
Adakah khay akan berlari pada Hadif dan menceritakan rancangan jahat Tan Sri Herman dan adakah Hadif akan percaya dengan godaan minah tu. Adakah dalam hati hadif telah terlukis nama reen disitu ..dan byk lagi persoalan persoalan yg sudah pasti bila terjawab akan merungkaikan masalah hadif dan khay...
ReplyDeletemekasih Ida singgah dan baca :D
ReplyDelete