SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Thursday, January 9, 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 3

Assalamualaikum u ollss...

Hari ini sambungan bab yang ke 3 Alahai Miss Blur. Hadif mencari setiausaha yang baru.Errmm siapa agaknya yang menjadi setiausahanya ya? Rasanya semua orang dah tahukan melalui sedutan AMB . Hehehe.. Bab ni kisah Hadif aje . Kisah Awa bab minggu depan ya.. Mekasih singgah dan baca :D


                                    





    BAB TIGA




    HADIF Fakhri membelek-belek senarai resume yang di terima olehnya untuk di pilih. Dia perlu senaraikan pendek mereka yang layak untuk di temuduga. Hadif Fakhri mencari calon setiausahanya yang baru. Hadif termenung seketika melihat resume yang di terimanya.

  “Nak cari PA pun susah sekarang ni.” Bebel Hadif Fakhri sendirian. Dia kemudiannya menggarukan dahinya. Hadif bersandar di kerusinya sambil memandang ke atas.

   “Nak cari PA ni sama juga dengan nak cari calon isteri. Cari seorang yang boleh kita percayai dalam mengerjakan tugasnya.” Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata papanya Datuk Ismail baru-baru ini.

  “Pilih sajalah Hadif yang mana sesuai, tak payah nak peningkan kepala sangat.Kerja berlambak sekarang ni dan aku perlukan seseorang untuk menolong aku.” Hadif terus membelek satu persatu resume.Dia meneliti dari semua sudut.

  Beberapa ketika, pintu bilik Hadif di ketuk dari luar.Dia terus menoleh ke pintu.
   “Masuk.” Arah Hadif Fakhri.Pintu di tolak dengan perlahan-lahan.

   “Sorry Tuan Hadif , saya nak ingatkan yang Tuan Hadif ada meeting sekejap lagi bersama Encik Taufik dan juga Encik Hayyan.” Ujar Safi dengan senyuman.

   “Thanks Safi, sorry susahkan awak . Selagi saya tak dapat setiausaha baru selagi itulah awak akan terus buat dua kerja begini.Kasihan awak Safi.” Balas Hadif Fakhri.

   “Tak mengapa Tuan Hadif.InsyaAllah apabila ada orang yang sesuai dah jadi setiausaha Tuan Hadif saya tak kelam kabut lagi.Janganlah Tuan Hadif risau sangat.” Jawab Safi.

   “Thanks  Safi. Awak dah banyak tolong saya.Sekejap lagi saya akan bagi pada awak resume yang saya pilih untuk di interview nanti.” Ujar Hadif sambil menilik resume yang seterusnya.

   “Baiklah Tuan Hadif. Saya keluar dulu.” Safi meminta diri. Hadif hanya menganggukkan kepalanya dengan senyuman di bibir.

   Setelah di teliti , Hadif telah membuat keputusan untuk mengambil tiga orang dari mereka untuk di temuduga nanti. Hadif menilik jam di pergelangan tangannya.Waktu meeting sudah pun tiba dengan pantas dia bangun dari kerusinya dan menuju keluar dari biliknya.

   “Safi jangan lupa sediakan air untuk mesyuarat saya sekejap lagi.” Sempat Hadif memesan di intercom sebelum melangkah keluar dari pejabatnya dengan membawa dua buah fail dan juga diari kerjanya.
   Hadif Fakhri terus menuju ke bilik mesyuarat sebaik saja pintu di tolak , Hadif masuk lalu melihat tetamunya sudah pun sampai.Hayyan dan Taufik sedang bersembang di meja mesyuarat.

   “Eh korang dah lama ke sampai?” Soal Hadif lalu di tarik kerusinya. Hayyan dan Taufik tersenyum.

   “Kitaorang baru je sampai . “ Jawab Taufik.
   “Sorry aku lambat sikit , tadi aku pilih orang untuk di temuduga untuk jawatan setiausaha aku.” Tingkah Hadif sambil memandang sepupunya dan juga temannya Taufik.

   “Alahai sibuk betul cousin aku sorang ni.” Usik Hayyan.
    “Jemput minum ya.” Ujar Safi sebaik saja menghidangkan air minuman kepada Hadif Fakhri , Hayyan Azri dan juga Taufik.

   “Thanks Safi.” Ucap Hadif. Safi menganggukkan kepalanya sambil tersenyum sebelum dia keluar dari bilik mesyuarat tersebut.

   “Ok kita mula sekaranglah.” Ujar Hadif. Hayyan dan Taufik mengiakan saja. Mereka bertiga mula berbincang tentang urusan projek usahasama antara tiga buah company.

    Selesai saja mereka bermesyuarat, Hadif Fakhri mengajak Hayyan dan juga Taufik untuk keluar makan tengahari bersama-sama. Mereka sudah lama tidak keluar makan bersama dek kerana kesibukan diri masing-masing. Mereka sibuk dengan mengendalikan urusan syarikat masing-masing.

   “Kau macam mana Hadif ? Bila nak kahwin?” Soal Taufik sewaktu mereka sedang menjamu selera. Hadif mendongakkan kepalanya.

   “Entahlah aku tak tahu. Kau ni Fik dah jadi seperti mama aku asyik tanya pasal jodoh saja.Kau tu bila pulak nak kahwin?” Soal Hadif pada Taufik yang sedang tersengih padanya.

   “Aku pun sama dengan kau bro. Actually mama aku pun dah bising soal kahwin ni.Aku ingatkan perempuan je yang selalu kena tanya soalan begini tapi lelaki juga tidak ketinggalan woo. Adik kembar aku Dania sudah kahwin , sekarang ni tinggal aku dan Dahlia saja yang belum kahwin.” jawab taufik dengan selamba.

   “Aku rasa korang berdua dah patut cari calon.” Hayyan menyampuk sambil tersenyum penuh makna.

   “Kau cakap senanglah sebab kau dah kahwin.” Tingkah Hadif dengan selamba.Taufik mengiakan saja kata-kata dari mulut Hadif.

   “Hadif kalau kau nak berkenalan dengan adik aku Dahlia pun boleh.” Tetiba Taufik memberikan cadangan.

   “Aaah la Fik, adik bongsu kau tu single lagi kan ?” Soal Hayyan lalu memandang wajah Taufik. Dia kemudiannya menyapu bibirnya dengan perlahan selepas menyedut air minuman. Hadif Fakhri sudah menjengkilkan matanya pada Taufik dan Hayyan.

   “Kau jangan Hayyan adik aku tu muda lagi dan lagi satu adik aku tu memang minat si Hadif ni. Dia kata muka kau handsome .” Sengih Taufik , terangkat kedua keningnya.

   “Haa elok sangatlah tu.” tambah Hayyan dengan selamba.
    “Amboi-amboi suka hati korang saja ye nak kenakan aku dengan Dahlia? Haa Fik kau kalau adik kau kata aku handsome memang betullah tu.” Jawab Hadif dengan selamba.

   “Kau tengok Fik perasan sungguh si Hadif ni.” Hayyan menggelengkan kepalanya. Hadif tersenyum manis.

   HADIF Fakhri melepak di port kesukaan Hayyan. Rumah Datuk Ismail sunyi sepi. Hayyan sudah berpindah ke rumah barunya bersama-sama Reen. Sekarang ini tinggal Hadif dan juga mama dan papanya di sini. Hani telah pun bertunang dengan Ariq pada bulan lepas dan kini Hani kembali semula ke UK untuk menyambung pengajiannya.

   Jika dahulu adanya Hayyan di dalam rumah ini ada juga teman untuk dia bersembang , kini nampak gayanya bercakap dengan persekitaran rumahnya. Hadif mendongakkan kepalanya memandang ke dada langit. Fikiran ketika ini juga tenang. Hadif ralit melihat keindahan malam hari di terangi bintang-bintang di langit.

   “Anak bujang mama ni buat apa dekat luar ni?” Soal Datin Khadijah sewaktu melangkah menuju ke arah Hadif.

  Sebaik saja mendengar suara mamanya, Hadif menoleh ke belakang lalu tersenyum.
  “Tak ada buat apa pun mama, Hadif ambil angin saja dekat luar ni.Bosanlah duduk atas tak tahu nak buat apa.” Jawab Hadif. Datin Khadijah menarik kerusi lalu duduk bersebelahan anaknya.

   “Rumah kita memang sunyi sebab tu mama nak Hadif cari calon isteri . Meriah sikit bila Hadif dan kahwin dan juga ada anak.” Tingkah Datin Khadijah pula.

   “InsyaAllah mama, tiba masa dan ketikanya Hadif pasti akan bertemu dengan jodoh yang Hadif cari.” Jawab Hadif dengan tenang.

   “InsyaAllah. Mama sentiasa mendoakan untuk Hadif .” Ujar Datin Khadijah sambil tersenyum kepada anak terunanya.

   Bagi Datin Khadijah kali ini dia tidak mahu lagi mencarikan jodoh untuk anak lelakinya itu. Dia tidak mahu perkara dahulu berulang kembali. Biarlah Hadif sendiri yang mencari pasangan hidupnya. Dia gembira melihat Hayyan dan Reen kini bahagia. Dia juga sedar bukan mudah untuk Hadif terima yang Reen berkahwin dengan Hayyan di kala perasaan sayangnya untuk Reen baru berputik ketika itu.

   Jodoh pertemuan itu dari Allah. Kita sebagai manusia di muka bumi ini tak mampu untuk menjangkakan apa yang akan berlaku di kemudian hari.

   “Mama, Hani dan Ariq bila nak di satukan?” Soal Hadif dengan tiba-tiba.
   “Tarikh tu tak pasti lagi bila sebabnya Hani masih lagi berada di UK. Mama dan papa kalau boleh nak satukan mereka berdua dengan cepat. InsyaAllah kalau tak ada aral yang melintang tahun depan kahwinlah Hani dan juga Ariq.” Jawab Datin Khadijah dengan senyuman.Dia gembira dan bersyukur kerana anak bongsunya telah bertunang dengan Ariq anak kepada temannya.

   “Ye ke baguslah kalau begitu. Hadif lagi suka kalau mereka berdua di satukan awal mama.” Hadif tersenyum kepada mamanya.

   “Ijah sampai hati ya tinggalkan abang sorang-sorang dekat atas .” Ujar Datuk Ismail yang baru saja muncul di situ. Datin Khadijah dan Hadif menoleh ke belakang dengan serentak.

   “Bila masa pula Ijah tinggalkan abang ni? bukan ke  abang sudah terlelap tadi?” Soal Datin Khadijah . Suaminya itu sudah pun terlelap sebentar tadi di bilik tidur mereka.

   “Memanglah abang dah terlelap tapi lepas tu terjaga. Abang carilah Ijah.” Ujar Datuk Ismail lalu mendekati isteri dan anaknya. Hadif sudah tersenyum.

  “Papa cemburulah tu mama tengok mama ada dekat sini dengan Hadif.” Usik Hadif dengan selamba. Datuk Ismail tergelak  sambil duduk di kerusi.

   “Papa nak cemburu pada Hadif? tak ada maknanya.Papa kamu ni Hadif bukan apa kalau mama tak ada dekat sebelah dia memang begitulah.” Jawab Datin Khadijah. Suaminya hanya tersenyum.
   “Tahu tak apa.” Jawab Datuk Ismail pula.

    “Hadif bila nak dapat setiausaha  yang baru?” Soal Datin Khadijah dengan tiba-tiba apabila teringat tentang Hadif yang sedang mencari setiausaha yang baru. Anaknya memang cerewet nak pilih setiausaha. Datin Khadijah tahu sejak Reen berpindah di Astana ada beberapa orang yang menggantikan tempat Reen namun yang datang hanya boleh bertahan selama sebulan hingga kedua bulan lepas itu cabut kerana tak tahan dengan ketegasan Hadif dan juga perangai cerewetnya yang datang sekali sekala.

    “Dua tiga hari lepas , Hadif sudah pilih beberapa orang untuk di temuduga. InsyaAllah harap-harap adalah yang terpilih untuk menggalas tanggungjawab sebagai setiausaha Hadif.” Jawab Hadif.
   “Baguslah kalau begitu, papa kasihankan Safi. Dia pun sibuk dengan kerja dia lagi lepas tu nak handle jadual kamu lagi.” Tingkah Datuk Ismail.

   “Itulah papa. Hadif pun kasihankan Safi tu.” Jawab Hadif.
   “Mama harap , setiausaha baru Hadif nanti bolehlah tahan dengan kerenah anak mama ni.” Hadif tersengih. Hadif faham maksud kata-kata mamanya itu.

  “Hadif pun harap begitulah mama. Errm tegas sangat ke Hadif kalau bekerja mama?” Soal Hadif dengan tiba-tiba. Datin Khadijah dan Datuk Ismail berpandangan sesama sendiri.

   “Tegaslah juga kan papa?” Datin Khadijah menoleh pada suaminya.

    “Betul.Papa setuju dengan mama kamu  Hadif. Kita memang perlu ketegasan dalam bekerja tetapi jangan terlalu tegas sangat , kasihan orang lain. Manusia ni pelbagai ragam Hadif di buatnya dapat setiausaha yang sensitive alahai jawabnya selalu memendam rasalah.” Hadif menganggukkan kepalanya.

   Kena ubahlah ni ye? Soal Hadif di dalam hatinya. Hadif menghela nafasnya seketika dia masih ingat lagi salah seorang setiausahanya yang bernama Dylia yang bertahan bekerja dengannya selama sebulan. Dylia memang selalu kena marah kerana selalu sangat terlupa dengan kerjanya. Hadif pernah menegur Dylia berkait dengan hal itu dan selepas itulah Dylia membuat keputusan untuk berhenti kerja.

   Bersabar sajalah Hadif Fakhri , bukan mudah untuk mencari seorang pekerja yang serasi dengan kita. Alam pekerjaan sememangnya mempunyai banyak cabaran di luar jangkaan.

     “Hari dah lewat malam ni , marilah kita masuk tidur.” Ujar Datin Khadijah mematikan lamunan Hadif seketika.

    “Jomlah mata abang pun dah mengantuk ni.” Jawab Datuk Ismail pula lalu bangun dari kerusi . Hadif dan Datin Khadijah juga turut bangun.

   “Selamat malam mama papa.” Ujar Hadif dengan senyuman sewaktu tiba di tingkat atas bersama mama dan papanya.

    “Selamat malam Hadif. “ Jawab Datin Khadijah dan Datuk ismail serentak sebelum mereka bertiga masuk ke dalam bilik masing-masing.


Bersambung ...

NotaTersepit: Tunggu kisah2 lucu karenah Awa yang blur. Cik writer sendiri pun pening kepala lakarkan blur si Awa ni haaa.. Jgn lupa entry minggu depan apa kisah si Awa lepas ni.. :D


2 comments:

Tq sudi komen.:D