Ahaaa hari ni bab kelima pula . Awa dan Akid berada dikampung. Mekasih singgah dan baca :D
BAB LIMA
SUASANA di kampung memang berbeza sekali dengan bandar. Awatif dan Akid berada di kampung atoknya. Mereka pulang ke kampung sehari selepas Awatif interview. Hari ini pula mummy dan daddy Awatif sudah pun bersiap-siap mahu pulang ke Kuala Lumpur.
“Korang berdua duduk sini jangan nakal-nakal . Kalau mummy dapat tahu apa-apa dari atok siap korang berdua.” Puan Fauziah memesan kepada kedua-dua anaknya.Awatif dan Akid hanya tersengih.
“Alright mummy.” Jawab Awatif dan Akid serentak.
“ Abah.. Kalau budak berdua buat hal dekat sini abah call je Yah ya.” Tingkah Puan Fauziah sewaktu bersalaman dengan abahnya.
“Iyelah.Kamu tak usahlah nak bimbangkan budak berdua ni.Kalau diorang ni bertekak ke apa tahulah abah nak buat apa.” Jawab Tuan Haji Taib.
“Relax lah mummy, jangan risau. Akid dengan Kak Awa dah besar tak kan la nak gaduhkan . Betul tak Kak Awa.” Ujar Akid dengan selamba.
“Korang berdua ni bukan boleh percaya sangat. Belakang mummy sukalah korang berdua berperang mulutkan?” Bebel Puan Fauziah pada anak-anaknya.
“Yah janganlah risau sangat. Anak-anak kita sudah biasakan duduk dekat kampung ni.Jomlah kita gerak sekarang abang takut sampai malam pula dekat sana.” Ujar Encik Fathudin pula. Puan Fauziah menoleh pada suaminya lalu menganggukkan kepalanya.
“Mummy dengan Daddy balik dulu. Ingat jangan nakal dan gaduh-gaduh pula. Lagi seminggu lebih daddy datang ambil korang berdua.” Tambah Encik Fathudin kepada Awatif dan juga Akid. Pada ketika itu Akid dan Awatif saling berpandangan dan membuat tabik hormat kepada daddy nya. Encik Fathudin tersenyum sebelum bersalaman dengan abahnya.
“Hati-hati bawa kereta Din.” Pesan Tuan Haji Taib.
“Baik abah.Kami gerak dulu.Assalamualaikum.” Ujar Encik Fathudin sebelum masuk ke dalam keretanya. Puan Fauziah juga turut memboloskan diri ke dalam perut kereta.Awatif dan Akid mula melambaikan tangan kepada mummy dan daddy nya. Kereta milik Encik Fathudin kemudiannya meninggalkan perkarangan rumah Tuan Haji Taib.
“Jom naik ke atas.” Arah Tuan Haji Taib lalu melangkah dengan perlahan menuju ke tangga rumahnya.
“Cookie.. Cookie.. Mari sini dekat mummy. Jangan nak merayap nak cari awek pula. Karang mummy pulas telinga baru tahu.” Bebel Awatif apabila melihat si cookie kesayangannya itu berjalan ke arah seekor kucing yang bewarna putih.
“Ish Ka Awa nak bagi je la si cookie tu nak cari awek. Dia pun nak ada teman juga.Kak Awa bukannya nak carikan peneman buat cookie.” Akid menyampuk.Awatif menjeling tajam pada adik lelakinya itu.
“Jom masuk, nanti mummy carikan calon menantu mummy ya tapi bukan sekarang ok.” Ujar Awatif dengan selamba lalu di dukung cookie kesayangannya itu.Akid menggelengkan kepalanya.
“Korang berdua buat apa tu?” Soal Tuan Haji Taib kepada cucu-cucunya.
“Ini haaa tok , Kak Awa tak bagi si cookie ni cari awek.” Jawab Akid dengan selamba.
“Korang berdua ni ada-ada je.Sudah mari naik.” Arah Tuan Haji Taib. Awatif terus mendaki tangga dan Akif mengekorinya dari belakang.
“Atok..Atok tak nak cari pengganti ke? Atok tak bosan ke duduk sorang diri dekat rumah ni?” Soal Akid dengan selamba sewaktu mereka bertiga berada di ruang tamu .
“Cari pengganti? Ish Akid atok ni dah tua buat apa nak cari pengganti. Kamu jangan nak mengarutlah.Atok boleh je duduk sorang diri dekat rumah ni.” Jawab Tuan Haji Taib.
“Atok ni orang ajak tinggal dekat KL tak nak, jual mahal.” Bebel Awatif dengan selamba sambil membelai cookie di atas ribanya.
“Duduk rumah kamu ? tak naklah atok. Lemas tahu duduk dekat KL tu baik duduk kampung aman damai tak ada kesesakan.” Jawab Tuan Haji Taib. Sejak isterinya meninggal tiga tahun yang lalu , anaknya Fauziah menyuruhnya tinggal bersama di Kuala Lumpur tetapi bagi Tuan Haji Taib bandar bukanlah sesuai dengan dirinya yang sudah tua. Dia lebih selesa berada di kampung.
“Atok ni orang lain kemain excited nak pergi KL tapi atok tak nak.” Tingkah Akid lagi sambil menonton televisyen.
“Ini esok atok nak pergi kebun sekejap, korang nak ikut tak?” Soal Tuan Haji Taib dengan tiba-tiba.
“Eh mestilah nak atok.” Jawab Awatif dan Akid serentak dengan senyuman.
“Esok pagi atok bawa korang pergi kebun.”
“Atok, Awa nak bawa cookie sekali tau. Bolehkan?” Soal Awatif sewaktu memandang wajah tua atoknya.
“Bawalah Awa .” Jawab Tuan Haji Taib dengan senyuman.Awatif dengan kucing memang tak boleh nak di pisahkan.
“Tak habis-habis dengan cookie, apalah Kak Awa ni.Kalau kahwin esok-esok janganlah Kak Awa lebihkan si cookie dari suami Kak Awa sudahlah .” Akid menyampuk . Awa tayang muka blur.
“Whatever..” Jawab Awa dengan perlahan.Tangannya terus membelai bulu cookie yang lebat dan juga lembut.
SAFI ulang alik dari meja asalnya ke meja setiausaha sejak dari tadi lagi. Hari ini dia agak sibuk sedikit dengan kerja-kerja yang berlambak namun Safi tetap lakukan dengan baik walaupun dia merasa lelah dalam membuat dua perkerjaan.
Safi melihat nama peserta yang datang pada hari interview pada tiga empat hari lepas. Hadif Fakhri telah menyerahkan tugas pemilihan calon setiausaha yang baru kepadanya. Sewaktu interview tempoh hari , Safi sudah pun memilih salah seorang dari mereka.
“Safi awak dah jumpa ke calon yang sesuai untuk pegang jawatan setiausaha saya?” Soal Hadif Fakhri yang baru saja keluar dari biliknya. Safi mendonggakkan kepalanya memandang majikannya.
“Saya dah pilih Tuan Hadif tapi saya tak tahulah sama ada Tuan Hadif suka ke tidak dengan pilihan saya tu?” Jawab Safi dengan senyuman.
“Ok kalau begitu saya nak awak bagitahu pada orang itu esok atau lusa yang dia sudah di terima bekerja di Aspirasi. Saya tahu sekarang ni kita tengah sibuk saya tak nak bebankan awak dengan dua kerja. Kasihan awak Safi.” Ujar Hadif Fakhri.
“Bila Tuan Hadif mahu dia laporkan diri di Aspirasi?” Soal Safi. Dia perlu tahu itu semua supaya senang kerjanya.
“As soon as possible. Kalau boleh saya nak dia masuk kerja minggu depan.” Jawab Hadif.
“Baiklah kalau begitu saya akan urusakan. “ Jawab Safi.
“Saya keluar dulu sebab ada meeting dengan client. Hari ni awak tak perlu ikut saya tahu awak banyak kerja nak kena buat.” Tingkah Hadif. Safi menganggukkan kepalanya.
“Baik Tuan Hadif.” Safi melihat saja Hadif melangkah pergi.Dia merasa lega kerana hari ini dia tidak perlu mengikuti Hadif Fakhri bertemu dengan client. Kalau ikutkan memang penat sebab terkejar ke sana dan ke mari. Safi menarik nafas lega seketika.
“Safi, Tuah Hadif nak ke mana pula tu?” Soal Tasha dengan tiba-tiba. Semenjak dari tadi lagi dia menjadi pemerhati. Dia cemburu melihat Safi kerana Safi mampu memegang jawatan sebagai setiausaha Hadif. Dia sudah lama ingin dekat dengan Tuan Hadif dulu . Selepas perkahwinan Tuan Hadif dan Reen tidak menjadi dulu , Tasha masih lagi menyimpan perasaan pada Hadif namun sekarang dia sudah beralih arah pada lelaki bernama Adam. Salah seorang pekerja Aspirasi.
“Jumpa client.” Jawab Safi dengan senyuman lalu menyambung kerjanya.
“Kau tak ikut dia ke hari ini? Selalunya aku tengok kau asyik mengekor dia saja ke sini sana.” Tambah Tasha lagi. Safi memandang wajah Tasha dengan pelik.
“Tuan Hadif kasi aku rehat hari ini.Dia tahu aku sibuk that why la aku tak perlu ikut dia hari ini. Kenapa?” Soal Safi.
“Saja je aku tanya. Eh lupa pula aku nak tanya kau pasal Tuan Hadif cari setiausaha yang baru . Kau dah jumpa ke orang yang sesuai?” Soal Tasha . Safi menganggukkan kepalanya.
“Dah jumpa dah. Esok pagi aku nak hubungi orang tu la untuk bagitahu yang dia berjaya bekerja bekerja di Aspirasi.” Jawab Safi . Tasha mendiamkan diri seketika. Dia melihat saja Safi yang sedang menyiapkan report.
“Bila budak baru tu masuk kerja?” Soal Tasha lagi.
“Tuan Hadif nak dia masuk kerja minggu depan. Kau pun tahukan sekarang ni kita tengah banyak kerja.” Jawab Safi namun matanya langsung tidak melihat pada Tasha yang berdiri di mejanya.
“Budak mana pula yang jadi setiausaha Tuan Hadif ya .” Ujar Tasha dengan perlahan.
“Kau cakap apa tadi?” Soal Safi dengan tiba-tiba.Telinganya seakan mendengar sesuatu dari mulut Tasha.
“Erkk tak adalah. Aku cakap lepas ni kau boleh lepaskan tanggungjawab tu pada orang lain dah.Kau boleh fokus pada kerja kau .” Jawab Tasha sambil tersengih.
“Aku harap begitulah.Sejak jadi setiausaha sementara Tuan Hadif baru aku tahu bukan senang jadi setiausaha ni.” Jawab Safi. Tasha menganggukkan kepalanya.
“Errmm aku sambung buat kerja dululah ya.” Tasha meminta diri. Safi tersenyum dan membiarkan saja Tasha melangkah menuju ke mejanya. Dia meneruskan kerjanya .
FARHAN Redza mendail nombor telefon Awatif. Sudah lenguh jarinya mendail nombor milik Awatif namun langsung tidak berjawab. Farhan sudah buntu apa yang patut dia lakukan lagi untuk dapatkan sekeping hati milik Awatif.
“Awa angkatlah telefon.” Ujar Farhan dengan perlahan. Di tilik telefon miliknya itu. Dia mundar mandir di dalam bilik.
“Ke mana awak pergi Awa?” Soal Farhan sendirian.
“Farhan. Kamu tak nak makan ke? Cepat keluar makan. “ Kedengaran suara Puan Hamidah memanggil anak bujangnya.
“Farhan tak lapar mak.” Sahut Farhan . Dia kemudiannya mencuba lagi untuk menghubungi Awatif. Kali ini nasib menyebelahinya apabila Awa menjawab panggilan darinya.
“Awa awak pergi mana? Saya call awak tak jawab pun. Saya risau tahu.” Ujar Farhan sebaik saja Awa menjawab panggilannya.
“Abang Farhan. Ini bukan Kak Awa tapi Akid. Kak Awa tertinggal telefon dekat rumah. Dia keluar sekejap ke kedai.” Jawab Akid.
“Erk.. Akid , Kak Awa pergi kedai mana?” Soal Farhan. Akid sudah tersengih.
“Kak Awa pergi kedai depan sana tu haa. Kedai ni tak jauh pun dari rumah atok kitaorang.” Jawab Akid dengan selamba.
“Hah korang ada dekat kampung ke? Bila korang balik kampung ni? Abang Farhan tak tahu pun?” Soal Farhan bertalu-talu.
“La abang Farhan tak tahu ke yang kitaorang balik bercuti dekat rumah atok. Kak Awa tak bagitahu apa-apa ke pada abang?” Soal Akid pula. Farhan yang berada di sebelah sana sudah menggelengkan kepalanya.
Farhan Redza kau geleng kepala tu bukannya si Akid nampak pun. Nama pun cakap dengan telefon.
“Dia tak ada bagitahu abang apa-apa pun.” Jawab Farhan pula.
“Akid lama ke dekat kampung?” Soal Farhan lagi. Akid menggarukan kepalanya.
“Lama la juga . Kenapa abang?”
“Oh ye ke. Tak mengapalah korang bercutilah dulu kalau dah balik sini suruh Kak Awa call abang Farhan ya.” Pesan Farhan.
“Abang Farhan jangan risau nanti Akid sampaikan pesanan dari abang tu. Oklah abang Farhan , Akid nak ikut atok ni nak pergi kebun sekejap lagi.”
“Yalah.Ingat tu bagitahu pada Kak Awa pesanan abang Farhan ya.”
“Ya Ya Ya .. Akid ingat.” Jawab Akid .
“Aduhai abang Farhan ni apalah yang dia syok sangat dengan kakak aku yang blur tu? Nasib malanglah kalau siapa dapat kakak aku yang blur tu.” Sempat lagi Akid mengutuk kakaknya sejurus selepas mematikan talian. Dia kemudiannya meletakkan semula telefon kakaknya itu di meja. Akid terus keluar dari bilik tersebut dan mencari kelibat atoknya.
“Atok jomlah pergi kebun lepas tu kita pergi tepi sungai ya tok. Akid nak tengok budak-budak kampung yang main dekat situ.” Ujar Akid sebaik saja ternampak atoknya yang sedang menyarungkan boots .
“Nak pergilah ni. Kak Awa kamu ni pergi kedai ke pergi merayap.Bukan main lama lagi dia pergi. Dia nak ikut tak pergi kebun ni?” Soal Tuan Haji Taib pada cucunya. Akid menjungkit bahu sambil tersengih.
“Awa pergi beli apa tadi Akid?” Soal Tuan Haji Taib lagi. Matanya melilau melihat ke jalan mencari kelibat cucu perempuannya itu.
“Entahlah atok Akid pun tak tahu.” Sengih Akid penuh makna. Tuan Haji Taib menggelengkan kepalanya.
“Kita tunggu Kak Awa kamu balik dululah baru kita pergi kebun.”
“Baik atok.” Jawab Akid dengan senyuman. Matanya melilau-lilau mencari kelibat Kak Awa nya.
Alahai Kak Awa ni bukan setakat blur tapi lurus bendul pun ya juga. Dia pergi beli benda alah tu untuk laptop dia. Lawak sungguhlah kakak aku ni. Gerutu Akid di dalam hatinya.
Bersambung...
NotaTerkepit: Pasti ramai yg nak tahu Awa pergi beli apa kan dekat kedai tu. Tunggu entry minggu depan. Cik writer akan bagi sedutan bab 6 dan 7 pada ujung minggu ni dekat page Ayra Zahra...
mekasih baby mio singgah dan baca :D
ReplyDeletebest..tak sabar nak tahu seterusnya :) mesti awa yang jadi setiusaha hadif hehehehee
ReplyDeletemekasih nurul singgah dan baca.. Hehhe.. yup tepat sekali. Tunggu entry minggu depan ya :)
Delete