Ini dia sambungan bab seterusnya Bila Tiba Waktunya. Jejaka yang di nanti sudah pun keluar. Rasanya u oll pun dah tau kan nama jejaka itu. Hehehe. Terima kasih singgah dan baca. Teruskan menunggu sambungannya. Apa kaitan di antara mereka. :D
BAB TIGA
SEMINGGU berlalu. Keadaan Dura masih seperti hari pertama dia kehilangan suaminya. Dalam tempoh seminggu ni Dura banyak menanggis untuk Mikhail. Puas Liyana memujuk namun bukan mudah untuk Dura menerima ini semua. Hanya mereka yang merasainya saja yang akan memahami perasaan Dura kala ini.
Liyana menutup surah yassin. Dia menoleh ke sebelah melihat Dura yang baru saja menutup surah yassin. Tangan Dura kemudiannya menyentuh tanah dengan perlahan-lahan. Sewaktu membaca surah yassin sebentar tadi air matanya umpama hujan membasahi pipi.
“Dura tak boleh terus menanggis macam ni. Kasihan dekat arwah Mikhail. Dia lagi sedih bila tengok keadaan Dura macam ni.” Pujuk Liyana sewaktu menyentuh bahu adik iparnya. Dura menoleh pada Liyana.
“Kak Yana tak faham perasaan Dura. Cuba Kak Yana letakkan diri Kak Yana di tempat Dura apa yang Kak Yana rasa dan apa yang Kak Yana akan buat?” Soal Dura. Liyana menghela nafasnya dengan berat sekali.
“Kak Yana dapat rasa apa yang Dura rasa di saat ni. Bukan mudah Dura bila kehilangan suami tapi tak bermakna Dura perlu terus bersedih sebegini rupa. Yang pergi tetap pergi kita yang hidup kena teruskan hidup. Kalau Dura betul sayangkan Mikhail janganlah terus menyeksa diri begini.
Janganlah terus menanggis begini rupa. Dura kena tabahkan hati kuatkan semangat. Dura kena ingat yang Dura bukan keseorangan kami ada untuk Dura.” Terang Liyana lagi. Dura mendiamkan diri.
Durrani mengambil bekas air yang telah terisi dengan bunga-bunga. Dia kemudiannya menyiram air ke pusara suaminya.
“Abang.. Dura rindukan abang. Kenapa abang pergi tinggalkan Dura seorang diri. Kenapa Dura yang perlu tanggung semua ini?” Soal Durrani dengan perlahan lalu menyentuh pusara suaminya. Liyana menggelengkan kepalanya .
“Dura jangan cakap macam tu. Ini semua dah tertulis untuk kita . Allah Maha Mengetahui apa yang tersurat dan tersirat Dura.” Ucap Liyana.
“Sudahlah tu Dura. Kita balik ya. Dah lama kita duduk dekat sini.” Liyana terus memujuk adik iparnya. Dura menggelengkan kepalanya.
“Dura nak duduk sini sekejap lagi Kak Yana.” Balas Dura. Liyana menghela nafasnya dengan berat sebelum menganggukkan kepalanya. Dura terus memandang pusara arwah suaminya.
“Dura kalau abang tak ada nanti , Dura kena kuatkan semangat tahu. Jangan sedih jangan menanggis. Abang sayangkan Dura selama-lamanya.” Ujar Mikhail sewaktu mereka membeli barang hantaran kahwin .
“Apa abang cakap ni? Abang nak pergi mana pula. Abang nak tinggalkan Dura ke?” Soal Durrani dengan kerutan di dahi. Mikhail tersengih.
“Tak adalah. Abang cuma cakap je. Lagipun kita tak tahu apa yang akan berlaku pada hari esokkan?” Jawab Mikhail dengan tenang.
“Dura tak suka abang cakap macam tu. Abang tahukan Dura terlalu sayangkan abang. Dura tak nak kehilangan abang.” Wajah Dura sudah keruh. Mikhail menggapai tangan Dura lalu di genggam erat.
“Abang cuma cakap je sayang. Janganlah sedih macam ni. Jom kita sambung shopping lagi. Abang dah tak sabar nak tunggu kita berdua di satukan.” Mikhail terus mengalihkan topik. Dia tidak mahu lagi melihat wajah keruh Durrani ketika ini.
“Senyumlah sikit janganlah sedih macam ni. Kitakan bakal pengantin mana boleh sedih-sedih.” Pujuk Mikhail lagi. Dura memandang wajah bakal suaminya itu.
“Janji dengan Dura yang abang tak akan cakap macam tu lagi. Dura tak sanggup kehilangan abang.” Pinta Durrani dengan penuh pengharapan.
“Ya abang janji sayang.” Jawab Mikhail sewaktu mengangkat tangan sebagai tanda janji. Sejurus selepas itu barulah Dura kembali tersenyum sebelum mereka kembali melangkah menuju ke kedai yang lain.
“Dura.. Dura. Jom kita balik.” Liyana mengejutkan lamunan Dura.
“Apa dia Kak Yana?” Soal Durrani terpinga-pinga.
“Kita balik ya.” Ulang Liyana . Dura menganggukkan kepalanya dengan perlahan. Mereka terus berdiri. Liyana sudah menoleh ke belakang untuk melangkah namun mata Dura pula masih lagi memandang pusara suaminya.
“Abang.. Dura balik dulu. Esok lusa Dura datang lagi jumpa abang.” Ucap Durrani . Liyana menoleh memandang adik iparnya. Dura menoleh ke belakang dan menuju ke arah kakak iparnya.
“Sabar ya Dura.” Liyana memeluk bahu Dura dengan erat sewaktu mereka berjalan seiringan menuju keluar dari tanah perkuburan tersebut.
Bibir mudah mengucap kata sabar tapi hakikatnya hati kita yang terseksa dan menderita . Hanya waktu yang mampu mengubati hati Durrani.
Sebaik saja tiba di pintu pagar tanah perkuburan tersebut Dura dan Liyana berselisih dengan seorang jejaka . Liyana tersenyum pada lelaki tersebut manakala Dura pula hanya memandang tanpa sebarang senyuman. Hanya mata saja yang berbicara. Lelaki tersebut membalas senyuman dari Liyana. Kemudian lelaki tersebut melihat saja Dura dan Liyana berlalu pergi.
“Assalamualaikum sayang. Abang datang ni.” Ucap lelaki tersebut sebaik saja duduk mencangkung di hadapan pusara yang masih lagi baru. Sejurus selepas itu lelaki tersebut membuka surah yassin yang di bawa olehnya. Selepas membaca surah Al-Fatihah dia kemudiannya mula membaca surah yassin untuk di sedekah kepada orang yang di panggil sayang sebentar tadi.
“Sayang bersemadilah dengan tenang di sana. Abang redha dengan ketentuan ini sayang. Abang akui yang abang rindukan sayang tapi abang sedar Allah lagi menyanyangi sayang . Sayang tetap berada di dalam hati abang di dunia dan akhirat.” Ucap lelaki itu lagi sebaik saja selesai mengaminkan doa.
Ya Allah tempatkan isteriku di kalangan orang-orang yang beriman dan tabahkan aku menghadapi dugaan ini . Doa lelaki tersebut di dalam hatinya sebelum dia bangun dan meninggalkan pusara isterinya.
Lelaki itu kemudiannya menuju ke arah keretanya dan sewaktu melangkah dia ternampak sesuatu yang berkilauan di atas tanah. Dia kemudiannya merapati objek tersebut. Lelaki itu menunduk dan melihat seutas gelang tangan emas yang berada di atas tanah. Dia mengambil gelang tersebut lalu meniliknya.
“Siapa punya ni? Ini emas tulen.” Soalnya sendirian. Dia terus memerhati gelang tersebut sebelum dapat menangkap sesuatu yang ada di gelang tersebut.
“Durrani Mikhail .” Lelaki tersebut menyebut nama yang terukir di atas gelang emas tersebut. Nama yang di ukir dengan tulisan jawi.
“Siapa Durrani?” Soal lelaki tersebut . Fikirannya mula terlintas pada dua orang gadis yang dia berselisih di sini tadi. Mungkinkah ini milik salah seorang dari perempuan tadi? Soal hati lelaki tersebut.
DURRANI memandang kehijauan yang ada di depan matanya. Sawah padi yang terbentang luas di tambah pula dengan angin yang agak kuat pada petang itu. Matanya terarah ke depan seakan-akan mampu menembusi ke mana saja. Dura duduk dengan kaki berjuntai ke bawah. Sesekali Dura membetulkan tudung yang berada di kepalanya yang di tiup angin.
Di saat ini bayangan suaminya terus menerjah ke dalam kotak fikirannya. Segala memori yang tersimpan di dalam kotak fikirannya terus berputar satu demi persatu. Kenangan manis dan pahit yang mereka lalui bersama sedang bermain di ruang matanya.
Sejak perginya arwah Mikhail tiada lagi senyuman yang dulunya sentiasa mekar di bibir Durrani. Yang ada kini hanya wajah suram Durrani untuk di tatapi.
“Macam tu la Imah Durrani. Siang malam asyik termenung dan menanggis. Sejak arwah Mikhail pergi dia banyak mendiamkan diri dan seakan-akan berada dalam dunianya. Saya pun tak tahu nak buat macam mana lagi. Makan pun tak berapa nak apatah lagi nak bercakap.” Ujar Puan Yusnita kepada besannya ibu kepada arwah Mikhail. Puan Rahimah memandang menantunya itu dengan hati yang sedih.
“Kita tak boleh biarkan Dura terus meratapi pemergian Mikhail. Saya bimbang kalau-kalau Dura akan jatuh sakit nanti. Saya sebagai ibu Mikhail memang sedih dan susah nak terima kehilangan yang tak di jangka tapi saya sedar semua itu adalah ujian Allah.” Jawab Puan Rahimah sambil memerhati menantunya dari jauh.
“Itu jugalah yang saya bimbangkan Imah. Apa perlu kita buat untuk Dura kembali seperti dulu?” Soal Puan Yusnita. Kedengaran Puan Rahimah menghela nafasnya dengan berat.
“Macam ni la biar saya cuba bercakap dengan Dura ya. Saya pun susah hati tengok menantu saya tu. Saya faham perasaan Dura ketika ini tapi suka atau tidak kita semua kenalah redha dengan pemergiaan Mikhail. Tipulah kalau saya kata yang saya tak rasa sakit bila hilang Mikhail tapi hanya Allah saja yang mampu mengetahui apa seorang ibu rasakan di saat kehilangan anak yang di sayanginya.”
“Saya faham Imah perasaan awak. Saya juga pernah merasai apa yang awak rasai hari ni. Mikhail tu anak yang awak kandung dan jaga dia dari kecil sampailah dia dewasa. Hati ibu mana yang tak rasa sakit .” Jawab Puan Yusnita.
“Ita biar saya bercakap dengan Dura sekejap ya.” Pinta Puan Rahimah lalu menyarungkan sandle nya sebelum melangkah menuju ke arah Durrani yang masih duduk termenung di situ. Puan Yusnita hanya membiarkan saja sebelum naik semula ke rumahnya.
“Mana Imah?” Soal Encik Aslam apabila melihat Puan Yusnita sorang saja yang naik. Di waktu ini Encik Aslam dan Encik Idris berada di ruang tamu. Mereka datang untuk menjengguk menantu mereka.
“Imah pergi depan sana jumpa Dura.” Jawab Puan Yusnita sebelum melabuhkan punggungnya ke sofa. Encik Aslam menganggukkan kepalanya.
“Dura masih belum mampu terima kehilangan Mikhail.” Encik Idris memulakan bicara.
“Bukan mudah Idris. Kami pun sukar nak terima apatah lagi Dura. Dia kehilangan Mikhail pada hari persandingan mereka.” Balas Encik Aslam.
“Dura..” Puan Rahimah menyentuh bahu menantunya. Dura menyapu air matanya yang mengalir di pipi.
“Mak..” Jawab Dura lalu bersalam dengan ibu mertuanya. Puan Rahimah mengusap kepala menantunya.
“Bila mak sampai?” Soal Durrani sewaktu mendonggakkan wajahnya selepas selesai mengucup tangan ibu mertuanya.
“Dah lama dah mak dengan ayah sampai. “ Jawab Puan Rahimah lalu duduk bersebelahan dengan Durrani.
“Dura.. Janganlah menanggis sampai macam ni sekali. Mak tengok mata Dura dah bengkak. Tak elok Dura meratapi orang yang dah pergi. Kalau Dura terus menanggis macam ni arwah Mikhail akan terseksa nak.” Pujuk Puan Rahimah sewaktu mengenggam jari Durrani.
“Mak…. Dura rindukan abang Mikhail. Dura nak abang.” Jawab Durrani sebelum melentokkan kepalanya ke bahu Puan Rahimah.
“Ya mak tahu Dura. Mak juga rindukan Mikhail. Dia adalah anak mak. Kalau Dura sayangkan arwah Mikhail dan sayangkan mak tolonglah jangan terus bersedih dan menanggis begini. Mak tak nak Dura sakit lagi. Dura dah macam anak mak sendiri. Mak sayangkan Dura. Jangan seksa diri begini Dura. Mak tak sanggup lihat Dura terus menerus bersedih begini.”
“Dura tak mampu mak. Segala memori tentang abang Mikhail sentiasa berada di ruang mata Dura.” Luah Durrani.
“Mak faham nak. Mak bukan suruh Dura lupakan Mikhail tapi mak nak Dura terima hakikat yang Mikhail dah tinggalkan kita. Walaupun sedih, sakit, perit macam mana sekalipun kita dengan kehilangan Mikhail kita tak boleh terus begini. Kita perlu teruskan hidup Dura. Setiap insan yang bernyawa di atas muka bumi ini akan mati suatu hari nanti.” Tambah Puan Rahimah lagi.
Dura hanya diam dan memikirkan apa yang di ucap oleh ibu mertuanya. Puan Rahimah mengusap bahu menantunya. Dalam diam hati Puan Rahimah menanggis . Dia sedar dia juga bukanlah kuat mana pun namun apa pilihan yang dia ada, meratapi kesedihan tidak membawa apa-apa kesudahan malah ianya akan terus menyakitkan.
“Leha kau tengoklah budak Dura tu. Sejak suami dia meninggal aku tengok budak tu asyik menanggis dan termenung.” Luah seseorang yang sedang berjalan melintasi rumah Durrani.
“Aku kasihan dekat budak Dura tu. Aku tak sangka yang dia akan menerima nasib begini. Moga-moga Dura tabahlah hadapi dugaan ini.” Balas perempuan yang bernama Leha.
“Pelikkan bila diorang berdua kahwin terus jadi begini.” Ujar perempuan itu lagi. Leha menoleh sambil mengerutkan dahi. Dia dapat agak apa yang sedang bermain di fikiran temannya sekarang ini.
“Cik Nab oiii apa yang nak di pelikkannya? Kau sedar tak apa yang berlaku ni semua adalah aturan dari Allah. Dah sampai ajal Mikhail pada hari persandingannya. Siapa kita nak menidakkannya. Kalau anak kau jadi macam Dura apa kau rasa?” Soal Leha. Dia tidak suka dengan pertanyaan temannya itu. Dia menggelengkan kepala dengan perlahan.
“Aku cuma cakap je Leha. Apa pula kau nak kaitkan dengan anak aku? Anak aku tu kalau ada jodoh tahun depan baru nak kahwinlah.” Jawab perempuan bernama Nab.
“Aku cakap kalau kan. Kalau.” Bidas Leha sambil menggelengkan kepala. Dia kemudiannya meneruskan langkahnya menuju ke rumah. Dia baru saja pulang dari rumah orang kaya di kampung mereka.
“Eh kau nak ke mana pula tu Leha?” Soal Nab.
“Aku nak balik rumahlah. Anak menantu aku sekejap lagi nak balik.” Jawab Leha lalu meneruskan langkah dan meninggalkan Nab di situ. Dia ingin lekas pulang ke rumah. Anak menantunya akan tiba nanti. Mereka baru saja pulang dari honeymoon.
“Kot ya pun tunggulah aku.” Jerit Nab lalu memanjangkan langkah mengekori Leha dari belakang. Rumah mereka memang bersebelahan. Leha terus melangkah dia tidak sabar untuk mendengar kisah anak menantunya yang pergi honeymoon.
Bersambung...
NoteTerkepit: Sekarang ni baru satu konflik yang di leraikan. Byk lg konflik lain yang saling berkait antara satu sama lain dalam kisah mereka. Cik writer sendiri pun rasa pening. Hahhaha..Teruskan berusaha cik writer walaupun tekanan mula di rasai.. Hwaiting....
Dear Ayra, I think I'm going 2 love this story..konflik here & there tu mmg perlu ada but I hope it won't get too complicated until cerita tu berbelit-belit. Suka cerita yg simple, isu yg biasa tapi digarap dgn kemas & menarik. It will become a great story...Good luck ya!
ReplyDeleteIda: Terima kasih tapikan cite ni memang berbelit sikit kot . Semuanya berkait antara satu sama lain. Terpulang pd pembaca utk nilai sama ada ianya complicated atau pun tak. Hehehe.. ;)
DeleteAaaa..u mndera jiwa i tauuuu bestieee!!!! :) tazzabar tnggu next entri :) best best best! By the way...ziyad dah sebut nm dura tuuuu hihi oh ZIYAD! teruskan menulis ceta yg superb hokayy dear. I akan sntiasa mnjadi suppoter yg paling kuat utk u :)
ReplyDeleteHanah: Mekasih beb jd tulang belakang aku. sayang ko lebih. Hanya ko memahami kesusahan aku tuk cite nih. Hhahahaa..Aku pun doakan kau tuk selesaikan cite Amiera tu. Tak sabar i nak tau kesudahannya. muahaha.. :D
Deletedear ayat menanggis ni salah MENANGIS hanya satu G je.. huhu jgn terlalu banyak konflik nanti reader xsuka heee good job
ReplyDeleteNurul: Mekasih atas peringatan itu tapi cite ni memang dah set kan dari awal yng complicated sikit. Hehehe.. Cite santai macam AMB akan di buat lepas cite BTW ni selesai.. ;)
Deletebest 3x.
ReplyDeletebaby mio: Mekasih ya singgah dan baca. Teruskan menunggu sambungannya ya :)
Delete