Moh le kita baca sambungan BTW ya. Ziyad dah keluar dan watak perempuan yang penuh dengan rahsia sudah pun di perkenalkan. Terima kasih singgah dan baca. :)
BAB EMPAT
“ZIYAD lambat kamu balik . Pergi mana?” Soal Datin Huwaidah. Ziyad yang baru saja sampai di ruang tamu terus menghenyakkan punggungnya ke sofa. Jelas sekali dia nampak keletihan hari ini. Selepas melawat pusara isterinya Ziyad pulang ke rumahnya.
“Ziyad pergi kubur Nurul selepas tu Ziyad balik rumah sekejap. Ziyad ingat nak sewakan rumah tu mama. Ziyad tak boleh duduk sana. Ziyad akan nampak Nurul di semua sudut. Hati Ziyad terseksa mama. Bukan mudah untuk Ziyad terima kehilangan Nurul dalam sekelip mata macam ni.” Luah Ziyad jujur.
Datin Huwaidah mendekati anak lelakinya. “ Terpulanglah pada Ziyad. Mama tak kisah . Ziyad duduk sajalah dengan mama dan papa di sini. Lagipun rumah ni tinggal mama dan papa saja. Abang kamu Zikri jarang benar balik sini. Dia seringkali sibuk dengan kerjanya di Kuala Lumpur sana. Adik kamu Husna pun sama balik bila ada cuti saja. Dia sibuk dengan kelas. Hari minggu dia pergilah rumah abang long kamu.” Jawab Datin Huwaidah.
“Betul cakap mama kamu tu Ziyad. Tinggal sajalah dekat sini. Kamu nak ulang-alik pergi kerja pun senang. Papa dan mama pun bukan pergi mana.” Kedengaran suara Datuk Zahir yang baru muncul di hujung tangga. Ziyad menoleh pada papanya.
“Kamu dah makan belum Ziyad?” Soal Datin Huwaidah dengan tiba-tiba. Ziyad menggelengkan kepalanya.
“Belum lagi mama. Ziyad tak ada selera nak makan.” Jawab Ziyad lalu menyandarkan badannya ke sofa dan kemudian dia terus menutup matanya dengan perlahan-lahan. Sejak kehilangan Nurul tidur malam Ziyad tidak lagi seindah dan lena seperti dulu. Ziyad makin sukar untuk melelapkan matanya.
Selalunya bila dia ingin tidur dia akan memandang dan merenung wajah isterinya dahulu namun kini kebiasaan yang di lakukan sepanjang enam bulan yang lalu telah pergi dan hilang dalam sekelip mata. Bagaimanakah dia harus hadapi keadaan sekarang ini.
“Ziyad tak boleh macam tu nanti sakit mama dengan papa juga yang susah hati. Ziyad pergilah naik mandi dulu sekejap lagi Ziyad turun kita makan sama-sama ya.” Datin Huwaidah menepuk bahu anaknya dengan lembut.
“Ziyad kesihatan kamu harus di utamakan. Jangan nak seksa diri kamu dengan kehilangan Nurul. Kamu juga yang sakit nanti.” Tegur Datuk Zahir. Ziyad membuka matanya dengan perlahan. Dia memandang wajah papanya yang telah pun duduk di sisi mamanya.
“Ziyad tahu tu mama papa.” jawab Ziyad dengan wajah yang keruh. Bukan mudah untuknya. Masa saja yang mampu mengubati kedukaan Ziyad di kala ini. Mungkin secara luarannya nampak Ziyad kuat namun dia tidaklah sekuat itu. Kasih sayang pada isterinya menggunung tinggi. Suka atau tidak Ziyad perlu menerima kehilangan Nurul dan teruskan hidup tanpa Nurul di sisi.
“Sudahlah tu pergi naik atas mandi dan solat.” Pesan Datin Huwaidah. Ziyad menganggukkan kepalanya sebelum berusaha bangun dengan lemah. Matanya sememangnya mengantuk namun untuk tidur seperti biasa bukannya mudah. Bayangan Nurul seringkali bermain di ruang matanya.
“Janganlah awak risau . Anak kita tu tabah orangnya. Dia pasti boleh hadapi semua ni.” Ujar Datuk Zahir lalu mengusap bahu isterinya. Mata Datin Huwaidah terarah pada anak lelakinya yang sedang mendaki tangga.
“Saya harapkan macam tu la bang. Risau saya tengok Ziyad bang. Sejak Nurul tak ada ni dia dah menjadi pendiam sikit.” Luah Datin Huwaidah. Hati ibu mana yang yang tidak tersentuh melihat keadaan anaknya sebegitu rupa.
“Abang pun perasan tentang tu. InsyaAllah suatu hari nanti Ziyad kita yang dulu pasti akan kembali. Masa yang boleh mengubati keadaan dia.”
“Tapi bila bang masa tu akan tiba?” Soal Datin Huwaidah tidak puas hati.
“Itu abang sendiri tak pasti. Kita tunggu dan lihat sajalah nanti. Sekarang ni Allah sedang menguji sejauh mana kesabaran kita dalam menghadapi dugaan ini. Percayalah semuanya akan kembali sedia kala nanti.” Pujuk Datuk Zahir. Datin Huwaidah menghela nafasnya dengan berat.
Sebaik saja masuk ke dalam biliknya, Ziyad terus menuju ke katilnya. Dia terus terbaring di situ sambil meletakkan tangannya di atas dahi. Ziyad memandang ke sebelah kanannya. Dia melihat gambar yang tergantung. Gambar yang di ambil sewaktu hari pernikahannya dengan Nurul Jannah enam bulan yang lalu.
“Sayang abang rindukan sayang..” Luah Ziyad sewaktu merenung wajah isterinya yang sedang tersenyum manis di dalam gambar tersebut. Ziyad kemudiannya bangun dengan perlahan-lahan lalu membawa keluar dompet, kunci kereta dan juga handphone dari poket seluarnya lalu di letakkan di atas meja yang berada di tepi katilnya.
Sebaik saja tangannya menyeluk poket yang lagi satu , dahi Ziyad terus berkerut sebelum dia membawa keluar objek yang di sentuhnya. Ziyad melihat gelang tangan yang di jumpai olehnya.
“Durrani Mikhail .” Ziyad membaca nama yang terukir di gelang tersebut. Nama mereka di ukir dengan tulisan jawi yang halus dan sangat cantik sekali.
“Errrmmm aku akan serahkan gelang ini kembali pada tuannya apabila aku berjumpa dengannya. Aku yakin dan pasti gelang ini milik gadis itu. Gadis yang bermata bengkak akibat menanggis. Dia sendiri tidak tahu dari mana datangnya keyakinan itu namun hatinya berkata begitu. Ziyad kemudiannya meletakkan gelang tersebut di atas meja sebelum dia bangun dan mencapai tuala.
Dia perlu segarkan badannya kembali dan juga menunaikan kewajiban sebagai seorang muslim iaitu solat. Dia masih lagi belum menunaikan solat isyak. Ziyad terus mengunci pintu bilik air.
ALIFAH mundar mandir di dalam bilik tidurnya. Semua benda yang dia lakukan dalam seminggu ini semuanya tidak kena. Ada saja yang membuatkan hatinya resah dan gelisah. Alifah mengigit jari kukunya sambil berjalan ke hulu ke hilir. Fikirannya seakan-akan runsingkan sesuatu.
“Aku tak akan berdiam diri. Aku mesti tuntut bela di atas kematian sepupu aku Nurul Jannah. Dia tak bersalah dalam hal ini tapi aku tak sangka yang Nurul akan menjadi mangsa. Mengapa bukan Washfa? Dia tu perampas. Aku bencikan Washfa. Dia rampas Zikri dari aku.” Luah Alifah.
“Ini semua salah Washfa. Aku tak akan lepaskan kau Washfa. Sampai bila pun aku tetap akan mengejar korang dan aku juga akan pastikan yang kau dengan Zikri tak akan hidup bahagia.” Tambah Washfa lagi dengan emosi yang marah.
Kemarahannya memang membuak-buak setiap kali teringat pada wajah Washfa yang telah menjadi isteri kepada Zikri sejak beberapa tahun yang lalu.
“Efa.. Jangan asyik berkurung macam ni. Mama risaulah tengok kamu macam ni Efa. Buka pintu ni sayang.” Kedengaran suara Puan Suraya mengetuk pintu bilik anak gadisnya. Sejak anak saudaranya Nurul Jannah pergi Alifah lebih suka terperap di dalam bilik. Entah apa yang di lakukakan oleh anaknya itu.
Alifah tersentak apabila mendengar suara mamanya. Dengan perlahan-lahan Alifah mendekati pintunya sebelum memulas tombol pintu dengan perlahan-lahan. Pintu terkuak dan Puan Suraya terus tersenyum.
“Anak mama tak lapar ke?” Soal Puan Suraya . Alifah cuba mengukir senyuman buat mamanya.
“Sekejap lagi Efa turun makan ya mama.” Alifah menjawab.
“Efa rindukan Nurul ya?” Puan Suraya cuba memancing anaknya. Dia tahu yang Alifah kini berdepan dengan emosi yang kurang stabil sejak Nurul tiada. Puan Suraya sedar yang Alifah dan Nurul sememangnya rapat. Walaupun hubungan mereka hanyalah sepupu tetapi keakraban mereka seperti adik beradik.
“Ya mama. Kenapa Nurul tinggalkan kita dulu.” Soal Efa dengan wajah yang sungguh sedih.
“Sebab Allah sayangkan dia .” Jawab Puan Suraya.
“Kasihan pada abang Ziyad kan mama. Pasti dia susah nak terima kehilangan Nurul sama seperti kitakan.” Puan Suraya menganggukkan kepalanya.
“Kita doakan saja semoga roh Nurul tenang di sana dan semoga dia di tempatkan di kalangan orang yang beriman.” Puan Suraya memeluk anak gadisnya. Alifah membalas pelukan dari mamanya. Dagunya pula di berada di atas bahu mamanya.
Aku akan pastikan Washfa menerima balasan yang setimpal. Sebabkan dia aku dan keluarga kehilangan Nurul. Aku sayangkan kau Nurul tapi …. Aku janji aku akan pastikan Washfa menderita nanti. Aku juga akan dapatkan Zikri kembali. Dia hak aku dari dulu sampailah sekarang. Desis hati Alifah . Di bibirnya pula tersungging satu senyuman yang penuh dengan misteri.
Puan Suraya mengusap rambut anak gadisnya. Dia juga rindukan arwah Nurul. Anak saudaranya itu langsung tidak menyusahkan dirinya . Nurul telah menganggap yang dirinya adalah ibu. Malahan Nurul turut memanggilnya dengan panggilan mama seperti mana Alifah. Dia tidak membezakan langsung antara anak dan anak saudara. Dia melayan Nurul seperti anak sendiri dan dia juga sedar yang Nurul dan Alifah seperti kembar selama ini. Mereka membesar bersama malahan usia mereka juga sama.
“Oh ya sebelum mama terlupa, esok mama dan papa nak ke rumah auntie Huwaidah. Efa nak ikut tak?” Soal Puan Suraya sewaktu melepaskan pelukan. Alifah terus tersentak sebaik saja mendengar nama Datin Huwaidah.
“Mestilah nak mama. Efa pun nak jumpa Auntie Huwaidah juga.” Jawab Alifah dengan teruja. Dia sememangnya suka bila pergi ke rumah Datin Huwaidah kerana dia tahu yang dia akan menemui Zikri di sana. Kali terakhir dia jumpa dengan Zikri adalah pada hari pengebumian Nurul.
Alifah sudah tersenyum penuh makna. Dia sudah tidak sabar untuk menanti hari esok. Dia akan berjumpa dengan buah hati kesayangan.
“Baguslah kalau macam tu. Tak adalah mama tengok Efa berkurung macam ni lagi. Alang-alang pergi sana bolehlah kita lawat ke pusara Nurul Jannah sekali. Mama rindukan anak mama yang tu.” Luah Puan Suraya dengan sebak.
“Mama janganlah sedih. Esok kita semua lawat pusara Nurul ya.” Alifah memeluk bahu mamanya dengan mesra sebelum dia melentokkan kepalanya di bahu Puan Suraya. Sejurus selepas itu Puan Suraya terus mengusap rambut milik Alifah dengan perlahan-lahan.
Arwah Nurul Jannah di kebumikan di kampung Ziyad dan majlis tahlil untuk arwah Nurul juga di lakukan di kampung. Ziyad yang mahu isterinya di kebumikan di sana memandangkan dia dan Nurul memang sudah menetap di sana. Ziyad telah bangunkan business sendiri .
DURRANI masuk ke biliknya dan terus menuju ke meja solek. Dia membuka laci meja solek dengan perlahan-lahan. Dia teringat pada kunci yang di terimanya tempoh hari. Kunci yang di jumpa di tempat suaminya kemalangan. Kunci itu memang milik arwah Mikhail. Kunci tersebut berada di dalam kereta yang di pandu oleh arwah Mikhail.
“Kunci apa sebenarnya ni? Apa yang abang nak sangat balik ke rumah mak tempoh hari tanpa sempat menunggu hari esok. Kunci ini ke kejutan untuk aku?” Soal Durrani seorang diri. Dia menilik kunci tersebut. Di garukan kepalanya. Dia langsung tidak mengerti kunci apa yang sedang di pegangnya itu namun kalau di ikutkan dengan mata kasar boleh di katakan kunci itu adalah kunci rumah.
“Abang apa makna kunci ini ?” Soal Durrani lagi sebelum dia meletakkan kunci tersebut ke dalam laci kembali. Dura kemudiannya mengusap tangan dan lengan miliknya. Dia mengerutkan dahi apabila perasankan sesuatu. Dengan pantas mata Dura terus terarah pada pergelangan tangannya. Dia melihat gelang yang di pakaikan oleh arwah Mikhail sewaktu majlis pembatalan air sembahyang telah tiada .
Dura meraba-raba ke dalam laci dan mencari barang kemas tersebut. Dia masih belum menanggalkan gelang yang di pakaikan oleh Mikhail tempoh hari. Dura mula panik. Dia terus bangun dan menuju ke katilnya untuk mencari gelang tersebut.
“Tak kan tercicir.” Luah Durrani. Dia terus mencari di sekitar dalam biliknya. Bukan itu saja Dura juga mencari gelang tersebut sampai ke dalam bilik air namun dia langsung tidak menjumpainya. Dura memicit dahinya.
“Mana gelang aku?” Soal Dura. Riak wajahnya sudah bertukar keruh dan matanya mula berkaca-kaca. Dia telah hilangkan pemberiaan Mikhail.
“Aku kena cari gelang tu. Itu satu-satunya kenangan dari Mikhail untuk aku . Mana perginya gelang tu. Ya Allah.” Kepala Dura mula pening apabila barang yang di carinya itu langsung tidak di jumpai.
Durrani kemudiannya berlari ke luar . Dia ingin mencari gelang perkahwinan itu di ruang tamu. Sebaik saja tiba di ruang tamu terus dia mencari di sofa. Bimbang sekiranya gelang tersebut tercicir dekat sofa namun hampa. Dura tidak menjumpainya. Air matanya mula menitis.
“Abang…” Dura terus menghempaskan badannya ke sofa . Dia meraup wajahnya.,
“Dura kenapa tak tidur lagi ni?” Tegur Lukman apabila melihat adiknya duduk seorang diri di ruang tamu.
“Abang.. Gelang Dura hilang. Itu gelang perkahwinan Dura bang. Mana Dura nak cari ni bang?” Soal Dura sebaik saja mendonggakkan wajahnya ke arah Lukman.
“Hah gelang? Gelang kahwin? “ Soal Lukman. Dura mendiamkan diri. Buntu bila tidak menjumpai barang tersebut.
“Dalam bilik dah cari?” Soal Lukman. Dura hanya anggukkan kepalanya. Matanya terus meliar sana sini mencari gelang tersebut. Dura menyambung kembali mencari gelang tersebut.
“Kalau tercicir dalam rumah ni mesti kita akan jumpa nanti.” Pujuk Lukman sambil membantu Dura mencari gelang tersebut.
“Tak ada bang. Macam mana ni? Gelang tu berharga buat Dura. Itu kenangan yang Dura ada dengan Mikhail di hari perkahwinan kami. Lepas satu satu yang jadi.” Luah Dura sambil mengelap air matanya yang mula menitis.
“Sabar Dura. Kita cari dulu. InsyaAllah kita akan jumpa nanti.” Lukman terus memujuk Durrani.
Hati Durrani mula sebak bila mengenangkan gelang tersebut. Adakah ini kecuaian dirinya sendiri? Dura mula menyalahkan dirinya.
“Kalau tak jumpa?” Soal Dura. Lukman menghela nafasnya .
“Kalau tak jumpa tu maknanya bukan rezeki Dura la. Apa yang berlaku pasti ada hikmah Dura.” Jawab Lukman. Mendengar saja apa yang di katakan oleh abangnya Dura terus bergegas masuk ke dalam bilik. Dia terus menyembamkan wajahnya ke bantal.
“Abang…” Rintih Durrani seorang diri.
NotaTersepit: Dalam sibuk pening kepala tentang cerita ini cik writer dapat idea baru untuk cerita seterusnya. Aisey nampak gayanya cite footstep tu x tau tahun bila la nak gerak. Kali ni cerita sengal pula ya. Tajuknya cik writer dah dapat . Tamaknya BTW ni pun belum siap lagi haaaa dah dapat jalan cite baru tuk mss CJM. Hehehhe.
Dear bestie ayra...tq for this entri!!!love it.penuh drama dan rahsiaaaa ekekeke :) ohhh..tak sabar nak baca CJM hihi
ReplyDeleteHanah Rishas : Hehehe.. Sama2. yup penuh drama dan rahsia.. muahaha... CJM tunggu pas BTW siap. Mekasih beb ;)
Delete