Pertama sekali cik writer ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa buat pembaca blog ini. Semoga Ramadhan tahun ini membawa seribu keberkatan untuk kita semua. Okey seperti biasa hari ni sambungan bab seterusnya BTW. Watak baru dah muncul iaitu Zikri, Washfa dan puteri. Terima kasih singgah dan baca. :)
BAB LIMA
SEDAR tak sedar sudah genap empat puluh hari arwah Mikhail meninggalkan Durrani. Hari ini Dura sekali lagi melawat pusara suaminya. Dia berjalan dengan perlahan-lahan menuju ke tanah perkuburan.
“Assalamualaikum abang. Dura datang ni.” Ujar Dura dengan perlahan sebaik saja kakinya sudah berada di hadapan pusara milik arwah Mikhail.
“Maafkan Dura bang sebab lama Dura tak datang jumpa abang. Dura tak sihat baru-baru ni. Abang Dura nak minta maaf pada abang kerana Dura cuai. Dura telah hilangkan gelang pemberian abang pada hari perkahwinan kita. Maafkan Dura bang. Dura langsung tak perasan bila gelang tu tercicir.” Luah Durrani dengan perlahan sambil memegang batu nisan milik arwah suaminya.
Di sebabkan kehilangan gelang tersebut , Durrani terus jatuh sakit. Dia terus demam panas. Durrani pulang dalam hujan tempoh hari kerana mencari gelang yang hilang di sawah padi. Dura mencari semua tempat yang selalu dia pergi sejak arwah Mikhail meninggalkan dirinya. Puas dia cari namun langsung tidak ke temu. Mungkin benar apa yang di katakan oleh abangnya kalau tak jumpa maknanya bukan rezeki untuknya. Pasti ada sebabnya gelang itu hilang dalam sekelip mata.
“Maafkan Dura bang. Dura gagal jaga pemberian abang.” Ujar Dura lagi. Dia kemudiannya menarik nafas dalam-dalam sebelum menitipkan doa untuk arwah Mikhail. Kali ini Dura keseorangan datang ke sini memandangkan kakak iparnya Liyana sudah pun kembali ke Melaka mengikut abang Dura yang kini bertugas di sana.
Lama Dura duduk di sisi pusara arwah suaminya. Kini dia mampu untuk menerima kehilangan Mikhail namun Dura tidak mahu lagi kembali bekerja di Kuala Lumpur. Dia ingin mencari kerja di negerinya. Dura mahu dekat dengan arwah suaminya.
“Abang akan sentiasa berada di dalam hati Dura dulu kini dan selamanya. Dura sayangkan abang.” Luah Dura lagi. Dia masih lagi manatap pusara arwah Mikhail. Namun baru saja Dura ingin membetulkan duduk akibat lenguh handphone miliknya bergetar. Dura melihat nama pemanggil yang tertera.
“Assalamualaikum ibu..” Sapa Dura sebaik saja menjawab panggilan yang datang dari ibunya Puan Yusnita.
“Waalaikumussalam. Dura masih dekat kubur ke?” Soal Puan Yusnita di sebelah sana.
“Ya ibu. Dura masih lagi dekat sini. Kenapa ?” Soal Dura.
“Ibu nak Dura balik sekarang ya. Ada tetamu yang datang ke rumah kita. Katanya peguam kawan kepada arwah Mikhail. Dia datang nak jumpa Dura katanya ada hal penting. Balik sekarang ya sayang.” Dahi Durrani mula berkerut.
“Kawan arwah abang Mikhail? Siapa nama dia ibu?” Soal Durrani lagi.
“Kalau tak silap nama dia Hafiz. Dura balik sekarang ya.” Pinta Puan Yusnita.
“Baiklah . Sekejap lagi Dura sampai rumah.” Jawab Dura sebelum mematikan talian.
“Hafiz ? Siapa Hafiz ?” Soal Dura sendirian . Ligat kepalanya memikirkan nama itu. Seingatnya Mikhail tiada teman bernama Hafiz.
“Abang.. Dura kena balik dulu. Ada tetamu dekat rumah. Ada masa lapang Dura datang lagi jengguk abang di sini ya.” Dura terus berdiri dan mula melangkah meninggalkan tanah perkuburan tersebut.
Sebaik saja enjin kereta di hidupkan Dura terus memandu untuk pulang ke rumah. Di belakangnya pula ada sebuah kereta yang baru tiba di tanah perkuburan di situ. Seorang lelaki keluar dari perut kereta. Orang itu adalah Ziyad Rizqi. Dia ke mari untuk menziarahi pusara isterinya tercinta Nurul Jannah.
Ziyad terus mengunci keretanya sebelum melangkah masuk ke kawasan tanah perkuburan itu. Ziyad memandang sekeliling tanah perkuburan tersebut. Dia ingin sekali mencari perempuan yang dia terserempak tempoh hari. Dia yakin perempuan itu yang bernama Durrani pemilik kepada gelang emas tersebut.
“Mana dia? Sudah lama aku tak terserempak dengan dia dekat sini. Macam mana aku nak kasi balik gelang ni pada dia?” Soal Ziyad sendirian sewaktu dia mengeluarkan gelang tersebut dari poket seluarnya. Ziyad mengusap gelang emas tersebut. Dia akan pulangkan gelang ini kepada tuannya. Ziyad yakin yang Durrani pasti sedang mencari gelang ini.
Sejurus selepas itu Ziyad memasukkan kembali gelang tersebut ke dalam poket seluarnya. Dia melangkah mendekati pusara isterinya.
“Sayang..” Ziyad menyentuh batu nisan yang tertera nama Nurul Jannah.
Durrani parking keretanya bersebelahan dengan kereta tetamu yang datang. Mata Dura melihat kereta mewah milik tetamu yang mengatakan dia adalah teman baik kepada arwah suaminya. Dura keluar dari keretanya lalu terus menuju ke tangga rumah.
“Assalamualaikum..” Dura memberi salam dari luar.
“Waalaikumussalam. Haa itu pun Dura dah sampai.” Jawab Puan Yusnita dengan senyuman sebaik saja melihat wajah anak perempuannya yang baru saja masuk.
“Dura inilah tetamu yang ibu cakapkan tadi.” Tambah Puan Yusnita lagi. Dura mengukir sebuah senyuman kepada lelaki tersebut.
“Apa khabar Dura?” Soal lelaki tersebut.
“Alhamdulilah saya sihat. Encik ni siapa ya? Setahu saya suami saya tak ada rakan yang bernama Hafiz.” Dura duduk bersebelahan dengan ibunya. Ayahnya Encik Idris berada setentang dengan tetamu mereka.
“Nama saya Hafiz. Saya kawan kepada arwah Mikhail. Kami tinggal serumah sewaktu berada di luar negara dulu.” Terang lelaki tersebut. Dura mula menganggukkan kepalanya tanda faham. Kalau kawannya dekat oversea memang Dura tidak kenallah.
“Saya minta maaf sebab baru dapat khabar berita tentang pemergiaan arwah Mikhail. Takziah dari saya. Kedatangan saya ke mari bukan saja ingin melawat Dura sekeluarga tapi saya perlu tunaikan hasrat yang telah di amanahkan pada saya untuk Dura.” Jelas lelaki bernama Hafiz tu lagi.
“Apa maksud Encik Hafiz? saya tak faham. Hasrat apa ni?” Soal Durrani dengan mengerutkan dahinya. Dia langsung tidak faham apa yang cuba di sampaikan oleh lelaki itu. Hafiz tersenyum mendengar pertanyaan dari Durrani.
“Begini.. Arwah Mikhail minta saya serahkan ini kepada Dura sekiranya ada berlaku apa-apa padanya.” Jelas Hafiz lagi lalu menyerahkan satu sampul kepada Durrani.
“Apa ni?” Soal Dura sewaktu menyambut sampul tersebut.
“Bukalah dulu. Lepas tu saya akan terangkan pada Dura .” Hafiz menjawabnya dengan senyuman. Dura pula membuka sampul itu dengan penuh berhati-hati.
HUJAN lebat bersertakan kilat dan guruh membasahi kawasan banglow mewah . Kebanyakan penduduk di situ sedang lena di ulit mimpi . Washfa kegelisahan di tempat tidurnya. Malam ini lenanya sekali lagi di ganggu oleh mimpi yang sama. Mimpi yang sudah bertahun-tahun menghantui dirinya.
“Adik.. Adik.. Jangan tinggalkan kakak.”
“Jangan bawa adik pergi.. Umi jangan biarkan adik pergi . Adik.. adik..” Washfa mula mengigau menyebut nama adik.
Washfa melihat adiknya berada di dalam dukungan seorang perempuan. Lalu adiknya di bawa pergi oleh perempuan tersebut. Washfa mula berlari mendapatkan adiknya.
“Umi… Adik umi…” Jerit Washfa . Dia berlari sekuat mungkin namun di pertengahan dia di peluk dari belakang.
“Sayang jangan macam ni..” Pujuk seseorang. Washfa mendonggakkan kepalanya lalu memandang wajah tersebut.
“Umi.. Mak cik tu ambil adik Washfa. Kenapa umi…” Soal Washfa dengan mata yang berkaca.
“Sayang adik akan tinggal dengan mak cik tu.” Jelas perempuan yang membahasakan dirinya umi.
“Washfa nak ikut adik umi. Nak ikut.. Adik..” Jerit Washfa dan berusaha melepaskan diri dari pelukan umi.
“Adik…” Jerit Washfa lalu tersedar dan dengan pantas dia bingkas bangun. Washfa menguak rambutnya sebelum meraup wajahnya.
“Astagfirullah Al’azim..” Ucap Washfa.
“Sayang.. Kenapa ni? Mimpi lagi ya?” Soal suami kepada Washfa. Terperanjat dia mendengar isterinya menjerit sebentar tadi. Washfa menoleh kepada suaminya lalu menganggukkan kepalanya.
“Abang Washfa nak cari adik Washfa sekarang juga.” Jelas Washfa lalu menolak tangan suaminya dengan perlahan.
“Eh nak ke mana ni? Sayang tahu tak sekarang ni pukul berapa?” Soal Zikri. Washfa menggelengkan kepalanya dengan blur.
“Sayang sekarang ni pukul tiga pagi. Mari sini tidur.” Pujuk Zikri lalu menepuk tilam mereka. Washfa menggarukan kepalanya yang masih lagi bingung sebelum matanya menilik jam yang tergantung di dalam dibilik mereka.
“Abang mana adik Washfa. Sudah bertahun-tahun Washfa mencarinya namun sampai ke hari ni Washfa tak tahu di mana dia berada.” Luah Washfa sewaktu duduk di birai katil. Zikri mendekatkan dirinya dengan isterinya lalu mengusap kepala Washfa.
“InsyaAllah. Bila tiba waktunya nanti pasti sayang dapat berjumpa dengan adik sayang. Kita dah berusaha cari dia selama ni kan sayang. Kita terus berdoa supaya satu hari nanti sayang akan berjumpa kembali dengan adik kandung sayang yang hilang tanpa jejak tu ya. Sekarang ni abang nak sayang tidur. Esok nak bangun pagikan. Kasihan puteri nanti .” Pujuk Zikri. Washfa memandang wajah suaminya sebaik saja mendengar nama puteri.
“Abang.. Washfa nak jengguk puteri sekejap.” Pinta Washfa sebaik saja teringat pada anaknya Puteri Zulfa Wafiyah. Zikri terus menganggukkan kepalanya lalu bangun dan menemani isterinya ke bilik sebelah.
Sebaik saja tiba di bilik puterinya, Washfa melihat anaknya sedang lena sekali tidur. Washfa mendekati puterinya lalu membetulkan posisi puteri sebelum dia mengucup dahi buah hatinya. Zikri tersenyum puas melihat isteri dan anaknya.
“Sayang kita tidur ya. Puteri sedang lena di ulit mimpi tu. Ini mesti dia mimpikan princess.” Washfa menoleh pada suaminya dengan senyuman. Anaknya memang menyukai kartun princess. Lihat sajalah biliknya yang penuh dengan warna pink dan juga koleksi buku serta cd cerita princess.
“Selamat malam sayang.” Bisik Washfa pada puterinya sebelum dia mengucup pipi puteri. Washfa bangun dan berjalan seiringan dengan Zikri menuju ke kamar mereka.
DURRANI berdiri di hadapan rumah banglow yang sungguh unik sekali seni binanya. Dura berpeluk tubuh sambil menyandarkan badannya pada kereta. Tahulah dia kini kunci apa yang di pegang olehnya tempoh hari. Mungkin inilah kejutan dari arwah Mikhail untuk dirinya. Dura merenung rumah di hadapannya itu.
“Abang .. Apalah makna rumah ni pada Dura sedangkan abang tiada di sisi Dura.” Ujar Dura dengan sebak. Dia tidak sangka yang Mikhail sudah pun membelikan rumah untuk mereka selepas berkahwin.
Dura menarik nafas dalam-dalam sebelum masuk ke banglow tersebut. Dengan perlahan-lahan dia membuka pintu pagar rumahnya sebelum mendekati pintu utama. Perkarangan banglow tersebut sungguh indah dengan pokok yang menghijau. Dura menolak pintu utama dengan perlahan.
Rumah mereka sememangnya telah cukup lengkap dengan semua keperluan. Dura melihat ruang tamu. Mata Dura kemudian dapat menangkap frame gambar yang tersusun di atas kabinet. Gambarnya bersama arwah Mikhail. Gambar dari zaman persekolahan sehinggalah gambar mereka bertunang pada tahun lalu. Dura tersenyum melihat detik pertunangan mereka suatu ketika dulu.
Dari satu persatu frame gambar di gapainya sebelum melihat beberapa deretan frame gambar yang masih lagi kosong. Namun di setiap frame itu terlekat sticky note yang tertulis gambar kahwin kita. Air mata Dura mula menitis. Sebak apabila membaca nota tersebut.
“Abang… Kenapa tinggalkan Dura seorang diri begini.” Luah Dura . Saat ini air matanya mula menitis. Melihat kenangan yang di buat oleh arwah Mikhail dalam rumah ini membuatkan hati Dura bagaikan di siat-siat. Dura terduduk di situ.
Bagaimanakah Dura harus menerima hakikat sekiranya memori mereka sentiasa mekar di dalam rumah ini. Perlukah Dura hidup dalam bayangan suaminya.
“Ya Allah aku tak mampu…” Rintih Dura. Saat matanya terpejam seketika Dura bagaikan dapat melihat kembali saat indah bersama arwah Mikhail dulu.
“Bila kita kahwin nanti abang nak Dura cuci kaki je masuk rumah. Tak payah nak fikir keperluan rumah semua tu .” Ujar Mikhail pada suatu petang. Di saat mereka keluar bersama-sama.
“Hah cuci kaki? Abang dah ada duit ke nak beli rumah ?” Soal Durrani. Mikhail tersenyum penuh makna.
“Dura rasa macam mana?” Soal Mikhail sengaja ingin mempermainkan tunangnya di saat ini. Dura jungkit bahu tanda tidak tahu.
“InsyaAllah sayang. Abang akan sediakan rumah dulu sebelum kita kahwin tau. Itu janji abang. Lepas kahwin kita pindahlah rumah baru.” Tambah Mikhail lagi. Dura mengerutkan dahi. Biar betul Mikhail ni? Dia baru je kerja tak kan nak beli rumah dah kot. Desis hati Durrani.
“Abang biar betul. Rumah sekarang bukannya murah.” Luah Durrani.
“Hal itu tak usah bimbang okey. Abang akan uruskan semuanya.” Jawab Mikhail dengan senyuman bahagia. Dia bagaikan tidak sabar untuk tinggal bersama Durrani selepas mereka di satukan. Bertahun-tahun mereka mengenali hati budi masing-masing.
“Abang…” Rintih Dura lagi . Dura cuba bangun dan ingin melangkah menuju ke tingkat atas. Dengan perlahan-lahan Dura memanjat anak tangga. Air matanya yang masih jatuh berderai di sapu dengan lembut. Sebaik saja tiba di salah sebuah bilik Dura terus menolak pintu bilik tersebut dengan perlahan.
Dura menutup mulutnya sambil menahan air mata. Terkejut dia melihat suasana bilik mereka berdua. Sekali lagi Dura terduduk di hadapan bilik itu sambil menghamburkan air matanya.
Rumah yang belum di duduki ini sudah pun membawa seribu satu cerita mereka sepanjang perhubungan mereka. Bagaimana Dura ingin tinggal di sini? Hati dan perasaan Dura pasti lagi terdera melihat ini semua. Kenangan manis dari mereka mula kenal sampailah ke alam perkahwinan.
Bersambung...
NotaTersepit: Selamat bersahur, selamat berpuasa , selamat berbuka puasa dan selamat menunaikan solat terawih. Dalam cite BTW pun ada juga scene puasa dan raya memandangkan tengah mood itu jadi cik writer selitkan sekali. Hehehe.. :D
Washfa dan mimpi2 nyaaaa
ReplyDeleteWaaaa..so excited nak tahu next entriiiii.
Duhai hati..sabarlah!
Gud job kawan hihi :)
yup. Washfa dah kuar dah. Sabar ye kawan.. Muahahaha.. :)
DeleteDear Ayra..... Selamat menyambut Ramadan, selamat berpuasa & moga2 bertambah keberkatan dlm bulan mulia ni. Thank u 4 this new n3 2! Keep up the good work & be happy ok! Love ya!
ReplyDeleteIda : Selamat berpuasa. Mekasih singgah dan baca ya . :D
Delete