SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, August 25, 2014

[E-NOVEL] : BILA TIBA WAKTUNYA BAB 18 & 19

Assalamualaikum u ollsss...

Lagi dua bab untuk minggu ini. Terima kasih singgah dan baca ya..  :D



                                         

                                               


BAB LAPAN BELAS




   DURRANI merenung jauh ke luar jendela rumahnya.  Malam itu dia merasa sungguh sunyi sekali . Kedua orang tuanya sudah di buai mimpi sedangkan dia masih lagi tidak dapat melelapkan mata. Entah mengapa sukar sekali dia melelapkan mata malam ini. Mungkin juga fikiran dan hatinya terganggu. Dura menghela nafasnya dengan berat sekali.

    Fikirannya mula mengimbas kembali detik-detik sewaktu Ziyad bertanyakan sesuatu yang agak pelik baginya . Mungkin bagi orang lain ianya adalah biasa tetapi tidak pada Dura.

    “Saya nak tanya awak sesuatu. Sebelum ni ada tak awak mengenali arwah isteri saya yang bernama Nurul Jannah? Awak ada pernah terserempak ke dengan dia sebelum ni dekat mana-mana ke?” Soal Ziyad tanpa berselindung. Matanya tepat memandang ke arah Dura yang ketika ini sedang berfikir sesuatu.

    “Nurul Jannah? Rasanya saya tak pernah kenal orang yang namanya Nurul Jannah. Tambahan pula rupa arwah isteri awak pun saya tak tahu macam mana.” jawab Dura dengan jujur. Sepanjang dia tinggal di kampung ni mana pernah dia terserempak dengan arwah isteri Ziyad. Kali ni giliran Ziyad pula memikirkan sesuatu.

    “Kenapa awak tanya saya pasal tu ya?” Soal Dura. Dia memang pelik dengan soalan yang di ajukan itu. Dura merenung Ziyad.

    “Betul awak tak pernah kenal atau jumpa dia?” Soal Ziyad tidak puas hati. Dura menganggukkan kepala.

    “Ziyad apa kata kau tunjukkan gambar arwah Nurul pada Dura mana tahu bila tengok gambar tu nanti Dura pernah nampak ke sebelum ni.” Saiful mmeberikan cadangan dengan tiba-tiba. Dia sedang duduk bersebelahan dengan Ziyad. Dura mengalihkan pandangannya kepada Saiful.

     “Betul juga kata Epul tu Ziyad.” Zikri menyampuk walaupun dia masih belum faham apa sebenarnya yang Ziyad mahukan dari Dura. Mimpi apa agaknya yang di alami oleh adiknya. Mimpikan arwah Nurul kot. Desis hati Zikri. Puteri terus berlari ke pintu utama setelah ternampak kelibat mamanya.

      Ziyad bangun lalu menuju ke sebuah cabinet kaca yang di situ tersusunya frame gambar keluarga Datuk Zahir. Ziyad mengambil salah satu frame tersebut lalu kembali semula ke tempat tadi. Dura dan Zikri melihat dengan penuh tanda tanya.

    “Inilah gambar arwah isteri saya Nurul. Awak pernah ke mengenali dia sebelum ni?” Soal Ziyad lalu menghulurkan frame gambar tersebut pada Dura.

     Dahi Dura berkerut-kerut sewaktu memandang wajah yang sungguh manis di dalam gambar tersebut. Dura mendonggakkan kepalanya dengan perlahan lalu memandang Ziyad.

     “Maaf ya. Saya tak pernah kenal dan jumpa arwah isteri awak ni. Boleh saya tahu kenapa ?” Jawab Durrani jujur. Ziyad menghela nafasnya dengan berat. Epul yang berada di sebelahnya menepuk bahunya.

     “Saya pun tak tahulah Dura kenapa sejak akhir-akhir ni saya alami mimpi pelik. Saya mimpikan arwah isteri saya dan dalam mimpi tu awak dan lagi seorang perempuan yang saya tak kenali turut berada dalam mimpi itu.  Saya sendiri tak faham tentang mimpi tu sebab tu la saya tanya awak sama ada kenal atau tak arwah isteri saya.” Terang Ziyad dengan jujur. Zikri mula faham apa yang adiknya cari dari Durrani.

    “Apa kaitannya dengan saya tentang mimpi awak tu? Saya memang tak pernah mengenali atau terserempak dengan arwah isteri awak sebelum ni walaupun kita sekampung.” Jawab Dura.

     “Itulah persoalan yang sedang bermain di dalam kepala saya sekarang ni. Apa kaitannya awak dengan arwah isteri saya.” Ziyad merenung ke dalam mata Dura. Di saat ini hati Dura bagaikan di sapa sesuatu melihat Ziyad.

      “Pelik betul . Kenapa aku perlu masuk sekali dalam mimpi dia sedangkan aku tak pernah mengenali siapa Ziyad sebelum ni. Kenapa pula hati aku bagaikan terasa sesuatu di saat dia merenung jauh ke dalam mata aku. Sandiwara apakah ini. Aku langsung tak mengerti. Apa kaitannya aku dengan kehidupan mereka?”. Penat otak Dura memikirkan perihal itu.

     Dagunya di tongkat dengan kedua-dua belah tangan . Mata Dura pula merenung jauh ke dada langit yang terbentang luas. Dia melihat bintang yang bergemerlapan.

    “Alangkah bahagianya kalau Kak Adah masih ada dengan kami. Kak Adah , Dura rindukan Kak Adah. “ Dura bercakap sendirian.  Selepas itu Dura menoleh ke arah dinding dan melihat jam yang tertera. Jarum jam sudah berginjak ke angka dua pagi namun mata Dura sukar sekali untuk lelap. Dura menghela nafasnya lalu menutup jendela biliknya. Langsir di tarik lalu Dura melangkah menuju ke luar. Dia mahu menuju ke bilik air untuk berwuduk.

      Mudah-mudahan selepas ini mata Dura dapatlah lelap . Nasib baiklah esok adalah hari cuti kalau esok hari bekerja jenuh mata Dura minta di tongkat untuk menyiapkan kerja.

     PUAN Suraya mengetuk pintu bilik Efa berkali-kali namun tetap tiada jawapan. Sampaikan lenguh tangan Puan Suraya mengetuk dari luar.

     “Efa .. Efa.. bangun. Ini dah tengahari tau . Kamu tu perempuan Efa bangun sekarang. Bangun Efa.” Jerit Puan Suraya. Efa pula masih lagi berlingkar di atas katil . Masih lagi tiada balasan. Puan Suraya mengetap bibirnya dengan geram lalu menuju ke biliknya dan mengambil telefon miliknya .

     Bunyi deringan yang sungguh nyaring sekali membinggitkan telinga Efa yang sedang lena. Efa sudah mengeliat kecil namun belum lagi ada tanda-tanda untuk membuka matanya. Dengan mata yang terpejam Efa meraba-raba mencari handphone miliknya.

     “Hmmmm yaa.. Ada apa kacau orang pepagi ni?” Soal Efa sebaik saja menekapkan telefon tersebut du telinga tanpa melihat nama pemanggil yang tertera.

    “Alifah Ilyana bangun sekarang. Matahari dah tegak tak reti nak bangun lagi. Apa nak jadi dengan Efa ni hah. Buka pintu bilik sekarang sebelum mama robohkan . Cepat bangun.” Ambil kau Efa terus terbeliak mataya sebaik saja mendengar jeritan mamanya di talian. Efa menggosokkan matanya dan bangun . Telefon masih lagi di telinga.

     “Ya mama Efa bangun dah ni. Janganlah jerit macam tu nanti pecah gegendang telinga Efa.” Jawab Efa dengan selamba.

    “Kalau tak jerit bukannya nak bangun . Mama ketuk pintu berpuluh kali bukannya Efa dengar.” Puan Suraya sudah membebel sebelum memutuskan talian. Efa meletakkan kembali telefonnya lalu bangun dan menuju ke pintu . Tombol pintu di tarik dengan perlahan-lahan dan dengan selambanya Efa bersandar di pintu sambil menggarukan kepala. Rambut Efa saat ini mengalahkan hantu kak Limah.

    “Astagfirullahalazim. Bertuah punya anak. Hey pakaian apa yang kamu pakai ni Efa dengan singkat dan jarang. Mama tak pernah tengok lagi baju ni. Pergi masuk dalam mandi dan siap turun ke bawah. Sekejap lagi papa kamu balik kalau dia tahu kamu bangun lambat macam ni memang kenalah sekejap lagi. Tadahlah telinga dengar bebelan dia. Ada anak dara langsung tak boleh nak harap. Suka sangat bangun tengahari buta . Selagi tak angka dua belas atau satu tengahari jangan haraplah kamu ni nak keluar bilik. “ Puan Suraya sudah bercekak pinggang memandang anaknya.

    “Ish mama ni bisinglah. Efa bukan sengaja bangun lambat. Efa tak boleh tidurlah malam tadi entah pukul berapa baru lelap. Ini semua hal semalamlah. Hal dekat rumah auntie Huwaidah tu.” Efa memusingkan badannya ke belakang lalu melangkah dan mencari tualanya.

    “Bising tak bising. Kamu tidur sampai tengahari sampai lupa solat subuhkan. Apa nak jadi dengan kamu Efa? Solat tu wajib tau tak. Mama dan papa dah bagi didikan agama yang cukup untuk kamu tapi sekarang tengok apa dah jadi. Dari mana kamu terpengaruh pun mama tak tahulah Efa. Sakit kepala mama dengan papa kamu tau tak.”

    “Tak sampai seru lagilah tu.” Bidas Efa dengan selamba sebelum berlalu ke bilik air. Puan Suraya mengetap bibirnya dengan geram. Ada saja mulut Efa ni nak menjawabnya. Anak perempuan memang susah nak jaga tambah-tambah kalau yang degil seperti Efa ni.

    Efa kembali semula ke biliknya selepas makan tengahhari bersama keluarganya. Panas telinganya menahan bebelan dari papanya Encik Zain yang menegur tentang perangainya. Apa yang di katakan oleh Encik Zain untuk Efa masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

    Sebaik saja tiba di biliknya Efa tidak terus menuju ke katil tetapi dia berjalan ke hulu ke hilir di ruang biliknya. Otaknya ligat memikirkan sesuatu. Efa mengigit kuku jarinya sambil berfikir.

    “Macam mana boleh jadi macam ni. Kalau abang Ziyad kawan dengan perempuan tu tak mustahil satu hari nanti abang Ziyad akan berubah hati. Pasti tiada lagi cinta buat Nurul selepas ini. Perempuan tu pula ada rupa .Kasihan arwah Nurul nanti.” Efa bercakap seorang diri. Puas dia ke hulu ke hilir dia akhirnya menghenyakkan punggungnya ke katil.

     Efa ni buang tabiat ke apa. Dia juga yang cakap pada Ziyad tempoh hari carikan pengganti arwah Nurul. Hari ni lain pula. Kepala si Efa ni betul ke tidak. Jangan-jangan ada saluran yang tak berfungsi kot?.

    “Abang Ngah tu duda manakala Kak Dura pula janda. Rasanya tak salah kalau mereka tu berkawan dan katakan kalau mereka tu ada jodoh lagi bagus.” Una tersenyum melihat abang Ngahnya yang sedang leka bersembang dengan Dura siap bergelak ketawa lagi. Efa yang melihatnya sudah mengetap bibir geram.

    “Eh mana boleh macam tu Una. Abang Ziyad sayangkan arwah Nurul. Dia mana mungkin cari pengganti arwah Nurul. Kak Efa kenal sangat abang Ziyad Una tu. Dia terlalu sayangkan arwah Nurul .” Jawab Efa dengan riak muka yang sudah berubah.

     “Memanglah abang ngah sayangkan arwah Kak Nurul . Kami pun sayangkan arwah Kak Nurul tapi siapa kita nak menghalang takdir. Allah ambil Kak Nurul dari kita. Mungkin sekarang ni abang tak akan cari pengganti tetapi di kemudian hari kita tak tahu Kak Efa. Kadang-kadang yang kita tak sangka dan jangka itulah yang akan berlaku.”  Una memandang Efa yang sedang menundukkan kepala.

      “Tak tak tak. Aku yakin yang cinta abang Ziyad pada arwah Nurul tidak rapuh. Dia sayangkan Nurul sangat-sangat sebab aku yang buat abang Ziyad sayangkan arwah Nurul tu.” Bibir Efa mengulum senyuman penuh makna.

     “Aku rasa aku patut jumpa Tok Lang. Ya aku perlu jumpa Tok Lang . Ini untuk kebaikan abang Ziyad dan juga Zikri cinta hati aku.” Efa tersengih lagi. Dia membetulkan rambutnya yang jatuh menutup mata.

      ZIKRI baru saja selesai menunaikan solat asar. Dia menuju ke tingkat bawah. Anaknya sudah pun berlari-lari turun untuk bermain dengan arnab kesayanganya. Esok pagi dia dan keluarganya akan kembali ke Kuala Lumpur. Kalau ikutkan dia mahu bercuti lagi tetapi memandangkan lusa dia ada mesyuarat maka terpaksalah dia bertolak balik esok hari.

    “Abang minum petang dah siap.” Washfa menyapa suaminya sewaktu membawa minuman petang buat mereka sekeluarga. Ziyad mendukung puteri lalu berlari . Puteri terjerit-jerit di atas dukungan pak ngahnya.

     “Terima kasih sayang.” Zikri tersenyum manis pada isterinya.  Washfa turut membalas senyuman suaminya. Selepas itu muncul Una dan juga mertuanya.

     “Jemput minum mama papa Una.”

     “Sekejap lagilah Una minum. Una nak main sekali dengan abang ngah dan puteri. Seronok pula tengok mereka.” Jawab Una lalu berlari menuju ke arah abangnya.

     “Una cakap dengan mama yang Ziyad ada tanyakan sesuatu pada Dura. Adik kamu tu tanya apa Zikri?” Soal Datin Huwaidah .

     “Oh pasal tu ke? Ziyad tanya sama ada Dura kenal tak arwah Nurul sebelum ni. Menurut kata Ziyad dia seringkali mimpikan arwah Nurul dan dalam mimpi tersebut juga ada Dura sekali kebelakangan ni. “ Jawab Zikri sebelum menghirup air yang di sediakan oleh isterinya.

      “Mimpi tu mainan tidur.” Sampuk Datuk Zahir pula.

      “Washfa rasa ada sesuatu kot yang Allah nak tunjukkan pada Ziyad.” Jelas Washfa pula. Zikri menganggukkan kepala tanda setuju.

     “Yang tu abang setuju. Pasti ada sebabnya. Adakalanya mimpi tu cuba memberikan kita satu petunjuk. Memang kita tak boleh nak percaya sangat pada mimpi tapi ada segelintir mimpi menjadi realiti.”

     “Ini Efa mengadu dekat mama masa kenduri hari tu. Dia kata puteri tak nak dengan dia. Dia kata puteri suka dengan Dura.” Tingkah Datin Huwaidah dnegan tiba-tiba sewaktu puteri mendekati meja mereka.

    “Efa tu memang serba serbi tak kena. Zikri memang tak suka dia datang ke mari tapi nak buat macam mana dia tu sepupu kepada arwah Nurul. “ Bidas Zikri dengan geram. Washfa mengusap tangan suaminya dengan lembut.

     “Papa pun tak suka dia .” Sokong Datuk Zahir. Datin Huwaidah menggelengkan kepalanya. Dia tahu suami dan anaknya memang tidak menyukai Efa .Suatu ketika dulu Zikri pernah menaruh harapan pada Efa tetapi jodoh Zikri dengan Washfa. Dalam diam Datin Huwaidah memanjatkan kesyukuran kerana tidak jadi berbesan dengan keluarga Suraya. Dia tidak berapa berkenan dengan Efa yang agak seksi dan terlebih manja dengan orang.

     “Mama papa jomlah main dengan rabbit. “ Puteri menarik tangan Washfa dan Zikri.

      “La kenapa tak main dengan Mak Usu?” Soal Zikri .

      “Tu mak usu tengah pegang rabbit puteri. Sekarang ni mama dan papa pula kena pegang rabbit puteri.. “
       “Pergilah Zikri. Esok korang dah nak balik. Papa suruh bawa balik rabbit sekali kamu tak nak. Ada gak teman puteri dekat sana.” Datuk Zahir bersuara.

    “Kalau  puteri nak teman maknanya mama dan papa dia kenalah berikan seorang adik untuk dia. Itu baru namanya teman.” Jawab Datin Huwaidah. Sekadar mengusik anak menantunya. Dia teringin untuk ada cucu lelaki pula lepas ni.

    “InsyaAllah mama. Kami memang bercadang nak bagi puteri adik.” Jawab Zikri dengan selamba. Pipi Washfa terus berona merah . Sempat dia mencucuk pinggang suaminya.  Datuk Zahir dan isterinya tersenyum gembira.

     Semoga doa Zikri dan Washfa untuk menimang cahaya mata kedua termakbul. Puteri pun dah besar memang patut pun dia ada adik. Ada juga teman bermain puteri nanti.




*******************************

BAB SEMBILAN BELAS

     DURRANI keluar dari keretanya dengan menjinjit buah tangan yang sempat di belinya sewaktu dalam perjalanan ke mari tadi. Pintu kereta di tutup dengan perlahan sebelum dia melangkah menuju ke rumah bekas mertuanya. Dura mendekati tangga rumah milik Puan Rahimah dan Encik Aslam.

     “Assalamualaikum mak ayah..” Dura memberikan salam . Pintu di buka dari dalam . Puan Rahimah tersenyum melihat menantunya .

     “Waalaikumussalam. Ya Allah Dura lamanya mak tak tengok Dura. Jemput naik Dura.” Puan Rahimah terus memeluk menantunya. Selepas pelukan di leraikan barulah Dura menghulurkan tangan dan menunduk mencium tangan bekas mertuanya.

     “Mak sihat? Ayah mana?” Soal Dura sewaktu dia dan Puan Rahimah menghenyakkan punggung ke sofa. Buah tangan untuk bekas mertuanya di letakkan di atas meja.

    “Alhamdulilah mak dengan ayah sihat. Ayah kamu tak ada dia ke bandar sekejap. Alhamdulilah mak tengok Dura pun dah kembali ceria seperti dulu. Tenang hati mak bila tengok menantu mak tidak bersedih lagi.” Tangan Puan Rahimah mengusap pipi Durrani.

    “Alhamdulilah mak. Maafkan Dura ya sebab dah lama tak datang ke mari jengguk mak dan ayah. Dura sibuk sikit bila dah kerja. Hari minggu Dura balik rumah Dura . Bila mak dan ayah nak datang ke rumah Dura lagi?”

    “InsyaAllah nanti mak dengan ayah datang. Sekarang ni tak bolehlah Dura. Asal hari minggu saja ayah kamu tu adalah aktiviti dengan teman-teman dia. Mak jugalah yang keseorangan di rumah ni. Sunyi. Anak-anak yang lain duduk jauh.” Dura mengenggam erat tangan bekas mertuanya.

    “Mak kalau sunyi mak telefonlah Dura. Tak pun mak ajak ayah datang rumah. Boleh sembang dengan ibu dan ayah Dura.” Bibir Dura mengulum senyuman.

   “Mak memang nak pergi tapi ayah kamu tu sibuk bebenar mengalahkan YB pula.” Puan Rahimah menggelengkan kepala setiap kali memikirkan suaminya yang selalu sibuk sejak kebelakangan ini. Ada saja aktiviti yang mereka lakukan dekat kampung.

    Encik Aslam mengambil bahagian dalam membantu kampungnya dalam membanteras karenah anak remaja masa kini yang semakin hari semakin merunsingkan. Bukan saja di kampung malahan di bandar apatah lagi. Masalah remaja dari hari ke hari sememangnya merunsingkan hati semua pihak.  Jikalau mereka berterusan terlibat dengan aktiviti yang tak berfaedah sememangnya akan merosakkan masa hadapan. Bukan saja merosakkan masa depan diri sendiri tetapi juga akan memberi kesan pada negara di waktu yang mendatang.

    “Ayah memang patut sibuk mak . Dia kan ketua kampung ni. Mestilah semua perkara harus di ambil peduli.” Dura tersenyum lagi.

     “Itulah dah jadi tanggungjawab ayah kamu Dura. Eh duduklah dulu biar mak buatkan air untuk kamu ya.” Paun Rahimah sudah berdiri namun dengan pantas Dura menghalang.

    “Eh tak payahlah susah-susah mak. Duduk je sini.” Jawab Dura. Tangannya menarik tangan Puan Rahimah dengan perlahan.

    “Tak mengapalah. Dura duduk sini ya mak ke dapur sekejap.”  Puan Rahimah tetap berkeras nak ke dapur untuk menghidangkan air untuk menantu kesayangannya. Memang dia sayangkan Dura sebab Dura seorang anak yang sangat baik serta menghormati orang tua. Sesiapa yang melihat  Dura pasti ingin jadikan menantu.

     “Kalau macam tu Dura ikut mak sekalilah ke dapur.” Dura turut bangun dan bergegas menuju ke dapur mengekori ibu mertuanya. Puan Rahimah yang menoleh menggelengkan kepala. Dura memang begitu . Kalau datang ke rumahnya tak sah kalau tak singgah ke dapurnya.

   “Dura tak nak cari pengganti arwah Mikhail ke?  “ Dengan tiba-tiba Puan Rahimah bertanya sebegitu. Dura terkejut lalu tersedak sewaktu di ajukan soalan itu.

   “Dura tak terfikirkan pun mak nak cari pengganti arwah abang Mikhail .” Dura meletakkan semula gelas yang berisi air.

   “Janganlah Dura salah anggap pula dengan soalan mak tadi. Mak bukan apa mak kesian pada Dura. Yalah kamu dengan Mikhail dah kenal bertahun-tahun bila korang di satukan Mikhail tinggalkan kamu sendirian.” Puan Rahimah sememangnya simpati dengan keadaan Dura . Dia sedar hubungan yang terjalin bertahun-tahun pun belum tentu lagi akan dapat penamat yang yang di impikan.

    “Mak tak ada siapa pun yang boleh menjangkakan apa yang akan berlaku pada hari esok. Dura langsung tidak menyalahkan takdir mak sebab Dura yakin apa yang berlaku itu sudah tersurat dan tertulis dan kita sebagai manusia tak mampu nak mengelak apa-apakan.” Jawab Dura dengan tenang. Puan Rahimah tersenyum .

    “Mak berdoa yang satu hari nanti Dura akan menemui pengganti arwah Mikhail. Mak nak tengok Dura bahagia  dan mak pasti arwah Mikahil juga inginkan Dura bahagia.” Dura tersenyum . Suatu hari nanti dia mungkin akan mencari pengganti arwah Mikhail . Bila sampai waktunya pasti Dura akan menemui jodoh yang kedua.

    “Assalamualaikum mak ngah..” Jerit satu suara di luar rumah. Puan Rahimah dan Dura terkejut.
   “Siapa yang datang mak?” Soal Dura.

   “Entahlah Dura. Sekejap mak tengokkan siapa pula yang datang.” Puan Rahimah terus menolak kerusi ke belakang dengan perlahan sebelum melihat pemilik suara lelaki tersebut. Dura langsung tidak mengubah posisi. Hanya kepalanya saja yang menoleh memandang bekas mertuanya yang berjalan ke pintu utama.

    “Waalaikumussalam. La kamu ke Azlan. Bila kamu balik dari Sabah?” Soal Puan Rahimah apabila melihat tetamu yang memberikan salam sebentar tadi.

    “Apa khabar mak ngah?” Soal lelaki yang di kenali sebagai Azlan itu.

    “Alhamdulilah mak ngah sihat . Bila kamu balik ni?” Azlan sudah menghulurkan tangan untuk bersalam dengan ibu saudaranya.

    “Lan baru je balik dua tiga hari lepas mak ngah. Inikan musim cuti sekolah jadi Lan baliklah sini. Jadi cikgu ni bila cuti sekolah boleh la balik semenanjung mak ngah.” Jawab Azlan dengan tenang sebelum membuntuti langkah ibu saudaranya dari belakang.

    “Oh ya ni mak ngah kenalkan kepada kamu. Inilah Durrani. Isteri kepada arwah Mikhail.” Puan Rahimah memperkenalkan Dura kepada Azlan. Dura dan Azlan saling berbalasa senyuman.

    “Jadi nilah Dura yang arwah Mikhail selalu cerita tu.”

   “Dura ini sepupu arwah Mikhail. Dia ni duduk dekat sabah kerja cikgu. Waktu Dura dengan arwah Mikhail dia tak ada dekat sini dan bila Mikhail meninggal dulu dua hari lepas tu baru dia balik sini. Tiket flight habis katanya waktu tu.” Terang Puan Rahimah.

    “Lan duduk dululah ya. Mak ngah sediakan air minuman untuk kamu. Korang berdua bersembanglah dulu.” Puan Rahimah terus bergegas menuju ke dapur.

    “Errm Dura buat apa selepas Mikhail tak ada?” Soal Azlan . Matanya menilik wajah Durrani ketika ini.
   “Kerja.” Jawab Dura sepatah. Azlan menganggukkan kepalanya.

    “Awak ni memang dah lama ke duduk Sabah? Kalau tak silap saya sepanjang saya kenal arwah Mikhail saya tak pernah mengenali awak .” Soal Dura dengan tiba-tiba. Azlan tergelak kecil.

    “Memang awak tak pernah jumpa saya Dura sebab saya dan keluarga jarang balik sini. Kami memang menetap di Sabah.” Patutlah. Desis hati Dura lalu mengulum senyuman. Di sebalik pintu Puan Rahimah mengintai Dura dan juga Azlan yang sedang bersembang. Dia tersenyum . Dia memang suka kalau Dura dan Azlan berkenalan antara satu sama lain. Kalau boleh dia tidak mahu Dura hidup dalam kenangan.

     Kalaulah mak ada anak lelaki yang tak berkahwin lagi memang mak dah jadikan menantu mak Dura tapi apa kan daya arwah Mikhail sorang saja yang belum berkahwin. Desis hati Puan Rahimah pula.

     PUAN Yusnita termenung di dalam bilik arwah anaknya Adah. Dia melihat suasana suram di dalam bilik tersebut. Dengan perlahan-lahan tangannya mengusap cadar yang di hamparkan di atas tilam.

    “Adah maafkan mak nak. Mak tak dapat tunaikan impian Adah. Mak dah lama terputus hubungan dengan keluarga angkat kamu yang dulu. Kita dah berusaha mencari mereka. Mak kesal sampai ke hujung nyawa kamu nak mak tak dapat tunaikan hasrat kamu. Maafkan mak nak. Maafkan mak.” Luah Puan Yusnita . Air mata mula membasahi pipinya.

    “Yati di mana kau berada?” Puan Yusnita memejamkan matanya untuk seketika. Sampai ke hari ini dia merasa sungguh kesal dan bersalah kerana dia tak dapat menyatukan semula hubungan yang telah terpisah.

    “Ita .. Awak menanggis lagi dekat bilik ni?” Sapa Encik Idris di muka pintu. Dia terdengar esakan kecil isterinya. Encik Idris melangkah masuk ke dalam bilik arwah anaknya dan mendekati isterinya.

    “Bang saya rasa bersalah dan tak tenang bang sebab tak dapat tunaikan permintaaan Arwah Adah. Dia terlalu rindukan keluarga angkatnya tapi….”

     “Sabar Ita. Bukan kita tak berusaha tapi Yati dah berpindah sewaktu kita mencari dia dulu dan salah kita juga sebab tak berikan alamat rumah baru selepas kita pindah dari rumah lama. Abang ingatkan Yati akan terus menetap di situ tapi ternyata tidak. Mereka sudah berpindah dan kita sendiri tidak tahu mereka di mana.” Pujuk Encik Idris sambil mengusap bahu isterinya.

    “Bang kita teruskan mencari Yati ya bang. Ita nak sangat jumpa dia dan bagitahu apa yang dah berlaku pada arwah Adah. Ita yakin yang Yati juga berusaha mencari kita. Semoga Allah temukan kita dengan mereka satu hari nanti bang.” Mata Puan Yusnita redup memandang wajah suaminya. Encik Idris menganggukkan kepalanya.

   “InsyaAllah. Kita berusaha , doa dan tawakal. Mudah-mudahan Allah makbulkan doa kita. Adah tetap ada bersama kita Ita. Walaupun dia dah tak ada di atas dunia ni tapi dia ada di dalam diri Durrani. Pengorbanan Adah untuk adiknya.

    “Assalamualaikum . Ibu ayah Dura dah balik ni.” Kedengaran suara Dura di luar. Dia baru saja pulang dari tempat kerjanya. Dura menanggalkan sandle miliknya sebelum mendaki anak tangga rumahnya.

    “Waailakummussalam.” Jawab Puan Yusnita dan Encik Idris serentak.  Dengan pantas Puan Yusnita menyapu sisa-sisa air matanya . Dura terus menuju ke biliknya namun langkahnya terhenti sebaik saja terpandangkan orang tuanya yang berada di dalam bilik arwah kakaknya.

      “Ibu dengan ayah rindu pada arwah Kak ngah ya?” Soal Dura lalu melangkah masuk ke bilik arwah Adah. Puan Yusnita tersenyum tawar. Dura mendekati ibu dan ayahnya lalu dia duduk di birai katil.
      “Dura pun rindu pada arwah Kak ngah ibu. Dura ingat Dura nak carilah siapa cinta hati arwah Kak ngah .” Puan Yusnita dan Encik Idris mengerutkan dahinya.

     “Cinta hati? Siapa?” Orang tuanya menyoal dengan serentak dan saling berpandangan.

      “Ibu ayah.. Sebenarnya baru-baru ni Dura jumpa diari arwah Kak ngah. Diari tu ada dekat bilik Dura dan Dura ada baca luahan hati Kak Adah tentang cinta hatinya yang di kenali sebagai Mr Z. Dura nak sangat tahu kenapa dia tinggalkan arwah Kak ngah dulu.” Jelas Dura.

    “Dura nak cari dia dekat mana? Kita bukannya kenal. Arwah Kak Adah terlalu berahsia. Dia lebih suka pendamkan sorang diri. Bila dia rasa tiba masa yang sesuai barulah dia kongsi masalahnya dengan kita.” Encik Idris bersuara. Dura setuju dengan kata-kata ayahnya itu.

    “Dura tak tahu ayah tapi Dura dapat rasakan sesuatu di dalam hati arwah Kak ngah. ”

    “Sebelum Dura nak carikan lelaki tu ada baiknya Dura bantu ibu dan ayah carikan keluarga angkat arwah Kak Adah. Itu permintaan terakhir dia Dura dan ibu perlu serahkan sepucuk surat yang di tulis oleh arwah kakak kamu untuk keluarga angkat apabila kita bertemu mereka nanti.”

     “Bila dia tulis surat tu ibu?” Soal Dura dengan tiba-tiba. Dia hampir-hampir terlupa dengan misi keluarganya untuk mencari kembali keluarga angkat Adah.

    “Sehari sebelum dia dan kamu operation.” Jawab Puan Yusnita. Dura terdiam sejenak.

    “Dura akan bantu ibu dan ayah. Itu memang permintaan arwah Kak ngah. Apa yang Kak ngah buat pada Dura tak mampu Dura balas ibu ayah. Dura pernah berjanji dengan arwah Kak ngah dulu yang Dura akan bantu dia cari keluarga angkatnya.” Dura terkenangkan janjinya pada arwah Adah suatu ketika dulu.

     “Dura.. Kalau sesuatu jadi pada Kak ngah , Dura kena janji satu benda dengan Kak ngah ya.” Pinta Adah yang sedang terbaring lesu di atas katilnya. Dura menggenggamkan tangan kakaknya.

    “Janji apa kak?” Soal Dura. Matanya sudah berkaca. Dia tidak sanggup melihat keadaan kakaknya yang semakin hari semakin teruk . Pada mulanya mereka ingat Adah sakit kerana kesan dari pembedahan dulu tetapi ternyata tidak.

    “Tolong ibu dan ayah carikan keluarga angkat Kak ngah. Kakak terigin sangat nak jumpa mereka. Selama ni kak ngah hanya dengar cerita dari ibu je. Sampai sekarang kak ngah tak jumpa mereka lagi. Kalau di izinkan Allah kak ngah akan bertemu tetapi kalau tidak Dura tunjukkan kubur kak ngah pada mereka ya. Janji dengan kak ngah tau.” Terang Adah lalu menaikkan anak jarinya dengan perlahan-lahan. Dura turut menaikkan anak jarinya untuk mengikat janji dengan kakaknya.

    “Janji ya?”. Pinta Adah separuh merayu. Mata Adah turut berkaca sewaktu merenung wajah adik bongsunya. Dura menganggukkan kepalanya.

    “InsyaAllah kak. Dura janji. Kak ngah kena kuat ya. Lawan sakit ni. Jangan cakap yang bukan-bukan.” Air mata Dura dan Adah mengalir di pipi. Hanya mata mereka saja berbicara saat ini. Dura dan Adah tidak mampu untuk berbicara. Hatinya mereka tersangat sedih ketika ini. Apa yang di rasai oleh Adah turut di rasai oleh Dura kerana secebis hati Adah ada pada Durrani.

Bersambung...

NotaTersepit: Berusaha menyiapkan BTW . Hwaiting. Walaupun mood asyik kelaut je bila nak menuliskan. Hehehehe...

2 comments:

  1. Nak laaaaagiii babe hihi best!semoga idea terus mencurah-curahh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..minggu depan ya beb. Mekasih singgah dan baca..muahhhh :D <3 <3 <3

      Delete

Tq sudi komen.:D