SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, August 18, 2014

[E-NOVEL] : BILA TIBA WAKTUNYA BAB 16 & 17

Assalamualaikum u ollsss..

Lagi dua bab cik writer publish minggu ni. Ini dia sambungan Kisah Dura dan Ziyad. Terima kasih singgah dan baca ya. :)


                                   
                                            






BAB ENAM BELAS




     HARI itu rumah Datuk Zahir mengadakan kenduri arwah buat ahli keluarga mereka yang sudah tiada.  Kebetulan waktu ini anak menantu serta cucunya berkumpul semua malahan saudara terdekat juga bersetuju untuk mengadakan majlis tersebut di rumah Datuk Zahir.

    “Dura kamu dah siap ke belum? Kalau dah siap bolehlah kita gerak. Ayah kamu dah tunggu dari tadi lagi dekat luar tu.” Puan Yusnita memanggil Durrani yang masih lagi bersiap di dalam biliknya.

    “Ya ibu.” Balas Durrani lalu keluar dari biliknya dan mendapatkan ibunya yang sedang membetulkan kedudukan tudungnya yang agak senget sedikit.

    “Ibu siapa yang jemput kita?” Soal Dura . Dia sendiri tidak tahu yang hari dia akan ke rumah besar milik keluarga Datuk Zahir.

     “Datuk Zahir sendirilah yang menjemput keluarga kita ke sana. Dua hari lepas dia jumpa ayah kamu . Dia memang nak sangat kamu pergi katanya nak juga kenal dengan kamu. Yalah masa accident hari tu mana dia jumpa kamu Dura. Emosi kamu waktu tak stabil. Segala urusan ayah dan Datuk Zahir yang uruskan.” Jelas Puan Yusnita.

    “Tapi hari tu Dura dah pernah ke situ hantar cucu dia yang sesat.” Jelas Dura.

    “Waktu tu mana dia tahu yang kamu ni isteri kepada arwah Mikhail.” Puan Yusnita bangkit dari kerusi lalu menuju ke luar. Dura mengekori dari belakang. Sebaik saja Dura mengunci pintu terus dia menyarungkan seliparnya sebelum mengekori ibu dan ayahnya dari belakang. Mereka bertiga mula menuju ke rumah Datuk Zahir.

     “Ita oiii nak ke mana tu?” Sapa Mak Nab dengan senyuman. Puan Yusnita mencari-cari suara tersebut.

     “Aku dekat sinilah Ita.” Mak Nab melambaikan tangannya pada Puan Yusnita.

     “Kau ke Nab. Mata aku kalau jauh sikit susah sikit nak nampaknya. Kenapa?” Soal Puan Yusnita sebaik saja ternampak susuk badan milik Mak Nab.

    “Yalah aku la Nab. Kau tiga beranak ni nak ke mana?” Soal Mak Nab.

     “La nak pergi rumah Datuk Zahir dekat depan sana tu haa..  Kamu dah pergi ke Nab?”  Mak Nab menggarukan kepalanya sambil memikirkan sesuatu.

     “Eh kenduri arwah tu bukan esok ke?” Soal Mak Nab lalu mendekati Puan Yusnita .

     “Nab kamu ni dah lupa hari ke? Kenduri arwah tu hari ni . Kami nak ke sanalah ni.” Terang Encik Idris pula. Dura hanya memerhati saja.

     “Ya ke? Jadinya aku ni dah pelupa ya. Nasib baik aku tanya kamu tadi kalau tak mesti aku pergi esok.” Jawab Mak Nab sambil menggarukan kepalanya.

    “Biasalah Nab oiii. Kita ni dah tua dah memanglah selalu lupa. Aku pun macam kau juga Nab ada masa pelupa juga. Tak ingat harilah , haribulanlah .” Tambah Puan Yusnita. Mak Nab menganggukkan kepalanya.

    “Kami pergi dulu ya Mak Nab.” Kedengaran suara Durrani meminta diri dengan senyuman mekar di bibir.

    “Kau tak nak pergi ke Nab?” Soal Puan Yusnita apabila melihat teman sekampungnya  itu diam seketika.

   “Korang pergilah dulu. Sekejap lagi aku datang dengan anak perempuan aku si Wida. Dia ada balik semalam.” Jawab Mak Nab. Puan Yusnita menganggukkan kepala sebelum berlalu meninggalkan  Mak Nab yang masih berdiri di sebalik pokok bunga di tepi rumahnya.

    “Wida.. oooo Wida… Siap sekarang ikut mak ke rumah Datuk Zahir.” Jerit Mak Nab sebaik saja mendaki anak tangga rumahnya.

    “Rumah Datuk  Zahir? Buat apa mak?” Soal Wida dengan pelik sebaik saja dia tiba di hadapan Mak Nab.

    “Hari ni ada kenduri arwah dekat rumah besar tu. Diorang jemput orang kampung ni. Pergilah siap. Bolehlah mak kenalkan kamu dengan keluarga Datuk Zahir tu. Mereka tu orang kaya Wida. Kau tak teringin ke nak berkawan dengan orang kaya. Itu anak kedua dia yang bini dia meninggal accident hari tu kan solo sekarang ni. Bolehlah kamu nak kenal-kenal dengan dia.”  Terangkat kening Wida seketika.

    “Handsome ke anak dia tu mak. Wida ni mana pernah tengok anak dia.” Soal Wida.

    “Sebab dia handsome la mak suruh kamu berkenalan dengan dia. Mana tau kot-kot dia nak cari pengganti arwah isterinya ke kan. Untung kau Wida kalau dapat jadi menantu pada keluarga Datuk Zahir tu.” Jawab Mak Nab sebelum berlalu ke biliknya untuk menukarkan pakaian. Wida tersengih.

     “Hmmm kalau handsome nak juga aku berkenalan. Mana tau boleh buat jadi laki ke nanti. Orang kata tak kenal maka tak cinta .” Wida tersengih gatal sambil memintal rambutnya sebelum berlalu ke bilik untuk bersiap.

    Amboi Mak Nab dalam diam rupanya nak ambil kesempatan. Nak berbesan dengan keluarga Datuk Zahir.

    “JEMPUT masuk Idris. Jangan malu jangan segan.” Pelawa Datul Zahir sewaktu bersalaman dengan Encik Idris.

     “Terima kasihlah Datuk sebab jemput kami sekeluarga.” Encik Idris tersenyum. Puan Yusnita dan Durrani turut tersenyum.

    “Tak payahlah nak panggil saya Datuk. Panggil saja nama Zahir.”

     “Auntie.. auntie..” Jerit puteri sebaik saja dia melihat Durrani berdiri di pintu utama rumah atuknya.  Sebaik saja tiba di hadapan Dura terus puteri memeluk Durrani.

    “Eh puteri kan?” Soal Dura sambil mengusap kepala puteri. Di kala itu puteri menganggukkan kepalanya.
    “Puteri…” Panggil Washfa yang baru saja tiba di situ.

    “Oh ya kenalkan ini Washfa menantu kami. Isteri kepada abang Ziyad iaitu Zikri.” Datuk Zahir memperkenalkan Washfa kepada keluarga Encik Idris.

     Washfa terus bersalaman dan berkenalan dengan tetamu papanya.

     “Eh jemputlah masuk dalam tak kan nak borak depan pintu ni.” pelawa Washfa.
     “Jemputlah masuk jangan segan. Washfa mama kamu mana?” Soal Datuk Zahir sewaktu menoleh ke arah menantunya.

    “Mama ada dekat dapur tadi papa. Sekejap ya Washfa panggilkan mama. Puteri mari dekat mama.” Tangan Washfa melambaik-lambai memanggil anaknya.

    “Puteri nak main dengan auntie boleh tak mama?” Soal puteri dengan manja . Dia memandang wajah mamanya dengan penuh harapan. Washfa tersenyum.

    “Sayang.. Jangan kacau auntie.” Tegur Washfa dengan lembut. Puteri sudah menarik wajah masam.

    “Tak mengapa nanti auntie temankan puteri main okey?” Pujuk Dura pula lalu mencuit dagu puteri.

    “Yeay yeay yeah ..” Jerit puteri lalu bertepuk tangan dengan wajah yang sungguh ceria .

     “MAMA dah okey ke baju yang Efa pakai ni? Dekat dalam tu nampak macam ramai je.” Soal Efa sebaik saja keluar dari kereta.

    “Itulah pakai baju kurung jarang sekali. Hari raya pun tak pakai inikan pula hari biasa. Dah jom masuk ke dalam.” Bidas Encik Zain sewaktu menutup pintu kereta. Efa sudah tarik muka. Dia tahu papanya sengaja berkata begitu. Sejak akhir-akhir ni hubungan dia dengan papa memang tak sebulu. Ini semua kes tempoh hari yang Efa cepat-cepat bergegas nak ke bilik tanpa sempat berbicara dengan papanya tentang tingkah laku dirinya.

     “Abang. Tak akan dekat sini pun nak bergaduh dengan anak.” Tegur Puan Suraya. Encik Zain terus mendengus geram lalu melangkah meninggalkan anak dan isterinya di belakang.

    “Papa ni tak habis-habis nak salahkan Efa. Tak suka betullah macam ni.” Jelas Efa . Puan Suraya geleng kepala.

    “Anak dengan papa sama je. Susah nak di bawa berbincang. Efa apa yang papa cakap tu cubalah ikut. Jangan sampai papa naik angin. Kalau dia dah naik angin mama memang tak boleh nak buat apa dah. Mama boleh tengok saja tau. Datang sini jangan pula kamu nak dekati Zikri. Ingat tu. Kalau papa Efa nampak memang kenalah Efa hari ni dengan dia.” Pesan Puan Suraya sebelum melangkah masuk ke dalam rumah milik keluarga Datuk Zahir.

    “Efa tahulah mama. Ya Efa tak akan buat perangai hari ni.” Jawab Efa dengan tidak puas hati. Dia memang tak suka datang ke rumah Datuk Zahir dengan keluarganya terutama sekali dengan papanya. Ada saja yamg tidak kena di mata papanya itu.

    “Kalau tahu baguslah. Mama pun tak ada sakit kepala nak memikirkan hal kamu Efa.” Puan Suraya mencari kelibat Datin Huwaidah.

    “Inilah Durrani ya. Lawa orangnya. Sebelum tu auntie nak minta maaflah dengan keluarga Dura tentang insiden yang berlaku pada arwah suami Dura.”  Datin Huwaidah mengenggam tangan Dura di saat ni.

    “Eh kenapa pula Datin nak minta maaf dengan saya. Insiden tu dah pun berlaku datin tambahan pula semuanya di luar jangkaan kita. Dura tak salahkan sesiapa pun. Dura tahu ini semua adalah ketentuan dari Allah Yang Maha Esa.” Jawab Dura.

    “Auntie memang nak jumpa denga Dura sewaktu menziarah ke rumah kamu hari tu tapi keadaan tak mengizinkan. Auntie tengok emosi Dura waktu tu sangat terganggu.” Tambah Datin Huwaidah lagi. Dura anggukkan kepala tanda faham. Dia juga sedar waktu itu emosinya memang tidak stabil. Kesedihan dan kehibaan kehilangan arwah Mikhail benar-benar menguji ketabahannya.

    “Maafkan Dura juga ya Datin. Waktu tu memang Dura tak nampak sesiapa melainkan arwah abang Mikhail.” Jawab Dura dengan jujur.

    “Janganlah panggil datin. Dura panggil je auntie ya.” Dura tersenyum memandang wajah ibu kepada Ziyad.
    “Auntie..” Sapa Efa dengan senyuman.  Mereka yang ada di situ terus mendongakan kepala memandang ke arah Efa.

    “Efa bila sampai? Mana mama papa kamu?”  Soal Datin Huwaidah.

    “Mama ada dia jumpa kawan dia tadi. Papa pula tengah bercakap dengan abang Ziyad kot .Kami baru je sampai. “ Jawab Efa.

    “Kenalkan ini Durrani. Orang kampung ni juga.” Datin Huwaidah memperkenalkan Dura dan keluarganya.
    “Hai..” Sapa Efa lalu menyambut salam yang di hulurkan oleh Dura.

    “Auntie..” Jerit puteri sambil berlari menuju ke ruang tamu di mana neneknya berada.

    “Hai princess. Rindu auntie ke?” Soal Efa . Dia menarik puteri yang berlari ke arahnya sebentar tadi.  Puteri cuba melepaskan diri dari pelukan Efa.

    “Auntie auntie.. Jomlah tengok arnab. Atuk belikan arnab baru untuk puteri.” Puteri menarik tangan Durrani. Efa melihat terus mengetap bibir. Malu tak terkata. Dia ingatkan puteri memanggilnya sebentar tadi rupa-rupanya orang lain.

    Macam mana pula puteri boleh kenal perempuan ni. Kata orang kampung ni  tapi puteri jarang balik kampung . Efa melihat saja puteri menarik tangan Dura supaya bangun.

    “Puteri kenapa ni?” Soal Zikri dengan tiba-tiba. Dia berjalan seiringan dengan isterinya menghampiri anak kesayangan mereka.

   “Puteri kan mama dah pesan tadi jangan susahkan auntie Dura.” Tambah Washfa pula.

    “Dura terima kasihlah sebab tolong hantarkan puteri balik tempoh hari. Kalau bukan Dura yang terjumpa dia kami pun tak pasti apa akan jadi.” Zikri menghela nafasnya seketika. Dalam hal ni dia turut bersalah kerana dia juga terlupa menutup pagar tempoh hari.

    “Kebetulan saya ke kedai Pak Din hari tu dan terserempak pula dengan puteri.” Jelas Dura.

    “Apa-apa pun terima kasih ya Dura.” Efa mengerutkan dahinya apabila melihat Washfa dan Zikri seakan-akan suka dengan kedatangan Dura ke mari.

     Siapa perempuan ni ya? Keluarga auntie macam suka je dekat dia. Budak kecil tu lagilah suka sangat dengan perempuan tu siap ajak tengok arnab lagi. Bila dengan aku je asyik tak nak. Mengada betul si puteri ni. Nasib baik bukan anak aku kalau tak memang dah kena dah budak kecik ni. Action dengan aku ya. Gerutu Efa sendirian.

    “Auntie jomlah…”

     “Ya ya. Kita pergi tengok rabbit.” Jawab Dura lalu berdiri tegak. Tangan kanannya sudah di tarik semenjak tadi lagi.

    “Dura dah lama ke sampai? Saya tak perasan pun awak ada dekat sini.” Suara Ziyad pula kedengaran. Di sisinya pula ada Saiful yang sedang tersenyum pada Dura.

    “Nak kata lama sangat tu taklah juga. Baru lagi.” Jawab Dura.

     “Pak cik dengan mak cik mana?” Soal Ziyad. Mata Dura mula meliar mencari kelibat kedua orang tuanya.

    “Itu dekat sana. Diorang tengah cakap dengan Datuk.” Jari Dura menunjukkan ke suatu sudut. Ziyad memandang lalu tersenyum.

    “Auntie cepatlah. Nanti rabbit lari lagi.”  Puteri mengoyangkan tangan Dura.

    “Okey jom. Mana rabbit ?” Soal Dura sewaktu mencubit pipi puteri dengan perlahan. Puteri tersengih lalu menunjukkan keluar rumah.

     “Amboi anak buah pak ngah ni bukan main lagi ya.” Tegur Ziyad .

    “Sejak Dura sampai tadi lagi dia mengajak Dura tengok rabbit baru.”  Jawab Datin Huwaidah. Efa mampu melihat adegan di depan matanya. Ziyad kelihatan sudah mengenali perempuan bernama Durrani ni.

    “Tak apalah auntie. Dura ikut puteri sekejap ya.”

    “Anak mama jangan nakal-nakal jangan nak susahkan auntie Dura ya.” Pesan Washfa pada anaknya. Puteri anggukan kepala.

    “Eh uncle Epul pun nak tengok rabbit puteri boleh?” Soal Saiful dengan tiba-tiba.

    “Boleh-boleh. Jomlah kita tengok rabbit.” Puteri melompat kegirangan. Ziyad menyiku lengan teman baiknya.

    “Pak ngah jomlah ikut puteri.” Ujar puteri lalu mendekati Ziyad lalu di tarik tangan Ziyad. Kini puteri berada di tengah-tengah antara Dura dan Ziyad. Tangan kiri puteri memegang tangan Dura manakala tangan kanannya pula di pegang oleh Ziyad. Puteri membawa Ziyad , Dura serta Saiful ke tempat rabbit.

    Efa pula di situ masih lagi terpinga-pinga melihat kemesraan di antara puteri dengan Dura.  Baik saja mood puteri bila bersama Dura tapi bila puteri bersamanya ada saja yang tak kena. Tak ada maknanya puteri nak mesra dengan Efa . Adalah tu yang puteri tak suka dengan Efa.
   




*******************************



BAB TUJUH BELAS

    ZIYAD dan Saiful berdiri dan memandang ke arah Durrani dan puteri yang sedang mengejar rabbit dari belakang. Wajah puteri tersangat ceria apabila ada orang menemani dia bermain dengan rabbit.
    “Auntie dia nak lari. Puteri nak pegang dia.” Jerit puteri . Bibirnya sudah muncung apabila tidak dapat memegang rabbit tersebut.

    “Biarlah rabbit tu berjalan. Kesian dia. Dia pun nak bebas bergerak macam puteri juga. Rabbit ni tak ada nama ke?” Pujuk Dura dengan lembut sekali. Dia menarik tangan puteri supaya dekat dengannya. Puteri menggelengkan kepalanya.

    “Tak ada nama lagi.” Jawab puteri. Dura berfikir sejenak lalu membetulkan kedudukan dirinya sama tinggi puteri.

     “Apa kata kita fikir sama-sama nak tak? kita bagi nama dekat rabbit tu semua.” Dura memberikan cadangan lalu menunjukkan jarinya pada arnab yang berkeliaran di atas rumput hijau. Beberapa ekor arnab sedang makan kangkung yang di berikan oleh puteri sebentar tadi.

   “Okey. Yang comel nama dia Momo.” Puteri tersengih . Giginya yang putih tersusun cantik. Lekuk di pipi milik puteri menambahkan kecomelan yang ada pada dirinya.

    “Yang tu kita bagi nama Momo. Yang tiga ekor lagi tu puteri nak bagi nama apa ?” Dura mencubit kedua-dua belah pipi puteri dengan perlahan. Sungguh dia geram melihat senyuman puteri yang sangat comel.

   “Tak tahu.” Jawab puteri dengan selamba dan pandangannya terus berubah arah pada arnab-arnab yang sedang makan.

    Saiful memandang cara layanan Dura pada puteri. Dia dapat lihat naluri keibuan yang di miliki oleh Durrani. Saiful menoleh pada teman baiknya yang senyap dari tadi lagi. Ketika ini bibir Ziyad terukir dengan senyuman manis untuk mereka. Ziyad dapat melihat cara dan layanan Dura pada puteri sama dengan arwah Nurul pernah lakukan dulu.

    “Hoi yang kau tersenyum sorang-sorang pandang diaorang tu kenapa? Lagi satu senyuman kau tu untuk anak buah kau atau untuk Durrani?” Soal Saiful . Ziyad menoleh pada Saiful.

    “Hai aku senyum pun bermasalah juga ke? Mestilah aku senyum untuk mereka berdua. Bila tengok layanan Dura pada puteri buat aku teringat pada arwah Nurul. Macam mana kau tengok Dura melayan puteri macam tu jugalah arwah Nurul buat tau.” Jawab Ziyad. Saiful tersentak apabila Ziyad menyebut nama arwah isterinya.

   “Sorry bro. Aku tahu kau rindukan arwah Nurul.” Saiful menepuk bahu temannya. Ziyad tersenyum.

    “Aku tak tahulah Epul kenapa bila aku tengok Dura akan buat aku teringat pada arwah Nurul. Bagaikan ada sesuatu yang menarik aku untuk melihat Dura tapi aku tak tahulah sebab apa. Nak kata rupa dia ada iras arwah Nurul jauh sekali. Aku pun tak fahamlah tambah-tambah berkaitan dengan mimpi tu.” Jawab Ziyad.

   “Sebab tu la Una minta abang tanyakan pada Kak Dura sama ada dia kenal arwah Kak Nurul atau tidak.” Tiba-tiba Una menyampuk. Entah bila masa Una berdiri di belakang abangnya dan juga Epul. Mereka menoleh.

    “Aku setuju tu dengan Una. Kau kenalah tanya dia barulah dapat jawapan. Kalau kau segan dengan Dura aku boleh tanyakan.” Dengan selamba Epul menyokong kata-kata Una. Epul memandang Una lalu membuat gaya high five pada Una. Ziyad diam dan matanya memandang semula pada Dura dan puteri.

     “DURA .. Dura..” Wida menjerit memanggil Dura sebaik saja melihat Dura yang sedang bercakap dengan seorang kanak-kanak yang comel sekali. Namun sayang waktu itu Dura tidak dengar namanya di panggil. Dia sibuk melayan puteri yang sedang berusaha mencarikan nama yang sesuai untuk arnab kesayangannya.

     “Eh Wida jangan nak jerit rupa itu boleh tak? Kau jangan nak malukan aku pula.” Bebel Mak Nab. Sempat dia mencubit lengan anaknya dengan perlahan. Malu apabila melihat ada di kalangan jiran mereka yang sedang menjamu selera.

    “Aduh mak ni sakitlah. Wida panggil Dura tapi dia tak dengar pula. Pekak agaknya si Dura ni.” Jawab Wida dengan selamba . Dia turut menggosokkan lengannya yang terkena cubitan sebentar tadi.

    Ish mak aku ni bukan aku tak kenal. Kalau dia cubit memanglah sakit. Boleh lebam kulit aku. Nampak je cubit cikit tapi sakitnya sampai ke esok boleh terasa. Gerutu Wida .

    “Aku tahulah kau nak panggil Dura tapi tak payah nak jerit rupa itu. Pergi sajalah dekat Dura. Itu.. Itu anak lelaki Datuk Zahir. Yang tinggi lampai dan handsome tu. Pergilah berkenalan dengan dia ke apa. Mak masuk dalam dulu jumpa Datuk dan Datin.” Arah Mak Nab sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam. Dia ingni bertemu mata dengan pemilik rumah besar ni.

    Besarnya rumah diorang ni. Kalaulah aku dapat berbesan dengan keluarga ni memang bertuahlah aku. Desis hati Mak Nab . Terukir senyuman penuh makna di bibirnya. Wida membetulkan rambutnya dan pakaiannya sebelum melangkah mendekati Dura.

   “Dura Dura. Amboi aku panggil dari tadi tak menoleh pun. Sakit tau tekak aku jerit nama kau tadi.” Sapa Wida sebaik saja berada di hadapan Durrani.

    “La kau panggil aku ke? Sorry aku memang tak dengar. Aku dengar puteri je cakap tadi.” Jawab Dura dengan senyuman.

    “Hai si comel. Siapa nama adik?” Soal Wida sebaik saja dia mencuit pipi puteri.

    “Puteri.”  Mata puteri memandang Wida.

     DURRANI sedang menjamu selera di temani oleh puteri. Kedua orang tuanya sudah pun makan tadi . Kini dia hanya di temani oleh puteri dan juga Wida. Mak Nab hilang entah ke mana pun  tak tahulah. Bila dah bertemu orang mulalah bersembang sakan.

    “La kenapa puteri tak cakap dengan mama nak makan. Kenapa susahkan auntie suapkan puteri makan ni?” Sapa Washfa. Dia mencari kelibat puteri . Ingatkan puteri naik ke bilik tapi tiada rupa-rupanya duduk makan semeja dengan Dura. Washfa menggelengkan kepala melihat karenah anak perempuannya.

   “Tak mengapalah Kak Washfa. Ada juga teman Dura.” Balas Durrani dengan senyuman.

    “Maaflah Dura. Anak Kak Washfa ni memang kalau kena dengan orang yang dia suka mulalah dia nak mengada sikit.” Jawab Washfa. Puteri pula sedang mengunyah nasi di dalam mulutnya. Wida yang berada di hadapan Dura terus menarik muka ketat. Mana tak ketatnya dari tadi dia ada di rumahnya tak ada sorang pun yang nampak. Semua mata ke arah Dura. Pantang Dura ke sana atau ke mari ada saja yang menegur.

    Wida pula hanya jadi mak turut dari belakang. Perihal dia langsung orang tak bertanya. Kebanyakkan orang kampung dan juga owner rumah besar ni hanya tumpukan pada Durrani.

    “Pak ngah..” Jerit puteri sebaik saja ternampak  pak ngah dan mak usunya yang sedang berjalan menuju ke arahnya.

    “Puteri makan sorang je tak jemput pun Pak Ngah dengan Mak Usu. Sedihlah macam ni.” Usik Ziyad. Puteri tersengih.

    “Mana ada puteri makan sorang. Ini puteri makan dengan auntie Dura dan juga auntie ni.” Puteri menunjukkan pada Wida. Ketika ini Wida mula tersedak. Dura menghulurkan air minuman untuk Wida.

    “Kau okey tak ni Wida?” Soal Dura. Wida tersenyum sambil mengelap mulutnya dengan tisu. Dia menganggukkan kepala dengan perlahan.

    “Aku okey. Ini tersedak ni mesti ada orang tengah mengumpat dekat aku ni.” Jawab Wida. Matanya terus melihat ke seluruh tempat duduk . Agaknya nak tengok siapa yang mengumpat dirinya kot.

    “Oh ya Dura sekejap lagi saya nak bercakap dengan awak sikit boleh. Ada benda yang saya nak tanyakan pada awak.” Ziyad ingin bercakap dengan Dura mengenai arwah Nurul. Dia ingin sekali tahu sama ada Dura pernah mengenali arwah Nurul atau pun tidak. Mimpinya itu yang sering kali membuatkan dirinya tidak tenang.

    “Hal apa tu?” Soal Dura dengan pelik sewaktu memandang Ziyad.

    “Adalah. Saya cari awak kejap lagi ya.” Jawab Ziyad sebelum berlalu pergi. Wida yang baru saja nak buka mulut untuk berkenalan dengan Ziyad terus terbantut. Ziyad seakan-akan tak nampak yang dia sedang duduk di depan Durrani.

     Dari jauh segala gerak geri Dura dan Ziyad sejak tadi di perhatikan oleh seseorang . Efa tidak senang hati melihat kemesraan yang di tayang oleh Dura bersama puteri malahan dia tidak suka akan cara layanan Ziyad pada perempuan itu. Entah kenapa Efa rasakan yang Ziyad sudah menemui pengganti arwah Nurul.

    “Abang Ziyad layan perempuan tu bukan main lagi. Aku yang ada dekat sini tak ada pula nampak tanya khabar ke apa ke. Zikri pula selalu berkepit dengan wife dia. Aku nak dekat pun tak boleh mata papa tu nampak je apa aku nak buat .” Bebel Efa dengan perlahan. Sesekali tangannya memintal-mintala alas meja makan. Sungguh dia bosan dengan majlis hari ni. Nak dekat dengan Zikri tak boleh. Nak bersembang dengan Ziyad lagilah tak boleh kerjanya asyik bersembang dengan perempuan tu dan si kecil tu pun sibuk juga menempel dekat diaorang. Desis hatinya.

     “Hai Kak Efa. Jauhnya termenung. Una tengok Kak Efa tak makan pun nasi dalam pinggan tu.” Sapa Husna . Dia menarik kerusi setentang dengan Efa.

    “Mana ada termenung. Kak Efa tengok dekat sana tu. Puteri rapat je dengan perempuan tu. Siapa dia? Kawan Washfa ke ?” Soal Efa . Nasi di dalam pinggan di tenung. Seleranya bagaikan hilang.

   “Itulah. Una pun tak tahu. Dengan Kak Dura puteri tak ada pula buat hal. Okey je . Kalau dengan Kak Efa rasanya tak adakan perangai dia rupa itu?” Soal Una . Terangkat keningnya memandang Efa.

    “Betullah tu dengan Kak Efa dia action sikit. Saja nak manja-manja.” Jawab Efa dengan selamba.

    “Kak Dura tu bukan kawan Kak Washfa atau kawan dari ahli keluarga ni. Untuk pengetahuan Kak Efa, Kak Durrani ni la isteri kepada lelaki yang meninggal sewaktu accident dengan kereta Kak Nurul tempoh hari.” Mendengar saja tentang kemalangan itu terus wajah Efa berubah serta merta. Dia tidak jadi untuk menyuapkan nasi ke dalam mulut.

    “Suami? Maknanya perempuan tu janda?” Soal Efa. Una menganggukkan kepalanya.

    “Yup sekarang ni dia memang bergelar janda. Dia kehilangan suaminya pada hari persandingan mereka. Kalau Una berada dekat tempat Kak Dura waktu tu tak tahulah apa yang Una akan buat. Sekali lagi Efa terkejut. Mulutnya sudah berubah bentuk kepada huruf O.

   “Kak Efa tak tahu ke sebelum ni kisah kemalangan yang berlaku tu dulu? Siapa yang di langgar oleh arwah Kak Nurul?” Soal Una dengan pelik. Efa mengelengkan kepalanya.

    “Serius Kak Efa tak tahu .” Jawab Efa. Jantungnya sudah berdegup dengan pantas. Dia tidak sangka yang sepupunya itu kemalangan dengan suami kepada perempuan yang sedang menyuapkan nasi pada puteri.

   “Ya tak ya jugakan. Waktu tu kita semua tengah kelam kabut memikirkan keadaan Kak Nurul. Hal kemalangan tu memang papa dan ayah Kak Durrani yang selesaikan . Itulah yang papa bagitahau Una.” Tambah Una.

       “EPUL kau rasa patut ke aku tanyakan pada Dura?” Soal Ziyad sewaktu berada di ruang tamu. Dia menghenyakkan punggungnya ke sofa lalu bersandar. Dia baru saja memberitahu Dura untuk bertemu sebentar tadi.

      “Kalau  kau nak tahu jawapan kepada mimpi tu kau kenalah berani bertanyakan pada Dura. Mana tahu dari jawapannya kau menemui satu jawapan yang kita snediri tidak tahu.” Jawab Epul.

    “Kalau jawapan dia ya atau tidak apa aku nak jawab Epul?” Soal Ziyad. Dia sudah tidak senang duduk. Ziyad sendiri tidak tahu dari mana harus dia mulakan. Epul berfikir sejenak.

     “Kalau jawapan dia ya kau tanyalah sejarah perkenalan mereka dan kalau jawapannya tidak kau kenalah cari sendiri jawapan di sebaliknya. Kalau kau tanya pendapat aku memang aku akan cakap suruh kau siasat sebab hati aku mengatakan yang mereka ni pasti ada kaitan. Mungkin pertalian darah ke apa ke. Mana kita tahukan.”  Terang Epul. Ziyad diam sejenak lalu berfikir seketika.

     “Setiap yang berlaku pasti ada jawapannya bro. Kau kenalah cari jawapannya.” Tambah Epul lagi. Ziyad menganggukkan kepalanya.

      Zikri yang baru saja melintasi ruang tamu melihat adiknya yang sedang bercakap dengan Epul. Zikri tersenyum sebelum mendekati mereka.

     “Rancaknya bersembang.” Sapa Zikri lalu duduk di hadapan adiknya.

     “Tak adalah abang long . Sembang kosong je.” Jawab Ziyad.

      “Ziyad ni segan nak bertanya dekat Dura tu.” Seloroh Epul dengan selamba. Zikri merenung wajah adiknya dengan pelik.

     “Segan? Segan nak tanya pasal apa?” Soal Zikri. Hanya Una dan Epul saja yang mengetahui apa yang Ziyad ingin tanyakan pada Dura.

    “Pasal mimpi dialah.” Epul menyampuk lagi.

    “Eh mimpi apa pula ni Ziyad? Abang Long tak fahamlah.”

    “Sebenarnya macam ni…..”

    “Awak .. Awak nak cakap apa dengan saya ya?” Soal Dura yang baru muncul bersama puteri. Wida pula masih di meja makan. Dia sudah ternampak lelaki yang handsome baru masuk ke perkarangan rumah milik Datuk Zahir. Mungkin kaum kerabat keluarga Ziyad .

    Belum sempat Ziyad nak membuka cerita perihal mimpi yang di alami olehnya itu , Dura sudah pun tiba di ruang tamu. Puteri terus berlari mendapatkan papanya. Dia sememangnya sangat manja dengan mama dan papanya.

     “Kot ya pun duduklah dulu. Baru kita cerita.” Mulut Epul berbunyi lagi. Dura tersenyum pada Epul. Dia terus melabuhkan punggungnya ke sofa. Puteri sudah berada di samping papanya.

     “Sorry susahkan Dura ya dan terima kasih sebab ambil masa sekejap untuk kita bercerita. Ini masalah Ziyad . Dia nak sangat tahu sesuatu dari Cik Dura ni.”  Ziyad berdehem pada Epul. Si Epul ni memang mulutnya mengalahkan murai. Selalunya orang kata perempuan je yang suka bermulut murai tapi sedarkah kita yang ada juga golongan lelaki yang berperangai begitu rupa dan Epul tersenarai sekali .

    “Tak apa. Awak nak tahu pasal apa ya?” Soal Dura sewaktu memandang Ziyad. Zikri masih bingung tidak faham apa yang mereka nak bincangkan sebenarnya. Ziyad menarik nafasnya dalam-dalam sebelum bercakap dengan Dura.

    Dura dan Zikri masing-masing menunggu apa yang bakal keluar dari mulut Ziyad ketika ini. Zikri yakin ianya pasti perkara yang penting.

Bersambung...

NotaTersepit: Makin nak ke penghujung makin susah nak noktahkan kisah Ziyad dan Dura ni. Sob3. Oh ya cik writer nak tau juga antara cerita DMS dan ADU yg mn u ollss nak baca dulu . Yang versi baru punya. DMS dah jadi Bahagia Bersamamu manakala ADU pula jadi Saat Harus Memilih. DMS memang rombak habis jalan citenya manakala ADU pula masih lagi jalan cerita yang sama tetapi di tambah dan buang apa yang patut. Nk baca kisah Amani dan Rafique versi baru atau kisah Dian dan Dr Rafiqi versi baru dulu? Pilihan di tangan anda. Hehehe. 




2 comments:

  1. Mana2 pon bolehhhhh babe!!i tak kisah asalkan ceritanye ada :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanah Rishas : Hehehhe. Okey. nanti kita tengoklah yg mn akn berada dekat blog dulu. :D

      Delete

Tq sudi komen.:D