Okey lagi dua bab untuk minggu ni. Mekasih singgah dan baca :)
BAB DUA PULUH ENAM
“ABANG tunggu dalam kereta sajalah ya. Awak nak beli barang dapur sekejap je kan?” Soal Encik Idris pada isterinya. Ketika itu Puan Yusnita menanggalkan seatbelt yang di pakainya.
“Aah sekejap je bang. Apa je saya nak beli kicap , sos cili lepas tu santan itu aje. Barang-barang lain kita dah beli tadi . Tinggal tu saja yang terlupa nak beli tadi.” Jelas Puan Yusnita. Dia keluar dari kereta dan menuju ke sebuah kedai runcit .
Boleh pula tertinggal nak beli sos cili , kicap dan santan dekat hypermarket tadi. Sebaik saja selesai membayar barang yang di beli Puan Yusnita mula melangkah keluar. Baru saja dia menoleh ke arah jalan raya dia terpandangkan wajah seseorang. Dia cuba mengamati wajah dan lenggok orang itu.
“Yati. Itu Yati. Ya Allah . Itu Yati ke?” Soal Puan Yusnita dengan teruja. Dia kemudiannya bergegas untuk menyeberangi jalan . Encik Idris yang ketika itu sedang memandang cermin sisi terus ternampak kelibat isterinya. Dia pelik melihat isterinya ingin menyeberangi jalan dan ketika itu jalan agak sibuk dengan kereta. Dengan pantas Encik Idris keluar dari keretanya dan bergegas mendapatkan isterinya.
“Yati.. Yati..” Jerit Puan Yusnita namun perempuan yang dia nampak itu langsung tidak mendengar dek kerana bunyi bising kereta dan juga jentera yang berada di seberang jalan. Puan Yusnita memandang kanan dan kiri untuk melintas bila dia dapati sudah tidak ada kereta lain yang lalu lalang lagi. Baru saja kakinya hendak melangkah lengannya terus di sambar.
“Ita awak nak ke mana ni nak lintas jalan bagai? Kereta kita dekat situ.” Soal Encik Idris. Puan Yusnita terkejut.
“Bang bang bang . Saya nampak Yati tadi. Dia ada dekat seberang jalan. Itu dia.” Puan Yusnita menunjukkan ke arah perempuan yang dia nampak tadi namun kelibat perempuan itu sudah tiada di situ. Mata Puan Yunsita dan suaminya mula mencari.
“Mananya Yati? Awak ni salah orang ke apa. Jomlah kita balik.” Encik Idris menggelengkan kepalanya. Bukan hari ni je perkara begini berlaku tetapi seringkali berlaku. Encik Idris tahu yang isterinya terlalu memikirkan tentang kawannya Yati tu sampaikan ada saja perempuan yang hampir sama dengan Yati di katakan Yati .
“Bang betul kali ni saya yakin itu Yati bang. Tapi mana pula dia menghilang ni. Saya nampak Yati tadi dekat sana. Dia pakai jubah bewarna coklat.” Puan Yusnita memandang suaminya dengan sayu.
“Ya abang tau Ita nampak Yati tapi masalahnya dia tak ada. Kalau dia masih ada mesti kita dah nampak dia kan tapi sekarang ni tak ada. Sudahlah tu . Kita balik ya.” Pujuk Encik Idris lalu menarik lengan isterinya dengan perlahan.
Mata Encik Idris melirik ke sebelah memandang isterinya yang diam membisu sejak masuk ke dalam kereta. Dia tahu isterinya sedang fikirkan tentang perempuan yang di katakan Yati.
“Ita sabarlah. Satu hari nanti kita akan bertemu dengan Yati. Bukan kita tak berusaha mencari tapi kita masih belum menjumpai lagi dia.” Pujuk suaminya.
“Saya dah penat bang bersabar. Bukan sehari dua bukan setahun dua bang tapi dah dua puluh tujuh tahun bang. Bukan satu tempoh yang singkat bang oii. Kadang-kadang saya rasa nak putus asa bang tapi bila memikirkan arwah Adah semangat yang hampir hilang akan kembali.” Jawab Puan Yusnita.
Encik Idris terus terdiam. Ya dia tahu bukan setahun dua mereka mencari Yati tetapi sudah bertahun-tahun. Dari arwah Adah masih kecil sehinggalah dia meninggal. Anaknya itu langsung tidak berpeluang untuk berjumpa dengan keluarga angkatnya dan paling utama peluang untuk berjumpa dengan kakak kandungnya .
“Saya tak tahulah bang macam mana nanti kalau kita bertemu dengan mereka dan mereka tahu yang arwah Adah dah tiada. Bagaimana agaknya reaksi kakak kandung Adah tu ya bang?” Soal Puan Yusnita dengan tiba-tiba. Dia bimbang penerimaan kakak kandung arwah Adah.
“Kalau kita tahu nama penuh kakak arwah Adah kan senang.” Jawab Encik Idris. Mereka sudah terlupa nama kakak arwah Adah . Ya lah dua puluh tujuh tahun berlalu pasti akan terlupa juga. Kertas yang pernah di catat nama kakak Adah sudah hilang sewaktu mereka berpindah suatu ketika dulu. Puan Yusnita sememangnya sering kali berpindah mengikut suaminya bertugas di merata tempat.
“Kita minta Dura carikan kakak arwah Adah bang. Kita dah cuba cari Yati tapi kita tak jumpa malahan keluarga Yati pun kita tak berkesempantan nak jumpa sebab dah meninggal lama dulu.”
“Macam mana nak cari kakak Adah kalau nama dia penuh dia pun kita lupa. lagipun nama yang awak catat dulu dah hilangkan sewaktu kita berpindah dulu. Memanglah kalau nama ayahnya kita tahu sebab sama dengan Adah cumanya nama dia tu kita tak tahu apa. Masa kecil-kecil dulu awak panggil kakaknya Adah apa?” Soal Encik Idris. Puan Yusnita berfikir sejenak.
“Kalau tak silap saya panggil dia dengan panggilan Wawa bang. Nama kakak Adah pun bermula dengan hurup W juga tapi nama betul dia bukan Wawa . Nama lain bang . Yati ada bagitau saya nama tu tapi saya dah lupa.” Jawab Puan Yusnita. Giliran Encik Idris pula berfikir . Kereta yang di pandu oleh Encik Idris mula memasuki halaman rumahnya.
DURANI masuk ke restoran ayam penyet lalu mencari seseorang. Semalam sepupu kepada arwah suaminya Azlan ada menelefonnya . Katanya dia ada di sini . Azlan telah mengajak Durani untuk keluar makan tengahari bersama.
Durani mendekati satu meja selepas mendapati orang itu adalah Azlan. Pada ketika itu Azlan ralit dengan telefon pintarnya. Durani tersenyum lalu menyapa Azlan.
“Assalamualaikum . Dah lama ke sampai?” Azlan mendongak dan terus tersenyum manis apabila melihat wajah Durani .
“Waalaikumussalam. Baru je sampai. Duduklah Dura.” Pelawa Azlan. Durani terus menarik kerusi dan duduk setentang dengan Azlan.
“Bila sampai sini? Awak kata awak cuti tapi sekarang bukan musim cuti sekolah dah kan?” Soal Durani sebaik saja selesai membuat pesanan.
“Semalam saya sampai sini. Memang sekarang ni bukan cuti sekolah. Saya balik sini pun ada urusan. Tak lama lagi saya dapat transfer mengajar dekat sini jadi keluarga saya akan berpindah ke sinilah.” Jawab Azlan.
“La ye ke. Ini berita baik. Tahniah saya ucapkan pada awak.”
“Lepas ni bolehlah saya jumpa awak selalu.” Azlan mengusik Durani. Bibir Durani menghadiahkan senyuman pada sepupu arwah suaminya.
“Awak nak jumpa saya sangat hari ni sebab nak bagitau perkara tu ke?” Soal Durani dengan tiba-tiba sewaktu makanan mereka pesan sampai.
“Tak juga. Saya sebenarnya ada hal lain nak cakap dengan awak Dura.”
“Boleh saya tahu hal apa?” Soal Durani dengan teruja. Azlan tersenyum sambil merenung wajah Durani .
“Apa kata kita cakap lepas makan . Boleh?” . Durani terus menganggukkan kepalanya. Tambahan pula perutnya ketika ini sudah lapar dan minta untuk di isi.
“Dah tentu boleh.” Jawab Durani lalu memesan makanan . Sewaktu mereka menjamu selera mata Azlan tidak lepas memandang Durani. Makin di pandang makin berkenan.
“MAK .. Abang Azlan ke mana?” Soal Athira kepada ibunya Puan Rahimah.
“Di keluar dengan Kak Dura kamu tadi. Kenapa?” Soal Puan Rahimah pada anak perempuannya.
“Mak ni memang nak abang Azlan tu rapat dengan Kak Dura ke? Mak jangan nak suruh Kak Dura kahwin dengan abang Azlan pula. Tira tau apa niat mak tu.” Jawab Athira dengan selamba. Ketika itu dia dan ibunya sama-sama berada di dapur.
“Apa salahnya kalau Kak Dura kamu tu rapat dengan abang Azlan kamu tu. Lagipun abang Azlan kamu yang minta pada mak nombor telefon Dura. Biarlah diaorang tu berkenalan. Tak lama lagi abang Azlan kamu tu dapat tukar mengajar dekat sini.” Athira menggelengkan kepalanya.
“Memanglah tak ada salahnya tapi mak kena ingat yang Kak Dura tu menantu mak dan juga kakak ipar Athira. Tira tak rasa yang Kak Dura tu nak cari penganti arwah abang Mikhail. Tira kenal sangat dengan Kak Dura mak.” Jelas Athira.
“Kamu ni Tira mak bukan suruh Kak Dura kamu tu kahwin dengan Azlan tapi biarlah diorang tu kenal-kenal dulu. Kalau mak ada anak lelaki bujang yang lain memang mak akan jadikan Dura menantu mak juga. Payah tau nak cari menantu sebaik Dura zaman sekarang ni Tira oii. Nak tunggu kamu berlaki tak tahu bila Tira.”
“Dah mak tak nak carikan calon untuk Tira.” Jawab Tira dengan selamba. Siap tersengih lagi. Dia sudah lali dengan soal kahwin ni. Bukan dia tidak mahu kahwin tetapi apa orang kata jodohnya masih belum sampai.
“Yang mak cari kamu tak berkenan pula.” Athira terus mendiamkan diri. Kalau di jawab pasti panjang lagi dia akan mendengar mak nya itu merungut tentang calon menantu.
“Kalau susah-susah sangat mak kahwinkan saja kamu dengan abang Azlan kamu tu. Habis cerita.” Mata Athira berkedip beberapa kali dengan riak wajah yang terkejut.
“Ish mak ni ke situ pula. Abang Azlan tu mana nak pandang sepupu dia. Tira kenal sangatlah taste abang Azlan tu mak.” Jawab Tira lagi. Sempat dia menggelengkan kepalanya. Langsung tidak pernah terlintas dalam hatinya tentang sepupunya itu. Mereka sememangnya jarang sekali untuk bertemu tetapi selepas ini dia dan Azlan akan kerap bertemu memandangkan Azlan sudah pun dapat bertukar ke mari tanpa di minta.
DURANI mengambil tisu di lap bibirnya . Air yang di minum tersembur keluar sebaik saja mendengar apa yang di katakan oleh Azlan sebentar tadi. Dia tidak menyangka yang Azlan mahu buat pengakuan yang dia sendiri tidak pernah terlintas pun.
“Awak nak cakap apa dengan saya ye?” Soal Durani. Matanya mula menilik jarum jam. Sekejap lagi dia perlu balik ke rumah. Dia sudah berjanji dengan ibunya untuk terus mencari maklumat baru tentang keluarga angkat arwah Adah.
“Saya sebenarnya nak berkenalan dengan Dura dengan lebih dekat lagi. Saya..Saya.. Hmmm.. Hati saya sebenarnya dah terpaut pada Dura.” Terang Azlan. Waktu itu Durani baru saja menyedut air minumannya terus dia tersedak .
“Hah apa dia ? Apa awak cakap tadi? Ulang sekali lagi.” Pinta Durani selepas dia mengelap bibirnya dengan tisu.
“Saya cakap yang saya dah jatuh hati pada awak Dura. Saya sendiri tak tahu macam mana. Mungkin juga ini di katakan cinta pandang pertama.” Terang Azlan. Durani sudah ternganga seketika. Terkejut mendengar pengakuan dari mulut Azlan.
“Jadi saya nak berkenalan dengan awak dengan lebih rapat lagi lepas ni. Boleh kan?” Soal Azlan. Durani mengetap bibirnya.
“Azlan awak sedar tak saya ni siapa? Saya ni isteri orang tau.” Jelas Durani.
“Ya memang awak isteri orang tetapi suami awak sepupu saya dah lama meninggal. Awak berhak untuk cari pengganti dia kan?” Durani geleng kepalanya.
“Memang suami saya dah meninggal dan secara rasminya saya membawa gelaran janda tapi itu tak bermaksud saya akan cari pengganti dalam masa yang dekat macam ni.” Kali ini Azlan pula membisu. Matanya saja yang merenung lembut wajah Durani.
“Tak salah rasanya awak bagi peluang pada diri awak dan diri saya.” Durani geleng kepala lagi.
“Terus-terang saya cakap Azlan yang saya tak terfikir pun nak cari pengganti arwah Mikhail. Saya minta maaf dengan awak . Saya tak boleh terimanya. Sebenarnya saya dah kena gerak sekarang ni. Ada hal yang lagi penting yang perlu saya selesaikan . Saya minta diri dulu ya.” Durani sudah berkira-kira hendak bangun.
“Dura .. Tak akan tak ada peluang langsung untuk saya berkenalan dengan awak lebih rapat dengan awak?” Soal Azlan.
“Kalau hubungan sebagai saudara saya boleh terima tetapi kalau lebih dari itu saya tak mampu . Cinta arwah Mikhail tetap utuh di dalam hati saya. Minta diri dulu . Oh ya sampaikan salam saya pada mak .” Durani terus bangun dan melangkah pergi meninggalkan Azlan di situ. Azlan mengeluh hampa.
Durani terus bergegas ke keretanya. Dia sudah lewat untuk membawa ibunya ke tempat baru untuk menjejaki teman ibunya yang bernama Yati. Dari jauh Azlan hanya mampu melihat Durani menuju ke keretanya. Sewaktu Durani membuka pintu keretanya dengan tiba-tiba hanbdbag miliknya di rentap dengan kasar.
“Lepaslah. Tak ada kerja lain ke nak buat hah? Aku kata lepas-lepaslah.” Marah Dura sambil melawan. Dia menarik handbagnya. Peragut itu cuba untuk mencederakan Durani. Azlan yang melihat terkejut lalu bergegas mendapatkan Durani yang sedang bergelut dengan peragut.
“Dah tak ada kerja lain ke nak buat?” Soal Ziyad yang muncul dengan tiba-tiba. Dia menarik kedua-dua belah tangan peragut tersebut lalu di bawa ke belakang. Waktu itu handbag milik Durani terus terlepas dari pegangan peragut yang dari mana muncul pun tak tahulah.
“Dura awak okey ke?” Soal Ziyad. Durani menganggukkan kepalanya. Dia manrik nafas lega.
“Dura..Dura. Awak okey? Ada luka dekat mana-mana ke?” Soal Azlan pula sebaik saja tiba di situ. Durani menoleh.
“Saya okey. Tak ada luka-luka pun.” Durani menoleh pada semula pada Ziyad.
“Ziyad terima kasih. Macam mana awak boleh ada dekat sini?” Ziyad masih lagi memegang lelaki tersebut.
“Dura call polis sekejap. Saya nak serahkan peragut ni pada dia. Orang macam ni memang patut masuk lokap.” Durani mencari telefon miliknya namun di halang oleh Azlan.
“Jangan risau Dura saya dah call polis. Sekejap lagi mereka sampai.” Selang beberapa minit kereta peronda polis sampai di hadapan mereka. Ada beberapa orang yang turut berada di situ membantu Ziyad memegang peragut.
“Terima kasih ya encik.” Durani dan Ziyad berkata serentak. Azlan hanya memandang Durani dan lelaki itu dengan pelik. Siapakah lelaki ni ya? Desis hatinya.
“Nanti awak berdua pergi balai ya.” Arah salah seorang dari polis tersebut. Durani dan Ziyad menganggukkan kepalanya. Mereka melihat kereta polis berlalu pergi.
“Okeylah Dura saya kena pergi sekarang sebab nak jumpa client. Selepas ni barulah saya pergi balai . Awak nak pergi sekarang ke?”Soal Ziyad.
“Terima kasih sekali lagi ya Ziyad. Lain kali saya belanja awak makan ya. Saya pergi sekaranglah kot. Tak apa nanti saya bagitahu mereka awak lambat sikit.. ” Durani tersenyum dan Ziyad turut membalas senyuman dari Durani. Ziyad sempat bersalam dengan Azlan
“Thanks Dura.” Ujar Ziyad sebelum meninggalkan Durani di situ .
“Dura siapa lelaki tu? Awak kenal ke?” Soal Azlan . Dari tadi lagi soalan itu bermain di dalam kepalanya.
“Aah saya kenal dia. Itu Ziyad suami kepada arwah Nurul yang accident dengan arwah Mikhail. Kereta arwah Mikhail dan arwah isteri Ziyad saling bertembung. Pergi dulu dan terima kasih tolong saya tadi.” Jawab Durani lalu memboloskan diri ke dalam kereta.
“Awak nak saya temankan ke pergi balai?” Soal Azlan. Durani menggelengkan kepalanya.
“Tak apalah. Saya pergi sendiri. Lagipun saya ada hal lain lagi nak kena uruskan. Terima kasih Azlan. Minta diri dulu.” Dura tersenyum .
“Hati-hati ya Dura. Awak tu perempuan.” Pesan Azlan. Durani sempat melambaikan tangannya sebelum meninggalkan kawasan parking tersebut.
**************************************
BAB DUA PULUH TUJUH
WASHFA menziarahi umi kesayangan di rumah Sinar Harapan. Umi kesayangannya itu sering kali berada di situ bersama-sama adik-adiknya. Washfa memimpin tangan puteri lalu memasuki pintu utama rumah Sinar Harapan.
“Mama tok umi mana?” Soal puteri.
“Kita nak pergi cari tok umi la ni. Jom kita ke dalam ya sayang.” Jawab Washfa lalu mencari kelibat uminya.
“Assalamualaikum umi..” Sapa Washfa sebaik saja ternampak wajah uminya yang sedang berada di dalam pejabat.
“Waalaikumussalam. Laa anak cucu umi datang rupanya. Masuklah .” Washfa terus mendekati insan yang di panggil umi lalu mengucup tangannya sebelum memeluk dengan erat.
“Umi tak sihat ke ni? Badan umi panas je ni?” Soal Washfa dengan kerisauan apabila dapat merasa bahang dari badan uminya.
“Aaah umi demam sehari dua ni. Biasalah bila tua macam ni Wawa. Eh dah lama umi tak panggil Washfa dengan panggilan Wawa kan?”
“Nama tu biarlah kita simpan jadi sejarah ya umi. Bila dengar orang panggil Wawa je terus Washfa akan rasa sedih dan sebak. Itu nama panggilan Washfa untuk Wardah waktu kami kecil-kecil dulu.”
“Maafkan umi. Tak ada niat pun umi nak buat Washfa sedih. Sudahlah mari duduk sini. Cucu tok umi ni makin comel.” Terus badan puteri di tarik lalu di peluk sebelum di cium. Melepaskan kerinduan pada cucu kesayangannya.
“Puan Hayati. Ada orang nak jumpa puan.” Kedengaran suara seorang perempuan yang bekerja di rumah Sinar Harapan muncul di pintu pejabat . Washfa dan uminya terus mendonggakkan kepalanya.
“Siapa Liza?” Soal Puan Hayati.
“Itu saya tak pastilah. Dia kata dia datang nak tanyakan sesuatu.” Jawab gadis yang bernama Liza itu.
“Baiklah. Kalau macam tu awak jemput dia masuk ke dalam ni.” Liza terus tersenyum lalu menganggukkan kepalanya sebelum berlalu.
“Umi dah pergi klinik belum ni? Kalau tak pergi lagi sekejap lagi Washfa hantarkan.” Soal Washfa. Puan Hayati terus menggelengkan kepalanya.
“Tak payahlah nak ke klinik lagi. Umi dah pergi semalam. Esok lusa baiklah demam umi ni. Demam sikit je Washfa.” Jelas Puan Hayati.
“Assalamualaikum Yati.” Sapa seseorang dengan senyuman manis.
“Waalaikumussalam. Kalau tak salah ini Suria kan?” Soal Puan Hayati sebaik saja melihat tetamu yang sedang berdiri.
“Ingat lagi ya kau . Apa khabar?” Soal perempuan yang bernama Suria. Puan Hayati terus bangun dan memeluk sahabat lamanya. Washfa turut bangun dan turut tersenyum.
“Alhamdulilah aku sihat. Macam mana kau tahu aku dekat sini?” Soal Puan Hayati lalu menarik teman baiknya untuk duduk bersebelahan dengannya.
“Hari tu aku ada terbaca dekat majalah tentang Rumah Siar Harapan ni. Aku terperasankan wajah kau dalam majalah tu itu pasallah aku cari kau. Lama betul kita tak jumpakan. Eh Ita apa cerita ya. Aku pun dah lama tak jumpa dia.” Puan Hayati menghela nafasnya dengan berat.
“Aku dah lama terputus hubungan dengan Ita. Sejak dia pindah hilang jejak. Aku dah bertahun-tahun cari dia sebab salah seorang anak angkat aku adik kepada Washfa ni ada dengan dia. Ita tak ada anak perempuan jadi dia minta dengan aku nak jadikan adiknya Washfa ni anak angkat dia. Washfa pula duduk dengan aku.” Terang Puan Hayati. Dahi Suria berkerut seketika.
“Anak perempuan? Kalau tak silap aku masa aku jumpa dengan Ita dulu ada dua orang anak perempuan dia. Aku dah lupa la nama apa diorang. Aku dah lama tak jumpa dia. Kau tak tahu ke dia tinggal mana?” Soal Suria.
“Kalau aku tahu Suria dah lama aku jumpa dia. Masalahnya sekarang ni dah merata aku cari dia tapi tak juga jumpa. Aku tak tahu nak cari dia dekat mana lagi.” Jawab Puan Hayati.
“Saya teringin nak jumpa adik saya . Rindu pada dia hanya Allah saja yang tahu. Kami dah cuba jejaki mereka tapi tak jumpai lagi.” Washfa mencelah. Dia mengusap rambut puteri yang berada di atas ribanya.
“Aku jumpa Ita dalam tiga empat tahun lepas dekat kampung.”
“Kampung apa?” Soal Puan Hayati dan Washfa serentak. Aku lupa nama apa ya. Aku dah lama tak pergi sana. Aku jumpa dia waktu tu pun kebetulan je. Apa dah nama kampung tu ya.” Suria berfikir sejenak.
“Macam ni la aku cuba balik tanya suami aku kampung apa. Aku betul-betul lupa. Apa nama kampung tu kampung Tiram ke apa.” Suria menggarukan dahinya yang berkedut.
“Kau tolong aku Suria. Tolong ingat diorang duduk kampung mana. Aku perlu tahu. Kami dah lama cari dia. Tolong ya.” Pohon Puan Hayati dengan penuh harapan.
“Auntie tolong ingat balik nama kampung tu. Ianya sangat bermakna untuk saya.” Mohon Washfa pula.
“Sabar ya nak. Auntie akan cuba ingat dan tanyakan pada suami auntie nama kampung tu.” Pujuk Suria. Sayu hatinya melihat wajah Washfa dan teman lamanya yang sedang berfikir sesuatu. Dia langsung tidak tahu yang salah sorang dari anak Ita adalah anak angkat.Waktu mereka bertemu dulu pun dia tidak bertanya dan mereka hanya bercerita tentang hal lain.
“Bila tua memang selalu pelupa. Maafkan aku ya Yati. Aku cuba ingat dekat kampung apa aku jumpa Ita dan anak-anak dia.” Puan Hayati mengangguk dengan lemah. Tangannya berada dalam genggaman Suria. Washfa pula menghela nafas dengan berat.
YANA keluar dari biliknya. Dia ingin mengambil air minuman. Tekaknya terasa haus . Sewaktu dia menoleh ke ruang tamu matanya melihat Durani yang sedang duduk seorang diri. Yana yakin Durani sedang termenung memandangkan televisyen di depan mata langsung tidak di buka. Yana kemudiannya melangkah menuju ke arah adik iparnya.
“Amboi Dura jauhnya termenung. Ada masalah lagi ke?” Sapa Yana lalu duduk bersebelahan dengan Durani.
“Tak ada apa-apa Kak Yana. Biasa je.” Jawab Durani sambil tersenyum tawar sewaktu menoleh pada kakak iparnya.
“Kak Yana dah cakap dengan Dura kalau ada masalah cerita pada Kak Yana. Jangan simpan sorang diri.”
“Dura tak nak menyusahkan Kak Yana tambahan pula sekarang ni Kak Yana masih dalam pantangkan.” Jawab Durani.
“Cuba cerita pada Kak Yana . Apa masalahnya.” Dura nimemandang wajah kakak iparnya.
“Macam ni Kak Yana…” Dura mula menceritakan perihal Azlan. Dia buntu juga apabila memikirkan perihal Azlan. Ya memang dia dah menolak tetapi pagi tadi bekas mertuanya menghubunginya dan memintanya untuk fikirkan hasrat Azlan itu. Durani jadi serba salah sekarang ini.
“Dura ini soal kehidupan Dura. Pilihan ada dengan Dura. Kak Yana tau yang Dura sayangkan arwah Mikhail dan Kak Yana juga tahu bekas mertua Dura tu nakkan Dura gembira semula dan bahagia.”
“Tapi Kak Yana Dura tak boleh terima Azlan. Sekarang ni apa yang Dura nak adalah tunaikan hasrat arwah Kak Adah. Soal kahwin lagi Dura tak nak fikir lagi. Arwah Mikhail sentiasa ada di dalam hati Dura. Lagi satu Dura tak suka orang paksa Dura . Sekarang ni pula Dura dilema bila melibatkan sekali bekas mertua Dura.” Luah Durani dengan jujur.
“Kalau tak nak Dura tolak saja dengan cara baik. Mereka akan terima. Mereka tak boleh nak paksa Dura terima Azlan . Ayah pun tak bersetuju .” Kedengaran suara Encik Idris yang menyampuk. Dia baru saja pulang dari surau yang berdekatan. Durani dan Yana menoleh ke pintu dengan serantak.
“Dura takut mak kecil hati pula ayah.” Jawab Durani jujur. Dia tidak mahu sesekali mengguris hati mertuanya.
“Soal itu biarlah ibu Dura yang bercakap dengan mak mertua Dura tu. Ayah yakin dia akan faham. Anak ayah ni baru saja pulih dari kesedihan yang lalu jadi ayah tak nak Dura buat keputusan sebab rasa bersalah. Kita di beri pilihan untuk memilih nak. Jangan sebab serba salah Dura nak terima sedangkah hati Dura menolaknya.”
Yana menganggukkan kepalanya tanda setuju. Dia tahu adik iparnya lembut hati dan pentingkan kehendak orang lain terlebih dahulu.
“Abang dah lama ke balik? Saya terlelap tadi sementara menunggu isyak. Mengantuk bukan main lagi.” Sapa Puan Yusnita yang baru saja muncul. Dia membetulkan ikatan rambutnya yang sudah bertukar putih. Uban sudah mula mewarnai rambut hitamnya.
“Baru je balik. Ini nanti awak tolonglah bincang dengan Imah pasal hal ni.” Encik Idris mendonggak memandang isterinya yang sedang berdiri.
“Hal apa pula ni?” Soal Puan Yusnita kebingungan. Encik Idris memberikan isyarat pada anak perempuannya untuk bercerita. Dia bukan tidak mahukan menantu atau tidak mahu carikan pengganti arwah Mikhail tetapi masih terlalu awal. Durani baru saja boleh terima kehilangan Mikhail ni nak minta pula Durani menerima orang lain sebagai pengganti. Orang tu pula sepupu kepada arwah Mikhail.
“Ceritalah pada ibu .” Yana menepuk lembut tangan Durani . Dengan pandangan penuh harapan Durani cuba menceritakan perihal Azlan. Dalam diam Durani bimbang juga sekirannya ibunya bersetuju dengan apa yang cuba di lakukan oleh bekas mertuanya. Yalah mereka bukan kenal sehari dua tapi dah bertahun .
“Nantilah mak bincang dengan mertua kamu Dura.” Puan Yusnita menghela nafasnya dengan berat. Dia tahu niat Imah itu baik tetapi masanya bukanlah sekarang ini.
“PAPA dengar kamu tangkap peragut. Macam mana dengan Durani. Dia ada cedera dekat mana-mana ke?” Soal Datuk Zahir pada anaknya Ziyad .
“Alhamdulilah pa. Dura tak ada cedera. Sekarang ni kes ragut memang menjadi-jadi. Dura berkeras dengan peragut tu nasib baik dia tak di apa-apakan.” Jawab Ziyad sambil menggelengkan kepalanya.
“Mahu Dura tak berkeras. Kalau Ziyad nak tahu Durani sanggup lawan peragut tu sebab beg tangan tu la. Bukan duit yang Dura sayang tetapi beg tersebut. Itu salah satu barang hantaran dari arwah Mikhail pada dia. Kalau papa jadi Dura pun akan buat macam Dura juga.” Ziyad terkejut.
“Mana papa tahu tentang handbag Dura tu?” Soal Ziyad tidak puas hati.
“Papa jumpa ayah Dura. Dia yang bagitahu papa tentang kamu tolong Dura. Dia pun marah juga pada Dura yalah bimbang keselamatan Dura . Mujur tak jadi apa-apa. Dura memang terlalu sayangkan barang-barang yang di tinggalkan oleh arwah suaminya.” Fahamlah kini Ziyad lalu dia menganggukkan kepalanya dengan perlahan.
“Mama kamu kata kamu kerap sakit kepala kebelakangan ni. Kenapa Ziyad? Kalau bukan sakit biasa ada baiknya kita ke hospital. Ingatan kamu belum sembuh sepenuhnya lagi.”
“Betul cakap papa kamu tu Ziyad. Mama susah hati tengok Ziyad sakit kepala. Mama bimbang akan kesihatan kamu.” Datin Huwaidah menyampuk.
“Mama papa ini cuma sakit kepala biasa saja. Tak ada kaitan dengan ingatan kot sebabnya Ziyad memang tak tahu apa yang Ziyad tak ingat sampaikan hari ni. Apa yang Ziyad rasa dari dulu selepas kemalangan adalah sesuatu yang hilang dalam diri Ziyad tapi tak tahu apa mama. Ziyad nak tanyakan pada mama dan papa sesuatu.”
“Kamu nak tanya apa?” Soal Datuk Zahir dan Datin Huwaidah serentak.
“Sebelum Ziyad accident dulukan. Ada tak Ziyad ceritakan sesuatu pada mama dan papa. Maksud Ziyad seseorang yang Ziyad suka ke sebelum ni . Maksud Ziyad sebelum Ziyad mengenali arwah Nurul?” Soal Ziyad. Datin Huwaidan dan suaminya saling berpandangan. Dalam diam mereka berfikir sejenak. Ziyad menanti dengan penuh pengharapan.
“Soal kamu suka seseorang tu sebelum kamu accident dulu memang ada tapi bila kami tanya kamu siapa orangnya kamu cakap itu adalah kejutan. Sampai ke hari ni mama dan papa tak pernah tahu siapa yang kamu suka dulu sebelum bercinta dengan arwah Nurul .” Jelas Datin Huwaidah. Dia masih ingat lagi tentang hal itu.
Ziyad pernah bercerita namun siapa perempuan itu memang di rahsiakan. Katanya mereka berkenalan di Kuala Lumpur. Bagaimana mereka bertemu Datin Huwidah sendiri tak pasti. Ziyad suka sangat buat kejutan dalam diam .
Kepala Ziyad berputar dan cuba untuk ingat sesuatu. Siapa agaknya perempuan itu. Adakah dia orang yang sama datang dalam mimpinya tetapi yang menjadi persoalannya kenapa Durani turut sekali berada di dalam mimpi itu sedangkan Durani pun tak tahu siapa perempuan itu.
“Mama result peperiksaan Una untuk semester ni dah keluar. Alhamdulilah semuanya baik-baik je.” Kedengaran suara Una yang sedang menuju ke arah mereka dengan senyuman manis di bibir.
“Alhamdulilah. Berapa pointer sem ni?” Soal Datin Huwaidah.
“Errmm tiga point sembilan satu je mama.” Datin Huwaidah tersenyum puas.
“Tahniah sayang.” Ucap Datuk Zahir dan Datin Huwaidah serentak malah mereka turut tersenyum gembira.
“Terima kasih mama papa.” Una terus memeluk kedua orang tuanya dengan erat sekali. Sebaik saja melepaskan pelukan Una menoleh ke tepi melihat abang kesayangannya sedang berfikir sesuatu.
“Mama papa kenapa dengan abang ngah tu?” Soal Husna dengan pelik.
Bersambung....
NotaTerkepit: Sekarang ni mss ni dah di hantar untuk di nilai. Ada rezeki atau tidak tak pasti. BTW dah ternoktah jadi cik writer kembali semula menulis mss Dia Pemburu Cinta yang suatu ketika dulu bertajuk Dirimu Satu yang sudah berubah 100%. Cik writer akan delete kan page Dirimu Satu. Tunggu kemunculan DPC nanti ya. :)
No comments:
Post a Comment
Tq sudi komen.:D