Lagi sambungan kisah Ziyad dan Durani. Terima kasih ya singgah dan baca kisah mereka. Hanya tinggal lagi beberapa bab yang akan di publish dekat blog. Pasni kita tunggu cerita Dia Pemburu Cinta lak ya. :D
BAB DUA PULUH LAPAN
MALAM itu Ziyad mencari barang-barang lama miliknya. Dia perlu cari sesuatu untuk membantu ingatannya. Jikalau bukan kerana mimpi itu sudah pasti dia tidak perlu menyusahkan dirinya begini. Ya wajah perempuan itu sememangnya menganggu lena Ziyad. Siapa dia itu yang hatinya terlalu ingin tahu. Dia juga ingin sekali tahu kenapa selepas arwah Nurul pergi barulah dia hadapi mimpi begini dan kaitannya dengan Durani . Adakah di sebalik semua ini ada sesuatu yang Allah ingin tunjukkan padanya.
Ziyad masih ingat segala barang-barang miliknya yang tidak di guna di letakkan di dalam satu kotak. Itu pun sewaktu dia mengemas untuk majlis perkahwinannya dengan arwah Nurul.
“Abang ngah nak ke mana pula tu?” Sapa Una dengan tiba-tiba. Dia baru saja keluar dari dapur dengan mug. Pelik melihat abang ngahnya yang kelam kabut semacam.
“Abang nak cari barang abang dekat bilik stor. Abang ngah nak cari maklumat penting .” Terang Ziyad . Husna pelik dan mengekori abangnya dari belakang.
“Maklumat penting apa? Masalah pejabat ke?” Soal Husna lagi.
“Bukan masalah pejabat. Abang ngah nak cari cebisan memori abang sebelum ni. Pasti ada sesuatu yang menghubungkan abang dengan perempuan itu. Abang ngah rasa mungkin dialah perempuan yang abang pernah kenal sebelum ni .” Husna terkejut. Rupanya abangnya tidak berputus asa langsung untuk mencari jawapan di sebalik ini semua.
“Kalau macam tu Una tolong abang ngah ya. Jom kita cari sama-sama. Una pun nak tahu juga jawapan di sebalik semua ni.” Husna mula membantu Ziyad mencari kotak tersebut.
“Abang ngah buntu Una. Sejak arwah Nurul pergi abang rasa abang ada hilang sesuatu dalam hati abang. Kehilangan Nurul dengan kehilangan yang abang tak pasti itu adalah berbeza. Memang ianya menganggu abang ngah Una.” Luah Ziyad. Una menganggukkan kepalanya. Ziyad sudah menjumpai kotak miliknya.
“Cepatlah abang ngah buka. Kita tengok apa yang abang simpan dalam kotak tu.” Husna sudah meletakkan mug nya ke sebuah meja. Matanya di fokuskan pada kotak yang sedang di buka. Di dalamnya penuh dengan buku , barangan peribadi yang tidak di gunakan lagi . Husna membelek buku-buku yang ada.
Ziyad pula melihat barangan lain. Dia cuba mengingati setiap barang yang ada sama ada barang itu miliknya atau hadiah dari orang. Husna sudah leka menilik satu persatu buku milik Ziyad. Dari sebuh ke sebuah buku di buka dan apabila tiba buku yang ke sepuluh Husna terjumpa sesuatu yang terselit di tengah-tengah buku tersebut.
Penanda buku agaknya. Desis hati Husna sewaktu mencari apa yang di lihatnya sebentar tadi. Akhirnya dia menemui sesuatu yang pasti ianya bukan penanda buku tetapi sekeping gambar yang di terbalikkan. Di situ tertera perkataan Sayangku. Husna menarik gambar tersebut lalu di balikkan untuk melihat siapakah yang berada di dalam gambar tersebut. Mata Husna terbuntang luas apabila melihat gambar abangnya dan juga seorang perempuan yang Husna langsung tak kenal.
“Abang ngah perempuan ni ke yang muncul dalam mimpi abang ngah sejak akhir-akhir ni?” Soal Husna lalu menghulurkan gambar tersebut pada Ziyad. Dengan pantas Ziyad menyambut gambar tersebut. Dia melihat wajahnya bersama dengan seseorang . Perempuan yang manis sekali. Ziyad memejamkan matanya seketika .
“Betul ke bang ngah perempuan yang ada dalam gambar ni yang muncul dalam mimpi abang ngah?” Soal Husna lagi. Jantung sudah berdegup kencang ketika ini menunggu jawapan dari Ziyad.
“Betul Una. Inilah dia perempuan yang muncul dalam mimpi tu. Kenapa dekat belakang ni abang tak tulis nama dia ? Kalau ada tulis senang abang nak jejaki dia.” Ziyad menghela nafasnya dengan berat. Dia terkejut yang perempuan dalam mimpi itu memang ada kaitan dengan kehidupannya sebelum ini.
“Jangan-jangan dialah awek abang sebelum ni yang abang cakap nak bagi kejutan pada mama dan papa tu?” Ziyad memandang wajah adiknya. Kepalanya mula berdenyut-denyut. Ziyad memegang kepalanya yang tiba-tiba saja sakit.
“Abang tak tahu Una. Seriously abang langsung tak ingat siapa dia ni. Siapa nama dia dekat mana dia tinggal. Di mana abang jumpa dia. Semua tentang dia zero dalam ingatan abang ngah. Kepala abang ngah dah mula sakit.” Luah Ziyad. Jarinya mula memicit kepala. Husna sudah panik melihat abangnya yang sudah berpeluh.
“Abang ngah jom kita keluar. Una rasa abang kena rehat sekarang ni. Jangan paksa kepala abang waktu ni. “ Husna menarik tangan abangnya dengan perlahan. Ziyad membawa gambar tersebut keluar.
“Eh korang berdua buat apa dekat bilik stor tu?” Sapa Datuk Zahir.
“Papa tolong pa. Abang ngah dah mula sakit kepala balik. Lepas ni Una ceritakan pada papa apa yang kami berdua temui dekat dalam tu. Secebis memori abang ngah papa. Una rasa dialah orangnya.” Terang Husna. Dia memapah Ziyad. Datuk Zahir yang masih belum mengerti maksud anaknya terus membantu Ziyad. Mereka membawa Ziyad naik ke biliknya.
“Una apa sebenarnya yang kamu berdua jumpa ni dekat bilik stor?” Soal Datin Huwaidah. Ketika ini mereka berkumpul di dalam bilik Ziyad.
“Syhhhh mama kita cakap dekat luarlah ya. Biarkan abang rehat. Kasihan Una tengok abang tadi terkejut . Dia paksa ingatan dia . Una nak tunjukkan mama dan papa sesuatu.” Jawab Husna .Dia mula melangkah keluar dari bilik Ziyad. Datin Huwaidah memandang wajah suaminya. Datuk Zahir memberikan isyarat mata untuk keluar dari bilik Ziyad. Pintu bilik Ziyad di tarik dengan perlahan-lahan. Dia sudah pun terlena kesan dari ubat yang di telannya tadi.
DURANI menilik satu persatu maklumat yang di kumpul sejak dulu sehinggalah sekarang. Dari alamat dan nombor telefon semuanya ada namun sampai ke hari ni pencariaan mereka masih lagi samar. Mengapa begitu sukar sekali untuk mereka mencari. Pening kepalanya.
“Di mana agaknya mereka berada ya. Jangan berputus ada Dura. Kau kena juga cari keluarga Puan Yati ni. Ini adalah amanat arwah Kak ngah. Walaupun aku sendiri tidak tahu bila aku akan menjumpai mereka tapi aku tak akan berputus asa mencari mereka.” Bicara Durani sendirian.
Jenuh dia memerhati segala maklumat yang ada pada mereka. Durani menyimpan semua data peribadi milik arwah Adah. Satu persatu di tenung. Durani menjumpai sebuah kotak kecil dengan perlahan-lahan dia membuka dan melihat isinya. Dahi Durani mula berkerut apabila melihat seutas rantai emas yang sungguh cantik .
“Rantai ni Dura simpan elok-elok ya. Ini saja petunjuk yang kita ada untuk menyatukan kembali arwah Kak ngah dengan kakak kandung dia. Masa ibu ambil dia dulu kawan ibu cakap yang separuh bentuk hati ni ada pada rantai kakak dia. Jangan sesekali bagi rantai ni hilang. Ibu serahkan pada Dura untuk jaga dan ini juga amanah Kak ngah sendiri yang minta ibu bagi pada Dura untuk di simpan.” Durani masih lagi ingat kata-kata ibunya sewaktu menyerahkan rantai ni padanya.
Durani menoleh pada telefon pintar miliknya apabila mendengar bunyi getaran. Dia memandang ke skrin telefon dan melihat nama Ziyad yang tertera .
“Apahal pula Ziyad call aku malam-malam buta ni?” Soal Durani sendiri sebelum menjawab panggilan tersebut.
“Assalamualaikum Dura. Awak dah tidur ke?” Sapa Ziyad di sebelah sana .
“Waalaikumussalam. Belum lagi. Ada apa ya awak call saya ni?” Soal Durani pula. Tangannya sebelah lagi memegang rantai milik arwah Adah.
“Awak free tak esok. Saya nak jumpa awak. Ada hal yang sangat penting. Ada benda yang saya nak tunjukkan pada awak. Ingat tak tentang mimpi saya tu dan saya dah jumpa gambar dia dalam simpanan saya. Dia adalah kenangan lalu saya Dura . Saya nak tunjukkan gambar tersebut pada awak sama ada awak mengenali dirinya atau tidak.” Jelas Ziyad tanpa berselindung apa-apa.
“Oh pasal tu saya ingat lagi. Esok ya . Boleh je lagi pun saya ada hutang dengan awak kan. Hutang nak belanja makan sebab tolong saya tempoh hari. Saya pun nak tahu juga wajah perempuan yang awak cakap tu. Yalah awak cakap ianya ada kaitan dengan saya juga kan?”
“Terima kasih ya Dura. Saya lagilah nak tahu siapa dia . Nama dia . Mana tahu lepas ni saya dapat ingat semuanya balik. Saya yakin dia adalah masa silam saya. Kita jumpa esok waktu lunch dekat tempat hari tu. Restoran yang kita berjumpa tempoh hari ya.” Tambah Ziyad.
“Baiklah jumpa esok. Selamat malam dan Assalamualaikum.” Selepas itu talian di matikan . Durani meletak telefon ke tepi.
“Macam manalah agaknya rupa perempuan yang hadir dalam mimpi Ziyad tu ya. Apa pula kaitannya dengan aku. Pelik betullah mimpi Ziyad tu . Aku yang baru kenal dia masuk dalam mimpi dia. Memang pelik .” Soal Durani sendirian sebelum menilik kembali pada rantai dan jumpa maklumat –maklumat lain yang di tampal dalam sebuah buku.
“Dura tak tidur lagi ke?” Kedengaran suara ibu Durani memanggilnya.
“Belum lagi ibu. Kenapa?” Soal Durani lalu memandang pintu biliknya di mana Puan Yusnita sedang berdiri.
“Ini abang Lukman kamu telefon ibu . Dia minta Dura tolong ambil dia dekat aiport. Dia dah sampai tu. Abang kamu dari KL dia ada seminar dekat sana lepas tu dia nak balik sini terus tengok Kak Yana dengan Irfan. Dura pergi dengan ayah ya. Malam-malam ni tak boleh bawa kereta sorang diri bahaya kamu tu perempuan. Pergilah bersiap.”
“Ya Allah . Dura betul-betul lupa padahal abang Lukman dah call bagitau sebelum dia bertolak ke sini. Patutlah Dura rasa ada benda yang Dura nak buat tadi tapi tak tahu apa . Tup-tup Dura bawa kotak ni dari dalam almari.” Ujar Durani bila teringat tentang abangnya. Dia menepuk dahinya dengan perlahan. Puan Yusnita menggelengkan kepalanya.
“Sudahlah tu . Pergilah siap sekejap. Kasihan abang Lukman kamu tunggu dekat situ. Mesti dia penat sehari suntuk ada seminar.” Durani menganggukkan kepala lalu memasukkan semula maklumat yang ada ke dalam kotak semula.
“Ibu bagi Dura lima minit ya. Cakap dekat ayah tunggu sekejap Dura nak tukar baju. Tak akan nak pergi airport dengan baju kelawar macam ni.” Sengih Durani. Puan Yusnita tersenyum .
“Cepat sikit ya.” Puan Yusnita menutup pintu bilik anaknya lalu melangkah ke biliknya .
ZIYAD merenung gambar yang di jumpainya. Sudah dua hari dia memikirkan tentang perihal perempuan itu namun dia langsung dia tidak dapat ingat. Dua hari ini juga Ziyad langsung tidak masuk ke pejabat.
“Abang ngah. Ada tetamu dekat bawah nak jumpa abang ngah.” Suara Huna mengejutkan Ziyad . Dia menoleh pada Una yang sedang tersengih padanya.
“Siapa?” Soal Ziyad. Siapa pula yang datang malam-malam ni? Desis hatinya.
“Bestfriend abang ngah la si Epul tu. Dia tunggu dekat bawah. Una tengok muka dia resah gelisah je. Ada problem la kot.” Jawab Husna.
“Okey sekejap lagi abang ngah turun.” Jawab Ziyad. Husna terus meninggalkan bilik abangnya.
“Mana abang ngah kamu Una?” Soal Datuk Zahir pada anak gadisnya yang baru muncul di ruang tamu.
“Sekejap lagi dia turun.” Husna duduk bersebelahan dengan papanya.
“Uncle tengok kamu cemas je Epul . Ada masalah besar ke?” Soal Datuk Zahir. Dari riak wajah Saiful saat ini dia pasti teman baik anaknya itu sedang menghadapi masalah.
“Masalah besar jugalah uncle. “ Jawab Saiful.
“Epul apasal datang malam-malam buta ni? Kau kenapa ni? Muka kau mengalahkan orang hilang bini je ni.” Sapa Ziyad dengan selamba.
“Memang aku tengah hilang bini ni. Pasal Wawa la ni.” Ziyad sudah agak. Teknik untuk memikat Wawa tak menjadi agaknya.
“Masalah cinta rupanya.” Husna menyampuk sambil tersengih pada abangnya.
“Kau ni biar betul Epul. Setahu aku Wawa tu single lagi. Mana kau tahu yang dia nak kahwin ni?” Soal Ziyad sebaik saja mendengar cerita dari Epul. Husna hanya menadah telinga.
“Dia sendiri yang bagitahu aku yang dia akan berkahwin. Katanya lagi itu pilihan keluarga. Zaman sekarang ni masih ada lagi ke orang kahwin pilihan keluarga?” .
“Sudah tentulah ada.” Sampuk Husna. Saiful memandang wajah Husna yang sedang menongkat dagu memandangnya.
“Kalau dia bagitahu macam tu maknanya betullah tu. Macam ni la nanti aku jumpa Wawa dekat pejabat nanti aku tanya sama ada betul ke tak apa yang kau cakap dengan aku ni.” Pujuk Ziyad. Saiful menarik nafas dengan lega.
“Ini apasal kau tak masuk office. Aku cari dekat pejabat kau tak ada itu yang aku datang rumah kau ni. Telefon kau langsung tak berjawab. Pasal apa?” Soal Saiful. Kedatangan dia ke mari bukan saja tentang Wawa tetapi tentang Ziyad juga yang menyepikan diri dalam dua hari ni.
“Aku sakit kepala. Ingatan aku ni la. Aku jumpa sesuatu dua hari lepas….”
“Hah kau jumpa siapa Ziyad? Hantu ke?” Soal Saiful dengan cemas. Husna sudah tergelak kecil.
“Abang Epul ni asyik-asyik hantu je. Tak ada benda lain ke selain tu nak jadikan spekulasi?” Husna geleng kepala.
“Oh salah eh Una. Habis tu kalau bukan hantu kau jumpa apa?” Soal Saiful lalu menggarukan kepalanya.
“Sekeping gambar aku dengan seorang perempuan. Una boleh tolong ambil tak gambar yang kita jumpa tu dekat bilik abang ngah?” . Husna terus bangun dan menuju ke tingkat atas.
“Ohoii gambar dengan perempuan. Siapa dia? Kau tak kenal ke?” Soal Saiful dengan teruja.
“Kalau aku kenal tak adalah aku nak suruh kau tengok. Aku pernah tak ceritakan tentang kisah
cinta aku pada kau dulu sebelum aku dengan arwah Nurul?” . Saiful cuba mengingati sesuatu.
“Kau Ziyad kalau bab cinta memang kau suka berahsia sejak dulu lagi. Kau tak akan kongsi dengan orang lain pun. Kau berubah bila kau kena amnesia dan kau mula share kisah cinta kau dengan Nurul pada aku dan keluarga kau. Dulu kau tak ada nya nak cerita pasal hal macam ni. Aku masih ingat lagi aku ada tanya hal cinta kau dulu tapi jawapan kau macam ni. Bila tiba waktunya aku aku bagitahu semua orang siapa yang berada di dalam hati aku ini.” Jawab Saiful.
“Betul ke aku cakap macam tu?” Soal Ziyad ingin tahu. DIa langsung tak ingat kata-kata itu keluar dari mulutnya.
“Yalah. Sampai ke hari ni tau aku ingat. Aku langsung tak tanya lepas tu sebab kau cakap bila tiba waktunya nanti kau bagitahu. Aku pun teruslah lupa pasal tu. Ni bila kau tanya balik barulah aku ingat semula.” Jawab Saiful. Lepas dari hari tu dia memang langsung tidak mengambil tahu siapa orang yang berada di dalam hatinya.
Apa yang aku perlu lakukan untuk kembalikan ingatan aku yang dulu? Aku yakin sebelum aku amnesia aku pasti ada kisah cinta antara aku dan dia. Siapa dia ni sebenarnya ? Omel Ziyad sendirian.
**********************************
BAB DUA PULUH SEMBILAN
ALIFAH tidak berpuas hati dengan pilihan yang di berikan oleh papanya. Sekarang ni Alifah mula buat perangai untuk protes papanya. Dia mogok tidak mahu makan. Puan Suraya mulai bimbang apabila anak perempuannya itu memberitahu untuk mogok lapar.
“Abang macam mana ni? Efa tak mahu sambung belajar . Sekarang ni dia dah mula nak mogok lapar. Apa kita nak buat ni. Efa tu degil macam abang. Cakap orang bukan dia nak dengar. Ikutkan kepala dia sendiri aje.” Luah Puan Suraya tidak puas hati. Encik Zain pula hanya diamkan diri saja dan leka dengan membaca surat khabar.
“Abang dengar tak apa yang Su cakap ni?” Soal Puan Suraya sambil bercekak pinggang.
“Ya abang dengar Su. Telinga abang bukannya ada masalah pun.” Jawab Encik Zain dengan selamba lalu di lipat surat khabar tersebut sebelum di letakkan di atas meja .
“Apa kita nak buat dengan Efa tu bang. Dia mogok tak nak makan kalau abang tetap nak hantar dia sambung belajar juga.” Puan Suraya menghenyakkan punggungnya bersebelahan dengan suaminya.
“Boleh ke anak kesayangan awak tu berlapar?” Soal Encik Zain. Dahi Puan Suraya mula berkerut.
“Abang ingat Efa tu main-main ke? Dia buat betul-betul bang bukan main-main. Kalau dia sakit kita juga yang susah. Abang nak ke tengok Efa sakit. Kalau macam tu baru puas hati abang? Cubalah cara lain bang jangan di paksa kalau dia tak mahu belajar lagi. Tak ada guna bang kalau kita hantar dia sambung belajar tapi dia tetap dengan perangai lama.” Marah Puan Suraya. Wajahnya sudah mencuka.
“Anak dengan bapa sama je. Keras kepala degil. Masing-masing tak nak mengalah.” Tambah Puan Suraya sambil berpeluk tubuh. Encik Zain memandang isterinya di sebelah
“Macam ni la Su . Awak cakap dengan anak kesayangan awak tu. Kalau dia tak nak belajar tak mengapa tapi kalau dia buat perangai masuk campur urusan rumahtangga Zikir dan ganggu Ziyad lagi abang tetap dengan keputusan abang yang abang akan tarik semua kesenangan yang ada pada dia. Suruhlah dia fikir. Puas hati tak saya tak jadi hantar Efa sambung belajar?” Soal Encik Zain dengan lembut sebelum bangun dan meninggalkan isterinya di situ. Malas dia nak bertekak lagi dengan isterinya tentang Alifah. Lagi pun dia bukannya kejam sangat nak lihat anak sampai mogok lapar.
“Aduh perut aku dah mula meragam ni. Itulah bodoh sangat mogok lapar . Ini semua papa punya pasal.” Marah Alifah sewaktu mengusap perutnya yang berbunyi-bunyi minta di isi. Alifah lebih suka terkurung di dalam biliknya.
“Alangkah bagusnya kalau papa ubah keputusan dia untuk hantar aku sambung belajar. Aku tak nak belajar. Rimas.” Luah Alifah lagi. Dia mula berjalan ke hulu ke hilir.
“Efa boleh mama masuk?” Puan Suraya mengetuk pintu bilik Efa . Dia turut membawa makanan untuk Efa. Dia yakin yang Efa lapar. Dengan pantas Alifah melompat ke atas katilnya lalu berselubung. Puan Suraya kaget apabila anaknya langsung tidak bersuara. Dia menolak pintu bilik Efa dengan perlahan-lahan dan melihat Alifah yang terbaring di atas katil.
“Kasihannya dekat anak aku.” Ujar Puan Suraya dengan perlahan sebelum melangkah masuk ke dalam. Dia meletakkan makanan untuk Alifah di atas meja .
“Efa Efa. Bangun sayang. Makan. Mama ada bawa makanan untuk Efa. Mama tahu Efa lapar. Janganlah berlapar macam ni . Efa buat mama susah hati macam ni. Dari pagi sampailah petang Efa langsung tak makan. Nanti kalau sakit siapa yang susah.” Pujuk Puan Suraya.
“Efa tak nak makan selagi papa berkeras nak hantar Efa sambung belajar.” Jawab Alifah sewaktu memandang Puan Suraya.
“Efa boleh tak jangan buat perangai macam budak kecil? Mama nak Efa makan dulu.”
“Tak nak makan.” Kedengaran Puan Suraya menghela nafasnya dengan berat.
“Mama dah bincang dengan papa Efa. Dia cakap dia tak akan hantar Efa sambung belajar tetapi dengan syarat kalau Efa ganggu rumahtangga Zikri dan juga Ziyad dia tak akan teragak-agak menarik semula kesenangan yang di berikan pada Efa.” Alifah tersenyum puas. Taktik mogoknya berjaya . Dia tahu mama dan papa nya sayangkan dia.
“Betul ke mama?” Soal Efa. Puan Suraya menganggukkan kepala.
“Betullah tapi ingat apa yang papa pesan tu. Dia boleh tarik cadangan untuk sambung belajar tetapi yang lagi satu tu tak mungkin papa akan tarik. Efa kenalkan papa macam mana. Mama harap Efa tak akan buat sesuatu yang boleh buat papa bertindak begitu. Berubahlah sayang. Jangan kita sibukkan diri kita dengan kehidupan orang lain. Masing-masing ada hala tuju sendiri. Apa yang Efa dapat kalau buat hidup orang lain menderita?”
“Mestilah dapat kepuasan.” Jawab Alifah selamba. Puan Suraya menggelengkan kepalanya.
“Mama tak tahu mana silap mama didik Efa sampai jadi macam ni. Efa mungkin hari ni Efa akan merasa gembira dan puas dengan apa yang Efa lakukan tetapi tidak hari lain. Perasaan yang Efa rasa tu akan bertukar. Mama keluar dulu. Makan tu ya.” Puan Suraya meninggalakan Alifah. Jenuh dia menasihati anaknya namun Alifah tetapa begitu langsung tidak mahu berubah.
“Arrgghhh sekarang ni perut aku tengah lapar. Soal Zikri mahu pun Ziyad nantilah aku fikirkan. Apa yang aku buat pada Ziyad adalah sebab Nurul tapi dia tak tahu nak hargai apa yang aku dah buat. Memang patut pun dia terima balasan macam tu. Zikri pula? Aku bukan nak sangat dekat dia. Aku cuma sakit hati bila dia kahwin Washfa. Boleh tahan mamat tu tahan godaan aku. Memang Zikri seorang yang setia. Aku je yang bodoh dulu tak nampak Zikri . Semuanya kerana aku terlalu sayangkan Ikram dulu. Huh mamat tu entah hidup entah mati sekarang ni. Padan muka dia. Kau nak sangat kahwin dengan perempuan tu kan. Terimalah padahnya. Puas hati aku.” Bukan main lagi Alifah meluahkan perasaannya.
Dia menarik dulang yang di bawakan oleh mamanya. Berselera sekali dia makan. Mahu tak selera kalau tahan lapar semata-mata nak protes papanya.
“TAHNIAH la Senah kau dapat menantu sulung tak lama lagi.” Ujar Puan Yusnita sewaktu membaca kad jemputan yang di berikan padanya sebentar tadi . Hari ini dia menerima kunjungan dari temannya yang rapat dengannya waktu muda-muda dulu.
“Alhamdulilah Ita . Aku ni baru je nak dapat menantu sedangkan kau dah jadi nenek pun.” Jawab perempuan yang bernama Senah dengan senyuman.
“Kau masih tak jumpa lagi ke dengan Yati?”. Puan Yusnita terdiam dan menganggukkan kepalanya.
“Entahlah Senah. Bukan senang kita nak cari dia. Negara kita ni luas Senah oiii. Aku harap tahun ni dapatlah aku jumpa dia. Kau pun tahu setiap tahun aku berharap yang aku akan bertemu kembali dengannya.”
“Sabarlah Ita. Macam mana dengan Dura. Aku dah lama tak tengok dia.?”
“Alhamdulilah Dura baik-baik saja . Dia sekarang pun dah tak bersedih seperti dulu. Sekarang ni Dura lebih banyak fokus pada kerja dan juga pencarian keluarga angkat arwah Adah . Hanya pada Dura sajalah yang aku boleh minta tolong. Lukman pula sibuk dengan kerjanya dekat Melaka.”
“Assalamualaikum ibu.” Durani memberikan salam. Dia bergegas masuk ke dalak rumah. Dia balik menukar pakaiannya yang basah kuyup kerana bermandikan hujan tadi.
“Waalaikumussalam. Ya Allah Dura kenapa basah kuyup ni?” Soal Puan Yusnita dengan cemas.
“Mandi hujan ibu. Dura lupa bawa payung. Ini Dura nak pergi mandi dulu. Eh Mak Senah pun ada. Dura pergi mandi dulu ya. Maafkan ya Mak Senah Dura basah kuyup ni tak boleh nak salam lagi.” Jawab Durani lalu bergegas menuju ke biliknya. Puan Yusnita menggelengkan kepala.
“Maaflah Senah.”
“Apa pula nak minta maaf Ita oii.” Soal Senah dengan pelik.
“Ya la anak aku tu tak sempat nak salam dengan kau. Dia basah kuyup.” Puan Hasnah tersenyum.
“Kau ni Ita aku fahamlah. Berbalik pada cerita kita tadi. Kau tak risau ke nanti bila jumpa keluarga arwah Adah? Yalah anak angkat mereka dah meninggal. Aku tak tahulah Ita manusia mana yang busuk hati yang sanggup buat anak kau macam tu. Budak Adah tu anak yang baik tapi masih juga ada manusia yang dengki dan cemburukan dia.” Puan Hasnah teringat seraut wajah Adah di ruang matanya.
“Itu hanya sebab je Senah. Allah tahu siapa punya angkara. Lagipun dah tiba masa dia untuk pergi. Kita pula tak tahu bila Senah mungkin hari ni esok atau lusa. Tak siapa tahu tentang itu. Apa yang aku harapkan aku bertemu semula dengan Yati dan bagitahu hal ini serta amanat yang di tinggalkan oleh arwah . Bagaimana reaksi mereka nanti aku sendiri tak dapat bayangkan.” Puan Yusnita menundukkan kepalanya.
Tipulah kalau dia kata dia tak bimbang sekiranya pertemuaan antara mereka terjadi. Bagaimana penerimaan mereka nanti dia snediri tidak dapat agak.
“Eh Dura kan baru balik tadi . Ini nak ke mana pula?” Soal Puan Yusnita sebaik saja melihat Durani keluar dari biliknya dengan senyuman dan mendekati dia dan juga Senah.
“Dura nak keluar sebentar ibu. Dura dah janji dengan Ziyad . Dia nak tunjukkan Dura sekeping gambar dan masa yang sama juga Dura bolehlah belanja dia makan sekali tanda terima kasih sebab dia selamatkan Dura dari kena ragut tempoh hari.” Jawab Durani sebelum dia bersalam dengan Puan Hasnah.
“Hah Dura kamu kena ragut ke? Ya Allah bila tu? Sekarang ni banyak sangat kes ragut meragut ni. Seriau Mak Senah dengar.” Soal Puan Hasnah dengan bimbang.
“Aaah. Hari tu masa Dura nak masuk dalam kereta ada peragut datang dan cuba ambil beg tangan Dura. Lepas tu kebetulan Ziyad ni lalu situ jadi dia tolonglah Dura.” Terang Dura . Puan Yusnita memang tahu akan hal itu. Sewaktu dia mengetahui cerita itu bagaikan nak gugur jantungnya. Bimbang kalau ada sesuatu yang terjadi pada Durani. Berani sungguh Durani melawan peragut tersebut demi handbag yang di berikan oleh arwah Mikhail.
“Ibu, Mak Senah Dura kena gerak dulu ni. Kasihan pula Ziyad tunggu Dura dekat sana. Pergi dulu ya.” Durani meminta diri. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan ibunya.
“Hati-hati ya Dura. Sampaikan salam ibu pada Ziyad. Mak dengar dia dah pulih dari buatan orang. Alhamdulilah. Sekarang ni ingatan dia sajalah yang masih belum pulih.” Durani mengangguk kepalanya. Faham dengan pesanan ibunya.
“Siapa pula Ziyad ni Ita oii. Aku tak pernah dengar pun nama ni. Siapa? “ Soal Puan Hasnah dengan pelik. Dia cuba memerah otak mencari-cari orang yang dia kenal yang bernama Ziyad. Dura sudah pun menuju ke keretanya bersama payung.
“Ziyad . Orang kampung ni juga. Anak Datuk Zahir dan arwah isterinya itu kemalangan dengan arwah Mikhail. Jadi sebab tu keluarga aku boleh kenal budak tu.” Terang Puan Yusnita. Jelas sekali Puan Hasnah terkejut.
“Kau biar betul Ita. Cuba cerita dekat aku . Aku tak tahu menahu pun hal ni. Kau pun satu tak ada nak bercerita dekat aku.”
“Maaflah Senah. Aku bukan tak nak cerita. Kau pun tahukan banyak benda yang jadi manalah aku sempat nak cari kau berceritakan ini semua. Janganlah kau kecil hati pula. Dah alang-alang kau tanya ni jadi aku ceritalah kisah pertemuaan Dura dan Ziyad tu.” Puan Hasnah membetulkan duduknya untuk mendengar cerita yang dia tidak tahu.
ZIYAD menanti dengan penuh debaran dia dada. Dia membawa keluar sekeping gambar di dalam diari kerjanya . Ziyad menilik wajah perempuan yang ada di dalam gambar tersebut. Dia cuba untuk ingat tentang gadis ini tetapi setiap kali dia cuba kepalanya pasti akan sakit.
“Siapakah sebenarnya kau ya?” Soal Ziyad sendirian. Dia tersenyum sewaktu mengusap gambar tersebut. Wajah yang lembut senyuman yang menawan.
Ziyad meletakkan kembali gambar tersebut di dalam buku. Dia menilik jam seketika sebelum dia menyedut air minumannya. Matanya kemudian terarah kepada sepasang kekasih di sebuah meja. Ziyad tersenyum melihat seorang lelaki menunjukkan sebentuk cincin pada perempuan di hadapannya. Ziyad yakin yang lelaki tersebut sedang melamar perempuan itu.
“Cincin?” Soal Ziyad pelik apabila teringat sesuatu tentang cincin. Memori Ziyad bagaikan mengimbau sesuatu. Di dalam kereta yang sedang dia pandu. Dia cuba mengambil sesuatu dari celah-celah kerusi. Ziyad pejam mata ketika ini cuba mengingati kenangan itu.
“Cincin jatuh la pula. Waktu ni juga nak jatuh.” Tangannya meraba-raba di sekitar. Tangannya lagi satu sedang memegang stereng kereta. Ziyad cuba menunduk sedikit untuk mencari cincing yang di pegangnya tadi jatuh dan ketika itu juga sebuah kereta datang dari arah bertentangan melanggar keretanya . Waktu itu dia langsung tidak sedar yang kereta yang di pandunya sudah melangkaui ke seberang jalan.
“Assalamualaikum. Ziyad awak tidur ke?” Sapa Durani. Ketika itu Ziyad tersentak dan memori itu terus hilang serta merta. Ziyad membuka matanya lalu mendongak dan melihat Durani yang sedang berdiri di hadapannya.
“Awak okey ke? Kenapa dahi awak berpeluh sedangkan dekat sini ada kipas?” Soal Durani pelik. Dia menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan Ziyad.
“Hah?” Ziyad mengelap dahinya dengan perlahan dengan menggunakan sapu tangan.
“Awak sihat ke tak Ziyad. Kalau tak sihat awak tak payahlah datang. Awak telefon je bagitahu saya yang awak tak sihat.” Ziyad menggelengkan kepalanya.
“Tak tak tak. Maafkan saya. Tadi saya bukan tidur tapi saya teringat memori lama. Saya ingat macam mana saya kemalangan .” Terang Ziyad. Durani terkejut.
“Apa yang awak ingat? Macam mana accident tu?” Soal Durani dengan panik. Dia mula risau melihat wajah Ziyad yang pucat ketika itu.
“Sebab cincin.” Ziyad menoleh kembali ke meja yang di duduki oleh pasangan tadi. Durani turut menoleh ke situ .
“Cincin.” Durani mula bingung .
“Tak mengapa. Soal ingatan awak tu memang akan makan masa. Saya rasa sedikit demi sedikit awak akan ingat memori lama awak. Oh ya awak cakap dengan saya yang awak nak tunjukkan sesuatu pada saya. Mananya?” Soal Durani.
“Oh lupa pula. Saya nak tunjukkan awak gambar ni. Saya nak tahu sama ada awak kenal atau tidak perempuan yang ada di dalam gambar ini. Perempuan ni la yang muncul dalam mimpi saya bersama awak dan arwah Nurul. Saya tak faham apa maksud mimpi tu pada saya. Apa yang cuba di tunjukkan pada saya.” Jelas Ziyad lalu membawa keluar gambar yang di selitkan di dalam buku tadi.
Ziyad kemudiannya menolak gambar tu dengan perlahan-lahan lalu di tunjukkan pada Durani dan jelas sekali wajah Durani terus berubah sebaik saja terpandangkan seraut wajah yang amat di kenali olehnya. Mata Durani mula berkaca melihat senyuman di bibir perempuan tersebut.
“Ziyad awak Mr Z ?” Soal Durani. Ziyad berkerut dahi. Pelik melihat reaksi Durani ketika ini yang akan menangis bila-bila masa saja.
“Awak kenal dia ke?” Soal Ziyad ingin tahu. Durani menganggukkan kepalanya dengan lemah dan setitis demi setitis air mata Durani mula menitik. Mata Ziyad membuntang memandang bebola mata Durani.
Apakah semua ini? Aku masih tak mengerti. Mengapa Durani harus menangis apabila melihat wajah yang terpapar di dalam gambar ini? Hati Ziyad mula tertanya-tanya.
Bersambung....
NotaTersepit: Cerita Amani da Rafique dam Dia Pemburu Cinta bulan Novemberlah kot akan di publish. Cik writer sibuk jd baby sister sekarang ni. Hahahaha. Masa menulis dah berubah dan agak perlahan dari biasa.
No comments:
Post a Comment
Tq sudi komen.:D