Pertama sekali cik writer nak minta maaf sebab minggu lepas tak ada entry KTAC ni. Cabel telefon kena curik lagi. Wifi umah terus blackout la.Haish sabo je la. Minggu ni seperti biasa lagi dua bab. Cerita ni dah berubah tajuk baru. KTAC - KAU TEMUKAN AKU CINTA. Mekasih singgah dan baca ya :D
TAJUK BARU : KTAC
Mss Asal: Dirimu Satu - Jangan konpius ya-
BAB SEMBILAN BELAS
MAYA keluar dari perut kereta dan dia melihat kereta milik sepupunya Encik Kamarul ada tersadai di halaman rumahnya. Sebaik membawa keluar barang yang di beli dari bonet kereta dia terus mengunci keretanya. Langkahnya di teruskan ke pintu utama rumah.
“Hah tu pun Maya dah balik.” Ujar Puan Maizura sebaik saja terpandangkan wajah anak gadisnya. Maya tersenyum manis lalu mendekati mama dan sepupunya.
“Dah lama ke abang Kamarul sampai ni?” Soal Maya.
“Baru je lagi. Maya ke mana ni?” Soal Encik Kamarul pula ingin tahu.
“Maya keluar beli barang sikit. Mama ni barang yang mama pesan tadi.” Maya menghulurkan dua plastik barangan yang di minta oleh mamanya tadi. Barangan dapur.
“Abang Kamarul datang sini mesti ada hal pentingkan?” Tembak Maya .
“Kamu berdua bersembanglah dulu. Mama nak masak. Kamarul kamu makan tengahari dekat sini ya.” Mohon Puan Maizura. Kamarul menganggukkan kepalanya. Selepas itu Puan Maizura hilang dari pandangan mereka.
“Memang ada hal penting abang nak jumpa Maya hari ni.”
“Mengenai apa tu ya?” Maya membetulkan duduknya.
“Maya tahu di mana kampung Amani? Abang call dia langsung tak berjawab mesej lagilah taklah reply.” Mendengar saja pertanyaan abang sepupunya itu, Maya terus menelan air liurnya.
Aku nak jawab apa ni. Aku dah janji dengan Amani. Desis hati kecil Maya saat ini.
“Maya tau tak kampung dia?” Soal Encik Kamarul sekali lagi. Maya menggelengkan kepalanya dengan perlahan.
“Maaf. Maya tak tahu. Kenapa abang Kamarul nak tau alamat rumah Amani?” Soal Maya ingin tahu. Saat itu Encik kamarul mengeluh hampa.
“Abang ingat nak ke kampung Amani. Boleh jumpa keluarga dia sekali.” Maya terkejut.
“Jumpa dia buat apa?” Soal Maya pelik walaupun hatinya kecil dapat agak apa yang ingin di lakukan oleh abang sepupunya itu.
“Maya tau kan abang suka pada Amani.”
“Abang Kamarul. Kalau Maya berikan satu nasihat abang Kamarul terima tak?” Soal Maya membuatkan dahi Encik Kamarul berkerut.
“Nasihat apa?”
“Lupakan saja hasrat abang Kamarul tu . Biarlah Maya terus terang pada abang ya. Amani tu langsung tak minat pada abang. Dia hanya hormatkan abang sebagai pensyarah dia tau. Sebenarnya bang Amani tu dah ada orang yang punya. Janganlah abang mengharap pada dia.” Jelas Maya. Dia tidak mahu melihat abang sepupunya terus menaruh harapan sedangkan Amani sudah memberitahu cerita sebenar padanya.
“Hah Amani dah ada yang punya. Maya jangan nak tipu abang pula.” Encik Kamarul tidak percaya.
“Betul abang. Maya tak tipu. Apa yang Maya dapat kalau Maya tipu abang. Janganlah abang mengharap untuk dapatkan Amani sebab Amani sendiri pun tiada apa-apa perasaan pada abang. Harap abang faham.”
“Tapi itu tak bermaksud abang tak boleh mencubakan?” Maya menggelengkan kepalanya dengan perlahan.
“Nasihat Maya jangan mengharap. Abang juga yang akan kecewa nanti.” Pujuk Maya lagi.
“Siapa orang yang Amani sayang? Maya kenal ke?” Encik Kamarul tidak berputus asa.
“Siapa orangnya Maya sendiri tak kenal dan tak tahu. Kalau nak tahu abang tunggulah semester baru nanti ya. Tanya sendiri dari Amani. Lagi satu buat masa ni ada baiknya abang jangan ganggu Amani. Jangan sampai Amani makin rimas dengan karenah abang. Jangan kata nak dekati dia nak jumpa pun belum tentu dapat tau kalau abang terus menghubungi dia tanpa jemu. Kalau Maya berada di tempat Amani pun Maya akan rasa rimas tau. Maaf kalau apa yang Maya cakap ni buat abang terguris.” Maya harap abang sepupunya mengerti. Minggu depan dia akan ke kampung Amani bersama Alia. Pemergiaan ke sana haruslah di rahsiakan dari Encik Kamarul. Itu janjinya pada Amani.
AMANI mendiamkan diri semenjak keluar pagi tadi. Dia kini berada di dalam kereta milik Syed Rafique bersama nek Pah dan atuk. Antara rela dan terpaksa Amani menemani mereka. Sebal sungguh hatinya sewaktu duduk bersarapan pagi tadi. Pandai betul Syed Rafique Iskandar mengambil peluang mengenakannya.
“Betul ke Amani nak temankan kami jalan-jalan hari ni. Semalam Rafique bagitahu yang Amani nak temankan nek Pah serta tunjukkan kami tempat-tempat menarik yang kami belum pernah pergi lagi.” Amani yang sedang meneguk air terus tersedak . Matanya terus di halakan pada Syed Rafique yang sedang mengunyah roti.
“Amani cuba minum air elok-elok sikit. Boleh pula tersedak minum air.” Bebel Puan Sa’adah. Amani menjeling tajam pada Syed Rafique namun saat itu Syed Rafique hanya membalasnya dengan senyuman penuh makna.
Kurang asam betul. Semalam telefon aku cakap lain hari ni pula nek Pah cakap lain. Ada juga yang nak makan penumbuk aku ni. Omel hati Amani.
“Erk.. Betul nek Pah. Alang-alang nek Pah sekeluarga ada dekat sini kan , jadi ada baiknya Amani bawa nek Pah pergi jalan-jalan. Shopping ke kan.” Dengan wajah yang sehabis ceria Amani menjawab. Selepas itu dia menoleh kembali pada Syed Rafique yang sedang menaikkan keningnya pada Amani.
Sakitnya hati aku tengok muka mamat ni. Sabar Amani.. Sabar.. Sabar.. Amani menarik nafasnya dalam-dalam. Dia turut beristigfar di dalam hatinya. Cuba di tenangkan perasaan marah yang membuak-buak pada Syed Rafique ketika ini.
“Tak menyusahkan Amani ke?” Soal Puan Sharifah Noraini pula. Amani menggelengkan kepalanya dengan perlahan.
“Baguslah nek , mummy . Amani boleh tunjukkan arah. Tak gitu Amani?” Akhirnya Syed Rafique bersuara.
“Aaah Encik Rafique. Saya boleh jadi penunjuk arah.” Jawab Amani dengan geram. Syed Rafique dengan selambanya mengenyitkan matanya pada Amani. Waktu ini Amani hanya mampu mengepal kedua-dua tangannya dengan geram.
Tidak cukup dengan itu, Amani di paksa oleh nek Pah untuk duduk di tempat duduk hadapan bersebelahan dengan Syed Rafique. Amani terpaksa menurut manakala Syed Rafique sudah tersenyum lebar. Mahu Syed Rafique tak senyum lebar kalau ‘bakal isteri’ duduk sebelah.
“Amani penat ke?” Sapa Nek Pah di tempat duduk belakang. Amani tersedar dari lamunan. Amani menoleh ke belakang .
“Boleh tahanlah nek Pah.” Jawab Amani dengan senyuman. Dia bukannya penat tapi muak dengan karenah Syed Rafique hari ini. Nak pergi sanalah sinilah. Nak beli yang tu nak yang ni la. Mengalahkan perempuan kalau shopping. Cerewet sungguh. Memilih bukan main. Amani membawa mereka ke tempat shopping yang murah dan berkualiti. Amani turut membawa mereka merasa makanan popular yang menjadi kebanggaan negerinya.
Syed Rafique menoleh pada Amani. Dari keluar rumah pagi tadi sehinggalah sekarang Amani lebih selesa mendiamkan diri. Berkali-kali dia cuba buat Amani marah namun dia hanya dapat melihat wajah merah Amani menahan marah. Amani menahan perasaan amarahnya. Dia tidak mahu mengecilkan hati nek Pah serta ahli keluarga yang lain.
Saat tiba di traffic ligt, Syed Rafique mencapai smartphone miliknya lalu mencoretkan sesuatu. Amani mambawa keluar telefon pintarnya lalu di buka. Amani menjeling tajam pada Syed Rafique.
Best tak naik kereta dengan saya? Shopping dengan saya? Serta layan karenah saya?
Dengan pantas jari Amani membalasnya. Syed Rafique meneruskan perjalanan sebaik saja lampu bertukar warna hijau.
Tak best langsung !!! . Amani membalasnya. Syed Rafique sewaktu membacanya. Sempat lagi dia melihat smartphone ketika memandu.
“Encik Rafique boleh tak awak pandu kereta jangan main phone. Dalam kereta awak ni banyak nyawa tau. Tolong berhati-hati dan sila ikut peraturan memandu yang betul.” Amani menegur Syed Rafique dengan senyuman manis yang di buat.
“Baiklah Cik Amani. Saya menurut perintah.” Jawab Syed Rafique dengan selamba. Syed Bakar terus mencuit bahu isterinya. Nek Pah tersenyum puas.
“Tengok Rafique. Perihatinnya bakal isteri kamu.” Nek Pah menegur membuatkan Amani dan Syed Rafique saling berpandangan . Amani mencebik pada Syed Rafique.
“Tu la nek. Rafique rasa tak sabar pula nak kahwin.” Sengaja Syed Rafique mengusik Amani. Apa lagi Amani terus mengetap bibirnya dengan perlahan. Aku tak inginlah kahwin dengan kau. Jerit hati Amani.
“KAK Long dengan abang memang nak teruskan ke niat nak satukan Amani dengan budak Rafique tu?” Soal Mak Ngah Amani. Dia sedang membantu kakak iparnya membuat kuih untuk tetamu mereka untuk makan petang nanti. Kuih karipap dan donut sudah siap. Tinggal goreng saja.
“Entahlah ngah. Kak long ni pun serba salah juga pada Amani tapi ini dah kira wasiat arwah mak. Kita kena satukan juga mereka berdua tu. Kak long tengok budak Rafique tu baik , hormat orang tua.” Jawab Puan Sa’adah. Itu mata tuanya nampak pada Syed Rafique.
“Ngah tengok budak tu baik. Masalahnya Amani setuju ke? Amani tu seakan-akan menjauhkan diri dari keluarga Mak Pah terutama sekali dengan Rafique. Mana dia layan sangat. Kak long tak perasan ke? Budak Rafique tu je yang dok mengekor Amani ke hulu ke hilir. Amani pula buat tak tahu tapi ngah tak tengok pula kalau budak berdua tu berperang atau bergaduh.” Puan Sa’adah bangun lalu menuju ke dapur. Di panaskan minyak di dalam kualinya.
“Itu kak long nampak ngah, tapi kak long tegurlah juga Amani tu. Jangan buat perangai bukan-bukan. Orang datang dari jauh semata-mata nak jumpa dia nak suruh dia tu kenal dengan Rafique. Amani belum bagi kata putus lagi. Kak long minta dia fikirkan baik-baik dan ingat apa nek wan dia pesan. Biarlah Amani buat keputusan. Besar harapan kak long kalau Amani terima lamaran mereka.” Puan Sa’adah memasukkan karipap ke dalam kuali.
“Ngah tolonglah nasihatkan Amani juga. Diakan rapat juga dengan kamu. Kita ni ada dua beradik je ngah. Kalau bukan dengan kak long dengan kamulah tempat Amani tu mengadu.” Tambah Puan Sa’adah lagi sewaktu memandang adiknya.
“InsyaAllah kak long. Nanti ngah nasihatkan Amani tu. Mana diorang pergi tak balik lagi ni. Hari dah petang ni. Kak long ni semalam ngah ke kedai adalah ngah dengar ada orang dok cakap pasal Amani. Biasalah kak long apa yang jadi dua tahun lepas di ungkit kembali. Mulut orang kak long. Sampai ke mati pun tak akan habis malah akan terus di ungkit dan di tokok tambah cerita. Tak kena batang hidung mereka bolehlah diorang cakap rupa itu. Mulut manusia ni memang berbisa.” Mak ngah Halimah mengeluh dengan perlahan. Kecewa dia melihat karenah jiran tetangganya yang tak habis-habis menyalahkan Amani.
“Biarlah mulut orang ngah. Bila Amani kahwin nanti diamlah tu.” Puan Sa’adah sedar akan itu tapi jalan terbaik adalah mendiamkan diri. Terpulanglah pada mereka. Manusia di kurniakan akal untuk berfikir yang mana baik yang mana buruk dan mereka harus sedar apa yang mereka lakukan hari ini akan mendapat kesannya pada masa hadapan.
Kereta yang di pandu oleh Syed Rafique akhirnya tiba di perkarangan rumah Amani. Di belakangnya pula kereta papanya Tuan Syed Zainal. Amani dengan pantas keluar dari perut kereta. Malas dia hendak melayan karenah Syed Rafique.
“Assalamualaikum ibu..” Amani memberikan salam.
“Waalaikumussalam. Itu pun diorang dah balik.” Puan Sa’adah sudah tersenyum dan meninggalkan kuih tadi pada adiknya. Dia terus melangkah menuju ke ruang tamu untuk menyambut tetamunya.
“Ibu, Amani nak keluar sekejap ya. Nak pergi jumpa Kak Tika. Dia ada dekat rumah mak ngah tu. Tadi dia ada kirim asam pada Amani. Nak pergi hantar sekejap ya.” Mohon Amani sewaktu bertembung dengan ibunya.
“Mak ngah ada dekat dapur. Amani bagi pada mak ngah sajalah. Amani baru balikkan.” Amani mengeluh hampa. Baru dia berhajat untuk melarikan dirik dari Syed Rafique yang sedang mendekati mereka.
“Tapi ibu. Kasihan dekat Kak Tika. Dia mengidam ni.” Mohon Amani penuh pengharapan. Akhirnya Puan Sa’adah menganggukkan kepalanya dengan lemah.
“Terima kasih ibu. Amani pergi kejap je.” Dia terus bergegas menuju ke biliknya .
“ Eh Amani nak ke mana pula tu?” Tegur Puan Sharifah Noraini.
“Mak cik, Amani nak ke rumah mak ngah jumpa Kak Tika sekejap. Hantar asam ni. Dia mengidam nak makan. Jadi dia minta Amani belikan tadi.” Jawab Amani dengan senyuman. Baru saja dia ingin melangkah sekali lagi namanya di panggil.
“Amani.. Boleh saya ikut?” Selamba saja Syed Rafique bersuara.
“Awak nak ikut buat apa? Saya nak pergi rumah sepupu saya je la. Duduk je dekat sini.” Jawab Amani lalu meninggalkan ruang tamu rumahnya. Tak tahu malu betullah mamat ni. Asyik nak mengekor aku je. Apa dia ingat aku ni isteri dia ke nak ikut je mana aku pergi. Huh nak jadi King Control gamaknya. Omel hati Amani sewaktu melangkah pergi.
“Cepat balik Amani.” Tegas sekali suara Encik Hisham . Amani bertembung dengan abahnya di tangga.
“Ya abah. Sekejap je.” Amani terus mempercepatkan langkahnya. Dia menarik nafas lega kerana Syed Rafique tidak mengekorinya.
“Rafique nak jalan-jalan rumah mak ngah ya?” Soal Mak Ngah Halimah dengan tiba-tiba. Ketika itu dia sedang membantu kakaknya membawa keluar minuman petang untuk keluarga Syed Rafique.
“Kalau nak pergi jomlah. Amar temankan.” Amar menawarkan diri. Dia baru saja keluar dari biliknya setelah selesai menunaikan solat asar. Amar masih lagi bercuti. Lusa dia akan kembali ke Kuala Lumpur untuk bertugas. Begitu juga dengan keluarga Syed Rafique.
Mendengar saja pelawaan dari mak ngah dan Amar membuatkan Syed Rafique tersenyum. Lusa dia akan kembali ke Kuala Lumpur jadi masa yang ada di kampung haruslah di guna dengan sebaik mungkin. Misi untuk mendekati dan mengenali Amani bukanlah mudah.
****************************************
BAB DUA PULUH
“AMANI ni buat susah-susah je datang hantar. Bagi je la pada mak Kak Tika. Baru balik terus datang sini.” Ujar Tika pada sepupunya sewaktu menyambut plastic yang berisi dengan asam. Amani pula tersenyum. Mereka sedang duduk di atas tangga.
“Apa susahnya. Amani datang hantar je Kak Tika. Lama ke Kak Tika balik sini?” Soal Amani.
“Hujung minggu ni suami Kak Tika datang ambil. Dia pergi kursus jauh sikit kali ni jadi sebab tu la Kak Tika minta dia hantar balik sini. Macam mana dengan lelaki yang nama Rafique tu Amani? Dia okey ke?” Soalan Tika membuatkan Amani menarik nafasnya dalam-dalam.
“Okey apanya kak. Dia tu asyik nak mengekor Amani. Rimas betullah. Ini pun Amani nak lari dari dialah.” Jawab Amani dengan selamba.
“Mak cakap budak tu baik orangnya. Dia dah minta maaf dengan Amani kan. Apa salahnya Amani berbaik-baik dengan dia.”
“Maaf tu memanglah boleh tapi nak lupakan apa yang dia buat dua tahun lepas tu yang susah Kak Tika. Amani tak mampu nak lupakan.” Jelas Amani jujur. Tika kemudiannya mencapai tangan Amani lalu di genggamnya.
“Untuk melupakan sesuatu yang menyakitkan memang payah Amani tapi jangan sebab perkara yang jadi dulu Amani langsung langsung tak pedulikan perasaan orang lain. Niat keluarga mereka dan keluarga kita nak menyatukan kembali Amani dan Rafique. Pasti ada sebabnya mengapa Syed Rafique tinggalkan majlis tu dulu. Ada Amani bertanyakan pada dia apa sebabnya?” Soal Kak Tika . Amani memandang wajah sepupunya lalu menggelengkan kepalanya.
“Ada baiknya Amani tanya pada dia sebabnya. Kalau Amani tak tanya sampai ke bila pun Amani tak akan dapat lupai kejadian dua tahun lepas dan dalam masa yang sama juga Amani terus menerus tidak menyukai mungkin juga membenci Syed Rafique.” Tika terus memberikan nasihat pada Amani. Dia tahu hati Amani lembut.
“Yalah Kak Tika. Amani pun terlupa nak tanya dia tentang kenapa dia tinggalkan majlis akad nikah dulu.” Kak Tika terus mengukir senyuman sebaik saja mendengar jawapan Amani.
“Kak Tika nak makan rambutan tak? Tu buah rambutan bukan main lebat lagi. Amani nak ambil rambutan tu eh Kak Tika. Terliur pula tengok merah-merah tu.” Ujar Amani dengan tiba-tiba sewaktu terpandangkan pokok rambutan yang ada di hadapan rumah sepupunya itu.
“Tinggilah Amani. Kak Tika memang nak makan juga tapi tu la tak boleh nak panjat. Kalau dulu waktu zaman anak dara bolehlah panjat pokok rambutan tu sekarang ni jangan haraplah. Pengsan mak Kak Tika nanti tengok. Sejak kahwin ni dah jadi perempuan melayu terakhir.” Sengih Kak Tika pula. Amani tergelak kecil. Memori lama mula menerjah ruang fikirannya.
“Kan. Dulu Kak Tika dengan Amani selalu panjat pokok rambutan tu tapi sekarang ni tak bolehlah. Itu zaman sekolah menengah. Amani pergi carikan sesuatu dekat tepi rumah ya. Amani nak makan buah tu.” Amani terus bangun dan menyarung selipar lalu menuju ke tepi rumah mencari sesuatu yang boleh di gunakan untuk mengait buah rambutan.
“Tika.. Amani mana?” Sapa Amar yang baru saja tiba di hadapan rumah sepupunya. Tika terus menoleh. Dia bangun untuk masuk ke dalam rumah untuk mengambil bakul untuk mengisi buah rambutan.
“Eh Amar . Amani ada kat tepi rumah. Dia cari sesuatu untuk di gunakan mengait buah rambutan tu. Tika nak pergi ambil bakul dekat dapur jap.” Jawab Tika sewaktu terpandangkan sepupunya. Di sisi Amar pula ada Syed Rafique yang sedang tersenyum padanya.
“Kak Tika tak adalah yang boleh..... Eh abang Amar. Kenapa ada dekat sini?” Soal Amani yang muncul dari arah tepi. Terkejut dia melihat abangnya serta Syed Rafique ada di situ.
“Ni ha Rafique nak jalan-jalan rumah mak ngah.” Jelas Amar pula. Amani mencebik.
“Tika cakap Amani nak ambil rambutan?” Amani memandang pokok rambutan
“Aah tapi abang nak ambil guna apa? Kalau Amani nak panjat na....” Rafique terkejut.
“Jangan mengada-ngada nak panjat pokok. Amani dah besar tau tak boleh nak panjat pokok rambutan seperti dulu.” Pintas Amar. Dia bukan tidak kenal adik perempuannya itu. Nampak saja lembut tetapi kalau bab memanjat pokok memang kesukaan Amani.
“Hah Amani pandai panjat pokok ke sebelum ni?” Soal Syed Rafique seakan-akan tidak percaya. Amani memandang Syed Rafique.
“Kenapa tak boleh ke perempuan panjat pokok.” Soal Amani dengan jelingan.
“Uish boleh tahan juga Cik Amani ni ya. Sungguh saya tak sangka.” Usik Syed Rafique dengan selamba.
“Awak tak reti panjat pokok ke? Orang bandar katakan.” Bukan main lagi Amani menjawab. Siap tersenyum sinis lagi pada Syed Rafique.
“Amani..” Tegur Amar. Amani mendengus geram.
“Siapa cakap saya tak tahu panjat pokok. Awak kata tadi nak makan rambutan kan? Apa kata saya tolong ambilkan untuk awak. Mahu?” Soal Syed Rafique.
“Silakan. Saya nak tengok orang bandar macam awak ni tau ke panjat pokok rambutan.” Jawab Amani dengan tenang. Malah dia sempat menghadiahkan satu cebikan pada Syed Rafique.
“Amani ni bakulnya tapi nak ambil pakai apa?” Soal Tika yang muncul kembali dengan bakul sederhana kecil.
“Jangan risau Kak Tika. Ada orang nak tunjuk skill panjat pokok. Kita minta dia saja ambilkan.” Amani tersenyum pada sepupunya penuh makna. Tika memandang Amani dengan pelik.
“Siapa?” Soal Tika dengan terpnga-pinga.
“Syed Rafique Iskandar.” Amani menunjukkan jarinya pada Syed Rafique. Amar sudah menggelengkan kepalanya. Kak Tika tersenyum pada sepupunya.
“Biar abang Amar dengan Rafique ambilkan buah rambutan tu. Amani dengan Tika tolong kutip saja dekat bawah okey.” Ujar Amar pula. Amani dan Tika terus menganggukkan kepalanya. Mereka terus melangkah menuju ke arah pokok rambutan.
“Hati-hati abang Amar panjat.” Pesan Amani.
“Dekat abang awak je ke? Dekat saya?”Soal Syed Rafique sewaktu memandang Amani. Ketika itu Amar mula memanjat pokok tersebut.
“Hmmm... Hati-hati.” Syed Rafique tersenyum lebar. Tika yang berada di sebelah Amani turut tersenyum. Doanya semoga Amani dan Syed Rafique dapat berbaik dan hubungan mereka akan bertambah mesra dan baik dari sekarang ini. Tika yakin yang Syed Rafique tinggalkan Amani dulu pasti bersebab.
MALAM itu, sebuah teksi masuk ke perkarangan rumah Amani. Ada tetamu jauh yang datang. Amani menjengguk keluar rumah sebaik saja terpandangkan teksi yang masuk.
“Siapa pula yang datang malam-malam ni?” Soal Amani dengan kerutan di dahi. Pada ketika itu ibu dan abahnya berada di dapur. Manakala abang Amar nya pula berada di dalam bilik. Hanya Amani saja yang berada di ruang tamu. Keluarga Syed Rafique sudah pun kembali ke homestay selepas makan malam dan makan rambutan yang di ambil dari rumah mak ngahnya selepas isyak tadi.
Selepas membayar tambang , Sharifah Emelyn keluar dari perut kereta. Sewaktu terpandangkan wajah Sharifah Emelyn, Amani terus bergegas turun.
“Assalamualaikum..” Sharifah Emelyn memberikan salam. Begnya di bawa keluar dari bonet kereta oleh pemandu teksi.
“Waalaikumussalam. Emelyn kan?” Soal Amani. Sharifah Emelyn menganggukkan kepalanya dengan senyuman. Amani terus mendapatkan Emelyn mereka bersalaman malah turut berpelukan. Dua tahun lalu dia mengenali Sharifah Emelyn dan mereka sememangnya berkawan baik tetapi selepas kejadian dua tahun lalu masing-masing menyepi.
“Apa khabar Amani? Sorry ganggu Amani malam-malam ni. Nak pergi homestay mummy tapi tak tahu jalan jadi Emelyn minta pak cik teksi hantar dekat rumah Amani.” Jelas Sharifah Emelyn sewaktu melepaskan pelukan.
“Alhamdulilah. Amani sihat. Emelyn ke mana lama tak dengar berita. Eh marilah naik dulu. Kalau Emelyn nak sekejap lagi Amani boleh minta abang Amar hantarkan Emelyn dekat homestey keluarga Emelyn .” Amani menarik tangan Sharifah Emelyn.
“Tak mengapa Amani. Emelyn dah suruh abang Rafique datang ambil dekat sini. Emelyn ada je sibuk dengan lukisan. Nantilah ada masa Emelyn cerita.” Mereka mula naik ke atas.
“Ibu, abah. Emelyn datang ni.” Jerit Amani sewaktu tiba di ruang tamu. Ketika itu Emelyn terpandangkan wajah orang tua Amani yang sedang mendekatinya.
“Apa khabar mak cik, pak cik.” Soal Sharifah Emelyn sewaktu bersamalan dengan orang tua Amani.
“Alhamdulilah sihat. Kenapa tak bagitahu nak datang. Emelyn dah makan belum ni?” Soal Puan Sa’adah. Dia tidak tahu pula yang Sharifah Emelyn akan ke mari.
“Saja nak buat kejutan Lepas siap kerja Emelyn terus ambil tiket datang sini. Maaflah lama tak datang . Emelyn sibuk dekat galeri dan juga hotel. Makan dah tadi sebelum naik flight.” Jelas Emelyn. Mereka terus mengambil tempat duduk masing- masing di ruang tamu.
“Eh Emelyn. Lama tak jumpa.” Sapa Amar pula yang baru saja kelaur dari biliknya. Dia mendengar suara bising dekat luar terus dia bangun dan keluar untuk melihat. Emelyn tersenyum pada Amar.
“Hai abang Amar. Memang lama tak jumpa.” Amar terus mendekati Emelyn. Tidak berapa lama kemudian kereta milik Syed Rafique masuk ke perkarangan rumah Amani. Amar bangun lalu menjemput Syed Rafique naik ke rumah.
“Emelyn datang lambat sangat. Kalau tak bolehlah duduk lama sikit. Ini lusa dah nak kena balik.” Ujar Amani dengan tiba-tiba. Ketika itu Amani baru saja menghidangkan air untuk tetamunya.
“Itulah nak buat macam mana kan. Sekarang ni dah kerja susah sikit Amani. Nanti kalau dah mula semester baru selalulah jumpa Emelyn dekat sana eh. Ini nombor baru Emelyn. Oh ya lukisan yang Emelyn buatkan untuk Amani dua tahun lepas ada dekat galeri tau. Nanti datang sana Emelyn tunjukkan pada Amani.” Dahi Amani berkerut.
“Lukisan yang mana ni? Amani tak ingatlah Emelyn. Sorry.” Soal Amani.
“Lupalah tu. Ingat tak Amani bawa Emelyn jalan-jalan dekat kampung ni dulu lepas tu Amani suruh Emelyn lukiskan pemandangan bukit dan gunung yang kita lihat dari jauh tu la. Alah yang kita ambil gambar dua tahun lepas.” Amani cuba memerah otaknya dan mengingati kisah dua tahun lalu.
“Owh ingat-ingat. Gambar yang kita ambil dekat hujung kampung sana. Mesti cantikkan Emelyn lukis?” Soal Amani dengan teruja. Syed Rafique yang mendengarnya turut terkejut. Tidak sangka yang adiknya dan Amani berhubungan baik dan Nampak rapat. Emelyn langsung tidak menceritakan tentang perihal itu padanya.
Alahai Syed Rafique. Macam mana Emelyn nak cerita kalau awal-awal lagi kamu dah larikan diri dari Amani dulu. Lepas tu pula Emelyn sibuk dengan kerjayanya sebagai pelukis. Manalah dia sempat nak ceritakan perihal dulu.
“Tak adalah cantik pun. Nanti Emelyn tunjukkan pada Amani nanti.” Emelyn tersenyum lalu menghirup air yang di hidangkan oleh Amani tadi. Amani tidak sabar melihat lukisan tersebut. Dia tahu Emelyn sememangnya seorang pelukis yang berbakat besar. Dia pernah tengok lukisan Emelyn sebelum ini di The Villa.
MALAM itu, keluarga Encik Kamarul sungguh terkejut melihat tetamu yang datang malah lebih memeranjatkan hajat mereka ke rumahnya. Encik Kamarul terkejut besar mendengar hajat yang di sampaikan oleh mereka.
“Hah? Mazlyn yang minta auntie dan uncle datang sini? Ini memang tak masuk akal. Mazlyn tu pelajar saya.” Encik Kamarul menggelengkan kepalanya berkali-kali.
“Maafkan kami Encik Kamarul. Kami terpaksa juga datang ke sini memberitahu hajat dari Mazlyn. Dia mogok dekat rumah . Nak tak nak kami harus datang sini untuk berbincang dengan Encik Kamarul. Jujur kami kata yang kami sebenarnya malu dengan karenah anak perempuan kami ni.” Ujar Encik Khalid.
“Auntie dah buntu Encik Kamarul. Karenah Mazlyn makin menjadi-jadi. Apa yang dia nak pasti dia akan dapat. Mungkin salah kami sejak dulu salah mendidiknya sehinggakan sekarang ni dia mengikut hati dan perasaannya saja.” Luah ibu Mazlyn pula iaitu Puan Azizah. Sungguh dia malu denga karenah anaknya.
“Saya memang dah tahu yang Mazlyn tu sukakan saya dan saya juga sudah katakan padanya yang hubungan dia dan saya hanyalah hubungan antara pelajar dan pensyarah. Jangan di ikutkan sangat apa yang Mazlyn nak tu auntie uncle. Sekali lagi saya nak tegaskan dekat sini yang saya tak boleh nak terima dia dalam hidup saya apatah lagi untuk jadi sebahagian dari hidup saya . Maafkan saya. Saya tak boleh nak terima lamaran Mazlyn tu. Memang tak masuk akal apa yang dia buat ni.” Jelas Encik Kamarul. Kedatangan keluarga Mazlyn malam ini adalah untuk melamar Encik Kamarul buat Mazlyn. Ini semua arahan dari Mazlyn. Mahu atau tidak orang tuanya terpaksa lakukan kerana Mazlyn telah mengugut mereka. Mazlyn sanggup lakukan apa saja demi mendapatkan apa yang dia inginkan.
“Ada baiknya Puan carikan lelaki yang lain untuk jadi suami kepada anak Puan. Anak lelaki saya sudah ada pilhan sendiri.” Kedengaran suara ibu Encik Kamarul bersuara. Dia turut terkejut mendengar permintaan dari tetamunya sebentar tadi.
“Uncle akan bagitahu dia nanti. Harap-harap dia boleh terimalah. Ada anak perempuan sorang bukan main payah lagi nak jaga Encik Kamarul. Uncle tak tahulah macam mana karenah dia di kampus. Dia asyik kena repeat paper saja. Pening kepala kami di buatnya.” Luah Encik Khalid pula. Tebal wajahnya apabila isterinya menyuarakan hasrat anak perempuan mereka.
“Saya faham uncle. Beginilah. Biarlah saya bertemu dengan Mazlyn dan nasihati dia. Mungkin saya perlu perjelaskan dengan lebih mendalam tentang soal hati dan perasaan pada dia agar dia mengerti yang cinta itu tidak boleh di paksa dan di beli dengan wang ringgit.” Jelas Encik Kamarul. Dia perlu bertemu dengan Mazlyn untuk selesaikan hal tersebut. Dia tahu dan kenal akan perangai Mazlyn.
“Mama setuju tu Kamarul. Kamu perlu jumpa Mazlyn dan jelaskan sehingga dia faham.”
“Terima kasih Encik Kamarul. Mudah-mudahan Mzlyn mengertilah.” Keluh Encik Khalid. Kedegilan Mazlyn sememangnya mencabar kesabaran dia dan isteri. Entah dari mana munculnya penyakit keras hati serta degil yang ada dalam diri Mazlyn. Encik Kamarul memandang wajah mamanya yang masih lagi terkejut dengan permintaan dari pelajar anaknya.
Mazlyn ketepikan perasaan malunya semata-mata untuk mendapatkan Encik Kamarul. Nampak sangat yang Mazlyn tergila-gilakan pada pensyarahnya. Boleh ke Mazlyn terima kenyataan yang Encik Kamarul langsung tiada hati padanya. Alahai Mazlyn sedarkah dia yang dia nak tak semuanya dia akan dapat.
Bersambung....
NotaTersepit: Minggu ni sibuk pulak cik writer. Manuskrip ni pun tak berapa nak jalan.. Ayoyoyo.. T_T
No comments:
Post a Comment
Tq sudi komen.:D