SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, March 16, 2015

[E-NOVEL] : DIA PEMBURU CINTA @ KTAC BAB 21 & 22

Assalamualaikum u olllsss..

Nampak gayanya manuskrip tergendala lagi minggu ni. Sibuk tol haaaa. Seperti biasa minggu ni lagi dua bab cik writer bagi. Terima kasih singgah dan baca ya.. :D

                                              
TAJUK BARU : KTAC 
 Mss Asal: Dirimu Satu - Jangan konpius ya-


BAB DUA PULUH SATU

           MALAM terakhir keluarga Syed Rafique berada di kampung Amani. Mereka telah di bawa ke pasar malam yang berdekatan dengan kampung Amani. Namun yang pergi hanyalah Syed Rafique dan juga Sharifah Emelyn. Malam itu sekali lagi Amani sebal kerana terpaksa berhadapan dengan Syed Rafique. Malah idea untuk ke pasar malam itu datangnya dari mulut Syed Rafique sendiri. Demi Sharifah Emelyn Amani terpaksa juga menemani abangnya serta Syed Rafique ke pasar malam.

             “Adik boleh tak jangan tarik muka masam macam tu. Tak elok tau kalau family Rafique tengok. Kecil hati pula diorang nanti.” Pujuk Amar sewaktu berada di dalam bilik adiknya. Amani mencapai tudung yang tergantung.

             “Abang memang sengaja nak kenakan Amani. Gatal mulut bagitahu mamat tu yang malam ni ada pasar malam tu pasal apa? Menyusahkan orang ajelah dia tu. Sakit hati tau tak.” Marah Amani. Sungguh dia tidak berpuas hati. 

             “La apa salahnya abang cakap. Esok pagi diorang nak balik Kuala Lumpur kan. Abang pun nak balik esok juga. Alang-alang dia ada dekat kampung ni kita bawalah dia ke tempat yang menarik. Makanan dekat pasar malam tu sedapkan. Apa salahnya kalau kita suruh dia cuba. Dia tetamu kita Amani.” Jelas Amar. Amani ketika ini sedang berdiri di hadapan cermin. Di rapikan tudungnya.

           “Memang tak salah tapi kenapa Amani pun nak kena ikut sekali. Abang Amar bolehkan pergi dengan dia je. Mengada-ngada betul si Rafique tu. Menyampah tau dengan dia. Amani tak suka dialah.” Marah Amani sewaktu menoleh pada abangnya. Dia mengambil purse dan juga telefonnya.

          “Memanglah tapi dia nak Amani juga pergi tambahan pula Emelyn nak ikut juga. Kasihanlah dia nanti tak ada kawan. Amani tak boleh cakap macam tu. Abang Amar tau sebab Amani tak suka dia tapi Amani kena ingat yang Amani tak boleh nak mengelak dari dia. Syed Rafique tu bakal suami adikkan.” Pujuk Amar lagi. Amani mencebik.

           “Huh tak inginlah Amani kahwin dengan dia. Amani tetap tak setuju.” Tokok Amani lagi sebelum melangkah keluar dari biliknya. Dia terus menuju ke ruang tamu dan duduk di situ sambil menonton televisyen. Amar mengeluh dengan perlahan. 

            “Amani dah fikir masak-masak ke? Jangan buat keputusan melulu Amani. Ingat Amani tetap terikat dengan amanah dari arwah nek Wan tau. Dia nak Amani kahwin dengan Syed Rafique jugakan. Kalau Amani menolak bermakna Amani dah kecewakan hasrat nek Wan tau. Amani tak sayangkan arwah nek Wan ya?” Ujar Amar sewaktu tiba di ruang tamu. Sengaja dia berkata demikian. 

           “Cukup. Jangan nak bincangkan lagi perihal ni. Amani malas nak fikir. Ni mana mamat tu. Petang tadi bukan main lagi beria nak pergi pasar malam. Ni dah pukul lapan suku batang hidung pun tak  nampak lagi.” Amani mendengus dengan geram. Sebaik saja Amani berkata sedemikian, kereta keluarga Syed Rafique memasukki perkarangan rumah mereka.

           “Panjang umur. Diorang dah sampai pun dik. Dah jangan nak tayang muka masam rupa itulah. Senyum sikit. Adik kesayangan abang ni kalau senyum memang lawa kalau tak senyum alahai nampak buruk tau.” Amani mencebik pada abangnya. Dia kemudiannya menarik nafasnya sebelum bangun.

           “Assalamualaikum..” Kedengaran suara Puan Sharifah Noraini memberikan salam. Amani tersenyum lalu menjawabnya.

           “Waalaikumussalam.” Selepas keluarga Syed Rafique naik ke rumah dan menuju ke ruang makan malam, Amani dan Amar terus meminta diri untuk ke pasar malam. 

           “Naik kereta abang Rafique la eh.” Pinta Sharifah Emelyn. Dia sengaja berbuat demikian untuk mendekatkan hubungan antara abangnya dengan Amani. Mendengar saja menaiki kereta Syed Rafique, Amani sudah berpaling ke arah lain.

          “Amani okey je kan?” Soal Amar pula. Antara rela tak rela Amani menganggukkan kepalanya tanpa secalit senyuman. Syed Rafique pula tersengih penuh makna. Amani yang memandangnya ketika itu rasa ingin menjerit namun dia mampu menjerit di dalam hatinya.

          “Amani duduk depan eh. Biar abang temankan Emelyn dekat belakang okey?” Seloroh Amar. Amani dengan pantas mendekati kereta lalu menuju ke pintu belakang. Dia terus memboloskan diri di tempat duduk belakang.  Sharifah Emelyn sudah tersenyum simpul. Tahu Amani tak rela duduk di depan. Dia sudah dengar cerita dari abangnya siang tadi tentang perkembangannya dengan Amani.

           “Sorry Rafique.” Ujar Amar.

         “Tak apa. Lama-lama nanti dia akan okey dengan saya.” Jawab Syed Rafique. Dia tidak kisah malah semakin Amani susah di dekati semakin teruja dia untuk mendapatkan Amani. Amar dan Syed Rafique turut masuk ke dalam kereta yang ketika itu Sharifah Emelyn sudah pun berada bersebelahan dengan Amani.

         Alahai Amani...  Makin aku pandang makin aku rasa senang . Aku tak akan sesekali lepaskan dia kali ini. Ruginya aku dulu tinggalkan Amani sebab Zarith. Kalau tak sekarang ni aku dah bergelar suami kepada Amani. Hati Syed Rafique berbicara. Sesekali pandangannya di alihkan pada cermin untuk melihat wajah Amani yang berada di tempat duduk belakang. Kereta Syed Rafique kemudiannya meninggalkan perkarangan rumah keluarga Amani.

          “MEREKA dah pergi. Bolehlah kita berbincang tentang hal Amani dan Syed Rafique.” Suara Puan Sa’adah memecahkan kesunyian waktu itu. Mereka ralit menonton berita yang sedang di tayangkan.

          “Molek sangatlah tu Kak Dah.” Jawab Puan Sharifah Noraini pula sewaktu memandang wajah ibu Amani.

           “Nampak gayanya perancangan kita berjaya . Syed Rafique macam suka dengan Amani tu tapi kalau Amani tu saya tak pasti pula.” Suara Tuan Syed Zainal pula kedengaran. Dia memandang wajah abah Amani. Encik Hisham menganggukkan kepalanya. Setuju dengan kata-kata dari Tuan Syed Zainal. Dia sendiri boleh nampak bagaimana layanan anak perempuannya terhadap Syed Rafique.

             “Betul tu. Melihat layanan Rafique boleh di katakan begitu. Amani pula masih lagi berangin agaknya. Maafkan anak perempuan kami.” Nek Pah menggelengkan kepalanya .

             “Apa pula Sham nak minta maaf. Kami yang salah memang patut pun Amani tu buat perangai sekarang ni. Kami tak pernah salahkan kamu berdua. Sekarang ni kita bagi diorang tu kenal lepas ni kita teruskan rancangan kita nak satukan mereka. Kalau boleh Mak Pah ni nak sangat tengok diorang berdua tu kahwin. Selagi mereka tak kahwin selagi tu la hati Mak Pah ni tak tenang Dah, Sham.  Hanya Amani yang layak menjadi cucu menantu Mak Pah.” Puan Sharifah Noraini mengusap tangan ibu mertuanya.

            “Apa kata kita bagi tempoh selama enam bulan untuk mereka mengenali diri masing-masing. Kalau nak singkatkan lagi bagus tapi takut diorang berdua pula yang tak bersedia.” Tuan Syed Zainal memberikan cadangan.

               “Umi setuju dengan cadangan kamu tu Nal. Keluarga Dah pula macam mana?” Soal Puan Sharifah Maimun dengan teruja. Dia sungguh berharap dan berdoa yang Amani dan cucunya Rafique itu berjodoh. Dia berkenan sangat dengan Amani. Apa yang dia lakukan bukan saja untuk melindungi Syed Rafique malahan dia mahu melihat cucunya bahagia serta mengubah persepsi cucunya terhadap gadis kampung. Puan Sa’adah terus mengalihkan pandangannya pada Encik Hisham. Mereka berbalas senyuman.

              “Kami setuju je Mak Pah. Kami pun nak lihat anak perempuan kami bahagia dan menunaikan hasrat terakhir arwah mak.” Jawab Puan Sa’adah. Dia setuju agar Amani dan Rafique sama-sama mengenali diri masing-masing. Apa yang berlaku dua tahun lepas sudah pun mengajar mereka agar tidak terlalu terburu-buru dalam membuat keputusan.

               “Tempoh enam bulan rasanya sudah mencukupi untuk mereka mengenali diri masing-masing. Selepas enam bulan kita kahwinkan mereka. Setuju?” Soal Tuan Syed Bakar pula. Masing-masing menganggukkan kepala tanda setuju.

               “Perkara yang elok buat apa kita nak tangguhkan.”  Encik Hisham tersenyum puas. Dia berharap sangat perjodohan ini menjadi. Dia tidak sanggup lagi melihat anak perempuannya itu di keji. Selama dua tahun berlalu bukan tak ada yang ingin masuk merisik Amani tetapi mulut manusia sungguh berbisa. Perihal Amani terus menerus menjadi bualan orang kampung malahan mereka menghalang agar tidak sama sekali merisik Amani . Bagi mereka gadis seperti Amani tidak layak di jadikan isteri di sebabkan perkahwinan yang tidak menjadi dulu. Fitnah demi fitnah di lemparkan buat Amani dulu.

              “Bila Amani berkahwin nanti tiada lagi yang akan mengejinya. Mak Pah sungguh tak sangka yang ada orang kampung ni sanggup mengata Amani sedemikian. Fitnah mereka lemparkan pada Amani sungguh berat. Kasihan Amani.” Keluh Mak Pah sendirian. Semalam dia ada terjumpa orang kampung yang menegurnya di homestay bertanya soal Amani. Dahi Puan Sa’adah terus berkerut.

             “Ada yang menganggu Mak Pah sekeluarga ke dekat sini?” Soal Puan Sa’adah ingin tahu. Mak Pah menganggukkan kepalanya dengan perlahan.

            “Siapa?” Soal Encik Hisham.

            “Kalau tak silap budak tu nama Ana.” Jelas Puan Sharifah Noraini. Dia turut mendengar apa yang di sampaikan oleh anak gadis tersebut. Malahan Syed Rafique juga tidak terkecuali mendengar fitnah tersebut. 

             “Ana.. Ana.. Dia memang tak sukakan Amani semenjak dulu lagi. Semenjak mereka sama-sama sekolah menengah dulu. Memang kami tahu yang dia salah sorang daripada mereka yang mencanang perihal Amani . Fitnah apa yang dia sampaikan pada Mak Pah sekeluarga?” Soal Puan Sa’adah. Dia kecewa mendengar nama Ana . 

           “Tak usah tanya Dah. Awak sendiri pun tau apa yang dia buat sebelum ni. Fitnah yang dah berulang kali di jajanya. Buang masa je kalau nak layan budak Ana tu. Kita doakan saja yang dia sedar akan kesilapan dia dan juga doakan dia berubah. Dia nak berdendam pada benda yang tak sepatutnya di jadikan isu. Haish budak-budak zaman sekarang pelbagai karenah.” Encik Hisham geleng kepalanya lalu menarik nafasnya dalam-dalam. 

           “Jadi maknanya Amani dan Ana ni memang tak pernah ngam semenjak dulu lagilah?” Puan Sharifah Noraini menyoal.

        “Lebih kurang begitulah Aini. Budak-budak zaman sekolah biasalah ada cinta monyet. Dia salahkan Amani bila budak lelaki yang dia suka dulu tinggalkan dia. Katanya Amani yang fitnah dia pada budak lelaki tu. Semenjak dari tu la Ana mencetuskan persengketaan dengan Amani. Pantang jumpa Amani pasti dia akan cari gaduh sehinggalah sekarang. Amani dah berpuluh kali terangkan pada dia yang Amani langsung tak kenal pun budak lelaki tu apatah lagi nak bercakap. Budak-budak remaja zaman sekolah yang di gaduhkan oleh mereka adalah cinta monyet.” Puan Sharifah Noraini menganggukkan kepalanya dengan perlahan.

          “Bukan di kampung je macam tu Dah. Dekat bandar pun sama. Masalah tentang remaja ni memang merunsingkan tambah-tambah dengan zaman sekarang ni. Hari-hari ada saja isu atau masalah remaja di perkatakan. Kalau bukan kes buli, dadah tak pun kes buang anak yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ni.” Tambah Puan Sharifah Maimun. Sebut tentang masalah remaja sekarang memang membuatkan hatinya risau. Apa akan jadi dengan mereka di masa hadapan. 

         “Eh kita ni asyik bersembang. Jomlah makan malam dulu. Kalau nak tunggu mereka baik dari pasar malam entah pukul berapa. Kita makan dululah ya.” Puan Sa’adah terus bangun menuju ke dapur. Puan Sharifah Noraini turut bangun dan membuntuti langkah ibu Amani menuju ke dapur untuk membantu. Malahan petang tadi dia turut sama-sama menyediakan menu makan malam bersama Puan Sa’adah.

           “Abang Amar.. Kita pergi belah sana dulu eh.” Ujar Amani lalu menoleh sewaktu menjejakkan kakinya di tapak pasar malam tersebut. Namun abangnya Amar tiada di sebelahnya. Yang ada adalah Syed Rafique.

           “Abang saya mana?” Soal Amani pada Syed Rafique. Matanya mula melilau mencari kelibat abangnya. Ish tadi ada je sebelah aku ni mana pula abang Amar menghilang. Cepat betul dia hilang. Baru je berjalan beberapa langkah. Gerutu Amani sendirian. Dia membetulkan tudung di kepalanya.

            “Abang awak jalan dengan adik saya sebelah sana.” Jawab Syed Rafique. Amani terkejut.
            “Kenapa dia tak bagitau saya pun. Sajalah ni.” Bebel Amani dengan tidak puas hati. Dia memandang sekeliling mencari abangnya namun tidak di jumpai. Sesak sungguh suasana pasar malam itu.

             “Tak apalah. Saya kan ada boleh temankan awak. Jomlah. Esok pagi saya nak balik dah. Jadi biarlah sepanjang kita dekat sini saya temankan awak. Bolehkan?” Seloroh Syed Rafique. Amani tiada pilihan.

              “Suka hati awaklah. Kalau jalan terkedek-kedek jawabnya bye bye la.” Tak kuasa Amani nak melayan karenah Syed Rafique saat ini. Bau satay sudah mula mencucuk hidungnya. Amani meneruskan langkah. Dia ingin membelikan satay untuk di makan bersama dengan nek Pah sekeluarga. Mendengar saja kata-kata itu Syed Rafique tersenyum puas. Dengan perlahan-lahan dia mengekori Amani dari belakang.

              Suasana pasar malam di kampung sungguh meriah malah berbeza sikit dengan pasar malam di Kuala Lumpur. Amani menyapa orang yang di kenalinya sewaktu melangkah. Ringan sungguh mulut Amani bertanya . Walaupun Syed Rafique tidak mengenali mereka tetapi Syed Rafique yakin yang mereka adalah orang kampung Amani. 

              “Emelyn sorry tau sebab abang Amar minta Emelyn ikut abang Amar. Kita bagi peluang pada Amani dan Rafique ya.” Ujar Amar sewaktu berjalan seiringan dengan Emelyn.

              “No problem abang Amar. Kita pun memang nak satukan diaorang. Biar diorang tu kenal antara satu sama lain.” Emelyn tersenyum. Amar dan Emelyn meneruskan langkah mereka untuk membeli makanan. 

               “Banyaknya awak beli satay Amani. Untuk siapa ni? Awak nak makan sorang-sorang ke?” Soal Syed Rafique dengan pelik. Terkejut dia mendengar Amani meminta satay yang banyak dari penjual satay.

               “Untuk family saya dan awak. Kalau saya makan sorang maknanya muntah hijaulah nak habiskan semua ni. Perut saya bukannya besar nak telan semua ni. Satay kat sini sedap. Eh jap. Awak tak boleh makan kan satay yang macam ni?” Soal Amani dengan tiba-tiba. Dia lupa yang Syed Rafique salah seorang yang cerewet tentang makanan. 

              “Siapa cakap saya tak boleh makan? Satay adalah salah satu makanan kegemaran saya.” Amani mencebik. Yalah tu. Macamlah aku tak tahu.

              “Memang satay awak boleh makan tapi awak alah ke pada kuah kacangkan?” Soal Amani. Syed Rafique terkejut.

             “Mana awak tahu saya alah pada kuah kacang?” Amani jongket bahu langsung tidak menjawab soalan dari Syed Rafique. Dia bukan alah pada kuah kacang tapi alah pada kacang. Amani terus mengeluarkan wang dari purse nya. Syed Rafique menyambut plastic yang berisi satay dengan penuh tanda tanya. 

               Aku baru kenal dia dalam beberapa hari ni. Macam mana dia boleh tahu pasal aku alah pada kacang? Soal hati Syed Rafique.

             “Saya bukan alah pada kuah kacang tapi alah pada kacang  je Cik Amani. Mana awak tahu pasal ni. Awak selidik saya dalam diam eh?” Usik Syed Rafique sewaktu mereka melangkah menuju ke gerai yang lain pula.

             “Samalah tu. Dah nama pun kuah kacang. Eee tak kuasalah saya nak selidik hal awak. Jangan nak perasanlah Encik Syed Rafique .” Jawab Amani. Syed Rafique terus tersenyum. Tadi dalam kereta bukan main moody lagi Amani tapi sekarang okey pula mood dia.  Amani mendapat tau tentang alahan Syed Rafique dari nek Pah dua tahun lalu.

            Walaupun perasaan marah masih bertapak di dalam hatinya, namun Amani masih mengingati apa yang di ceritakan oleh nek Pah dulu berkenaan bakal suaminya ketika itu. Dia terus menyimpan dalam memorinya kerna saat itu dia yakin yang dia akan bergelar isteri namun gelaran itu hanyalah mimpi buruk buat dirinya.

            Semenjak bila Amani mengetahui rahsia alahannya itu. Hati Syed Rafique meronta-ronta ingin tahu namun dia sedar Amani sesekali tidak akan memberitahunya. Mungkinkah nek Pah atau mummy? 
           
              
            


*****************************************


BAB DUA PULUH DUA

              PAGI yang mendamaikan . Amani awal-awal pagi lagi sudah bangun untuk bertemu dengan keluarga nek Pah. Hari ni mereka akan pulang ke Kuala Lumpur. Amani adalah insan yang paling gembira pagi ini. Gembira sebab lepas ini Syed Rafique tidak lagi mengekorinya seperti dalam beberapa hari yang lalu. Lega hatinya.

            “Amboi bukan main gembira lagi ibu tengok Amani pagi ni.” Tegur Puan Sa’adah sewaktu memandang anak gadisnya yang baru saja keluar dari bilik air.

             “Mestilah ibu. Hari ni Rafique dah nak balik KL. Mahu Amani tak gembira. Tak adalah dia nak mengekori Amani ke sana sini lagi.” Ringin saja mulut Amani menjawabnya. Dengan pantas dia bergegas menuju ke biliknya. 

            “Cepat siap Amani. Sekejap lagi diorang singgah sarapan sebelum bertolak balik ke sana.  Jangan kamu nak gembira sangat. Lepas ni kamu akan jumpa juga dengan dia.” Jerit Puan Sa’adah apabila Amani sudah menghilang dari situ.

             “Ya ibu. Sekejap lagi Amani tolong ibu.” Giliran Amani pula menjerit. Kala itu Amani sibuk mengeringkan rambutnya yang basah.

               “Amar kamu dah siap belum. Barang-barang yang kamu nak bawa balik sana dah masukkan dalam kereta belum?” Soal Encik Hisham pada anak lelakinya yang baru saja melabuhkan punggungnya di sofa.

                “Dah abah. Semuanya dah masukkan dalam kereta.” Jawab Amar sebelum mengalihkan pandangannya pada telefon pintar miliknya.

                 “Baguslah kalau macam tu. Bolehlah kamu bertolak sekali dengan keluarga Rafique.” Encik Hisham tersenyum . Dia turut duduk di situ.

                  “Abah macam mana perbincangan semalam? Dah dapat tarikh yang sesuai ke?” Soal Amar dengan tiba-tiba. Dia sengaja membawa Amani dan Rafique ke pasar malam untuk memberikan ruang pada keluarganya dan keluarga Rafique berbincang. Dia tidak mahu Amani melenting kerana dia kenal dengan adik kesayangannya. Kalau dia tahu perbincangan itu semalam jawabnya awal-awal lagi dia tidak bersetuju.

                 “Kami dah sepakat nak berikan tempoh enam bulan buat mereka untuk mengenali diri masing-masing. Maknanya cuti semester yang akan datanglah baru kita bincangkan perkara ni kembali bila tarikhnya. Sekarang ni yang jadi masalah adik kamu. Abah tahu yang Amani pasti tak akan bersetuju. Abah tengok Syed Rafique tu okey je.” Terang Encik Hisham dengan perlahan. 

              “Amani pasti akan bersetuju abah. Dia tak akan menolak . Abah kena selalu ingatkan dia tentang arwah nek wan. Amar pun sedar akan tu abah. Syed Rafique sepertinya dapat menerima Amani. Betullah abah orang kata tak kenal maka tak cinta. Mudah-mudahan niat kita semua di redhai Allah.” Jawab Amar dengan senyuman.

              “Abang , abah bukan main rancak lagi sembang tu. Ada cerita best ke? Sarapan pagi dah siap di hidang.” Soal Amani dengan tiba-tiba. Dia mendekati abang dan abah nya.

              “Eh hal lelaki mana boleh kongsi dengan perempuan. Sibuk je adik abang ni. Kita tunggu keluarga nek Pah dulu lepas tu bolehlah kita sarapan sama-sama.  Amani jadi ke nak pergi langkawi?” Dengan pantas Amani menggelengkan kepalanya.

              “Tak jadi pun. Alia dan Maya akan datang bercuti dekat sini minggu depan.” Jawab Amani dengan senyuman. 

              “Baguslah. Lain kali boleh pergikan. Lagi pun lepas ni Amani ada cuti lagi. Kalau rasa bosan dekat kampung ajak ibu dengan abah ke rumah abang dekat sana.” Amar memberikan cadangan. 

              “Tak naklah. Amani dah selalu duduk sana. Bosanlah. Baik duduk kampung tak adalah bosan sangat. Rumah abang Amar bukan ada apa pun. Kalau ada kakak ipar atau anak buah best la juga nak ke sana.” Selamba je Amani menjawabnya.

                “Kalau Amani rasa nak ada kakak ipar dan anak buah, Amani kenalah kahwin cepat-cepat. Abang dah cakapkan yang abang tak akan kahwin selagi adik kesayangan abang ni tak kahwin.” Amani mengeluh dengan perlahan sambil berpeluk tubuh.

                 “Abang tak payahlah tunggu Amani. Baik abang fikirkan masa depan abang.  Kalau tunggu Amani entah bila la jawabnya. Abang pun tahukan Amani macam mana.”

                 “Habis tu masa depan kamu macam mana pula. Tak nak kahwin sampai bila-bila ke? Amani suka ke dengar orang panggil kamu atau gelarkan kamu sebagai andartu?” Soal Encik Hisham. Amani terus menoleh pada abah nya. 

             “Abah. Orang nak gelarkan apa sekali pun Amani dah tak kisahlah. Diorang dah sampai tu jomlah kita sarapan pagi dulu.” Dalih Amani dengan cepat sebaik saja terpandangkan kereta keluarga Mak Pah. Sebelum abah kesayangan memberikan tazkirah ada baiknya dia mengelak awal-awal.  Dia tahu isu kahwin pasti akan terus memburu dalam kehidupannya. 

            AMANI menundukkan kepalanya lalu mengucup tangan nek Pah. Selepas itu badan Amani di tarik lalu di peluk dengan erat. 

            “Nek Pah jaga kesihatan baik-baik ya.” Pesan Amani sewaktu melepaskan pelukan itu.

             “Amani pun sama juga ya. Ada masa nanti datanglah ke rumah Mak Pah ya. Terima kasih sebab bagi layanan istimewa sepanjang kami berada di sini. Kami sekeluarga minta maaf seandainya ada menyusahkan keluarga Amani dalam beberapa hari ni.” Ujar Nek Pah pada keluarga Amani.

             “Eh Mak Pah mana ada menyusahkan pun. Kami yang patut ucap terima kasih sebab sudi datang bercuti ke mari. InsyaAllah ada masa yang sesuai nanti sampailah kami ke rumah Mak Pah lagi.” Puan Sa’ adah mendekati nek Pah lalu bersalaman. Mata Syed Rafique tidak lekang memandang wajah Amani.

             “Kami balik dulu Kak Dah.” Giliran Puan Sharifah Noraini pula bersalaman dengan ibu Amani.

             “Yalah. Kalau dah sampai rumah nanti jangan lupa telefon kami ya.” Pesan Puan Sa’adah .

              “Amani. Emelyn balik dulu. Kalau ada cuti nanti Emelyn datang sini. Amani cuti lama lagi kan?” Soal Emelyn sewaktu mengenggam erat tangan Amani.

              “Aaah. Amani cuti lama. Dua bulan lebih. Ada masa nanti datanglah sini mana tau dapat ilham baru untuk melukis ke.” Amani tersenyum pada Emelyn. Ahli keluarga Sharifah Emelyn mula masuk ke dalam kereta.

              Syed Rafique mendekati Amani dengan perlahan-perlahan. Di hulurkan beg kertas pada Amani. Dengan lambat Amani menyambutnya.

             “Apa pula ni?” Soal Amani tanpa melihat pun isi kandungan yang ada di dalam beg kertas tersebut.

             “Hadiah untuk awak. InsyaAllah lepas ni kita jumpa lagi ya.” Jawab Syed Rafique.

              “Jumpa? Buat apa nak jumpa lagi.” Amani memandang Syed Rafique dengan pelik. Namun saat itu bibir Syed Rafique sudah pun tersenyum .

              “Awak lupa ya. Awak tu bakal isteri saya. Jadi mungkin lepas ni kita kerap berjumpa. Jangan cuba nak mengelak ya.” Usik Syed Rafique. Amani mencebik.

              “Siapa yang nak jadi isteri awak. Jangan nak perasanlah. Apa pun terima kasih bagi ni. Keluarga awak dah tunggu tu. Bye.” Amani mula melambaikan tangan pada Syed Rafique.

              “Menghalau saya ya?” Syed Rafique terus merenung Amani. Melihat pandangan Syed Rafique, Amani dengan pantas memandang ke arah lain malahan tangan Amani mula mengibas-ngibas wajahnya yang tak panas mahu pun berpeluh.

              “Bukan menghalaulah. Diorang dah tunggu tu.” Jawab Amani tanpa memandang Syed Rafique.

               “Saya balik dulu. Terima kasih untuk semuanya. Terima kasih layan saya dengan baik walaupun saya tahu awak marahkan saya bencikan saya sebab peristiwa yang lalu. Jumpa lagi ya.” Syed Rafique mula melangkah menuju ke kereta.

             “Hai dik tak ada pesanan ke buat bakal suami tu?” Usik Amar sewaktu menyiku Amani.

             “Pesanan apa pula?” Soal Amani dengan pelik . Di pandang sengihan abangnya yang penuh makna.

            “Cakaplah dekat Rafique bawa kereta elok-elok ke? Jangan lupa telefon saya ke apa ke?”  Amani membesarkan matanya.

              “Tak kuasalah nak cakap rupa itu.” 

               “Amani ...” Tegur Amar membuatkan Amani terasa mengalihkan pandangannya pada Syed Rafique yang sednag menarik pintu kereta.

              “Errmmmm.. Syed Rafique Iskandar.” Panggil Amani. Syed Rafique menoleh ke belakang. Amar sudah tersenyum puas. Begitu juga dengan orang tua mereka.

               “Yes..” Amani menarik nafasnya.

                “Drive carefully.” Pesan Amani . Sempat dia menjeling pada abangnya yang sedang tersengih di sebelahnya.

                Mendengar saja ayat itu, Syed Rafique tersenyum puas. Dia menganggukkan kepalanya sebelum masuk ke dalam perut kereta. Selepas itu kereta keluarga Syed Rafique meninggalkan perkarangan rumah keluarga Amani.

               “Ibu, abah, Amani. Rasanya Amar dah kena gerak sekarang ni.” Ujar Amar sebaik saja kereta Syed Rafique hilang dari pandangan mereka.  Amar bersalaman dengan orang tuanya.

               “Yalah. Kamu pun sama hati-hati bawa kereta. Sampai sana je telefon ibu ya.” Puan Sa’adah menitipkan pesanan. Amar menganggukkan kepalanya. Amar kemudiannya beralih pada abah nya pula.

                “Amar balik dulu ya abah.” Encik Hisham tersenyum lalu menepuk bahu anak lelakinya dengan lembut.

                 “Amani tengokkan abah dan ibu. Kalau ada apa-apa call je abang.” Amar mendekati adik perempuannya pula.

                  “Ya abang. Janganlah risau.” Jawab Amani. Sejurus selepas itu kereta milik Amar pula meninggalkan perkarangan rumah mereka. Rumah yang riuh beberapa hari ni kembali sepi. Kini tinggallah Amani dan orang tuanya. Amani sudah tidak sabar menunggu kedatangan Maya dan Alia ke sini. Dia sudah menyediakan perancangan yang menarik buat teman-teman baiknya itu.

                   “AMANI sini sekejap. Ibu dan ayah ada hal penting nak bincangkan dengan kamu.” Panggil Puan Sa’adah sewaktu Amani keluar dari biliknya. Dia ingin menuju ke dapur untuk membuat milo panas. Hujan turun mencurah-curah pada malam itu. Amani berkurung di dalam bilik untuk menonton drama korea yang sudah tergendala beberapa hari.

                   “Kenapa ibu?” Soal Amani. Dia membatalkan niatnya untuk  ke dapur malah dia meneruskan langkahnya ke ruang tamu. Amani menghenyakkan punggungnya dengan perlahan-lahan.

                  “Ibu dengan abah ada hal penting nak bincang dengan Amani malam ni.” Terang Puan Sa’adah . 

                   “Bunyinya seperti serius saja ibu. Kita nak bincang hal apa ni?” Soal Amani ingin tahu. Saat ini jantungnya mula berdegup dengan kencang.

                  “Begini. Keluarga nek Pah dah setuju untuk berikan tempoh pada kamu dan Syed Rafique saling mengenali antara satu sama lain selama enam bulan. Lepas tempoh itu kita akan bincangkan tarikh untuk majlis perkahwinan kamu dengan dia. Ibu dengan abah harap Amani setuju .” Akhirnya Encik Hisham menerangkan pada anak gadisnya. Ternyata Amani sungguh terkejut.

                 “Hah apa dia. Enam bulan lepas tu kahwin? Ibu , abah. Kalau Amani tak kahwin dengan dia tak boleh ke?” Soal Amani. Dia tidak mahu untuk meneruskan perkahwinan itu lagi. Dirinya masih di hantui dengan trauma dua tahun lalu. Amani memandang wajah ibu dan abah nya silih berganti.

                 “Ibu tahu Amani tak mahu dengan keputusan ini tapi untuk kali ke berapa dah ibu bagitahu kamu yang kita perlu teruskan perkahwinan yang tak menjadi dulu. Amani tahukan ini hasrat arwah nek Wan. Ibu tahu apa yang berlaku dulu melukakan hati Amani malah hati ibu dan abah sekali tapi ibu dan abah tak boleh nak buat apa-apa Amani. Amanah dari arwah nek Wan harus kita tunaikan.” Puan Sa’adah cuba memujuk Amani.

                 “Ibu abah. Tolonglah . Amani tak nak kahwin dengan dia. Kalau ibu dan abah nak juga Amani kahwin boleh tapi bukan dengan Syed Rafique.” Amani sudah tayang wajah tidak rela. Dia tidak mahu mempertaruhkan hidupnya kali kedua buat lelaki bernama Syed Rafique.

               “Masalahnya sayang arwah nek Wan nak Syed Rafique yang jadi suami Amani. 
Beginilah Amani fikirlah dulu. Lagi pun tempoh panjang lagi. Enam bulan sayang. Amani fikir dan buat keputusannya nanti. Andai kata Amani tetap berkeras juga nak menolak perjodohan ini, kami nak Amani sendiri yang bagitahu pada keluarga nek Pah sewaktu dia datang menetapkan tarikh perkahwinan kamu dengan Syed Rafique. Waktu tu ibu dan abah tak mahu campur tangan. Terpulanglah pada Amani.” Kata-kata yang keluar dari mulut ibunya itu memang mampu mencekik lehernya saat ini. Amani termenung panjang saat ini.

             “Amani fikirlah sendiri. Abah dengan ibu hanya akan menunggu jawapan kamu. Apa yang kami harapkan adalah kebahagaian kamu Amani dan abah harap kamu tidak akan melukakan hati mana-mana pihak. Keluarga mereka tu baik dengan kita. Fikir masak-masak sebelum Amani buat keputusan.” Nasihat Encik Hisham pula. Amani memandang wajah abah nya dengan pandangan sayu. Sungguh dia buntu saat ini. Permintaan mereka lebih kepada menerima daripada menolak.

             “Nanti Amani fikirkan. Kalau tak ada apa-apa lagi Amani minta diri dulu.” Mohon Amani. Dengan tiba-tiba saja fikirannya kusut. Amani bangkit dan melangkah menuju ke dapur untuk membancuh air minuman untuk dirinya.

              “Nek Wan kenapa buat Amani begini. Kenapa Amani perlu terima Syed Rafique?” Luah Amani sendirian sewaktu di dapur. Selesai saja menyediakan air itu, Amani terus membawanya ke bilik. Dengan perlahan-lahan dia mengunci pintu biliknya.

               “Abang rasa Amani akan setuju ke tak nanti?” Soal Puan Sa’adah. Dalam diam dia mula rasa bersalah pada Amani. Namun apa yang di minta oleh arwah ibunya harus di tunaikan. Sebagai seorang ibu dia juga ingin melihat anak gadisnya bahagia .

                “Berikan dia masa untuk fikir. Sekarang ni jangan kita paksa dia atau desak dia untuk buat keputusan dalam masa terdekat. Enam bulan tu dah kira lama untuk dia buat keputusan Dah. Kita tunggu dan dengar saja jawapan Amani nanti.” Encik Hisham cuba memujuk isterinya. Melihat saja wajah isterinya saat ini , dia sudah dapat baca yang isterinya sedang memikirkan jawapan Amani dan dalam masa  yang sama dia dapat rasai kerisauan yang terpancar di wajah isterinya.

                  Puan Sa’adah dan Encik Hisham memandang ke arah pintu bilik anak gadis mereka. Di dalam bilik tersebut pula Amani berperang dengan perasaan sendiri . Hilang fokusnya untuk menonton drama korea kesukaannya. Amani duduk bersila di atas katil sambil menongkat dagu.

               “Syed Rafique Iskandar mengapa kau perlu muncul kembali dalam hidup aku?” Soal Amani sendirian. Dia memandang ke arah tingkap. Hujan masih lagi belum berhenti. 


Bersambung....

NotaTersepit: Alhamdulilah. Majlis pertunangan Cik Writer dah selesai. Dengan rasminya bergelar tunang orang. Tak lama lagi nak jadi isteri orang lak. Kena siapkan mss ni sebelum mengadap persiapan2 perkahwinan . Semoga di permudahkan semuanya. Amin :)

2 comments:

  1. harap amani setuju dgn rancangan perkahwinan yg dipersetujui oleh kedua pihak.x sabar tggu bab yg seterusnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ijan: Terima kasih singgah dan baca. Jeng3. nak tau Amani kahwin ke x dgn Rafique kenalah tunggu sambungannya. :D

      Delete

Tq sudi komen.:D