Alhamdulilah. Demam, selsema dan batuk dah berkurangan sikit. Banyak hari tak sentuh manuskrip ni. InsyaAllah esok lusa mula menyambung balik manuskrip yang x siap2 lg nih. Hehehe. Minggu ni lagi dua bab cik writer kasi . Terima kasih singgah dan baca :D
TAJUK BARU : KTAC
Mss Asal: Dirimu Satu - Jangan konpius ya-
BAB DUA PULUH TUJUH
SYED Rafique tersenyum seorang diri di dalam pejabatnya. Telefon pintarnya di letakkan di tepi. Mendengar suara Amani sebentar tadi membuatkan dia rasa gembira dan bahagia. Aku ni dah jatuh cinta dengan Amani ke? Soal hati Syed Rafique. Dia akui sejak balik dari kampung Amani dia mula mengenal erti rindu. Rindu untuk mengusik Amani. Rindu melihat wajah cemberut Amani. Rindu melihat senyuman Amani. Senang di kata semua tentang Amani dia rindui.
Syed Rafique gembira mendengar yang Amani suka dengan lukisan tersebut. Tidak sia-sia dia meminta adiknya Sharifah Emelyn lukiskan potret tersebut melalui gambar yang dia ambil sewaktu berada di kampung Amani.
“Bila masa awak ambil gambar tu? Awak ni nak jadi stalker ke apa? Soal Amani waktu itu. Dia terkedu bila mendapat tahu yang Sharifah Emelyn melukis berdasarkan gambar yang di ambil oleh Syed Rafique.
“Salah ke kalau saya nak rakamkan potret ‘bakal isteri’ saya. Awak lupa ke yang awak tu bakal isteri saya. Tak lama lagi kita akan di satukan.” Usik Syed Rafique. Sengaja dia berbuat demikian untuk mendengar jawapan dari mulut Amani.
“Eh awak jangan nak perasan eh. Saya tak kata pun lagi saya setuju . Eeee perasan sungguh awak ni. Apa awak ingat awak tu handsome sangat ke?” Marah Amani.
“Abang Rafique.” Sharifah Emelyn memanggil abangnya namun abangnya seakan-akan berada di dalam dunianya sendiri. Berkali-kali Sharifah Emelyn memanggil namun abangnya langsung tak layan. Dengan geram Sharifah Emelyn menjentik dahi abangnya.
“Aduh sakitnya. Apa ni Emelyn?” Soal Syed Rafique. Di usap dahinya.
“Tau pun sakit. Habis tu Emelyn panggil abang berkali-kali langsung tak bagi respon. Abang fikirkan apa sampai tersengih-sengih rupa itu. Sejak akhir-akhir ni Emelyn tengok bukan main pelik lagi. Abang angau dekat siapa pula ni? Abang jangan buat hal. Nenek dah carikan jodoh abang tu. Jangan nak buat perangai lagi.” Soal Emelyn lalu menarik kerusi dan duduk di hadapan abangnya.
“Salah ke abang nak angau sikit. Mestilah abang angau dekat bakal isteri apa la Emelyn ni.” Jawab Syed Rafique. Sharifah Emelyn tersenyum puas.
“Owh angau dekat Amani tak apa. Jangan orang lain. Yang abang sengih sorang-sorang pasal apa? Abang call dia ke? Eh lukisan yang Emelyn lukis tu dah hantar belum?”. Pertama kali Emelyn melihat abangnya angau sebegini. Dulu dengan arwah Nadira taklah senyum macam ni.
“Abang baru lepas cakap dengan dia tadi. Dah sampai dah pun. Rindulah dekat dia.” Luah Syed Rafique jujur lalu merenung wajah adiknya. Sharifah Emelyn buat gaya terkejut.
“Wow menarik ni. Kalau dah rindu tu pergilah jumpa dia. Hari minggu abang naik flight la ke sana jumpa dia. Jumpa sekejap pun jadilah. Tak kenal makan tak cinta. Betul tak. Abang tak main-mainkan? Amani tu berbeza tau dengan arwah Nadira. Jangan sesekali abang samakan dia dengan arwah Nadira.” Sharifah Emelyn cuba mengingatkan abangnya. Syed Rafique menganggukkan kepalanya dengan senyuman penuh makna.
“Adik thanks sebab dah bertungkus-lumus menyiapkan lukisan tersebut. Nanti abang bagi upah okey.” Syed Rafique sungguh terharu dengan adiknya yang bertungkus-lumus menyiapkan lukisan tersebut dalam masa seminggu. Bakat melukis yang ada pada Sharifah Emelyn semakin berkembang malah lukisan adiknya itu mempunyai nilai yang tak terhingga. Kehalusan sangat memuaskan. Syed Rafique sungguh bangga dengan pencapaian adik kesayangannya itu.
“Tak ada hallah. Emelyn pun berkobar-kobar nak melukis gambar yang abang berikan malam tu. Kalau untuk abang Rafique dengan Amani dengan cepatnya Emelyn siapkan tau. Maklumlah teruja sebab Emelyn nampak betapa sweet nya layanan abang pada Amani. Tak sabar Emelyn nak lihat abang dengan Amani kahwin.” Sengih Sharifah Emelyn. Dia sungguh teruja sewaktu melukis potret tersebut.
“Sweet ke macam tu?” Soal Syed Rafique. Sharifah Emelyn mengangggukkan kepalanya. Walaupun dia bukan berada di tempat Amani tetapi dia dapat rasakan betapa sweet nya cara layanan abangnya pada Amani melalui dari cerita dari mulut abangnya sendiri.
PETANG itu, Amani menghabiskan masanya di kerusi kayu yang berada di halaman rumahnya. Kini tinggallah dia bersama orang tuanya. Maya dan Alia sudah pun kembali ke Kuala Lumpur pagi semalam. Ketiadaan Maya dan Alia membuatkan Amani merasa sunyi seketika. Sepanjang seminggu lebih mereka berada di sini pelbagai aktiviti yang telah mereka lakukan bersama.
“Apa aku nak buat cuti ni. Bosan pula. Hmmmm..” Amani mengeluh sendirian sambil menongkat dagu.
“Apa ni anak dara duduk termenung dekat sini.” Sapa Mak ngah Halimah sewaktu berdiri di hadapan anak buahnya. Amani tersengih sewaktu mendongakkan kepalanya.
“Bukan apa mak ngah. Amani rasa bosan pula. Yalah kawan-kawan Amani dah balik Kuala Lumpur. Kak Tika pun dah balik rumah dia. Amani tak ada genglah nak borak dan pergi jalan-jalan ke.” Jawab Amani. Mak ngah Halimah duduk di sebelah Amani.
“Mak ngah pun tahukan tak ada orang nak kawan dengan Amani.” Tambah Amani lagi.
“Orang yang tak nak kawan dengan Amani tu rugi tau. Biarlah kalau mereka tak nak berkawan dengan kamu pun. Bukan luak apa pun kan. Mak ngah tau macam mana nak buat Amani rasa tak bosan lagi.” Bibir Mak ngah Halimah tersenyum nipis.
“Ye ke. Nak buat apa mak ngah. Tolong buat kuih ke?” Soal Amani dengan teruja. Mak ngah Halimah terus menggelengkan kepalanya.
“Kamu kena kahwinlah. Bila kamu dah kahwin masa kamu lagi terisi tak adalah rasa bosan.” Amani terus muncungkan bibirnya.
“Apa ni mak ngah Kahwin pula. Amani tak nak kahwin lagilah mak ngah.” Akui Amani dengan jujur.
“Mana boleh cakap macam tu. Susah payah arwah nek wan carikan jodoh buat Amani. Lagi beberapa bulan Amani kena buat keputusankan. Jadi fikirlah dengan masak-masak.” Amani menundukkan kepalanya. Igauan yang berlaku dua tahun lepas mula bermain di ruang fikirannya.
“Amani takut di tinggalkan seperti dua tahun lepas. Amani tak sanggup nak laluinya lagi.” Akhirnya terluah juga kerisauan yang sering menjadi mimpi ngeri setiap kali isu kahwin di bangkitkan.
“Amani anggap saja yang berlaku dua tahun lepas adalah ujian buat Amani untuk menguji sejauh mana ketabahan dan kesabaran Amani. Itu takdir dan ujian Amani pada tahun tersebut. Seperti mak ngah cakap sebelum ni yang kami boleh merancang untuk menjodohkan kamu dengan Rafique tapi yang menentukan semuanya adalah Allah. Mungkin antara kamu berdua masih ada jodoh jadi sebab itu kamu berdua di pertemukan untuk mengenali diri masing-masing.” Mak ngah Halimah memberikan sedikit nasihat buat Amani.
Kata-kata yang keluar dari mulut mak ngah Halimah sedikit sebanyak membuatkan Amani berfikir panjang. Dia tahu dia tidak ada banyak masa lagi untuk berfikir. Apabila dia kembali semula ke university pasti dia akan sibuk tambah-tambah bila melangkah ke tahun akhir.
“Ngah dah lama ke sampai. Kenapa tak naik ke rumah?” Puan Sa’adah mendekati adiknya dengan senyuman. Tadi dia mencari Amani di dalam bilik namun anaknya tiada di situ dan dia kemudiannya ke ruang tamu sebelum menoleh ke arah tingkap dan terpandangkan anaknya sedang bersembang dengan adiknya. Mak ngah Halimah tersenyum.
“Ni ha masa masuk halaman kak long tadi ternampak Amani duduk termenung dekat sini jadi ngah duduklah sini dulu. Abang Sham mana tak nampak pun?”
“Dia ada dekat kandang lembu dia la mana lagi. Amani ni pergi panggilkan abah.
Abang Amar kamu balik naik flight. Dia minta abah jemput dia dekat aiport. Kamu pergilah dengan abah. Ibu terlupa nak bagitau pagi tadi.” Amani terkejut. Itu sebabnya Puan Sa’adah mencari Amani sebentar tadi.
“Hah abang Amar balik? Dia tak ada cakap dengan Amani pun padahal dua hari lepas Amani ada call abang.”
“Kamu ni Amani macamlah tak kenal abang Amar kamu tu. Sajalah tu dia nak buat kejutan balik dengan mengejut rupa itu. Dah pergi panggilkan abah kamu. Kalau tak silap flight abang kamu tu akan sampai pada jam enam setengah atau tujuh kot.” Amani terus bangkit dan melangkah dengan pantas menuju ke belakang rumah mencari abahnya.
BERKALI-KALI Syed Zarith menghubungi Sharifah Emelyn namun satu panggilan pun tidak berjawab. Dia menunggu Sharifah Emelyn menghubunginya namun sepupunya itu terus menyepi langsung tidak menghubunginya seperti mana yang di janjikan.
“Mana perginya Emelyn ni. Aku tunggu dari hari tu langsung tiada khabar berita. Dia masih sibuk atau sengaja tak nak jumpa aku. Jangan-jangan Syed Rafique dah tahu yang aku dah balik sini.” Bebel Syed Zarith sendirian.
“Dari tadi lagi mama tengok kamu dengan handphone je. Apa ada hal penting sangat ke? Zarith hubungi siapa tu?” Sharifah Zalida mula mendekati anak lelakinya.Syed Zarith memandang wajah mama kesayangannya yang ketika itu baru saja melabuhkan punggungnya di sofa berhadapan dengan anak bujangnya.
Semenjak tadi lagi dia perasan anak lelakinya itu tidak lepas memandang smartphone miliknya.
“Call Emelyn tapi dia tak angkat. Mama selain Emelyn ada sesiapa lagi yang tahu kita dah balik sini?” Wajah Sharifah Zalidah terus berubah sebaik saja mendengar pertanyaan itu.
“Mama rasa diorang tahu sebab papa kamu balik ke Villa jumpa nenek dan atuk kamu. Mama tak ikut pun balik sana. Selagi nenek dan atuk kamu tu masih sisihkan kamu selagi itulah mama tak akan balik ke sana.” Jawab Sharifah Zalida dengan geram. Sakit hatinya bila mengingati peristiwa yang di mana anaknya Syed Zarith di lucutkan dari jawatan. Puas dia mengorek dan bertanya apa sebab utama Syed Zarith hilang semua itu. Walaupun dua tahun sudah berlalu namun persoalan itu terus menjadi tanya buat Sharifah Zalida.
“Kenapa papa pergi sana.” Syed Zarith dapat rasakan sesuatu di dalam hatinya saat ini.
“Mama pun tak sempat nak tanya. Yang mama tahu memang papa berniat untuk ke sana untuk bertemu dengan nenek dan atuk kamu. Lepas bersarapan papa kamu terus keluar untuk menuju ke Villa. Berani kamu hubungi Sharifah Emelyn. Zarith kamu tak takut dengan Rafique ke selepas kejadian kes penipuan kesihatan kamu dulu? Tak malu ke?” Soal Sharifah Zalida. Dia tidak suka dengan Sharifah Emelyn.
“Mama Emelyn tu sepupu Zarith . Untuk pengetahuan mama sewaktu Zarith hubungi Emelyn tempoh hari dia masih tidak mengetahui apa yang berlaku antara Zarith dan Rafique. So apa nak takut?” Dengan bangganya Syed Zarith menjawabnya. Dia terus cuba menghubungi Sharifah Emelyn.
“Apa motif Zarith sebenarnya ni?” Soal Sharifah Zalida. Dia yakin pasti anaknya ada rancangkan sesuatu di belakangnya.
“Kamu jangan nak tambahkan lagi masalah yang kita ada sekarang ni. Daripada kamu buang masa dengan menghubungi Emelyn ada baiknya Zarith cuba biasakan diri dengan perniagaaan papa. Kami hanya ada kamu sorang je Zarith. Jadi pada siapa lagi papa kamu nak harapkan selepas ni? Sudahlah nama kamu di hotel tu kena blacklist sekarang nak bagi papa kamu blacklist nama dekat company dia pula ke?” Zarith mendengus geram.
“Mama please. Zarith tak minat dalam urusan perniagaaan. Zarith pergi dululah nak cari Emelyn. Mungkin dia ada dekat hotel.” Dengan selamba Zarith bangun dan mengambil jaketnya lalu di sarungkan di badannya.
“Zarith mama tak habis cakap lagi dengan kamu.” Jerit Sharifah Zalida sewaktu melihat anak lelakinya itu melangkah menuju ke pintu utama tanpa menoleh walaupun seketika. Kereta yang di pandu oleh Zarith mula meninggalkan perkarangan rumah mereka.
Setibanya di D’Crown Hotel, Zarith terus mencari tempat parking. Sebaik saja keluar dari kereta dia ternampak kelibat Syed Rafique yang ketika itu baru saja keluar bersama Acad menuju ke kereta. Dengan pantas Syed Zarith menyorokkan dirinya. Bimbang jikalau terserempak dengan Syed Rafique. Lepas kejadian temberangnya pecah memang Syed Rafique tidak lagi mengambil tahu tentang dirinya malah untuk bertanya khabar jauh sekali.
Memang patut pun Syed Rafique berbuat demikian. Sepupu yang di sayangi seperti adik kandung sanggup menipu demi kepentingan diri sendiri.
Selepas kereta milik syed Rafique hilang dari pandangan barulah Syed Zarith menarik nafas lega. Jujur dia belum bersedia untuk berhadapan dengan Syed Rafique. Bukan kerana malu tetapi bimbang dengan sekiranya rahsia lamanya terbongkar. Rahsia yang sehingga kini di simpan oleh nenek dan atuknya. Dia sedar mengapa dia hilang jawatan dari hotel tersebut.
Dengan pantas kaki Syed Zarith melangkah menuju ke pintu utama D’Crown Hotel. Walaupun sudah dua tahun lebih dia pergi namun hotel tersebut tetap gah dan makin cantik dan menarik. Mata Syed Zarith melilau-lilau mencari kelibat adik sepupunya.
“Sharifah Emelyn ada di mana?” Soal Syed Zarith di kaunter receiptionist.
“Erkk . Encik Syed Zarith. Apa khabar? Cik Sharifah Emelyn tiada dekat sini. Dia tak masuk kerja hari ni. Ada hal lain.” Terang receptionist itu dengan senyuman.
“Awak tahu dia ke mana?” Soal Syed Zarith lagi.
“Maafkan saya. Dia ke mana saya tak pasti pula. Ada apa-apa pesanan ke untuk cik Sharifah Emelyn?” Soal perempuan itu. Syed Zarith berfikir sejenak.
“Saya nak kertas dan pen.” Pinta Syed Zarith. Dengan pantas perempuan yang bekerja sebagai receiptionist itu member apa yang di minta. Syed Zarith terus mencoretkan sesuatu di atas kertas tersebut sebelum di lipat.
“Tolong serahkan pada Emelyn. Ini urgent ya. Thanks.” Syed Zarith menghulurkan kertas yang telah di lipat. Perempuan itu tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. Syed Zarith kemudiannya meninggalkan hotel tersebut.
“Mana Emelyn ni...” Soal Syed Zarith sewaktu berada di pintu utama hotel sebelum dia melangkah menuju ke tempat parking.
“Itu bukan ke Encik Syed Zarith Aiman. Apa dia buat dekat sini?” Kala itu Izzati telah terpandangkan Syed Zarith yang sedang berjalan. Izzati terkejut melihat Syed Zarith.
*************************************
BAB DUA PULUH LAPAN
SHARIFAH Emelyn pada mulanya agak kekok untuk berbicara dengan lelaki tampan yang berada setentang dengannya. Yalah mana tidak kekok kalau ini adalah kali pertama dia bertemu dengan lelaki tersebut. Dia merupakan salah seorang anak dari kenalan daddy nya yang bernama Syed Baharom. Lelaki yang di hadapannya kini adalah Syed Khairan yang merupakan anak kedua kepada Syed Baharom.
Pertemuan mereka hari ini telah di rancang oleh orang tua mereka. Sharifah Emelyn sudah bersedia untuk menerima orang baru dalam hidupnya selepas kecewa dengan Encik Kamarul suatu ketika dulu.
“Emeyln awak okey ke?” Soal Syed Khairan pada Sharifah Emelyn yang hanya menundukkan kepala waktu itu. Dengan perlahan-lahan Sharifah Emelyn mendongakkan kepalanya.
“Okey je. Cuma saya segan je.” Luah Sharifah Emelyn dengan jujur. Bibir Syed Khairan mengulum senyum. Pada mulanya dia tidak bersetuju dengan cadangan papanya yang beria-ria mencari jodoh buat dirinya.
“Saya faham. Hari ni buat pertama kali kita bertemu. Saya tak sangka yang unlce Zainal ada anak perempuan yang cantik. Janganlah segan. Mulai hari ni kita boleh berkenalan dan menjadi kawan. Jujur saya kata sebelum datang ke sini saya merasa was-was sebab saya bukanlah suka berdampingan dengan mana-mana perempuan. Keluarga saya mengetahui sikap saya bagaimana. Keluarga awak dan saya sama-sama merancang perkenalan kita. Jadi kita tak bolehlah nak malu walaupun hakikat sebenar saya ni pemalu dengan perempuan tapi bila saya duduk depan awak je perasaan malu yang menghantui saya selama ini hilang sekelip mata. Pelikkan.” Bicara Syed Khairan membuatkan kening Sharifah Amani berkerut.
“Owh kiranya awak ni lelaki yang pemalu dengan perempuan la. Tapi kenapa malu? Selalunya lelaki ni pantang nampak perempuan.” Soal Sharifah Emelyn untuk mengetahuinya.
“Entahlah . Saya sendiri tak tahu apa sebabnya. Mungkin juga sebab dari saya kecil hingga ke besar saya di kelilingi dengan lelaki. Mungkin sebab saya bersekolah yang hanya ada pelajar lelaki sahaja kot.” Bibir Sharifah Emelyn tersungging dengan senyuman.
“Patutlah. Peliklah kenapa bila awak berhadapan dengan saya perasaan malu pada perempuan terus hilang?”
“I don’t know. Saya pun tengah fikir jawapannya. So saya dengar awak ni seorang pelukis dan memiliki galeri sendiri. Pastinya bakat awak dalam bidang lukisan cemerlang. Saya teringin juga nak lihat lukisan hasil kreativiti awak. Actually saya pun suka melukis juga. Itu salah satu hobi saya.” Sharifah Emelyn terkejut mendengar minat dan hobi Syed Khairan.
“Really. Kalau macam tu lepas ni bolehlah kita sharing tentang lukisan. Kalau awak nak tengok lukisan saya bolehlah datang galeri saya tapi awak kena bagitau awal-awal kalau nak datang. Awak pun tahukan yang sekarang ni saya buat dua kerja. Tugas dekat galeri dan tugas dekat hotel.”
“Of course.” Bibir mereka saling mengukir senyuman dan mata mereka pula mempamerkan suatu perasaan yang sukar di tafsirkan saat ini.
“Enjoy your meal.” Mereka terkejut apabila di sapa oleh waiter yang sedang menghidangkan makanan yang di pesan oleh mereka sebentar tadi. Sharifah Emelyn mula terasa malu.
“Thank you.” Ucap Sharifah Emelyn dan Syed Khairan dengan serentak.
“Kita makan dulu.” Sharifah Emelyn menganggukkan kepalanya. Moga-moga hubungan di antara mereka membuahkan hasil. Encik Kamarul janganlah cemburu pula lepas ni tengok Sharifah Emelyn sudah temui pengganti dirimu.
SELEPAS keluar dari hotel tadi, Syed Zarith terus memandu sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Perasaan bosan sudah mula meresapi dalam jiwanya. Dia tidak tahu apa yang harus di lakukannya. Mahu bekerja dia masih tiada mood tambahan pula dia masih mogok dengan tindakan papanya yang melarangnya untuk ke kelab. Kenikmatan yang di rasai di luar negara dulu telah di sekat. Dia sedar dia tiada pilihan lain. Jikalau dia berdegil kemewahan yang jadi pertaruhkan. Mana mungkin dia mahu hidup susah. Dari kecil sehingga dewasa dia di manja dengan kemewahan dari keluarganya.
Kereta yang di pandunya itu berhenti seketika di bahu jalan. Syed Zarith merenung seketika smartphone miliknya. Dia mengharap sangat adik sepupunya itu menghubunginya. Dia sudah mempunyai rancangan untuk merampas semula haknya di hotel tersebut.
“Untuk dapatkan hak aku kembali di hotel tersebut aku perlu buat Emelyn jatuh cinta dengan aku dan gunakan dia . Hati perempuan pasti akan cair dengan hanya ketampanan dan juga kekayaan yang ada. Sharifah Emelyn pun masih lagi solo dan pastinya dia mencari pengganti baru pada cinta yang tidak kesampaian dulu. Aku akan cuba memikat adik sepupu aku sendiri. Itu saja jalan yang aku nampak buat masa ini untuk dapatkan kembali hak aku.” Luah Syed Zarith sendirian.
Dia perlu rancangkan sesuatu agar dia dapat memikat Sharifah Emelyn. Malah apabila Sharifah Emelyn jatuh cinta dengannya jalan buatnya terbuka luas. Dia yakin yang dia akan dapat kembali haknya dan juga hubungan keluarga yang retak dulu pasti akan bersambung kembali. Dia tahu kelemahan Sharifah Emelyn iaitu cinta. Dia akan buat Sharifah Emelyn merasa selamat dan percaya pada dirinya. Itulah yang bermain di dalam kepalanya sejak dua tiga hari yang lalu.
Puas dia berfikir di bahu jalan tersebut, akhirnya Syed Zarith kembali meneruskan perjalanan. Dia sendiri masih bingung tidak tahu mana arah yang perlu di tuju. Baru saja keretanya bergerak, smartphone miliknya mula berdering. Syed Zarith menekan butang yang di sumbat di telinganya.
“Hello bro. Wasup. Kau balik sini langsung tak nak jumpa aku ya.” Kedengaran suara yang menyapanya di sebelah sana.
“Siapa di talian?” Soal Syed Zarith. Matanya di fokus ke depan. Jalan agak lengang waktu itu memandang sekarang ini waktu office hours.
“Akulah Fadli. Mentang-mentanglah duduk oversea dua tahun lebih dah lupa nama aku? Kau ke mana. Aku ada dekat rumah kau ni. Aku dapat nombor baru kau dari mama kau.” Jelas si pemanggil. Syed Zarith cuba mengingati nama tersebut.
“La kau ke Fad. Aku on the way balik dah ni. Kau tunggulah dulu dalam dua pulih minit lagi aku sampai. Aku pun dah lama tak jumpa kau. Kita borak kejap lagi ya aku tengah drive ni.”
“Haa ingat pun nama manja aku. Okey aku tunggu kau. Bye.” Talian di matikan. Syed Zarith terus menekan pedal minyak.
“Dari mana Fadli tahu aku dah balik sini? Selalunya kalau dia nak jumpa aku pasti ada hal penting.” Soal Syed Zarith sendirian. Dia sudah lama tidak bertemu dengan Fadli. Lelaki yang bernama Fadli itu adalah teman lamanya sewaku belajar di universiti dulu. Mereka jarang sekali bertemu melainkan hal yang penting memandangkan masing-masing sibuk dengan kerjaya. Fadli sudah ada perniagaan sendiri yang di bangunkan dengan hasil titil peluh sendiri tetapi dirinya masih lagi bergantung pada orang tua walaupun umurnya sudah pun berginjak ke three series.
“Mana Fad tahu auntie sekeluarga dah balik sini?” Soal Puan Sharifah Zalida kepada tetamu yang duduk di hadapannya. Fadli meletakkan menghirup air yang di hidangkan oleh pembantu rumah Syed Zarith.
“Dua hari lepas Fad ada terserempak dengan uncle Azman dekat bank. Uncle yang bagitahu yang satu family dah kembali sini. Jadi sebab tu la Fad datang sini nak jumpa Zarith. Dah lama kami tak jumpa.” Jelas Fadli. Puan Sharifah Zalida menganggukkan kepalanya.
“Baguslah juga kamu datang Fad. Auntie sebenarnya risaukan Zarith tu. Sejak balik sini dia tak banyak cakap. Mungkin marah sebab kami paksa dia balik ke sini. Fad sebagai kawan baik dia tolonglan nasihatkan sikit pada Zarith tu. Umur dah menjangkau tiga puluh tapi kerjanya tak mahu. Kalau dia membantu papanya uruskan company adalah faedahnya juga ini tak. Sudah berbuih mulut auntie tapi dia buat tak tahu je. Business Fad macam mana?” Soal Puan Sharifah Zalida. Dia sungguh bangga dengan prestasi Fadli yang berusaha membina syarikat sendiri.
“Alhamdulilah semuanya baik saja auntie. Makin berkembang. Zarith dah tak kerja dekat hotel ke? Last Fad jumpa dia dekat hotel yang dia bekerja dulu. Hotel tu milik dia jugakan?” Soal Fadli dengan pelik apabila mengetahui yang Syed Zarith tidak bekerja sekarang ini.
“Panjang ceritanya. Nanti kamu tanyalah sendiri pada dia.” Puan Sharifah Zalida menghela nafasnya dengan berat.
“Fad.” Sapa Syed Zarith sewaktu melangkah berada di pintu utama. Dengan pantas langkahnya di panjangkan untuk menemui teman lamanya itu. Fadli tersenyum lalu berdiri dan mereka bersalam lalu berpelukan.
“Dah lain kau Zarith. Nampak makin handsome.” Seloroh Fadli.
“Kau pun apa kurangnya.” Syed Zarith menepuk bahu temannya sebelum mereka sama-sama duduk di situ.
“Korang berdua bersembanglah dulu. Auntie ada kerja sikit nak buat.” Puan Sharifah Zalida tersenyum lalu bangun meninggalkan anaknya dan Fadli bersembang.
“IBU ibu.. Abang Amar pergi mana? Amani tak nampak pun batang hidung dia. Bukan ke flight dia nanti malam. Ini pagi-pagi lagi dah keluar. Dia ke mana?” Soal Amani sewaktu tiba di dapur. Dia mencari abangnya di dalam bilik dan ruang tamu malah abangnya tiada di situ.
“Abang Amar kamu keluar sekejap. Nanti dia baliklah. Lambat kamu sarapan pagi ni Amani. Kalau sakit perut siapa yang susah.” Puan Sa’adah mula membebel pada anak gasinya yang sedang membuka tudung saji.
“Amani sengugutlah ibu. Tak ada selera nak makan. Hari ni hari pertama period memang tak lalu makan.” Jawab Amani. Dia hanya memandang saja nasi goreng yang ada di situ.
“Patutlah. Selalunya awal-awal pagi lagi kamu dah cari sarapan. Habis tu kamu nak makan apa? Tak kan nak biarkan perut tu kosong pula kot.” Puan Sa’adah menuju ke sinki.
“Amani nak buat air milo je dan makan dengan roti. Dah cukuplah tu ibu.” Jawab Amani. Dia kemudiannya mengambil sebiji mug di rak lalu menuju ke arah kabinet dan membancuh milo panas.
“Sorry la Amar sebab menyusahkan Amar je datang ambil saya dekat airport.” Amani mendengar suatu suara di tangga rumahnya. Ketika itu dia baru saja duduk di ruang tamu bersama milo panas dan sekeping roti.
“Abang Amar dah baliklah tu agaknya.” Amani kemudiannya mengambil remote tv lalu di tekan. Dia menghirup air milo panas sedikit demi sedikit sebelum dia mengunyah roti yang di sapu dengan mentega.
“Assalamualaikum...” Amar memberikan salam.
“Waalaikumussalam. Abang Amar pergi mana. Awal pagi dah menghilang?” Amani menoleh dan terus dia terkejut melihat abangnya bersama seseorang. Dia menampar pipinya.
“Hai Amani..” Sapa Syed Rafique dengan senyuman. Amani mengerdipkan matanya berkali-kali lalu dia berlari menuju ke biliknya. Di kepalanya hanya berbalut dengan tuala. Rambutnya yang masih basah belum lagi di keringkan malah di perap dalam tuala seketika.
Syed Rafique ingin ketawa melihat wajah Amani yang kelam-kabut berlari masuk bilik. Amar terus mengajak Syed Rafique duduk.
“Ish abang Amar ni pun satu bukan nak cakap dengan aku yang Si Rafique tu nak datang. Nasib baik dia tak nampak rambut aku tadi. Buat malu je dengan kepala berbalut dengan tuala .” Bebel Amani sewaktu mengunci pintu bilik. Dia menyumbatkan roti ke dalam mulut sebelum menuju ke katil. Di telan roti tu dengan laju lalu dia menanggalkan tuala di kepala dan mengeringkan rambutnya untuk seketika.
“Ibu, Rafique dah sampai ni.” Jerit Amar. Puan Sa’adah terkejut. Syed Rafique datang? Eh biar betul Amar ni? Desis hatinya. Dengan pantas dia bergegas naik ke atas.
“Apa khabar mak cik.” Syed Rafique menyapa ibu Amani lalu bersalaman.
“Ya Allah. Kenapa datang tak bagitau. Amar pun sama bukan nak bagitahu ibu kamu ke mana tadi.” Puan Sa’adah menggelengkan kepalanya dengan perlahan. Dia duduk di sebelah anak lelakinya.
“Saja je buat kejutan mak cik. Pak cik mana?” Soal Syed Rafique.
“Pak cik kamu kalau waktu begini adalah dekat kandang lembu dia. Sekejap lagi dia baliklah.” Pada saat itu Amani keluar dari biliknya. Tudung sudah tersarung di kepala. Dia mendekati ibunya.
“Apa khabar Amani.” Soal Syed Rafique. Terubat rindunya dapat bertemu dengan Amani hari ni. Kelam-kabut Amani sebentar tadi telah mencuit hatinya. Comel sungguh Amani apabila gelabah.
“Alahamdulilah sihat.” Jawab Amani. Dia kemudiannya mengambil mug miliknya lalu di bawa ke dapur.
“Adik nak ke mana pula tu. Rafique datang nak jumpa adik katanya.” Soal Amar. Amani menoleh lalu tersenyum dengan geram.
“Buat air jap.” Itu saja jawapan Amani sebelum melangkah ke tangga dapur. Amar menganggukkan kepalanya.
“Kamu dah sarapan ke Rafique?” Syed Rafique terus menganggukkan kepalanya.
“Datang dengan mengejut macam ni selalu boleh kena heart attack aku.” Bebel Amani seorang diri di dapur. Tangannya dengan lincah sekali menyediakan air minuman buat tetamu.
“Ibu malam ni Amar naik fligt sama dengan Rafique. Dia pun akan balik sana malam ni juga.” Jelas Amar pada ibunya.
“Alahai tak penat ke main macam tu. Baru je sampai ni lepas tu malam ni dah nak balik sana.” Puan Sa’adah menggelengkan kepalanya.
“Rafique ni bukan apa ibu. Dia rindukan anak kesayangan ibu tu la.” Usik Amar. Puan Sa’adah tersenyum manis. Tidak sangka kedatangan Rafique balik hari semata-mata untuk bertemu dengan anak gadisnya.
“Amani tu pun rindu juga agaknya dekat kamu.” Usik Puan Sa’adah apabila ternampak kelibat anak gadisnya yang sedang menuju ke arah mereka sengan hidangan. Mata Syed Rafique terus menoleh pada Amani dan saat itu bibir Amani mencebik geram pada Syed Rafique.
“Jemput minum.” Amani menghulurkan secawan air pada Syed Rafique.
“Terima kasih.” Syed Rafique tersenyum pada Amani lalu di kenyitkan mata. Waktu itu Puan Sa’adah dan Amar tidak perasan. Amboi Syed Rafique Iskandar dah pandai main mata dengan Amani nampaknya. Amani yang melihatnya kenyitan itu terus membesarkan matanya.
Aku cucuk biji mata tu baru tau. Mentang-mentanglah mata dia lawa bukan main lagi nak kenyit dekat aku. Gerutu Amani sendirian sewaktu duduk bersebelahan dengan ibunya di mana setentang dengan Syed Rafique.
Bersambung....
NotaTerkepit: Sabar menanti walaupun tak pasti bila rezekinya. Meneruskan misi menyiapkan KTAC .Mood plissssss.. T_T
amboi..bila la mereka berdua nk bersanding..xsabar nk tunggu...
ReplyDeleteShuaidah: Sabar menunggu ya. Tak lama je lagi :)
Deletealahai..sanggup dtg jauh sbb buah hati semata2..hrp mereka disatukan lepas ini..hehehehe
ReplyDeleteShuaidah: Mereka akan kahwin gak nanti. Jeng3. Mekasih singgah dan baca :)
Delete