SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, April 13, 2015

[E-NOVEL] : DIA PEMBURU CINTA @ KTAC BAB 29 & 30

Assalamualaikum  u oolllssss.

Seperti biasa hari ni cik writer bagi lagi dua bab sambungan kisah Amani dan Rafique. Terima kasih yang singgah dan baca serta mekasih pada yang sudi like page cik writer Ayra Zahra. Nak friend dekat fb  Ayra Zahra pun boleh. Cewah sempat lg promote. Hihihi. Sekali sekala kan. :D

                                              
TAJUK BARU : KTAC 
 Mss Asal: Dirimu Satu - Jangan konpius ya-


BAB DUA PULUH SEMBILAN


           PETANG itu, Syed Rafique dan Amar duduk di pangkin dengan melantak buah durian yang baru saja di ambil dari dusun yang terletak belakang rumah Amani. Bukan main lagi dua jejaka ni makan durian. Seulas demi seulas masuk ke dalam mulut mereka.

          “Amar dekat KL pergi main futsal , badminton atau pergi gym tak?” Soal Syed Rafique sewaktu memandang Amar yang sedang berusaha mencekah buah durian. Sudah dua biji durian mereka makan.

         “Pergilah juga tapi tak selalu. Kenapa Rafique?” Soal Amar ingin tahu.

          “Kalau macam tu Amar datanglah dekat hotel. Boleh kita main sama-sama. Dah lama tak main sejak balik Malaysia. Adalah geng juga.” Pelawa Syed Rafique. D’Crown hotel sememangnya mempunyai ruang futsal, court badminton dan juga gym.

           “Hmmm boleh juga. Nanti ada masa saya ke hotel.” Jawab Amar dengan senyuman. Dia belum pernah lagi menjejakkan kakinya ke hotel tersebut. 

           “Perh sedap sangat durian ni. Lama tak makan raja buah ni.” Syed Rafique terus menyuap isi durian ke dalam mulutnya lagi. Amar tersenyum.

            “Eheeemm..hmmmm..” Amani berdehem dengan membawa dua botol air mineral untuk abangnya serta Syed Rafique. Amar tersenyum pada adiknya. Kalau ikutkan hati memang malas dia nak ke pangkin bawa air minuman tetapi arahan dari ibunya membuatkan Amani terpaksa akur.

             “Dik durian. Nah.” Hulur Amar pada adiknya sewaktu Amani meletakkan dua botol air mineral. Amani mengambilnya.

              “Bukan main lagi makan durian. Makanlah banyak-banyak nanti panas dalam baru tau.” Bebel Amani pada abangnya. Dia langsung tidak menoleh pada Syed Rafique.

              “Buah durian ni memang sedap Amani. Rugi kalau tak makan. Saya ni dah dua tahun tak makan durian.” Jawab Syed Rafique. Amani mencebik lalu duduk di sebelah abangnya.

              “Yala tu. Siapa suruh awak pergi jauh-jauh.” Bidas Amani dengan geram. 

              “Amani...” Tegur Amar. Namun Syed Rafique langsung tidak merasa kecil hati atau tersentak dengan perlian dari Amani. Dia sedar Amani masih marahkan dirinya.

            “Salah ke yang Amani cakap tu?” Soal Amani pada Amar. 

            “Tak salah tapi bukan ke hari tu Amani sendiri yang cakap Amani dah maafkan Rafique.” Barulah Amani mengerti. Dengan perlahan-lahan Amani menyuapkan seulas durian ke dalam mulutnya.

              “Tak ada kena mengena langsunglah abang ni. Ibu suruh Amani cakap pada abang dan juga Syed Rafique ni jangan makan banyak sangat. Takut panas dah satu hal . Lagi satu takut sakit perut dalam flight malam ni.” Amani terus menikmati rasa buah durian yang sememangnya sedap. 

               “Malam ni Amani ikut sekali hantar abang dengan Rafique dekat airport kan?” Amani menganggukkan kepalanya. Memandangkan abah kesayangannya mempunyai kesukaran untuk memandu malam semenjak pandangannya semakin kabur setelah usia makin meningkat. 

            “Amani masuk dululah. Hari dah petang ni.” Amani bangun dari pangkin. 

           “Eh jap Amani pandai bawa kereta?” Soal Syed Rafique dengan pelik. Amar dan Amani menoleh pada Syed Rafique dengan serentak.

          “Kenapa tanya? Awak ingat saya tak tahu bawa kereta ke?” Soal Amani. Syed Rafique tersenyum nipis.

          “Bukan begitu. Kalau awak boleh bawa kereta jadi senanglah saya nanti. Kalau saya nak datang sini bolehlah minta tolong awak jemput saya dekat airport.” Sengih Syed Rafique. Sengaja nak mengusik Amani.

           “Banyak handsome muka awak nak suruh saya jemput bagai.” Bibir Amani mencebik.
          “Memanglah saya handsome. Semua orang kata saya handsome.” Kata-kata yang keluar dari mulut Syed Rafique ketika itu membuatkan Amar ketawa kecil.

         “Eeeuuwwww.. Perasan gila awak ni ya. Tak kuasa saya nak menjemput awak. Teksi banyak naik je la teksi. Ingat malam ni pukul lapan pastikan dah siap okey. Kita gerak jam lapan tepat . Flight korang jam Sembilan malam kan. Karang kalau lambat terlepas flight pula.” Sempat Amani menitipkan pesan sebelum dia melangkah pergi.

          “Yes bos kecik.” Jawab Amar dengan selamba.

          “Amani tu jenis yang tepati masa ke Amar?” Soal Syed Rafique.

           “Tak juga. Saja je tu nak kasi peringatan dekat abang dia. Amani ni faham benar kalau saya bersiap. Lambat sikit confirm mulut dia seperti murai tercabut ekor. Jangan ingat Amani tu pendiam sangat tau. Dia tu diam dengan orang yang dia tak kenali mahu pun orang yang dia tak sukai. Kalau kena dengan gayanya memang kalah kita nak bercakap dengan dia. Bila Rafique dah kenal Amani betul-betul nanti pasti Rafique akan nampak sikapnya.” Jelas Amar . Syed Rafique tersenyum lagi. Sedikit sebanyak dia mula mengetahui tentang perilaku Amani.

          Agaknya mulut seperti murai tercabut ekor tu la yang menarik dan mencuri hati nenek untuk jadikan dia calon cucu menantu. Aku tak sabar untuk mengenali dirinya dengan lebih mendalam.

         MALAM itu, Encik Kamarul duduk termenung di hadapan laptop miliknya.  Peti email miliknya di semak. Sebaik saja terpandangkan email Sharifah Emelyn yang di baca dulu fikirannya mula terganggu. Siang tadi dengan secara tidak sengaja Encik Kamarul terserempak dengan Sharifah Emelyn. 

         Waktu itu dia baru saja selesai makan tengahari bersama rakan-rakan di kampus. Sharifah Emelyn pula sedang berjalan seiringan dengan seorang lelaki yang dia sendiri tidak mengenali. Sharifah Emelyn langsung tidak menyedari dirinya waktu itu kerana dia sedang bersembang serta ketawa bersama lelaki tersebut.

          “Jadi Emelyn sudah menemui pengganti aku?” Soal Encik Kamarul sendiri. Dia bagaikan tidak percaya yang kini Sharifah Emelyn sudah menemui penggantinya.

          “Tapi siapa lelaki itu. Dia nampak sangat berkarisma dan bekerjaya.” Hatinya mula tertanya-tanya. Sharifah Emelyn mendapat pengganti yang lebih baik dari dirinya. Melihat cara pemakaian lelaki tersebut pun dia sudah dapat agak yang lelaki tersebut merupakan orang berada dah dia yakin lelaki itu bukan calang-calangnya. 

          Entah mengapa melihat Sharifah Emelyn siang tadi membuatkan hatinya terusik sesuatu sedangkan antara dia dan Sharifah Emelyn tiada hubungan istimewa malah cinta Sharifah Emelyn suatu ketika dulu di tolak mentah-mentah namun apa yang dia nampak siang tadi membuatkan hatinya merasa kurang senang. Encik Kamarul buntu dan tidak faham apa yang berlaku pada dirinya.

        “Apa kena dengan aku ni? Aku cemburukan Emelyn dengan lelaki tu ke? But why.  Emelyn sudah ku anggap sebagai adik sendiri.” Encik Kamarul terus menyoal dirinya sendiri. 

        “Kamarul kau jangan nak hilang akallah. Kalau Emelyn sudah menemui pengganti sepatutnya aku gembira bukannya merasa kurang senang begini. Aku sepatutnya fikirkan tentang Amani bukan Emelyn.” Encik Kamarul menggelengkan kepalanya berkali-kali sebelum dia memfokuskan kembali ke skrin laptop. Ada kerja yang dia perlu siapkan malam ini namun fokus untuk dia menumpukan kerja hilang waktu ini. Dengan keluhan berat Encik Kamarul bangun dari kerusi dan menuju ke katilnya.

        “Kamarul boleh mama masuk.” Encik Kamarul yang baru saja ingin duduk di birai katil terus menukar langkahnya ke pintu bilik.

          “Ya mama. Masuklah.” Pelawa Encik Kamarul sewaktu pintu biliknya di kuak. Puan Junita tersenyum manis pada anak bujangnya. 

           “Mama ada hal sikit nak bincang dengan Kamarul.” Ujar Puan Junita sebaik saja menghenyakkan punggungnya di birai katil.

           “Hal apa tu mama? Macam penting je?” 

           “Hal Mazlyn. Siang tadi dia ada datang ke mari. Dia datang bawa buah tangan untuk mama. Kamarul dah jelaskan pada dia belum?” Soal Puan Junita. Encik Kamarul membuntangkan matanya.

              “Mazlyn datang sini? Mama hari tu Kamarul dah jelaskan pada dia. Budak tu memang tak faham lagi agaknya.” Marah Encik Kamarul. Puan Junita pula hanya menghela nafasnya dengan berat. Kedatangan Mazlyn siang tadi sungguh membuat dia terkejut. Mazlyn meminta sesuatu yang sukar untuk dia tunaikan.

               “Auntie tolonglah. Mazlyn sayangkan Encik Kamarul. Pujuklah Encik Kamarul terima Mazlyn.” Pujuk Mazlyn.

              “Kamu ni dah terdesak sangat ke nakkan anak lelaki auntie tu pensyarah kamu sendiri. Kamu ni Mazlyn tiada ke perasaan malu dengan meminta sebegini. Anak lelaki auntie tak bagitahu kamu ke apa yang dia fikirkan tentang kamu?” Soal Puan Junita. Mazlyn hanya diam membisu ketika itu.

            “Dia minta mama pujuk kamu terima dia. Peninglah mama dengan pelajar kamu ni. Apa dia dah terdesak sangat ke sehingga sanggup minta dengan mama macam tu?” Tambah Puan Junita lagi. Jelas sekali Encik Kamarul terkejut.

                “Jujur mama cakap. Mama tak berkenan langsung dengan dia. Cara dia. Everything about her. Rasanya Emelyn lebih baik dari Mazlyn.” Kali ini Encik Kamarul tersentak apabila mendengar nama Sharifah Emelyn. Baru sebentar tadi fikirannya di ganggu dengan bayangan Sharifah Emelyn.

              “Mama jangan risau. Kamarul tak pernah pun suka pada Mazlyn tu. Soal Emelyn itu cerita lama mama. Kamarul hanya anggap dia sebagai adik . Kamarul ada suka pada seorang pelajar Kamarul tapi menurut Maya dan Mazlyn dia tu dah berpunya.” Keluh Encik Kamarul dengan perasaan hampa. Maya sudah menerangkan padanya tentang perasaan Amani terhadapnya. Sukar untuk dia terima.

              “Mama nak tengok kamu berumahtangga Kamarul. Umur kamu bukannya muda lagi. Kalau susah-susah sangat nak cari isteri kamu kahwin saja dengan adik sepupu kamu Maya tu. Lagi senang mama nak uruskan. Tak payah nak peningkan kepala.” Dengan selamba Puan Junita memberikan cadangan.

            “Mama ni ke situ pula. Maya tu sepupu Kamarul. Antara kami tak mugkin ada perasaan cinta.” Encik Kamarul menjawab dengan yakin. 

            “Mama akan tunggu sampai hujung tahun ni. Kalau kamu tak ada juga calon biar mama pergi pinangkan Maya untuk kamu. Adik sepupu kamu tu masih lagi single dan available.” Ugut Puan Junita. Dia memang mahukan anak bujangnya itu mendirikan rumahtangga. Namun sehingga kini dia terus menunggu. Encik Kamarul hanya diam membisu. Tidak tahu apa yang perlu di katakan. Dia tidak berani mengikat sebarang janji dengan mamanya kerana bimbang dia tidak dapat menunaikan janji tersebut.

           “Kamu fikirlah baik-baik. Mama dah bosan dengar jawapan kamu sebelum ni. Mama keluar dulu. Tolong selesaikan urusan kamu dengan Mazlyn. Mama tak suka dia.” Puan Junita akhirnya bangun dan pergi dari situ. Encik Kamarul menggarukan kepalanya. Kusut fikirannya sekarang ini.

           “TERIMA kasih sebab sudi hantarkan saya dan abang awak dekat aiport. InsyaAllah ada masa nanti saya datang lagi jumpa awak di sini.” Ujar Syed Rafique pada Amani. Hanya tinggal mereka berdua saja di situ. Amar pula menghilangan diri seketika ke bilik air bersama abahnya. Ibunya pula tidak mahu ikut dek kerana mak ngahnya ada singgah di rumahnya tadi.
            “Hmmm.. Sama-sama. Sampaikan salam saya pada keluarga awak.” Pinta Amani pula. Namun pandangan Amani di halakan ke lantai. Dia tidak mahu memandang wajah Syed Rafique.

           “InsyaAllah. Cepat balik sana ya. Boleh saya jumpa awak selalu.” Dengan pantas Amani merenung tajam pada Syed Rafique.

            “Eh saya tak ada masa nak jumpa awak dekat sana. Bila waktu belajar saya memang sibuk. So awak janganlah nak berangan dapat jumpa saya ya. Tak ingin saya jumpa awaklah.” Jawab Amani dengan selamba. Syed Rafique hanya senyum.

            “Itu kata awak bukan kata saya. Kita tetap akan berjumpa. Saya akan gunakan tempoh enam bulan yang di berikan dengan sebaik mungkin. Lepas tu saya akan buat keputusan walaupun saya tau awak dah dapat agak keputusan saya. Dari sudut pandangan saya pada awak sekarang ni saya juga dapat agak apa jawapan awak nanti.” Amani mencebik.

            “Awak ingat awak tu ahli nujum ke yang boleh tilik apa jawapan yang saya nak berikan nanti?” Soal Amani dengan selamba.

            “Saya tahu apa jawapan awak Amani.” Sekali lagi Amani mencebik pada Syed Rafique.

           “Buatlah selalu cebikan awak tu. Tunggulah masanya nanti taulah apa saya nak buat dengan awak bila awak cebik rupa itu.” Ugut Syed Rafique. Mata Amani terus terbeliak. Di hadiahkan pada Syed Rafique jelingan tajam. Amani mencari-cari kelibat abang dan abahnya. Lemas rasanya setiap kali duduk berdua-duan dengan Syed Rafique. Mereka mendiamkan diri buat beberapa minit sebelum munculnya Amar dan Encik Hisham.

           “Sorry lama pula abang dekat toilet.” Sengih Amar . Di sisinya pula ada abahnya. 
           “Kita dah kena masuk dalam ni Amar.” Ujar Syed Rafique. 

          “Abah. Amar pergi dulu ya.” Amar menghulur tangan lalu bersalaman dengan abah kesayangannya sebelum beralih pada adik perempuan.

          “Yalah. Jaga diri kamu baik-baik.” 

         “Abang. Kalau sampai sana jangan lupa call kami.” Pesan Amani dengan senyuman manis.

         “Okey nanti abang call.” Selepas Amar kini giliran Syed Rafique pula bersalam dengan abah Amani.

         “Pak cik saya minta diri dulu. Terima kasih untuk semuanya terutama sekali buah durian siang tadi . Saya dah lama tak makan durian. Terima kasih banyak-banyak ya.” Syed Rafique menggenggam erat tangan Encik Hisham sebelum dia menundukkan dan mengucup tangan Encik Hisham penuh hormat.

        “Sama-sama. Ada masa lapang nanti datanglah lagi.” Pesan Encik Hisham sambil menepuk lembut bahu Syed Rafique. 

          “Saya balik dulu Amani. Nanti kita jumpa lagi.” Amani hanya anggukkan kepalanya dengan senyuman manis. Abahnya di sebelah jadi dia tidak bolehlah buat perangai. Sejurus selepas itu Amar dan Syed Rafique terus masuk ke dalam. Mereka saling berbalas lambaian untuk seketika sebelum Amar dan Syed Rafique hilang dari pandangan.

           “Abah jomlah kita balik.” Ucap Amani sewaktu memandang wajah abahnya. Encik Hisham dan Amani mula melangkah menuju ke pintu keluar.

            “Rafique okey ke ni?” Soal Amar sewaktu mereka berada di dalam perut kapal terbang. Seat mereka juga bersebelahan sungguh tidak di jangka.

            “Okey je. Cuma rasa berat je nak say goodbye pada Amani tadi.” Luah Syed Rafique jujur. Amar tersenyum penuh makna.

           “Kalau rasa dah sukakan Amani tu mengaku sajalah dan lepas ni bolehlah memikat hati adik kesayangan saya tu. Tapi bila Rafique nak bagitahu sebab utama Rafique tinggalkan majlis dulu pada Amani.” Soalan Amar membuatkan Syed Rafique terdiam seketika.

            “Biarlah jadi rahsia dulu. Terima kasih Amar sebab simpan rahsia ni dari pengetahuan keluarga awak dan juga keluarga saya.” Jawab Syed Rafique. Dia telah menceritakan pada Amar tentang kejadian dua tahun yang lalu sewaktu dia dan keluarga datang bercuti di kampung Amani. Bukan dia tidak mahu menceritakan apa yang terjadi pada mereka tetapi bila memikirkan tentang hubungan kekeluargaan yang sudah makin renggang membuatkan Syed Rafique berfikir tiga empat kali. 

           “Kita dah pun jadi kawan Rafique. So kalau ada rasa bebanan yang besar yang tak mampu nak kongsikan dengan orang lain Rafique boleh kongsi dengan abang.” Dengan tiba-tiba Amar menukarkan panggilannya dari Amar menjadi abang. Sekiranya Amani dan Syed Rafique berkahwin kelak dia tetap harus membahasakan dirinya dengan panggilan abang Amar. Syed Rafique tersenyum lega.            
        



************************************


BAB TIGA PULUH 

            PANJANG langkah Sharifah Emelyn sewaktu melangkah masuk ke lobi. Tiba saja di depan pintu lift terus dia menekan  butang lift untuk menuju ke office miliknya yang terletak di tingkat lapan.  Sebaik saja pintu lif terbuka, Sharifah Emelyn terus melangkah masuk ke dalam lalu menekan angka lapan. Baru saja pintu lift ingin tertutup ada tangan yang menghalangnya. 

           “Cik Emelyn.. Cik Emelyn..” Termegah-megah perempuan itu sebaik saja menyelusup masuk ke dalam lift. Sharifah Emelyn terkejut.

            “Ya saya. Kenapa ni Mas?” Soal Sharifah Emelyn. Perempuan yang berdiri di sebelahnya itu adalah staff nya yang berada di bahagian receiptionist.

            “Ni ha ada nota untuk Cik Emelyn. Saya terlupa nak kasi. Maafkan saya ya Cik Emelyn.” Mas menghulurkan nota tersebut.

          “Dari siapa?” Soal Sharifah Emelyn ingin tahu . Dia kemudiannya membaca nota yang tertera.

           “Encik Syed Zarith.” Sharifah Emelyn terkedu sebaik membacanya. Ternyata Syed Zarith menunggu panggilannya. Namun Sharifah Emelyn tidak menjangka yang abang sepupunya datang mencari di hotel.

            “Tak mengapalah. Terima kasih Mas.” Sharifah Emelyn tersenyum lalu menyumbat nota tersebut dalam handbag nya. Tidak lama kemudian pintu lift terbuka dengan seluasnya.

              Sharifah Emelyn keluar dari perut lift dan menuju ke ruang pejabatnya manakala Mas pula menekan kembali butang lift menuju ke tingkat bawah. Baru saja dia ingin menolak pintu biliknya namanya di panggil.

             “Cik Emelyn..” Sharifah Emelyn tidak jadi melangkah malah dia menoleh ke belakang.
             “Ya Izzati. Ada apa?” Soal Sharifah Emelyn.

            “Baru-baru ni saya ada nampak Encik Syed Zarith datang dekat sini. Bila dia balik sini? Saya tak pasti dia cari siapa waktu tu.” Soal Izzati. 

            “Memang dia dah balik tapi tolong jangan bagitau pada abang Rafique ya. Biar saya yang uruskan dulu tentang Syed Zarith tu.” Pinta Sharifah Emelyn. Dia tidak mahu Syed Rafique tahu akan kedatangan Syed Zarith ke sini bimbang akan jadi pergaduhan. Sekarang ni hubungan antara mereka berdua sememangnya tidak sebulu.

          “Baiklah Cik Emelyn.” Jawab Izzati dengan anggukan kecil. Sharifah Emelyn turut membalas senyuman  tersebut sebelum dia melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Sharifah Emelyn kemudiannya duduk di kerusinya lalu bersandar. 

         “Perlu ke aku berjumpa dengan abang Zarith. Abang Rafique memang tak benarkan aku jumpa dia. Apa motif dia sebenarnya ni?” Soal Sharifah Emelyn dengan pelik. Dia sendiri pelik dengan abang sepupunya yang tak henti-henti menelefonnya sedangkan mereka tidak akrab mana pun. Sharifah Emelyn yakin pasti ada sesuatu yang cuba di rancang oleh Syed Zarith ketika ini.

         “Biarlah dia.” Ucap Sharifah Emelyn dengan perlahan sebelum dia memulakan tugasnya. Minggu ini dia agak sibuk dengan kerja dan event yang akan di adakan di hotel milik keluarganya.

          Namun baru saja dia membelek helaian kertas tentang perancangan event minggu ini, dia di kejutkan dengan bunyi smartphone nya yang di mana bunyi tersebut menandakan suatu pesanan mesej telah di terima olehnya. Dengan bermalasan dia meraba-raba smartphone yang berada di dalam handbag yang terletak bersebelahannya. Matanya pula sibuk melihat senarai-senarai yang telah di kemasikini oleh bahagian pengurusan yang di mana meliputi keseluruhan apa yang di perlu oleh client mereka.

          Kemudiannya pemerhatiaan di alih pada smartphone miliknya sebaik saja di keluarkan dari handbag. Dia terkejut membaca mesej yang baru di terima olehnya itu.

           Abang tunggu dekat lobi. Emelyn turun sekarang. We need to talk.

         “Abang Zarith ada dekat sini. Apa dia nak ni? Menyusahkan orang betullah. Dahlah dah menipu abang aku.” Bebel Sharifah Emelyn lalu bangun dari tempat duduknya. 

           SYED Zarith menunggu Sharifah Emelyn di lobi. Sudah jenuh dia menghubungi adik sepupunya itu namun langsung tidak berangkat. Hari ini sekali lagi dia nekad untuk datang ke mari semata-mata untuk bertemu dengan adik sepupunya itu.

          Sharifah Emelyn mencari kelibat abang sepupunya di sekitar lobi. Dia menoleh ke kanan dan kiri sebelum pandangannya dapat menangkap seraut wajah Syed Zarith. Dengan perlahan-lahan Sharifah Emelyn mendekatinya.

            “Kenapa abang Zarith nak jumpa Emelyn?” Soal Sharifah Emelyn . Syed Zarith yang sedang memandang telefonnya terus terkejut dan pandangannya terus di halakan pada wajah Sharifah Emelyn yang sedang berdiri di hadapannya .

            “Hai Emelyn.” Mata Syed Zarith langsung tidak berkedip dari memandang wajah Sharifah Emelyn.

            “Kenapa abang Zarith nak jumpa Emelyn? Sekarang ni Emelyn tengah sibuk dengan kerja.” Soal Sharifah Emelyn sekali lagi.

            “Erkk.. Salah ke kalau abang datang nak jumpa adik sepupu abang?” Sharifah Emelyn menggelengkan kepalanya dengan perlahan sebelum dia melangkah dan menuju ke sofa yang di letakkan di suatu sudut.

           “Straight to the point please.” Pinta Sharifah Emelyn. Dia tiada masa untuk duduk bersembang lama-lama dengan Syed Zarith ketika ini.

           “Saja datang jumpa Emelyn. Kita dah lama tak jumpa. Abang tak sangka yang adik sepupu abang makin lawa sekarang ni. Kalau macam ni gayanya tak mustahil kalau abang Zarith jatuh cinta dengan Emelyn.” Syed Zarith mula mengayat adik sepupunya. Di henyakkan punggungnya di sebelah Sharifah Emelyn. Malah dia cuba merapati adik sepupunya. Sharifah Emelyn merenung tajam Syed Zarith.

            “Kalau tak ada hal penting, Emelyn naik dulu. Ada kerja perlu di selesaikan. Ada baiknya abang Zarith pergi dari sini. Kalau abang Rafique nampak susah nanti.” Syed Zarith mengerutkan dahi.

             “Susah apanya. Abang Emelyn tu kan sepupu abang juga.” Sharifah Emelyn tersenyum sinis.

              “Abang Zarith, Emelyn dah tahu semuanya apa yang berlaku di antara abang dengan abang Rafique dua tahun lalu. Actually abang Rafique dah ceritakan serba sedikit apa yang berlaku pada abang Zarith dekat sana dulu. Emelyn tak sangka abang sanggup lakukan sedemikian pada abang Rafique sedangkan abang dan abang Rafique amat rapat sebelum ni.”  Sharifah Emelyn terus berdiri. Syed Zarith terkejut. Nampak gayanya Syed Rafique terlebih dahulu menceritakan apa yang berlaku. Baru saja dia memikirkan untuk menceritakannya ke versi yang baru.

         “Emelyn tu hanyalah salah faham saja.”

         “Apa motif abang sebenarnya ya? Lagi satu apa rancangan yang abang sedang buat sekarang ini untuk kami?” Soal Sharifah Emelyn lagi. Syed Zarith menarik nafasnya dalam-dalam. 

           “Kalau abang cakap abang nak tebus balik kesalahan abang yang dulu macam mana?” Soal Syed Zarith ingin tahu. Sharifah Emelyn rasa ingin ketawa saat ini.

           “Macam mana abang nak tebus dosa abang pada abang Rafique, nenek, atuk semua tu?” 

          “Dengan kahwin dengan Emelyn.” Mendengar saja jawapan itu membuatkan Sharifah Emelyn terkejut .

          “Jangan mengarut abang Zarith. Abang dengan Emelyn kahwin? Tak mungkin. Emelyn akan berkahwin dengan orang lain. Keluarga dah carikan jodoh yang sesuai untuk Emelyn. Lagi satu abang Zarith dah macam abang kandung Emelyn sebelum ni tapi sekarang tak lagi kot. Sebab abang orang lain yang dapat masalah. Daripada abang fikir nak kahwin dengan Emelyn ada baiknya abang tolong pak su dekat office dan minta maaf pada abang Rafique , nenek dan atuk. Jangan ingat Emelyn tak tahu niat abang nak kahwin dengan Emelyn. Jujur Emelyn katakan yang Emelyn dah hilang percaya pada abang sejak abang buat abang Rafique tertipu dengan sandiwara abang tu. Jangan nak menipu sakit semata-mata untuk dapatkan perhatian . Bukan apa Emelyn takut sandiwara yang abang reka tu menjadi realiti.” Jelas Sharifah Emelyn dengan panjang lebar sebelum dia meninggalkan Syed Zarith sendirian di situ. 

           Sharifah Emelyn perlu bergegas kembali ke tingkat atas untuk menyelesaikan kerjanya yang masih lagi terbelangkalai. Jikalau dia terus melayan karenah abang sepupunya sudah tentu kerjanya langsung tidak berjalan. Syed Zarith hanya mampu memandang saja Sharifah Emelyn pergi saat ini. 

           “Budak Emelyn ni nampak je lurus tapi kepala otak dia memang bijak. Boleh dia hidu niat aku pada dia.” Nampak gayanya Syed Zarith tidak berjaya dengan trick untuk membuatkan Sharifah Emelyn jatuh cinta dengannya.

             Syed Rafique sedang berdiri di sebalik tiang. Dia bersembunyi di situ setelah berjaya menemui adiknya. Tadi dia singgah ke bilik adiknya Emelyn untuk berbincang tentang perkembangan event yang akan berlangsung di hotel mereka.

             “Berani sungguh kau Zarith datang ke sini. Apa pula permainan yang kau cuba ciptakan?” Desis Syed Rafique dengan perlahan. Sejurus selepas itu Syed Zarith meninggalkan lobi tersebut. Sebaik saja Syed Zarith hilang dari pandangan, terus Syed Rafique melangkah menuju ke lift. Dia akan bertanyakan pada adiknya tentang perbincangan di antara Sharifah Emelyn dengan Syed Zarith.

               PUAN Sa’adah telah pun menyiapkan kuih serimuka untuk di berikan kepada ibu saudaranya yang duduk di hujung simpang jalan yang selang lebih kurang lima buah rumah dari rumah mereka.

              “Amani. Tolong hantarkan kuih ni dekat rumah mak Uteh. Dia minta ibu buatkan. Katanya nak makan.” Pinta Puan Sa’adah. Amani yang ketika itu sedang menyusun pudding pelangi yang di buatnya ke dalam peti ais.

               “Ibu kalau Amani tak pergi hantar tak boleh ke?” Soal Amani sewaktu menoleh. Ketika itu peti sejuk telah di tutup dengan perlahan.

               “Alah pergi je la. Bukan lama pun. Amani pergi hantar sudahlah lepas tu balik.” Pujuk Puan Sa’adah. Dia masak sangat dengan karenah anak perempuannya. Dia bukan tidak suka ke rumah mak Uteh tetapi yang dia tak suka dengan Amani selepas kes dua tahun lalu. 

             Amani menghela keluhan. Dia tahu kalau dia sampai di rumah mak uteh nanti pasti kes yang lalu di ungkit lagi. 

            “Pergilah Amani. Sekejap je. Mak Uteh tu tak berapa sihat sekarang ni. Tak adanya dia nak marah atau melenting tengok Amani. Percayalah cakap ibu ni.” Pujuk Puan Sa’adah lagi. Semalam bapa saudaranya datang minta buatkan kuih serimuka untuk isterinya. Katanya teringin nak makan.

            “Hmmmm ya lah. Amani pergi hantarkan.” Amani bergerak ke arah ibunya untuk mengambil tupperware yang berisi dengan kuih. Sejurus selepas itu Amani naik ke atas untuk menyarungkan tudung di kepalanya.

            Langkah demi langkah di atur sewaktu menuju ke rumah Mak Utehnya. Akhirnya Amani tiba di jua di depan tangga rumah tok saudaranya.

            “Assalamualaikum...” Amani memberikan salam pada tuan rumah. Dua tiga kali dia member salam barulah tuan rumah menyahut.

             “Waalaikumussalam. Hah kau Amani. Apa hal datang ke rumah aku ni?” Soal seorang perempuan sebaya Amani. 

             “Seha mak Uteh ada. Aku nak bagi kuih ni dekat dia. Ibu aku suruh hantar.” Pinta Amani sewaktu memandang wajah Seha yang merupakan anak kepada mak uteh.

            “Bila masa pula mak aku suruh ibu kau buatkan kuih ni. Mak aku tak inginkanlah nak makan makanan dari keluarga kau.” Jawab Seha dengan angkuh sekali.

             “Seha..” Jerit Pak Uteh yang muncul dari belakang rumah. Terkejut Seha mendengar suara ayahnya.

             “Kenapa tak jemput Amani naik ke rumah? Mak kamu nak sangat makan kuih tu. Semalam ayah yang minta ibu Amani buatkan.” Tergur Pak Uteh membuatkan Seha tarik muka empat belas.

            “Pak Uteh apa khabar?” Soal Amani dengan senyuman nipis.

            “Alhamdulilah sihat. Jomlah naik. Mak Uteh kamu ada dekat atas tu haaa.” Pelawa Pak Uteh. Amani menganggukkan kepalanya lalu mengekori pak uteh nya dari belakang.

            “Huh menyampah betul aku tengok perempuan ni. Dekat kampung pun muka dia dekat kampus pun muka dia juga yang aku tengok. Mak pun satu hal sejak bila mengada-ngada nak suruh ibu Amani buat kuih. Dah buang tabiat agaknya orang tua tu. Dulu bukan main benci lagi dekat Amani. Cakap Amani conteng arah pada keluarga. Semua yang ada kaitan dengan Amani turut terkena tempias. Sekarang boleh pula minta tolong ibu Amani.” Bebel Seha seorang diri di tangga rumahnya sebelum dia melangkah mengekori ayahnya serta Amani.

              “Mak Uteh.” Sapa Amani lalu menghulurkan tangan untuk bersalam.

              “Ya Allah. Amani kamu datang nak.” Ujar Mak Uteh dengan riak gembira sewaktu melihat wajah Amani.

               “Ya mak uteh. Amani datang bawakan kuih ni. Ibu suruh Amani kasi kuih ni dekat mak uteh.” Jawab Amani lalu menghulurkan tupperware tersebut.

               “Terima kasih ya. Mak Uteh memang teringin nak makan kuih yang ibu kamu buat. Tak sangka mak uteh yang Amani jejakkan kaki juga ke rumah mak Uteh . Dah lama Amani tak datang sini. Semuanya sebab mak Uteh jugakan.” Amani tersenyum kelat mendengarnya. Ya dia sedar sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke rumah ini. Bukan dia tidak mahu datang tetapi Amani tidak sanggup untuk terus biarkan Mak Uteh nya itu melemparkan tuduhan yang tak berasas malahan jeritan dari mulut Mak Uteh boleh di dengari beberapa buah rumah.

          “Tak mengapalah Mak Uteh. Perkara yang lepas tak usahlah di kenangkan. Amani pun nak minta maaf dengan Mak Uteh kalau Amani ada sakitkan hati mak Uteh sekeluarga.” Pohon Amani pula. Seha yang sedang berdiri di pintu bilik ibunya hanya mencebik. 

           “Kamu tak salah apa-apa pun. Mak Uteh yang salah. Bila Mak Uteh sakit baru mak Uteh sedar akan kekhilafan Mak Uteh pada kamu. Di sebabkan mulut ni kamu yang di caci di atas kesilapan orang lain. Mak Uteh dengar lelaki yang sepatutnya berkahwin dengan Amani dulu datang jumpa kamu dan mereka bercadang untuk teruskan majlis yang musnah dulu. Betul ke?” Soal Mak Uteh. Jelas sekali Seha terkejut besar mendengarnya.

            “Amani belum buat keputusan lagi Mak Uteh.” Itu saja jawapan yang mampu di berikan oleh Amani ketika ini.

            “Haaa Seha yang kamu tercegat depan pintu ni pasal apa? Pergilah dapur buatkan air untuk Amani.” Tegur ayah Seha.

           “Eeee tak kuasalah Seha nak buatkan air untuk Amani. Tolonglah. Dia tu siapa?” Soal Seha .

           “Dia tu tetamu kita. Kalau begini perangai kamu Seha jangan haraplah ada lelaki yang nak masuk pinang kau. Seha dekat kampus berperangai macam ni juga ke Amani?” Pak Uteh menggelengkan kepalanya berkali-kali. Seha anak gadis yang bongsu mereka.

        “Tak adalah Pak Uteh. Dekat kampus Amani jarang sangat bertembung dengan Seha. Yalah masing-masing sibuk.” Jelas Amani dengan senyuman. Seha menjeling tajam. Dia dan Amani memang tak pernah sebulu. Persengketaan yang di cipta oleh Seha adalah sebab cemburu dan iri hati pada Amani. Dia tersangat bengang setiap kali orang kampung mahu pun kaum kerabatnya membezakan sikapnya dengan Amani. 

Bersambung...

NotaTersepit: Berperang dengan manuskrip KTAC.. Pening-pening T_T

4 comments:

Tq sudi komen.:D