SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, August 3, 2015

[E-NOVEL] : DIA PEMBURU CINTA @ KTAC BAB 37 & 38

Assalamualaikum u olllsss..

Waaa rasanya dah sebulan lebih blog ni sepi tanya entry. Ya tak? Oh ya sebelum tu cik writer nak ucapkan Selamat hari raya aidilfitri pada pembaca setia blog ni. Ampun maaf andai ada silap dan salah mahu pun terkasar bahasa. Kosong kosong ya. Hari ni cik writer kongsikan dua lagi bab mss KTAC. Terima kasih singgah dan baca ya. :D


                                               
TAJUK BARU : KTAC 
 Mss Asal: Dirimu Satu - Jangan konpius ya





BAB TIGA PULUH TUJUH



          HUJUNG minggu itu, berlangsungnya sambutan majlis ulangtahun kelahiran Puan Sharifah Maimun. Keluarga Amani turut berada di situ untuk sama-sama meraikan majlis yang di buat dalam keadaan sederhana. Malah sebelum majlis itu berlangsung para tetamu yang hadir menunaikan solat isyak berjemaah. Puan Sharifah Maimun dan suami merasa sungguh gembira kerana tahun ini sekali dia mereka berpeluang mengadakan majlis sebegini. 

        “Selamat hari lahir nek Pah. Amani doakan nenek panjang umur di berikan kesihatan yang baik dan sentiasa bahagia di samping atuk , anak , menantu dan cucu.” Amani tersenyum pada nek Pah.

          “Terima kasih Amani. Nenek gembira sangat tahun ni sebab ada Amani. Nenek nak ucap terima kasih pada Amani sebab sudi terima lamaran kami. Nek Pah yakin yang arwah nek Wan turut gembira sekiranya dia masih ada lagi bersama dengan kita hari ini. Terima kasih ya Amani. Nenek pilih Amani sebagai calon menantu bukan kerana nenek terdesak nak cucu menantu ke apa ke. Nenek pilih Amani sebab sikap Amani. Ingat tu tau.” Balas nek Pah dengan senyuman manis.

           Dia dan keluarga mengucap syukur kerana Amani akhirnya bersetuju dan menerima lamaran dari mereka. Yang pasti orang yang paling gembira sekali adalah Syed Rafique. Amani telah memberikan jawapannya pada siang tadi. Syed Rafique sungguh gembira kerana dia sedar bukan mudah untuk Amani memberikan jawapan apa yang berlaku pada mereka dua tahun lalu banyak mengajar Amani untuk lebih berhati-hati dalam membuat keputusan.

         Syed Rafique memandang Amani yang sedang berbicara dengan neneknya. Sungguh tidak puas dia menatap wajah Amani yang sungguh cantik dan comel malam ini. Di tambahan pula di badan Amani tersarung dengan baju yang di belikan oleh Syed Rafique tempoh hari. 

        “Betul ke ni Amani? Awak terima lamaran dari keluarga saya? Awak dah fikir masak-masak ke?” Soal Syed Rafique bertalu-talu. Tidak berkedip matanya memandang wajah Amani waktu itu. Amani menganggukkan kepalanyan dengan perlahan.

          “Betullah. Saya dah dapat jawapannya. Sebab tu la saya nak jumpa awak hari ni. Ingat nak bagitahu malam nanti dekat majlis nek Pah tapi tu biarkan kejutan untuk nek Pah. Saya bagitahu awak dulu. Saya dah fikir masak-masak dan saya dah dapat jawapan yang saya cari. Saya beri awak peluang kedua dan terakhir ni ya. Jadi saya harap awak mengertilah.” Jawab Amani dengan tenang. Setelah berbicara dengan kakak sepupunya malam itu, Amani banyak berfikir dan dalam masa yang sama juga dia turut memohon petunjuk dari Allah. Harapannya hanya satu semoga apa yang bakal dia lakukan dan tempuhi akan mendapat keredhaan dari Ilahi.

         “Terima kasih Amani. InsyaAllah. Saya sungguh gembira hari ni dan saya pasti nenek adalah orang yang paling gembira malam nanti.” Amani hanya mampu membalas senyuman dari Syed Rafique sebelum dia melarikan anak matanya ke tempat lain. Syed Rafique tidak lepas memandang wajah Amani saat itu.

          “Tapi saya nak tahu satu perkara. Yang dah lama saya nak tanyakan pada awak.” Ujar Amani dengan tiba-tiba sebaik mendongakkan kepalanya kepada Syed Rafique.

          “Awak nak tanya pasal apa?” Soal Syed Rafique.

           “Sebab utama awak tinggalkan majlis kahwin dulu. Saya nak tahu sebabnya. Boleh awak cerita pada saya?” 

           “Saya perlu tahu sebabnya Rafique. Jangan bagi saya dapat tahu dari mulut orang lain.” Tambah Amani lagi. Syed Rafique menganggukkan kepalanya dengan perlahan-lahan. Sudah tiba masanya untuk dia menceritakan peristiwa tersebut.

           “Baiklah saya akan ceritakan pada awak. Oh ya abang awak Amar dah tahu perkara ini. Saya dah lama ceritakan pada sebelum kita di pertemukan di kampung.” Ucap Syed Rafique. Dahi Amani berkerut.

             “Abang Amar dah tahu?” Soal Amani bagaikan tidak percaya.

            “Yup. Saya bertemu dengan abang awak dekat hotel saya dulu. Jadi dia tanya maka saya ceritakanlah pada dia. Tak kan awak tak perasan. Kalau abang awak tu tak tahu cerita sebenar tak ada maknanya kitaorang boleh jadi geng masa dekat kampung.” Jelas Syed Rafique. Amani mula mengerti.

              “Oh patutlah awak dengan abang Amar bukan main baik lagi. Rupa-rupanya dah kenal dan dah tahu cerita. Memang tak adil.” Cebik Amani. Syed Rafique tersenyum melihat cebikan Amani.

             “Kalau tak mesti abang Amar awak dah bagi penumbuk free dekat saya waktu saya dan keluarga tiba di rumah awak dulu.” Amani hanya diam. Sejurus selepas itu barulah Syed Rafique membuka kisah dua tahun lalu. Di mana ianya melibatkan Syed Zarith. Sedikit sebanyak tentang Syed Zarith di ceritakan pada Amani. 

              “AWAK... Awak...” Amani melambaikan tangannya memanggil Syed Rafique. Mata Syed Rafique memang memandang Amani namun dia seolah-olah berada di dalam dunianya sendiri. Amani bercekak pinggangnya. Di panggil tidak bersahut. Akhirnya Amani menepuk tangannya sehinggakan Syed Rafique kembali pada alam yang nyata.

             “Dah sampai mana awak berangan?” Soal Amani sambil menggelengkan kepalanya. Dengan selambanya Syed Rafique hanya tersengih padanya.

             “Masih dalam Malaysia. Kenapa? Awak rindu saya ke?” Usik Syed Rafique. 

             “Eee perasannya dia. Tolong sikit. Nek Pah dah panggil awak dari tadi tahu. Awak ni kenapa? Ada masalah ke? Diorang dah sedia nak potong kek dekat sana.” Ujar Amani. Syed Rafique menoleh mencari wajah neneknya.

             “Sorry la. Saya berangan jap tadi. Berangan dekat awak juga Amani. Jomlah kita ke sana.” Amani menggelengkan kepalanya sebelum mereka berjalan seiringan menuju ke meja yang tersedia.

              “Abang tolonglah. Ida tak nak masuk dalam tu.” Mohon Puan Sharifah Zalida. Mereka masih berada di luar hotel.

              “Ida awak jangan nak buat perangai. Kita masuk dalam jumpa umi dan ayah. Mereka tu orang tua awak. Ingat pesan saya masuk dalam minta maaf dengan mereka. Dah jom masuk. Sudahlah anak lelaki awak tu menghilangkan diri awal-awal lagi. Selamba dia je tak nak datang. Siaplah Zarith nanti.” Dengan tegas Syed Azman bersuara. Dengan langkah yang berat Puan Sharifah Zalida mengekori dari belakang.

               Dia masih tidak bersedia untuk bertemu mata dengan orang tuanya. Dia masih menyimpan kesakitan dan ketidakpuasan akan peristiwa yang lalu.

               “Man sampai pun. Umi dengan ayah dah tunggu dekat sana. Zarith tak datang sekali ke?” Soal Tuan Syed Zainal sebaik saja ternampak wajah adik iparnya. Sharifah Zalida berada di belakang suaminya dengan wajah yang masa mencuka.

              “Zarith bukannya tau duduk rumah. Entah mana dia pergi. Saya dah bagitahu dia abang Nal pasal majlis malam ni.” Jawab Syed Azman pula.

              “Ida apa khabar?” Soal Syed Zainal sebaik saja terpandangkan wajah adik perempuannya.
              “Alhamdulilah Ida sihat seperti yang abang tengok. Cuma dekat dalam ni saja yang tak berapa nak baik lagi.” Dengan selamba Puan Sharifah Zalida menjawab. 

             “Ida..” Tegur Syed Azman.

              “Alhamdulilah. Pergilah jumpa umi dan ayah. Diorang tu rindukan kamu Ida. Dahlah balik sini kamu tak datang jengguk mereka.” 

              “Abang rasa Ida patut ke jengguk mereka setelah apa yang umi dan ayah buat pada Zarith dulu. Abang Nal ingat senang ke Ida nak lupakan. Umi dan ayah memang pilih kasih pada cucu-cucunya.” 

             “Sharifah Zalida. Ingat sikit. Awak sedang bercakap dengan abang kandung awak. Berapa kali abang nak cakap apa yang berlaku pada Zarith adalah punca dari dirinya sendiri.” Marah Syed Azman. Dia tidak suka isterinya berbicaea sedemikian.

             “Ida sepatutnya abang dan kakak yang marahkan pada Zarith di atas apa yang berlaku dulu tapi kamu pula menyalahkan umi dan ayah dalam hal ini. Macam ni la kalau kamu rasa kamu tu di pihak yang benar abang nasihatkan Ida pergi jumpa dengan umi dan ayah dan minta mereka ceritakan apa sebab musababnya.  Kenapa mereka pecat Zarith dulu. Dah pergi jumpa mereka. Jangan lupa minta maaf sekali. Tak kiralah siapa bersalah sekali pun yang penting minta maaf dengan ikhlas.” Sharifah Zalida mencebik.

             “Kalau ikutkan hati memang Ida tak nak datang sini tapi abang Man ni yang paksa.” Syed Azman menggelengkan kepalanya.

              “Sharifah Zalida...” Dengan tegas suaminya memanggil. Sharifah Zalida terus melangkah ke depan. Malas dia bertekak dengan abang dan suaminya.

              “Man sudahlah tu. Bawa Ida jumpa umi dan ayah. Biar dia tahu dari mulut umi dan ayah bukan dari mulut kita.” Tuan Syed Zainal mengusap bahu adik iparnya.

              “Abang Nal tengoklah perangai dia sekarang ni. Macam mana saya ni tak rasa nak marah. Dengan abang sendiri dia boleh cakap macam ni. Dengan umi dan ayah pula Man tak tahulah macam mana. Bila umi dan ayah nak buka rahsia tentang apa yang Zarith dah lakukan dulu. Sampai bila mereka nak diamkan. Makin umi dan ayah diamkan hal ni makin teruk Ida tu bang Nal. Makin dia bencikan umi dan ayah dan terus bersangka buruk pada keluarga abang. Kita tak boleh biarkan. Sudah dua tahun lebih berlalu masalah ni.” Ucap Syed Azman. 

            Tuan Syed Zainal menghela nafasnya dengan berat. Dia juga ingin adiknya mengetahui kisah sebenar namun orang tuanya masih menghalang.

           “InsyaAllah. Tiba masa sesuai nanti pasti umi dan ayah akan terangkan pada Ida. Sekarang mereka lakukan untuk Ida juga. Umi dan ayah tak mahu kesihatan Ida terjejas nanti.” Syed Azman menghela nafas dengan berat sebelum menganggukkan kepalanya. Akhirnya mereka berdua melangkah seiringan menuju ke arah orang tua mereka.

           “MAK Su.” Panggil Syed Rafique. Sharifah Zalida menoleh pada anak buahnya lalu mempamerkan senyuman paksa. Syed Rafique mendekati ibu saudaranya lalu bersalaman.

            “Apa khabar Mak Su?” Soal Syed Rafique lagi.

             “Alhamdulilah sihat. Mak Su dengar kamu dan Emelyn nak kahwin tak lama lagi.” Jawab Sharifah Zalida. Syed Rafique tersenyum.

             “Betul Mak Su. Rafique dengan Emelyn akan berkahwin. InsyAllah dalam tahun ni jugalah. Dalam perancangan lagi. Zarith tak datang ke?” Soal Syed Rafique lalu mencari kelibat sepupunya. Walaupun hubungan mereka tidak berapa baik selepas apa yang berlaku di luar negara dulu tidak bermakna Syed Rafique tidak mengendahkan kewujudan sepupunya itu.

             “Tak datang pun. Mana bakal isteri kamu. Nak juga Mak Su tengok macam mana rupa. Boleh ke dia tandingan arwah Nadira dulu?” Mendengar saja nama arwah Nadira di sebut terus mati senyuman di bibir Syed Rafique.

              “Rasanya dia lagi baik dari arwah Nadira.” Jawab Syed Rafique dengan selamba. Kemudian matanya mula mencari kelibat Amani. Sebaik saja terpandangkan Amani dia terus melambaikan tangan yang di mana ketika itu Amani turut menghalakan pandangannya pada Syed Rafique. Amani kemudiannya mengheret Sharifah Emelyn sekali. Abang Amar nya turut mengekori adiknya bersama Sharifah Emelyn.

             “Kenapa awak?” Soal Amani dengan pelik
.
             “Mak Su.” Jerit Sharifah Emelyn lalu memeluk ibu saudaranya dengan erat.

             “Kenalkan. Ini mak su kami.” 

             “Mak Su kenalkan inilah Amani. Bakal isteri Rafique. Amani ni la calon menantu yang nenek carikan untuk Rafique.” Syed Rafique memperkenalkan Amani pada ibu saudaranya. Amani tersenyum lalu menghulurkan tangan pada Sharifah Zalida sebaik saja Sharifah Emelyn melepaskan pelukan.
              “Apa khabar auntie.” Soal Amani.

              “Hmmm Alhamdulilah sihat.” Puan Sharifah Zalida menilik Amani dari atas hingga ke bawah. Amani memandang Syed Rafique dan abang Amar nya dengan pelik.

               “Mak Su ni adalah mama kepada Zarith. Yang saya ceritakan pada awak siang tadi.” Amani menganggukkan kepalanya.

                “Untung kamu Rafique. Nenek sayang sangat dengan kamu. Yalah jodoh pun dia yang tolong carikan untuk kamu. Zarith jugalah yang di lakukan seperti cucu tiri. Nak buat macam mana nenek kamu tu memang pilih kasih dari dulu lagi.” Bukan main lagi Sharifah Zalida melemparkan kata-katanya.

                 “Ida dah lama kamu sampai. Kenapa tak datang jumpa umi dengan ayah dulu?” Soal Puan Sharifah Maimun yang muncul dengan tiba-tiba di kalangan mereka. Malah Syed Bakar serta anak menantunya turut serta mengelilingi Sharifah Zalida ketika ini.

                  “Perlu ke saya jumpa umi. Saya tak nak datang pun dekat sini, tapi abang Man yang paksa saya datang sini.” Balas Sharifah Zalida dengan sombong. Malah dia langsung tidak menyalami tangan orang tuanya.

                  “Zalida kenapa tak salam dengan umi dan ayah?” Tegur suaminya Syed Azman. Sharifah Zalida menjeling tajam pada suaminya. Dengan lambat-lambat dia menghulurkan tangan lalu mencium tangan orang tuanya. Itu pun hanya untuk dua tiga saat saja.

                 “Puas hati abang?” Soal Sharifah Zalida pada suaminya. Syed Azman menggelengkan kepalanya. Geram dengan sikap isterinya.

                  “Sharifah Zalida. Ayah nak cakap sikit dengan kamu. Ikut ayah sekejap.” Pinta Syed Bakar dengan tegas. Semenjak tadi lagi dia melihat perilaku anak perempuannya. Dia langsung tidak mempedulikan orang tuanya apatah lagi sanak saudara yang ada. Anak perempuannya sengaja berbuat demikian.

                   “Cakap sajalah di sini. Ida tak lama. Sekejap lagi Ida nak balik.” Sharifah Zalida memandang wajah ayahnya.

                   “Ikut ayah sekarang.” Arah Syed Bakar dengan tegas. Sharifah Zalida mula mempamerkan wajah tidak puas hati.

                    “Abang jangan ...” Mohon Puan Sharifah Maimun. Syed Bakar hanya diam sebelum dia berlalu. Sharifah Zalida hanya mengekori dari belakang dengan wajah masam mencuka.

                  “Nenek jangan apa?” Soal Syed Rafique dengan pelik.

*************************************************


BAB TIGA PULUH LAPAN

              “IDA langsung tak ada perasaan malu ke bila buat perangai begini depan sanak saudara kita? Ayah tak kisah kalau kamu masih marahkan kami tapi sekurang-kurangnya hormatkan kami. Ingat umi dengan ayah ni adalah orang tua kandung kamu. Ida tak kasihan dekat umi ke dengan ayah ke? Semakin hari kami semakin tua.” Tegur Syed Bakar pada anak perempuannya. Sharifah Zalida hanya memeluk tubuhnya. Apa yang di katakan oleh abahnya langsung tidak di peduli.

              “Ida hormatkan umi dan ayah. Apa lagi yang tak cukup. Patutnya ayah dengan umi bersyukur sebab Ida masih lagi datang ke mari. Kalau ikutkan hati langsung tak ingin datanglah selepas apa yang umi dan ayah dah lakukan pada anak Ida. Ada umi dan ayah fikir perasaan Ida dengan tindakan yang telah di ambil dulu? Tak adakan? Memang dari budak-budak tu masih kecil dah jelas yang umi mahu pun ayah selalu lebihkan Rafique. Ida boleh terima kalau ayah dan umi sayang lebih pada Rafique tapi apa yang Ida tak boleh nak terima adalah pemecatan Zarith dari D’Crown Hotel. Itu memang tak adil. Di sebabkan hal tu juga Ida dan abang Man berhijarah ke luar negara dan kerana hal itu juga anak Ida Zarith tu makin buat perangai. Makin degil itu belum di tambah dengan isu pergi ke kelab. Puas hati ayah tengok cucu ayah yang tu jadi macam tu?” Soal Puan Sharifah Zalida.

             “Astagfirullahalazim Ida. Apa kamu cakap ni? Ayah sayang semua cucu-cucu ayah. Beginilah Ida ada baiknya kamu tanya Zarith apa yang dia dah lakukan dulu pada kami. Mungkin dengan cara tu kamu akan rasa puas hati. Zarith tau kenapa ayah dan umi mengambil keputusan sedemikian. Kamu sedar tak Ida yang Zarith tu sudah menikam Rafique dari belakang? Untuk pengetahuan kamu juga Rafique sendiri juga tidak tahu sebab kami memecat Zarith. Ayah dan umi kalau boleh nak Zarith sendiri yang mengaku. Memang anak kamu yang bersalah dalam hal ini. Ayah nak kamu tanya apa yang Zarith dah lakukan pada kami dan Rafique. Kalau dia menyesal dengan apa yang di lakukan pada kami dulu pasti dia mengaku pada kamu tetapi jika sebaliknya itu bermakna anak kamu masih lagi tidak boleh terima dan tidak bersedia untuk mengaku. Selagi perasaan ikhlas tiada dalam diri anak kamu selagi itulah dia akan terus jadi macam tu.” Dengan panjang lebar Syed Bakar berbicara. Namun wajah Sharifah Zalida langsung tidak memberikan reaksi yang positif. 

            “Ayah Zarith tu sayangkan Rafique. Kita dapat tengokkan apa macam mana hubungan mereka sebelum ini. Kalau tak, tak  ada pula Rafique tu sanggup datang jumpa kami dekat sana semata-mata demi Zarith.” Jawab Puan Sharifah Zalida dengan selamba.

           “Sayangkan Rafique. Tak usahlah kamu nak pertahankan anak kamu tu Ida. Kamu ingat ayah tak tahu apa yang jadi pada Rafique sewaktu dia ke rumah kamu?” Dahi Sharifah Zalida terus berkerut. Cuba memahami maksud tersirat dari kata-kata ayahnya.

            “Apa yang jadi? Ayah tahu ke?” Soal Puan Sharifah Zalida.

            “Tahu. Zarith tipu Rafique yang konon mengatakan dia sakit. Apa motif Zarith menipu macam tu. Apa niat dia sebenarnya? Kamu tau tak hari Rafique pergi ke sana adalah hari akad nikahnya dengan gadis pilihan kami?” Terbeliak mata Sharifah Zalida.

              “Macam mana ayah tahu dan lagi satu saya tak tahu menahu langsunglah pasal Rafique nak kahwin.” Syed Bakar merenung wajah anak perempuannya dengan hampa.

               “Abang yang ceritakan pada ayah tentang penipuan Zarith tapi hanya ayah sorang saja yang tahu. Umi dan abang Nal masih lagi tidak tahu tentang hal ini.” Celah Syed Azman yang sedang mendekati mereka. Dia mencuri dengar perbualan di antara bapa mertuanya bersama isteri. Syed Bakar dan Sharifah Zalida menoleh dan memandang Syed Azman.

              “Yang abang bagitahu pada ayah buat apa? Abang memang sengajakan nak malukan anak sendiri?” Marah Puan Sharifah Zalida.

               “Ayah patut tahu hal ini. Kalau nak harapkan Rafique yang buka mulut memang tak mungkinlah. Abang kenal sikap Rafique.  Semarah mana pun Rafique pada Zarith dia tak akan sesekali memburukkan karenah anak kita pada umi dan ayah. Awak tak pernah nampakkan sikap Syed Rafique. Awak tak ingat ke betapa kecewaanya dia apabila mendapat tahu yang Zarith tipu sakit. Bukan dia saja malah dengan kita sekali tertipu dengan rancangan Syed Zarith tu.” Puan Sharifah Zalida mendengus geram.

              “Abang pun sama berat sebelah. Bukan nak pertahankan anak sendiri. Ida tak kira bang. Selagi umi dan ayah tak kembalikan semula jawatan tu pada Zarith hubungan kekeluargaan kita akan terus begini sampai bila-bila. Walau apa jua alasan ayah bagi sekarang ini Ida tetap dengan tidak berganjak. Ida akan usaha dapatkan kembali hak Zarith.” Syed Azman menarik lengan isterinya.

              “Ida jangan sesekali nak tinggikan suara awak pada ayah. Balik rumah nanti awak tanya apa yang Zarith dah lakukan pada Rafique dulu. Lepas tu baru awak buat penilaian adakah wajar ayah mengambil keputusan sedemikian. Dah jom kita balik. Makin lama awak dekat sini makin menjadi-jadi perangai awak. Buat malu pada saudara-mara tau tak.” Marah Syed Azman. Sharifah Zalida menarik lengannya dengan kasar malah dia sempat menghadiahkan jelingan tajam buat suaminya.

           “Siapa yang suruh datang sini. Ida pun tak nak datang sini.” Dengan ringan Sharifah Zalida memnjawabnya. Wajah Syed Azman mula bertukar warna. Karenah isterinya memang menguji kesabarannya ketika ini. Sungguh dia merasa malu pada keluarga mertua serta sanak-saudara yang lain.
            “Azman biarkan dia. Suatu hari nanti bila dia akan tahu juga dari mulut Zarith sendiri. Tak guna kalau kita terus bertengkar dengan dia macam ni.” Luah Tuan Syed Bakar dengan hampa. Tidak sangka apa yang dia lakukan pada Zarith akan memberikan kesan yang mendalam buat anak perempuannya. Sharifah Zalida terus meninggalkan suami serta ayahnya di situ. Makin lama dia di situ makin sakit hatinya.

             “Ayah . Sampai bila ayah nak simpan semua ni? Man tak mahu lihat Ida terus menerus menyalahkan ayah dan umi sedangkan apa yang berlaku berpunca dari anak kami sendiri Zarith. Ayah tengoklah cara dia bercakap dengan ayah dan umi tadi.” Syed Azman mengharapkan yang bapa mertuanya menceritakan segala-galanya tentang perbuatan Zarith namun ianya masih lagi di simpan serta di sorok dari pengetahuan isterinya.

          “Man. Bukan ayah tak nak bagitahu pada Ida tapi masa sekarang ni tak sesuai. Man lihat sajalah kita berada dekat mana. Nak buka aib dan masalah keluarga kita bukan di sini tempatnya. Sudahlah. Suatu hari nanti Ida akan tahu juga. Ayah kalau boleh memang nak dia tahu apa Zarith lakukan pada Rafique tapi keadaan sekarang ni memang tak mengizinkan. Saudara kita bukannya tahu tentang pemecatan Zarith. Yang mereka tahu kamu sekeluarga berhijrah ke sana untuk uruskan perniagaan. Jangan salahkan Ida. Dia masih tak tahu cerita sebenar.  Suatu hari nanti dia pasti mengetahuinya.” Di tepuk dengan perlahan-lahan bahu menantunya. Syed Azman menghela nafasnya dengan berat.

            “Saya kesal dengan sikap Ida pada ayah dan umi. Dia tak patut berperangai macam tu sekali.” Sungguh dia terkilan dengan sikap isterinya. Belum pernah lagi isterinya berperangai seperti ini sebelum ini. Semarah mana pun dia pada orang tuanya belum pernah lagi dia meninggikan suara seperti hari ini.

            “Ayah tak ambil hati pun. Ayah tahu dia sayangkan Zarith. Kami juga sayangkan Zarith. Ayah ingat bila jawatan yang di pegang oleh Zarith di lucutkan dia akan menyesal dengan perbuatannya pada Rafique. Namun ternyata salah anggapan ayah tu. Zarith bukan seperti itu.” Syed Bakar dan isterinya mengambil keputusan sedemikian setelah berfikir semasaknya. Apa yang di harapkan Syed Zarith berubah dan menyesali perbuatannya pada Syed Rafique tetapi hati Syed Zarith sukar untuk di lembutkan. Syed Zarith agak degil sedikit dari Syed Rafique.

             “Zarith memang susah untuk di bawa berbincang. Tengoklah Ida macam mana tadi macam tu jugalahlha perangai Zarith. Ada anak sorang pun susah nak kawal ayah. Sayang kalau Zarith buat perangai yang tak sepatutnya. Pada siapa lagi yang kami boleh harapkan kalau bukan dia. Zarith tu saja harapan saya dan Ida ayah. Pening kepala saya sekarang ni. Tak tahu apa lagi yang saya perlu lakukan untuk menyedarkan Zarith. Saya malu dengan ayah dan umi sebab saya dah gagal didik isteri dan anak saya.” Syed Azman menundukkan kepalanya dengan lemah.

             Kesal dan tidak menyangka yang keretakan hubungan kekeluargaan terus menjadi sebegini.  Syed Azman terus memaksa akalnya untuk berfikir dan mencari jalan penyelesaian untuk menyedarkan anak lelakinya. 

              “Janganlah kamu nak salahkan diri sendiri Azman. Bukan salah kamu. Azman kamu memang menantu yang baik. Sepatutnya ayah yang rasa malu pada kamu kerana karenah Ida. Bukan mudah untuk mendidik seorang anak Azman di tambah pula dengan keadaan dunia sekarang yang serba serbi moden . Arus kehidupan sekarang tak sama dengan kehidupan kita yang dulu Man.” Syed Azman termenung panjang. Tugas ibu bapa hari ini jelas sekali berat terutama dalam mendidik anak-anak yang terlalu banyak cabaran. Peredaran waktu sentiasa berputar tanpa di sedari.

                “Marilah kita masuk ke dalam. Umi kamu pasti sudah menunggu di dalam. Mudah-mudahan suatu hari nanti Zarith akan berubah.” Tokok Syed Bakar lagi sebelum mereka berjalan seiringan menuju ke dalam.

                 AMANI yang menonton drama sebabak itu tadi kebingungan. Dia langsung tidak mengerti mengapa begini jadinya hubungan di antara anak perempuan Nek Pah dan orang tuanya. Secara tidak sengaja tadi, Amani sempat mendengarnya. Namun melalui bicara itu Amani masih lagi tidak dapat agak masalah utama. Yang pasti jelas kelihatan di situ keretakan hubungan di antara seorang ayah dan anak.

                 “Kasihannya atuk. Apa yang dah jadi pada mak su Rafique. Bagaimana hubungan mereka menjadi renggang sebegini?” Soal Amani sendirian di sebalik dinding. Ligat kepalanya memikirkannya. Amani sememangnya tidak begitu mengenali ibu saudara Rafique malahan Syed Zarith juga dia tidak kenali. Yang di kenali hanyalah nama mereka.

              “Ish Amani. Satu kerja pula kau nak fikirkan masalah keluarga diorang. Apalah kau ni Amani.” Marah Amani pada dirinya sendiri sambil menggelengkan kepalanya.

               “Uit. Cakap dengan dinding ke?” Syed Rafique mencuit bahu Amani. Terperanjat Amani.

               “Astagfirullahal’azim. Hisy awak ni Rafique suka sangat buat saya terkejut dari belakang. Kot ya pun bagilah salam ke apa ke.” Bebel Amani sambil mengurutkan dadanya. Dengan selambanya Syed Rafique sengih pada buah hati kesayangannya.

                “Sorry. Assalamualaikum cik Amani. Awak cakap dengan dinding ke? Puas saya cari awak tau. Dekat sini rupanya.” Giliran Amani pula tayang wajah sengih.

                “Haaa tu baru betul. Waalaikumussalam Encik Rafique. Tak adalah cakap sorang-sorang je. Saja membebel sorang diri dekat sini. Dekat dalam tu bukannya saya kenal sangat saudara-mara awak. Seganlah saya. Diorang semuanya ala-ala mak datin saya dah family pula ala-ala kekampungan. Awak tak nampak ke jurang dekat situ?” Soal Amani. Dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan di dalam. Tak kan dia nak mengekori Syed Rafique sepanjang masa kot. Ish lagi berbulu mata orang yang menenggoknya.

                “Memanglah diorang tak kenal awak lagi. Dah jom ikut saya. Nenek dan atuk dan memperkenalkan awak pada tetamu hari ni. Bakal Puan Ceo D’Crown Hotel.” Amani mengerutkan dahinya dengan pelik.

                  “Bakal Puan Ceo? Ish apa awak merepek ni?” Soal Amani.

                  “Betullah. Bila kita dah kahwin awak akan jadi Puan Ceo la.” Jawab Rafique dengan selamba. 

                   “Ish tak naklah saya. Habis belajar nanti saya nak buka business sendirilah.” Amani mula melangkah. Syed Rafique turut berjalan seiringan.

                   “Really. Bagusnya. So awak tak nak jadi surirumah sepenuh masa? Nak buka business apa?” Soal Syed Rafique. Amani terus menghentikan langkahnya.

                    “Kalau dah kahwin saya kena tanya suami saya dulu. Kalau dia izinkan saya kerja bolehlah saya kerja tapi kalau dia nak saya jadi suri rumah saya kenalah ikut.” Jawab Amani selamba. 

                “Kalau saya jadi suami awak sudah tentu saya izinkan awak bekerja. Kalau kerja dengan saya lagi saya suka.” Sengih Syed Rafique dengan kenyitan. Amani tersenyum.

                “Terima kasih. Tapi saya nak buka business sendiri. Saya suka pada benda-benda berseni. Kalau boleh saya nak buka bridal house sendiri.” Ucap Amani lagi. Itu adalah salah satu impiannya. Membuka butik pengantin milik sendiri memang impiannya sejak dulu lagi. Dia meminati dalam bidang gubahan.

              “Wow interesting. Saya akan bantu nanti okey. Tapi awak kena kahwin dengan saya dululah. Lepas habis study nanti kita bincangkan tentang business ni. Okey sayang?” Amani membesarkan matanya.

                 “Ish awak ni biar betul Rafique.” Amani tak percaya yang Syed Rafique ingin membantunya.

                “Betullah sayang. Saya akan tolong awak nanti kalau saya tak sibuk dekat hotel. Saya akan luangkan masa dengan awaklah nanti. Jom masuk.” Amani menganggukkan kepalanya sebelum berjalan seiringan. Hati Amani berbunga-bunga apabila mendapat tahu yang Syed Rafique menyokongnya dari belakang malahan panggilan sayang turut membuatkan hatinya tersenyum.

               Ya Allah. Seandainya dia memang jodoh yang kau cipta buat diriku, maka Engkau permudahkan segala urusan kami. Titipkan perasaan kasih dan sayang aku padanya. Sesungguhnya aku berserah segala-galanya padaMu Ya Allah. Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik buat diriku. Amani berdoa di dalam hatinya. Sempat dia menoleh pada wajah Syed Rafique di sebelahnya.

                 SYED Rafique duduk di meja makan bersama-sama Amani. Mereka duduk semeja bersama orang tua Syed Rafique serta Syed Bakar dan isterinya. Orang tua Amani juga berada di meja yang sama.

                “Amani jangan malu jangan segan. Makan sampai kenyang tau.” Bicara Puan Sharifah Noraini. Amani menoleh pada bakal mertuanya dengan senyuman.

                 “Terima kasih.”

                  “Sa’adah , Amar, Hisham jemput makan. Jangan malu. Tak lama lagi kita akan jadi satu keluarga. Tak sabar rasanya nak lihat Amani dan Rafique bersatu. Tercapai juga hasrat Mak Pah dan arwah ibu kamu.” Ucap Sharifah Maimun pula. 

                   “Alhamdulilah. Kami ni tumpang gembira juga Mak Pah apabila Amani bagitahu keputusan dia. Mungkin jodoh di antara mereka masih utuh. Perancangan Allah kita tak tahu Mak Pah. Mudah-mudahan hajat kita akan di berkati . InsyaAllah.” Jawab Puan Sa’adah.

                   Mereka mula menjamu selera namun salah seorang daripada mereka sedang leka menatap hidangan yang terhidang di atas meja. Fikiran Syed Rafique bagaikan terganggu. Dia pelik dengan karenah mak Su nya yang agak ketara sewaktu bertemu dengan atuk dan neneknya tadi. Syed Rafique yakin ada sesuatu yang di sorokkan oleh mereka. Mungkinkah isu pemecatan Syed Zarith dahulu masih belum terlerai. Sehingga ke hari ini dia masih tidak mengetahui punca sebenar pemecatan Syed Zarith. Tiap kali Syed Rafique menyoal soal itu pasti keluarganya akan mengalih topik lain.

                  “Rafique kenapa termenung? Makanlah.” Tegur Syed Bakar pada cucunya. Syed Rafique tersentak lalu memandang ke arah atuknya.

                  “Tak ada apa-apa atuk.” Jawab Syed Rafique sambil geleng kepala. Amani menoleh pada Syed Rafique.

                    “Awak okey ke Rafique?” Soal Amani dengan perlahan. Syed Rafique menghalakan padangan pada Amani lalu tersenyum sebelum menganggukkan kepalanya.

                     “Emelyn ke mana dengan Khairan. Meh sini duduk makan.” Sapa Puan Sharifah Noraini sebaik saja terlihat anak gadisnya mendekati meja.

                      “Sorry mummy. Bawa Khairan jumpa saudara kita. Diorang asyik bertanya mana bakal suami sejak tadi lagi. Jadi Emelyn pun kenalkan Khairan pada mereka.” Jawab Sharifah Emelyn dengan senyuman.

                      “Baguslah kalau begitu. Ini nenek dan atuk bercadang nak buat majlis kahwin korang berdua serentak. Itu pun kalau kamu berdua setujulah.” Sharifah Maimum memandang wajah cucu-cucnya.
                      “Rafique serahkan pada mummy dan nenek untuk uruskan. Rafique tak kisah. Emelyn macam mana? Keluarga Amani dan Khairan pula macam mana?” 

                     “Sama macam abang.” Emelyn mengambil tempat duduknya. Di sebelahnya pula Khairan.”
                     “Ish awak ni Pah. Kot ya pun nak bincang hal ni bukanlah dekat sini. Tunggulah kita bincang dekat rumah.” Tegur Syed Bakar.

                     “Pah bukan apa bang. Teruja bila cucu-cucu kita ni nak kahwin. Dah lama Pah teringin tengok Rafique dan Emelyn ni kahwin.” Jawab Sharifah Maimun. Mereka yang ada di meja tersebut tersenyum melihat gelagat Nek Pah yang teruja untuk menerima cucu menantu tidak lama lagi.

                        SYED Zarith berdiri di pintu utama ballroom yang menempatkan ahli keluarganya. Langkahnya hanya mati di situ. Dia langsung tidak bergerak. Hanya pandangannya saja di halakan ke arah meja yang menempatkan ahli keluarganya yang sedang bergelak ketawa sambil menjamu selera.  
                        Syed Zarith langsung tidak mencari kelibat orang tuanya kerana awal-awal lagi dia sudah tahu yang orang tuanya sudah pun meninggalkan majlis tersebut. Dia bertembung di tempat parking namun papa dan mama nya langsung tidak perasan akan kehadirannya di sini.

                      “Bergelak ketawalah korang sekarang ini. Suatu hari nanti aku akan dapatkan kembali hak aku. Rafique dan Emelyn nak kahwin? Tahulah nanti nasib mereka.” Ujar Syed Zarith dengan senyuman sinis sebelum dia berlalu dari situ. 

                    Acad yang baru saja tiba di ruang legar bangunan hotel tersebut terkejut sebaik saja terpandangkan Syed Zarith yang sedang melangkah menuju ke arah lift.

                   “Syed Zarith Aiman.” Ucapnya dengan perlahan. Matanya terus merenung langkah Syed Zarith sehinggalah pintu lift tertutup rapat.

                  “Apa dia buat dekat sini. Bukan ke Puan Sharifah Zalida dah balik tadi?” Acad menggarukan kepalanya sebelum dia  bergegas masuk ke dalam ballroom untuk mengisi perutnya. Dari tadi lagi Syed Rafique menghubunginya namun dia sedang sibuk menguruskan kerja yang masih tertangguh di tingkat dua. Selesai saja dia terus bergegas ke sini.            


Bersambung...

NotaTersepit: Bermulanya bulan ini cik writer sememangnya agak sibuk. Perlu siapkan mss KTAC dalam waktu yang terdekat. Banyak kerja yang perlu di uruskan dan di selesaikan dalam dua tiga bulan ni.  Semoga di permudahkan segala urusan. Amin. :)

No comments:

Post a Comment

Tq sudi komen.:D