SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, June 15, 2015

[E-NOVEL] : DIA PEMBURU CINTA @ KTAC BAB 35 & 36

Assalamualaikum u ollsss..

Maaf ya minggu lepas tak ada entry KTAC. Cik writer sibuk pergi vacation. Hehehe.. Cuti-cuti malaysia katakan. Okey minggu ni lagi dua bab cik writer kongsikan di sini. Oh ya sepanjang ramadhan nanti cik writer akan  hentikan seketika update entry KTAC. Lepas raya akan di sambung kembali. Lagi 4 bab kot yg akan di kongsikan dekat blog. Terima kasih singgah dan baca ya... :)

                                                    
TAJUK BARU : KTAC 
 Mss Asal: Dirimu Satu - Jangan konpius ya-


BAB TIGA PULUH LIMA



           “DARI mana kau tahu aku ada dekat sini Rafique?” Soal Encik Kamarul sebaik saja Syed Rafique mengambil tempat duduk di kerusi bersebelahan dengan Encik Kamarul. Dahi Amani pula berkerut-kerut memandang wajah Encik Kamarul dan Syed Rafique silih berganti.

            Diorang ni saling mengenali ke? Kalau betul memang kesianlah kau Amani. Gerutu Amani sendirian. Maya dan Alia pula diam tidak berkutik. Mereka hanya menanti saja apa yang akan di leraikan sebentar nanti.

            “Kau ni Kamarul. Muda-muda lagi dah nyanyuk ke? Kau juga yang whasapp aku cakap kau dekat sini. Kau lupa atau sengaja terlupa ni?” Soal Syed Rafique dengan pelik sebelum dia menghalakan pandangannya pada wajah Amani yang tidak lepas memandang dia dan Encik Kamarul.

            “Amani kenapa berkerut sangat tu? Ada yang tak kena ke?” Tegur Syed Rafique. Amani tersentak. Alia dan Maya sudah tersengih penuh makna memandang Amani. Berlainan pula reaksi Encik Kamarul ketika itu. Pandangan tajam di tujukan buat teman baiknnya itu.
            “Awak kenal ke Encik Kamarul ni?” Soal Amani. Syed Rafique tersenyum.

            “Sudah tentu. Dia ni kawan baik saya.” Jelas Syed Rafique.

            “Jadi pertemuan sebelum ni dekat kampus memang Encik Rafique ni cari Encik Kamarul la ye?” Soal Alia dengan tiba-tiba.

              “Macam tu la.” Maya dan Alia mengangguk tanda faham.

              “Wait. Apa yang sedang berlaku sekarang ni? Rafique macam mana kau boleh kenal pelajar aku Amani ni?” Soal Encik Kamarul dengan kebingungan. Pelik melihat renungan Syed Rafique pada Amani.

               “Sorry . Aku lupa nak kenalkan kau.  Untuk pengetahuan kau Amani ni bakal isteri aku. Dialah orangnya yang aku ceritakan dulu. Yang perkahwinan aku dan dia tak menjadi dulu. Ingat tak?” Encik Kamarul terkejut sebaik saja perkataan bakal isteri menyapa cuping telinganya.

               “What? Amani orangnya. Inilah dia bakal isteri yang kau tinggalkan dulu. Yang kau lari ke luar negara demi Zarith tu?” Sungguh Encik Kamarul tidak percaya. Langsung dia tidak menyangka yang Amani adalah orang yang seringkali di sebut oleh Syed Rafique sebelum ini. 

               “Amani betul ke ni? Jadi yang awak cakap tadi bakal suami awak tu Syed Rafique la orangnya?” Soal Encik Kamarul pada Amani pula. Dengan lambat-lambat Amani menganggukkan kepalanya.

               “Bakal suami.” Jawab Amani antara rela dan terpaksa. Aduhai macam mana mamat berdua ni boleh jadi kawan baik pula. Rafique ni tau ke tidak yang Encik ulat bulu tu suka pada aku. Boleh bertengkar diorang kalau macam ni. Bebel Amani sendirian di dalam hatinya. Dia bimbang akan hubungan persahabatan antara Syed Rafique dan Encik Kamarul. Jauh Amani memikirkannya.

              “Yang kau terkejut macam ni kenapa Kamarul?” Syed Rafique pelik melihat reaksi Encik Kamarul ketika itu.

                “Memang aku terkejut. Tak sangka student aku yang aku sayangi ni adalah bakal isteri kau. Kecilnya dunia ni kan.” Jawab Encik Kamarul. Kali ini giliran Syed Rafique pula yang terkejut.

               “Maksud kau?” Soal Syed Rafique.

               “Encik Kamarul ni pun memang ada hati pada Amani.” Dengan lajunya Alia menjawab.

                “Hah? Serius?” Wajah Syed Rafique terus berubah. Dia tidak sangka yang temannya itu ada menyimpan perasaan pada Amani.

                “Tapi Encik Rafique tak usah bimbang. Amani tak ada apa-apa perasaan pun pada Encik Kamarul.” Sekali lagi Alia menjawab dengan selamba.

                “Alia..” Tegur Amani sambil menggelengkan kepalanya. Dia mula rasa tidak sedap hati saat melihat wajah tegang Syed Rafique ketika ini. Pandangan Syed Rafique masih lagi pada Encik Kamarul. Mereka seolah-olah melepaskan satu perasaan yang sukar di ngertikan melalui pandangan mata mereka.

                 “Rafique.. Encik Kamarul ada sebut tentang Zarith . Dia ada kaitan ke di antara awak dan saya?” Soal Amani dengan tiba-tiba. Dari tadi lagi otaknya sedang menghadam apa maksud tersirat kata-kata dari Encik Kamarul tadi. Amani dapat rasakan ada sesuatu yang di sorokkan oleh Syed Rafique.

                  “Zarith tu sepupu saya. Suatu hari nanti awak akan tahu ceritanya. Tunggu ya.”

                 “Oh ya Kamarul. Untuk pengetahuan kau juga Amani ni pun rapat dengan adik aku Emelyn.” Tambah Syed Rafique.

                “Apa kaitan Emelyn pula ni? Saya tak fahamlah korang berdua ni.” Amani mula bingung. Tadi nama Zarith yang di sebut sekarang ni pula nama Emelyn.

                “Emelyn pernah sukakan Kamarul suatu ketika dulu. Amani pasti tahu cerita tentang kisah cinta Emelyn yang tak kesampaiankan? Saya tahu awak mengenali Emelyn dulu dari mengenali saya kan?” Amani cuba mengingati.

                “Oh jadinya inilah dia orangnya. Yang pernah buat Emelyn sedih dulu. Dia memang ada cerita pada saya tapi tak sangka pula orangnya adalah Encik Kamarul. Sungguh kecil dunia ni. Pusing sana pusing sini rupa-rupanya Encik Kamarul dan awak ni kawan.” 

                Encik Kamarul merasa kecewa saat ini kerana insan yang di sayangi bakal menjadi milik sahabatnya sendiri. Malah persahabatan antara Emelyn dan Amani turut memberi kesan pada dirinya. Emelyn ada menyebut isu ini namun dia saja yang tidak mengendahkannya saat itu.
              “AMANI kau ni dah kenapa? Aku panggil kau tak bersahut. Aku telefon kau langsung tak angkat. Kau ada masalah ke?” Maya mengejutkan Amani yang sedang duduk menongkat dagu di meja belajar. Berkali-kali dia memanggil Amani. 

              Sentuhan dari Maya di bahu Amani membuatkan Amani kembali ke alam nyata. Dia mendongak memandang Maya yang sedang berdiri di sebelahnya. Maya pelik melihat Amani yang blur.

              “Kau dah habis kelas ke Maya?” Soal Amani. Maya kemudiannya meraba-raba dahi Amani dengan tiba-tiba. Amani menarik tangan Maya.
             “Kau kenapa Maya? Aku sehatlah. Bukan demam pun.” Amani tersenyum. Maya buat-buat ketawa.

            “Sihat kata kau. Kalau kau sihat sekarang ni tak adalah kau tak ingat hari. Wahai cik Amani kau sedar tak yang hari ni adalah hari sabtu. Hari minggu. Mana ada kelas. Kau ni buang tabiat ke apa? Tak kan fikirkan soal lamaran Syed Rafique tu boleh buat kau jadi pelupa macam ni.” Geleng Maya. Amani terkebil-kebil memandang temannya. Dia menggarukan kepalanya lalu melihat di hujung skrin laptopnya.

              “Alamak. Sorry aku lupa hari ni adalah hari sabtu. Banyak bendalah yang sedang aku fikirkan. Itu pasallah aku tak ingat.” Jawab Amani dengan rasa malu. 

           “Amani.. Amani.... Apa yang kau fikirkan tadi? Aku panggil tak sahut aku telefon kau langsung tak jawab.”  Amani mencari telefon pintarnya lalu di capai dan mula melihat sepuluh panggilan yang tidak di jawab.  Sepuluh panggilan itu memang datangnya dari Maya.

             “Aku minta maaflah Maya. Telefon aku ni silent mode rupanya. Tak perasan pula. Aku fikirkan tentang Encik Kamarul dan Rafique tempoh hari. Aku tak sangka yang mereka tu berkawan.”

             “Tapi aku rasa bukan itu yang bermain dalam kotak fikiran kau sekarang ni kan?” Tembak Maya.

            “Kau ni dah macam penyiasat Maya. Tahu je apa yang aku fikirkan. Kau ni boleh baca fikiran orang ke apa?” Seloroh Amani. Dia kemudiannya berdiri dan menuju ke katil. Di henyakkan punggungnya di  birai katil. Maya turut mengikut Amani duduk di situ.

           “Kau tak rasa ke yang aku ni bakal bagi masalah pada diorang tu? Yalah kau sendiri tengok. Dua-dua menaruh harapan pada aku. Dua-dua berkawan baik. Aku sekarang ni dah jadi serba salah tau tentang lamaran tu. Hati aku dah jadi berbelah bahagi sekarang ni. Macam mana aku nak buat keputusan Maya? Memang Encik Kamarul tu aku tolak. Yang Rafique pula aku masih lagi mencari jawapan. Aku risau kalau-kalau jawapan aku akan merosakkan hubungan persahabatan antara Rafique dan Encik Kamarul tu.” Luah Amani.

           “Memang kalau di fikirkan tak mustahil itu akan terjadi. Tapi yang buat keputusan adalah kau. Janganlah kau bimbang tentang abang sepupu aku tu. Tahulah nanti aku handle. Kau dah tolak dia awal-awalkan. Jadi aku rasa tak akan ada masalah antara dia dengan Rafique kau tu. Lagipun apa yang sedang berlaku ni luar jangkaan kita. Aku pun tak sangka yang mereka tu berkawan baik. Susah gak nak terima kalau masing-masing menaruh harapan pada perempuan yang sama. Kalau aku di tempat kau pun aku akan berfikir sebegitu juga. Sekarang ni kau tak perlulah nak peningkan kepala. Kau yang buat keputusan dan pilihan. Soal Encik Kamarul tu kiranya dah tamat bila kau cakap yang Syed Rafique tu bakal laki kau. Suka atau tak abang sepupu aku kena terimalah sebab dari dulu kau memang tak pernah ada hati pun dekat dia. Kalau dengan Syed Rafique tu aku tak tahulah macam mana perasaan kau Amani. Yalah dua tahun dulu korang berdua kan dah hampir-hampir bergelar suami isteri tapi kerana takdir korang tak jadi kahwin dan kerana takdir jugalah yang mempertemukan korang kembali. Aku rasa kau dengan Rafique tu memang berjodoh.” Nasihat Maya membuatkan Amani termenung seketika.

             Sudah pasti Amani sedang berperang dengan perasaan sendiri dalam membuat keputusan. Perkahwinan mungkin dari luarannya nampak mudah tetapi hakikatnya perkahwinan itu bukan saja untuk menyatukan dua hati tetapi turut menyatukan hati-hati yang lain bagi mengukuhkan sebuah pertalian yang bakal terjalin serta ikatan silatulrahim di antara pihak-pihak yang terlibat.

          “APA abang cakap? Kamarul tu ada hati dekat Amani? Seriously? Sejak bila? Habis tu Amani pilih dia ke?” Soal Sharifah Emelyn dengan terkejut. Tidak berkedip matanya memandang wajah abangnya ketika ini malah sewaktu abangnya membuka cerita itu habis tersembur air yang sedang di minumnya.

            “Kot ya pun lap dulu mulut tu. Nasib baik tak tumpah air dekat atas meja.” Tegur Syed Rafique sambil menghulurkan tisu pada adiknya. Ketika itu mereka berdua berada di meja makan. Syed Rafique sedang mengadap laptopnya.

             “Sorry. Ceritalah bang.” Pinta Sharifah Emelyn dengan teruja. Dia tidak sabar untuk mengetahui cerita selanjutnya.

             “Amani tu manalah suka pada Kamarul. Sekarang ni Kamarul sorang je la yang menyimpan perasaan pada Amani sedangkan Amani dah pun tolak. Lagipun abang dah cakap pada Kamarul yang abang ni bakal suami Amani. Abang risau juga kalau-kalau Kamarul cuba untuk dapatkan Amani dari abang.” Sejak balik dari pertemuan hari tu, hati Syed Rafique merasa sungguh risau. Bimbang sekiranya Encik Kamarul merampas Amani darinya. Di tambah pula Encik Kamarul sendiri sudah memberitahu padanya tentang perasaan dia pada Amani.

             “Kalau pendapat Emelyn la kan. Abang tak perlu risau sebab Amani sendiri dah tolak abang Kamarul tu. Abang kena percaya pada Amani. Kalau dia nak pada Encik Kamarul tu dah lama dah dia terima dan dah lama dia reject abang tapi cuba abang tengok. Dia minta masakan untuk berfikir. Itu bermakna abang masih berpeluang walaupun peluang itu hanya lima puluh lima puluh. Kalau abang rasa tergugat sangat abang percepatkan untuk berkahwin dengan Amani.” Syed Rafique merenung adiknya.

             “Abang kena tunggu jawapan dia dulu. Kalau dia terima maknanya peluang abang cerah dan memang akan minta dengan keluarga kita untuk percepatkan. Tak kisahlah kalau selesaikan akad nikah dulu. Majlis resepsi kemudian bolehkan. Yang paling penting majlis akad nikah. Haaa yang tu yang wajibnya yang menentukan hubungan abang dan Amani halal.” Hati Syed Rafique berdebar-debar menunggu jawapan Amani. Namun dia sedar yang dia  tidak boleh mendesak Amani. Dia tahu Amani perlukan masa untuk berfikir. 

           “InsyaAllah abang. Kalau memang dah tertulis jodoh abang dengan Amani tu pasti akan bersatu tak kiralah lambat atau cepat. Janganlah risau. Abang Kamarul tak akan sesekali mengkhianati kawan baik dia. Abang dan abang Kamarul bukannya kenal setahun dua dah lamakan.” Sharifah Emelyn memberikan kata-kata semangat buat Syed Rafique dan dia yakin yang Encik Kamarul pasti tidak akan mengkhianati abangnya.

            “Mudah-mudahan dik. Macam mana perbincangan dengan Khairan?” Soal Syed Rafique. Dia tahu adiknya juga sedang berperang dengan masalah sendiri. Kepulangan Syed Zarith bersebab dan dia tahu Syed Zarith mempunyai agenda sendiri. 

             “Alhamdulilah. InsyaAllah tak lama lagi keluarga dia akan datang merisik dan tetapkan terus tarikh perkahwinan. Nenek cakap tak payah tunanglah kahwin terus. Keluarga diorang pun memang setuju kalau Emelyn dan Khairan cepat-cepat kahwin. Kiranya kami bercinta lepas kahwinlah. Abang Rafique pun kalau Amani setuju maknanya akan bercinta selepas kahwin jugalah. Orang kata bercinta lepas kahwin ni lagi manis.” Sengih Sharifah Emelyn.

             “Pandailah. Mana Emelyn tahu bercinta lepas kahwin tu manis?” Seloroh Syed Rafique.

            “Orang-orang tua yang selalu cakap macam tu kan. Betullah agaknya. Abang senanglah nak kahwin sebab dulu dah pergi kursuskan. Emelyn ni yang belum. Kami rancang nak pergi kursus kahwin bulan depan dan esok atau lusa baru nak pergi daftar.” Syed Rafique menganggukkan kepalanya.

                “Memanglah dah kursus tapi rasanya baik kursus sekali lagi. Yalah abang punya dua tiga tahun lepas. Pastinya maklumat dan informasi terkini berkenaan prosedur dan dan proses perkahwinan berbeza walaupun sedikitkan? Tengoklah macam mana nanti. Abang berdebar sebenarnya nak tahu keputusan Amani.” Luah Syed Rafique tentang debaran di dadanya. Tidur malamnya turut terganggu memikirkan jawapan Amani. Sharifah Emelyn tersenyum penuh makna.

               “InsyaAllah. Sedikit masa lagi abang akan ketahui jawapan Amani. Sabar ya. Abang Rafique masalah kita dengan abang Zarith tu macam mana. Emelyn ada terserempak dengan dia tapi waktu tu Emelyn dengan Khairan la. Abang Zarith mesti sedang merancang sesuatu. Emelyn dapat rasakannya.” Pertemuan tempoh hari membuatkan Sharifah Emelyn tidak senang hati. 

               “Dia tak akan dapat apa yang dia nak.” Jawab Syed Rafique dengan tegas. Sharifah Emelyn terus diam.

                Apa agaknya reaksi Syed Rafique nanti bila dia mengetahui yang Syed Zarith telah mengkhianatinya dulu bersama arwah Nadira.  Rahsia itu masih lagi tersimpan kukuh di pegang oleh Puan Sharifah Maimun dan ahli keluarganya yang lain. Syed Rafique pula menyimpan rahsia tentang penipuan Syed Zarith sewaktu berada di luar negara. Kebenaran walaupun di sorok pasti akan muncul jua. Masanya akan tiba jua nanti.
    



**********************************************

BAB TIGA PULUH ENAM

         “KAU dah kalah Zarith. Kau dah kalah. Kau kalah dengan Syed Rafique dan Sharifah Emelyn.” Terngiang-ngiang suatu suara yang menganggu gegendang telinga Syed Zarith waktu itu. Dia merenung tajam ke arah cermin sebelum dia membuka pili air lalu menyimbahkan air ke wajahnya. Berkali-kali dia melakukannya.  Dia merasa sungguh marah dan tidak berpuas hati dengan apa yang sedang berlaku ketika ini.

           Sungguh dia merasa tergugat saat dia melihat kemesraan yang terjalin di antara adik sepupunya dengan lelaki yang di kenali sebagai Syed Khairan. Hari ini secara kebetulan mereka bertembung. Namun Sharifah Emelyn langsung tidak perasan akan abang sepupunya. Dia dan Syed Khairan sedang leka mencari cincin untuk majlis perkahwinan mereka.

          “Aku belum kalah lagi. Kau belum kalah lagi Zatith. Kenapa waktu langsung tidak memihak pada aku. Emelyn nak kahwin dengan lelaki itu? Aku tak boleh biarkan. Emelyn adalah aset penting untuk aku sekarang ini. Aku tak boleh diamkan saja. Tapi apa yang aku boleh lakukan?” Soal Syed Zarith sendirian di hadapan cermin. Dia kemudiannya mencapai tuala kecil lalu di lap wajahnya yang basah tadi. Sejurus selepas itu barulah dia keluar dari bilik airnya.

           Tuala di campak di atas katilnya. Dia kemudian menghampiri meja yang berhampiran lalu mencapai telefon pintarnya dan di usha. Dia memandang reminder yang tertera. Tarikh ulang tahun hari kelahiran neneknya hampir tiba. Syed Zarith mengeluh seketika.

           Kalau dulu dia dan Syed Rafique la yang paling beria-ria setiap kali tiba ulangtahun kelahiran nenek dan atuknya. Mereka seringkali menyambutnya dengan mengadakan majlis doa selamat dan yang pastinya hari itu pasti akan di raikan di hotel mereka. Majlis itu sentiasa di serikan dengan kehadiran sanak sudara yang terdekat. Umpama family gathering.

          “Nak beli ke tak hadiah untuk nenek? Tapi nak ke nenek nanti terima hadiah aku selepas apa yang aku dah lakukan pada dia dulu?” Soalnya sendirian. Syed Zarith kemudiannya melangkah menuju ke tingkat bawah untuk makan malam bersama keluarganya. 

           “Pagi tadi abang ada terserempak dengan abang  Nal dekat lobi hotel. Client kita stay dekat hotel abang Nal tu la. Dia jemput kita sekeluarga untuk majlis ulangtahun kelahiran Umi hujung minggu ni. Dia buat dekat hotel seperti biasalah.” Suara suaminya menyapa gegendang telinga Sharifah Zalida yang sedang meletakkan lauk pauk di atas meja di bantu oleh pembantu rumahnya.

            “Kalau abang rasa nak pergi sana pergilah. Saya tak akan pergi. Selagi saya ingat apa yang umi buat pada anak kita selagi itulah saya tak mahu bertemu dengan diorang.” Jelas Sharifah Zalida. Suaminya menggelengkan kepalanya dengan perlahan-lahan.

            “Sampai bila awak nak berperangai macam ni? Awak sedar tak umi itu ibu kandung awak. Teguran dan marah dia bersebab bukannya dia suka-suka hati saja lakukan sedemikian. Awak ni terlalu sayangkan Zarith. Ada awak pernah tanya Umi apa sebab musabab dia. Yang awak tahu buat andaian sendiri. Elok sangatlah tu. Suka atau tak saya nak tahun ni kita sekeluarga pergi ke majlis tu. Sekarang ni kita dah ada dekat tanah air bukannya dekat luar negara lagi. Awak jangan nak bagi alasan apa-apa lagi. Ini adalah arahan dari abang.” Dengan tegas sekali Syed Azman bersuara.

            Puan Sharifah Zalida tidak menjawabnya tetapi dia hanya mempamerkan wajah tidak puas hati serta mendengus dengan geram. 

            “Lagi satu abang Nal ada bagitahu abang yang anak-anak saudara kita tu akan berkahwin tak lama lagi. Emelyn bakal berkahwin dengan anak teman baik abang awak. Kalau tak silap abang nama budak tu Syed Khairan. Rafique pula masih menanti jawapan dari seseorang. Anak kita jugalah yang belum menunjukkan tanda-tanda nak kahwin. Yang dia tahu nak enjoy.” Puan Sharifah Zalida menghenyakkan punggungnya di kerusi.

            “Baguslah kalau anak-anak dia dah nak kahwin. Abang jangan nak bezakan anak kita dengan anak abang Nal tau. Anak kita tu lain. Zarith tu belum jumpa perempuan yang sesuai lagi untuk di jadikan calon isteri.” Syed Azman menarik kerusi lalu di duduknya.

             “Kalau anak awak berperangai macam tu memang tak akan perempuan yang nak dekat dialah.” Sekali lagi Puan Sharifah Zalida menarik wajah dengan kelat sekali. 

             “Abang sedar tak yang abang mengata tu anak kita sendiri tau. Macam ni la kalau soal jodoh Zarith tu abang serahkan saja pada saya. Tahulah nanti saya uruskan.” Ujar Puan Sharifah Zalida sebelum dia mencapai pinggan suaminya untuk mengisi nasi.

             “Hah Syed Rafique nak kahwin? Tapi dia nak kahwin dengan siapa?” Soal Syed Zarith sendirian di tepi dinding. Telinganya sempat menangkap apa yang di bicarakan oleh papanya sebentar tadi. Aku mesti siasat dengan siapa Syed Rafique nak kahwin. 

           “Terpulanglah pada awak Ida. Ini anak bujang kesayangan awak ke mana tak turun makan? Jangan cakap yang dia dah keluar?” Soal Syed Azman.

             “Muna tolong panggilkan Zarith.” Jerit Sharifah Zalida memanggil pembantu  rumahnya.

             “Ya Puan.” Sahut perempuan yang bernama Muna.

             “Tak payah. Zarith dah turun dah pun.” Kedengaran suara Syed Zarith yang muncul dengan tiba-tiba di ruang makan. Dia mendekati meja makan. Muna kembali ke ruang dapur untuk meneruskan kerjanya.

              “Duduk sayang. Kita makan malam dulu.” Pelawa Sharifah Zalida dengan senyuman. 

             “Lepas makan malam ni papa ada hal sikit nak cakap dengan kamu. Jangan nak berikan alasan apa-apa.” Arah Syed Azman sewaktu memandang wajah anak lelakinya. Syed Zarith hanya diam. Pinggan bertukar tangan. Sepanjang makan malam Syed Zarith langsung tidak bersuara. Di dalam fikirannya di ganggu dengan apa yang di dengar tadi.

            “PAPA nak cakap tentang hal apa ni? Zarith ingat nak keluar dengan kawan jap lagi.” Syed Zarith menuju ke sofa. Syed Azman merenung tajam pada anak lelakinya.

           “Kamu ni Zarith, kalau sehari tak keluar rumah tak boleh ke? Cubalah sekali sekala duduk rumah temankan mama dan papa. Ini tak asyik keluar malam saja. Kalau keluar ke tempat berfaedah tak mengapalah juga ini tidak. Ke tempat lain yang kamu tuju.” Bebel Syed Azman.

          “Papa nak cakap pasal apa pula ni? Kerja ke? Zarith dah buat apa yang papa dan mama nakkan? Zarith dah kerjakan apa lagi yang tak cukup?” Soal Syed Zarith.

            “Hujung minggu ni kita sekeluarga kena hadiri majlis ulang tahun kelahiran nenek dekat hotel. Pak long kamu dah jemput kita sekeluarga. Jangan nak bagi apa-apa alasan kali ni. Dah sampai masa kamu berdepan dengan nenek dan atuk kamu. Minta maaf dengan diorang especially dengan Syed Rafique. Papa tak suka terus melihat keluarga kita bermasam muka dengan mereka. Walaupun sebesar mana masalah pun pertalian kekeluargaan tak akan pernah putus. Tak ada manusia yang tak melakukan kesilapan Zarith Zalida.” Kata-kata dari Syed Azman membuatkan isterinya tersentak.

              “Zarith tak nak pergilah. Kalau papa nak pergi papa dan mama saja yang pergi nanti Zarith minta papa serahkan hadiah pada nenek ya.” Jawab Syed Zarith dengan selamba. Bukan main lagi duduknya di sofa.

              “Ini adalah arahan. Zarith sendiri yang kena serahkan hadiah pada nenek . Papa nak kamu dan mama kamu minta maaf dengan diorang. Sudah-sudahlah buat perangai. Kalau memang kesalahan itu di pihak kita jadi kitalah yang patut meminta maaf dari mereka. Kamu suka ke orang cakap yang anak beranak gaduh sebab harta? Orang yang tengok keluarga kita perok peranda memang melompat kesukaanlah.” 

             “Abang tak boleh nak paksa Ida tau. Kenapa Ida yang nak kena minta maaf dengan umi sedangkan apa yang berlaku di sebabkan oleh mereka.” Jawab Puan Sharifah Zalida.

            “Ini arahan saya. Suka atau tidak awak kena ikut Zalida. Dah lama abang biarkan apa yang awak buat ni. Makin lama makin menjadi-jadi perangai awak dan Zarith. Kali ini abang tak akan duduk diam lagi. Abang akan usahakan untuk jernihkan semula hubungan keluarga kita. Awak kena ingat tak lama lagi umi akan buat kenduri kahwin buat cucu-cucnya. Awak anak dia awak patut ada bersama mereka. Jangan sampai saudara-mara yang lain dapat hidu keretakan hubungan kekeluargaan kita.Tak elok kalau orang lain tengok. Pelbagai kata-kata yang tak sedap di dengar yang awak akan dengar nanti. Ingat mereka adalah orang tua awak. Umi adalah ibu kandung awak. Dia yang melahirkan awak dan membesarkan awak. Teguran dia berasas Zalida.” Dengan panjang lebar Syed Azman memberikan nasihat buat anak dan isterinya.

           “Biarlah sanak saudara kita tahu. Biar mereka tahu yang umi dan ayah tu pilih kasih dan sanggup buat cucu sendiri begitu.” Ujar Puan Sharifah Zalida dengan geram.

           “Astagfirullahalazim Ida. Cuba bawa mengucap sikit. Abang tak suka Ida cakap begitu pada umi dan ayah. Abang nak awak sendiri jumpa umi dan ayah dan tanya dia sebab musabab mengapa dia marahkan Zarith sehinggakan mereka membuat keputusan sedemikian. Zarith kamu tak nak cakap apa-apa ke dekat mama kamu?” Syed Zarith menelan air liurnya dengan pahit sebaik saja melihat wajah papanya yang seakan-akan mengetahui sesuatu.

           “Zarith dan Zalida. Dengar sini baik-baik. Jangan sesekali bersikap begini pada mereka. Hormati mereka. Jangan sampai satu masa nanti korang berdua menyesal tak sudah.” Marah Syed Azman sewaktu berdiri. Kalau ikutkan hati mahu saja dia menceritakan apa yang telah Syed Zarith lakukan pada Syed Rafique dulu namun dia sudah berjanji dengan keluarga mertuanya. Bila tiba waktu dan masa yang sesuai nanti pasti kebenaran itu akan terbongkar. Kesalahan anak lelakinya pasti akan di dedahkan dan dia sendiri tidak dapat agak akan penerimaan isterinya terhadap peristiwa itu. Sungguh dia kecewa dengan sikap isterinya yang asyik menyalahkan orang tuanya di atas apa yang berlaku dulu sedangkan dia tidak tahu yang semua yang berlaku berpunca dari anak kesayangannya Syed Zarith. Dengan langkah yang berat Syed Azman meninggalkan ruang tamu. 

             “Mama. Zarith tak nak jumpa nenek. Zarith tak bersedialah nak jumpa nenek dan atuk. Please mama. Zarith tak nak hadir pun majlis tu.” Mohon Syed Zarith.

             “Entahlah Zarith. Mama pun dah bingung. Papa kamu dah bertegas macam tu. Mama tak boleh nak buat apa dah. Mama kena ikut juga cakap papa kamu tu. Siapa yang dah cucuk papa kamu sehinggakan dia boleh berkata sedemikian pada mama sedangkan selama ini papa kamu banyak diam. Sejak balik sini dah lain benar mama tengok. Bukan main lagi dia nak menjernihkan hubungan kita dengan nenek dan atuk kamu. Perasaan terkilan mama ni langsung papa kamu tak peduli. Nenek kamu yang buat mama jadi begini. Mama cuba pertahankan hak kamu tapi nenek kamu campak je kamu macam tu je. Kamu berhak ke atas hotel tu Zarith. Kamu adalah cucu dia.” Jelas Puan Sharifah Zalida.

               Mengapa nenek dan atuk masih berdiam diri tentang apa yang aku dan arwah Nadira lakukan pada Syed Rafique dulu? Syed Zarith kau memang tak ada perasaan malu ke pada nenek dan atuk? Mereka masih menyimpan perbuatan kau dari orang tua kau tetapi kau pula langsung tidak ada tanda-tanda untuk berubah. Bisik hati kecil Syed Zarith ketika ini.

              Aaahhh peduli apa aku dengan semua tu. Buat apa nak rasa malu dengan nenek dan atuk. Apa yang aku lakukan dulu pun bersebab. Mereka selalu lebihkan Rafique dari aku. Jadi tak salah apa yang aku lakukan dulu. Sekurang-kuranganya nenek dan atuk sedar akan kesilapan mereka yang terlalu melebihkan Syed Rafique dalam semua hal sedangkan aku juga cucu lelakinya. Aku juga berhak dapat benda yang sama Syed Rafique dapat. Hati kecilnya berbisik lagi. 

          AMANI sedang duduk bersila di atas katilnya sambil menyandarkan badannya di dinding.  Sudah puas dia berfikir akan jawapan yang harus di berikan pada keluarganya dan keluarga Syed Rafique. 

         “Aduhai pening kepala aku macam ni.” Ujar Amani sendirian. Dia kemudiannya memandang ke arah telefon pintarnya. Amani terkenangkan sepupunya Atiqah. Dengan patas dia mencapai telefonnya lalu di hubungi sepupunya.

            “Assalamualaikum Kak Tika.” Sapa Amani di talian sebaik saja mendengar suara kakak sepupunya.

              “Waalaikumussalam. Amani apa khabar. Lama tak dengar berita.” Soal Kak Tika dengan gembira di talian. Bibir Amani mengukir senyuman.

               “Alhamdulilah Amani sihat. Kak Tika dengan baby macam mana? Maaflah kalau Amani ganggu Kak Tika malam-malam ni. Amani rasa Amani perlukan khidmat Kak Tika sekarang ni.” Terang Amani.

               “Alhamdulilah. Kak Tika dengan baby pun sihat. Tak ganggu pun Amani. Kak Tika tengah tengok tv ni. Kenapa ni. Ada masalah ke? Cuba bagitahu pada Kak Tika.” Amani menarik nafasnya dalam-dalam.

               “Ini pasal Rafique la Kak Tika. Diorang nak jawapan awal pula kali ni. Amani bingunglah Kak Tika tak tahu nak cakap macam mana. Terima salah tak terima lagi salah. Dilema di buatnya Kak Tika.” Luah Amani.

               “Oh pasal kahwin rupanya. Amani dah buat solat istikharah belum?” Soal kaka sepupunya.

              “Dah buat dah Kak Tika tapi jawapan tetap sama.” Jawab Amani.

             “Haaaa kalau dah dapat jawapan tu buatlah keputusannya. Amani tak boleh nak menidakkannya. Kalau memang sudah tertulis jodoh Amani dengan Rafique tak siapa dapat menghalangnya.”

              “Tapi Amani tak yakin yang Amani akan bahagia Kak Tika.” Tambah Amani lagi.

               “Amani... Sebuah perkahwinan itu akan ada pasang surutnya. Kalau tak ada cabaran tak ada derita pasti kita tak akan mengenal erti bahagia. Memang sesiapa pun mengimpikan kebahagiaan dalam perkahwinan. Macam mana Amani nak yakin Amani bahagia kalau Amani sendiri masih takut untuk memberikan peluang pada diri Amani untuk merasainya. Orang kata perkahwinan itu umpama satu perjudian. Ada yang akan bahagia sehingga ke hujung nyawa ada juga yang akan derita sepanjang perkahwinannya tapi kita kena ingat rumahtangga yang kita bina itu nanti kita yang akan corakkannya. Amani patut bagi peluang pada diri Amani untuk menempuhinya. Kalau dah ada jawapannya Amani patut tahu apa yang Amani perlu lakukan dan selebihnya berserah pada Allah.” Kata-kata dari kakak sepupunya membuatkan Amani berfikir panjang.

            Benar tak semua yang akan mengecapi bahagia tetapi bahagia pasti akan datang seandaianya kita berusaha . Manusia sentiasa di beri pilihan untuk memilih. Setiap pilihan yang di buat akan ada baik dan buruknya. Amani keputusan perlu di buat. Bukan saja untuk diri sendiri malah untuk orang sekelilingmu. Baik buruk pilihanmu serah pada yang Maha Berkuasa. Sebagai manusia kita mampu mencuba dan berusaha untuk memperolehi apa yang di ingin namun dalam masa yang sama kita kena akui dan sedar bahawasanya tak semua yang kita mahu akan kita perolehi .


Bersambung...

NotaTersepit: Selamat berpuasa buat pembaca cik writer sekalian.Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna buat kita semua. :)

No comments:

Post a Comment

Tq sudi komen.:D