SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, November 16, 2015

[E-NOVEL] : DIA PEMBURU CINTA @ KTAC BAB 41 & 42

Assalamualaikum u olllsss..


Pertama sekali cik writer nak minta maaf sebab dah lama tak update blog ni. Kekangan masa dengan persiapan majlis perkahwinan sendiri . Alhamdulilah semuanya dah selesai dan cik writer pun dah bertukar status. Hehehe. Alhamdulilah.  Okey ini dua bab lagi yang yang cik writer kongsikan. Pasni mungkin dah stop kongsikan kisah ni di blog memandangkan cik writer dah siapkan mss ni dan akan memulakan editing.  Jadi sampai di sini saja kisah mereka. InsyaAllah kalau ada kelapangan cik writer kongsikan mana2 bab yang ada ye. Nak siapkan editing dan mencari mood baru untuk menulis cerita baru. InsyaAllah. Terima kasih sudi singgah dan baca ye. :D 

                                               
TAJUK BARU : KTAC 
 Mss Asal: Dirimu Satu - Jangan konpius ya



BAB EMPAT PULUH SATU


             MAZLYN mundar-mandir di dalam biliknya. Sejak mengetahui Encik Kamarul mengambil keputusan untuk berhenti kerja dia mula jadi tidak tentu hala. Mazlyn tidak mahu berjauhan dengan Encik Kamarul kerana dia terlalu sayangkan Encik Kamarul walaupun dia tahu dia hanya bertepuk sebelah tangan.

              “Aku sayangkan Encik Kamarul. Aku tak boleh berpisah dengan dia.” Bicara Mazlyn seorang diri. Wajahnya di raup berkali-kali untuk menghilangkan rasa resah di dadanya. Dia sudah buntu tidak tahu apa yang patut dia lakukan agar Encik Kamarul tidak meninggalkan universitinya.

               “Mazlyn apa kena dengan kamu ke hulu ke hilir ni?” Tegur Puan Azizah. Dia tedengar anaknya bercakap seorang diri sewaktu melintasi bilik Mazlyn. Pintu bilik Mazlyn ketika itu sememangnya terbuka luas. Mazlyn menoleh.

               “Mama tolonglah Mazlyn. Encik Kamarul nak berhenti kerja. Mazlyn tak boleh berpisah dengan dia. Mazlyn sayangkan dia. Mazlyn dah buntu ni mama. Mazlyn nak kahwin dengan dia tapi dia tolak Mazlyn.” Luah Mazlyn. Puan Azizah menggelengkan kepalanya dengan perlahan.

              “Mazlyn orang tak suka tak kan kamu nak paksa? Cukuplah Mazlyn. Kamu tak kasihan pada diri kamu sendiri ke? Tengok keadaan kamu sekarang ni. Wajah kamu tu dengan cekung dan pucat. Kampus pun kamu tak pergi. Fikiran kamu hanya Encik Kamarul. Tolonglah sedar sayang. Mama dah tak sampai hati nak tengok keadaan kamu macam ni. Bukan sehari tau dah seminggu kamu berkeadaan begini.” Pujuk Puan Azizah. Dia agak bimbang melihat keadaan anak gadisnya yang lebih menyendiri sejak seminggu ni. Mazlyn banyak terperap malah seringkali berbicara sendirian.

             “Mama tak faham perasaan Mazlyn. Kenapa semua orang tak faham apa yang Mazlyn rasa hah? Mazlyn akan usaha juga cairkan hati Encik Kamarul tu. Mama kena tolong Mazlyn.” Pinta Mazlyn.

              “Mama tak nak campur lagi soal ni. Kamu dah tahu jawapannya tapi kamu saja yang bekeras hati tak mahu terima. Sedarlah Mazlyn. Walau banyak macam mana pun kamu cinta dan sayang Encik Kamarul kamu tu dia tak akan pilih kamu sebagai teman hidupnya. Dia sudah jelaskan pada kamukan. Kalau kamu terus desak dia lagilah dia tak suka kamu Mazlyn. Cukuplah. Papa kamu dah buat keputusan. Dia nak kamu berhenti belajar. Tak guna kamu belajar kalau kamu langsung tak boleh nak fokus. Keputusan ujian kamu kali ni betul-betul buat papa rasa kecewa. Kamu juga pernah bagitahu mama sebelum ni yang kamu dah tak nak belajar lagikan. Mama dan minta papa kamu carikan jodoh untuk kamu Mazlyn.” Riak wajah Mazlyn terus berubah serta merta.

           “What? Cari jodoh untuk Mazlyn? Mama Mazlyn tak akan kahwin dengan sesiapa oun kecuali Encik Kamarul. Titik. Itu keputusan Mazlyn. Kalau Mazlyn tak dapat Encik Kamarul Mazlyn boleh jadi gila tau tak. Mazlyn sayangkan Encik Kamarul. Kalau mama dan papa nak Mazlyn bahagia pujuk Encik Kamarul kahwin dengan Mazlyn.” Marah Mazlyn. Dia menghempaskan punggungnya di birai katil.
             “Kalau kamu rasa nak jadi gila teruskanlah. Orang yang tak ada iman saja yang bertindak sedemikian. Mazlyn kamu ni dah terlalu taksub dengan cinta pensyarah kamu. Tak payah kamu nak beranganlah nak kahwin dengan orang yang tak mahukan kamu. Papa dah buat keputusan untuk hantar kamu ke suatu tempat. Papa nak kamu berubah. Ubah sikap kamu yang sekarang ni. Papa dan mama lakukan ini demi kebaikan diri kamu bukan untuk kami.” Kedengaran suara tegas Encik Khalid di pintu. Mazlyn menoleh dengan renungan yang tidak puas hati.

           “Mazlyn tak nak ke mana-mana. Mazlyn tetap akan kahwin dengan Encik Kamarul dengan apa cara sekalipun. Mama dan papa tak boleh nak halang.” Tegas Mazlyn.

           “Mazlyn. Kenapa dengan kamu ni? Cubalah belajar terima hakikat.” Suara Puan Aziziah sudah mula tinggi. Geram dengan sikap anaknya. Bukan saja degil malah ikut kepala angin dia saja. Kalau A katanya A jugalah jawapannya.

            “Kamu nak guna cara apa Mazlyn? Kamu jangan nak buat kerja gila yang boleh malukan diri kamu sendiri Mazlyn.” Soal Encik Khalid ingin tahu. Mazlyn langsung tidak menjawab pertanyaan dari papanya. Dia hanya menghadiahkan papanya dengan pandangan kosong akan tetapi di dalam kepalanya sudah datang rancangan jahat untuk mendapatkan Encik Kamarul. Dia yakin selepas ini dia akan bergelar sebagai isteri Encik Kamarul.

          Siaplah kau Encik Kamarul. Kalau cara ni aku tak dapat kau juga memang aku akan jadi gila. Hatinya berbicara. Encik Khalid dapat rasakan anaknya sedang merencanakan sesuatu untuk dapakan cintanya. Dia tahu dan sedar anaknya Mazlyn seorang yang tak akan mengalah dengan begitu saja. Dalam masa yang sama juga dia bimbang tindakan Mazlyn selepas ini bakal mengundang kesengsaraannya sendiri.

             HUJUNG minggu itu, Amani keluar bersama-sama dengan Syed Rafique. Kalau ikutkan rasa hati memang malas untuk dia keluar bersiar-siar hari ini tetapi Syed Rafique awal-awal lagi sudah terpacak di pintu pagar rumahnya dengan sengihan. Kelam kabut Amani waktu itu. Dia masih lagi membuta di atas katil. Hari minggu adalah hari di mana mereka bertiga liat nak bangun. Selepas menunaikan solat subuh mereka menyambung tidur kembali. Sedar tak sedar jam sudah pun menunjukkan ke angka Sembilan pagi.

            Terperanjat besar Amani sewaktu mendapat panggilan dari Syed Rafique yang mengatakan dia sedang berdiri di pintu pagar kediaman mereka. Dengan sepantas kilat Amani bangun dan bersiap.
           “Lain kali awak jangan buat macam ni. Boleh kena serangan jantung tau. Ini sekejap lagi mungkin saya akan sakit kepala.” Marah Amani sewaktu berada di dalam perut kereta. Sebaik saja kereta meluncur laju ke jalan barulah Amani menarik nafas dengan selesa. Sungguh dia terkejut dengan kedatangan Syed Rafique tanpa di beritahu hari ini.

            “Maaflah. Saya bosan sebab tu saya datang jemput awak. Jalan dengan awak Amani memang tak akan rasa jemu dan bosan. La kenapa pula awak nak sakit kepala?” Soal Syed Rafique. Matanya tertumpu ke jalan raya.

            “Yalah. Saya bangun dengan terkejut tadi. Sah-sahlah saya akan sakit kepala. Kalau saya sakit kepala tak adanya kita boleh bersiar-siar.” Jawab Amani sambil membetulkan shawl yang di pakainya.

            “Sakit kepala ada ubatnya. Dalam kereta saya ni dah tersedia ada dengan ubat panadol dan juga minyak angin cap kapak. Kalau awak sakit kepala jap lagi gunalah ubat tu. Susah apanya. Saya mana tau awak terkejut. Maaflah. Okey saya janji lepas ni saya tak buat lagi.” Jani Syed Rafique. Amani mengetap bibirnya dengan geram.

           “Amani saya nak tanya sesuatu boleh?” Soal Syed Rafique dengan tiba-tiba. Amani menoleh padanya.

           “Tanyalah. Apa dia?” Soal Amani .

             “Betul awak tak ada apa-apa perasaan pada Kamarul pensyarah awak tu?” Soal Syed Rafique. Amani tersenyum pada Syed Rafique yang menoleh padanya saat itu.

            “Tak ada. Kalau ada dah lamalah saya ngorat dia. Awak tak percayakan saya ke?” Syed Rafique mengukir senyuman manis. Dia tidak tahu kenapa hatinya tidak tenang apabila berkaitan dengan Kamarul. Pelbagai andaian yang terlintas di ruang fikirannya. Dia sedar siapa Kamarul dan dia sedar dan faham akan perasaan Kamarul pada Amani.

             “Bukan tak percaya. Saja nak tahu dari hati awak.”

             “Saya harap hubungan persahabatan awak dengan dia tak akan musnah gara-gara saya. Encik Kamarul tu memanglah handsome tapi hati saya ni tak terpikat pun pada dia. Entahlah. Orang lain sibuk nak merebut dapatkan  dia tapi saya berminat langung ke arah itu.”

              “Boleh saya tau kenapa?” Amani menoleh kembali pada Syed Rafique. Perlu ke aku bagitahu sebabnya pada dia? Soal hati kecilnya.

              “Awak nak jawapan yang jujur ke?” Soal Amani pula. Syed Rafique hanya memberikan respon dengan anggukan kecil.  Syed Rafique fokus pada pemanduannya. Amani serba salah untuk menceritakannya.

               “Ceritalah saya nak dengar. Amani kita ni kan nak jadi suami isteri tak lama lagi jadi inilah masa untuk kita saling kenal mengenali hati budi masing-masing.”

               “Mungkin fobia kot. Lepas pernikahan kita tak jadi dulu hati saya jadi keras kot. Saya memang tak suka dengar perkataan tentang kahwin lagi. Tiap kali isu kahwin di bangkitkan saya akan naik angin. Saya dah janji dengan diri saya yang saya tak akan sesekali terima mana-mana lelaki selepas peristiwa tu.  Encik Kamarul layan saya dengan baik tapi saya tak boleh nak terima perasaan dia pada saya. Usahlah awak bimbang.” Jelas Amani jujur.

              “Maafkan saya sebab saya awak jadi begitu. Kalau tak pasti awak terima Kamarul kan? Melepaslah saya sekarang ni tapi rezeki masih berpihak pada saya. Habis tu sekarang ni awak masih bencikan saya? Boleh awak terima cinta saya?” Soal Syed Rafique. Amani menelan air liurnya dengan perlahan.

               “Nak kata benci tu mungkin makin hilang kot. Cinta? Saya tak tahulah Rafique. Apa yang saya boleh katakana saat ini pada awak yang saya akan setia dengan awak. Cinta saya tak pasti sebab saya masih lagi takut. Dulu saya dah bersedia untuk mencintai awak tapi awak tinggalkan saya. Sekarang ni pula saya tak tahu jawapannya. Yang saya tahu awak adalah Mr Istikharah saya. Harap awak bagi saya masa untuk kembali belajar mencintai awak.” Kata-kata Amani membuatkan Syed Rafique merasa bersalah akan kesilapannya yang dulu.

                “Maafkan saya Amani. Sebab saya awak jadi macam tu. Awak dah terima untuk jadi isteri saya pun dah syukur Alhamdulilah Amani. Cinta dan kasih sayang pasti akan terbit di dalam hati kita nanti. Saya akan menunggu saat awak boleh luahkan pada saya isi hati awak. Saya akan menunggu awak ucapkan I love you pada saya.” Sengih Syed Rafique. Amani tersenyum.

               “Terima kasih Rafique.” Ucap Amani dengan terharu. Syed Rafique dapat menerimanya. Dia berjanji pada dirinya yang dia akan belajar untuk kembali mencintai Syed Rafique. Dulu dia sudah berjanji dengan dirinya untuk menyanyangi Syed Rafique sebaik saja pernikahan mereka di tetapkan.

               “Sama-sama tapi Amani saya yang patut ucapkan terima kasih pada awak sebab awak dah tunjukkan cinta yang baru buat saya. Saya rasa bertuah sangat dapat mengenali diri awak Amani. Walaupun awak adalah cinta kedua saya tetapi saya akan jadikan ianya cinta terkahir buat saya Amani. Sungguh saya sayangkan awak. Perasaan saya pada awak Amani sungguh berbeza sekali dengan perasaan saya bersama arwah Nadira.” Akhirnya Syed Rafique menyebut nama arwah Nadira di hadapan Amani.

               “Sebut tentang arwah Nadira awak tak nak cerita ke pada saya bagaimana awak boleh kenali dia. Saya pun teringin juga nak tahu tentang cinta lalu awak. Saya ni langsung tak ada cerita cinta tau.” Pinta Amani dengan teruja. Dia ingin sekali mengetahui kisah cinta Syed Rafique bersama arwah Nadira.

                “Alah kisah saya dan dia tak menarik pun Amani. Kisah kami agak menyakitkan. Saya kecewa dengan perngkhianatan dia pada saya.” Dalih Syed Rafique . Kalau boleh dia tidak mahu membuka cerita lama dan dia juga mahu lupakan akan memori bersama arwah Nadira.

               “Tanpa kesakitan kita tak akan belajar erti kehidupan. Kesakitan yang banyak mematangkan kita. Ceritalah saya nak dengar.  Saya nak dengar dari mulut awak sendiri saya tak nak kalau suatu hari nanti saya dengar dari mulut orang lain. Mulut orang ni selalunya akan ada pernambah baikan jalan ceritanya. Yang asalnya lain tapi dah berubah jadi lain. Saya tak naklah macam tu.” Mohon Amani. Syed Rafique akhirnya menceritakan serba sedikit kisah cinta yang lalu pada Amani. Benar apa yang di katakan Amani. Ada baiknya dia dengar dari mulutnya sendiri dari mulut orang lain.

            PUAN Sa’adah sedang duduk di ruang tamu. Dia sedang mengira-ngira sesuatu. Entah apa yang di kiranya pun tak tahulah. Sungguh leka sekali dia dengan aktivitinya. Televisyen di biarkan terpasang.

            “Assalamualaikum..” Encik Hisham yang baru saja tiba di rumahnya. Dia baru saja pulang dari kenduri dari kampung sebelah. Hanya dia saja yang pergi, isterinya pula ke kenduri di kampungnya. Hari ini ada dua majlis perkahwinan yang berlangsung. Encik Hisham wakil ke kampung sebelah manakala isterinya pula wakil di kampungnya.

             “Waalaikumussalam. Eh bang cepatnya balik. Selalunya kalau pergi tempat kenduri bukan main lama lagi abang bersembang.” Puan Sa’ada memandang langkah suaminya yang sedang bergerak menuju ke arahnya.

             “Perut saya ni haaaa macam nak meragam. Itu pasallah saya balik awal kalau tak memang duduk sana lagi. Seronok Dah kalau dah jumpa kawan lama ni.” Jelas Encik Hisham sebaik saja melabuhkan punggungnya di sofa.

              “Salah makan lagi la tu sampai sakit perut.” Bebel Puan Sa’adah.

              “Yang awak pula ni tengah buat apa? Dengan mesin kira-kira ni lagi. Awak kira apa Puan Sa’adah oii..” Soal Encik Hisham sebaik saja terpandangkan mesin kira-kira yang ada di atas meja. Puan Sa’adah tersenyum lebar lagi.

               “Buat kira-kira sikitlah bang. Kata nak buat kenduri kahwin Amani. Banyak bendalah Dah nak kena kira.” Jelas Puan Sa’adah.

              “Sudah semestinya Dah. Kita ni belah perempuan penatlah sikit kalau kenduri kahwin ni. Abang memang berhajat nak buat besar sikit. Yalah anak perempuan kita sorang tu je Dah. Abang nak buat biar elok sikit. Amar kahwin nanti pun sama juga. Anak awak yang tu bila nak cari pasangan hidupnya. Abang ni bukan apa tak sabar nak tengok anak-anak kahwin. Lepas ni bolehlah kita main dengan cucu Dah oii. Asyik tengok orang je main dengan cucu abang pun teringin juga.” Encik Hisham membetulkan duduknya. Dengan perlahan-lahan dia menanggalkan butang baju batik.

              “Lepas selesai Amani barulah kita fikirkan tentang Amar pula. Amar tu lelaki tak adalah bimbang sangat. Amani ni yang saya risau. Perempuan kalau lambat kahwin mulalah jadi bualan mulut orang.”  Jawab Puan Sa’adah. Benar bagai di kata oleh Puan Sa’adah lelaki lambat kahwin tak mengapa tapi kalau perempuan yang lambat kahwin mulalah jadi bualan orang malah boleh jadi fitnah. Sudah menjadi kebiasaan buat manusia. Bicara manusia memang berbisa. Adakala bisanya mengalah racun.

              “Banyak persiapan yang kena buat ni bang.” Ujar Puan Sa’adah lagi. Dia sudah membuat senarai yang perlu dia dan suaminya lakukan. Memandangkan Amani sedang sibuk di kampus merekalah yang perlu merancangnya. Mereka tidak mahu menganggu pelajaran Amani. Majlis akan berlangsung sewaktu cuti semester.  Pejam celik pejam celik dah tiba hari majlisnya.

              “Mana abang tengok sikit.” Pinta Encik Hisham. Puan Sa’adah menghulurkan senarai yang telah dia buat tadi  malahan siap dengan anggaran kasar lagi yang tertera di situ. Terangguk-angguk kepala Encik Hisham meniliknya satu persatu.

       
          
            
     **************************************************         


BAB EMPAT PULUH DUA

           SHARIFAH Emelyn duduk di birai katil. Dia baru saja tiba di biliknya setelah meluangkan masa bersama keluarganya di tingkat bawah. Sejurus selepas itu, Sharifah Emelyn membaringkan badannya sambil mendongak memandang ke atas.

             “Emelyn janji dengan nenek dan atuk ya. Rahsiakan perkara ni dari abang Rafique. kamu. Nenek minta tolong sangat ni. Sekarang ni masanya tak sesuai untuk kita menceritakan perihal Syed Zarith dulu.” Masih terngiang-ngiang lagi permintaan dari neneknya malam itu.

              “Nek atuk sampai bila kita nak rahsiakan dari abang Rafique. Dia berhak tahu apa yang abang Zarith cuba lakukan pada dia dulu. Tak sangka rupa-rupanya arwah Kak Nadira dulu adalah girlfriend abang Zarith. Wah hebat permainan dia. Bukan main teliti lagi rancangannya untuk abang Rafique. Sungguh Emelyn tak sangka abang Zarith boleh lakukan sedemikian demi nama dan pangkatnya di hotel. Memang dia tak layaklah nek atuk untuk menerajui hotel tu kalau perangai mengalah hantu.” Marah Sharifah Emelyn. Tangannya di kepal manakala mulutnya pula tidak habis-habis membebel soal Syed Zarith.

             Berita yang baru di dengar sememangnya mengejutkan diri Sharifah Emelyn. Saat mengetahui apa yang abang sepupunya cuba lakukan pada abang sendiri, perasaan benci mula terbit di dalam hatinya. Tidak cukup dengan itu, perasaan hormatnya pada Syed Zarith mula pudar.

              “Kami pun tak tahu Emelyn sampai bila rahsia ni boleh di pegang. Kalau ikutkan hati dah lama atuk nak bagitahu pada semua orang terutama sekali Mak Su kamu tapi keadaan tak mengizinkan. Atuk tak rasa Mak Su kamu akan percaya. Dia sayangkan Zarith. Atuk dan nenek mengambil keputusan untuk menyorokkan ini semua adalah untuk kebaikan kita.” Syed Bakar menjawab bagi pihak isterinya.

              “Apa yang kita buat pada keluarga Mak Su dah lebih nenek , atuk. Kita berusaha nak jaga hati Mak Su demi kesihatannya tetapi lihatlah apa yang kita dapat? Tengok sajalah hari tu dia langsung tak respect nenek dan atuk. Emelyn nampak semua tu. Ada Mak Su fikir tentang hati dan perasaan nenek dan atuk dengan apa yang dia lakukan? Tak ada kan. Yang ada adalah perasaan marah dan tak puas hati. Bagi pendapat Emelyn, Mak Su tak berhak untuk bersuara di atas apa yang telah atuk dan nenek putuskan. Itu adalah hak nenek dan atuk.” Sharifah Emelyn sungguh tidak berpuas hati.  Dia cuba untuk menyabarkan dirinya.

           “Emelyn nak juga bagitahu perihal ni pada abang. Dah cukuplah abang Zarith buat begini. Emelyn tak nak berdiam diri lagi dan Mak Su patut tahu perangai anak lelaki kesayangan dia tu macam mana. Ayah Su tau ke tak soal ni?” Soal Sharifah Emelyn.

            “Sayang cucu nenek, jangan macam tu. Istigfar banyak-banyak Emelyn. Kita cari masa yang sesuai untuk bagitahu perkara ni. Sabar cu. Ayah Su kamu memang tahu tapi apa yang kami minta dia rahsiakan. Nenek tak mau kesihatan Mak Su kamu kembali buruk.” Pujuk Sharifah Maimun sambil mengusap lembut lengan cucunya. Sharifah Emelyn mengeluh dengan berat.

            “Aku tahu apa yang aku patut lakukan untuk menyedarkan Mak Su dan abang Zarith. Aku tak akan berdiam diri lagi kali ini.” Ujar Sharifah Emelyn dengan perlahan. Di usap rambutnya sambil berfikir sejenak sebelum dia bangkit dan terus bergegas ke meja solek. Dengan perlahan-lahan Sharifah Emelyn menekan butang on pada laptop peribadinya.

            Laman muka buku di bukakanya. Dia cuba menjejaki seseorang yang boleh membantunya dalam menyelesaikan misinya. Niatnya hanya satu untuk pecahkan tembelang Syed Zarith pada mak Su nya. Dia mahu Mak Su nya kenal siapa Syed Zarith sebenarnya. Apa yang telah Syed Zarith lakukan pada abangnya. Teknologi serba canggih bukan payah untuk menjejaki seseorang. Dengan wajah serius sekali Sharifah Emelyn mencarinya. Satu-persatu di buka dan di tilik mencari wajah yang di cari.

            “Adik kesayangan abang tengah buat apa tu? Bukan main khusyuk lagi abang tengok?” Sergah Syed Rafique di pintu bilik adiknya. Sharifah Emelyn terkejut lalu menoleh. Dengan serta merta jarinya menekan tetikus untuk minimize laman facebook yang di bukanya sebentar tadi.  Sharifah Emelyn tersengih pada abangnya yang sedang melangkah mendekati nya.

           “Abang tak tidur lagi?” Soal Sharifah Emelyn lalu membetulkan duduknya. Syed Rafique mengambil tempat di birai katil adiknya.

             “Sekejap lagi. Emelyn abang nak minta tolong sikit ni.” Luah Syed Rafique. Dahi Sharifah Emelyn terus berkerut.

              “Tolong apa?” Soal Sharifah Emelyn. Dengan lambat-lambat Syed Rafique bangun lalu mendekati adiknya. Di hulurkan suatu sampul kepada adik kesayangannya.

               “Apa pula ni abang Rafique?” Sharifah Emelyn menyoal dengan pelik namun sampul itu di sambutnya. Sejurus kemudian sampul tersebut di buka dan di keluarkan isi kandungan yang ada di dalamnya.

              “Dah kenapa pula ada gambar abang arwah kak Nadira? Siapa yang bagi pada abang ni? Sakit gamaknya si pengirim ni.” Sharifah Emelyn menilik satu persatu gambar yang berada di dalam sampul tersebut.

               “Amani yang bagi. Menurut kata Amani siang tadi dia ada terima sampul ni. Bila buka ada gambar abang dan arwah Nadira. Tak tahu siapa yang hantar. Yang buat abang Rafique tertanya-tanya sekarang ni siapa penghantarnya. Apa yang dia nak sebenarnya ni?”  Terkejut Sharifah Emelyn. Tidak berkedip matanya merenung Syed Rafique.

             “Lagi buat abang pelik adalah macam mana dia boleh ada gambar-gambar ni? Siapa yang gatal tangan jadi photographer yang tak bertauliah ni?” Soal Syed Rafique. Dia dapat agak yang seseorang cuba merancangkan sesuatu. Kenapa Amani yang di carinya. Sharifah Emelyn terfikirkan sesuatu.

              Jangan-jangan..... Hati dan fikirannya mula menggagak sesuatu.

             “Abang ada syak sesiapa ke? Kenapa ya agaknya dia hantar gambar lama abang dengan arwah kepada Amani. Apa dia nak sebenarnya ni. ?” Sharifah Emelyn dapat rasakan yang ini ada kaitan dengan Syed Zarith

             “Entahlah. Abang pun tak faham. Harap-harap janganlah dia ganggu Amani dengan cara begini. Nasib baik abang dah ceritakan kisah cinta abang dan arwah Nadira  pada Amani. Tak adalah dia salah faham tengok gambar abang jalan-jalan dengan arwah dulu.” Syed Rafique memandang adiknya. Terkejut juga dia petang tadi apabila Amani menghubunginya untuk berjumpa di kampus.

             “Abang janganlah bimbang. Emelyn rasa tak ada apa-apa kot. Amani dah tahu kisah cinta abang dengan arwah Nadira jadi tak perlu nak risau. Orang ni sengaja nak main-main kot. Yalah mungkin dia tahu abang nak kahwin ke.”

               “Memanglah tapi abang teringin nak tahu kenapa? Abang dapat rasakan yang ada orang cuba untuk jadi batu api. Mungkin juga ada yang cemburu lihat abang dan Amani. Tapi siapa?” Syed Rafique kebingungan seketika.

          “Okey begini. Hal ni abang serahkan pada Emelyn saja uruskan. Satu masa nanti kita akan tahu siapa yang cuba nak main tarik tali ni. Jangan peningkan kepala abang dengan gambar ni. Tahulah Emelyn ajar orang tu nanti. Sekarang ni abang dengan Amani buat persiapan sikit-sikt.  Jangan bimbang okey.” Syed Rafique menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.

          “Emelyn punya persiapan macam mana pula?” Soalnya lagi.

         “Jangan bimbang abang Rafique. Semuanya dalam progress. Lagipun mummy dengan nenek banyak tolong. Alah Majlis akad nikah saja dulu.Resepsinya lambat lagi. So jangan bimbang. Sekarang ni abang dengan Amani tu yang banyak lagi tak selesai. Uruskan apa yang patut okey.” Keluarga mereka sudah sepakat untuk mempercepatkan majlis akad nikah. Lafaz ijab dan Kabul itu yang penting. Majlis resepsi kedua-dua belah pihak akan di adakan pada cuti akhir semester. Majlis akad nikah pula akan berlangsung pada cuti pertengahan semester.

             “Thanks dik.” Sharifah Emelyn tersenyum lebar sambil menaikkan ibu jarinya. Syed Rafique menyuruh adiknya menyiasat kerana Sharifah Emelyn sememangnya meminati bidang itu. Namun bidang itu bukanlah kerjayanya sepenuh masa. Kadang-kala saja dia beraksi dalam bidang penyiasatan. Sharifah Emelyn serba tahu dan serba boleh.

               BALIK saja ke biliknya, Syed Rafique mencari telefon pintarnya. Dia ingin menghubungi Amani. Siang tadi dia sudah berjanji dengan Amani untuk menghubunginya.  Syed Rafique mencari-cari nama Amani lalu di hubunginya.

              “Assalamualaikum.” Syed Rafique terlebih dahulu memberikan salam sebaik saja panggilannya di jawab.

               “Waalaikumussalam. Awak tak tidur lagi ke?” Soal Amani dengan senyuman. Dia sedang berada di hadapan laptopnya. Buku dan nota memenuhi ruang meja belajarnya.

                “Belum lagi. Awak buat apa Amani? Tentang gambar siang tadi usahlah awak ambil pusing ya. Saya akan siasat siapa yang bagi pada awak.” Syed Rafique membaringkan badannya di atas tilam empuk.

                 “Saya tengah siapkan assignment sikit. Saya tak kisahlah tentang gambar tu. Lagipun itu gambar lama dan perempuan dalam gambar tu pun dah tak ada lagi dekat dunia ni. Buat apa saya nak fikir sangat. Saya okey je. Itu kisah lama awak jadi buat apa nak kenang balik. Betul tak?” Jawab Amani dengan tenang. Jari sebelah kanan sedang ligat mencoretkan sesuatu di buku notanya.

               “Terima kasih Amani. Ini yang buat saya makin rasa sayang pada awak. Dah ready ke nak kahwin dengan saya. Lebih kurang sebulan lagi kita akan bergelar suami isteri. Awak tak kisah ke kahwin cuti pertengahan semester ni. Maaflah kalau permintaan nenek buat awak dan keluarga kelam kabut.” Amani tersenyum mendengarnya. Saat itu juga jarinya berhenti dari menulis.

               “Sama-sama. InsyaAllah ready kot. Tak apalah. Saya tak kisah. Saya dan cakap hari tu kan yang saya ikut saja perancangan dari keluarga awak dan saya. Rasanya tak kelam kabut sangat sebab kita selesaikan dulu majlis akad nikah. Itu yang penting. Majlis resepsi kan ada lebih kurang tiga empat bulan juga.” Jawapan Amani membuatkan Syed Rafique merasa lega. Dia sungguh terkejut apabila mendapat tahu yang mereka akan selesaika urusan akad nikah pada cuti pertengahan semester Amani nanti.

               “Alhamdulilah. Lega saya dengarnya. So lepas kahwin nak terus duduk dengan saya atau awak nak stay dekat rumah sewa tu lagi? Kalau boleh lepas selesai akad nikah kita tu saya nak bawa awak balik tinggal dekat villa. Pergi kelas nanti saya hantar tak pun awak drive kereta mummy dulu sementara saya dapatkan kereta untuk awak. Kereta yang saya tempah tak sampai lagi. Maybe akan dapat masa majlis resepsi kita.” Amani terkejut mendengar tentang kereta.

             “Hah awak beli kereta. Buat apa beli kereta tu? Saya bukannya naik pun. Tak payahlah beli.” Amani menolak. Dia memang mahukan kereta tetapi bukannya sekarang. Angannya dia akan dapat kereta apabila dia bekerja nanti.

             “Mana boleh. Itu salah satu hadiah hantaran untuk awak. Saya belikan khas untuk awak supaya senang nak pergi mana-mana. Suka atau tidak awak kena terima sebab itu memang untuk awak sayang.” Sekali lagi Amani terkejut mendengarnya. Hadiah hantaran?

             “Nanti apa pula kata orang kalau tengok awak bagi saya kereta. Saya tak nak orang cakap nak menunjuk-nunjuk pula. Awak tau kan orang dekat kampung saya macam mana. Diorang mana suka tengok saya.” Luah Amani. Itu rupanya yang di bimbangkannya.

            “Biarlah diorang nak kata apa pun. Saya bagi untuk isteri saya bukan untuk orang lain. Amani sayang tak perlulah awak nak fikirkan apa orang kata. Itu memang hadiah untuk awak. Saya beli bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi untuk kegunaan awak masa hadapan sayang. Hujung minggu ni kita pergi fitting baju akad nikah.” Amani menganggukkan kepalanya.

              “Yalah. Apa-apan pun saya nak ucapkan terima kasih untuk semua susah payah awak untuk saya.” Ucap Amani. Syed Rafique tersenyum puas.

               “Sama-sama. Awak pergilah siapkan assignment dulu. Saya pun nak tidur. Awal-awal pagi lagi saya ada meeting. Selamat malam. Lagi satu jangan tidur lambat ya.” Bukan main lagi Syed Rafique menitipkan pesanan. Amani pula tergelak kecil.

               “Yes bos. Selamat malam . Assalamualaikum.” Jawab Amani. Sebaik saja Syed Rafique menjawab salamnya barulah talian di putuskan. Dia letakkan kembali telefon pintarnya di sebelah sebelum dia menyambung kembali assignment yang masih tergendala.

                 “AMANI.. Amnai..” Panggil Maya di luar pintu bilik Amani. Terkejut Amani hampir terpelanting pen yang ada di tangannya. Dengan pantas di bingkas bangun dan menuju ke pintu biliknya.

                   “Apa hal pula Maya terjerit-jerit malam-malam ni?” Bebel Amani sendirian. Pintu di buka. Dia mencari kelibat Maya yang baru saja keluar dari dapur dengan kelam kabut. Berkerut dahi Amani melihat Maya yang sedang ke hulu ke hilir.

                   “Kau kenapa ni Maya? Ni nak ke mana pula. Kau cari apa ni?” Soal Amani. Pening dia melihat Maya yang agak pelik malam.

                     “Maya kau kenapa ni. Terkejut aku tau dalam tandas tu tadi bila kau jerit memanggil Amani rupa itu. Nak ke mana ni?” Soal Alia pula sambil membetulkan ikatan pengikat rambutntya.

                     “Aku nak kena pergi rumah mak cik aku sekejap ni. Ada hal penting. Kau tahu tak mama aku hubungi aku tadi cakap yang Encik Kamarul hampir saja kena tangkap khalwat dengan Mazlyn. Perempuan gila tu datang rumah mak cik aku. Dah la malam ni mak cik dan pak cik aku tak ada rumah. Gila meroyan gamaknya si Mazlyn tu. Kasihan dekat abang sepupu aku. Eh korang ada nampak kunci kereta aku tak? Aku letak dekat mana ya tadi?” Maya sudah mula binggung. Puas dia cari kunci keretanya namun tidak di jumpainya.

                  “What? Encik Kamarul dengan Mazlyn?” Soal Amani dan Alia dengan kejutan. Jelas sekali mereka terkejut mendengar perkhabaran itu.

                   “Macam mana boleh jadi macam tu?” Soal Alia.

                   “Aku tak tahu. Ini nak kena pergi sana. Eh mana kunci kereta ni. Kalau orang nak cepat mesti tak jumpa.” Bebel Maya. Amani melangkah mencari kunci kereta Maya di tempat biasa. Namun tidak di jumpainya. Alia pula garu kepala memikirkan tentang Encik Kamarul dan Mazlyn. Matanya pula memandang setiap sudut berdekatan dengannya untuk mencari kunci kereta Maya.

                   “Maya aku dah jumpa. Ini dia kunci kereta kau.” Jerit Amani. Dia menjumpai kunci kereta Maya di bawah meja. Dengan pantas Maya berlari mendapatkan Amani.

                  “Terima kasih Amani. Aku pergi dulu ya.” Ucap Maya dengan menarik nafas lega.
                “Sama-sama. Kau okey ke pergi sorang diri ni Maya? Ke nak aku dengan Alia temankan?” Amani dan Alia mengekori Maya dari belakang. Maya menolegh pada sababatnya.

              “Aku pergi sorang je la. Korang kan tengah siapkan assgignment. Jangan bimbang. Apa-apa hal nanti aku call korang berdua. Aku pergi dulu.” Maya terus mengambil kunci rumah. Amani dan Alia menemani Maya sehingga di depan pintu utama rumah mereka.

              “Hati-hati Maya.” Pesan Amani . Maya menganggukkan kepalanya sebelum dia memboloskan diri ke dalam kereta. Sebaik saja kereta Maya keluar terus saja Alia menutup pintu pagar rumah sewa mereka.

               “Kasihannya dekat Encik Kamarul. Aku dah agak dah yang perempuan tu mesti cari jalan lain nak dapatkan Encik Kamarul. Berani mati betullah si Mazlyn ni.” Bebel Alia sewaktu mereka berdua melangkah ke ruang tamu.

                “Tunggulah Maya balik nanti. Baru kita tahu kisah sebenarnya. Dahlah aku nak sambung buat assignment ni. Kau punya dah siap ke Alia?” Soal Amani. Alia tersengih lalu di gelengkan kepalanya.

                 “Aku nak bincang dengan kau lah ni jap lagi yang aku tak faham. Nanti aku masuk bilik kau jap lagi eh.” Pinta Alia dengan wajah yang sungguh comel sekali. Amani sudah faham sangat dengan karenah Alia.  Adalah tu yang Alia tak boleh nak selesaikan.

                 “Boleh je. Jomlah.” Ajak Amani. Dia melangkah masuk ke biliknya manakala Alia pula menghilangkan diri untuk mengambil laptop serta peralatan yang lain. Assignment yang sedang mereka siapkan adalah assignment individu yang di mana tarikh hantar jatuh pada hari lusa.


Bersambung....

NotaTersepit:  Jadual harian sudah berubah sejak kawen. Hihihi. Pas kawen jadi housewife sementara waktu jadi bolehlah fokus pada editing KTAC dan mencari idea baru untuk manuskrip baru. :D

5 comments:

  1. Replies
    1. terima kasih n kian chai sudi singgah dan baca :)

      Delete
  2. Salam Cik Ayra,

    Kami dari Novel Plus ingin meminta jasa baik cik untuk kita bertukar link blog di mana link cik kami akan masukkan ke dalam page di website kami yang masih sedang dikemaskini. Oleh itu kami harap cik juga sudi berbuat demikian untuk website kami juga..
    http://www.novelplus.co

    Terima kasih

    ReplyDelete

Tq sudi komen.:D