good morning dan selamat hari isnin.Ok hari ini akan di update sambungan Aku Ditakdirkan Untukmu.Mekasih kerana baca dan komen karya ayra zahra...Bab 6 akan menyusul kemudian ok..Tunggu...
DIAN sudah pun sampai di perkarangan
Khalid Group.Dian sudah tersenyum sewaktu melihat bangunan Khalid
Group.Kemudian Dian melangkah masuk ke dalam pejabat.Bercuti sakit dua hari
membuatkan Dian bersemangat untuk bekerja hari ni., tambahan pula kerja dia
masih lagi tidak siap.Kali ini Dian kena siapkan grafik untuk papan iklan.Dian
di berikan masa dalam masa dua minggu untuk menyiapkan tiga grafik untuk papan
iklan.
Bukan mudah menjadi pereka grafik ni.Banyak
benda nak kena fikir.Mula-mula design bukan main lepas tu padam balik sebab
tidak puas hati dengan hasil kerja sendiri.,Itulah Dian.Nak kata cerewet tidak
juga tapi Dian lebih menitikberatkan ketelitian dan juga kecantikan pada setiap
grafik yang di buat olehnya.
“Good morning Kak Hanim..”Sapa Dian sewaktu
melalui meja di mana Kak Hanim berada.
“Good morning Dian.Macam mana?Dah ok
demam?” Soal Kak Hanim sambil tersenyum manis.
“Alhamdulilah Dian dah sihat Kak
Hanim.”Balas Dian pula.
“Dian tak datang Kak Hanim rindu tahu.Bukan
Kak Hanim saja tahu yang rindukan Dian tapi ada lagi sorang yang rindukan
Dian.Tak senang duduk dia bila Dian tak masuk pejabat dua hari ni.” Ujar Kak
Hanim sambil tersenyum penuh makna.
“Siapa Kak Hanim?” Tanya Dian dengan
lurus.Daginya turut berlapis-lapis.
“Morning Kak Hanim..” Kedengaran suara
Zafran Nufail yang baru saja muncul di
depan Dian dan juga Kak Hanim.
“Morning..”Jawab Kak Hanim dan Dian serentak
sambil menoleh ke arah Zafran.
“Haaa dah sampai pun.”Usik Kak Hanim.Dian
masih lagi terpinga-pinga.Zafran Nufail sudah tersengih-sengih.
“Dian macam mana?Dah ok ke?”Soal Zafran
Nufail sambil mempamerkan senyuman manis pada Dian.
“Alhamdulilah.Dian dah sihat.kalau Dian tak
sihat Dian tak datang la pejabat hari ni.”Jawab Dian dengan selamba.Kak Hanim
sudah ketawa.
“Dian orang tu bukan apa.Dia rindu sebab tak
dapat lihat muka Dian yang comel tu la.Si Zafran ni Kak Hanim tengok dah rupa
orang hilang bini tahu dua hari ni.Kepanasan je Kak Hanim tengok.Ke hulu ke
hilir.” Sampuk Kak Hanim dengan selamba.Dian menoleh pada Zafran yang sedang
menggarukan kepalanya.
“Ish Kak Hanim ni tak boleh simpan rahsia
betul la.Malulah Zafran dekat Dian macam ni.” Tingkah Zafran Nufail pula.
“Eleh nak malu-malu kucing konon.Kalau dah
suka tu cakap je la.Lagipun Dian ni pun masih solo.”Balas Kak Hanim dengan
selamba.Dian sudah ketawa .
“Ada-ada sajalah Kak Hanim ni.” Balas Dian
dengan sengihan.
“Dian awak jangan dengar cakap Kak Hanim
ni.Saja nak kenakan kita berdua.”Tingkah Zafran Nufail .
“Tak mengapa Zafran.Saya tahu Kak Hanim
memang suka bergurau.Saya tak kisah pun.”Jawab Dian dengan selamba.Zafran
Nufail Sudah tersenyum.Kak Hanim sudah mencebik pada Zafran.
“Ya la tu Zafran.Macamlah Kak Hanim tak
kenal kamu .” Usik Kak Hanim lagi.
“Dian…” Sapa Hana Yasmin pula yang baru
saja sampai di pejabat.
“Dah ok?” Soal Hana Yasmin sambil menepuk
bahu Dian.
“Aku ok.Kalau aku tak ok tak adanya aku
datang pejabat Hana.”jawab Dian sambil tersengih.
“Baguslah.Kalau tak ada je orang yang
susah hati tak nampak wajah kau dekat pejabat ni tahu.”Usik Hana Yasmin .Mata
Hana Yasmin terus memandang raut wajah Zafran Nufail yang sedang tahan
malu.Eleh malu kucing pula dia ni.Desis hati Hana Yasmin.
“Haaa cuba Dian tengok.Bukan Kak Hanim je
yang cakap.Hana pun cakap benda yang sama tahu.”Tambah Kak Hanim pula.Zafran
Nufail sudah mencebik pada Kak Hanim.
“Ish
macam-macamlah Kak Hanim dengan Hana ni.Ok la Dian pergi sambung buat kerja
dulu.Nanti kita borak lagi ya Kak Hanim.” Pinta Dian pula.
“Ye la.Dah kamu berdua pun pergi buat
kerja.Sekejap lagi Datuk Khalid sampai lintang pukang la korang berdua nanti.”
Balas Kak Hanim lagi sambil membuang pandang pada Hana dan juga Zafran yang
masih tidak bergerak.
“Baiklah bos kecik.Kami jalan dulu
ya.”jawan Zafran Nufail sambil tersengih.Suka sangat dia menyakat Kak Hanim
yang sudah di anggap seperti kakaknya sendiri.
“Hana sambung kerja dulu Kak Hanim.Jumpa
nanti.”Balas Hana Yasmin pula sambil tersenyum sebelum melangkah menuju ke
lorong yang jabatan yang di huni olehnya.
Dian Batrisya terus saja membuka buku
sketches miliknya.Sudah menjadi kemestian bagi Dian apabila ingin mereka
sesuatu grafik dia akan melukis terlebih dahulu di atas kertas lukisan.Orang
kata cari idea la.Dian juga mengumpul maklumat yang ada internet dalam
membantunya dalam proses mereka grafik.
Dian sedang ralit bekerja dan tangannya sedang menggerakkan tetikus ke
sana ke mari sehingga Dian terlupa waktu
lunch.Dian tersedar dari dunia kerjanya apabila di sapa oleh Hana.
“Dian.Amboi kau kemain lagi fokus buat
kerja.” Tingkah Hana .Tersentak dan terkejut
Dian seketika.
“Ish kau ni buat aku terkejut je Hana.Nasib
baik aku tak ada sakit jantung tahu.”Tingkah Dian sambil mengurut dadanya.
“Aku panggil kau berkali-kali tahu tapi kau
langsung tak dengar.Penat tahu aku jerit tadi memanggil nama kau dari meja
Suzie tu haaaa..”Tingkah Hana Yasmin sambil menunjukkan meja yang di duduki
oleh Suzie.Namun orang bernama Suzie tidak berada di situ.
“Ye ke?Sorry la.Kenapa?” Soal Dian sambil
mengerut kening.
“Hello cik Dian Batrisya cuba tengok jam kau
pukul berapa sekarang.Lunch hour ok.” Ujar Hana sambil bersandar di meja Dian.
“Ya Allah.Cepatnya masa berlalu.Aku tak
perasan langsung yang dah pukul satu tengahari.” Balas Dian sambil menepuk
dahinya sebaik saja matanya melihat jam di pergelangan tangannya.
“Haaa tau pun.Tu la buat kerja memang tak
ingat dunia kan.Kau ni Dian dari zaman belajar sampailah zaman kerja kalau buat
kerja dengan fokus sampai lupa masa makan kan.” Bebel Hana lagi.
“Ish mana ada.Memandai je kau ni.”Dalih
Dian sambil tersengih.
“Dah tak payah nak buat muka sengih macam
tu.Jom keluar makan.” Ajak Hana Yasmin pula.
“Ok boleh juga.Aku pun dah lapar sangat
ni.”Balas Dian lalu mencapai tas tangannya yang berada di bawah meja kerjanya.
“Korang berdua nak pergi lunch ke?Jomlah
lunch sekali dengan saya.” Zafran muncul di kalangan mereka berdua.Hana dan
Dian memandang antara satu sama lain.
“Eh tak apalah Zafran.Saya makan dengan Hana
je la.”Dalih Dian .Dian sebenarnya segan dengan Zafran.Dian tahu niat Zafran tu
baik tapi dia tak nak menyusahkan sesiapa termasuk Hana.
“Bolehlah Dian.Kali ni saya belanja awak
berdua makan ok?” Pujuk Zafran lagi.
“Waaahhh best ni ada orang nak
belanja.Jomlah Dian.Zafran nak belanja.Rugi tahu bukan senang si Zafran ni
belanja orang.” Balas Hana Yasmin dengan teruja.
Alahai si Hana ni pula yang teruja.Desis
Dian sambil mengeluh dengan perlahan-lahan.
“Baiklah.Kita lunch sekali.”Jawab Dian yang
membuatkan Zafran dan juga Hana tersenyum manis.
“Awak belanjakan Zafran?” Soal Hana pula
kepada Zafran.
“Yup.Saya belanja korang berdua.Jomlah.Naik
kereta saya saja ok.” Jawab Zafran.Dian dan Hana hanya anggukan kepala saja.Kemudian
Dian dan Hana membuntuti Zafran dari belakang.Mereka terus menuju ke pintu
keluar Khalid Group.
HUJUNG minggu itu Zafran Nufail pulang ke
rumah keluarganya.Hampir dua bulan dia tidak pulang berjumpa mak dan ayahnya
kerana kesibukan yang melanda.Tambahan pula sekarang ni projek tengah masuk
memang susah la sikit untuk Zafran bercuti.
“Assalamualaikum mak…” Zafran Nufail
memberikan salam .Ketika ini Zafran sedang membuka kasut yang di pakainya.
“Waalaikumussalam…Zafran masuklah.Mak dekat
dapur ni.”Laung Puan Aishah .Puan Aishah sudah ternampak kereta anaknya Zafran
memasuki pagar rumahnya.
“Mak sihat?”Soal Zafran sebaik muncul di
ruang dapur.Di tangan kanannya sudah di jinjitnya satu beg plastik yang terisi
dengan barang makanan.Begitulah Zafran tiap kali balik ke rumah kedua ibu
bapanya.Ada saja yang dibelikannya.
“Alhamdulilah mak sihat.Kamu macam
mana?Sibuk sangat ke kamu Zafran.Dah dekat dua bulan kamu tak balik rumah.”
Balas Puan Aishah.
“Zafran macam ni la mak.Bukan tak nak
balik mak tapi sibuk sikit.”Ujar Zafran sambil bersalaman dengan maknya.
“Kamu ni Zafran kalau bab kerja memang tak
ingat dunia kan.Ingat sikit kerja sampai ke bila pun tak habis.Jangan asyik
sibuk dengan kerja saja sampai lupa nak kahwin.Umur kamu tu makin hari makin
meningkat.kawan-kawan kamu tu semua dah kahwin.Hah mak dengar bulan depan kawan
kamu si Aiman tu nak naik pelamin.” Bebel Puan Aishah.
Zafran Nufail sudah bersiap sedia dari
awal.Begitulah reaksi Puan Aishah tiap kali Zafran Nufail balik ke rumah.Dah lali telinga Zafran
mendengarnya.Kadang-kadang siap boleh hafal satu persatu ungkapan dari maknnya.
“Ya mak.Zafran tahu.Sampai jodoh nanti
Zafran kahwinlah mak.Jangan la risau.Mak ayah ke mana?Zafran tak nampak
pun.Adik-adik mana.Sorang pun tak nampak batang hidung.Keluar merayap ke apa.”
Soal Zafran .Matanya melilau mencari kelibat ayahnya bersama dengan dua orang
adiknya.
“Dah mulalah tu nak alihkan topik.Ayah kamu
tadi nak pergi pasaraya sekejap.Adik kamu dua orang tu apa lagi mengikutlah.Sekejap
lagi baliklah tu.” Balas Puan Aishah sambil membawa keluar barang yang di
bawakan oleh anaknya sebentar tadi.
“Mak ni mana ada Zafran alihkan
topic.Zafran tanya je.”Sengih Zafran kepada maknya Puan Aishah.
“Kamu ni Zafran kalau bab menjawab memang
laju je kan.Pergilah berehat dekat depan tu dulu.Sekejap lagi mak nak masak
makan tengahari.” Tingkah Puan Aishah sambil bergerak menuju ke singki dengan
membawa sayur kubis untuk di rendam.
“Lamanya tak makan masakan mak.Rindunya,Mak
masakkan makanan kegemaran Zafran ya?” Balas Zafran
“Ye la.Kamu pergilah berehat dulu.Dah siap
nanti bolehlah kita makan sama-sama.Sekejap lagi ayah kamu dengan Zarul dengan
Firah.”Jawab Puan Aishah lagi.
“Zafran ke depan dulu mak.”Balas Zafran lalu
menuju ke ruang tamu.Zafran Nufail bersandar pada sofa lalu di capai remote
televisyen yang berada di atas meja kecil di hadapannya.Dengan pantas tangannya
menekan remote astro di tangannya.
“Hey abang long bila sampai?” Ujar Zarul
sewaktu muncul di pintu utama rumahnya.Tersentak Zafran bila mendengar suara
adiknya.
“Baru je sampai Zarul.Ayah dengan Fira
mana?”Soal Zafran Nufail kepada adiknya yang bongsu Zarul Naashif.
“Sekejap lagi dirang masuklah.Sekejap Zarul
pergi hantar barang ni dekat dapur.”Balas Zarul sambil berjalan menuju ke
dapur.
“Hai along.Dah lama sampai.”Tegur Fira pula
atau nama penuhnya Zafirah Nadia.
“Baru je lagi.Banyak beli barang angah.”
Tingkah Zafran Nufail sebaik terpandang wajah adinya yang kedua.
“Biasalah kalau ayah shopping macam ni
la.Ajak mak tapi mak malas nak ikut.” Bebel Firah sambil berlalu ke dapur.
“Ayah apa khabar.?” Soal Zafran lalu
bangun menuju ke arahnya yang sedang membawa plastik yang berisi dengan buah
epal dan juga tembikai.
“Alhamdulilah sihat.Lama dah sampai?” Soal
Encik Sulaiman sewaktu buah bertukar tangan darinya sebaik saja Zafran
bersalaman dengan ayahnya.
“Baru je sampai tadi ayah.” Jawab Zafran
lalu membuntiti langkah ayahnya encik Sulaiman yang menuju ke ruang dapur
bersambung ...
NotaTersepit :Sejak bila aku tukar jd nota tersepit ni.Hahhaa..Lantaklah.Esok last day keje before bercuti.Pastu holiday tenangkan fikiran yang tengah berserabut.Hehhe.Ahaaa masihkah anda ingat Dirimu Satu Rafique dan Amani.Dlm Aku Ditakdirkan Untukmu ada kemunculan watak mereka.Tunggu ya kawan2..:D

Yeayyyy...laaaagiii pleeeaaseeee :D
ReplyDeletehahahhaa..sabo ye.bab 6 coming soon...:)
ReplyDelete