Good morning.Pepagi buta aku dah update entry nih haaa.Hehheeh.Sekarang tengah mood holiday.Berada di kg halaman di kelate..Ok walaupun bercuti tetap update entry cuma menulisnya idak.Biasalah blik kg bercuti dan spend time with family...Ini sambungan Aku Ditakdirkan Untukmu.Mekasih semua...

DHIYA’ BATRISYA berjalan-jalan sekitar
shopping complex.Hari ni Dhiya’ keseorangan kerana Dian tidak dapat menemaninya
.Dian ada urusan lain.Biasalah kalau dah bekerja adalah urusan yang perlu di
buat.Walaupun pada hari minggu tapi bukanlah selalu.Sementara menemani Dian
menghabiskan kerjanya maka Dhiya’ berjalan la terlebih dahulu.Dian balik nanti
baru Dhiya’ akan berjalan lagi sekali sambil shopping.
Dhiya’ duduk di bangku yang tersedia sambil
membelek majalah keluarga yang baru saja di belinya sebentar tadi..Sewaktu
menghantar Dian tadi kakaknya sudah berpesan supaya duduk rumah je tapi Dhiya’
tak nak.
Dhiya’ nak lepas gian berjalan sambil cuci
mata.Dian dan Dhiya’ dua-dua suka berjalan.Itulah hobi mereka kala ada waktu kelapangan.Shopping
itu harus.Tak semestinya shopping nak kena beli barang bagai cukup sekadar
jalan-jalan pusing satu complex pun dah cukup.
Dhiya’ sedang shusyuk membaca majalah yang
dibelinya tadi sehinggakan dia langsung tidak perasan ada seorang jejaka yang
tinggi lampai di hadapannya.
“Assalamualaikum Dhiya’.” Ujar jejaka
tersebut kepada Dhiya’.Sebaik saja mendengar namanya Dhiya’ terus mendongak ke
atas lalu memandang wajah jejaka yang memanggil namanya.
“Waalaikumussalam.Aryan.” Balas Dhiya’ lalu
berdiri.
“Awak ingat saya lagi Dhiya’?Soal lelaki
bernama Aryan.
“Mestilah saya ingat.Dr Rafiqi Aryan kawab
baik kepada arwah Ilham.”Balas Dhiya’ sambil tersenyum manis pada Aryan.
“Awak sorang saja ke?”Soal Aryan lagi pada
Dhiya’
“Aaah sorang saja.Sayan tunggu kakak saya
habiskan kerja dia dulu.Sekejap lagi saya nak pergi ambil dialah dekat
pejabat.”.
“Kakak awak .Nama kakak awak Dian Batrisya
kan?” Soal Aryan sambil mengerut kening.
“Eh awak kenal kakak saya ke Aryan?” Soal
Dhiya’ dengan pelik.
“Nak kata kenal tu taklah juga.Hari tu dia
ada pergi klinik saya.Dia demam.Sebaik terpandang wajah dia saya teringat dekat
awak.Nyaris-nyaris nak panggil nama awak.”Jawab Aryan lagi.
“La ya ke? Awak pun tahukan kami berdua
kembar.”Ujar Dhiya’ sambil tersengih.
“Memanglah saya tahu awak ada kembar, tapi
saya mana pernah jumpa dengan kembar awak tu Dhiya’” Balas Aryan lagi.
“By the way, Dian dah sihat ke?”Tambah
Aryan lagi sambil tersenyum.
“Alhamdulilah.Dian dah sihat seperti sedia
kala.Dian memang begitu.Dian memang tak boleh kena hujan mesti dia akan demam.
“Baguslah kalau dah sihat sepenuhnya.Awak
bila nak kahwin Dhiya’? Soal Aryan..
“Aryan awak tahukan yang saya memang
sayangkan Ilham.Tiada orang yang boleh gantikan dia .Saya sayangkan Ilham.”
Jawab Dhiya’ sambil menunduk ke lantai.
“Maafkan saya Dhiya’. Saya tak patut tanya
soalan macam tu.”
“Eh tak apalah.Saya ok.”Balas Dhiya’ sambil
tersenyum tawar.Selepas itu telefon bimbit milik Dhiya’ pula berbunyi.
Dhiya’ melihat nama yang tertera di skrin
telefon miliknya.Sempat lagi bibirnya mengukir senyuman.
“Hello Dian.Dah habis kerja dah eh?” Soal
Dhiya’ di talian.
“Yup.Dhiya’ dekat mana?Boleh ambil Dian
tak?Lepas tu kita pergi jalan-jalan nak.Dian tengah stress ni.Tertekan dengan
kerja ni haaa.” Balas Dian di talian.
“Ok.Dhiya’ ada dekat shopping complex ni je
yang dekat dengan pejabat Dian.Sekejap lagi Dhiya’ gerak ke sana.” Tambah
Dhiya’ lagi sambil memandang Aryan yang sedang ralit memandang pengunjung yang
berjalan sana sini.Biasalah dah nama pun hari minggu hari orang berjalan sambil
bawa keluarga.
“Dian tunggu.Kalau dah sampai nanti Dhiya’
call Dian ye.” Selepas itu Dhiya’ mematikan talian lalu memasukkan kembali
telefonnya ke dalam beg tangannya.
“Oklah Aryan.Saya kena minta diri dulu.Lain
masa kita jumpa lagi.”Ujar Dhiya’ kepada Aryan.
“Ok jumpa nanti.Take care and kirim salam
pada Dian ye.” Aryan sudah tersenyum.
“Nanti saya sampaikan pada Dian.Minta diri
dulu.” Pinta Dhiya’ lalu melangkah menuju ke pintu keluar sebelum bergerak ke
tempat parking kereta.
SETELAH puas berjalan-jalan Dian dan Dhiya’
pulang ke rumahnya.Mereka sampai sudah masuk waktu maghrib.Selepas selesai
menunaikan solat isyak Dhiya’ termenung di birai katil.Dengan
perlahan-lahan Dhiya’ membuka laci
mejanya.Dia mengambil diari miliknya dan juga album gambar yang di simpannya
sampai sekarang.
Dhiya’ membelek diarinya satu persatu
sebelum Dhiya’ beralih membelek album gambar.Dhiya’ tersenyum memandang
gambar-gambar dia bersama Ilham sewaktu dua tahun lalu.Ilham adalah lelaki yang
di sayanginya.Namun apakan daya Allah lebih menyayangi dirinya.Di saat cinta
mereka mula bersemi Dhiya’ dan Ilham di uji.
“Dhiya’ sayang Am tak?” Soal Ilham pada
suatu petang.Waktu itu mereka berada di bangku melepaskan lelah.Mereka berdua
baru saja selesai berjogging pada petang itu sambil mengambil angin petang di
taman berdekatan dengan rumag Dhiya’
“Mestilah Dhiya’ sayang Am.Kenapa Am tanya
macam tu.Am tak sayang Dhiya’ ke?” Soal Dhiya’ sambil mengerut dahi.
“Siapa kata Am tak sayang Dhiya’.Dhiya’
tahukan Dhiya’adalah cinta dan hati Am.Mana boleh Am tak sayangkan Dhiya’.Jawab
Ilham sambiol tersengih pada Dhiya’
“Haaa tahu pun.Dhiya; sayang sangat dengan
Am tahu.Semoga hubungan kita ni di berkati Allah.” Balas Dhiya’ dengan senyuman
manis.
“Dhiya kalau di takdirkan satu hari nanti Am
tak ada , Dhiya’ jangan sedih ya.” Tingkah Ilham dengan tiba-tiba yang
membuatkan Dhiya’ tersentak seketika.Dhiya’ memandang muka Ilham.
“Apa
Am cakap ni?Dhiya’ tak faham.Am nak tinggalkan Dhiya’ ke?” Soal Dhiya’ dengan
pelik.
“Am Cuma cakap je Dhiya’.Janganlah fikir
yang bukan-bukan.” Balas Ilham.Sebaik saja mendengar kata-kata Ilham , Dhiya’
menarik nafas lega.
“Dhiya’ sayangkan Am.” Tingkah Dhiya’ sambil
tersenyum pada Ilham di mana waktu ini Ilham juga turut memandang Dhiya’ dengan
senyuman manis di bibir.
“Dhiya’ kalau kita bertunang macam
mana?Dhiya’ setuju tak?” Soal Ilham dengan senyuman lalu dia mengeluarkan
sebentuk cincin kepada Dhiya’.
“Hah tunang.Am serius ke ni?” Soal Dhiya’
dengan tidak percaya.
“Ya .Am serius ni.Dhiya’ sudi tak jadi
isteri Am?” Soal Ilham dengan penuh debaran.
“Mestilah Dhiya’ terima.Dhiya’ kan memang
sayangkan Am sepenuh hati Dhiya’.” Balas Dhiya’ dengan senyuman yang tidak
putus-putus di bibirnya.Ilham sudah tersenyum bahagia.Sudah lama Ilham ingin
melamar buah hati kesayangannya Dhiya’ Batrisya.Mereka berdua bercinta sewaktu
di Universiti.
Apabila tiba hari mereka berdua di tunangkan,
Dhiya’ di kejutkan dengan panggilan telefon dari keluarga Ilham di mana Ilham
pengsan sewaktu bersiap-siap ingin turun dari rumahnya untuk ke rumah
Dhiya’.Sebaik saja menerima panggilan itu Dhiya’ terus tidak berkata apa-apa
melainkan terus terduduk di birai katil.
“Dhiya’ kenapa ni?”Soal Dian sewaktu melihat
adiknya yang sudah menitis air mata.
“Dian..Dian..Ilham Dian..” Balas Dhiya’
sambil memandang Dian di sebelahnya.
“Kenapa dengan Ilham Dhiya’? Soal Dian
dengan cemas.
“Family Ilham call bagitahu yang Ilham
pengsan.Sekarang ni Ilham ada dekat hospital.Dhiya’ nak pergi hospital
Dian.Temankan Dhiya’ Dian..Dhiya’ nak pergi hospital.Tolong Dian.” Tanggis
Dhiya’.
“Dian..Dhiya’ kenapa ni?” Soal Puan Sakinah
sewaktu menjenguk anaknya di dalam bili Dhiya’
“Mak..Ilham mak..” Tingkah Dhiya’
“Kenapa dengan Ilham?” Soal Puan Sakinah
sambil mendekati anak-anaknya.
“Mak , Ilham ada di hospital sekarang
ni.Family dia call Dhiya’ bagitahu yang Ilham pengsan sewaktu mereka nak datang
ke sini.” Balas Dian pula.
“Astagfirullah A’lazim.Kenapa?Marilah kita
pergi hospital.Kenapa dengan Ilham Dhiya’?”Puan Sakinah sudah kerisauannya
apabila mendengar berita tentang Ilham.
“Dhiya’ Rombongan keluarga Ilham nak datang
pukul berapa?” Terjengkul pula Encik Yusuf di pintu bilik Dhiya’
“Abang kita pergi hospital bang.”
“Hospital buat apa?Hari ni kan majlis
pertunangan Dhiya’ dengan Ilham.” Ujar Encik Yusuf dengan pelik.
“Ayah ..Ilham ada di hospital sekarang
ni.Kita cerita dalam kereta nanti.Marilah kita pergi hospital dulu.Kesian
Dhiya’ ayah .” Balas Dian.Dhiya’ di sisinya tidak berkutik hanya diam membisu.
“Ya Allah..Apa yang dah jadi ni?” Soal Encik
Yusuf sambil mengurut dadanya.Kemudian mereka berempat terus saja keluar dari
bilik untu bergerak menuju ke hospital.
“Am
bangunlah Am..Dhiya’ datang ni.” Ujar Dhiya’ sambil duduk di kerusi
bersebelahan dengan katil yang di duduki oleh Ilham.Sudah seminggu Ilham
koma.Dhiya’ terkejut apabila doktor memberitahu yang Ilham sebenarnya mengidap
penyakit kanser tahap akhir.
Dhiya’ merasakan dirinya di hempap dengan
batu besar.Hampir-hampir dia jatuh sebaik saja mendengar bicara dari lulut
doktor yang merawat Ilham.Dhiya’ hanya mampu menanggis dan berdoa.
Sejak seminggu ini mata Dhiya’ sudah
bengkak.Bukan setakat bengkak kerana menanggis bahkan Dhiya’ tidak dapat tidur
malam dengan lena.Dalam fikirannya di kala ini hanya ada nama Ilham.Dhiya’
menyapu air mata menitis di pipinya.Dhiya’ mengambil surah yassin di meja lalu
dibacanya.
Penantian Dhiya’ akhirnya berakhir juga di
saatnya melihat Ilham yang sedar dari koma.Wayar berselirat memenuhi di tangan
dan juga hidung Ilham.Sebaik sedar Ilham tersenyum memandang wajah yang di
sayanginya.
“Dhiya’ .Maafkan Am..” Itulah ayat pertama
yang keluar dari mulut Ilham sebaik saja sedar dari koma.
“Am ..Kenapa Am rahsiakan penyakit Am dari
Dhiya’?” Soal Dhiya’ sambil menanggis.
“Jangan menanggis sayang.Am bukan sengaja
merahsiakan penyakit Am pada Dhiya’.Am tak nak Dhiya’ susah hati.Dhiya’ tahukan
yang Am sangat sayang pada Dhiya’.” Balas Ilham sambil menyapu air mata yang
mengalir di pipi Dhiya’.
“Tapi Am tak patut rahsiakan dari Dhiya’ .”
Tingkah Dhiya ‘ lagi sambil menunduk.
“Sayangku Dhiya’ Batrisya.Seandainya Am
pergi dulu, Am nak Dhiya’ teruskan hidup seperti sedia kala.Am tak mampu nak
menjaga Dhiya’ lagi selepas ni.Am sangat sayangkan Dhiya.” Dhiya tersentak
mendengar kata-kata dari mulut Ilham.
“Am jangan tinggalkan Dhiya’.Dhiya’ tak
mampu Am.” Balas Dian .Makin lebat air mata menuruni ke pipinya.
“Dhiya’ .Percayalah.Sampai ke mati Am akan
tetap mencintai Dhiya’.Jangan bersedih kalau Am tiada di sisi Dhiya’.” Balas
Ilham lagi .Matanya berkaca-kaca memandang buah hati kesayanganya .
“Am janganlah buat Dhiya’ macam ni.Dhiya’
sayangkan Am.” Mohon Dhiya’ sambil memandang sayu kepada Ilham yang sedang
terlantar.Di bibir Ilham tetap menguntum senyuman manis buat Dhiya’
“Dhiya’ janganlah macam ni.Kita kena
menerima takdir Dhiya’.” Dhiya’ menggelengkan kepalanya berkali-kali.Dhiya’
tidak sanggup untuk kehilangan orang yang si sayanginya.Dhiya’ sudah
teresak-esak.
Sebulan selepas itu Dhiya’ di kejutkan
dengan berita kematian Ilham.Longlai kakinya sewaktu menyusuri di kawasan
perkuburan .Dian sentiasa berada di sisi Dhiya’.Puan Sakinah dan juga Encik
Yusuf turut menemani puteri mereka.
“Dhiya’ sabar Dhiya’.Relakan Ilham
pergi.Dian tahu Dhiya’ kuat.” Pujuk Dian sambil memeluk bahu Dhiya’.Di kala itu
Dhiya’ hanya mampu menanggis semahu-mahunya.Kini dia telah kehilangan orang
yang di sayanginya.
“Sabar Dhiya’ Mak cik tahu Dhiya kuat.”
Pujuk Puan Zaiton sambil memeluk bahu Dhiya’ sebaik saja selesai upcara
pengebumian .
“Mak cik Dhiya’ tak kuat untuk hadapi semua
ni.” Balas Dhiya’ sambil memeluk erat Puan Zaiton.Di kala itu juga Puan Zaiton
turut menaggis.Dia sudah merelakan anaknya pergi.
“Jangan macam ni Dhiya’.Relakan Ilham pergi
dengan tenang,Ilham tengok Dhiya’ macam ni lagi dia sedih.Biarkan di pergi
dengan tenang.Sabar nak.” Pujuk Puan Sakinah pada anaknya.
Dian turut menanggis.Dia juga merasa
keperitan dan kesedihan yang di alami oleh Dhiya’Kita hanya mampu merancang
tapi Allah yang menentukan segalanya.Sudah tertulis yang mereka berdua tidak
berjodoh.
Tabahkan hatimu wahai adikku.Dian selalu ada
dengan Dhiya.Desis Dian sendirian sambil menyapu air matanya.
Sayang kuatkan hatimu.Cintaku tak akan pernah pudar untukmu.Bahagialah
kamu di dunia ini.Carilah penggantiku.
Itu adalah mesej terakhir dari Ilham kepada
Dhiya.Sehingga ke hari ni Dhiya menyimpan mesej terakhir itu.Setiap kali Dhiya’
membaca mesej ini pasti dirinya akan menanggis.
Dhiya’ menyapu air matanya.Kemudian
Dhiya’ menyimpan semula diarinya dan
juga album gambar dia dan juga Ilham.Ilham tetapi di hatinya.Sekerang yang ada
hanyalah tinggal kenangan.
“Dhiya’ rindukan Am..” Ujar Dhiya’ dengan
perlahan.
Bersambung ....
NotaTersepit :Blk kg sehari dua mood menulis kelaut.Byk wat bnda lain especially mengadap buku.Hahahahah..Wahai mood silalah bertandang.Selepas ini masuk bab yg agak sedih dan susah utk aku tulis.go go Ayra Zahra.Well arini dpt jumpa my ank angkat Arsyad and baby girl baru
Amaney.. :D

Dpt bace akhirnye :D hai Aryaaaaannnnnnn <3
ReplyDeletehehehe..mekasih baca..ngeee..Dr Aryan a.k.a Doktor Rafiqi..:D
ReplyDelete